Ahad, 24 Julai 2011

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelancaran perkhidmatan Bas Klinik Bergerak

Posted:

Pelancaran perkhidmatan Bas Klinik Bergerak

Pelancaran perkhidmatan Bas Klinik Bergerak


ALBERT LEE (enam dari kiri) bergambar bersama doktor dan tabib Cina yang memberi rawatan percuma melalui Bas Klinik Bergerak di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru baru-baru ini.


PERCUMA. Masyarakat pelbagai kaum di negeri Johor boleh menikmati rawatan perubatan percuma melalui perkhidmatan Bas Klinik Bergerak kelolaan Persatuan Kebajikan Xing Yun Johor yang dilancarkan di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru baru-baru ini. Lebih menarik, rawatan tersebut dikendalikan oleh 21 doktor dan tabib Cina secara sukarela di lokasi-lokasi terpilih terutama di sekitar Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, kawasan berhampiran dan juga di seluruh negeri itu.

Antara rawatan yang ditawarkan adalah perubatan tradisional Cina, akupuntur, herba Cina dan ubatan moden.

Pengerusi persatuan tersebut, Albert Lee berkata, perkhidmatan bas tersebut membabitkan kos sebanyak RM320,000 dengan matlamat utama adalah memberi perkhidmatan percuma kepada masyarakat pelbagai kaum secara percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ceramah cegah jenayah dan dadah

Posted:

Ceramah cegah jenayah dan dadah

Ceramah cegah jenayah dan dadah


SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai ceramah cegah jenayah di Bukit Ketri, Padang Besar baru-baru ini.


CEGAH JENAYAH. Kira-kira 100 penduduk di tiga buah taman perumahan di Beseri, Perlis serta pelatih Pusat GiatMara Mata Ayer menghadiri ceramah cegah jenayah dan dadah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis di Dewan Taman Emas, Bukit Ketri, Padang Besar, Perlis baru-baru ini.

Program cegah jenayah peringkat Parlimen Padang Besar itu melibatkan penduduk taman perumahan Taman Emas, Taman Angsana dan Taman Melati Indah.

Ceramah bertajuk: "Peranan Wanita dan Masyarakat dalam Pencegahan Jenayah" dikendalikan penceramah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar dan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad berkata, hubungan yang baik dan erat antara masyarakat dan polis perlu dipupuk bagi memastikan usaha cegah jenayah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

"Hubungan baik dengan polis terutamanya di kalangan anak muda amat penting bagi memastikan usaha mencegah jenayah dapat dilakukan bersama," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ILP Kuala Terengganu johan acara bola sepak SISEM

Posted:

ILP Kuala Terengganu johan acara bola sepak SISEM

ILP Kuala Terengganu johan acara bola sepak SISEM


PEMAIN pasukan bola sepak ILP Kuala Terengganu meraikan kejayaan selepas menjuarai SISEM ke-11 di ILP Pedas, Negeri Sembilan baru-baru ini.


JOHAN. Pasukan bola sepak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu muncul johan acara bola sepak pada kejohanan Sukan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia SeMalaysia (SISEM) ke-11 selepas menewaskan pasukan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat menerusi sepakan penalti 9-8 pada perlawanan akhir di ILP Pedas, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Penentuan johan terpaksa dilakukan dengan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat dengan keputusan 1-1 selepas tamat masa tambahan.

Antara sukan lain yang dipertandingkan pada SISEM yang berlangsung selama enam hari itu ialah bola tampar lelaki dan perempuan, bola jaring, tari tali, badminton, boling dan tenis.

Menurut Ketua Kontinjen ILP Kuala Terengganu, Mohamad Shamsul Rizal, pasukan boling ILP Kuala Terengganu pula muncul sebagai naib johan kejohanan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved