Sabtu, 24 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Satelit AS jatuh ke bumi

Posted:

Satelit AS jatuh ke bumi

Satelit AS jatuh ke bumi

GAMBAR UARS yang sempat dirakamkan di ruang udara Belanda pada 18 Jun 2010.


WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik.

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.

Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh.


GAMBAR satelit UARS yang dikeluarkan oleh NASA selepas ia jatuh ke bumi kelmarin. - AFP


Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia).

Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi.

NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat.

NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia juga boleh ditimpa serpihan dari langit

Posted:

Malaysia juga boleh ditimpa serpihan dari langit

Malaysia juga boleh ditimpa serpihan dari langit

KUALA LUMPUR – Insiden satelit milik Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bumi akibat tarikan graviti tidak sepatutnya dipandang ringan memandangkan Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena serpihan objek seumpama itu yang jatuh dari langit.

Ketua Makmal Satelit, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Ir. Renuganth Varatharajoo (gambar) berkata, bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh merupakan lokasi yang berpotensi menyebabkan kemusnahan jiwa dan harta benda yang besar.

"Walaupun objek yang jatuh itu bersaiz 10 sentimeter panjang, kelajuannya tetap memberi impak sangat kuat," kata beliau lagi.

Beliau mengulas insiden Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) yang jatuh ke bumi awal pagi semalam dengan dipercayai bertaburan di Lautan Pasifik.

Satelit itu dilancarkan ke orbit pada tahun 1991 untuk kajian lapisan ozon sebelum perkhidmatannya ditamatkan pada 2005.

Menurut Renuganth, satelit seperti UARS akan meluncur selaju 28,000 kilometer sejam sebaik sahaja memasuki atmosfera bumi sebelum terbakar dan berkecai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Norman, Memey sebak disatukan

Posted:

Norman, Memey sebak disatukan

Norman, Memey sebak disatukan

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my


NORMAN menyarung cincin pada jari Memey sambil diapit oleh Mohamed Danish dan Marissa Dania di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Pasangan pelakon, Mohammad Norhakim Zaidon, 35, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, 23, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1 di sini semalam.

Pasangan pengantin itu mulai sebak sebaik Jurunikah Mukim Kamdau, Zulkipli Tarmizi membacakan khutbah nikah.

Sebelum itu, dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.

Pasangan itu mengenakan pakaian berwarna coklat hasil sentuhan dan sumbangan Ezuan Ismail.

Dua anak Norman ketika bersama bekas isterinya, Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut berada di sebelah Norman ketika majlis akad nikah yang bermula kira-kira pukul 5 petang manakala anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, 3, tidak hadir.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam sidang akhbar selepas selesai diijabkabulkan, Norman berkata, perasaan sebak tersebut datang selepas dia terasa kehidupan masa lalunya yang tidak sempurna.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved