Rabu, 21 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hospital Pengajar UIAM mula operasi 2015

Posted:

Hospital Pengajar UIAM mula operasi 2015

Hospital Pengajar UIAM mula operasi 2015

21/09/2011 7:52pm

PUTRAJAYA – Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sebuah hospital pertama yang dibina melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2015.

Pengerusi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), Raja Datuk Seri Aman Raja Ahmad berkata, projek bernilai RM412.6 juta itu yang akan dibina di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang akan memulakan pembinaannya awal tahun depan.

"Hospital Pengajar UIAM ini mempunyai kapasiti untuk menampung 300 katil pesakit dengan keupayaan mengajar bagi 735 mahasiswa," katanya pada majlis menandatangani perjanjian konsesi hospital pengajar tersebut antara Kementerian Pengajian Tinggi, UIAM dan Peninsular Medical Sdn Bhd (PMSB) di sini hari ini.

PSMB yang merupakan anak syarikat AZRB adalah syarikat yang diberi konsesi pembinaan dan pengurusan hospital tersebut selama 25 tahun.

Raja Aman berkata, melalui konsep PFI itu, kos pembangunan hospital akan didahului pembiayaannya oleh Kumpulan AZRB.

Beliau berkata, kerajaan pula akan mendapatkan manfaat dari aspek nilai untuk wang memandangkan kos pembangunan itu akan dibayar balik secara berkala kerajaan dalam tempoh 21 tahun setengah. – Bernama

Cuai: Polis bayar ganti rugi RM900,000

Posted:

Cuai: Polis bayar ganti rugi RM900,000

Cuai: Polis bayar ganti rugi RM900,000

21/09/2011 6:54pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis hari ini berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi berjumlah RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya Siti Khadijah berkata, perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28, (plaintif) jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan.

Katanya, semasa kejadian, Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan tetapi plaintif enggan berhenti hingga timbul pergelutan.

Siti Khadijah berkata, walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja malah bertindak membawa plaintif ke hospital.

"Defendan pertama telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Berat mata memandang, berat lagi memikul tanggungjawab. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan.

"Defendan berkata, ketika kejadian (23 Okt 2004) plaintif memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mempunyai bukti bahawa plaintif terlibat pada hari itu," katanya. — Bernama

Jenayah pelajar sekolah membimbangkan

Posted:

Jenayah pelajar sekolah membimbangkan

Jenayah pelajar sekolah membimbangkan

21/09/2011 4:59pm

TEMERLOH — Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di negara ini dilihat masih membimbangkan sekalipun berlaku penurunan kes berbanding tahun sebelum ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 741 kes dicatat bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah.

"Dari Januari hingga Jun 2010, sebanyak 761 kes melibatkan pelajar sekolah dalam jenayah kekerasan dan harta benda dan kes itu menurun 2.6 peratus (741 kes) bagi tempoh yang sama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, hari ini.

Beliau berkata, bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda yang dilakukan remaja yang tidak bersekolah pula ialah sebanyak 1,142 kes dilapor bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 dan ia meningkat kepada 1,420 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

Lam Thye berkata, semua pihak terutama ibu bapa perlu memainkan peranan bersama-sama menangani masalah itu. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved