Kosmo Online - Negara |
- Impian pesakit barah cakap dengan PM tertunai
- Jakim tidak pernah keluar sijil halal mentega import
- Johor dibanjiri ayam disembelih tak sempurna
Impian pesakit barah cakap dengan PM tertunai Posted: Impian pesakit barah cakap dengan PM tertunaiOleh MOHD.AZLI ADLAN
TAIPING - Impian pesakit barah tulang tahap akhir, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, untuk berbual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tertunai semalam. Biarpun hanya lima minit, Nurul Atikah Bazilah jelas gembira dapat berbual dengan idolanya itu menerusi telefon bimbit atas inisiatif Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia (PIKM). "Walaupun impian saya untuk bertemu dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri tidak tercapai namun peluang berbual secara peribadi pun sudah memadai. "Saya terharu dengan pesanan beliau yang menasihatkan saya makan banyak-banyak, semoga saya cepat sembuh dan boleh berjalan serta pergi ke sekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini semalam. Terdahulu, dia dan keluarga menerima kunjungan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang mewakili Perdana Menteri dan Naib Presiden PIKM, Teoh Teik Hoong. Nurul Atikah Bazilah yang mula dikesan menghidap barah tulang pada 2009, berkomunikasi dengan Najib menerusi telefon bimbit Setiausaha Akhbar kepada Zambry, Nizamuddin Mat Isa selain menerima sebuah Ipad sumbangan PIKM. Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia puas dapat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemimpin nombor satu negara itu sebelum mengakhiri perbualan. Sementara itu, ibunya, Che Tom Osman (gambar kecil), 45, terharu dengan kesudian Najib meluangkan masa berbual dengan anaknya. "Ia bagaikan hasrat terakhir Nurul Atikah. Saya tengok dia agak lemah sebelum ini tetapi terangsang dan bagaikan mendapat tenaga baharu selepas mendengar suara Perdana Menteri. "Menyedari hayatnya mungkin tidak panjang, saya dan suami sedaya upaya menunaikan semua hajat dan kehendaknya," kata isteri seorang anggota polis itu. Che Tom yang merupakan seorang penyelia kilang memberitahu, antara hasrat anaknya yang masih belum terlaksana adalah membina sebuah rumah idaman tetapi tidak kesampaian ekoran kesempitan wang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Jakim tidak pernah keluar sijil halal mentega import Posted: Jakim tidak pernah keluar sijil halal mentega import
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sebarang persijilan tanda halalnya kepada mana-mana mentega yang diimport ke negara ini. Pemangku Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf (gambar) berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang permohonan sijil halal daripada pengeluar mentega luar negara. "Produk mentega yang diimport memang tidak mendapat sijil halal Jakim tetapi mendapat persijilan halal daripada badan persijilan luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. "Setakat ini, terdapat beberapa produk mentega luar negara yang sedang dipantau dan diteliti," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah mentega import yang mendapat sijil halal tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Johor dibanjiri ayam disembelih tak sempurna Posted: Johor dibanjiri ayam disembelih tak sempurna Oleh NASRI JAMALUDIN dan MUHAMMAD ZIKRI ![]() KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan. JOHOR BAHRU - Percaya atau tidak, beratus-ratus peniaga di negeri ini kini menjual kira-kira 60,000 ekor ayam segar yang amat diragui status halal dan kesuciannya setiap hari. Jumlah tersebut meliputi 30 peratus daripada bekalan ayam di negeri itu setiap hari yang berjumlah 200,000 ekor. Masalah tersebut berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan. Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, pihaknya bimbang pengusaha kecil kini semakin berani untuk mengaut keuntungan berikutan permintaan yang tinggi daripada umat Islam berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. "Pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAIJ,'' katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bahru di Pontian awal pagi semalam. Dalam serbuan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi itu, JAIJ mendapati premis terbabit tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas. ![]() KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan. Turut membimbangkan JAIJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kaedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa. Menurutnya, JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal namun mereka tidak mematuhinya. "Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin. Beliau berkata, pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna. Samsudin berkata, JAIJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya. Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan