Sabtu, 13 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Wanita ditemui mati, 2 lelaki ditahan

Posted:

Wanita ditemui mati, 2 lelaki ditahan

Wanita ditemui mati, 2 lelaki ditahan

13/08/2011 5:19pm

GUA MUSANG – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui suaminya kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka di Km 8 Jalan Gua Musang-Merapoh semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki terbabit, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan wanita itu, ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi.

"Kedua-dua mereka direman hari ini bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat Zainab Che Kob, 41, dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarganya.

Mayat Zainab ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang dengan kesan kecederaan di belakang kepala oleh suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30.

Khiri Zam berkata, isterinya keluar rumah kira-kira pukul 8 malam pada Khamis lepas setelah merajuk dengannya kerana tidak memberikan wang RM100 yang dimintanya sebaliknya hanya menghulurkan RM50. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rahsia rak hias terbongkar, 6 pelacur ditahan

Posted:

Rahsia rak hias terbongkar, 6 pelacur ditahan

Rahsia rak hias terbongkar, 6 pelacur ditahan

13/08/2011 5:16pm

KUALA LUMPUR – Rahsia rak yang menghiasi sebuah pusat kecantikan spa di Klang dekat sini terbongkar apabila ia sebenarnya menutup sebuah bilik yang dijadikan tempat menawarkan khidmat seks oleh pelacur.

Serbuan polis ke atas pusat itu, yang terletak dalam sebuah hotel di Jalan Batu 3 Lama pada pukul 10.50 malam tadi, menemui enam pelacur wanita rakyat Indonesia di dalam bilik itu yang turut menempatkan 8 bilik kecil.

Ketua unit maksiat Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, ASP Shahrul Nizam Jaafar yang mengetuai operasi itu berkata, ketika serbuan dibuat, semua wanita itu yang berusia antara 26 dan 37 tahun sedang menunggu pelanggan.

"Mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 23 hingga 26 tahun yang menjaga pusat kecantikan itu.

Shahrul Nizam berkata, serbuan itu merupakan yang kedua ke atas pusat kecantikan yang dibuka sejak tiga tahun lepas itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tindakan pantas bapa gagalkan cubaan culik

Posted:

Tindakan pantas bapa gagalkan cubaan culik

Tindakan pantas bapa gagalkan cubaan culik

13/08/2011 5:14pm

BESUT – Tindakan pantas seorang bapa melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya dilarikan oleh tiga pemuda yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada menjadi mangsa culik.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata, dalam kejadian pukul 9.15 malam semalam, bapa berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu terdengar jeritan anak gadisnya yang ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut.

"Apabila keluar dari rumah, dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menarik anak gadis berumur 15 tahun itu ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang juga dinaiki dua lelaki lain.

"Tergamam dengan kejadian itu, si bapa tidak sempat mengejar kereta itu kerana ia berlaku terlalu pantas dan segera membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bertindak atas laporan, satu operasi dilancarkan dengan bantuan orang ramai dan akhirnya polis berjaya menahan dua lelaki kira-kira pukul 2.30 pagi ini hasil serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Manok, Pasir Putih di Kelantan iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat mangsa diculik. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved