Ahad, 26 Jun 2011

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Serlahkan penampilan pengantin wanita

Posted:

Serlahkan penampilan pengantin wanita

Serlahkan penampilan pengantin wanita

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my



PEREKA Azura Mazaruddin, 27, mula dikenali selepas dres rona ungu rekaannya yang digayakan pelakon sitkom Puteri, Nora Danish, dinobatkan busana terbaik pada acara Anugerah Juara Lagu ke-23.

Tanpa rekaan dan aksesori yang berlebihan, penampilan Nora yang melintasi karpet merah masih terserlah kerana Azura bijak menghasilkan potongan dres yang ideal dengan sosok tubuh Nora yang genit itu.

"Memang tidak sangka akan mendapat pengiktirafan seumpama itu. Tapi, ia rezeki yang tak ternilai dan platform terbaik buat saya untuk terus mengukuhkan lagi nama dalam bidang fesyen tempatan.

"Kini kecenderungan saya pada rekaan pakaian pengantin. Tetapi pada masa yang sama, saya masih membuka tempahan untuk dres formal, kasual dan pakaian tradisional," terang Azura yang mengasaskan label Azura Couture.

Signatur busana Azura terletak pada gaya seni klasik dan moden kontemporari. Busana pengantinnya tidak terhad kepada permainan warna lembut malah turut diserikan dengan palet warna ceria dan terang.

"Saya gemar fabrik sifon kerana teksturnya yang lembut akan menyerlahkan sisi keanggunan dan feminin ratu sehari. Aspek meleret, kembang dan kain konsep ala duyung turut menjadi pilihan kerana elemen ini menyuntik aura glamor dan seri pengantin.

"Gaun perkahwinan perlu dihasilkan dengan teliti dan sempurna memandangkan ratu sehari akan menjadi tumpuan para tetamu sepanjang majlis berlangsung," ujar graduan fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Mengulas trend wanita Malaysia yang obses menggayakan baju pengantin berasaskan fabrik renda berbanding tekstil warisan songket, Azura mempunyai jawapan peribadi.

Anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu, mengakui pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain songket semakin dilupakan. Situasi itu berbeza jika dibandingkan fesyen pengantin pada era 80-an dan 90-an yang menggunakan fabrik songket sepenuhnya.

Pengantin perlu berbeza

"Segelintir pihak menyifatkan keistimewaan ratu sehari bagaikan hilang seri kerana para tetamu yang hadir turut menggayakan pakaian daripada kain yang sama. Maka, di sinilah tanggungjawab pereka dalam memastikan penampilan pengantin tampak berbeza dan cantik.

"Biasanya dalam menghasilkan sepasang busana itu, saya suka menggabungkan cita rasa dan personaliti pelanggan bersama kreativiti rekaan saya," jelas Azura yang pernah memenangi Anugerah Jarum Berlian pada tahun 2003.

Azura turut menambah kain renda yang hadir dalam pelbagai warna dan sulaman merupakan simbolik pada majlis perkahwinan. Bukan sekadar di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia, bahkan kegilaan terhadap kain berkenaan turut dirasai di Malaysia.

"Namun, ini tidak bermakna songket diabaikan kerana sesetengah pelanggan masih ingin mengekalkan elemen tradisional dan klasik. Mereka menyifatkan baju kebaya pendek dan labuh kelihatan menarik sekiranya diperbuat daripada kain songket.

"Bagi mereka yang mencintai konsep fesyen moden dan klasik, saya sarankan gabungkan songket bersama fabrik moden seperti renda, sifon, shantung ataupun tafeta," jelas Azura ketika ditemui Stailo di butik terbaharunya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.


AZURA (tengah) bersama dua orang model yang memperagakan busana pengantin rekaannya.


Vera dambaan selebriti

Vera Wang, 62, nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen gaun pengantin. Sejak mempelopori bidang tersebut sekitar tahun 1999 di Britain, Vera bagaikan tidak menang tangan melayan puluhan pelanggan yang hadir dari serata negara.

Anak kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS) itu lebih selesa pada kombinasi rekaan yang ringkas, kembang dan meleret serta penggunaan fabrik polos yang menyuntik elemen mewah dan glamor.

Ternyata kehadiran graduan Seni Sejarah dari Kolej Sarah Lawrence, New York, AS, itu telah mencipta fenomena baharu dalam industri fesyen gaun pengantin.

Berbekalkan pengalaman bertugas sebagai editor di majalah Vogue secara tidak langsung membantu kreativiti Vera menghasilkan gaun pengantin yang terdedah di bahagian bahu dan dada.

"Semua wanita ingin tampil cantik pada hari perkahwinan, begitu juga saya. Justeru, sebaik saja mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 40 tahun, saya berusaha mencari gaun pengantin di merata-rata tempat.

"Namun, saya hampa kerana kebanyakan gaun pengantin pada tahun tersebut tidak menggabungkan elemen rekaan moden dan sofistikated. Pengalaman itu memberi idea kepada saya untuk berkecimpung dalam industri fesyen pengantin dan berazam menghasilkan gaun pengantin yang mewah dan glamor," tutur Vera yang sering menjadi pilihan golongan kenamaan dan para selebriti yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Ivanka Marie Trump, 30, anak kepada jutawan Donald Trump, ialah salah seorang sosialit atau orang kenamaan yang menggunakan khidmat pereka Vera Wang dua tahun lalu.

Impiannya untuk meraikan majlis perkahwinan bersama penerbit New York Observer, Jared Kushner dalam suasana tradisional Inggeris direalisasikan dengan baik.

"Saya sama sekali tidak menyangka Ivanka, anak hartawan hartanah mengimpikan busana pengantin yang ringkas tetapi elegan dan menyerlahkan gaya feminin.

"Ivanka hanya mahukan sepasang gaun nuansa putih yang banyak bermain dengan renda dan tidak terlalu seksi. Ciri-ciri rekaan gaunnya itu diinpirasi daripada gaun pengantin Grace Kelly ketika berkahwin dengan Putera Rainier dari Monaco," ujar Vera.


SEBAHAGIAN daripada koleksi perkahwinan yang ditawarkan di butik Azura Couture.


Ujar Vera, gaun pengantin rekaannya bukan sekadar mengikut trend fesyen semasa malah mengambil kira aspek fizikal dan personaliti pelanggan.

"Bagi saya kecantikan dan keseksian pengantin terserlah apabila menggayakan busana yang selesa," ulasnya.

Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti, turut tidak ketinggalan menggayakan gaun pengantin rekaan Vera pada majlis persandingannya bersama Raul Lemos di Hotel Mulia, Jakarta, Indonesia, awal tahun ini.

Elizabeth pilihan Diana

Dalam pada itu, Elizabeth Emanuel, 68, juga merupakan antara pereka wanita profesional dan popular di persada fesyen pengantin di London.

Dia dianggap pereka legenda yang paling bertuah kerana dipilih menghasilkan gaun pengantin buat Puteri Diana dengan pewaris takhta Britain, Putera Charles, pada 29 Julai 1981.

"Kami diberi tempoh tiga bulan saja untuk menyiapkan gaun pengantin Puteri Diana. Tidak kira siang atau malam, saya dan suami bertungkus-lumus memastikan gaun itu siap dengan sempurna seperti yang dirancang.

"Ia merupakan pengalaman manis kerana diberi peluang menghasilkan gaun pengantin buat keluarga diraja. Terkejut juga apabila mendapat panggilan telefon daripada Puteri Diana sendiri yang meminta saya mereka sepersalinan gaun pengantin yang istimewa buatnya," jelas Elizabeth yang bersama-sama suaminya, David Emanuel, menyiapkan busana pengantin berkenaan.

Berbicara mengenai rekaan gaun pengantin yang berasaskan fabrik sutera tafeta itu, Elizabeth menyatakan ia merupakan gabungan idea antara dia dan Puteri Diana.

Selain konsep kembang pada bahagian bahu, gaun berkenaan tampak glamor dengan bahagian belakangnya meleret sepanjang 7.26 meter.

Ternyata bagi ketiga-tiga pereka pakaian pengantin yang diketengahkan Stailo kali ini, iaitu Azura, Vera mahupun Elizabeth, mereka mempunyai penilaian tersendiri dalam menghasilkan rekaan bagu pengantin. Objektifnya tetap sama, untuk menjadikan si pengantin tampil anggun dan menyerlah sempena hari penting dalam hidup seseorang wanita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertaruhan gaya asas Cyber Jubah

Posted:

Pertaruhan gaya asas Cyber Jubah

Pertaruhan gaya asas Cyber Jubah


CYBER JUBAH dengan penerapan motif batik.


DAHULU, sering kali fesyen Muslimah kurang diberi perhatian oleh pereka fesyen tanah air sama ada fesyen untuk ke acara santai, makan malam yang istimewa, minum petang, menghadiri majlis perkahwinan ataupun sekadar untuk ke pejabat.

Namun, keadaan itu sudah jauh berubah. Kini, Datuk Tom Abang Saufi turut mengambil pendekatan menghasilkan busana Muslimah yang semakin mendapat tempat di hati penggemar fesyen Muslimah di seluruh negara.

Dengan membawakan jenama Tas Iman, koleksi kali ini memaparkan busana moden yang mudah digayakan dan memberikan keselesaan maksimum.

Pancaran rona cerah seperti hijau dan kuning, rekaan berlisu yang sofistikated dan fabrik berkualiti menjadi pertaruhan himpunan gaya Tas Iman ini.

Mengetengahkan gaya asas Cyber Jubah yang dihasilkan dalam pelbagai rona, ia cukup sempurna digunakan untuk tujuan ibadah terutamanya semasa berkunjung ke kota suci Mekah. Dengan adanya Cyber Jubah ini, kaum wanita tidak perlu lagi menggalas beg tangan.

Poket-poket yang disediakan boleh memuatkan buku, kunci, telefon bimbit dan selipar. Semua kelebihan ini telah difikirkan oleh Tom semasa merekanya supaya ia mempunyai kegunaan penuh kepada wanita-wanita di luar sana.

Selain itu, penutup kepalanya mampu diubah suai bagi menutup rambut, manakala butang di tangan busananya boleh diketatkan untuk melakukan solat.

Dalam pada itu, koleksi Tas Iman ini boleh didapati di laman web beli-belah Fashion Valet (FV) iaitu www.fashionvalet.net. Koleksi terdahulu iaitu label Tom Abang Saufi juga boleh didapati di laman web sama.

Pengarah Urusan FV, Vivy Yusof memberitahu, jenama Tom Abang Saufi dan Tas Iman telah menjadi salah satu label fesyen di dalam laman web beli-belah FV yang telah menembusi pasaran Brunei dan Singapura.

Koleksi Tas Iman boleh didapati dengan harga RM180 hingga RM480 di laman web FV yang sudah mula dipasarkan sejak sebulan lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bentuk kening seimbang

Posted:

Bentuk kening seimbang

Bentuk kening seimbang


ANGELINA JOLIE ialah antara aktres yang memiliki bentuk kening sempurna.


KENING ibarat bingkai gambar yang menghiasi mata seseorang. Bingkai yang tepat pastinya menjadikan mata dan keseluruhan wajah tampak lebih menarik dan seimbang.

Sama seperti potongan rambut yang diibaratkan sebagai bingkai wajah, ukuran dan bentuk kening yang tepat juga dapat meremajakan penampilan seseorang.

Walaupun bentuknya sering berubah mengikut perkembangan semasa, asas pembentukannya masih kekal sama.

Bentuk kening mestilah lebih panjang berbanding mata, supaya wajah akan nampak seimbang. Jurusolek berpendapat kening dan bulu mata merupakan ciri-ciri wajah yang paling penting kerana bentuk yang tepat mampu menjadikan mata tampak lebih besar dan wajah menjadi seimbang.

Walaupun ada yang suka menukar bentuk kening, terdapat satu perkara penting yang mesti diambil serius supaya setiap rekaan bentuk kening kelihatan seimbang dan sesuai dengan wajah, iaitu ukuran kepanjangannya.

Mengukur

Untuk menentukan kepanjangan kening, ia mestilah bermula dari hujung dalaman kening sehingga ke hujung luarannya.

Dengan menggunakan sebatang pensil, letakkan ia dalam keadaan melintang bermula di hujung bibir dan melalui tepi lubang hidung sehingga merentasi kening. Di situlah permulaan hujung dalaman kening ditentukan.

Bagi menentukan hujung luaran kening pula, letakkan pensil tadi dalam keadaan melintang sekali lagi bermula di tepi lubang hidung sehingga merentasi hujung tepi mata dan melalui kening. Di situlah hujung kening luaran ditentukan.

Setelah ukuran selesai, bulu kening yang melepasi ukuran bolehlah dicukur sebelum corak kening yang dikehendaki dilakarkan.

Namun sebelum itu, pilihlah alat cukuran yang berkualiti yang dapat memberikan cukuran licin dan tidak mencederakan kulit di sekitar mata yang sensitif.

Kening yang tidak terurus akan merosakkan solekan di wajah. Justeru, seseorang itu mestilah mengetahui ukuran kening yang tepat dan corak cukuran yang sesuai dengan wajah masing-masing.


UKURAN kening yang tepat menyerlahkan mata seseorang.


Ini kerana, tujuan asal pembentukan kening adalah bagi membuang bulu-bulu yang tidak dikehendaki di sekitar kening dan mata supaya mata tampak lebih galak dan menyerlahkan bentuk wajah.

Untuk mengukir bentuk kening yang sesuai, bantuan pakar mungkin boleh digunakan. Bagaimanapun, sekiranya asas cukuran sudah diketahui, lebih mudah untuk mengekalkan bentuknya dengan cukuran kerap.

Periksa kening anda selang beberapa hari, kerana bulu-bulu kening akan tumbuh dengan cepat. Sekiranya dibiarkan lebih lama, tanda cukuran mungkin hilang dan cukuran baharu yang dibuat mungkin tidak tepat sekiranya tidak diukur semula.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya setahun sekali, dapatkan perkhidmatan profesional untuk membentuk kening anda, supaya anda dapat mengikuti trend semasa dan memastikan cukuran anda tidak terpesong daripada cukuran asal.

Justeru, penting juga untuk memastikan lebihan kening yang dicabut (sekiranya tidak dicukur), ditarik mengikut arah bulu kening itu tumbuh supaya ia kekal tumbuh mengikut arah yang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved