Kosmo Online |
- Mayat reput ditemui di hutan Jalan Istana
- Pekerja Indonesia maut dirempuh kereta api
- JLKN harap modul mudahkan hidup pelatih
Mayat reput ditemui di hutan Jalan Istana Posted: Mayat reput ditemui di hutan Jalan Istana12/09/2011 7:35pm KUALA LUMPUR — Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui dalam sebuah pondok di tepi kawasan hutan menghala ke Jalan Istana di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat warga tempatan berusia 30-an itu ditemui lengkap berpakaian oleh seorang pencari burung di pada 3 petang tadi. "Polis percaya lelaki itu mati lebih sebulan lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Wan Abdul Bari berkata, selain kad pengenalan lelaki yang berasal dari Cheras itu, turut ditemui di pondok itu adalah wayar dan kabel. "Hasil siasatan, kita dapati dia mempunyai dua rekod lampau iaitu kes dadah dan curi," katanya. Mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Wan Abdul Bari berkata, setakat ini polis mengkasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut kerana tidak terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematiannya. — Bernama |
Pekerja Indonesia maut dirempuh kereta api Posted: Pekerja Indonesia maut dirempuh kereta api12/09/2011 7:22pm KUALA KRAI — Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dirempuh kereta api ketika traktor yang dipandunya melintasi landasan berdekatan Ladang Mengkebang dekat Sungai Durian, di sini, hari ini. Mangsa, Mohd. Rizwan Mohd Saiful, 26, yang berasal dari Lombok, Indonesia maut selepas tercampak dari traktor dan mengalami kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badannya manakala traktor yang dipandunya terputus tiga akibat perlanggaran itu dalam kejadian 9 pagi. Ketua Polis Daerah, Supt. Abdul Rahman Jaapar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu. "Sebelum kejadian dipercayai enjin traktor dipandu Mohd Rizwan, yang bekerja di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, telah mati secara tiba-tiba di kawasan melintas di atas landasan yang mungkin disebabkan lebihan muatan. "Mangsa juga kemungkinan tidak menyedari kereta api yang sudah semakin hampir dan gagal menyelamatkan diri sebelum dirempuh," katanya. Rahman berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan menolak sebarang perbuatan khianat. — Bernama |
JLKN harap modul mudahkan hidup pelatih Posted: JLKN harap modul mudahkan hidup pelatih12/09/2011 7:20pm KUALA LUMPUR — Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berharap modul I-SMART yang membantu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), mampu membantu memudahkan hidup pelatih itu. Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, dengan modul itu, diharap pelatih PLKN sekurang-kurangnya mampu memahami tulisan pada papan tanda atau mengambil ujian bagi memperoleh lesen memandu. "Saya juga akan memastikan dalam masa 85 hari ini para pelatih terbabit akan mengenal huruf serta nombor bagi memudah dan menyenangkan kehidupan mereka di dunia realiti sebenar," katanya ketika dihubungi hari ini. — Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan