Rabu, 25 Mei 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cabaran pendidikan teater

Posted:

Cabaran pendidikan teater

Cabaran pendidikan teater

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


KESABARAN amat diperlukan untuk melatih kanak-kanak dalam mempelajari teater kerana mereka terkenal dengan sifat degil dan suka bermain.


INDUSTRI teater dilihat semakin berkembang pada hari ini, meskipun begitu tahap perkembangannya di Malaysia sangat perlahan berbanding dengan negara luar.

Jika di luar negara sejak kecil lagi, ketika kanak-kanak baharu mengenal abjad, mereka telah dipupuk dengan seni persembahan tetapi ia kurang dipraktikkan di Malaysia.

Bukan tiada langsung, ada sekolah tadika atau sekolah rendah yang menyokong seni teater tetapi jumlahnya tidak banyak sedangkan kebaikan yang diperoleh daripada seni teater begitu banyak.

Menurut aktor dan pengarah teater, Taiyuddin Bakar yang kini sedang giat menjalankan persiapan teater kanak-kanak Kampung Semut dan Tanda Kecil, seharusnya seni persembahan atau teater diselitkan dalam pembelajaran pada peringkat tadika dan sekolah rendah.

"Sistem pelajaran di Malaysia mementingkan keputusan akademik sehingga ramai ibu bapa terlepas pandang bahawa aktiviti seni sebenarnya sangat berguna dalam proses perkembangan kanak-kanak.

"Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti seni mempunyai lebih keyakinan diri kerana mereka melakukan pementasan di hadapan orang ramai," ujarnya yang telah berlakon dalam 28 buah teater, lima buah filem, 25 buah drama televisyen dan filem pendek.

Bukan itu sahaja, tambahnya seni teater juga membantu kanak-kanak lebih fokus, disiplin serta meluaskan kemahiran pergaulan mereka.

"Seni teater memerlukan latihan yang mana waktu latihan itu membentuk disiplin diri serta fokus untuk mendengar arahan. Mereka juga lebih bijak bergaul kerana seni teater diadakan secara berkumpulan," katanya.


BENGKEL teater kanak-kanak di bawah kelolaan Rumah Anak Teater (RAT) dan Jarilima Productions terdiri daripada 23 orang pelajar yang berusia empat sehingga 16 tahun.


Taiyuddin yang sebelum ini pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur (2005) menerusi pementasan Anak Bulan di Kampung Wa' Hassan menjelaskan disebabkan minat yang mendalam dalam seni teater menyebabkan dia rasa terpanggil untuk mengembangkan seni teater kanak-kanak.

"Saya minat teater dan saya suka kanak-kanak. Sebenarnya kanak-kanak mempunyai banyak keistimewaan dan saya suka bekerja dengan mereka.

"Kanak-kanak tidak pandai menipu, jika mereka suka mereka akan cakap suka begitulah sebaliknya. Saya bertanggungjawab untuk mencungkil bakat atau keistimewaan yang mereka sendiri pun tidak sedar yang mereka miliki," ujarnya lagi.

Teater Sarang Semut dan Tanda Kecil

Rumah Anak Teater (RAT) dan Jarilima Productions dengan kerjasama rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal mengadakan dua pementasan teater kanak-kanak berjudul Kampung Semut dan Tanda Kecil.

Pementasan terbitan bersama Faisal Mustaffa dan Norzazila Zulkifli ini merupakan final daripada bengkel teater yang diadakan selama dua bulan di Linda Jasmine Studio.

Faisal memberitahu, bengkel teater yang diadakan di Linda Jasmine Studio itu terbuka kepada semua kanak-kanak yang berminat dengan bayaran RM150 sebulan.

Pementasan teater Kampung Semut dan Tanda Kecil bukanlah atas tujuan komersial atas mengaut keuntungan tetapi ia lebih kepada aspek pendidikan kerana kedua-dua naskhah yang dipilih penuh dengan pengajaran.

"Tujuan pementasan teater ini diadakan adalah sebagai persembahan final daripada bengkel yang dihadiri selama dua bulan.

"Bengkel hanya diadakan pada waktu cuti persekolahan dan hujung minggu sebagai aktiviti sampingan kanak-kanak. Apa yang saya lihat, kini kanak-kanak yang menyertai bengkel ini lebih matang dan lebih fokus berbanding pada peringkat permulaan bengkel ini dimulakan," katanya.


TEATER Kampung Semut dan Tanda Kecil bakal dilakonkan oleh pelakon teater kanak-kanak yang sama.


Bengkel yang mempunyai 23 orang pelajar itu terdiri daripada mereka yang berusia empat tahun sehingga 16 tahun.

"Kami beri kebebasan kepada kanak-kanak ini untuk bereksperimen dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Malah, prop untuk pementasan ini juga dibuat oleh mereka," tuturnya.

Kedua-dua teater ini ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah Taiyuddin Bakar dengan aktor Nam Ron sebagai Penasihat.

Taiyuddin juga sempat menceritakan pengalamannya bekerja dengan kanak-kanak, katanya, kesabaran amat diperlukan kerana melatih kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.

"Kanak-kanak, mereka degil dan suka bermain. Jadi, saya menggunakan umpan gula-gula dan coklat pada peringkat permulaan bengkel.

"Lama-kelamaan umpan itu tidak lagi diperlukan kerana minat, mereka dengan sendirinya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas," ucap Taiyuddin.

Akui Taiyuddin, kedua-dua naskhah yang dipersembahkan sebenarnya agak berat untuk kanak-kanak kerana dialog yang agak panjang.

Bagaimanapun, kesemua kanak-kanak yang terlibat berjaya menghafal skrip teater dalam masa hanya tiga hari sahaja.

"Kanak-kanak senang untuk menerima apa sahaja ajaran yang diberikan, justeru, mereka mampu menghafal skrip yang panjang dalam masa yang singkat. Saya sendiri pun terkejut dengan kemajuan mereka," luah pengarah ini lagi.


SENI teater memerlukan latihan yang mana waktu latihan itu membentuk disiplin diri serta fokus untuk mendengar arahan.


Teater Kampung Semut mengisahkan kehidupan semut di perkampungan mereka. Mereka hidup aman dan damai bersama rakan mereka yang lain iaitu kumbang, ulat bulu, rama-rama dan sesumpah.

Setiap hujung minggu mereka akan adakan jamuan beramai-ramai bagi meraikan kelahiran baru. Pada satu minggu mereka tidak dapat membuat jamuan mereka kerana telah dihalang oleh sekumpulan belalang yang jahat.

Belalang telah menyekat sumber makanan dan juga mencuri semua makanan mereka. Semut-semut dan kawan dalam kesedihan. Walau bagaimanapun, mereka ingin berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Persembahan teater Tanda Kecil pula cuba untuk mendekati kelompok manusia yang menjalani kehidupan tanpa menyedari kemusnahan alam yang sedang berlaku.

Mereka terus hidup dengan nafsu yang makin membesar untuk memenuhi tuntutan hidup. Akhirnya alam musnah dan manusia turut musnah bersamanya.

Kedua-dua teater ini akan dipentaskan dalam durasi 45 minit pada 2 hingga 5 Jun depan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tiketnya pula RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak), manakala percuma bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved