Selasa, 9 Ogos 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ferguson puji tenaga muda United

Posted:

Ferguson puji tenaga muda United

Ferguson puji tenaga muda United


VIDIC (tengah) bersama rakan-rakan sepasukannya meraikan kejayaan United muncul juara Perisai Komuniti di Stadium Wembley kelmarin.


LONDON - Pengurus Alex Ferguson yakin kebangkitan dramatik Manchester United ketika menewaskan Manchester City 3-2 pada aksi Perisai Komuniti malam kelmarin membuktikan The Red Devils mampu menyandarkan harapan kepada barisan pemain muda.

Biarpun membariskan pemain-pemain dengan purata usia 22 tahun sepanjang babak kedua, United tetap mampu bangkit membalas tiga gol setelah ketinggalan 0-2 pada babak pertama.

Joleon Lescott dan Edin Dzeko terlebih dahulu meletakkan City berkedudukan selesa tetapi Ferguson bingkas memasukkan Phil Jones, Tom Cleverley dan Jonny Evans bagi menggantikan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Michael Carrick pada babak kedua.

Jones, 19, dan Cleverley, 21, menyertai Chris Smalling, 21, Danny Welbeck, 20, dan David de Gea, 20, untuk mencipta kebang- kitan penuh klasik dengan United berjaya memperoleh tiga gol pada babak kedua me- nerusi Smalling dan dua jaringan Nani.

Ia pasti satu suntikan moral buat United seminggu sebelum saingan Liga Perdana England bermula dengan juara bertahan itu akan bertandang ke West Bromwich pada Ahad ini.

"Bagi kami, ia hanya sekadar mengesah- kan apa yang saya jangkakan terhadap skuad ini. Ramai menganggap ia bukanlah skuad terbaik United tetapi perlu diingat bahawa para pemain muda akan sentiasa meningkat.

"Saya sentiasa mahu beri pendedahan kepada Jones, Cleverley dan Evans untuk menghadapi perlawanan besar seperti ini. Ia suatu cabaran besar dan mereka berjaya melaksanakannya.

"Saya cukup yakin dengan kelompok pemain muda ini. De Gea dan Jones memberi kami gambaran masa depan yang baik. Mereka cukup mengagumkan.

"Ashley Young juga beraksi baik. Dia baru berusia 25 tahun dan mendapat kematangan selepas beraksi bersama Aston Villa. Tetapi dia kini mendapat pengalaman baharu selepas menyertai United," kata Ferguson.

Namun Ferguson tetap berwaspada dan mengetahui bahawa City bakal menjadi antara pencabar utama mereka bagi merebut kejuaraan musim ini.

"Saya yakin dengan para pemain saya dan memiliki keyakinan terhadap kemampuan mereka tetapi kamu tak boleh berasa terlalu yakin dapat bergelar juara.

"Ia pasti satu saingan liga yang cukup sukar dengan enam pasukan mampu mencabar merebut kejuaraan. Kami sudah merasai pengalaman tersebut ketika muncul juara musim lalu," jelas Ferguson. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kami harus banyak belajar daripada kesilapan - Mancini

Posted:

Kami harus banyak belajar daripada kesilapan - Mancini

Kami harus banyak belajar daripada kesilapan - Mancini

LONDON - Roberto Mancini menganggap Manchester City tidak akan mengalami kemusnahan teruk setelah tewas 2-3 kepada Manchester United pada aksi Perisai Komuniti malam kelmarin selagi skuad bimbingannya itu belajar daripada kesilapan.

City mendahului 2-0 pada babak pertama selepas Joleon Lescott menanduk masuk sepakan percuma David Silva sebelum rembatan kencang jarak jauh Edin Dzeko gagal diselamatkan penjaga gol United, David de Gea.

Namun juara Piala FA itu membenarkan United bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi Chris Smalling dan Nani sebelum pemain sayap Portugal itu memanfaatkan kesilapan Vincent Kompany untuk meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Ia tampak kekalahan yang cukup sukar diterima City, teruta- manya tewas kepada musuh setempat, namun bagi Mancini, skuad United bimbingan Alex Ferguson beraksi lebih baik dan tiada apa yang perlu dipertikaikan.

"Bagi kami, penting untuk kami mengetahui punca kekalahan pada perlawanan ini. Pasukan kami yang tidak beraksi baik tetapi berjaya menjaringkan dua gol perlu memiliki mentaliti yang kuat.

"Jika kami beraksi menentang pasukan seperti United atau Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara nanti, kami perlu faham bahawa kami perlu menguasai permainan dan tidak membiarkan lawan berkuasa seperti yang berlaku pada babak kedua.

"Jadi kami perlu belajar dari- pada kesilapan ini. Ia hanya satu perlawanan dan memang normal ia agak sukar kerana kami belum bersedia seratus peratus.

"Tetapi sesuatu yang positif berlaku pada 20 minit terakhir pada babak pertama. Apa pun, perlawanan sudah berakhir dan kami akan fokus untuk mengha- dapi saingan liga bermula minggu depan," kata Mancini.

Pengendali dari Itali itu bagai- manapun tetap berkeyakinan tinggi bahawa City akan menju- lang kejuaraan Liga Perdana England pada penghujung musim ini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Permulaan mudah

Posted:

Permulaan mudah

Permulaan mudah


LEE Chong Wei


PERMULAAN mudah, tetapi penutupnya belum ada kepastian.

Juara atau sebaliknya, tetapi berdasarkan prestasi dalam kejohanan Siri Super, Datuk Lee Chong Wei memang tiada tandingan.

Pada kejohanan dunia pula, dia masih gagal bergelar juara.

Chong Wei sudah memulakan misinya memburu kejuaraan dunia semalam - satu-satunya gelaran yang belum berada dalam genggamannya.

Pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2011 itu, pemain No. 1 dunia itu melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pemain perseorangan Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-15, 21-17 di Arena Tertutup Wembley, London.

Meskipun berjaya melepasi halangan pada pusingan pertama, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock mengakui bahawa Chong Wei tidak beraksi pada prestasi sebenarnya kerana masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang.

"Nampaknya hari ini (semalam) Chong Wei ada kekurangan daripada segi timing (ketepatan). Ini kerana dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang di sini (Arena Tertutup Wembley) yang besar.

"Ia jelas kelihatan pada awal set pertama. Melihat kepada masalah itu saya memintanya untuk segera mencari rentak permainannya semula kerana tidak mahu pemain lawan mengutip mata lebih banyak.

"Mujur dia berjaya mendapatkan rentak permainannya sekali gus mencatatkan kemenangan," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! di London semalam.

Pada aksi pusingan kedua esok, Chong Wei bakal berdepan pemenang perlawanan antara pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka dengan Ville Lang dari Findland.

Sementara itu, rentak kecemerlangan Chong Wei diteruskan pasangan beregu lelaki negara, Mohd. Zakry Abdul Latiff-Hoon Thien How yang turut mara ke pusingan kedua selepas mencatatkan kemenangan ke atas Howard Bach-Tony Gunawan dari Amerika Syarikat 21-17, 21-14.

Peluang buat Zakry/Thien How melangkah ke pusingan ketiga kejohanan cerah apabila dijadual berdepan pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu pada aksi pusingan kedua hari ini.

Chieh Min-Sheng Mu mara selepas mengetepikan cabaran pasangan Bulgaria, Stilian Makarski-Diana Dimova 21-10, 23-21.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut cemerlang apabila melepasi halangan pusingan pertama ekoran kejayaan menundukkan pasangan Mexico, Lino Munoz-Cynthia Gonzalez 21-9, 21-5.

Peng Soon-Liu Ying akan turun menentang pasangan England, Nathan Robertson-Jenny Wallwork yang mendapat 'bye' pada aksi pusingan pertama semalam.

Terdahulu, Ng Hui Ern-Ng Hui Lin dipaksa bekerja keras sebelum mampu mencatatkan kemenangan ke atas pasangan Ukraine, Anna Kobceva-Elena Prus 21-14, 22-20.

Beregu wanita Jepun, Matsutomo Misaki-Ayaka Takashi bakal menjadi lawan Hui Ern-Hui Lin pada aksi pusingan kedua.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved