Khamis, 22 September 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Naik teksi cari harta karun

Posted:

Naik teksi cari harta karun

Naik teksi cari harta karun


WEI YEE (tiga dari kanan) bersama pemandu-pemandu teksi Sunlight berharap program mencari harta karun dapat memupuk hubungan yang lebih baik antara pemandu teksi dan orang ramai.


BERITA baik untuk semua peminat perlumbaan mencari harta karun. Sempena Bulan Kemerdekaan, mereka yang berminat dijemput memeriahkan sambutan tahun ini dengan menyertai perlumbaan mencari harta karun Having Fun With Sunlight (Bersuka Ria Dengan Sunlight) yang dijadualkan berlangsung pada 25 September ini.

Acara yang dianjurkan oleh Sunlight RadioTaxi Service Sdn. Bhd. itu merupakan perlumbaan mencari harta karun teksi yang pertama pernah dianjurkan di Malaysia.

Dalam usaha memeriahkan sambutan Hari Merdeka, perlumbaan mencari harta karun itu dianjurkan sebagai satu cara untuk menghayati dan menghormati sejarah Malaysia.


SEJUMLAH 100 buah teksi bersiap sedia untuk membantu para peserta mencari harta karun di sekitar Lembah Klang.


Perkhidmatan teksi telah bertapak sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Ia sama-sama menjadi saksi kemajuan yang dicapai oleh negara seterusnya seiring mengharungi pelbagai cabaran, suka duka dan transformasi.

Teksi disifatkan sebagai satu ikon negara yang menyokong infrastruktur penting Malaysia. Ringkasnya, ia menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam harian.

Bagi menyemarakkan semangat Merdeka, program itu merupakan cara terbaik bagi orang ramai bersatu dan mengecapi nikmat kebebasan sambil disertai kecekapan para pemandu teksi Sunlight. Justeru, perlumbaan mencari harta karun menjadi saluran aktiviti paling ideal.

Pupuk hubungan

Perlumbaan mencari harta karun itu juga bertujuan untuk memupuk hubungan baik antara orang ramai dan pemandu teksi.


WARGA Sunlight RadioTaxi Service Sdn. Bhd. tidak sabar menantikan perlumbaan mencari harta karun sempena sambutan bulan kemerdekaan.


"Kami berbangga menganjurkan perlumbaan mencari harta karun teksi yang pertama seumpamanya di Malaysia ini. Seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada orang awam dan 100 pemandu teksi Sunlight akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.

"Sebagai sebuah syarikat pengangkutan awam yang kukuh, kami mempunyai tanggungjawab kepada negara, pemandu dan juga pelanggan kami. Seperti semua industri, industri teksi juga berdepan dengan pelbagai situasi yang mencabar," kata Pengarah Eksekutif Sunlight, Choi Wei Yee.

Tambah Wei Yee, ia merupakan peluang keemasan untuk orang ramai bersiar-siar, berkomunikasi dan menjalin hubungan dengan pemandu-pemandu teksi dan pada masa yang sama menghabiskan masa yang menyeronokkan.

Tanggungjawab sosial

"Proses ini dapat memupuk interaksi, persefahaman dan silaturahim antara pemandu dan orang ramai. Ia juga membolehkan orang ramai mendapat idea yang lebih jelas tentang kehidupan pemandu teksi.


PENGARAH Eksekutif Sunlight, Abdul Jalil Maarof (kanan) memberi penerangan kepada peserta mengenai peserta pertandingan.


"Kami memperuntukkan 100 buah teksi Proton Waja baharu Sunlight yang berwarna hijau untuk kempen ini. Pemandu lelaki dan wanita teksi Sunlight akan memandu bersama orang ramai sebagai anggota penyokong pasukan," jelas Wei Yee.

Peserta akan memandu di sekitar Lembah Klang untuk mentafsirkan kod, mencari petunjuk dan menggunakan kreativiti menyelesaikan masalah sambil membina semangat berpasukan dan setia kawan.

"Di samping itu, sebagai menyokong tanggungjawab sosial korporat untuk memupuk masyarakat yang prihatin, kami akan mendermakan semua 'harta karun' kepada Rumah Hope iaitu yayasan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Untuk menjamin kejayaan acara tersebut, penganjur telah mendapatkan sokongan daripada beberapa organisasi, khususnya Magnum (Penaja Platinum), Cooper Tyre CCST (Penaja Emas), KK Supermart (Penaja Perak), Fotokem (Penaja Gangsa) dan kafe santai rasmi, Station One Café.

Penaja hadiah lain termasuk Life Regen yang menyumbangkan hamper penjagaan peribadi, MBG FruitShop, Fujihome, Seri Cempaka Suite yang menawarkan baucar makanan dan Fitness Concept Sdn. Bhd. yang menghadiahkan produk senaman. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved