Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Ashraf berangkat ke MekahTARIKH 1 Syawal bakal menjadi tarikh yang bersejarah buat aktor, pengacara dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim. Tatkala takbir dilaungkan Ashraf yang akan menyambut Aidilfitri di Mekah turut akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya Noor Dayana Lokman, 24, Kiranya tahun ini merupakan tahun terakhirnya menikmati bulan Ramadan sebagai orang bujang kerana selepas ini kehidupannya dilengkap wanita bergelar isteri. "Saya akan berangkat ke Mekah pada 17 Ogos dan akan berada di sana sehingga 5 September. Sebelum bernikah pada 1 Syawal, saya akan menunaikan umrah terlebih dahulu. "Puasa sebagai orang bujang, bagi saya sama sahaja dengan orang lain tidak ada bezanya, cuma selepas berkahwin kelak, akan ada orang yang menjaga makan minum saya dan tanggungjawab saya juga bertambah," ujarnya yang gemar menyambut puasa di Mekah. Ashraf mengakui buat masa ini dia tidak terlibat dengan mana-mana komitmen lakonan kerana terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Gombak, Selangor dan juga sibuk dengan persiapan perkahwinannya. "Sekarang saya sibuk dengan kerja dan juga persiapan akhir untuk perkahwinan, kerana terlalu sibuk kad kahwin pun saya belum hantar lagi sedangkan tarikh nikah serta resepsi perkahwinan sudah semakin hampir," jelasnya yang ditemui ketika sesi penggambaran program Jom Berbuka terbitan TV9. Tuturnya lagi, sekembalinya mereka berdua dari Mekah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada 17 September di kediaman bakal isterinya di Gombak. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung pada 24 September bertempat di MITC, Melaka. "Majlis kami berlangsung secara sederhana sahaja dan baru saya tahu bukan senang untuk melaksanakan sebuah majlis perkahwinan kerana banyak perkara perlu diteliti," balasnya. Puasa, nikah, hari raya ASHRAF mengakui sangat seronok mengerjakan amalan puasa di Mekah. Pemergiannya ke Mekah pada bulan Ramadan tahun ini bukan yang pertama kali, sebaliknya kali yang ketiga. Tidak mahu mendabik dada, jelas Ashraf, pengalaman berpuasa di Mekah buat pertama kali pada tiga tahun yang lalu, kini membawanya ke sana saban tahun. "Saya tidak tahu bagaimana untuk terangkan keseronokan berpuasa di Mekah. Bila saya pulang ke Malaysia, rasa rindu untuk kembali ke sana, itu yang menyebabkan saya ke sana apabila tibanya bulan Ramadan," ujarnya. Tambahnya, selain seronok dapat menikmati puasa dengan jutaan umat islam dari seluruh dunia, dia juga tidak dapat melupakan pemandangan indah setiap kali waktu berbuka di Mekah. "Seronok puasa di Mekah, sebab apabila berbuka saya akan duduk di satu sudut yang pemandangannya sungguh indah dan rasa lain sangat kerana nampak Kaabah depan mata kita sendiri.
"Di sana, saya hanya berbuka dengan buah kurma segar dan minum air, itu sudah cukup. Selepas solat tarawih baru mengambil makanan berat," katanya yang menyifatkan puasa di Mekah tidak kurang meriahnya seperti di Malaysia. Satu perkara yang menarik, apabila tibanya Ramadan, Ashraf memilih masjid di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Kuala Lumpur untuk menunaikan solat tarawih. "Bukan saya tidak suka solat tarawih di masjid lain, saya ada juga pergi tetapi saya suka bersolat terawih di UIA sebab cara mereka menunaikan solat tarawih sama seperti di Mekah. Jadi, tidak secara langsung saya terasa seperti menunaikan solat tarawih di Mekah," ungkapnya. 70 orang pesakit Sejak memberi fokus pada kerjaya baharunya sebagai pengamal perubatan Islam, sesekali, Ashraf dipanggil doktor oleh pesakit yang dirawatnya. Tidak kisah dengan apa sahaja panggilan buat dirinya kerana sebelum ini dia juga sudah terbiasa dipanggil ustaz dek kerana wataknya dalam drama popular Ustaz Amirul. "Saya tidak kisah orang nak panggil saya apa asalkan mereka selesa tetapi saya masih Ashraf yang dulu tidak berubah," katanya. Jika dulu Ahsraf Muslim lebih dikenali sebagai aktor tetapi sejak berkecimpung dalam dunia perubatan Islam bersama Pusat Rawatan Islam, Al-Hidayah, kelibatnya jarang-jarang kelihatan di kaca televisyen. ASHRAF sempat meluangkan masa bergambar bersama anak-anak yatim dari pertubuhan amal Nur-Zahrah. Jelasnya, dia bukannya mahu memencilkan diri daripada dunia seni, kerana hakikatnya kini dia masih sibuk dengan produksi program-program berunsur ilmiah. "Saya masih lagi dalam dunia seni, cuma saya akan beralih ke bidang lain, bidang apa saya belum tahu lagi sebab dalam bidang seni ada pelbagai cabang kerjaya. "Bukan saya tidak mahu jadi pelakon lagi, boleh, asalkan ada watak yang sesuai dan mengikut kelapangan waktu. tetapi buat masa ini jadual saya terlalu padat, bayangkan sehari saya harus merawat sehingga 70 orang pesakit. "Jadi, waktu saya diberikan sepenuhnya untuk merawat pesakit dan sekarang saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan sekali gus tidak mengizinkan saya untuk terlibat dalam lakonan," ucapnya. Beritahunya lagi, tidak lama lagi dia akan muncul dengan programnya sendiri yang memberi fokus kepada pesakit yang datang ke pusat rawatannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Upin & Ipin di Istana BudayaOleh KHAIRUL AMRI HASSAN SITI Rohaya (kiri) dan Burhanuddin (tiga dari kanan) pada sidang akhbar Muzikal Upin & Ipin baru-baru ini. UPIN & IPIN! Walau hanya sekadar figura animasi tiga dimensi (3D), penangan yang dibikin bukan hanya dalam kalangan kanak-kanak bahkan menjangkau setiap kelompok penonton termasuk warga veteran. Siri animasi yang memulakan siaran sulung tahun 2006 itu kini sudah mendapat peminat sendiri di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain setelah sayap siarannya dilebarkan oleh syarikat Les'Copaque menerusi Disney Channel Asia. Berbekalkan kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang mencapai kutipan tiket sebanyak RM6.3 juta selain aplikasi Pocket Ipin sebagai aplikasi berbayar sepuluh teratas untuk Malaysia's Apple App Store, karakter comel itu akan diterjemahkan ke pentas muzikal menjelang awal tahun depan. Menurut Penerbit Eksekutif Muzikal Upin & Ipin, Burhanuddin Md. Radzi yang merupakan Pengarah Urusan Les'Copaque Production Sdn. Bhd., keyakinan yang tinggi disandarkan menerusi pembikinan teater muzikal itu. "Sudah tiba masanya untuk pihak kami mengambil bahagian untuk memeriahkan pentas teater tanah air dan saya pasti Upin & Ipin telah pun mencipta satu fenomena dan ada pengikutnya sendiri," katanya yang bercadang mementaskan sebanyak 30 persembahan bagi menjamin peluang saksama dan kepuasan penonton yang hadir. Tarikh sebenar pementasan teater muzikal berskala RM2 juta itu bagaimanapun masih dalam proses perbincangan dengan pihak Istana Budaya. Muzikal Upin & Ipin itu turut mendapat kerjasama daripada penerbit teater muzikal ternama, CTRA Production yang berpengalaman menerbitkan 29 buah teater sepanjang 16 tahun berlegar di arena seni persembahan. PELAKON cilik yang meminjamkan suara untuk karakter Upin & Ipin, Asyiela Putri Azhar (tengah) bersama karakter yang bakal muncul menerusi Muzikal Upin & Ipin. Menurut penerbit bersama Muzikal Upin & Ipin, Siti Rohayah Attan, naskhah itu adalah yang pertama kali dihasilkan di Malaysia melalui proses transformasi karakter animasi 3D ke dalam format persembahan bercirikan kostum yang pelbagai. "Pertama kali produksi di Malaysia yang merealisasikan watak dalam sebuah siri animasi dan menggabungkan pelbagai maskot serta kostum daripada siri Upin & Ipin untuk berlakon, menyanyi dan menari di pentas agung Istana Budaya," kata penerbit Muzikal Tun Mahathir dan Mak Dara Nyonya itu lagi ketika sidang akhbar Muzikal Upin & Ipin di Istana Budaya baru-baru ini. Muzikal Upin & Ipin mengisahkan kehidupan kembar anak yatim piatu iaitu Upin dan Ipin di Kampung Durian Runtuh. Tinggal bersama kakak mereka, Kak Ros dan Opah, karakter comel itu juga memiliki kawan-kawan rapat yang belajar di Tadika Mesra antaranya Jarjit, Mei-Mei, Ehsan, Mail dan Fizi. Pementasan itu kelak bakal menyelitkan imaginasi kanak-kanak di luar batasan dalam kehidupan seharian seolah-olah sebuah pengembaraan tanpa batasan menuju ke dunia angkasa lepas, lautan dan belantara. Bakal mendapat sentuhan skrip dan arahan daripada pengarah berbakat Zaifri Husin, Muzikal Upin & Ipin akan disertai oleh barisan nama-nama berbakat besar seperti Pak Ngah dan A. Aris Kadir masing-masing selaku pengarah muzik dan koreografer. Oleh itu, bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga produksi muzikal yang bakal meledakkan pentas berprestij Panggung Sari Istana Budaya boleh menghadiri sesi uji bakat yang akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad bertarikh 13, 14, 20 dan 21 Ogos ini di Istana Budaya bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang. Syarat-syaratnya mestilah berumur di antara 6 hingga 35 tahun, boleh menari, menyanyi dan berlakon, sihat dan lincah serta terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Keterangan lanjut hubungi 03-6186 6592 atau 03-5511 8089 serta laman sesawang www.lescopaque.com. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Caleb dilanda masalahCALEB (kanan) bersama (dari kiri), Nathan, Matthew dan Jared. VOKALIS Band rock Kings of Leon, Caleb Followill dikhuatiri bakal menerima nasib yang sama seperti mendiang Amy Winehouse jika tindakan segera tidak diambil bagi mengatasi masalah ketagihan yang dialaminya. Namun dalam kes Caleb, 29, dia berhadapan dengan masalah ketagihan arak yang sudah di luar kawalan sehingga menyebabkan tiga lagi anggota kumpulan itu dikatakan mahu supaya Caleb segera didaftarkan masuk ke pusat pemulihan. Kings of Leon terpaksa membatalkan konsert mereka yang ketika itu sedang berlangsung di Dallas, Texas pada 30 Julai lalu selepas Caleb tiba-tiba bertindak keluar dari pentas konsert tersebut dengan mendakwa dia tidak tahan panas. Ekoran itu, band tersebut membatalkan kesemua 29 konsert yang dijadualkan berlangsung sepanjang tahun ini. Spekulasi mengenai masalah yang dihadapi Caleb itu mulai tercetus selepas seorang lagi anggota band itu yang juga abang Caleb iaitu Jared menulis dalam Twitter yang berbunyi: "Ada masalah dalaman (Kings of Leon) yang terpaksa diselesaikan. Saya tahu kamu semua (peminat) tidak bodoh. Aku tak boleh tipu. Ada masalah besar dalam band kami ini." Selain Caleb dan Jared, band yang ditubuhkan pada tahun 1999 itu turut dianggotai seorang lagi adik-beradik Caleb dan Jared iaitu Nathan. Seorang lagi anggota Kings of Leon ialah sepupu mereka, Matthew. Sumber memberitahu majalah USMagazine: "Jared, Nathan dan Matthew cuba untuk mendaftarkan Caleb masuk ke pusat pemulihan dan ia terutama sekali kerana masalah ketagihan alkohol yang dialami Caleb yang kini berada di luar kawalan." Namun, wakil Kings of Leon menafikan spekulasi tersebut. Kata jurucakap mereka: "Caleb kini di bawah rawatan doktor kerana dia ada masalah suara. Doktor memintanya berehat daripada menyanyi buat seketika. Kings of Leon akan kembali untuk konsert jelahah mereka menjelang bulan September nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan