Ahad, 26 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Jual lukisan bantu kanak-kanak

Posted:

Jual lukisan bantu kanak-kanak

Jual lukisan bantu kanak-kanak

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
rencana@kosmo.com.my


ADNAN (tengah) komited menjayakan program bertemakan 'Kesepaduan Melalui Seni'. Turut bersamanya ialah Profesor Bilkis (kiri) dan Yusof Gajah.


TERLALU banyak cara untuk sesebuah syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Pihak MBG Fruits Sdn. Bhd. (MBG Fruits), misalnya, menunjukkan sokongan mereka kepada aktiviti kesenian anak muda baru-baru ini.

Dalam program yang dianjurkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, konsep seni telah diolah menjadi satu pendekatan untuk meraih dana dalam membantu kanak-kanak yang sedang mendapat rawatan di Hospital UKM (HUKM).

Bertemakan 'Kesepaduan Melalui Seni', 50 orang pelajar dari empat buah sekolah di sekitar Bangi menghasilkan lukisan mengikut kreativiti masing-masing.

Mereka mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Yua Hua, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, SK Jalan Tiga dan SJK Tamil West Country.

Selain para pelajar, program itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan MBG Fruits, Adnan Lee; Ketua Jabatan Pediatrik HUKM, Prof. Madya Dr. Bilkis Abdul Aziz dan pelukis tersohor tanah air, Yusof Gajah.

Semua lukisan itu kemudiannya dipamerkan di Dewan Pameran UKM untuk dilelong kepada umum dengan harga RM250 setiap satu. Sehingga kini, dana terkumpul berjumlah RM3,000.

Sebelum itu, MBG yang diwakili oleh Adnan terlebih dulu menghadiahkan sebuah lukisan kepada HUKM. Secara keseluruhan, pihak MBG menyumbang sebanyak RM10,000 kepada aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh KITA.

"Tujuan kami adalah untuk membantu mewujudkan persekitaran yang bahagia, sihat dan membangkitkan semangat kepada kanak-kanak di hospital itu. Kita mendoakan agar mereka cepat sembuh," kata Adnan.

Dalam pada itu, MBG turut mengambil kesempatan melancarkan kelab kesenian dan forum atas talian. Menurut Adnan, matlamatnya ialah menggalakkan penggemar-penggemar seni mengekspresikan kreativiti serta hasil seni untuk tontonan umum.

"Selain berbuat demikian, peminat-peminat seni boleh berkomunikasi sesama mereka.

"Paling penting, mereka boleh bertukar-tukar pandangan di alam maya tanpa perlu meninggalkan rumah. Sebenarnya, cara ini adalah platform terbaik dalam melakukan kerja-kerja amal tanpa sempadan," jelas Adnan.

Menjelaskan lebih lanjut peranan forum itu dengan aktiviti kesenian KITA, UKM tersebut, beliau memberitahu, orang ramai juga berpeluang mengetahui secara jelas hasil terkini jualan lukisan.

Hari Bapa


DUA orang kanak-kanak ini ialah antara ramai peserta yang begitu tekun menghasilkan lukisan terbaik mengikut kreativiti mereka.


Dalam pada itu, sempena memeriahkan sambutan Hari Bapa, pada minggu lalu MBG bersama syarikat perabot Fella Design, meraikan golongan bapa melalui acara kesenian di gedung Subang Parade, Subang Jaya, Selangor.

Mengangkat tema 'Keluarga Sihat, Rumah Selesa', pihak penganjur telah mengadakan pertandingan melukis yang membuka penyertaan kepada bapa dan anak-anak.

Dalam tempoh tiga jam, para peserta perlu menyiapkan lukisan bagi merebut hadiah wang tunai RM3,000 dan sebuah sofa kanak-kanak eksklusif jenama Fella Design.

Adnan memberitahu, seperti acara tahun lepas, Hari Bapa pada tahun ini bertujuan merapatkan jurang interaksi di antara para bapa dan anak-anak. Ini disebabkan saban hari ramai golongan bapa yang sibuk dengan tugasan di pejabat.

"Lazimnya, pertandingan melukis hanya terbuka kepada anak-anak, sementara ibu atau bapa memberi sokongan dari jauh saja. Justeru, bagi mencipta kelainan kami mengambil inisiatif mengalu-alukan supaya golongan bapa turut serta dalam pertandingan ini," tambah Adnan.

Menariknya, acara berkenaan bukan sahaja meraikan Hari Bapa, malah tutur mengadakan program amal bagi mengutip sumbangan dan dana buat rumah Yayasan Kebangsaan Sindrom Down Kiwanis.

Pada hari itu, Fella Design telah menghasilkan koleksi beg yang diperbuat daripada fabrik lebihan pembuatan sofa syarikat berkenaan.

Beg yang boleh didapati dalam dua saiz dan pelbagai warna itu dijual pada harga RM10 dan RM15 setiap satu.

"Hasil jualan beg-beg ini akan disalurkan bagi meringankan beban pihak Kiwanis, untuk membeli peralatan dan kelengkapan para pelajar di sana," ujar Presiden Fund Club Fella Design, Mohd. Nor Abd. Latif.

Sementara itu, wakil Yayasan Kebangsaan Sindrom Down Kiwanis, Rosnah Abdullah, terharu kerana dua syarikat besar sanggup berganding bahu menjayakan program amal buat rumah Kiwanis.

Sila layari www.mbg.com.my untuk mendapatkan maklumat jelas tentang kelab dan forum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved