Sabtu, 24 September 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi hidup mati Selangor

Posted:

Misi hidup mati Selangor

Misi hidup mati Selangor

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

Pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah (kiri) berjaya melepasi pemain pertahanan T-Team, Nor Fadly Alias pada perlawanan Selangor menentang T-Team dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.


JIKA menang masih bernyawa, namun jiwa tewas selamat tinggallah jawabnya.

Demikian misi hidup dan mati juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor bagi menghidupkan semula sisa-sisa perjuangan mereka menjelang pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Jika gagal memburu tiga mata berharga, skuad Gergasi Merah sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan kali ini, sekali gus menyaksikan misi memburu Piala Malaysia buat kali ke-33 bakal terkubur begitu sahaja.

Menang 2-0 dalam pertemuan di Shah Alam sebelum ini juga belum tentu menyelamatkan maruah skuad Merah Kuning itu lantaran masih berduka dengan pemergian jurulatih, K. Devan yang meletakkan jawatan secara mengejut Isnin lalu.

Sudah tentu PDRM yang dikendalikan K. Thayananthan, bertekad mahu menjadi pasukan 'pengacau' dalam kumpulan lantaran dilihat tidak lagi mempunyai harapan untuk mara lebih jauh apabila sekadar mengutip satu mata setakat ini.

Malah, keajaiban membabitkan satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur dan T-Team yang ketika ini selesa dengan lapan dan sembilan mata malam ini juga pasti menerbitkan rasa resah pengendali baharu Selangor, P. Maniam yang ketika ini masih tercari-cari tonik terbaik bagi menjamin slot ke suku akhir.

"Saya mungkin melakukan sedikit perubahan taktikal di tengah padang, namun tidak menolak kemungkinan mengekalkan pemain sedia ada ketika menentang PDRM kelak.

"Ketika ini, kami hanya mahu menang dan tidak mahu memikirkan apa jua keputusan yang akan dicatatkan oleh T-Team dan Kuala Lumpur," katanya kepada Kosmo! semalam.

Jurulatih berusia 43 tahun itu dijangka menurunkan barisan terbaik Selangor termasuk mengekalkan gandingan Fazli Saari dan Rudie Ramli di jentera serangan.

Kredibiliti kapten, Amri Yahyah bersama Safiq Rahim dan Hardi Jaafar juga benar-benar ditagih Maniam bagi menggerakkan corak serangan dari tengah padang.

Menurut Maniam, semangat pemain Selangor masih membara meskipun menyedari ranjau yang cukup berliku menanti mereka di Paroi malam ini.

"Selain menyerang habis-habisan, benteng pertahanan Selangor juga diingatkan supaya tidak mudah alpa bagi memastikan skrip tewas di tangan T-Team meskipun perlawanan cuma berbaki 10 minit, tidak lagi berulang," tegasnya.

Kejantanan skuad Olimpik dicabar

Posted:

Kejantanan skuad Olimpik dicabar

Kejantanan skuad Olimpik dicabar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SELAIN menggalas tugas pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012, skuad negara turut mempunyai misi besar untuk dibereskan pada Sukan SEA 2011.


MEREKA masih muda tetapi mereka tetap anak 'jantan'. Tewas 0-2 di tangan gergasi Asia, Jepun pada aksi pembuka tirai Kumpulan C pusingan Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Rabu lalu juga sewajarnya menjadi iktibar buat anak-anak buah Ong Kim Swee (gambar) daripada berterusan 'merengek' bagi menagih simpati mereka yang berada di luar padang.

Selepas ini, misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Palembang, Indonesia November depan akan menjadi keutamaan skuad Olimpik negara bagi membuktikan 'kejantanan' masing-masing.

Kemarau pingat emas selama 20 tahun yang berjaya dinoktahkan skuad kebangsaan ketika Sukan SEA kali ke-25 di Laos dua tahun lalu juga harus dibuktikan oleh skuad Olimpik bahawa keja- yaan tersebut bukan sekadar nasib.

Hakikatnya – mempertahankan sesuatu sudah pasti lebih sukar berbanding meraih sesuatu – dan ia harus diterima oleh barisan muda negara.

Bagi Kim Swee, misi yang digalas cukup berat, namun pada masa sama ia bukan bermakna mereka mahu 'mengibar bendera putih' begitu sahaja.

Apa yang pasti, tujuh muka baharu dijangka memperkuatkan cabaran skuad negara di Sukan SEA kelak lantaran membenarkan pemain bawah 23 tahun beraksi, dan dua daripadanya yang menggamit perhatian Kim Swee ketika ini ialah penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar serta bek kiri Selangor, Asraruddin Putra Omar.

"Selain kedua-dua pemain tersebut, saya masih lagi menilai lima lagi pemain bagi memperkuatkan pasukan negara.

"Bukan tidak percaya dengan barisan pemain sedia ada, cuma saya memanfaat- kan peluang mendapatkan khidmat pemain yang masih layak kerana pengalaman pemain amat penting bagi menentukan kejayaan pasukan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dua tahun lalu, pasukan kebangsaan di bawah tunjuk ajar Datuk K. Rajagobal berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun apabila membenam cabaran Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir.

Selain menggalas cabaran di Palembang, pasukan Olimpik negara juga masih mempunyai harapan meneruskan kemaraan kelayakan Olimpik apabila dijadualkan menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 November depan.

Kim Swee berkata, mesej yang diterima anak-anak buahnya semasa tewas di tangan Jepun juga akan dijadikan panduan bagi meni- lai semula prestasi skuad kebangsaan.

"Banyak kelemahan ketara, terutamanya di bahagian pertahanan ditunjukkan semasa menentang Jepun.

"Jika diikutkan hati, saya mahu mengadakan latihan setiap minggu namun pada masa sama tidak mahu mengganggu fokus pemain yang kembali terikat dengan pasukan masing-masing pada saingan Piala Malaysia," katanya yang selamat tiba bersama skuad negara di tanah air kelmarin.

NS hanya mahukan kemenangan

Posted:

NS hanya mahukan kemenangan

NS hanya mahukan kemenangan

NEGERI Sembilan hanya mahukan kemenangan pada aksi Kumpulan B menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini bagi menjamin tempat ke pusingan suku akhir, lapor RAIS YEOP JOHARI.

Kekalahan mengejutkan kepada PKNS Selangor minggu lepas sudah tidak lagi bermain difikiran mereka dan fokus skuad Hoben Jang Hoben itu kini hanyalah untuk memburu tiga mata mutlak.

Jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, fokus perlawanan malam ini adalah untuk memburu tiga mata dan tidak rela kekecewaan ke atas PKNS berulang.

"Saya optimis untuk mengutip tiga mata penuh tetapi pada masa yang sama tidak akan memandang mudah pasukan berstatus kelab ini yang telah mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Terengganu sebelum ini.

"Dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku, jadi fokus kita tentunya memberi aksi yang terbaik dan mahu menang, apatah lagi sudah tiada perlawanan di gelanggang sendiri selepas ini," katanya di Seremban se- malam.

Ujarnya, beliau juga akan memberi perhatian terha- dap taktikal perlawanan bagi memastikan anak-anak buahnya mengikut segala strategi yang dirancang.

Menurut Azraai, kecergasan kesemua pemain berada ditahap yang baik serta memuaskan dan tiada sebarang perubahan besar dilakukan dalam kesebelasan utama.

Katanya, pemain senior seperti ketua pasukan, Muha- mad Shukor Adan, Idris Karim, Hairuddin Omar dan pe- main muda berpengalaman, S.Kunalan serta Shahurain Abu Samah memainkan peranan peting dalam menga- tur gerak pasukan.

"Khidmat mereka akan terus ditagih bagi merealisa- sikan misi memburu tiga mata," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved