Kosmo Online |
- Pelajar UPSR putus jari akibat mercun
- Bom lama ditemui di Kuala Lukut
- Jalan alternatif untuk lori ke Sg. Penchala
Pelajar UPSR putus jari akibat mercun Posted: Pelajar UPSR putus jari akibat mercun22/08/2011 5:41pm KOTA BHARU — Seorang pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan menerima padah akibat mercun apabila jari telunjuk sebelah kanannya putus dalam kejadian tengah hari ini. Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh, Noor Saiful Muhammad, mengalami kemalangan itu di rumahnya di Kampung Laka, Ketereh di sini pada pukul 1 tengah hari selepas pulang dari sekolah. "Mercun bola yang saya gunakan itu meletup sebelum sempat saya lemparkan ke luar," katanya kepada pemberita di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini. Noor Saiful berkata, dia ketika itu bermain mercun dengan menggunakan api yang dipasang melalui dapur memasak dan mahu melempar bahan itu di luar dapur. "Bila meletup tiba-tiba tangan saya jadi kebas dan darah keluar dengan banyak lalu saya pun jerit meminta tolong," katanya. Ketika kejadian, ibunya Siti Mariam Ibrahim, 52, sedang menggosok pakaian tanpa menyedari Noor Saiful secara diam-diam ke bahagian dapur untuk bermain mercun. Akibat letupan itu juga ibu jari tangan dan jari tengah mangsa turut cedera. — Bernama |
Bom lama ditemui di Kuala Lukut Posted: Bom lama ditemui di Kuala Lukut22/08/2011 4:57pm PORT DICKSON — Sebutir bom lama ditemui di tepi jalan di Kuala Lukut dekat sini pagi ini. Ketua Polis Port Dickson, Supt. Baljit Singh berkata ia ditemui orang awam pada 8 pagi dan kemudian menghubungi polis. Katanya, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah pergi ke tempat kejadian dan membawa bom itu untuk dimusnahkan. Baljit berkata bom itu dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua. — Bernama |
Jalan alternatif untuk lori ke Sg. Penchala Posted: Jalan alternatif untuk lori ke Sg. Penchala22/08/2011 4:57pm KUALA LUMPUR 22 Ogos — Satu laluan alternatif sepanjang 500 meter bersebelahan Jalan Datuk Sulaiman 1 di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini akan dibina bagi memudahkan perjalanan lori yang terlibat dalam pembangunan kediaman di kawasan Kampung Sungai Penchala, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail. Jalan alternatif bernilai RM9 juta termasuk proses pengambilan tanah penduduk itu dicadangkan untuk dibina memandangkan sebelum ini lori yang membawa bahan binaan ke projek pembangunan itu berkongsi jalan yang sama dengan penduduk TTDI iaitu Jalan Datuk Sulaiman 1, katanya. Ahmad Fuad berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membayar RM6 juta untuk kos pengambilan tanah seluas 0.67 hektar serta bayaran pampasan kepada penduduk TTDI yang terlibat dalam projek jalan alternatif itu. "Tanah yang kita ambil sangat sedikit dan terhad. Tanah mereka belum dibangunkan lagi jadi mereka perlu menyerahkannya untuk tujuan kemudahan awam. "Kita bayar pampasan kepada mereka (penduduk TTDI) berdasarkan luas tanah yang kita ambil. Jalan di TTDI bukan diwujudkan untuk lori keluar masuk," katanya kepada (1/8)emberita di Menara 1 DBKL di sini hari ini. Ditanya sekiranya wujud sebarang bantahan mengenai pengambilalihan tanah penduduk di TTDI termasuklah membawa bantahan itu ke mahkamah, Ahmad Fuad berkata DBKL akan menggunakan peruntukan Akta Pengambilalihan Tanah 1960 bagi proses itu. — Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan