Khamis, 15 September 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kitar semula piuter

Posted:

Kitar semula piuter

Kitar semula piuter


ZAINAL ABIDIN dipilih sebagai salah seorang pengarca yang akan menghasilkan karya The Alam Collection.


Royal Selangor menyambut kemegahan hutan tempatan dengan sebuah kempen khas untuk tujuan amal bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Berikutan itu, Royal Selangor yang sinonim dengan barangan piuternya dan kini berusia 126 tahun menganjurkan kempen menderma dan kitar semula barangan piuter.

Pengurus Besar Royal Selangor International, Yong Yoon Li berkata, melalui kempen itu ia akan menggalak dan mendidik orang ramai mengenai kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan hutan belantara daripada terus pupus.

"Kempen ini membolehkan orang awam menderma barangan piuter mereka yang lama dan tidak dipakai kepada Royal Selangor untuk dikitar semula.

"Bagaimanapun, hanya barangan piuter daripada Royal Selangor sahaja akan diterima dan dicairkan semula untuk menghasilkan sebuah koleksi baharu terkini untuk The Alam Collection," katanya.

Menurut Yoon Li, koleksi baharu yang bakal dihasilkan itu akan direka bentuk oleh dua pereka tersohor negara iaitu Tengku Sabri Ibrahim dan Zainal Abidin Musa.

Ulasnya lebih lanjut, satu pertiga daripada hasil jualan koleksi terbaru itu akan disalurkan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

"Sumbangan dana ini untuk membantu mereka dalam usaha-usaha pemuliharaan habitat dan pendidikan alam sekitar khususnya Hutan Belum yang semakin terjejas ekosistemnya," ujarnya.

Ekoran itu juga Royal Selangor menjanjikan, 100 penderma pertama akan menerima keahlian percuma Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Setiap penderma tersebut turut layak menyertai cabutan bertuah bagi memenangi pakej percutian selama tiga hari, dua malam ke Hutan Belum yang berusia 130 juta tahun.


ATAS: Jenama Royal Selangor juga mahu relevan dengan usaha pelestarian alam sekitar.


"Kami ingin membantu Persatuan Pencinta Alam Malaysia kerana kami amat mengagumi usaha pemuliharaan kawasan hutan dan hidupan liar yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Kebanyakan barangan Royal Selangor akan menjadi satu kenangan abadi yang indah tetapi ada juga barangan lama yang tidak berguna lagi. Jadi apa kata anda mendermakan barangan piuter itu untuk dikitar semula," katanya.

Ulasnya lanjut, tidak ramai orang yang tahu bahawa piuter boleh dikitar semula dan setiap hari di kilang itu, hirisan piuter dikumpul dan dicairkan semula.

"Kami tidak sabar untuk menerima barangan piuter daripada orang awam untuk dikitar semula," ujarnya lagi.

The Alam Collection mengandungi beberapa rekaan aksesori dan patung kecil yang mengambil inspirasi daripada hutan tempatan.

Mengulas inspirasi rekaan kedua-dua pengarca, Tengku Sabri berkata, bentuk arca yang akan dihasilkan nanti hasil inspirasi dari sumber alam semula jadi yang tidak dapat dilihat mata kasar dan hidup di alam misteri.

"Saya mengambil inspirasi ketika suatu lawatan di kawasan hutan dimana saya dapat membayangkan makhluk yang di luar alam nyata," katanya.

The Alam Collection akan berada di pasaran pada bulan Oktober di semua kedai jualan Royal Selangor dan laman web www.royalselangor.com.

Tisu Scott berwajah Malaysia

Posted:

Tisu Scott berwajah Malaysia

Tisu Scott berwajah Malaysia


TISU yang lembut tentunya menjadi teman sewaktu sibuk menikmati juadah rumah terbuka sempena musim perayaan ini.


TISU muka Scott memberikan satu lagi peluang kepada pengguna untuk meluahkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia dengan edisi terhad kotak tisu yang memaparkan warna-warni kehidupan rakyat Malaysia. Ia dihasilkan oleh pelukis kartun tempatan, Reggie Lee.

Pengurus Pemasaran Family Care Kimberly-Clark Malaysia, Terence Fu berkata, hasil seni Reggie Lee memaparkan keindahan dan kepelbagaian gaya hidup rakyat Malaysia.

"Adakalanya dalam kehidupan seharian, kita tidak peka kepada kelucuan dan keistimewaan yang wujud di sekeliling kita. Begitu juga tisu muka, sentiasa dianggap remeh tapi ia sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Kini Scott meraikannya agar lebih dekat di hati kita," kata Terence.

Kotak edisi terhad itu memaparkan pelbagai watak Malaysia daripada guru, kanak-kanak sekolah, masyarakat biasa dan juga mereka dalam pakaian tradisional. Perhatikan dengan teliti dan anda mungkin dapat menemui sesuatu yang bakal mengingatkan kita erti sifat penyayang dan muhibah dalam masyarakat berbilang bangsa.

Apatah lagi pada musim perayaan ini, maka sudah tiba masanya untuk menyediakan beberapa kotak tisu muka Scott di rumah untuk memberi keselesaan sewaktu tetamu menikmati juadah perayaan nanti.

"Malaysia penuh dengan budaya dan tradisi yang indah dan bermakna. Sudah sekian lama saya idamkan untuk merakamkan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Terima kasih tisu muka Scott kerana melahirkan penghargaan terhadap gaya hidup Malaysia dengan cara ini," katanya.

Tisu muka Scott edisi terhad itu boleh didapati di semua pasar raya utama dari Ogos hingga September 2011, pada harga RM9.60 untuk pek empat kotak.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved