Ahad, 24 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Posted:

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air


SOPHEA ISABELLA


KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Keluarga risau Nazaruddin sakit

Posted:

Keluarga risau Nazaruddin sakit

Keluarga risau Nazaruddin sakit

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kumpulan Abu Sayaf terus meningkatkan tekanan ke atas keluarga seorang rakyat Malaysia yang mereka culik pada 8 Mei lalu dengan mendesak supaya wang tebusan RM50,000 dibayar segera.

Lebih mengejutkan, wang tersebut bukan untuk pembebasan sebaliknya bagi membeli ubat untuk Nazaruddin Saidin (gambar), 38, yang didakwa kini sakit selain sebagai jaminan bagi memastikan nyawa rakyat Malaysia itu selamat.

Adik mangsa, Mohd. Lukman, 27, berkata, dia menerima panggilan telefon yang sangat menakutkan daripada salah seorang anggota kumpulan penculik pada Jumaat lalu.

Katanya, ini kerana lelaki tersebut mendesak supaya wang tebusan tersebut dilunaskan dalam masa tiga hari demi keselamatan abangnya.

"Dia bukan sahaja menelefon malah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya dua hari berturut-turut, mahu wang RM50,000 dibayar segera jika mahu abang saya selamat," ceritanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Nazaruddin yang merupakan bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

Kumpulan penculik terbabit meminta keluarga Nazaruddin membayar sebanyak RM5.6 juta bagi tujuan membebaskannya.

Mohd. Lukman menjelaskan, mereka tidak mampu untuk membayar wang tersebut dan hanya mampu merayu kepada mana-mana pihak yang sudi untuk membantu keluarganya.

Katanya, keluarganya sudah buntu kerana tidak tahu bagaimana hendak mencari wang sebanyak itu.

"Saya berharap kerajaan Malaysia dan Filipina dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu membebaskan abang saya. Kami sekeluarga kini cukup tertekan,'' ujarnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terseksa lihat anak meronta

Posted:

Terseksa lihat anak meronta

Terseksa lihat anak meronta

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI dan SALEHUDIN MAT RASAD
berita@kosmo.com.my


SYAFIQ HAIKAL dan adiknya akan berada di HKL dua minggu lagi.


KUALA LUMPUR – "Saya terseksa tengok anak-anak meronta kesakitan apabila jururawat mencuci luka mereka." Begitulah rintihan seorang ibu, Ruhasimah Julaili, 33, yang tidak sanggup melihat derita kedua-dua anaknya, Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, dan Syafiq Haikal, 13, ketika jururawat membuang kulit mati serta mencuci luka akibat kecederaan akibat disimbah asid Selasa lalu. Cerita beliau, adakalanya dia terpaksa mengalihkan pandangan kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang mengerang kesakitan setiap kali proses membersih luka tersebut.

"Shafiq Aiman, meronta-ronta sehingga kakinya terangkat menahan kesakitan dan melarang tindakan jururawat membersihkan kulitnya. "Kesakitan yang dialami mereka sukar saya gambarkan, sehinggakan Syafiq Haikal demam selepas selesai mencuci luka pagi tadi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ruhasimah memberitahu, doktor pakar bedah plastik akan membuat pemeriksaan terhadap status kecederaan kulit yang dialami oleh kedua-dua anaknya pada Selasa ini sebelum menentukan sama ada mereka perlu menjalani pembedahan plastik atau tidak.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu dijangka berada di HKL sekurang-kurangnya dua minggu lagi. "Para doktor sedang mengenal pasti jenis cecair digunakan suspek yang menyebabkan kawasan kulit yang terkena simbahan itu bertukar serta-merta menjadi hitam. "Khabarnya pihak polis Maran telah membawa suspek ke rumah di Jengka 9 mengambil bekas cecair yang digunakannya ketika menyimbah anak saya itu," katanya.

Ruhasimah kemudiannya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada suspek yang menyimbah asid ke muka dan tubuh kedua-dua anaknya sehingga mereka kini merana.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin ketika ditemui berkata, suspek dalam lingkungan usia 30-an kini ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Jenayah (KK) yang membawa kecederaan parah. Katanya, pihak polis kini sedang menunggu laporan hospital mengenai status kesihatan mental suspek. Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, kedua-dua mangsa telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved