Rabu, 25 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Obama tinggal di bilik suite pengantin diraja Britain

Posted:

Obama tinggal di bilik suite pengantin diraja Britain

Obama tinggal di bilik suite pengantin diraja Britain


BARACK OBAMA (kiri) berbual dengan Putera William manakala Michelle Obama (kanan) berbual dengan Kate Middleton di Istana Buckingham, London semalam.


LONDON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isterinya Michelle Obama yang dalam rangka lawatan dua hari ke Britain, tinggal di suite enam bilik di Istana Buckingham yang pernah digunakan oleh Putera William serta isterinya Kate Middleton pada malam perkahwinan mereka.

"Katilnya mungkin telah ditukar tetapi suite tersebut adalah suite yang sama," kata seorang pegawai istana Buckingham.

Presiden AS itu dan isterinya sempat mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit dengan pasangan pengantin baru tersebut sebelum menyertai majlis sambutan rasmi bagi menyambut kunjungan mereka ke Britain.

Majlis berkenaan dihadiri oleh pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan suaminya Putera Phillips serta anak lelaki mereka, Putera Charles dan isterinya Duchess of Cornwall.

Media Britain melaporkan Obama dan isterinya tidak diundang menghadiri perkahwinan diraja itu pada bulan lalu kerana Putera William dan Middleton mahu menjadikan acara berkenaan sebagai majlis perkahwinan mesra rakyat tanpa terlalu ramai tetamu kehormat dan orang penting.

Pasangan pengantin baru diraja itu baru pulang dari percutian bulan madu mereka selama 10 hari di kepulauan Seychelles.

Pertemuan mereka dengan Presiden dan Wanita Pertama AS itu semalam dilaporkan berlaku tanpa dirancang. Obama meninggalkan Ireland dan tiba lebih awal di Britain iaitu pada malam kelmarin susulan kebimbangan letusan gunung berapi di Iceland akan menyebabkan perjalanan mereka tergendala.

Ketibaan mereka menandakan lawatan negara ketiga oleh seorang Presiden AS ke Britain dalam tempoh 100 tahun.

Obama kemudian akan menuju ke Perancis untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) sebelum membuat persinggahan terakhir di Poland. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Julia Perez berbogel untuk kempen lindungi haiwan di Indonesia

Posted:

Julia Perez berbogel untuk kempen lindungi haiwan di Indonesia

Julia Perez berbogel untuk kempen lindungi haiwan di Indonesia


JULIA PEREZ dan kekasihnya, Gaston Castano.


JAKARTA - Pelakon dan penyanyi dangdut seksi, Julia Perez bersama kekasihnya, Gaston Castano bertindak berani dengan mengecat tubuh mereka dalam keadaan berbogel baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Julia dan Gaston adalah sebahagian daripada kempen melindungi spesies terancam di Indonesia malah tubuh Julia dilukis dengan 40 gambar binatang yang harus dilindungi.

"Kerjasama itu dilakukan bersama pemerintah melalui tema Save Our Planet yang dibuat di Bali.

"Pada masa itu, saya bersama Gaston berbogel dan tubuh saya dilukis dengan 40 gambar binatang," jelas Julia.

Foto lukisan pada badan mereka akan disiarkan pada Disember ini bertepatan dengan ulang tahun hari AIDS sedunia.

"Foto itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana harus ada permit malah semuanya masih dibincang bersama Menteri Kehutanan," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas isteri Schwarzenegger berang

Posted:

Bekas isteri Schwarzenegger berang

Bekas isteri Schwarzenegger berang

LOS ANGELES - Bekas wartawan stesen televisyen NBC, Maria Shriver, 55, berasa amat marah selepas mendengar Arnold Schwarzenegger mempunyai anak luar nikah semasa mereka masih menjadi suami isteri, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut laporan laman gosip TMZ.com, Shriver dilaporkan menjadi 'histeria' apabila mendapati Schwarzenegger mempunyai seorang anak luar nikah dengan seorang amah yang pernah bekerja di kediaman mereka.

Akibat terlalu marah dia nekad mahu mengadakan sidang akhbar bagi menghebahkan kecurangan suaminya kepada umum.

Namun, selepas Shriver ditenangkan oleh rakan-rakannya, idea mendedahkan cerita aib tersebut kepada TMZ.com dan akhbar LA Times kemudian mula dibuat.

Shriver yang telah berkahwin selama 25 tahun dengan Schwarzenegger merupakan bekas gabenor California dan dikurniakan empat cahaya mata.

Schwarzenegger dan Shriver berpisah pada Januari lalu.

Sementara itu, seorang amah yang melahirkan anak luar nikah Schwarzenegger, Mildred Baena kini dilaporkan masih bersembunyi bagi mengelak ditemu bual oleh pihak media. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved