Khamis, 15 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


'Jangan ganggu Hafizuddin'

Posted:

'Jangan ganggu Hafizuddin'

'Jangan ganggu Hafizuddin'

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
berita@kosmo.com.my

ESAH (kanan) bersama Mohd. Hafizuddin yang semakin pulih selepas disimbah asid dalam kejadian 3 September lalu.


KUALA LUMPUR – "Cukup-cukuplah Natasha. Janganlah ganggu keluarga kami lagi." Begitulah rintihan Esah Bakar, 62, yang merupakan ibu saudara kepada Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang disimbah asid di Kangar, Perlis baru-baru ini gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang pondan yang dikenali Natasha Farisya, 28.

Sejak kejadian itu, dakwa Esah, keluarga Mohd. Hafizuddin hidup tidak tenteram dan diselubungi ketakutan kerana bimbang Natasha akan 'merampas' kembali anak lelaki mereka.

Dia mendakwa, berdasarkan maklumat yang diterima, Natasha kini dipercayai sedang merancang untuk melarikan Mohd. Hafizuddin buat kali ketiga kerana sebelum ini dia sudah dua kali berbuat demikian.

"Kali pertama dia melakukannya pada bulan Ramadan lalu, ketika Mohd. Hafizuddin menemani ibunya mengambil ubat di hospital.

"Kemudian Natasha melarikannya sekali lagi dari rumah ibu bapanya di Kangar pada hari raya ketiga yang lalu. Kami tidak mahu dia melarikan Hafizuddin buat kali ketiga," ceritanya ketika berkunjung ke pejabat Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Putih mata lesap RM10 juta

Posted:

Putih mata lesap RM10 juta

Putih mata lesap RM10 juta

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
berita@kosmo.com.my


KHAIRUL ANWAR (kiri) menerangkan sesuatu kepada mangsa tipu, Rosnani (tengah) sambil diperhatikan anaknya, Nurul Syakila Mohd. Imran di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sepuluh usahawan mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM10 juta akibat ditipu seorang wanita yang mendakwa dirinya pegawai kanan polis. Pengerusi Sukarelawan Peguam (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, mangsa mendakwa ditipu tahun lalu oleh wanita itu yang memperkenalkan nama sebagai Kak Su.

"Usahawan-usahawan ini pada mulanya ditawarkan tender kerajaan yang boleh memberi keuntungan antara RM1 juta dan RM6 juta oleh Kak Su sehingga mereka sanggup melabur ribuan ringgit kepadanya," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. Justeru, katanya, pihaknya menggesa kes berkenaan disiasat segera kerana ia menjatuhkan nama baik jabatan kerajaan. Salah seorang mangsa, Rosnani Sengari @ Basar, 46, berkata, pada awalnya, dia sendiri tidak mempercayai kata-kata Kak Su dan bimbang ditipu.

"Bagaimanapun, setelah dibawa ke premis kerajaan di Kuala Lumpur dan diperkenalkan dengan pegawai polis bertugas, saya mula yakin kontrak yang ditawarkan kepada Kak Su sah. "Jadi saya bersetuju membekalkan modal untuk membeli barangan dan peralatan untuk pertukangan, pameran dan pakaian seragam polis," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

ISA akan dimansuh - Najib

Posted:

ISA akan dimansuh - Najib

ISA akan dimansuh - Najib

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baharu akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baharu itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

"Kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan," katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baharu itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Di samping itu, tambahnya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved