Rabu, 24 Ogos 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hiburan raya Fara, Leya, Usop dan Ag

Posted:

Hiburan raya Fara, Leya, Usop dan Ag

Hiburan raya Fara, Leya, Usop dan Ag

BERTUGAS di pagi Aidilfitri bagai sudah sebati dalam adunan tanggungjawab dan keseronokan bagi penyampai-penyampai radio Hot FM antaranya Fara Fauzana, Leya, Usop dan AG.

Seiring dan sejalan dengan usia stesen radio itu beroperasi selama lima tahun umpamanya Fara Fauzana sehinggalah yang baru menginjak dan menapak perlahan seperti Usop atau nama lainnya Shy8, kemeriahan raya tetap dirasa walau meraikannya di konti pada pagi Syawal.

Bagi keempat-empat tunjang utama Hot FM, raya bukan hanya meraikan kemenangan bahkan juga mencurahkan sepenuh tanggungjawab menghiburkan pendengar pada pagi Aidilfitri.

Fafau Ratu mercun

Mercun dan bunga api susah untuk dipisahkan antara figura yang terkenal dengan panggilan Fafau atau empunya nama sebenarnya Fara Fauzana Fadzil, 31.

Katanya, label Ratu Mercun Shah Alam bagai sudah serasi dengan dirinya sementelah dia bergelar selebriti mahupun sebelum terkenal.

"Empat tahun lalu, saya pernah kena tahan polis sebab menyimpan mercun tapi selepas diberi teguran saya dilepaskan," katanya yang masih menyemat erat kenangan pahit ditempuhinya itu tatkala memandu sekitar kawasan rumahnya di Shah Alam.

Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Baginya, raya kini hanya di sekitar Kuala Lumpur (KL) dan Shah Alam termasuk konti Hot FM yang serasi dengannya sejak lima tahun lalu.

"Sebenarnya beraya di sekitar KL ini sangat menguntungkan, semuanya sudah ada di sini dan insya-Allah tahun ini rutin raya saya sama seperti tahun terdahulu.

"Selepas menghabiskan tugas saya di konti, saya akan meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara di Shah Alam dan mungkin pada sebelah petangnya baru mulakan sesi menziarah," bicaranya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pra-Dengar Single Raya penyampai Hot FM di Restoran Songket, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Leya fobia bunga api

Berbeza kisahnya bagi penyampai radio genit, Leya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid al-Yahya, 28.

Fobia dengan bunga api lantaran melihat pakaian sepupunya yang terbakar disambar api ketika bermain bunga api ketika malam raya sekali gus menghadiahkan trauma berpanjangan hingga kini.

"Masa kecil-kecil dulu, kami adik-beradik dengan sepupu yang sebaya sedang seronok bermain bunga api. Tapi, tiba-tiba percikan bunga api menyambar pakaian salah seorang daripada kami dan semuanya panik!

"Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan kecederaan yang dialaminya juga tidak teruk walaupun pakaiannya habis terbakar," ceritanya yang takut dengan bunga api apatah lagi bermain mercun.

Menceritakan momen menyambut raya di konti pada tahun terdahulu, ujar ibu kepada dua pasangan kembar Aza Ameena dan Asha Ameena, 2, itu, keutamaan diberikan kepada rakan setugas yang perlu pulang ke kampung halaman yang jauh dari Kuala Lumpur.

"Memandangkan rumah saya dan mertua juga sekitar KL maka tidak menjadi masalah untuk bertugas pada pagi raya, selepas menjalankan tanggungjawab menghiburkan pendengar yang sedang seronok berhari raya selepas itu tiba pula giliran saya menyambut lebaran dengan keluarga tercinta," tuturnya yang terkenal dengan kepetahan bercakap.

Tambahnya lagi, kuih raya yang menjadi idamannya sudah tentu kuih tart nanas buatan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin yang baginya punyai rasa unik dan berbeza daripada dibeli daripada pasaran.

Shy8 beraya di hospital

Bagi empunya diri yang bernama Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail atau mesra disapa sebagai Shy8, tahun ini merupakan pengalaman pertama dirinya menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sebagai penyampai radio.


BARISAN penyampai Hot FM begitu teruja menantikan ketibaan Aidilfitri kali ini.


Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha di kalangan peminatnya berkata, tidak mengapa jika dia bekerja pada hari raya kerana mungkin sudah biasa dengan keadaan tersebut memandangkan dia sudah berpengalaman lama di dalam alam pekerjaan.

"Saya tidak kisah bekerja pada hari raya kerana dahulu juga saya pernah bekerja dan mengalami perkara sebegini. Tahun ini jika tidak dapat pulang beraya di kampung, asalkan saya bersama isteri dan anak, sudah memadai bagi saya," cerita Shy8 yang teruja menyambut raya kali ini bersama isteri dan anaknya yang baru memasuki umur setahun lebih.

Cerita Shy8 lagi, setiap kali menjelang raya, pasti banyak pengalaman manis yang diperoleh apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara di kampung. Namun, ada sebuah kisah sedih semasa raya yang tidak akan dapat dilupakan oleh jejaka yang berusia 46 tahun ini.

"Pernah sekali ketika umur saya berusia dalam lingkungan 20-an, saya dimasukkan ke wad selama dua hari. Ketika itu saya diserang penyakit gastrik dan yang sedihnya, saya dimasukkan ke wad sehari sebelum raya.

"Pesakit lain semuanya mengambil cuti dan pulang beraya kecuali saya seorang. Apabila mendengar takbir berkumandang dan mengenangkan nasib saya yang berada di hospital, terasa sayu di dalam hati kerana tidak dapat bersama keluarga," bicara Shy8 yang sempat bergurau mengatakan mujur jururawat yang comel dapat mengubati sedihnya itu.

Raya rumah papan AG

Bagi AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat, tahun ini dia sekali lagi dapat pulang beraya di kampung. Raya tahun ini juga AG serta keluarganya akan pulang beraya di Johor memandangkan dia dan isteri berasal dari negeri yang sama.

Cerita AG, tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk buat dirinya dan isteri. Seperti tahun-tahun sebelumnya, isteri AG, Emelda Amir hanya berniaga kuih-muih sahaja.

Tapi pada tahun ini, perniagaan Emelda dikembangkan dengan membuka dua buah gerai di bazaar Ramadan di dua lokasi berbeza.

"Bulan ini sibuk sikit berbanding tahun sebelumnya. Jika dahulu isteri saya hanya berniaga kuih raya namun tahun ini kami membuka dua gerai di bazar. Satu di bazar Masjid India dan satu lagi di e @ Curve, Damansara, Petaling Jaya.

"Orang rumah saya kini sudah melancarkan produk sendiri iaitu Galeri Emelda yang menjual shawl dan tudung serta ada juga pakaian raya. Alhamdulillah, perniagaan baik dan kuih juga ada yang membuat tempahan hingga ke Korea," cerita AG yang mana kuih raya kesukaan mereka ialah kuih semprit cheese.

Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan AG ialah nostalgia semasa zaman kanak-kanak dahulu yang mana mereka sering pulang ke kampung di Muar. Di mana saudara-mara akan berkumpul beramai-ramai di rumah kampung diperbuat dari papan.

Akui AG, dia rindu ingin meraikan Aidilfitri di atas rumah papan yang mempunyai pangkin serta ruang bawah rumah yang menjadi tempat kanak-kanak bermain.

"Rumah ibu bapa saya kini telah diperbuat dari batu dan sudah moden. Jadi kepada peminat-peminat yang ada kampung yang masih berlantaikan papan, sila jemput AG ke rumah sebab memang teringin mahu beraya dalam suasana sebegitu," seloroh AG sambil ketawa yang juga mengatakan dia cemburu dengan sesiapa yang masih punya kampung berumah papan.

Akim bawa Stacy pulang beraya

Posted:

Akim bawa Stacy pulang beraya

Akim bawa Stacy pulang beraya

Oleh HARYATI KARIM


AKIM mengakui hubungan persabahatannya dengan Stacy agak akrab.


LEBARAN yang menjelang tiba disambut dengan penuh meriah oleh dua penyanyi muda yang hangat digosip bercinta, Akim dan Stacy. Meskipun berlainan agama, tidak menghalang untuk kedua-dua mereka meraikan lebaran bersama.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad dan Stacy yang ditemui pada rakaman program raya stesen radio Muzik FM baru-baru ini memberitahu mereka meraikan lebaran secara sederhana.

Jejaka tinggi lampai berusia 20 yang tidak berselindung mengakui mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengan Stacy itu menyatakan keinginannya membawa pulang Stacy ke kampung halamannya di Johor Bharu untuk menyambut lebaran bersama.

Tetapi jangan salah sangka, niat Akim itu bukannya untuk memperkenalkan Stacy kepada keluarganya kerana terang Akim dan Stacy disebabkan persahabatan mereka, keluarga mereka juga sudah saling mengenal antara satu sama lain.

"Stacy kawan baik saya, apa salahnya saya ajak dia beraya di kampung untuk merasai pengalaman sebenar menyambut lebaran di kampung. Itu pun kalau dia tidak sibuk atau terikat dengan kerja.

"Jangan salah anggap pula, kami hanya kawan dan saya akui memang kami kawan rapat. Selain merasai pengalaman raya, pada hari raya keempat saya dan keluarga akan mengadakan rumah terbuka buat peminat, saudara dan rakan-rakan.

"Kemungkinan juga saya akan berkonvoi melawat rakan-rakan Akademi Fantasia yang lain seperti Aril di Melaka. Kalau tidak pun setiap tahun Aril akan datang beraya di rumah saya," katanya yang akan bercuti selama dua minggu bermula 29 Ogos ini.

Bercerita lanjut mengenai persiapan raya, kata Akim yang menggemari makanan tradisi orang Bugis iaitu Berasak (pulut yang dibungkus dengan daun pisang) paha hari raya, dia telah membeli kelengkapan hari raya untuk keluarganya terutamanya pakaian pada awal puasa lagi. Cuma yang tinggal adalah kerja-kerja pada saat-saat akhir seperti mengemas rumah dan menukar langsir yang menjadi tugas wajibnya setiap tahun.

"Tahun ini tahun ketiga saya beraya sebagai artis, saya raya macam orang lain juga. Peruntukan saya tidak banyak hanya untuk saya, ibu ayah dan adik bongsu," kata anak ketiga daripada empat adik-beradik itu lagi.

Seperti biasa, tahun ini wajah Akim boleh disaksikan di kaca televisyen pada hari raya pertama menerusi program Mega Raya, Fantastika Raya, Akustika Raya dan program Wali Band Cari Jodoh yang mana Akim bertindak sebagai pengacara.

Stacy bersiap untuk Kasanova

Penyanyi Stracie Angie Anam atau Stacy yang baru menyambut hari lahir yang ke-21 pada 18 Ogos lalu, tidak ketinggalan meraikan lebaran saban tahun memandangkan dia dikelilingi oleh rakan-rakan beragama Islam, malah abang keduanya juga memeluk agama Islam kerana berkawan dengan wanita Melayu.

"Saya sudah biasa sambut hari raya walaupun saya beragama Kristian kerana dalam keluarga saya sendiri ada yang beragama Islam, sudah pasti saya menyambut hari raya bersama mereka," kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik itu lagi.

Sungguhpun begitu, lebaran kali ini, Stacy dihambat oleh kesibukan kerja kerana menyiapkan dirinya untuk merakamkan video muzik untuk single keduanya berjudul Kasanova selepas single pertamanya Kisah Dongeng.

"Saya teringin untuk beraya di kampung dan merasai nikmat hari raya bersama rakan-rakan, Akim ada beritahu dia akan buat rumah terbuka pada hari raya keempat, jika saya ada kelapangan saya akan pergi melawat dia dan juga rakan-rakan yang lain.

"Tetapi hari raya tahun ini saya akan berada di Kuala Lumpur untuk mempersiapkan diri dengan tarian rancak untuk rakaman muzik video lagu Kasanova," katanya yang menggemari kuih batang buruk dan makmur.

Tambah Stacy, dia tidak menolak andai jodohnya kelak dengan lelaki Melayu, malah, Stacy tanpa berselindung memberitahu lelaki idamannya adalah seperti Akim, namun buat masa ini dia tiada masa untuk bercinta sebaliknya hanya ingin fokus pada kerjaya seni.

"Saya dan Akim rapat, begitu juga dengan rakan AF yang lain macam Aril dan Hafiz. Saya mengaku kami sering menonton wayang bersama tetapi bukan berdua sebaliknya bersama rakan-rakan yang lain.

"Memang saya suka lelaki macam dia (Akim), tetapi sekarang saya masih muda, bukan masanya untuk bercinta. Kalau nak fikir kahwin pun lambat lagi, sekarang saya hanya ingin bekerja," katanya yang pulang ke kampung halaman Kota Kinabalu untuk meraikan sambutan hari lahirnya.

Peminat boleh mendengar suara Stacy dan Akim menyanyikan lagu raya dan lagu-lagu popular mereka di radio Muzik FM dalam Konsert Raya 1Malaysia Muzik FM yang akan disiarkan pada hari raya pertama dan kedua pada pukul 2 petang.

Selain Stacy dan Akim, artis lain yang turut terlibat dalam program tersebut adalah Francesca Peter, Dayang Nurfaizah, Mawi, Sheila Abdul, Daniel Lee, DJ Anand (Minnal FM) dan juga DJ Muzik FM.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved