Rabu, 13 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Vendor surat khabar disamun RM97,000

Posted:

Vendor surat khabar disamun RM97,000

Vendor surat khabar disamun RM97,000

13/07/2011 6:40pm

IPOH - Seorang vendor surat khabar kerugian hampir RM100,000 apabila dirompak tiga lelaki masing-masing bersenjatakan sebilah pisau di rumahnya di Taman Pangkalan Jaya, Pasir Puteh di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa hendak keluar dari rumah pukul 5 pagi, mangsa dihampiri tiga lelaki yang berpura-pura bertanyakan alamat dan jalan di kawasan perumahan itu.

Bagaimanapun, tiba-tiba ketiga-tiga suspek berkenaan terus menangkap dan mengikat kedua-dua kaki dan tangan mangsa sebelum masuk ke rumah dan melarikan wang tunai RM10,000, barang kemas RM15,000 dan sebuah kereta jenis BMW, yang kesemuanya bernilai RM97,000, katanya ketika dihubungi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rampasan balak, kapal terbesar

Posted:

Rampasan balak, kapal terbesar

Rampasan balak, kapal terbesar

13/07/2011 5:10pm

KUCHING – Pasukan Gerakan Marin membuat rampasan terbesar setakat ini di Sarawak dengan nilai keseluruhan RM458,000 setelah berjaya mematahkan cubaan menyeludup balak haram di Sungai Sarikei petang semalam.

Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 ACP Mohamad Saleh Mat Jani berkata jumlah rampasan itu ialah bagi 200 batang balak haram yang cuba diseludup bernilai RM108,000 serta balak, enjin dan pelbagai peralatan bernilai RM350,000.

"Enam orang kesemua lelaki termasuk seorang kapten dan dua warga India ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Saleh berkata kesemua suspek berumur 25 hingga 53 tahun dan siasatan lanjut mendapati warga India itu mempunyai permit kerja yang sah.

"Operasi dijalankan pada pukul 7.30 petang semalam dan siasatan awal mendapati kapal tersebut sedang dalam perjalanan ke Tanjung Manis," katanya.

Mohamad Saleh berkata kapal itu dikenal pasti dimiliki warga tempatan namun butirannya tidak dapat didedahkan kerana masih dalam siasatan.

"Kesemua balak dan barangan dirampas itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak dan kes ini disiasat di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak," katanya.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak lima kes rampasan membabitkan balak haram, enjin dan pelbagai peralatan bernilai RM1.4 juta berlaku di Sarawak.

"Empat kes berlaku di Sungai Sarikei dan satu di Bintulu dengan jumlah balak haram dirampas sebanyak 1,548 batang," katanya.

Mohamad Saleh berkata perairan Bintulu dan Sarikei dikenal pasti menjadi laluan kegemaran penyeludup balak haram kerana wujudnya industri pembalakan di kawasan berhampiran. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Soosai: Malaysia masih membisu

Posted:

Soosai: Malaysia masih membisu

Soosai: Malaysia masih membisu

13/07/2011 4:50pm

CHENNAI – Sikap membisu oleh polis Malaysia berhubung ekstradisi penjenayah lick dari Malaysia, Michael Soosai, yang dalam tahanan di India, telah menimbulkan banyak persoalan.

Sejak ditangkap pada Ogos tahun lepas, pihak berkuasa Malaysia masih belum memohon perintah ekstradisi Soosai, 53, yang dikehendaki di Malaysia kerana beberapa siri penipuan yang membabitkan hampir RM1 juta.

Dia juga didakwa menculik dan membunuh seorang pemandu lori berasal dari Malaysia, N. Subramaniam, di Cheyyur, daerah Kancipuram, di selatan India, pada 2002 berikutan perbalahan keluarga.

Konsul Besar Malaysia di sini, Anuar Kasman, berkata bahawa pihaknya telah beberapa kali menulis surat kepada pihak berkuasa di Malaysia berhubung suspek itu, yang dipercayai Michael Soosai, yang ditangkap di sini.

"Namun kami belum menerima sebarang arahan dari Malaysia bagi tindakan susulan dalam kes ini. Polis India dan peguam suspek juga berjumpa dengan kami dalam hal ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sikap mendiamkan diri oleh polis Malaysia agak membingungkan walaupun Soosai tersenarai dalam orang dikehendaki oleh polis antarabangsa (Interpol) sejak beberapa tahun.

Soosai amat dikehendaki polis Malaysia sejak awal 2000 kerana terbabit dalam sekurang-kurangnya 17 kes jenayah kolar putih, kebanyakannya melibatkan pemalsuan cek bernilai lebih RM1 juta. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved