Kosmo Online - Varia |
Posted: Resipi asli dari NarathiwatPELANGGAN boleh memilih hidangan pencuci mulut seperti bubur jagung, bubur pulut hitam dan bubur kacang hijau dan bubur sanggupal. KEPADA peminat-peminat makanan dari Kelantan, barangkali Restoran House Of Nasi Kerabu boleh dijadikan pilihan terbaik untuk berbuka puasa atau bersahur. Sememangnya, sajian utama penduduk Cik Siti Wan Kembang yang ditawarkan oleh restoran ini bukan se barangan. Nasi kerabu yang ditawarkan merupakan ga bungan resipi tradisional Kelantan dan dari Narathiwat, Thailand. ISTIMEWA. Nasi kerabu ini adalah resipi asli dari Kelantan dan Narathiwat. Menurut pemilik restoran ini, Rohayu Mamat, 35, antara resipi istimewa yang ditawarkan di restorannya ialah nasi kerabu nara yang mempunyai pilihan ayam atau daging bakar dan ayam percik. "Perkataan nara itu sebenarnya adalah singkatan nama wilayah Narathiwat yang juga merupakan tempat kelahiran saya dan ia juga adalah resipi turun temurun yang diwariskan daripada nenek saya," katanya ketika ditemui di restoran tersebut baru-baru ini. Budu masak NASI dagang antara pilihan lain yang terdapat di House of Nasi Kerabu. Bezanya nasi kerabu di tempat ini dengan yang lain ialah daripada segi penyediaannya. Nasi yang dimasak misalnya dimasak dengan air daun mengkudu yang dikisar halus dan disertakan bawang jeruk sebagai penyedap rasa. Harga yang ditawarkan di antara RM6 hingga RM8.80. Budunya juga kata Rohayu, diproses dan dimasak semula bagi membolehkan pelanggan-pelanggan yang mengalami alergi mampu menghadam makanan itu tanpa masalah. Restoran itu turut mempelbagai menu mereka apabila turut menyediakan menu yang dinamakan bihun goreng santan nara yang cuma berharga RM4.90. Selain menu berkenaan, Restoran House Of Nasi Kerabu menyediakan resipi istimewa lain iaitu nasi kerabu tumis.
Bezanya dengan nasi kerabu nara ialah nasinya berwarna kuning dan mempunyai tambahan sambal tumis yang rasanya tidak terlalu pedas. Seperti biasa, santapan akan bertambah menyelerakan jika anda memesan solok lada dan ikan goreng celup tepung. Jika anda tidak mampu menghadam makanan secara berlebihan, anda turut diberi opsyen untuk memilih nasi berlauk ikan tongkol dan nasi dagang yang lebih ringkas. Bagaimana pula dengan minuman? Anda pasti tertarik apabila restoran ini menawarkan air berkarbonat klasik jenama cap Ayam yang sangat popular di Kelantan. Untuk hidangan pencuci mulut pula, pelanggan dicadangkan untuk merasa pelbagai jenis bubur seperti bubur sanggupal iaitu sagu campur nangka, bubur jagung, bubur pulut hitam dan bubur kacang hijau. Seperti kata Pengurus Pembangunan restoran ini, Shamil Awang, meskipun House Of Nasi Kerabu berkonsepkan stail kopitiam, harga setiap makanan ialah seperti harga di pasar malam. - MAZLINA ABDUL MAJID Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
Signatur kafe Di-Atas Brasserie Posted: Signatur kafe Di-Atas Brasserie
DI-ATAS Brasserie di Hotel Legend Kuala Lumpur tersenarai antara lokasi mewah yang menjadi pilihan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Menawarkan lebih 100 menu kepada tetamunya, tanggungjawab tersebut terletak di atas bahu Chef Samsuddin Ahmad dan krewnya. Pada tahun ini, Di-Atas Brasserie memperkenalkan makanan dalam pelbagai pendekatan seperti masak secara langsung, ala gerai makanan, makanan panggang, BBQ, makanan goreng dan sebagainya. Bagi menu hidangan utama, Di-Atas Brasserie menawarkan menu-menu khas iaitu ayam percik pelangi, ikan pari bakar Legend dan ayam goreng penyet sebagai signatur kafe tersebut. Penggemar rendang turut ditawarkan rendang tok, redang minang, rendang ayam, rendang minangkabau dan banyak lagi. Tempura, dim sum, martabak, kuetiau goreng, popiah, shawarma ayam dan daging, mi daging, otak-otak dan sebagainya. Antara pemanis mulut yang ditawarkan termasuklah pelbagai perisa jeli, tart, kek, krumble dan karamel krim.
Bagi minuman pula, Di-Atas Brasserie menyediakan air bandung, jus kurma madu, cincau dan cendol, teh tarik serta Nescafe tarik. Menu-menu lain yang terdapat di Di-Atas Brasserie ialah pelbagai jenis kerabu, rojak mamak, tauhu sumbat, makanan laut segar, nasi himpit kuah kacang dan pelbagai jenis sup. Bagi mereka yang mahu bersahur, Di-Atas Brasserie, Hotel Legend beroperasi dari pukul 4 pagi pada harga RM32 seorang. Makanan-makanan yang akan disediakan pada sesi ini berkonsep sihat dan ringan sahaja. Untuk tempahan, , sila hubungi talian 03-4042 9888 sambungan 9032 atau faks 03-4043 8602 atau e-mel fb@legendsgroup.com. - NIZHA PERIASWAMY. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan