Kosmo Online |
- Tukang kebun didakwa pukul ibu tiri
- Sindiket curi pondok telefon awam tumpas
- Bilik tidur warga emas ditempuh kereta
Tukang kebun didakwa pukul ibu tiri Posted: Tukang kebun didakwa pukul ibu tiri09/08/2011 6:03pm KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan ibu tirinya menggunakan sebatang besi panjang, Sabtu lepas. Fatihi Hamidi Zakaria, 27, dituduh mencederakan Zaliha Othman, 43, dengan menggunakan sebatang besi panjang berbentuk V di hadapan rumah mereka di Losong Haji Mamat, kira-kira 4 petang, 6 Ogos lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan. Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abd. Hayyi Salim. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Sindiket curi pondok telefon awam tumpas Posted: Sindiket curi pondok telefon awam tumpas09/08/2011 4:43pm SHAH ALAM - Polis Selangor menumpaskan satu sindiket mencuri pondok telefon awam dengan tertangkapnya lima suspek dalam serbuan ke atas sebuah kedai barangan lusuh berlesen di Bandar Baru Bukit Beruntung. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kelima-kelima lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun ditahan pada pukul 6.05 petang pada 26 Julai lepas. Dalam serbuan itu, polis turut merampas 14 pondok telefon dan 50 gagang telefon berwarna merah, sebuah lori dan sebuah kereta Proton Satria, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Pondok telefon awam yang dicuri itu dianggarkan bernilai RM960,000, katanya. Tun Hisan berkata, siasatan mendapati sindiket itu bukan sahaja melakukan perbuatan itu di Selangor tetapi juga di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, dan Kuala Lumpur. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Bilik tidur warga emas ditempuh kereta Posted: Bilik tidur warga emas ditempuh kereta09/08/2011 4:07pm KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas tidak menyangka tindakannya ke dapur untuk mendapatkan segelas air telah menyelamatkan nyawanya apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh bilik tidur di rumahnya di Jalan Kamaruddin di sini malam tadi. Jamillah Abdul Rahman, 63, berkata, kejadian pada 10.30 malam itu berlaku hanya beberapa saat setelah beliau meninggalkan bilik tidurnya. "Saya tidak percaya setelah melihat sebuah kereta dalam bilik saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya. Jamillah berkata, suaminya Wan Harun Awang, 64, yang baru pulang daripada menunaikan solat terawih, juga bernasib baik kerana berada di ruang tamu ketika itu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan