Isnin, 24 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Anne, Sumali mengejar bahagia

Posted:

Anne, Sumali mengejar bahagia

Anne, Sumali mengejar bahagia

SAAT dirinya diumumkan sah menjadi isteri kepada arjuna bernama Mohd. Sumali Adenan, Anne Ngasri mengakui, dia diulit satu rasa bahagia yang luar biasa.

Kata pelakon itu, perasaan itu sulit untuk diluahkan dengan kata-kata. Ucapnya lagi, perasaan tertekan diselubungi dengan pelbagai kontroversi dan liku hidup yang mencengkam jiwa bertahun-tahun lamanya, terlerai sekelip mata.

"Bayangkan, sepanjang tiga tahun saya menanti momen ini, akhirnya doa saya dimakbulkan oleh Allah apabila dipertemukan dengan lelaki yang sanggup sehidup semati dengan saya," kata pelakon itu seusai majlis pernikahannya dengan ahli politik yang juga Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut, Pontian, Johor, Sabtu lalu.

Dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang tangan emas, Anne dan Sumali selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Segamat, Abdul Mutalib Abdul Rahim tepat pukul 11.10 pagi.

Dengan sekali lafaz, Anne yang kini mencecah usia 26 tahun bergelar isteri kepada Sumali, 40, yang sudah hidup menduda selama tiga tahun.

Pada majlis yang bertema taman syurga itu, pasangan tersebut yang bertunang pada November lalu bertukar-tukar hantaran iaitu lima dulang daripada Sumali berupa jam tangan Cerutti, sepasang baju kurung, beg tangan jenama Burberry, wangian Chloe dan seutas gelang emas.

Anne juga membalas dengan lima dulang hantaran iaitu seutas jam tangan Cerutti, beg galas Tumi, wangian Bvlgari dan sepasang baju kurung untuk suaminya. Sementara wang hantaran berjumlah RM11, 111.11.

Seri mempelai perempuan yang ditatarias oleh jurusolek, Chomel begitu terserlah ditambah dengan busana berwarna putih suci rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail membuatkan tumpuan lensa tidak henti merakam wajahnya yang jelita.


ANNE NGASRI memberitahu, keputusannya untuk bernikah dengan Sumali bukan berlandaskan cinta kilat, sebaliknya dia menyifatkan ia sebagai sebuah takdir yang indah.


Kira-kira 300 rakan taulan termasuk tetamu istimewa iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis resepsi pula diadakan semalam di kampung mempelai lelaki di Jalan Parit Ismail, Benut yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Barangkali tautan kasih antara kedua-dua pasangan bagaikan satu kejutan kepada orang ramai. Ada yang mengisahkan kononnya Sumali menjadi penyebab kepada terputusnya hubungan cintanya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Mendengarkan persoalan itu dilontarkan pada majlis yang paling bererti bagi mereka berdua, Sumali cepat-cepat memberi respons dan berkata: "Perkara yang lepas, biarkan ia berlalu, saya tak suka bercerita tentang hal-hal lama kerana saya bersyukur sebab Anne sudah sah menjadi suri hati saya."

Anne yang sentiasa menguntum senyuman sependapat dengan suaminya itu. Balas Anne, tiada istilah cinta kilat atau terdesak antara mereka berdua.

"Saya sudah kenal dia sejak setahun lalu dalam satu majlis politik dan pada masa sama, keluarga saya turut mengenalinya.

"Daripada menjadi seorang rakan, terbit rasa saling sayang-menyayangi antara satu sama lain dan kami mula bercinta sejak dua bulan lalu sebelum disatukan.

"Meskipun ia nampak singkat, istilah terburu-buru tidak wujud langsung dan saya simpulkan ia adalah takdir yang indah," kata Anne menjelaskan keadaan.

Ujar pelakon yang sudah membintangi lebih 200 buah drama dan telefilem seperti Dunia Baru dan Cili Padi, cinta hatinya itu, menepati ciri-ciri lelaki yang diimpikannya.


DENGAN hanya sekali lafaz, Sumali sah memperisterikan Anne.


"Dia telah sempurnakan hidup saya. Dia juga seorang yang kelakar dan sentiasa menceriakan saya dengan gurau sendanya dan yang paling signifikan, dia sentiasa membuatkan saya tenang dan selamat bila di sampingnya," ujarnya.

Bagi Sumali pula, Anne seorang yang berfikiran terbuka, pandai mengambil hati dan dia juga mesra dengan ahli keluarganya.

"Anne begitu serasi dengan saya. Kami juga banyak persamaan dan dia seorang yang bertolak ansur dan hal-hal itu membuatkan saya jatuh hati dengannya," ujar lelaki bertubuh besar itu.

Anak

Umum mengetahui bahawa Anne sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Wafi Hassan pada 2006, namun kedua-duanya bercerai empat tahun kemudian.

Sepanjang berkahwin, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4, dan Nazhara Afroza, 2.

Sementara Mohd. Sumali mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohd Sufian Hakim, 7.

Mengulas mengenai keserasian antara anak-anak hasil daripada perkahwinan masing-masing, Anne berkata, mereka berempat cepat mesra antara satu sama lain.


PERNIKAHAN antara Anne dan Sumali telah menyatukan dua buah keluarga besar mereka.


"Mereka tiada masalah. Anak-anak saya sangat senang dengan Sumali dan mereka memanggilnya kadang-kadang dengan panggilan babah dan kadang-kadang ayah. Begitu juga anak Sumali, mereka panggil saya mama," tutur Anne yang terserlah sifat keibuannya.

Ya, seperti benar kata pelakon filem Dunia Baru itu apabila keempat-empat anaknya tidak kekok bergambar dan bermain bersama pada majlis penuh bahagia tersebut.

Tidak sah kalau soalan mengenai cahaya mata tidak ditanya kepada pasangan yang baru berkahwin.

Sambil tersipu malu, Anne mengakui, dia tidak merancang sebaliknya menerima rezeki daripada Yang Maha Esa.

"Sekarang saya sudah ada tiga hero dan seorang heroin, sekiranya Allah mahu kurniakan kami zuriat lagi, Alhamdulillah," katanya.

Pinta Anne mahupun Sumali, mereka berharap perkahwinan yang dibina atas landasan cinta akan kekal ke akhir hayat.

"Kami harap semua ahli keluarga dan kenalan mendoakan kebahagian kami buat selama-lamanya," ujar mereka senada.

Kekasih Taylor Swift mula rimas

Posted:

Kekasih Taylor Swift mula rimas

Kekasih Taylor Swift mula rimas

KEKASIH penyanyi Taylor Swift iaitu ahli kumpulan One Direction, Harry Styles mulai rimas dengan perhatian ramai, terutama golongan paparazi sejak dia bercinta dengan Swift.

Walaupun pada mulanya dia menyukai perhatian yang diberikan oleh media dan peminat, sekarang, Styles dikatakan mulai rimas dengan segala gosip dan berita yang diberikan sejak bercinta dengan penyanyi wanita yang tak kurang popular itu.

"Pada awalnya dia suka apabila mendapat banyak perhatian, tetapi sekarang dia sering tertanya-tanya apa yang membuatkan dirinya menjadi perhatian," jelas seorang sumber kepada sebuah laman gosip.

Selain itu, percintaan Swift dengan Styles juga mulai tidak disukai oleh ahli kumpulan One Direction yang lain.

Perkara itu berlaku apabila Styles dikatakan lebih banyak meluangkan masa dengan kekasihnya itu berbanding dengan karier.

"Styles dan Swift kerap bertemu, sehingga Styles seperti telah terpisah daripada One Direction.

"Disebabkan itu, pengurusan One Direction akan melarang mereka bertemu lebih kerap seperti sebelum ini bagi kebaikan karier kumpulan itu," jelas sumber tersebut lagi.

Zain, Rozita luah cinta di Instagram

Posted:

Zain, Rozita luah cinta di Instagram

Zain, Rozita luah cinta di Instagram

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA DAN SITI KAMILAH MUSTAPHA



JUMAAT lalu, dalam laman sosial Instagram, Zain Saidin atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd. Saidin telah meluahkan perasaan cintanya kepada pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.

Zain, 28, menulis sambil memuat naik foto Rozita dengan selitan mesej romantis berbunyi: "Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you".

Tidak lama kemudian kakak kepada Ayu Raudhah itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.

Apakah motif kedua-dua pelakon itu menulis mesej romantis sebegitu? Adakah benar kedua-duanya sedang di lamun cinta?

Kosmo! cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Zain dan Rozita berhubung perkara itu. Zain ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai luahannya kepada Rozita, manakala Rozita yang ketika dihubungi berada di Dubai hanya menjawab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkara itu.

Kosmo!: Apakah komen anda apabila Zain meluahkan perasaan cintanya kepada anda di Instagram?

ROZITA: Pada saya itu hak dia. Macam mana cara pun dia mahu luahkan apa yang tersurat dan tersirat di hatinya. Mungkin dia rasa itu caranya untuk menarik perhatian saya.

Apakah maksud anda dia mahu tarik perhatian? Adakah anda merajuk dengan dia?

Tidaklah. Mana ada merajuk. Biasa saja. Menarik perhatian maksudnya, dia secara terang-terang luahkan perasaan secara tidak langsung di khalayak. Instagram itu kan ramai pengikutnya.

Anda rasa kenapa dia buat macam itu? Dia rasa tergugatkah ramai jejaka yang berkenan dengan anda atau dia mahukan publisiti?

Tidak tahu kenapa dia buat macam itu.

Sebelum ini pernahkah Zain meluahkan perasaan pada anda?

Ada, tapi secara peribadi, bukan secara terbuka seperti ini.

Selepas Zain meluahkan perasaannya kepada anda, anda juga membalas mesej yang agak serupa dengan Zain. Komen sikit. Adakah anda memang menyukai Zain?

Ya, saya suka dia, tapi untuk ke arah (hubungan) yang lebih serius belum lagi.

Kenapakah anda tidak menerima cinta Zain?

Macam mana mahu cakap. Saya belum bersedia. Macamlah diri ini muda sangat, tak sedar diri sudah umur 40 tahun. Nantilah. Hal begini saya kena fikir betul-betul.

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 23 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Didagang kerana nilainya tinggi

Posted:

Didagang kerana nilainya tinggi

Didagang kerana nilainya tinggi

NOR ERNITA IBRAHIM sudah mempunyai tiga orang anak tetapi dia begitu sayang sekali anaknya yang satu ini sehingga sanggup membawanya kemana-mana waima ketika membeli barangan dapur di pasar raya.

Tidur malam wanita berusia 29 tahun itu tidak pernah lena kerana wajib menyusukan anak yang diberi nama Dino setiap tiga jam sekali.

Sebenarnya, Dino merupakan seekor tenggiling yang masih bayi. Dianggarkan baru berusia lebih kurang dua bulan manakala Ernita sudah membelanya selama sebulan setengah.

Dino dijumpai oleh pekerja ladang kelapa sawit berdekatan Paya Indah Wetland, Dengkil lalu diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menjadi lokasi Ernita bekerja.

Bekerja sebagai pembantu hidupan liar, bahagian In-Situ Konservasi Hidupan Liar, Ernita terpaksa mengamalkan kaedah menyuap paksa.

Puting botol susu yang digunakan adalah yang paling kecil tetapi masih susah untuk menyusukan haiwan yang berada dalam kategori terancam itu. Jika tidak dipaksa, risiko Dino mati sebelum matang amat tinggi.

Bukaan mulut tenggiling kecil sama dengan fitrahnya yang memakan semut dan anai-anai.

"Disebabkan ia sudah biasa dengan manusia jadi, Dino tidak bergulung apabila disentuh kecuali pada waktu tidur sahaja," katanya ketika ditemui di Dengkil, Selangor.

Sebelum ini, Ernita pernah membela seekor anak landak yang disifatkan lebih susah untuk dibela kerana bulunya yang keras dan tajam.

Biarpun kelihatan jinak, Penolong Pengarah Kanan Perhilitan, Joil Bombon, 36, berkata, tenggiling merupakan haiwan prasejarah dan tidak mungkin ia dapat hidup sebagai binatang peliharaan.

Apabila Dino berusia tiga bulan nanti, Ernita akan cuba menyuap makanan yang sesuai dengan tabiatnya seperti ulat berbanding sekarang yang hanya menerima susu rendah lemak.

Sesudah ia biasa dengan makanan keras sebegitu, Dino akan dilepaskan ke habitat asal.

Perancangan setakat ini untuk Dino adalah ia akan dibebaskan di Paya Indah Wetlands kerana kawasan tersebut sangat sesuai dan sudah terdapat tenggiling yang hidup liar di situ.

Haiwan dilindungi

Tenggiling merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. Ia disenaraikan dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Haiwan itu sama sekali tidak boleh dipelihara, disimpan, diniaga atau sebagainya. Tiada permit khas yang dikeluarkan bagi pemilikan oleh Jabatan Perhilitan.

Terdapat lapan spesies tenggiling di dunia tetapi hanya satu yang didapati di Malaysia iaitu Manis javanica atau dikenali sebagai Malayan pangolin.


ANAK tenggiling yang diletakkan di atas tangan Ernita tidak bergulung kerana ia sudah biasa disentuh manusia.


Biarpun terdapat undang-undang mengenainya, akhbar masih kerap melaporkan berita rampasan tenggiling di pintu-pintu sempadan negara hampir setiap bulan.

Menurut Joil, tangkapan yang paling besar setakat ini berlaku di Kelantan pada 2 Jun 2012, sebanyak 155 ekor tenggiling yang masih hidup dirampas.

"Keadaan kawasan penyimpanan sangat menyedihkan kerana berbau teramat busuk dengan bau najis tenggiling yang tidak dibersihkan," cerita Joil sambil menggelengkan kepala.

Seramai tiga orang lelaki ditangkap iaitu dalam lingkungan umur 20-an hingga 30-an di sebuah rumah kongsi yang salah satu biliknya dijadikan stor penyimpanan tenggiling.

Pihak Perhilitan melakukan kerjasama dengan banyak agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Maritim Malaysia (APMM), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bagi membanteras penyeludupan hidupan liar.

Selalunya, Joil akan terus ke tempat kejadian apabila terdapat tangkapan bagi memastikan kesahihan haiwan yang ditangkap sebagai bukti di mahkamah nanti.

Malaysia dianggap sebagai negara transit dari negara asal sebelum dijual di negara-negara yang terdapat permintaan tinggi terhadap tenggiling.

Dijual kepada peraih

Terdapat beberapa jenis golongan yang terlibat dengan tangkapan tenggiling itu. Antaranya ialah pekerja-pekerja ladang yang bekerja separuh masa dengan menangkap tenggiling pada waktu malam.

Ia disimpan dan dikumpul sebelum dijual kepada peraih. Peringkat peraih merupakan golongan yang paling licik kerana mereka melakukan aktiviti penyeludupan secara terancang.

Jalan penyeludupan pula meliputi semua laluan yang ada sama ada laut, udara dan darat. Terdapat beberapa titik panas yang menjadi tempat pendaratan berdasarkan maklumat hasil risikan dan intipan.

Bagaimanapun, Joil menolak untuk memberitahu kawasan-kawasan tersebut kerana ia merupakan rahsia risikan dan tidak boleh didedahkan bagi mengelakkan berlaku perubahan cara penyeludupan.

Kemudian, tenggiling yang masuk ke Semenanjung Malaysia dieksport ke negara-negara yang mempunyai pasaran menggunakan kargo laut dan udara.

Kaedah yang digunakan penyeludup juga telah berubah daripada pengumpulan tenggiling secara tetap kepada cara pengumpulan secara runcit akibat stor-stor haram kerap diberkas Perhilitan.

Antaranya, penyeludup melakukan pengubahsuaian pada kereta supaya boleh bergerak dari satu lokasi ke tempat lain dan bertukar jenama kereta semata-mata mahu mengelirukan pihak berkuasa.

"Terdapat satu kes yang berlaku pada tahun 2009, but kereta yang ditahan dilengkapi dengan kipas angin dan perenjis air," ujar Joil.

Mereka juga mempunyai hubungan antarabangsa yang akan menerima tenggiling apabila berjaya diseludup. Para penyeludup juga mendapat bantuan tonto yang sentiasa memantau pergerakan pihak berkuasa.

Akui Joil, kebanyakan penyeludup mengetahui sifat semula jadi tenggiling melalui pemerhatiannya terhadap keadaan haiwan tersebut ketika dirampas.

Bergulung bila diancam


ANAK tenggiling berdepan risiko kematian yang tinggi jika tidak disusukan.


"Tenggiling tidak akan melawan dan bergulung apabila berdepan dengan ancaman. Jadi, ia mudah ditangkap dan disimpan dalam guni biru dengan ketat supaya tidak lari.

"Perkara tersebut menyebabkan kuku-kuku tenggiling yang mencengkam menjadi rosak, lapar, kotor dan ada yang mati," kata Joil menggambarkan keadaan tenggiling ketika rampasan berlaku.

Ubah suai stor penyimpanan dan but kereta pula bertujuan supaya kebarangkalian untuk tenggiling diseludup dalam keadaan hidup adalah tinggi. Tenggiling hidup dijual pada harga yang mahal.

Namun, bangkai haiwan pendiam itu juga ada harga kerana sisiknya dikatakan boleh menjadi ubat tradisional yang mujarab.

Melalui pengamatan Joil yang telah terlibat dalam penguatkuasaan sejak 2006 dan pegawai pengecaman setahun lalu, dia yakin Malaysia merupakan negara transit.

Tambahnya, trend penyeludupan adalah hampir sama setiap tahun namun, terdapat sedikit penurunan sejak kebelakangan ini selepas Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dikuatkuasakan yang membolehkan mana-mana individu memiliki atau menyimpan lebih 20 ekor, jika boleh disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000. Atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Tenggiling yang dirampas akan dijadikan bahan bukti dan dilepaskan di Taman Negara atau di Paya Wetlands, Dengkil," katanya Joil.

Mengikut kajian Traffic Southeast Asia (Traffic), tenggiling dibawa masuk dari Indonesia ke sini dan pembekal-pembekal tempatan dikumpul bersama sebelum dihantar ke Thailand.

Dari Thailand, tenggiling-tenggiling yang diseludup dibawa ke Vietnam dan China yang merupakan pasaran besar haiwan tersebut. Traffic merupakan sebuah badan yang memantau aktiviti penyeludupan haiwan terancam di dunia.

Pegawai Program Kanan Traffic, Noorainie Awang Anak berkata, rampasan yang dilakukan di sempadan Malaysia dan Thailand menjadi bukti terdapat perdagangan melintasi sempadan berlaku.

Rampasan


TENGGILING ini antara yang berjaya diselamatkan daripada penyeludupan di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar di Phnom Tamao, Kemboja.


Tenggiling telah berkurun lama didagangkan di Asia. Sekitar tahun 50-an dan 60-an, terdapat rekod sebanyak 10 tan haiwan tersebut dieksport dari Kepulauan Borneo.

Antara tahun 2000 hingga 2012, Traffic menganggarkan lebih kurang 69,000 tenggiling telah dirampas oleh agensi penguat kuasa di seluruh Asia Tenggara.

"Daripada jumlah itu, 11,000 ekor dirampas di Malaysia termasuk Sabah," kata Noorainie melalui e-mel yang dihantar kepada Kosmo!

Data tersebut didapati daripada kajian terhadap laporan berita mengenai rampasan tenggiling di Asia Tenggara. Tiada angka rasmi dan muktamad.

Perkara tersebut berlaku kerana perilaku mamalia itu yang pemalu, hidup bersendirian dan aktif pada waktu malam sahaja. Itu menyebabkan ia sukar dikaji dan tiada kajian komprehensif yang boleh dirujuk.

Namun, maklumat yang diperoleh daripada pemburu yang mendakwa ia semakin sukar didapati dan mengambil kira cara ia membiak selain rampasan dagangan yang besar mengesahkan tenggiling semakin pupus.

Tambah Noorainie, Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) menyatakan bahawa populasi haiwan itu mengalami trend penurunan.

"Mengikut anggaran IUCN, tenggiling mengalami penurunan sebanyak 50 peratus sepanjang 15 tahun lalu disebabkan oleh jumlah yang diseludup untuk daging dan ubat," ujarnya yang dipetik daripada e-mel yang dihantar.

Kekejaman manusia di hutan Belum

Posted:

Kekejaman manusia di hutan Belum

Kekejaman manusia di hutan Belum


GAMBAR yang diambil pada tahun 2009 ini menunjukkan pihak penguasa hidupan liar tempatan sedang berusaha menanggalkan jerat besi yang dipasang oleh pemburu haram.


PENYELUDUPAN dan pemburuan binatang liar turut menghantui Kompleks Hutan Belum-Temenggor (BTFC) seluas 300,000 hektar yang terletak di Perak.

Taman Negeri Royal Belum sudah digazetkan pada Mei 2007 manakala bakinya masih belum mendapat status yang sama.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) giat berkempen bagi memastikan seluruh BTFC diwartakan bagi memastikan kawasan hutan tertua yang dianggarkan berusia 130 juta tahun itu dapat dikekalkan.

Menurut pengarah eksekutif MNS, Shah Redza Hussein, usaha mewartakan perkara tersebut memakan masa yang panjang.

Kajian yang mendalam terhadap spesies yang hidup di situ dan kelainan flora serta faunanya mampu memberi impak dalam mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Sepanjang menjalankan kajian, pasukan MNS harus melakukan ekspedisi ke dalam hutan selama berhari-hari bagi merekod setiap perilaku haiwan. MNS juga melakukan kerjasama dan kerja-kerja komuniti bersama penduduk Orang Asli.

Jerat pemburu


ATAS: Kaki tapir dengan kesan perangkap dirakam oleh jurugambar, Kae Kawanishi dan diterbitkan dalam Malaysian Naturalist.


Daripada gerak kerja mereka, MNS dapat mengesan aktiviti pemburuan dijalankan di Hutan Temenggor berlaku berdasarkan tinggalan jerat oleh pihak pemburu.

Selain itu, bekas-bekas tapak perkhemahan para pemburu boleh dikesan walaupun mereka sudah tidak ada di situ.

Para pemburu tersebut merupakan rakyat negara luar dan Shah Redza mendakwa kebanyakannya dari Vietnam, Kemboja dan Thailand.

"Mereka akan masuk ke dalam hutan selama berbulan-bulan bagi memburu dengan membawa bekalan perkhemahan yang cukup," cerita Shah Redza ketika ditemui di ibu pejabat MNS, Kuala Lumpur.

Perangkap menggunakan tali paling banyak digunakan. Jerat yang digunakan tidak mengenal jenis haiwan yang ditangkap. Semua haiwan pasti berisiko dijerat.

Laluan dan jarak lokasi berburu bergantung pada panjang jalan balak yang ada. Semakin jauh jalan balak diteroka, maka lebih banyak haiwan boleh ditemui.

Orang Asli yang bekerjasama dengan MNS turut memberi maklumat kepada pihaknya mengenai kemasukan orang luar ke dalam Hutan Temeggor.

Selain pembalakan dan pembangunan yang boleh menyebabkan hutan itu musnah, pemburuan juga boleh menyumbang kemusnahan dalam sesebuah ekosistem.


PERANGKAP binatang menggunakan tali merupakan kegemaran para pemburu.


Dalam sesebuah ekosistem hutan, setiap tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan saling berkait supaya kitar semula jadi sentiasa berada dalam keadaan stabil.

Haiwan pemangsa yang banyak boleh menyebabkan pengurangan binatang yang menjadi mangsa. Paling penting, pemuliharaan hutan dapat memastikan kelangsungan kehidupan manusia.

Hutan merupakan sumber air yang menjadi asas semua kehidupan di muka bumi ini.

BTFC merupakan kediaman kepada 10 spesies burung enggang yang terdapat di dunia. Penemuan terbaharu MNS dapat mengesahkan sejenis pokok di hutan tersebut merupakan habitat dan tempat pembiakan salah satu spesies itu.

Bagi mendapatkan penemuan tersebut, pihak MNS perlu melakukan pemerhatian yang lama iaitu daripada peringkat membuat sarang sehinggalah penetasan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UTP serah peralatan sekolah kepada anak yatim

Posted:

UTP serah peralatan sekolah kepada anak yatim

UTP serah peralatan sekolah kepada anak yatim


ABDUL RAHIM (duduk depan,tengah) bergambar bersama anak-anak yatim yang menerima bantuan persekolahan di Seri Iskandar, Tronoh baru-baru ini.


BAKTI. Universiti Teknologi Petronas (UTP) baru-baru ini telah menyampaikan bantuan peralatan persekolahan kepada 348 anak yatim dari seluruh Perak di Seri Iskandar, Tronoh.

Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim berkata, ia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat 'Menggapai Impian' bermula tahun 2007.

Katanya, anak yatim itu merupakan penghuni di 13 rumah kebajikan di sekitar Perak.

"Melalui sumbangan keperluan pembelajaran itu, mereka boleh memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih bersemangat," katanya.

BN rai 210 murid cemerlang dalam peperiksaan UPSR

Posted:

BN rai 210 murid cemerlang dalam peperiksaan UPSR

BN rai 210 murid cemerlang dalam peperiksaan UPSR


AHMAD NAWAWI (berdiri, tengah) bersama sebahagian daripada murid yang mencatat keputusan cemerlang dalam UPSR di Shah Alam baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Seramai 210 murid yang mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 dirai pada Majlis Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 di Shah Alam baru-baru ini.

Mereka merupakan murid daripada 11 buah sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 dan Sekolah Jenis Kebangsan Tamil Ladang Ebor di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.

Penyelaras BN DUN Batu Tiga, Zulkurnain Md. Ruslan berkata, majlis itu diadakan sebagai inisiatif pihaknya untuk merangsang murid lain supaya mencontohi mereka yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

"Ini salah satu cara untuk memastikan setiap murid di DUN ini belajar bersungguh-sungguh sekali gus mencatat keputusan cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama keluarga mereka sendiri," katanya.

Hadir sama Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin yang menyampaikan hadiah wang tunai dan sijil penghargaan kepada semua murid cemerlang.

Murid miskin terima sumbangan Pencinta

Posted:

Murid miskin terima sumbangan Pencinta

Murid miskin terima sumbangan Pencinta


MOHD. SHARIFF (tengah) bergambar bersama pelajar selepas menyerahkan bantuan pakaian sekolah di Butterworth baru-baru ini.


BANTU. Seramai 60 murid dan pelajar sekolah keluarga miskin di sekitar Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah menerima sumbangan pakaian seragam sekolah menjelang musim persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Kesemua pakaian tersebut disumbangkan oleh Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta) Pulau Pinang.

Ia telah disampaikan oleh bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengerusi Pencinta Pulau Pinang, Farizan Othman berkata, sumbangan tersebut diberikan bagi meringankan beban keluarga berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada golongan ibu tunggal dan orang miskin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Floorball tuntut stamina tinggi

Posted:

Floorball tuntut stamina tinggi

Floorball tuntut stamina tinggi

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

DUA buah pasukan yang masing-masing terdiri daripada enam orang pemain termasuk penjaga gol sedang beradu ketangkasan di sebuah gelanggang lantai bersebelahan Fakulti Perundangan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini

Larian mereka pantas dan masing-masing berusaha untuk menjaringkan gol untuk mengatasi pihak lawan masing-masing dalam perlawanan seumpama hoki itu.

Namun, apabila diamati, kayu pemukul dan bola yang digunakan oleh mereka kelihatan sedikit berbeza dengan kayu yang digunakan dalam permainan hoki.

Kayu yang digunakan diperbuat daripada plastik pada bahagian bilah pemukul dan fiber pada bahagian pemegangnya.

Dilihat daripada aspek pukulan dan tolakan pula, kayu yang digunakan kelihatan lebih ringan dan ia lebih mudah untuk dikawal pemain. Rentak hantaran bola kepada rakan sepasukan dan pukulan menjaringkan gol dilihat begitu pantas dan ringan sifatnya.

"Ini dinamakan sukan floorball atau hoki lantai, namun ia paling mirip dengan sukan hoki ais. Perbezaannya ialah kelengkapan yang digunakan, gelanggang dan sistem peraturan yang telah ditetapkan," ujar Mohammad Khalid Abdul Rahim, 31, yang merupakan seorang pemain sukan floorball yang mewakili pasukan Gang Bintang.

Khalid yang mula bermain floorball sejak 10 tahun lalu merupakan antara individu terawal yang mula melibatkan diri dalam sukan tersebut di Malaysia.

Mula bertapak

Menurut Mohammad Khalid, floorball mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2001 oleh beberapa individu yang juga merupakan pelajar UM ketika itu. Antara tonggak penting yang memperkenalkan sukan tersebut di negara ini ialah Mohd. Hafidz Zainalabidin.

Individu tersebut juga merupakan pengerusi Liga Floorball Selangor.

"Tahap keselamatan terutamanya peralatan yang digunakan dalam sukan ini memberi inspirasi kepada saya untuk mencubanya.

"Tidak sampai setahun bermain, saya terpilih untuk mewakili negara ke perlawanan Liga Kejuaraan Floorball, divisyen B di Finland. Ketika itu, kami sepasukan mengumpul dana sendiri untuk bermain di sana," ujarnya yang juga selaku Presiden Persatuan Floorball Selangor (PFS).


GELANGGANG lantai UM merupakan salah satu tempat untuk pasukan floorball mengadakan sesi latihan di ibu negara.


Menyingkap serba sedikit sejarah sukan floorball, permainan ini pada asalnya dimainkan oleh pemain hoki ais di Sweden ketika mereka berehat daripada kejohanan sukan tersebut.

Pasukan hoki ais mencipta permainan itu bagi memastikan tahap kecergasan mereka dapat dikekalkan serta dapat melakukan persediaan untuk menghadapi musim seterusnya.

Di Malaysia, floorball masih dianggap baharu dan masih belum mendapat taraf pengiktirafan sukan berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Namun, untuk peringkat antarabangsa, Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) dan sukan floorball telah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Disember 2008.

"Gang Bintang dan PFS juga sering membawa sukan ini ke sekolah dan acara sukan untuk memberi tunjuk ajar kepada generasi muda. Setakat ini, ramai yang sudah menunjukkan minat," tambah Mohammad Khalid.

Strategi mencabar

Permainan tersebut memerlukan seramai 20 orang pemain dalam satu pasukan. Namun, hanya enam pemain yang bermain di gelanggang dan selebihnya pemain gantian yang boleh ditukar pada setiap masa tanpa had.

Seorang lagi pemain sukan floorball, Mohd. Fara Zulfadli Ramli, 28, memberitahu, corak permainan pantas yang digunakan dalam permainan itu menuntut setiap pemain dalam pasukan memerlukan stamina tinggi.


CORAK permainan yang pantas memerlukan stamina tinggi daripada setiap pemain.


"Secara teknikalnya, floorball mempunyai persamaan dengan permainan futsal. Namun, ia lebih mencabar kerana ia merupakan sebuah perlawanan terbuka tanpa menggunakan peraturan bola keluar daripada kawasan gelanggang.

"Untuk menjaringkan gol, setiap pasukan memerlukan kerjasama dan kepantasan yang maksimum. Gol yang dihasilkan oleh pemain juga menarik. Siapa sangka ketika berada di posisi belakang tiang gol, pemain boleh menjaringkan gol," jelasnya yang bermain di posisi pertahanan untuk pasukan Gang Bintang.

Menurut Mohd. Fara, selain daripada kelengkapan yang digunakan, kaedah untuk memukul bola juga turut diambil kira dalam permainan tersebut.

"Pemain tidak perlu memukul bola sekuat hati. Cukup sekadar meleretkan bola itu kepada rakan sepasukan kerana sifat fizikal bola itu direka dengan jisim yang ringan," ujarnya yang berpengalaman bermain di Liga Kejohanan Sepanyol Divisyen C pada tahun 2004.

Setiap lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa boleh mencuba floorball. Kos untuk bermain sukan itu juga tidak semahal yang disangkakan.

Kayu pelbagai jenama seperti Fatpipe, Salming dan Unihoc yang itu dijual pada harga RM150 hingga RM600 dan ia boleh dibeli daripada pengedar barangan sukan tersebut di sekitar lembah Klang.

"Pemain boleh menggunakan setiap sudut bilah pemukul untuk memukul bola tidak kira pada permukaan hadapan atau belakang.

"Ia berbeza dengan peraturan permainan hoki yang hanya boleh memukul bola pada bahagian hadapan bilah pemukul," ujar seorang lagi pemain, Sjaiful Anuar Adzhar, 29.

Sjaiful yang merupakan salah seorang pembekal kayu pemukul dari Finland iaitu Fatpipe di Malaysia, beranggapan bahawa sukan floorball yang diceburinya itu berupaya mencetus silaturahim dengan ramai pemain lain.


GOL boleh dijaringkan daripada pelbagai sudut tanpa mengira sama ada bola keluar daripada kawasan gelanggang.


"Apabila saya berjumpa dengan pemain floorball dari persatuan lain, pelbagai topik yang kami kupas terutamanya berkenaan strategi permainan serta perkembangan sukan ini di Malaysia," ujarnya yang juga merupakan jurulatih pasukan floorball wanita, Foxy Blizzard dan KLIUC Hornets.

Belum berkembang

Mengikut sumber daripada PFS, permainan floorball di Malaysia masih tertumpu di sekitar Lembah Klang dan masih tidak berkembang di negeri-negeri lain seluruh negara.

Sementara itu, pemain wanita yang bermain dalam pasukan di bawah kendalian Sjaiful, Nur Adila Mustafa, 20, di dalam pasukan Foxy Blizzard, sering kali mengikut jurulatihnya itu bermain floorball di gelanggang UM.

Menurutnya, dia lebih gemar berlatih dengan pasukan yang terdiri daripada kaum lelaki kerana dapat mempelajari pelbagai teknik baharu daripada mereka.

"Corak permainan dalam perlawanan lelaki amat pantas hingga adakalanya sukar untuk mengawal pergerakan mereka.

"Menerusi latihan bersama mereka, sedikit sebanyak saya dapat mempraktikkan cara mereka bermain dalam permainan saya," ujarnya yang pernah memenangi tempat ketiga bersama pasukannya dalam Liga Floorball Selangor (SFL) kategori wanita tahun lalu.

Tesco berjalan untuk leukemia

Posted:

Tesco berjalan untuk leukemia

Tesco berjalan untuk leukemia

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


CHEF Sherson Lian memberi penerangan kepada peserta sebelum memulakan pertandingan Cook For Life.


TESCO Malaysia (Tesco) baru-baru ini telah menganjurkan aktiviti khas berjalan kaki beramai-ramai sebagai kempen membantu kanak-kanak yang menghidap leukemia. Acara Walk For Life pada 9 Disember lalu berjaya menarik lebih 4,000 penyertaan yang rata-ratanya terdiri daripada staf syarikat dan pelanggan setia pasar raya tersebut.

Walk For Life merupakan salah satu usaha Tesco untuk mengutip dana sebanyak RM1 juta bagi membantu 100 kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia yang berdaftar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco, Lee Ann Low memberitahu, pihaknya telah berjaya mengutip dana sebanyak RM200,000 menerusi program kebajikan yang telah dianjurkan sebelum ini.

"Untuk program Walk For Life ini, kami menyasarkan dana sebanyak RM50,000 hasil sumbangan setiap peserta untuk didermakan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik seterusnya meringankan bebanan kos perubatan mereka.

"Selain itu, kami turut mengundang 30 kanak-kanak yang menghidap pesakit leukemia bersama keluarga mereka untuk memeriahkan acara yang pertama kali dianjurkan ini," ujarnya.

Berjalan sambil beramal

Acara dimulakan pada pukul 7.30 pagi itu dengan sesi pelepasan peserta yang akan berjalan mengelilingi trek sepanjang 3.4 kilometer di Taman Bukit Jalil.


PESERTA melakukan senaman aerobik sebelum memulakan pertandingan.


Selain acara jalan kaki, pelbagai gerai disediakan untuk para peserta mendapatkan informasi mengenai penyakit leukemia serta langkah terbaik untuk menjaga kesihatan.

Sementara itu, pertandingan Cook For Life yang dikendalikan oleh Chef Sherson Lian mendapat perhatian para peserta untuk mengetahui cara-cara penyediaan masakan yang berkhasiat.

Arbainah Ibrahim, 42, bersama anaknya yang juga merupakan seorang bekas pesakit leukemia, Faris Ahmad Irfan Shamsul Akmal, 13, hadir ke acara itu untuk memberi sokongan terhadap kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.

"Saya mengetahui betapa sukarnya untuk menjalani sesi rawatan kemoterapi dalam usaha untuk menyembuhkan penyakit ini.

"Perbelanjaan yang diperlukan amat tinggi tetapi dengan semangat juang, penyakit ini boleh disembuhkan. Setelah setahun merana akibat penyakit ini, Faris kini telah sembuh sepenuhnya," ujarnya ketika ditemui selepas dia dan anaknya itu menamatkan acara berjalan kaki.

Setiap yuran yang dikenakan untuk penyertaan acara iaitu RM15 bagi dewasa dan RM10 kanak-kanak akan didermakan terus kepada dana Helping Children with Leukemia.


PERSEMBAHAN variasi alatan perkusi daripada Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC) selepas peserta tamat sesi berjalan kaki.


Seorang lagi peserta yang menyertai acara amal anjuran Tesco, Chan Heng Chew, 52, memberitahu, dia tidak terlepas peluang untuk menyertai setiap acara anjuran PPUM termasuk Walk For Life.

"Selain daripada bersenam untuk menyihatkan badan, saya juga dapat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Acara ini amat bermanfaat kepada saya dan keluarga," ujarnya yang menyertai acara berjalan kaki itu bersama isterinya, Tan Bee Bee, 49.

Orang ramai yang ingin membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, boleh menderma dengan membeli produk keluaran syarikat Kraft Foods. Dengan setiap pembelian, sebanyak 10 sen akan didermakan kepada tabung kanak-kanak leukemia PPUM.

Moden klasik pilihan 2013

Posted:

Moden klasik pilihan 2013

Moden klasik pilihan 2013

Oleh NIZHA PERIASWAMY


BAHAGIAN paling umum vila ini dihias dengan gaya moden kontemporari.


REKAAN dalaman pada tahun 2013 dilihat lebih kompetitif apabila banyak elemen dan konsep yang mewarnai trend tahun baharu.

Terkini, konsep moden klasik yang dikatakan sudah bertapak dalam bidang rekaan dalaman sejak 10 tahun yang lalu mula diberi perhatian khusus.

Sebuah syarikat rekaan dalaman, Essential Design Itergrated (EDI) Sdn. Bhd. mendakwa, ia sebagai sebahagian daripada konsep atau trend 2013. Konsep itu juga baru-baru ini memenangi anugerah Rekaan Dalaman InteriCAD Antarabangsa Ke-8 tahun 2012 bagi kategori residensi.

Syarikat EDI menerusi pereka, Eric Zainal, memenangi Anugerah Emas bagi kategori residensi pada malam anugerah berprestij itu. Pengarah EDI, Pei San, memberitahu, pihaknya memilih sebuah vila iaitu Kenny Height Villa yang berlokasi di Hartamas. Ia melibatkan pengubahsuaian sebuah rumah bersambung mewah empat tingkat meliputi kawasan seluas 617.25 meter persegi.

Susur tangga yang menjadi elemen utama rumah tersebut sebelum ini dipasang dengan bar besi sudah diganti dengan panel berpagar kaca.

Daripada sebuah dinding kosong pula, kini ia telah dihias dengan kesan kayu bertindih dan cermin untuk memberi efek apungan. Ia menjadi elemen utama yang menghubungkan keempat-empat tingkat lebih menyerlah.


GAYA praktikal di ruang tamu.


Menurut Pei San, keseluruhan rekaan itu berdasarkan konsep moden klasik dan ruang paling umum di vila itu pula menggunakan konsep kontemporari moden.

"Memandangkan minimalisme menjadi trend sejak 10 tahun lepas, konsep moden klasikal mula dihargai sejak dua tahun lalu kerana perinciannya.

"Elemen moden boleh dilihat apabila ia penyusunan keseluruhan dan rekaan disusun secara praktikal. Penerapan sedikit material seperti kertas dinding, dekorasi klasik dan sentuhan warna tertentu pula menghidupkan nilai klasik," kata Pei San.

Penggunaan kaca kabur yang terang sebagai panel memberi laluan kepada pencahayaan dari luar menembusinya di tingkat pertama sekali gus menambah kesam dramatik.

"Pencahayaan adalah pengatur cara mod untuk rekaan dalaman tidak kira cahaya semula jadi atau sebaliknya. Ia akan menyerlahkansesebuah ruang dan menjadi latar yang menarik. Ia juga mewujudkan perbezaan dan komunikasi antara ruang," terangnya.

Selain panel kaca kabur yang terang, Pei San juga mencadangkan penggunaan kaca kelabu kabur sebagai pilihan lain yang mampu memberi efek yang sama.

Keseluruhan rumah itu dilihat terpengaruh dengan pencahayaan terang yang sekali gus menjadikan persekitaran kediaman lebih tenang dan sedia menyambut tetamunya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Peniaga degil bakal kena kompaun lebih tinggi

Posted:

Peniaga degil bakal kena kompaun lebih tinggi

Peniaga degil bakal kena kompaun lebih tinggi

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

ROHANI bersama Iskandar (kiri) memeriksa harga ayam di pasar raya BIG di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia menyemak semula nilai kompaun minimum yang boleh dikenakan ke atas peniaga yang sering melanggar peraturan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan peniaga terbabit mematuhi ketetapan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan oleh kerajaan dalam mengurangkan beban pengguna semasa menyambut sesuatu perayaan.

"Kita bersedia menyemak dan mengenakan kompaun minimum yang lebih tinggi terhadap 'peniaga degil' yang berulang kali melanggar ketetapan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan selepas ini.

"Langkah ini bukan bertujuan menghukum, sebaliknya mendidik mereka supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mengulangi kesalahan," katanya selepas meninjau operasi penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012 di Ben's Independent Grocer (BIG) di Jalan Dutamas 1, di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Anak Yusof Haslam bertunang

Posted:

Anak Yusof Haslam bertunang

Anak Yusof Haslam bertunang


SYAFIQ (kanan) dan Aeisyah pada majlis pertunangan mereka di Gombak semalam.


KUALA LUMPUR - Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Syafiq yang mengarahkan filem berjudul Sam berkata, dia dan tunangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan mereka.

"Syukur kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Saya harap agar pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin.

"Insya Allah sama ada hujung tahun depan atau 2014 kami akan berkahwin," ujarnya gembira ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk K pulang 28 Disember

Posted:

Datuk K pulang 28 Disember

Datuk K pulang 28 Disember

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR
norsyariza.tahir@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K yang sebelum ini ditimpa kemalangan motosikal di New Zealand kini beransur pulih dan beliau dijangka dibenarkan pulang ke tanah air pada 28 Disember ini.

Perkara itu dinyatakan oleh anak ketiga Datuk K iaitu Asyraf Khalid, 20, yang kini berada di New Zealand dengan memberitahu berita tersebut melalui laman Twitter miliknya kira-kira pukul 6 petang waktu Malaysia semalam.

"Dad's getting better. Coming back on 28th, i think. Looking forward for that. (Ayah semakin pulih. Saya rasa, akan pulang pada 28 Disember ini. Tak sabar)," tulis Asyraf mengenai perkembangan terkini bapanya yang sedang dirawat di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Mourinho terancam

Posted:

Mourinho terancam

Mourinho terancam

KARIM BENZEMA (kanan) diasak pertahanan Malaga, semalam. Beliau turut menyumbang satu gol buat Real Madrid tetapi tidak cukup untuk menyekat Malaga menang 3-2.


MADRID – Nasib jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho ibarat telur di hujung tanduk setelah ketinggalan 16 mata di belakang Barcelona apabila tewas mengejut 2-3 kepada Malaga dalam aksi Keputusan kontroversi Mourinho yang merehatkan kapten, Iker Casillas daripada kesebelasan utama pada perlawanan tersebut telah mengundang kecaman peminat.

Untuk rekod, ia merupakan kali pertama Casillas diketepikan dalam tempoh 10 tahun yang menyaksikan penjaga gol kedua, Antonio Adan gagal menggalas tanggungjawab itu dengan sempurna apabila bolos tiga kali dalam perlawanan itu.

Ia juga kemenangan pertama Malaga terhadap Real dalam tempoh 29 tahun, sekali gus ketinggalan dua mata di belakang Real yang kini mengutip 31 mata.

Kejayaan Barcelona mengatasi Valladolid 3-1 dalam satu lagi aksi liga awal pagi semalam juga menambahkan tekanan terhadap Mourinho.

Begitupun, Mourinho sekali lagi menegaskan tidak akan meletak jawatan ekoran kekalahan itu.

"Saya tidak akan meletak jawatan dan tidak bimbang kedudukan saya terjejas atau tidak.

"Bagi saya, ketika ini prestasi Adan jauh lebih baik berbanding Casillas.

"Kami hanya menurunkan pemain yang terbaik, jadi saya tidak rasa ketiadaan Casillas menjadi punca kekalahan ini.

"Kerapuhan benteng pertahanan lebih merisaukan saya, bukannya ketiadaan Casillas," tegas Mourinho.

Gol-gol Malaga pada perlawanan itu dijaringkan Isco dan Roque Santa Cruz (dua gol) sementara gol sagu hati The Galacticos dijaringkan pertahanan Malaga, Samuel Sanchez (gol sendiri) dan juga Karim Benzema.

Dalam pada itu, Jordi Roura terpaksa mengambil alih tugas jurulatih Barcelona, Tito Vilanova yang menjalani rawatan di hospital akibat masalah kesihatan sebelum berdepan Valladolid semalam.

Penyerang berbisa, Lionel Messi berjaya menjaringkan gol peribadinya yang ke-91 tahun ini bersama Xavi Hernandez dan Cristian Tello sementara gol sagu hati Valladolid dicetak oleh Javi Guerra.

Dengan kemenangan itu, The Catalan berjaya memenangi 16 dari 17 perlawanan musim ini apabila hanya seri 2-2 dengan Real Madrid, selebihnya berakhir dengan kemenangan.

"Ia satu keputusan yang bagus, ia pasti lebih bermakna jika Vilanova semakin sihat.

"Saya percaya, kami mampu membantu Vilanova jika memenangi perlawanan dan itulah yang pemain Barcelona lakukan," kata Roura. – AFP

Alex tidak sabar uji kekuatan Johor

Posted:

Alex tidak sabar uji kekuatan Johor

Alex tidak sabar uji kekuatan Johor



PEMAIN sayap lincah Pahang, Azamuddin Mohd. Akil (gambar) mengakui tidak sabar untuk membantu pasukannya memburu tiga mata pertama dalam saingan Liga Super musim 2013 menjelang pertemuan menentang Johor (Darul Takzim FC) di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 8 Januari depan.

Azamuddin yang turut dikenali sebagai Alex mendedahkan, dia yakin pertembungan tersebut pasti hangat memandangkan skuad Johor kini dibarisi ramai pemain bertaraf bintang.

Jelasnya, Pahang kini berada pada tahap keyakinan yang tinggi selepas kembali beraksi dalam Liga Super ekoran kejayaan muncul naib juara Liga Premier pada tahun ini.

Katanya, semua pasukan yang beraksi dalam Liga Super pasti mahu menguji Johor Darul Takzim FC yang berbelanja besar musim ini untuk mendapatkan beberapa pemain ternama.

Antaranya yang berjaya 'disambar' Harimau Selatan itu ialah penyerang berbisa Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Sali.

"Saya pasti ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat menarik.

"Beraksi di laman sendiri sudah pasti memberikan sedikit kelebihan buat kami dalam usaha memburu tiga mata pertama pada saingan Liga Super 2013.

"Saya yakin selain Pahang, kesemua pasukan berhasrat untuk menewaskan Harimau Selatan yang dilihat muncul sebagai pasukan gergasi tempatan pada masa ini.

"Apa yang pasti, kami akan menampilkan persembahan terbaik demi penyokong-penyokong setia Tok Gajah," katanya.

Ditanya mengenai sasaran Pahang pada musim depan, pemain berusia 27 tahun itu memberitahu dia hanya lebih berminat untuk kekal dalam saingan Liga Super berbanding memikirkan kelompok lima teratas liga.

"Ramai mengetahui bahawa setiap pasukan telah mendapatkan beberapa pemain terbaik dalam usaha untuk menguatkan pasukan mereka."

Tuah menyebelahi kami - Avramovic

Posted:

Tuah menyebelahi kami - Avramovic

Tuah menyebelahi kami - Avramovic



BANGKOK - Menang nasib. Itu rumusan pengendali Singapura, Radojko Avramovic (gambar) sebaik pasukannya muncul juara Piala Suzuki AFF 2012 apabila menewaskan Thailand menerusi agregat 3-2 kelmarin.

Biarpun tewas 0-1 kepada Gajah Perang dalam final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok malam kelmarin, kemenangan selesa 3-1 di tempat sendiri Rabu lalu sudah cukup untuk menjamin kejayaan Sang Singa muncul juara buat kali keempat sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1996.

Tanpa berselindung, Avramovic yang turut membantu Singapura muncul juara edisi 2004 dan 2007 juga mengakui pasukannya bernasib baik kali ini memandangkan Thailand dilihat cukup garang sejak awal permainan.

Menurutnya, kesungguhan pemain Singapura mempertahankan kelebihan agregat juga wajar dipuji.

"Tanpa tuah, saya rasa kami tidak mampu muncul juara. Pujian juga perlu diberikan kepada pemain saya yang memberikan segala-galanya sepanjang perlawanan itu berlangsung.

"Saya tidak pernah meragui kemampuan pemain-pemain saya, dan ternyata kepercayaan saya terhadap mereka berbaloi," kata Avramovic.

Pada masa sama, Avramovic juga memuji kredibiliti dua tonggak pertahanan, Baihakki Khaizan dan Safuwan Baharudin yang cukup ampuh mengekang ancaman bertali-arus jentera serangan Thailand.

"Baihakki dan Safuwan bijak mengawal tekanan, tanpa mereka sudah tentu sukar buat kami," katanya.

Selain itu, Avramovic juga menafikan anak-anak buahnya sekadar bermain bertahan ketika berdepan Thailand di Stadium Supachalasai.

"Kami gagal memiliki peluang untuk menyerang memandangkan Thailand melancarkan serangan bertubi-tubi.

"Bagi saya, pasukan kami memiliki beberapa peluang menjaringkan gol, cuma ia gagal disempurnakan," katanya.

Dalam pada itu, Avramovic juga menamatkan spekulasi berhubung masa depannya bersama Singapura apabila mengesahkan aksi malam kelmarin merupakan perlawanan terakhirnya sebagai jurulatih Singapura.

"Ia sesuatu memori yang cukup indah, saya tidak mampu melakukannya seorang diri.

"Malam ini (kelmarin) merupakan yang terakhir buat saya menjadi jurulatih kebangsaan Singapura, selepas ini saya belum fikirkan lagi haluan seterusnya," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pop Festival hulur bantuan untuk Gaza

Posted:

Pop Festival hulur bantuan untuk Gaza

Pop Festival hulur bantuan untuk Gaza

23/12/2012 7:26pm

SHAH ALAM — Pop Festival: Selamatkan Gaza yang diadakan selama dua hari bermula semalam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah aspirasi 250 anak muda bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk Islam Gaza di Palestin.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim, berkata kesemua anak muda berkenaan merupakan peserta dan penggerak festival anjuran MBS itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk 110 gerai jualan bagi mengumpul dana.

"MBS bersama anak-anak muda ini mahu menyatakan sokongan dan tanda prihatin terhadap derita yang terpaksa ditanggung oleh saudara Islam kita di Gaza melalui pameran, persembahan pentas dan perkongsian pengalaman di Palestin melalui festival ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 5,000 pengunjung hadir pada festival itu sejak semalam yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda. — BERNAMA

Mekanik maut ditikam di Selayang Baru

Posted:

Mekanik maut ditikam di Selayang Baru

Mekanik maut ditikam di Selayang Baru

23/12/2012 7:24pm

KUALA LUMPUR — Seorang mekanik maut ditikam di bahagian abdomennya di depan sebuah rumah kedai di Selayang Baru dekat sini, pada 4.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, SAC Datuk A. Thaiveegan berkata, kejadian itu dikesan susulan laporan seorang doktor di Hospital Selayang yang curiga dengan kesan tikaman yang dialami K. Rajaratnam, 31.

"Doktor itu menyatakan mangsa yang cedera parah dengan satu kesan tikaman di bahagian abdomennya di sebelah kiri datang ke hospital bersama isterinya untuk menerima rawatan namun mangsa gagal diselamatkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham beberapa lelaki yang mencetuskan pergaduhan di sebuah pusat Internet di Selayang Baru, di sini.

"Mangsa (mekanik) yang ketika itu kebetulan berada di pusat Internet itu menjadi sasaran kumpulan berkenaan sebelum mengekori mangsa ke rumahnya kerana dianggap terlibat dalam pergaduhan itu," katanya.

Thaiveegan menjelaskan, isteri mangsa, Krishnaveni Bangara Nindu, 29, memberitahu polis bahawa sebelum kejadian, dia dan suaminya singgah ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka sebelum menyedari mereka diekori suspek.

Katanya, sebaik tiba di rumah, mangsa meminta isterinya segera naik ke rumah mereka yang terletak di tingkat dua rumah kedai apabila melihat beberapa lelaki menghampiri mereka dalam keadaan mencurigakan.

"Isterinya yang ketika itu berada di beranda rumah kedai tersebut telah menjadi saksi kejadian sebelum membawa mangsa ke hospital," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan seramai empat hingga lima lelaki terlibat dalam kes itu dan tiada senjata ditemui tetapi sebuah motosikal telah ditinggalkan salah seorang suspek di tempat kejadian.

Katanya, dua lelaki lain yang disyaki turut terlibat dalam kes tersebut telah ditahan di sebuah rumah di Jalan Bukit Idaman, Selayang pada 11.30 pagi tadi.

Katanya, polis sedang menjejaki seorang lelaki warga tempatan yang dikenal pasti sebagai Norazuan Mohd. Mustafa, 20, beralamat terakhir di Lot 47(A), Jalan Indah 6, Kampung Selayang Baru bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — BERNAMA

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

Posted:

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

23/12/2012 7:22pm

DUNGUN — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 144 orang setakat pukul 6 petang tadi selepas dua lagi kampung dilanda bencana itu hari ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir daerah berkata, dua kampung terbabit ialah Kampung Batu Riong dengan 20 mangsa daripada tujuh keluarga dan Kampung Tok Kah membabitkan 29 orang daripada empat keluarga.

Mereka dipindahkan pukul 12 tengah hari tadi, katanya.

Malam semalam, sebanyak 95 mangsa membabitkan 17 keluarga dari tiga buah kampung dipindahkan selepas kawasan rumah masing-masing mula dinaiki air sejak 9 malam.

Mereka membabitkan masing-masing tujuh keluarga dari Kampung Tanjung Pagar dan Kampung Pulau Serai serta tiga keluarga dari Kampung Seberang Pintasan.

Menurut jurucakap itu, hujan lebat yang turun di daerah Dungun sejak petang semalam menyebabkan kawasan-kawasan rendah mula ditenggelami air.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu masih pada paras normal, kecuali sungai Nerus, Setiu berada pada tahap amaran.

Jurucakapnya berkata, bacaan pada pukul 3 petang tadi menunjukkan aras air sungai itu kini meningkat kepada 21.1 meter berbanding paras normal 17 meter. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved