Ahad, 4 September 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor lancar misi julang Piala Malaysia

Posted:

Selangor lancar misi julang Piala Malaysia

Selangor lancar misi julang Piala Malaysia

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

BARISAN pemain Selangor giat menjalani latihan di Padang SUK, Shah Alam semalam.


SELANGOR melaungkan amaran awal kepada barisan pencabar mereka dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Misi 'Piala Malaysia ke-33' dilancarkan semalam dengan matlamat utama untuk merampas kembali piala berprestij itu daripada genggaman penyandang juara, Kelantan.

Bagi merealisasikan misi tersebut, jurulatih Selangor, K. Devan menuntut agar kesemua barisan pemainnya menampilkan rentak permainan terbaik pada kempen Piala Malaysia yang telah memasuki edisi ke-85.

Bagaimanapun, Devan tidak mahu anak-anak buahnya dibuai dengan rekod cemerlang skuad Gergasi Merah pada kempen Piala Malaysia.

Beliau percaya jika mereka terlalu yakin atau beraksi sambil lewa, tidak mustahil Selangor akan kecewa lagi musim ini.

"Banyak aktiviti dilakukan menjelang Piala Malaysia, salah satu daripadanya adalah misi ini (Piala Malaysia ke-33), di mana saya nampak kami dapat satu semangat yang baik dalam pasukan.

"Ini juga telah menyedarkan semua pihak bahawa setiap aktiviti yang kita buat selama ini telah menyedarkan pemain bahawa seriusnya pihak pengurusan (Selangor) untuk menjulang Piala Malaysia musim ini," kata Devan ketika ditemui di majlis pelancaran misi 'Menjulang Piala Malaysia ke-33' di Padang SUK, Shah Alam, Selangor semalam.

Sementara itu, ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menyeru rakan-rakan sepasukannya agar tampilkan aksi yang terbaik sepanjang saingan Piala Malaysia 2011.

"Semua pemain kini mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menjulang Piala Malaysia.

"Ini kerana ia merupakan satu-satunya piala yang tinggal untuk tahun ini dan kami akan bekerja keras untuk merealisasikan misi kali ini.

"Kami sedar lawan yang menanti kami sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini tidak akan memberikan laluan mudah, tetapi kami bertekad menampilkan aksi konsisten dan terbaik," ujarnya.

Katanya, Selangor kini sudah cukup bersedia untuk aksi pembukaan menentang pasukan berstatus kelab, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.

"Saya harap bantuan daripada rakan-rakan sepasukan untuk saya menamatkan kemarau gol seterusnya memberi permulaan baik kepada Selangor," kata Amri.

Safiq sudah sedia pikat Cardiff City

Posted:

Safiq sudah sedia pikat Cardiff City

Safiq sudah sedia pikat Cardiff City


SAFIQ mahu mengembangkan kariernya dengan berkelana ke luar negara.


PEMAIN tengah Selangor, Safiq Rahim benar-benar berhajat menyarung jersi Cardiff City.

Meskipun hanya menjalani ujian percubaan selama dua minggu bersama Cardiff City pada penghujung bulan depan, Safiq berazam menampilkan aksi terbaik bagi memikat hati pihak pengurusan kelab Liga Divisyen Dua England itu.

"Ini adalah masanya untuk saya pamerkan aksi cemerlang dan yang pasti, saya tidak akan menolak (peluang) jika mendapat tawaran mewakili Cardiff City.

"Saya menganggap perkara ini (berhijrah) sebagai cabaran baharu buat diri saya sendiri demi melihat karier selaku pemain bola sepak terus meningkat," kata Safiq semalam.

Safiq berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dan dugaan apabila beraksi di England kelak.

"Memang saya dah bersedia. Saya dah fikirkan, apabila beraksi di England, mental perlu kuat dan saya sendiri akan berusaha keras untuk meningkatkan kualiti permainan memandangkan persaingan yang cukup hebat di sana.

"Sasaran utama saya adalah perlu melepasi terlebih dahulu ujian percubaan tersebut dan sekiranya berjalan dengan lancar, saya boleh beraksi (bersama Cardiff City) pada Januari depan," jelasnya.

Dalam masa yang sama, kapten skuad kebangsaan ini juga tidak menolak kemungkinan untuk beraksi dalam Liga Indonesia atau Liga Singapura jika mendapat tawaran daripada mana-mana kelab.

Bagaimanapun, Safiq mahu melupakan seketika impiannya itu demi membantu Selangor menjulang Piala Malaysia musim ini.

"Buat sementara ini, saya mahu fokus terlebih dahulu bersama Selangor dalam kempen Piala Malaysia.

"Saya mahu membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33.

"Pihak Cardiff City juga tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dan mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu," jelasnya.

Shahrizan sedia pikul amanah

Posted:

Shahrizan sedia pikul amanah

Shahrizan sedia pikul amanah

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


SHAHRIZAN giat menjalani latihan sebagai persiapan membantu Kelantan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.


"INI adalah peluang terbaik, saya harus guna kesempatan ini sebaik mungkin." Demikian ujar Shahrizan Ismail, penjaga gol kedua Kelantan yang diberi peluang untuk menggalas cabaran The Red Warriors dalam mengharungi kempen Piala Malaysia.

Shahrizan diberi tanggungjawab tersebut selepas penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat diarahkan untuk terus bersama skuad Olimpik negara. Selepas hanya membuat tiga penampilan bersama Kelantan musim ini (satu perlawanan Piala FA dan dua lagi pada Liga Super), Shahrizan menyedari bahawa keyakinan para peminat setia Kelantan terhadapnya tidak begitu baik.

Jelas Shahrizan, isu sama ada bersedia atau tidak menggalas tugas menjaga gawang Kelatan tidak timbul kerana baginya, sebagai pemain, dia sentiasa yakin untuk beraksi. "Disenaraikan sebagai penjaga gol utama atau simpanan sentiasa membuatkan saya bersedia kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita kena sentiasa bersedia untuk kemungkinan itu.

"Selepas sekian lama saya hanya memanaskan bangku simpanan, ini merupakan kesempatan terbaik untuk saya membuktikan kemampuan. "Memang tidak dapat dinafikan, ia suatu yang membosankan apabila diletakkan sebagai pilihan kedua, tetapi nyata itu membuatkan saya lebih berazam untuk disenaraikan," kata Shahrizan semalam.

Shahrizan menambah, beberapa siri perlawanan persahabatan yang dilalui sebelum ini membuatkan keyakinannya bertambah. Dia kini tidak mahu menoleh kebelakang dan berazam untuk terus mengekalkan momentum dan memberikan persembahan terbaik. "Namun, segalanya bergantung kepada jurulatih (Datuk M. Karathu) sama ada untuk memilih saya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Khairul Fahmi.

"Selain saya, jurulatih juga mempunyai pilihan lain seperti Halim Napi, Judtana Eh Put atau Muhammad Syazwan Yusoff. "Kelantan mempunyai ramai penjaga gol yang bagus, saya tidak boleh berasa selesa kerana persaingan terlalu kuat.''

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, Shahrizan dan Khairul Fahmi mempunyai keupayaan yang hampir setara. Justeru, beliau percaya Shahrizan mampu menggunakan pengalamannya untuk membantu Kelantan mengharungi kempen Piala Malaysia kali ini.

"Ketiadaan Apex (Khairul Fahmi) tidak begitu dirasai kerana kita memiliki Shahrizan yang sentiasa mahu menjadi yang terbaik. "Ia suatu yang bagus kepada pasukan dan saya yakin kekurangan itu mampu ditampung oleh Shahrizan.

"Saya puas hati dengan apa yang dipamerkannya sebelum ini, tetapi saya mahu dia terus berusaha dan bekerja keras untuk mengekalkan prestasi dan posisinya. "Dalam pasukan Kelantan tiada istilah 'anak emas', mereka yang memberikan yang diterbaik akan diberi peluang beraksi," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved