Sabtu, 13 Ogos 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


SEKARANG ATAU LUPAKAN

Posted:

SEKARANG ATAU LUPAKAN

SEKARANG ATAU LUPAKAN

CHONG WEI kini semakin menghampiri gelaran dunia apabila turun dalam aksi final malam ini.


SEKARANG atau lupakan terus impian menjulang gelaran dunia. Itu yang perlu dilakukan oleh pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Arena Tertutup Wembley, London semalam.

Inilah masa terbaik buat dia melakukannya atau lupakan terus gelaran dunia.

Pemain No. 1 dunia itu hanya selangkah lagi untuk merealisasikan hajatnya itu apabila mara ke final setelah menjinakkan pemain muda China, Chen Jin 21-13, 21-9 pada separuh akhir semalam.

Pada pertemuan di Arena Tertutup Wembley itu, Chong Wei jelas bukan tandingan Chen Jin apabila berjaya menafikan setiap hantaran juara bertahan itu sama ada di depan jaring atau di garisan belakang.

Lawan Chong Wei pada aksi final hari ini ialah pemenang antara seteru utamanya, iaitu Lin Dan yang juga pilihan kedua dan Peter Gade dari Denmark.

Selepas kekalahan pasangan beregu, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong di suku akhir kelmarin, Chong Wei kini satu-satunya pemain yang menggalas harapan negara di final dalam kejohanan yang sudah memasuki edisi ke-19 ini.

Kini hanya Lin Dan atau Peter Gade saja yang bakal menjadi penghalang kepadanya untuk menjulang gelaran dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pemain terhebat abad ini.

Pada edisi 2009 dan 2010, Chong Wei ditunjuk jalan keluar pada peringkat suku akhir.

Dia tewas kepada Sony Dwi Kuncoro pada edisi 2009 dan disingkirkan oleh Taufik Hidayat pada edisi 2010.

Pencapaian terbaiknya pada Kejohanan Dunia ialah pada 2005 yang menyaksikannya mara ke separuh akhir, namun gagal meneruskan kemaraan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kekang rentak samba Brazil

Posted:

Kekang rentak samba Brazil

Kekang rentak samba Brazil


PEMAIN-pemain bola sepak negara gigih berlatih sebagai persediaan menghadapi Brazil pada perlawanan kedua Kumpulan B temasya Universiade di Shenzhen, China hari ini.


SHENZHEN – Skuad bola sepak negara masih mengintai peluang untuk mara ke peringkat suku akhir pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.

Begitupun, skuad bimbingan Aminuddin Hussin ini perlu mengekang rentak samba Brazil pada aksi kedua Kumpulan B di Pusat Sukan Shernzhen Bao'an Xixiang yang akan berlangsung pada pukul 7.30 malam.

Ketika ini, peluang skuad negara untuk melangkah ke pusingan sete- rusnya masih terbuka meskipun tewas 1-2 kepada Ukraine pada aksi pembukaan di Stadium Shenzhen, Khamis lalu.

Kekalahan itu tidak 'menutup laluan' skuad negara kerana Brazil dan Rusia sekadar seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Pusat Sukan Shenzhen University City.

"Saya sempat meninjau perlawanan antara Brazil dan Rusia pada Khamis lalu. Daripada pemerhatian saya, beberapa pemain Brazil memiliki kemahiran individu yang tinggi," kata Aminuddin semalam.

"Saya rasa kita perlu menggunakan strategi tertentu untuk mengekang perge- rakan para pemain Brazil, sekali gus menghalang mereka daripada memenangi perlawanan itu nanti."

Aminuddin berkata, para pemain tidak boleh terikut-ikut dengan corak permainan Brazil dan sekiranya mereka mengi- kut semua nasihat yang diberikan, beliau yakin Malaysia mampu mencipta kejutan.

"Saya lihat, kelemahan Brazil adalah di posisi pertahanan. Sekiranya kita boleh menggunakan kelemahan itu, kita mungkin boleh bersaing dengan pasukan gergasi dari Amerika Selatan itu.

"Saya harap pemain akan bermain dengan lebih tersusun dan jika berpeluang, mereka perlu melakukan serangan balas yang pantas."

Menurut Aminuddin, beliau tidak akan melakukan rombakan secara besar-besaran ke atas skuad yang tewas kepada Ukraine lalu dan hanya membuat beberapa pertukaran pemain terutamanya di posisi pertahanan.

Pada masa yang sama, Aminuddin turut memberitahu, dia mungkin tidak akan meletakkan Mohd. Bunyamin Umar dalam senarai kesebelasan utama kerana pemain skuad Liga Super Selangor itu masih belum cergas sepenuhnya.

"Ketika ini, moral para pemain negara berada pada tahap yang tinggi selepas beraksi dengan baik pada pertemuan menentang Ukraine lalu. Saya percaya, kita mampu melakukan sesuatu dalam perla- wanan ini nanti."

Selepas Brazil, skuad negara akan melengkapkan perlawanan ketiga dalam Kumpulan B bertemu Rusia di Stadium Sekolah Sukan Shenzhen (pukul 4.30 petang) pada 16 Ogos ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nicol lagi selangkah juara Australia

Posted:

Nicol lagi selangkah juara Australia

Nicol lagi selangkah juara Australia


NICOL (depan) menepati ramalan apabila melangkah ke final Terbuka Australia semalam.


CANBERRA – Pemain No.1 dunia, Datuk Nicol Ann David mara ke final Kejohanan Skuasy Terbuka Australia selepas menumpaskan bekas juara, Rachael Grinham 11-7, 13-11, 11-7 pada perlawanan separuh akhir semalam.

Dia hanya mengambil masa 34 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah itu.

Nicol yang merupakan pilihan pertama kejohanan akan berdepan Jenny Duncalf dari England yang mengejutkan juara bertahan, Madeline Perry dari Ireland 11-8, 11-9, 2-11, 11-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.

Grinham yang masih belum dapat menewaskan Nicol sejak 2007 berkata, dia berusaha memberikan yang terbaik, terutamanya pada set kedua perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, Nicol berjaya mematahkan serangan Gringham dengan permainan menarik bagi memasti- kan kelebihan 2-0.

"Saya tahu jika saya biarkan dia menguasai permainan, dia akan terus mengasak. Jadi set kedua itu memang mata yang penting buat saya. Saya gembira dapat mara ke final," kata Nicol.

Gringham juga mengakui kegagalannya memenangi set kedua memberi kelebihan kepada Nicol.

"Memang sukar untuk bangkit semula selepas ketinggalan 2-0 apabila berdepan dengan Nicol," kata bekas pemain No. 1 dunia itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved