Isnin, 8 Ogos 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Replika pedang bangkit keinsafan

Posted:

Replika pedang bangkit keinsafan

Replika pedang bangkit keinsafan

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF


SALAH satu replika pedang sahabat yang terdapat di Pameran Pedang Rasulullah dan Sahabat di Taman Seni Islam Selangor.


TAKTKALA pertama kali melangkah masuk ke dalam 'rumah' Rasulullah SAW, aura hati para pengunjung tentu mula terasa syahdu. Mereka seolah-olah menjadi tetamu istimewa Rasulullah biarpun sebenarnya baginda sudah meninggalkan kita ribuan tahun dahulu.

Terasa indah apabila dapat meneroka ke segenap ruang rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.

Baju Rasulullah yang tergantung dan beberapa herba termasuk habbatussauda tersusun rapi di dalamnya meningkatkan lagi rasa kecintaan terhadap baginda.

Melihat ke arah bumbung pula, perasaan sayu seketika kerana hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.

Walaupun semua itu sekadar buatan semula, namun ia mampu memberi gambaran kehidupan yang sangat sederhana yang pernah dilalui oleh seorang hamba, pesuruh Allah dan juga pemimpin agung umat manusia bernama Nabi Muhammad.


SALAH satu replika pedang sahabat yang terdapat di Pameran Pedang Rasulullah dan Sahabat di Taman Seni Islam Selangor.


Tiada perabot mewah atau hiasan mahal tetapi, dari rumah itulah berlaku perubahan yang besar ke seluruh muka bumi apabila nur Islam terpancar buat pertama kalinya.

Replika itu telah dipertontonkan sempena Pameran Pedang Rasulullah SAW dan Sahabat dan Replika Kediaman Rasulullah SAW yang berlangsung selama sebulan mulai 8 Julai lalu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Yayasan Restu, Shah Alam, Selangor.

Ia merupakan replika dalaman Nabi Muhammad di Mekah berdasarkan maklumat yang pernah disampaikan oleh para sahabat baginda tentangnya.

Zaid Ibn Thabit pernah meriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a, khadam Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang diperbuat daripada kayu keras yang dipateri dengan besi, lalu Anas berkata;

"Wahai Ibnu Thabit, inilah tempat minum Rasulullah. Dengan gelas kayu itulah Rasulullah minum air, perahan kurma, madu dan susu." (al-Tirmizi).

Mendekati cara hidup Baginda


SULTAN SHARAFUDDIN diiringi Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa (kiri) melihat salah satu replika pedang yang terdapat dalam pameran.


Konsep pameran anjuran Yayasan Restu itu benar-benar menarik minat para pengunjung agar kembali kepada sejarah perjalanan hidup baginda Nabi Muhammad dengan melihat sendiri pelbagai khazanah yang dipakai, diguna dan dimiliki oleh Rasulullah.

"Tersentuh hati ini seolah-olah air mata tidak mampu tertahan lagi apabila dapat melihat sendiri 'rumah' Rasulullah yang tercinta."

Kata-kata itu diungkap oleh seorang pengunjung, Khairul Ammar, 22, yang pertama kali dapat menyaksikan sendiri pameran seumpama itu yang disifatkan sebagai satu pengalaman berharga sepanjang hidupnya.

Katanya, walaupun Rasulullah tinggal di sebuah rumah yang sederhana namun, baginda mampu merubah dunia ke arah yang diredai Allah dan umat Islam pada masa kini perlu mencontohinya dalam memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Yayasan Restu, Pauziah Pauzi berkata, pameran sempena Festival al-Quran dan Kesenian Islam itu adalah inisiatif ke arah menyemarakkan pembudayaan al-Quran dan al-Sunnah dalam kalangan masyarakat

"Menerusi pameran ini, ia dapat memupuk rasa kecintaan yang tinggi kepada junjungan besar Nabi Muhammad," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pedang Rasulullah


Seorang ibu membawa anak-anaknya melihat koleksi al-Quran yang asli atau disalin semula untuk pameran di Yayasan Restu.


Selain rumah Rasulullah, Fauziah memberitahu, orang ramai berpeluang menyaksikan kehebatan 12 bilah replika pedang milik Rasullullah dan para sahabat yang baru tiba dari Brunei selepas kesemua artifak itu dipamerkan di negara tersebut.

Pedang-pedang yang menjadi kesayangan baginda adalah Al-Ma'tsur, Al-Qadib, Al-Battar, Al-Hatf dan Al-Qal'i yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

Al-Ma'tsur adalah pedang yang dimiliki Rasulullah sejak muda sebelum baginda menerima wahyu pertama di Mekah.

Pedang sepanjang 99 sentimeter yang diperbuat daripada emas dan berbentuk berupa ular tersebut sentiasa berada di tangan baginda baik ketika di Mekah mahupun semasa berhijrah ke Madihah.

Pedang Al-Qadib juga mempunyai sejarah tersendiri apabila ia yang dimiliki oleh baginda digunakan untuk mempertahankan diri ketika dalam pelayaran.

Bagaimanapun disebut dalam buku-buku sejarah bahawa baginda tidak pernah menggunakan pedang sepanjang 100 sentimeter itu di medan peperangan.

"Pameran pedang ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat secara dekat sejarah perjuangan menegakkan Islam.

"Walaupun ia juga sekadar replika pedang namun saiz, bentuk dan ukiran yang direka cipta pada setiap koleksi adalah menyamai dengan pedang yang sebenar," ujar Pauziah lagi.

Antara pedang milik para sahabat pula termasuk pedang Ja'afar Ath-Thayyar yang digunakan untuk membunuh malah, sesiapa sahaja yang terkena tikaman mangsa akan rebah serta-merta.

Panjang pedang itu ialah 140 sentimeter dan berat 2,854 gram.

Tapak kaki dan selipar


SELIPAR Rasulullah yang menggunakan tali diletakkan di antara dua jari kaki.


Setelah menatap satu persatu koleksi pedang, pengembaraan rohani diteruskan lagi dengan alatan busur panah yang merupakan salah satu lagi senjata selain daripada pedang.

Busur panah itu digunakan di medan pertempuran semasa menunggang kuda dan pasukan yang terlibat dianggap tinggi kedudukannya dalam tentera Islam.

Selain itu, tidak lengkap seandainya pengunjung tidak dapat menatap sendiri replika tapak kaki Rasulullah sepanjang pada pameran itu diadakan.

Menurut riwayat bahawa jari-jari kedua-dua tapak kaki baginda adalah tebal kerana Rasulullah berjalan dengan kuat seolah-olah berjalan di permukaan yang menurun.

Lebih menakjubkan, apabila tapak kaki baginda yang panjang dan berkulit licin menyusun langkah, air mudah mengalir ke atasnya.

Di sini timbul pula persoalan bagaimana bentuk selipar Rasulullah dan diriwayatkan dalam hadis Rasulullah bahawa Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik tentang perkara itu.

Anas mengatakan bahawa selipar Rasulullah menggunakan dua buah qibal (pelana selipar) iaitu batas depan selipar berupa tali yang diletakkan antara dua jari kaki.

Menurut riwayat Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah melarang berjalan hanya dengan memakai sebelah kasut atau selipar sebaliknya hendaklah memakai kedua-duanya atau menanggalkan kedua-duanya.

Dalam pameran itu, para pengunjung juga bertuah kerana dapat menatap dua tongkat iaitu Tongkat Nabi Musa a.s dan Tongkat Nabi Muhammad SAW yang mungkin tidak pernah dilihat di tempat lain sebelum ini.

Menurut ahli ilmu, berdasarkan perkhabaran lampau bahawa di hujung tongkat Nabi Musa mempunyai dua cabang melengkung dan terdapat banyak keistimewaan antaranya boleh bertukar menjadi ular.

Di samping itu, tongkat itu mampu membelah laut agar baginda dan pengikutnya dapat menyeberangi untuk menyelamatkan diri daripada serangan firauan dan tenteranya.

Nabi Muhammad pula memakai tongkat sebagai pakaian seharian baik ketika berjalan mahupun beribadat.


REPLIKA tongkat Nabi Musa (kiri) dan tongkat Nabi Muhammad.


Para Khulaffa Ar-rasyidin, wali dan ulama zaman dahulu menggunakannya meskipun badan mereka masih sihat kerana dengan memakainya ia sebagai sunnah Rasulullah.

Meningkatkan semangat

Menurut Pauziah, koleksi pelbagai jenis al-Quran lama yang asli dan disalin semula sambil diiringi dengan alunan bacaan al-Quran dan penerangan oleh pegawai galeri turut memberi impak besar di hati pengunjung yang hadir.

Katanya, al-Quran adalah kebenaran sebagai Kalam Allah buat selama-lamanya walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi pada masa kini. Umat Islam akhirnya akan kembali semula kepada al-Quran sebagai petunjuk yang benar.

"Pameran ini sudah pasti meningkatkan semangat dan keazaman yang tinggi buat seluruh umat Islam bagi menjadikan Ramadan kali ini sebagai bulan ibadat yang paling berkualiti," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bakul besi balang kuih

Posted:

Bakul besi balang kuih

Bakul besi balang kuih

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


BAKUL meletakkan balang kuih yang diperbuat daripada besi disalut warna emas.


MENJELANG Aidilfitri, setiap kediaman pasti tercari-cari ilham dekorasi untuk kediaman masing-masing.

Tidak ketinggalan juga dengan pilihan biskut-biskut raya yang ingin dihidangkan kepada tetamu yang bertandang.

Dalam hal ini, ada yang cerewet terhadap pemilihan bekas atau botol kuih. Ada yang suka memilih botol yang sarat dengan corak, tidak kurang pula yang lebih cenderung memilih bekas kuih yang pelbagai bentuk.

Bagaimanapun, merujuk kepada trend semasa, itu semua kini ditolak ke tepi. Sebaliknya, wanita urban kini semakin gemar meletakkan balang kuih di atas bakul besi unik untuk menyerlahkan penampilan hidangan.

Pengurus Ebiza Sdn. Bhd., Sapura Mohd. Othman berkata, tempahan untuk inovasi terbaharu itu semakin mendapat sambutan terutama kepada keluarga yang mementingkan hiasan dalaman sofistikated.

"Mereka bukan saja mementingkan sofa, meja makan atau alat perhiasan, sebaliknya mereka yang teliti menitikberatkan hal-hal berhubung bakul yang akan dihidangkan bersama balang kuih raya," katanya ketika ditemui di Kompleks Kraf, Jalan Conlay baru-baru ini.


SYARIKAT Ebiza turut menghasilkan hiasan unik untuk memegang pinggan.


Terdapat pelbagai corak dan saiz yang ditampilkan oleh syarikat itu. Ada berbentuk bulat dan ada yang berbentuk segi empat tepat. Jika mahu ringkas, anda boleh memilih inovasi bakul yang mempunyai lima ruang atau pun enam ruang serentak.

Terkini, kata Sapura, para pelanggannya lebih gemar memilih besi yang disalut warna putih berbanding warna emas atau perak.

Apatah lagi, bakul memegang botol kuih itu tidak berat kerana menggunakan logam yang ringan dan tahan lama, jadi ia mudah untuk digunakan.

"Sebenarnya setiap satu bekas, kita hanya buat satu set saja, bermakna ia eksklusif untuk satu pelanggan saja.

"Pada masa sama, kita juga menerima tempahan daripada pelanggan yang mahu rekaan mereka dibentuk oleh kami," katanya sambil memberitahu setiap tahun, syarikatnya akan mengetengahkan corak baharu dan lebih kontemporari.


ANDA boleh menempah rekaan sendiri untuk hiasan rumah.


Selain bakul atau tempat meletak balang kuih, syarikat Ebiza turut menawarkan inovasi lain yang diperbuat daripada material besi seperti tempat meletak pinggan, bekas tisu, bekas potpori, bekas meletak kek cawan, rak majalah, bekas meletak minuman dan banyak lagi.

Anda digalakkan membuat tempahan dua minggu awal jika anda ingin corak anda direalisasikan syarikat itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Menyamar untuk dapatkan berita

Posted:

Menyamar untuk dapatkan berita

Menyamar untuk dapatkan berita

TERJUN dalam bidang kewartawanan ternyata membuka mata penulis betapa kerjaya ini bukan hanya sekadar memerlukan penulis membawa sebatang pen dan sekeping buku nota ke hulur ke hilir.

Apatah lagi, bertugas dalam sebuah organisasi akhbar yang memperjuangkan kepentingan pengguna, ia menuntut semua wartawan Kosmo! sentiasa bersiap sedia mencabar diri dalam apa jua keadaan.

Laporan berita dalam bentuk penyiasatan antara tugasan yang paling mencabar kerana ia menuntut kami para wartawan bersedia untuk membuat penyamaran demi membongkar sesebuah berita eksklusif.

Memutar waktu pada awal 2006, ketika itu masih muda lagi dalam arena kewartawanan. Menerima tugasan seperti itu sememangnya antara tugasan yang dinanti-nantikan walaupun ia mengundang bahaya untuk keselamatan diri. Namun, itulah antara keseronokan mencabar diri dalam bidang ini.

Ketika itu antara tugasan penyiasatan awal penulis adalah krisis bekalan air kotor di Lembah Klang yang heboh dijaja sana-sini. Semua media cetak dan elektronik masing-masing kalut mencari bahan berita eksklusif terbaik untuk dipaparkan.

Tidak hanya mahu melontarkan soalan kepada menteri berkenaan atau syarikat yang menguruskan air, penulis diarahkan untuk mencari punca sebenar bekalan air menjadi kotor. Itu tugasan yang terpikul atas bahu ini dan ia perlu dilunaskan.

Hanya dengan sedikit pembayang mengenai lokasi-lokasi kawasan tempat pembuangan sampah yang dikatakan menjadi punca air kotor di Hulu Selangor, pencarian terhadap tempat tersebut bermula.

Selepas bersusah-payah mencari tempat yang ingin dituju, berhujan panas meninjau dari satu lokasi ke satu lokasi pencarian itu berakhir apabila penulis menemui kawasan pembuangan sampah yang tidak teratur dan terdapat kesan air hitam mengalir ke sungai berdekatan.

Tanpa membuang masa, bersama jurufoto, Mohd. Najib Mohd. Noor kami terus merakam landskap kotor tersebut untuk dijadikan bahan bukti mengenai dakwaan terhadap tempat tersebut untuk dipaparkan dalam akhbar.

Kelekaan itu bagaimanapun terhenti seketika apabila kami disergah oleh seorang pegawai wanita syarikat penyelenggara sampah-sarap yang musykil dengan tindak-tanduk kami.

"Saya pelajar dari Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Mara, datang nak buat kajian mengenai struktur tanah di kawasan ini," jawab penulis selepas diajukan soalan mengenai latar belakang kami.

Ketika itu, kami terpaksa menyamar sebagai pelajar untuk memastikan kami bukan sahaja tidak tertangkap bahkan, kalau untung sabut kami boleh mendapat lebih maklumat daripada pegawai tersebut.

Disebabkan kami ketika itu sememangnya baru pun setahun dua menamatkan pengajian di universiti, penyamaran sebagai pelajar mudah membuatkan dia percaya. Pegawai itu tanpa banyak soal kemudian terus meninggalkan kami.

Kami pulang petang itu dengan kelegaan bukan sahaja kerana berjaya menyelesaikan misi membongkar salah satu sebab pencemaran air di Lembah Klang, bahkan kerana berjaya mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa penyamaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved