Kosmo Online |
- Literasi penting untuk pembangunan
- Kanak-kanak sindrom down maut jatuh bangunan
- Najib teruja naik bas untuk temu rakyat
Literasi penting untuk pembangunan Posted: Literasi penting untuk pembangunan24/09/2011 6:04pm KUALA LUMPUR — Bagi meningkatkan literasi, seseorang perlu turut meningkatkan kemahiran membaca, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar. Beliau berkata, literasi adalah penting bagi membasmi kemiskinan, mengurangkan kadar kematian kanak-kanak semasa dilahirkan dan memastikan pembangunan mapan. "Asas pendidikan yang baik melengkapkan masyarakat dengan kemahiran literasi untuk terus memperolehi peluang pembelajaran dan mampu menghadapi pembangunan," katanya semasa melancarkan Hari Literasi 2011 peringkat kebangsaan di sini hari ini. Beliau berkata, menurut Institut Statistik Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) pada 2009, kadar literasi di negara ini ialah 91.9 peratus. Raslin juga berkata sikap suka membaca di kalangan rakyat di negara ini didapati semakin meningkat. Dari kajian yang dilakukan PNM tahun lepas, rakyat Malaysia membaca antara lapan hingga 12 buah buku setahun, katanya. — Bernama |
Kanak-kanak sindrom down maut jatuh bangunan Posted:
|
Najib teruja naik bas untuk temu rakyat Posted: Najib teruja naik bas untuk temu rakyat24/09/2011 5:38pm BATU GAJAH — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain. "Very interesting, kita cuba konsep Bus Tour... setakat ini saya rasa seronok sebab dalam bas ini suasananya cukup mesra dan riang kerana bersantai. "Kita asyik bergurau antara satu sama lain, dan tidak rasa letih. Dalam perjalanan, banyak perkara yang boleh dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang di sini hari ini. Menurut Najib, pihaknya akan melihat kemungkinan untuk terus menggunakan konsep lawatan kerja menggunakan bas pada masa akan datang kerana ianya berbeza dan menyeronokkan. Lima buah bas digunakan dalam lawatan kerja Najib ke Perak itu bermula dari Ipoh ke Gopeng sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput. Turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. — Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan