Kosmo Online - Negara |
Posted: Apa kami nak makan?SEBAHAGIAN daripada hampir 400 pekerja Dawama berpiket selepas diarah bercuti tanpa gaji di Hulu Klang semalam. KUALA LUMPUR - Sebanyak 380 pekerja syarikat percetakan dan pemasaran buku, Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) di Hulu Klang dekat sini kini hilang punca pendapatan apabila diberi notis cuti tanpa gaji dengan tiada tempoh tamat berkuatkuasa mulai semalam. Tindakan itu sekali gus mencetuskan kesedihan di kalangan pekerja dan keluarga masing-masing yang kesemuanya beragama Islam memandangkan ia dilakukan tanpa notis serta serentak dengan hari pertama umat Islam berpuasa semalam. Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama, Zainal Alwit berkata, pihak pengurusan hanya memberi alasan syarikat menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi harian termasuk bayaran gaji kakitangan. "Sehingga kini, pihak syarikat tidak memberikan kata putus sampai bila cuti tanpa gaji ini dibuat. "Soalnya, sampai bila hendak tunggu? Bagaimana kami boleh menampung kos sara hidup keluarga lebih-lebih lagi Aidilfitri semakin hampir," katanya ketika ditemui di pekarangan kilang syarikat itu semalam. Sebelum itu, seramai 80 kakitangan menyertai demonstrasi aman di hadapan kilang sebagai membantah keputusan syarikat. Dawama yang beroperasi sejak September 2002 diberi kontrak mencetak serta mengedarkan buku dan majalah terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) melalui kontrak yang akan berakhir pada 2014. Zainal berkata, terdapat sebilangan kakitangan menerima surat daripada bank menyatakan mereka tidak melunaskan pinjaman peribadi sedangkan potongan gaji dilakukan syarikat bermula November 2010 sehingga Februari lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Buta akibat bisul lambat dirawat Posted: Buta akibat bisul lambat dirawatOleh JULIA ISMAIL
GOMBAK – Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta. Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008. Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk. "Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan," ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam. Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama. "Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah," ujarnya. Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling matanya juga membengkak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Misteri bau busuk terungkaiANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou Aliou yang ditemui mati di biliknya (dalam bulatan) di UIAM, Gombak semalam. GOMBAK - Misteri bau busuk di sebuah bilik asrama Kolej Bilal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini terbongkar apabila mayat seorang pelajar warga Afrika ditemui dalam keadaan berulat semalam. Mayat tersebut ditemui pada pukul 11 pagi oleh seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci ketika dia sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar asrama terbabit. Wanita tersebut yang curiga dengan bau itu kemudian membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di asrama berkenaan sebelum menemui mayat mangsa di atas lantai di biliknya. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mamadou Aliou Tela Dialo, 25, dari Guinea di Afrika barat itu merupakan penuntut tahun tiga jurusan ekonomi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mayat tersebut telah berulat dan dipercayai mati sejak lima hari lalu. "Ketika kejadian, tiada penghuni lain di dalam bilik mangsa dan blok asrama yang menempatkan warga asing itu juga kosong kerana semua pelajar sedang cuti semester. "Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh menjadi punca kematian lelaki warga asing itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurut Abdul Rahim, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat masalah kesihatan kerana mengikut rekod, mangsa mempunyai penyakit sawan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan