Kosmo Online - Negara |
- Peluru sesat lalu celah ketiak - Aji
- Allahyarham disambut sebagai wira negara
- Adinda Sultan Kelantan dakwa disabotaj
Peluru sesat lalu celah ketiak - Aji Posted: Peluru sesat lalu celah ketiak - AjiOleh SHAH NIZAM OMAR dan JULIA ISMAIL
SUBANG - Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan menyifatkan dirinya bagaikan mati hidup semula apabila terselamat dalam tragedi tembakan curi yang mengorbankan jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Mogadishu, Somalia kelmarin. Dia berkata, selepas mengorbankan rakannya, peluru sesat tersebut yang dipercayai dilepaskan oleh tentera Kesatuan Afrika (AU) telah melalui celah ketiak dan rusuknya di sebelah kanan. ![]() NAJIB dan Muhyiddin bersolat jenazah Allahyarham Noramfaizul di Masjid Pangkalan Tentera Udara Subang di Selangor semalam. "Saya sangat bernasib baik kerana peluru tersebut menembusi badan arwah terlebih dahulu sebelum lalu di celah ketiak dan rusuk saya di sebelah kanan, menyebabkan saya tercedera. "Ada orang beritahu saya, telah terjumpa sebuah peluru yang dipercayai terkena arwah dalam pacuan empat roda dinaiki saya bersama rakan media lain," ceritanya lagi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Allahyarham disambut sebagai wira negara Posted: Allahyarham disambut sebagai wira negaraOleh SHAH NIZAM OMAR ![]() Sebahagian daripada orang ramai membantu mengusung keranda jenazah Noramfaizul (gambar kecil) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang semalam. SUBANG - Suasana pilu menyelubungi Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini apabila pesawat Charlie C-130 yang membawa jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia pada Jumaat lalu tiba kira-kira pukul 10.05 pagi semalam. Pesawat yang sama turut membawa pulang seramai 16 pengamal media lain yang turut disertai 14 pasukan khas daripada sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia, doktor (19) dan krew TUDM (26) yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Sejurus tiba, jenazah Allahyarham yang diiringi Abdul Azeez disambut anggota keluarga termasuk ayah Allahyarham, Mohd. Nor Mat Yassin, 66, dan ibunya, Naemah Abd. Majid, 63. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Adinda Sultan Kelantan dakwa disabotaj Posted: Adinda Sultan Kelantan dakwa disabotajOleh ADHAM SHADAN
KOTA BHARU - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di sini, semalam terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri setelah mendakwa terdapat cubaan sabotaj yang menyebabkan cukai jalan empat buah kereta peribadi milik ayahanda beliau, Sultan Ismail Petra gagal diperbaharui. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan