Khamis, 22 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Keluarga ragui punca kematian Mohd. Helmi

Posted:

Keluarga ragui punca kematian Mohd. Helmi

Keluarga ragui punca kematian Mohd. Helmi

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

MARIAM menunjukkan laporan polis berhubung kematian Wan Mohd. Helmi di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang lelaki yang ditemui cedera teruk pada kepala selepas didakwa kemalangan akibat dihempap pokok ketika ribut berhampiran hentian rawat dan rehat (R&R) Gua Musang Selasa lalu, meninggal dunia pada pukul 5 pagi semalam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Bagaimanapun, kematian lelaki itu, Wan Mohd. Helmi Wan Daud, 24, yang berasal dari Bandar Permaisuri, Setiu, menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarganya kerana dakwaan awal bahawa kecederaan itu disebabkan dihempap pokok dinafikan oleh rakan mangsa yang mendakwa mangsa telah dipukul.

Menurut bapa angkatnya yang tinggal bersama arwah di Gua Musang, Tuan Ismail Tuan Mat, 66, bertindak atas maklumat terbaharu itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Kubang Kerian di sini semalam.

"Pada malam Selasa lalu, seorang jiran memberitahu, Wan Mohd. Helmi cedera dan pengsan kerana dihempap pokok dalam kejadian ribut dan dia dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum dikejarkan ke HUSM.

"Bagaimanapun, dia meninggal dunia pukul 5 pagi tadi (semalam) namun, dua rakannya yang ada bersama-sama di tempat kejadian pada masa itu ketika datang melawatnya di HUSM semalam (kelmarin) memberitahu, arwah cedera bukan disebabkan dihempap pokok tetapi dipukul orang," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Baca buku bukan kerana periksa

Posted:

Baca buku bukan kerana periksa

Baca buku bukan kerana periksa

KUALA LUMPUR – Penuntut institusi pengajian tinggi harus menjadikan tabiat membaca, meminjam buku dan berulang-alik ke perpustakaan sebagai satu kebiasaan dan bukan hanya untuk lulus periksa semata-mata, kata Profesor Diraja Ungku Aziz (gambar) .

Beliau berkata, ini penting kerana kalau hendak menjadi seorang yang bijak, mestilah selalu membaca buku kerana tiada cara lain yang boleh menggantikan cara ini dalam menambah ilmu.

"Semasa belajar di peringkat sekolah, saya banyak meminjam buku di semua perpustakaan yang saya lawati.

"Malah, semasa saya bergelar seorang penuntut dan juga pensyarah, saya dan kawan-kawan masih suka meminjam pelbagai jenis buku dan yang paling saya minat ialah buku politik dan sejarah.

"Saya sedih melihat penuntut kini hanya membaca buku untuk lulus periksa malah ada juga yang menggunakan isi buku untuk diplagiat bagi menyiapkan tugasan mereka dan bukannya untuk menambah ilmu pengetahuan," kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu ketika merasmikan Arkib Digital Universiti Malaya Memory di kampus UM di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4 pendekatan bangun usahawan

Posted:

4 pendekatan bangun usahawan

4 pendekatan bangun usahawan


NAJIB melihat pameran akar Tongkat Ali selepas melancarkan Karnival Usahawan Desa 2011 di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menggariskan empat pendekatan bagi menjadikan pembangunan bidang keusahawan di negara ini lebih berjaya dan berdaya maju.

Perdana Menteri berkata, empat pendekatan itu adaalah memperkenalkan idea-idea baharu yang lebih kreatif, menyuntik daya inovasi dalam perniagaan, penjenamaan yang lebih kuat dan terkenal serta penggunaan laman-laman maya dalam mengembangkan pasaran produk.

Beliau berkata, kaedah baharu itu penting kerana pada masa ini bidang keusahawanan di negara ini belum berjaya sepenuhnya.

"Namun kita tidak seharusnya kecewa sebab kita tidak berjaya sepenuhnya kerana bibit-bibit kejayaan sudah pun kita lihat. Apa yang perlu adalah kita lipat gandakan lagi mereka yang berjaya.

"Kita tidak mahu mereka cuma pengusaha-pengusah kerdil tetapi kita hendak mereka berkembang pada peringkat serantau dan global yang boleh kita banggakan," katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan Desa 2011 di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved