Rabu, 25 Mei 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Simbah minyak panas: Hukuman ditambah

Posted:

Simbah minyak panas: Hukuman ditambah

Simbah minyak panas: Hukuman ditambah

25/05/2011 10:19pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menambah hukuman penjara daripada 11 tahun kepada 18 tahun terhadap seorang warga India, yang mengaku bersalah menyebabkan kematian iparnya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hasan Lah, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Sulaiman Daud sebulat suara meluluskan rayuan pihak pendakwa agar hukuman terhadap M. Murugesan ditambah.

Timbalan Pendakwa Raya, Munahyza Mustafa merayu kepada panel hakim itu supaya menambah hukuman penjara 11 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Ogos 2008 terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan membunuh G. Subramaniam tanpa niat.

Beliau berkata, hukuman penjara itu tidak memadai dan oleh itu perlu ditambah demi kepentingan awam.

Murugesan melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Jawa, Batu 3 1/2, Klang pada pukul 3 pagi 23 Februari 2006. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat lelaki sudah berbau dan berulat ditemui

Posted:

Mayat lelaki sudah berbau dan berulat ditemui

Mayat lelaki sudah berbau dan berulat ditemui

25/05/2011 9:40pm

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang sudah berulat dan berbau busuk ditemui di bawah katil di tingkat lima sebuah rumah kedai di Taman Kosas Ampang, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Md Nazri Zawawi berkata, penemuan mayat lengkap berpakaian tersebut disedari orang awam yang terhidu bau busuk dari dalam rumah lelaki tersebut ditemui kira-kira pukul 1.40 petang tadi.

"Atas laporan tersebut polis telah pergi ke rumah tiga bilik tersebut kira-kira 2.30 petang namun pintu rumah itu berkunci dan terpaksa dipecahkan oleh polis.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu mayat lelaki yang sudah bengkak dan berbau serta berulat di bawah katil bujang di bilik tengah rumah tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Md Nazri berkata, mayat yang dipercayai warga asing berdasarkan warna kulitnya yang gelap itu, dipercayai sudah mati antara lima hingga tujuh hari berdasarkan keadaan badannya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nahas: Pelajar terbunuh, rakan parah

Posted:

Nahas: Pelajar terbunuh, rakan parah

Nahas: Pelajar terbunuh, rakan parah

25/05/2011 9:06pm

IPOH – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun terbunuh, manakala rakannya berusia 14 tahun parah apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pengkalan Pegoh di sini hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 2.40 petang itu, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji di sini itu dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Setakat ini, identiti kedua-dua pelajar itu belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan ditemui pada mereka, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar.

Beliau berkata, pelajar berusia 15 tahun itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala rakannya yang juga cedera parah di kepala dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bercakap kepada pemberita, Ibrahim berkata, motosikal yang dinaiki pelajar itu dirempuh kereta pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak di atas jalan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved