Sabtu, 13 Ogos 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Telefon bimbit jadi penyelamat

Posted:

Telefon bimbit jadi penyelamat

Telefon bimbit jadi penyelamat

Oleh MUSTAPA LAKAWA, TOREK SULONG dan KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my

BEBERAPA orang ahli keluarga mangsa menunjukkan tempat Noredreen Natasya dilarikan di Kuala Besut, Terengganu semalam. Gambar kecil ialah Suhaimi.


BESUT – Tiga pemuda berpakat melarikan seorang gadis sunti berusia 15 tahun merentasi sempadan Terengganu- Kelantan selama lima jam malam kelmarin semata-mata dengan niat untuk memaksa pelajar tingkatan tiga itu mengahwini seorang daripada suspek.

Bagaimanapun, komplot mereka menculik Noredreen Natasya Suhaimi gagal selepas gadis itu sempat menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang rakan yang akhirnya berjaya membantu polis menyelamatkannya dan menahan dua suspek.

Insiden itu bermula pukul 9.15 malam kelmarin apabila gadis tersebut berjalan keluar dari sebuah kedai runcit di Alor Peroi di sini sebelum ditarik ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil.

Jeritan mangsa menarik perhatian bapanya, Suhaimi Mustafa (gambar kecil), 36, yang berada di rumah kira-kira 80 meter dari situ. Dia nampak anaknya ditarik ke dalam kereta itu tetapi tidak sempat menolong.

Bimbang keselamatan anaknya, Suhaimi terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut.

Noredreen Natasya ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya semalam memberitahu, kereta yang dinaikinya dipandu laju sebelum mereka berhenti di sebuah rumah kosong dipercayai milik salah seorang suspek di Kampung Gong Manor, Pasir Puteh, Kelantan, iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat dia dilarikan.

Dia mendakwa mengenali salah seorang penculik itu.

"Lelaki itu selalu kacau saya. Dia kerap telefon dan hantar SMS kepada saya.

"Dia jugalah yang mengajak saya untuk bernikah dengannya ketika saya diculik. Saya cukup takut tapi Alhamdulillah semuanya selamat,'' katanya yang enggan mendedahkan wajahnya untuk diambil gambar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Henti sebar dakyah status halal

Posted:

Henti sebar dakyah status halal

Henti sebar dakyah status halal

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta orang ramai menghentikan tindakan menyebarkan pelbagai maklumat salah mengenai status halal sesuatu produk, jenama atau perkhidmatan khususnya menerusi internet.

Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof berkata, banyak maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan blog adalah isu lama yang mula timbul seawal tahun 2005 dan ada antaranya sudah diselesaikan.

"Kami mendapati terlalu banyak informasi yang mendakwa produk-produk serta perkhidmatan ini tidak halal di internet yang sebenarnya sudah selesai, malah produk yang dimaksudkan itu juga sudah mendapat sijil halal.

"Jadi saya harap semua pihak dapat menghentikan tindakan ini dan membuat semakan terlebih dahulu dengan kami menerusi telefon atau merujuk kepada laman sesawang Hub Halal Jakim," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anak bunuh bapa berperangai pelik

Posted:

Anak bunuh bapa berperangai pelik

Anak bunuh bapa berperangai pelik

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


ANGGOTA polis menjalankan operasi memburu dan menjejaki suspek (gambar kecil) yang dipercayai bersembunyi dalam hutan di Kampung Paya Terap, Kuala Nerang semalam.


ALOR SETAR – Seorang penoreh getah yang melarikan diri setelah dipercayai menetak bapanya sehingga maut dengan sebelah kaki kanannya putus dari atas buku lali di Kampung Pasir Putih, Tualak di sini Khamis lalu berperangai pelik sejak kebelakangan ini.

Menurut adik ipar suspek, Mohd. Nazrin Zainol, 32, abang iparnya itu sering ketawa dan bercakap bersendirian dalam bilik di rumahnya, namun tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan.

Katanya, dia tidak mengetahui punca abang iparnya berperangai pelik kerana lelaki itu cuba mengelak apabila ditanya perkara tersebut.

Dia berkata demikian ketika ditemui ketika bersama-sama pasukan keselamatan menjejaki suspek di Kampung Paya Terap di sini semalam.

Menurut Mohd. Nazrin, suspek itu dipercayai menuntut satu ilmu, namun tidak diketahui ilmu yang dituntutnya kerana tidak diberitahu kepada anggota keluarga.

"Tiada siapa dalam keluarga yang tahu tentang ilmu yang dia tuntut," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, Seman Sirun, 60, diserang anaknya dengan parang menyebabkan kaki kanannya putus dari atas buku lali selain parah di kepala dan tangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved