Jumaat, 7 Oktober 2011

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tak terima Mamat lagi

Posted:

Tak terima Mamat lagi

Tak terima Mamat lagi

KUMPULAN Sepah yang dianggotai oleh Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd. Noor Murad (Mamat) 26, telah pun mengumumkan pembubaran kumpulan mereka pada Ogos lalu atas sebab peribadi, tambahan mereka bertiga kerap mendapat tawaran secara individu bukannya berkumpulan.

Ramai yang terkejut dengan berita pembubaran itu kerana menyifatkan jenama Sepah sudah cukup kuat apabila kumpulan itu menjadi juara untuk program Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak mengalahkan pelawak popular yang lain.

Belum pun reda dengan isu pembubaran kumpulan yang berasal dari Johor itu, baru-baru ini dua bekas ahli kumpulan Sepah, Jep dan Shuib mengumumkan mereka kini bergerak bersama di bawah nama Sepahtu. Ketiadaan Mamat dalam Sepahtu menjelaskan krisis yang berlaku ketika mereka masih dalam kumpulan Sepah.

"Sebenarnya ketika dalam program Raja Lawak musim ketiga lagi kumpulan kami (Sepah) bagai retak menanti belah dan ingin berpecah. Saya ingatkan ketika di atas pentas final saya ingin umumkan kami berpecah begitu juga halnya ketika program Maharaja Lawak, tetapi tidak adil untuk peminat yang mengundi kami, jadi saya diamkan sahaja masalah kami.

"Saya sudah bersabar terlalu lama. Bukan sekali dua kali tetapi sudah tiga tahun, saya memberi peluang, ruang dan nasihat kepada Mamat untuk memberi komitmen pada kumpulan Sepah sehingga sampai satu tahap kami sudah tidak boleh buat apa. Jadi jalan penyelesaian terbaik adalah berpecah meskipun kami bertiga sedar ramai yang tidak mahu melihat kami berpecah," ujar Jep yang menceritakan masalah sebenar yang dihadapi Sepah selepas dipaksa berkali-kali.

Jelas Jep lagi, perpecahan berlaku selepas dia berfikir semasak-masaknya dan berbincang sesama mereka bertiga. Malah, perpecahan Sepah adalah untuk kelangsungan jangka hayat mereka dalam bidang seni.

"Kalau satu kumpulan banyak masalah yang timbul ia akan menyusahkan banyak pihak. Bukan kami sahaja tetapi orang sekeliling yang bekerja dengan kami, jadi lebih baik berpecah dan ikut haluan masing-masing. Sebelum berpecah saya sedih dan tertekan tetapi apabila kami berpecah umpama beban di bahu saya hilang serta saya rasa lega," luah Jep sambil berhati-hati menutur kata bimbang kata-katanya melukai mana-mana pihak.

Disoal lagi mengapa tidak teruskan sahaja dengan nama kumpulan Sepah jawab Jep: "Mamat kata Sepah itu dia yang punya, jadi kami pun pilih guna nama baharu. Lagipun, nama Sepah itu untuk kami bertiga, saya, Shuib dan Mamat dan rasanya tidak adil untuk Mamat kalau kami guna nama Sepah."

Tambah Shuib yang merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah: "Sepahtu bermaksud Sepah dua atau sepatu yang digabungkan bermaksud kasut, kasut ada kiri dan kanan dengan jumlahnya dua. Oleh itu, sesuailah namanya dengan kami berdua."

Cukup bersahabat


TINGGAL KENANGAN. Dari kiri: Mamat, Shuib dan Jep hadir bersama sewaktu program rakaman Melodi Raya pada Ramadan lalu.


Persahabatan yang terjalin antara mereka sudah lama, mungkin perpecahan kumpulan Sepah hanya bersifat sementara dan pada masa depan Mamat akan kembali semula dalam kumpulan Sepah. Ketika diajukan soalan itu buat Jep dan Shuin kedua-duanya terdiam sebentar, berfikir jawapan yang sesuai barangkali.

"Sudah cukup masa yang kami beri kepadanya. Sekarang saya sudah berhenti kerja dan bidang seni merupakan periuk nasi utama saya, mungkin sudah tertulis rezeki saya di sini. Saya rasa saya tidak akan terimanya kembali kerana saya ingin bekerja dalam bidang ini untuk satu tempoh yang lama, saya bimbang jika kami bersama masalah yang sama akan berulang," jawab Jep.

Respons Shuib pula: "Saya sudah ada keluarga dan tidak lama lagi akan menjadi ayah, tanggungjawab saya semakin besar. Saya tidak mahu kerana mahu menjaga hal orang membuatkan saya jatuh, bagi saya itu tidak adil. Kalau saya tidak ada duit, saya minta orang, mana ada orang nak bagi duit. Sekarang kami hanya mahu fokus pada kerja sahaja. Terima Mamat kembali, rasanya tidaklah."

Sungguhpun sudah berpatah arang, namun hubungan persahabatan antara mereka masih terjalin seperti biasa, cuma apabila ia membabitkan kerja mereka terpisah kerana memiliki ideologi yang berbeza.

"Kami masih baik, masih tegur antara satu sama lain, memang tidak ada sebarang masalah. Sekarang ini pun, saya berlakon dengannya dalam drama Superlawak FC. Bila jumpa di lokasi penggambaran, macam biasa tidak ada apa yang berubah," jelas Shuib yang dijangka akan mendapat anak lelaki dalam masa terdekat.

Selain itu, mereka bertiga juga bakal muncul dalam filem Sepah The Movie yang akan mula menjalani penggambarannya pada 17 Oktober depan.

"Kontrak filem Sepah The Movie telah kami tandatangani sebelum Sepah berpecah. Walaupun sudah berpecah, kami profesional bila bekerja. Kami bertiga berjumpa ketika sesi bacaan skrip dan memang tidak ada masalah untuk berlakon bersama.

"Kami sebagai kawan masih okey, cuma bab komitmen, saya sudah tidak boleh bertolak- ansur. Kami tidak menyingkirkan Mamat kerana perpecahan kami terjadi atas persetujuan bersama. Kiranya ini merupakan projek terakhir kami sebagai Sepah," kata Jep mengenai filem yang berkisar tentang konflik cinta tiga segi itu lagi.

Album

Kewujudan Sepahtu bermula apabila penyanyi Mawi menawarkan mereka kontrak untuk merakamkan album di bawah syarikat miliknya MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records. Melihat kepada tawaran yang datang tepat pada masanya, baik Jep mahupun Shuib tidak mampu untuk menolak tawaran yang sekian lama dinanti-nantikan mereka.

"Sebenarnya tawaran ini datang ketika kami pergi beraya ke rumah Mawi pada penghujung bulan Syawal. Sebelum itu baik saya atau Shuib langsung tidak tahu menahu tentang tawaran untuk rakam album ini.

"Bagi saya ia sebuah tawaran yang tidak mampu saya tolak kerana ia merupakan salah satu impian saya. Selain berlakon, sebagai Sepahtu kami memang ingin mencuba satu bidang yang baharu, mungkin selepas ini peminat dapat melihat sisi lain kami," beritahu Jep.

Album Sepahtu yang diedar dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia itu akan bergenre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi. Ia akan mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M. Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.

"Mereka masih belum masuk studio kerana sedang memilih lagu yang sesuai dan dalam perancangan mungkin akan ada enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan, jika tidak ada aral melintang pada bulan November lagu single pertama mereka akan muncul di radio dan album akan siap sepenuhnya dalam bulan Disember.

"Bagi saya, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single Cinta Itu Nyawa yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, Siti Sarah," kata penerbit album Sepahtu, Sheikh Qalam.

Aaron jadi pembunuh upahan filem Hollywood

Posted:

Aaron jadi pembunuh upahan filem Hollywood

Aaron jadi pembunuh upahan filem Hollywood

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


AARON kini mendampingi aktor Hollywood, Michael Madsen menerusi filem Prince Of The City.


PELAKON popular, Aaron Aziz, 35, mengesahkan pembabitannya dalam filem Hollywood berjudul Prince Of The City arahan Roslan Hussin.

Filem itu sudah memulakan penggambaran di Sungai Penchala, Selangor.

Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, dia membawa watak seorang pembunuh upahan dalam filem itu.

"Dalam filem ini, saya berlakon bersama, Michael Madsen sebagai pembunuh upahannya untuk membalas dendam terhadap watak yang dilakonkan oleh Jehan Miskin," kata pelakon drama Jiwa & Lara yang kini sedang ditayangkan di TV3 dalam slot Samarinda pukul 10.30 malam.

Michael Madsen sebelum ini pernah berlakon dalam filem Outrage, Eldorado selain terlibat dalam drama bersiri 24 serta (Crime Scene Investigator) CSI: Miami.

Selain Aaron, filem itu turut menggandingkannya dengan pelakon Tara Wallers, Yang Kassim dan Jehan Miskin.

Filem yang bakal menjalani penggambaran selama 16 hari di Malaysia itu menggunakan sepenuhnya dialog dalam bahasa Inggeris.

"Ini filem pertama saya dalam bahasa Inggeris, sebelum ini saya sudah banyak berlakon dalam drama Inggeris sejak di Singapura lagi.

"Sasaran tayangan filem ini di luar negara, tapi saya difahamkan jika filem ini masuk ke pasaran tempatan, kemungkinan akan melalui proses alih suara," ujarnya berkenaan filem yang diterbitkan Axis Entertainment itu.

Menerima pelawaan untuk berlakon dalam filem bertaraf antarabangsa ujar Aaron bukan kerana duit, namun dia melihat dalam skop yang lebih luas.

"Saya ingin menimba pengalaman berlakon dalam filem Hollywood, mencari apa kelebihan mereka dan mungkin tidak ada pada kita.

"Lagipun, kalau mereka (Hollywood) boleh terima kita, mengapa perlu kita menolak untuk berlakon dengan produksi mereka," tuturnya yang ditemui selepas majlis prapelancaran dan sidang akhbar Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Buka produksi

Ditanya mengenai pembabitannya dalam APEC YES 2011, Aaron menjawab pelantikannya sebagai duta hanya sekadar tanda sokongannya kepada perkembangan usahawan muda masa kini.

"Belum ada apa-apa perancangan untuk saya menceburi bidang bisnes buat masa sekarang, tapi jika diberikan peluang satu hari nanti ingin juga saya mencuba bidang pengiklanan dan produksi, itulah passion saya," katanya yang belum punyai sebarang idea untuk mengeluarkan sebarang produk.

Sesungguhnya, minat mendalam diperlukan untuk menceburi bidang perniagaan kerana bimbang sesuatu yang diceburinya tidak menjadi.

"Untuk berniaga perlu minat, tidak adil untuk dapatkan geran tapi tidak melaksanakannya dengan berhemah," ujarnya lagi.

Westlife kembali ke KL

Posted:

Westlife kembali ke KL

Westlife kembali ke KL


WESTLIFE bakal menggegarkan Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur menerusi konsert Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011 pada malam ini.


SELEPAS lebih sedekad bersama, kumpulan popular dari Britain yang dikenali di seluruh dunia sebagai Westlife dikatakan tidak lagi akan aktif. Itu berita mengejutkan bagi peminat kumpulan yang kini dianggotai Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, Shane Filan.

Single terbaharu mereka, Lighthouse yang terkandung dalam album kesebelas Westlife, Gravity dikatakan bakal menjadi lagu terakhir Westlife. Lighthouse dijadualkan berada di pasaran menjelang bulan September ini.

Sumber memberitahu akhbar Britain, The Mirror: "Nicky, Kian, Mark dan Shane sudah kepenatan. Mereka aktif untuk Westlife sejak lebih sedekad yang lalu dan kini mereka hanya mahu menikmati masa senggang untuk diri masing-masing sebelum mereka kembali muncul dengan album terbaharu."

"Namun, jangan bimbang. Westlife bukan berpecah tetapi mereka mahu berehat sebelum kembali muncul dengan lebih hebat."

Walau bagaimanapun sebelum berehat seketika, Westlife kini dalam rangka konsert mempromosi album Gravity dan peminat kumpulan itu di Malaysia sangat bertuah kerana Westlife yang pernah muncul dengan lagu-lagu yang menjadi siulan ramai seperti Swear It Again, Flying Without Wings, If I Let You Go, Uptown Girl dan I Have A Dream bakal menemui mereka pada malam ini!

Westlife muncul kali ini di Kuala Lumpur sempena konsert terbaharu Westlife yang dikenali sebagai Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011. Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 malam di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, ia bukan kali pertama kunjungan Westlife di Malaysia untuk membuat konsert selepas membuat kemunculan sulung di negara ini pada Jun 1999 iaitu kira-kira setahun selepas kumpulan itu ditubuhkan.

Malaysia ternyata begitu dekat di hati Westlife apabila mereka kembali buat kali kedua pada November, 1999 sebelum muncul lagi pada Mei, 2001.

Kali terakhir Westlife muncul di Malaysia adalah pada tahun 2002, justeru pada tahun ini peminat-peminat Westlife sudah tentu begitu rindu dengan kemunculan mereka, sementelah Westlife dikatakan akan berehat seketika daripada segala kegiatan seni mereka

Maka, inilah peluang buat mereka untuk larut bersama kumpulan yang mencipta sejarah dunia muzik British sebagai satu-satunya karyawan muzik yang muncul dengan tujuh single yang terus menguasai juara carta UK Singles Chart sebaik sahaja dilancarkan, selain sejumlah 44 juta album mereka sudah terjual di seluruh dunia.

Pada 22 November tahun lepas, Westlife muncul dengan album Gravity dan single pertama daripada album itu, Safe membuat kemunculan debut pada UK Singles Chart sehari sebelum itu di tempat kesepuluh, menjadikan ia single ke-25 Westlife yang berjaya meraih tempat pada Top 10 UK Singles Chart.

Bagi menyemarakkan lagi album Gravity yang bakal melancarkan single kedua iaitu Lighthouse, Westlife kini muncul dengan konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur pada malam ini yang dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Midas Promotions.

Sebarang urusan pembelian tiket Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011 boleh dibuat dengan melayari www.ticketpro.com.my atau menerusi talian telefon 03-7880 7999 (Ticketpro).

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 6 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jobs ikon teknologi era baru

Posted:

Jobs ikon teknologi era baru

Jobs ikon teknologi era baru

Susunan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

TANGGAL 5 Oktober menjadi tarikh kepada kelahiran sebuah lagi gajet terbaru kebanggaan Apple apabila telefon pintar iPhone 4S dilancarkan di ibu pejabat firma Apple, Amerika Syarikat (AS).

Namun, ironinya tarikh itu akan diingati bukan sahaja oleh warga Apple bahkan seantereo dunia, apabila ia adalah hari terakhir buat pengasas syarikat gergasi itu Steve Jobs. Lelaki berusia 56 tahun itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, menghembus nafas terakhir ekoran sakit kanser pankreas yang dihadapinya. Jobs yang menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga tercinta mengalami masalah kesihatan yang semakin merosot sejak bulan Februari tahun ini.

Dia bukan saja mengalami keguguran rambut yang melampau kesan daripada rawatan kemoterapi malah, berat badannya dikatakan merosot dari 79.37 kilogram (kg) kepada 59kg. Sebelum ini, Jobs juga pernah menjalani pembedahan hati pada dua tahun lalu selain membuang tumor pada tahun 2003.

"Dunia telah kehilangan insan yang sarat dengan visi dan kreativiti," luah Presiden AS, Barack Obama dalam kenyataan penghormatan buat mendiang Jobs.

Impian menjadi sami


RANGKAIAN kedai Apple Inc. di seluruh dunia dipenuhi foto dan jambangan bunga daripada orang ramai sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Jobs.


Jobs yang dilahirkan di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Bagaimanapun dia tidak membesar bersama ibu bapa kandungnya, sebaliknya dibesarkan oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS. Ia sebuah kawasan yang dikelilingi ladang aprikot.

Pencinta seluar jean jenama Levi's itu pernah menuntut di Sekolah Menengah Cupertino di California, AS dan bersekolah di Sekolah Tinggi Homestead H.S di bandar yang sama. Kemudian, Jobs melanjutkan pengajian di Reed College, Portland, Oregon.

Namun, tempoh pengajiannya di kolej seni liberal berkenaan bertahan selama satu semester sahaja kerana Jobs mengambil keputusan mengembara ke India bagi mendalami ilmu agama Zen Buddhism bersama rakannya, Daniel Kottke.

Pada waktu itu, usia Jobs baru saja mencecah 19 tahun. Dalam memastikan proses kerohanian itu berjalan dengan sempurna, Jobs sanggup mengikuti amalan ritual keagamaan tersebut seperti mempraktikkan diet ketat dengan berpuasa dan menikmati makan buah saja.

"Secara tidak langsung, minat mendalam terhadap agama ini telah mendorong saya untuk menjadi sami di biara Jepun berbanding melibatkan diri dalam dunia komputer.

"Tetapi, guru saya, Kobun Chino telah menyedarkan saya bahawa anutan ini masih boleh diteruskan walaupun pada masa yang sama saya mengusahakan bisnes komputer," jelas Jobs yang kembali ke Silicon Valley pada tahun 1974 dengan membawa agama Buddha.

Penglibatan dunia komputer


JOBS (kiri) dan Wozniak (kanan) sewaktu memperkenalkan salah satu produk ciptaan mereka pada tahun 1984.


Menyusuri penglibatan Jobs dalam dunia komputer dan gajet, segala-galanya berpunca selepas perkenalannya bersama Stephen Wozniak atau Woz yang pintar dalam hal berkaitan komputer dan elektronik.

Persahabatan yang terjalin itu telah membawa Jobs menyertai Kelab Homebrew Computer pada tahun 1975 bersama Woz. Sepanjang melibatkan diri dalam kelab berkenaan, Jobs mendapati industri komputer mempunyai potensi terbaik untuk jangka masa panjang. Hasil perbincangan yang dilakukan maka mereka berdua sepakat melancarkan syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.

"Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas," jelas Jobs yang memperoleh modal perniagaan sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada menjual microbus iaitu salah satu komponen komputer, manakala Woz menjual kalkulator.

Walaupun berpejabat di dalam sebuah garaj dan fasa permulaan hanya menjual papan sirkit iaitu papan memegang salah satu komponen dalaman komputer, tetapi bisnes mereka berkembang baik selepas menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$666 (RM2,026).

Kemudian, diikuti pula dengan komputer Apple II dan rangkaian produk yang lain sehingga Apple Inc., mula menjual saham syarikat sekitar Disember tahun 1980. Namun, jodoh Jobs bersama Apple Inc. tidak bertahan lama.


JOBS (kanan) bersama Stephen Wozniak membuka syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.


Gara-gara tidak berpuas hati dengan lembaga pengarah, akhirnya dia mengambil keputusan meninggalkan Apple Inc., lantas membuka syarikat sendiri, NeXT pada tahun 1986.

"Firma NeXT lebih fokus pada pembangunan perisian untuk komputer. Kami turut memainkan peranan utama pada pembentukan e-mel dan jaringan sejagat (WWW)," ulas Jobs yang kemudian dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc., selepas syarikat tersebut membeli NeXT yang hanya beroperasi selama sedekad.

Sebahagian besar pakar IT dan penganalisis ekonomi di serata negara menyifatkan jenama Apple Inc., terus kukuh sehingga kini meskipun hampir bankrap pada tahun 1990, disebabkan kebijaksanaan dan etika kerja yang dipamerkan Jobs.

Perkara itu diakui oleh pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista Sdn. Bhd., Azli Paat, yang menyatakan bapa kepada empat cahaya mata itu seorang yang berdisiplin, kreatif dan berwawasan tinggi.

Jelas Azli, Jobs bijak mencipta telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad, yang ideal dengan perkembangan teknologi serta trend semasa.

Fenomena iPhone


JOBS merupakan tonggak utama kejayaan Apple Inc. dengan menghasilkan telefon pintar dan gajet berteknologi canggih.


Buktinya, kemunculan telefon pintar iPhone pada empat tahun lalu telah mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, permintaan dan pembelian terhadap telefon itu amat menggalakkan sehingga mengatasi jualan produk telefon lain.

"Walaupun bukan mudah untuk mencipta telefon pintar ini tetapi, Apple sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Prinsip utama sebelum mencipta produk saya elak bertanyakan kehendak pengguna sebaliknya, lebih cenderung menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk masa depan," terang Jobs dalam satu temu bual.

Populariti penjualan iPhone dan iPad sekali gus menyenaraikan Apple Inc., sebagai syarikat kedua di dunia yang mencecah nilai melebihi AS$300 bilion (RM912 bilion).

Malah, penganalisis Goldman Sachs, David Bailey, memberitahu setiap tahun penjualan iPhone khususnya memperlihatkan peningkatan yang drastik.

Biarpun telah meletakkan jawatan CEO Apple, pada bulan Ogos lalu tetapi, Jobs masih kekal sebagai pengerusi di syarikat berkenaan.

Ini disebabkan khidmat nasihat dan idea kreatif Jobs tetap diperlukan bagi memastikan keluaran produk terbaharu Apple, berkualiti dan terbaik.

Namun, kelmarin bukan sahaja Apple malah, seluruh dunia merasai kehilangan seorang genius yang juga dianggap ikon teknologi era baru.

Cabaran urus sisa pepejal

Posted:

Cabaran urus sisa pepejal

Cabaran urus sisa pepejal

Oleh SAKINI MOHD. SAID


PENJANAAN sisa pepejal di negara ini semakin meningkat dan banyak pihak kini sedang memikirkan cara terbaik untuk mengendalikannya.


KADAR penjanaan sisa pepejal negara ketika ini sudah mencecah 27,000 tan sehari. Isunya adalah: adakah kemungkinan besar sasaran yang dibuat sebelum ini iaitu 30,000 tan sisa pepejal sehari menjelang tahun 2020, bakal menginjak kepada angka baharu berdasarkan kepada laporan terkini itu?

Kedua, adakah tapak pelupusan sisa pepejal negara mencukupi untuk menampung penambahan itu? Dari satu sudut, mungkin segelintir daripada kita melihat isu ini tidak mempunyai nilai kepentingan dalam ekonomi negara.

Bagi mereka, hanya aktiviti berelemenkan pertumbuhan ekonomi dan kepesatan teknologi yang perlu diambil perhatian dalam mencapai status negara maju.

Hakikatnya, setiap aktiviti industri mahupun kegunaan domestik yang dilakukan oleh setiap daripada kita sebenarnya penyumbang kepada penambahan penjanaan sisa pepejal negara.

Apatah lagi dengan penambahan populasi penduduk negara ini, yang mencecah kepada 28.3 juta orang berdasarkan laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, sekali gus meningkatkan lagi kadar penjanaan sisa pepejal.

Namun, masih ramai mempunyai persepsi bahawa urusan sisa pepejal tiada kaitan dengan mereka, walhal kita juga sebenarnya turut memainkan peranan penting bagi membantu mengurangkannya menerusi kaedah mengitar semula. Mengapa senario ini berlaku?

Kitar semula


SEJAUH manakah rakyat di negara ini mengamalkan konsep kitar semula bermula di kediaman masing-masing?


Sudah hampir 12 tahun lamanya program kitar semula kebangsaan dilancarkan dengan penglibatan pelbagai pihak seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat konsesi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun, amat menyedihkan apabila dilaporkan kadar kitar semula di negara ini hanyalah pada kadar lima peratus. Jika dibandingkan dengan negara maju, kita memang jauh ketinggalan. Jerman sahaja sudah mencecah sebanyak 74 peratus penglibatan program kitar semula, Belgium (71), Austria (67) dan Belanda (66). Di manakah silapnya?

"Mungkin faktor terpaksa mencari tempat mengitar semula dan menghantar sendiri sisa pepejal yang diasingkan itu, menyebabkan program kitar semula tidak begitu menambat hati masyarakat.

"Ditambah pula dengan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan kitar semula lantas menyebabkan mereka lebih gemar untuk mencampuradukkan pelbagai jenis komposisi sampah dalam satu tong," kata Nadzri.

Atas faktor itu, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang dilaksanakan bermula 1 September lalu dilihat berpotensi besar mendidik orang ramai mengamalkan sikap kitar semula.

Akta itu mewajibkan orang ramai mengasingkan bahan sisa pepejal dan bahan kitar semula dan mereka yang tidak berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang.

Biarpun akta itu diwartakan pada tahun 2007 dan hanya dapat dilaksanakan bermula 1 September lalu, itu bukanlah perkara pokok yang perlu diambil perhatian.

Lebih utama, ia perlu dilihat sebagai pembuka lembaran baharu dalam pengurusan sisa pepejal negara. Ia sekali gus dijangka dapat meningkatkan kesedaran orang ramai serta mengurangkan jumlah kutipan sampah ke tapak pelupusan.

Penguatkuasaan


DALAM pelaksanaan sistem akan datang, penggunaan lori kutipan sisa pepejal akan diperkenalkan selain menyediakan lori berlainan untuk memungut sampah yang boleh dikitar semula.


Menerusi pelaksanaan akta ini, barulah kerajaan dapat menguatkuasakan pelaksanaan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada PBT dengan sepenuhnya.

"Ia secara berfasa. Bagi fasa pertama, pihak konsesi akan mula mengagihkan tong sampah berukuran 120 liter kepada seluruh kawasan perumahan secara percuma di semua ibu negeri kecuali di negeri-negeri yang memilih untuk tidak melaksanakan penswastaan penuh (Selangor, Perak, Pulau Pinang) sehinggalah 1 September tahun depan.

"Selepas setahun kemudian, proses agihan tong sampah itu akan diberikan pula di seluruh majlis perbandaran dan majlis daerah. Tong sampah ini akan digunakan untuk membuang hanya barang-barang yang tidak boleh dikitar semula seperti lampin pakai buang dan sisa makanan.

"Bagi barang-barang seperti kaca, botol, kertas, pengguna haruslah mengasingkannya dan tidak mencampurkan sekali dalam tong sampah tersebut," katanya.

Selaras dengan itu, jadual kutipan sampah juga akan diubah kepada sistem 2+1 iaitu dua hari untuk mengutip sampah organik manakala satu hari diguna untuk mengutip sampah yang boleh dikitar semula.

Mengenai perbezaan lain hasil daripada penswastaan ini, Nadzri menambah: "Ada beza. Sekarang (sampah) dikutip tidak ikut peraturan, tidak ikut jadual, lori meleleh air larut resap (leachate).

"Tetapi, melalui sistem baharu nanti, anda akan dapat melihat perbezaan iaitu tiada air leachate meleleh keluar kerana menggunakan lori baharu dan kutipan sampah diasingkan antara yang boleh dikitar dan yang sebaliknya".

Menariknya, sistem penggunaan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) akan dilaksanakan kepada tiga syarikat konsesi yang dipertanggungjawabkan, Alam Flora Sdn. Bhd. di zon tengah, Southern Waste Management Sdn. Bhd. di zon selatan dan Environment Idaman Sdn. Bhd. di zon utara Semenanjung.

Bakal dipantau oleh pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) secara berterusan, ia bertujuan memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awal diuruskan dengan teratur dan sistematik.

Memandangkan kadar pencapaian kitar semula negara ini agak rendah, penguatkuasaan akta itu akan memperuntukkan tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada rakyat membiasakan diri dengan program itu sebelum tindakan diambil.

Sudah tiba masanya, bagi semua masyarakat sedar akan kepentingan penglibatan mereka dalam pengurusan sisa pepejal negara. Tanpa kesedaran ini, sudah tentu agak sukar bagi Malaysia mencapai status negara maju.

– Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tumpu golongan bergaji rendah

Posted:

Tumpu golongan bergaji rendah

Tumpu golongan bergaji rendah

Oleh NOR IDAYU BOSRO dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
berita@kosmo.com.my

BAJET 2012 diharap dapat memberi lebih insentif kepada golongan berpendapatan rendah mengimbangi pendapatan mereka dengan kenaikan harga barang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kelangsungan hidup golongan berpendapatan rendah dan pengurangan kadar cukai diharap menjadi agenda utama Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Beberapa pakar ekonomi berpendapat pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menumpukan kedua-dua aspek berkenaan.

Pakar ekonomi, Datuk Salleh Majid berkata, kerajaan perlu mengurangkan kadar cukai yang disifatkannya masih tinggi bagi membolehkan Malaysia kekal kompetitif dalam kalangan negara-negara membangun.

"Walaupun kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus dalam bajet tahun lepas, ia sebenarnya masih tinggi untuk berdaya saing dengan negara-negara lain di rantau ini.

"Singapura, misalnya, hanya mengenakan kadar cukai pendapatan sebanyak 17 peratus namun tetap mampu bersaing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu-isu yang ditekankan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Najib hari ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, pengurangan kadar cukai juga dapat menggalakkan kemasukan pelabur asing yang secara tidak langsung berupaya memacu pertumbuhan ekonomi yang positif.

Salleh juga menyatakan harapannya agar pengurangan kadar cukai dapat dilaksanakan supaya dapat meringankan beban rakyat dari segi kos sara hidup terutamanya dalam kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof. Dr. Jariah Masud pula berharap kerajaan perlu mengawal harga barang keperluan asas bagi mengelakkan pengguna daripada terus ditindas sesetengah peniaga.

Menurutnya, sudah terlalu banyak kes yang melibatkan penipuan oleh peniaga dan keadaan itu akan menjejaskan ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jika perkara itu tidak segera dibendung, katanya, keluarga berkenaan dikhuatiri akan gagal mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi untuk jangka masa panjang.

"Kini sudah terdapat banyak kes seperti anak-anak terpaksa berhenti daripada persekolahan semata-mata untuk membantu ibu bapa mencari wang.

"Bagi saya, antara cara terbaik untuk menangani masalah tersebut ialah dengan mengawal harga barang," katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pula berpendapat Bajet 2012 dapat memberi lebih pengisian kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

"Saya percaya bajet itu dapat memberi lebih insentif kepada golongan berkenaan agar dapat mengimbangi pendapatan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

"Pelaksanaan itu diharap dapat memberi kesamaan dari segi taraf hidup bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

97 pelarian Myanmar kebuluran di laut

Posted:

97 pelarian Myanmar kebuluran di laut

97 pelarian Myanmar kebuluran di laut

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


MOHD. HATTA (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelarian warga Myanmar di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


BALIK PULAU - Tindakan nekad 97 pelarian warga Myanmar untuk masuk ke negara ini secara haram selepas sembilan hari belayar dari Bangladesh tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis di pesisiran pantai Pulau Betong di sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 30 tahun diberkas dalam satu operasi bersepadu polis kira-kira pukul 8 pagi dan ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta kelaparan setelah lima hari terputus bekalan makanan.

Difahamkan, mereka terpaksa mengerah kudrat yang ada untuk berenang sejauh 300 meter menyeberangi Pulau Kendi ke Pulau Betong selepas ditinggalkan tekong bot kira-kira 500 meter dari pantai.

Sebahagian daripada mereka menggunakan jaket keselamatan untuk berenang ke pesisiran pantai manakala selebihnya hanya menggunakan tong beras, tong fiber dan plastik sebagai pelampung.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zain berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan maklumat orang awam yang curiga melihat sebuah bot berhampiran Pulau Betong pada pukul 3 pagi semalam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan polis ke lokasi terbabit menemui sekumpulan lelaki basah kuyup dan menggigil kesejukan selain berada dalam keadaan lapar manakala selebihnya melarikan diri ke kawasan bukit berhampiran.

"Siasatan mendapati mereka adalah kumpulan pelarian Myanmar yang datang dari sebuah kem pelarian di Bangladesh sebelum belayar ke negara ini semata-mata mahu mencari pekerjaan.


SEBAHAGIAN daripada 97 orang pelarian warga Myanmar yang
kebuluran diberi makan selepas ditahan di Balik Pulau semalam.


"Mereka menaiki sebuah bot kayu dan membayar tekong dengan upah 10,000 paka (RM420) seorang dan diarah terjun ke laut kira-kira 500 meter dari pantai oleh tekong berkenaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Susulan daripada itu, Hatta memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Maritim Malaysia (APMM) giat mengesan bot terbabit selain berjaya menahan 14 lagi warga Myanmar, tidak jauh dari pantai Pulau Betong.

Turut ditahan ialah dua lelaki Myanmar berusia 40-an yang bekerja di negeri ini yang mengaku mahu mengambil saudara mereka yang tiba dengan bot di pesisiran pantai terbabit.

Kedua-dua lelaki yang datang dari Nibong Tebal dan Sabak Bernam, Selangor itu kemudiannya turut dibawa bersama kesemua pelarian terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk membantu siasatan.

Sementara itu, menurut seorang pelarian, Anowar Hussain, 23, mereka hanya minum air kosong bagi mengalas perut sejak lima hari lalu ketika belayar dari perairan Bangladesh ke sini.

Katanya, dia menghabiskan semua wang simpanan kira-kira RM500 untuk membayar tekong kerana teruja untuk mencari pekerjaan yang lebih baik di Malaysia setelah mendengar cerita rakan-rakan yang berhijrah ke sini.

Kekalkan sistem sekarang untuk Malaysia terus maju

Posted:

Kekalkan sistem sekarang untuk Malaysia terus maju

Kekalkan sistem sekarang untuk Malaysia terus maju

SIBU - Sistem perkongsian kuasa dan kekayaan yang diamalkan sekarang harus dikekalkan bagi membolehkan negara mencapai matlamat Wawasan 2020 menjadi negara maju, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar).

Katanya, sistem itu terutamanya perkongsian kuasa yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terbukti penyelesaian terbaik untuk negara pelbagai bangsa seperti Malaysia.

"Kita ada konsep pelbagai parti politik yang mewakili kaum berbeza bekerjasama di bawah satu gabungan. Konsep ini jelas berjaya sama ada ketika di bawah Perikatan dan kemudian gabungan dan kini Barisan Nasional.

"Mereka telah memenangi setiap pilihan raya dan membentuk kerajaan sama ada pada peringkat Persekutuan ataupun negeri," katanya di hadapan kira-kira 1,000 penduduk Sibu di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun merupakan negara berbilang bangsa dengan pelbagai agama, Malaysia kini menjadi negara yang bersatu padu, stabil dan maju kerana sistem itu.

"Sudah tentu akan ada sedikit rasa tidak gembira kerana tidak ada seorang pun dari mana-mana bangsa atau kumpulan boleh mendapat semua yang difikir hak mereka.

"Ini adalah ciri-ciri masyarakat yang adil kepada semua. Kita melakukan perkara yang betul apabila hampir setiap orang berasa tidak gembira sedikit," katanya.

Beliau berkata, masyarakat harus terus menyedari yang mereka harus berkorban sedikit bagi mendapat sesuatu yang lebih bernilai.

"Masyarakat seharusnya tidak membuat tuntutan yang tidak dapat dipenuhi atau bertindak secara berkonfrontasi kerana ia hanya menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang akan memusnahkan kemajuan negara," katanya.

Mengenai perkongsian kekayaan, beliau berkata, menjadi dasar semua negeri berkongsi nikmat kemakmuran negara.

"Kekayaan juga datang daripada perniagaan besar yang berpusat di tempat seperti Kuala Lumpur di mana ada ramai orang kaya. Sistem kita membolehkan lagi kaya anda, lagi banyak anda dikenakan cukai," katanya. -Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Uji kekuatan di bumi Australia

Posted:

Uji kekuatan di bumi Australia

Uji kekuatan di bumi Australia

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SAFEE (kiri) dan Norshahrul (dua dari kiri) bakal bergandingan di jentera serangan untuk menggempur kubu Australia.


IA ibarat langit dan bumi. Begitu perbezaan antara pasukan bola sepak kebangsaan dan Australia.

Memang terlalu jauh jika mahu dibandingkan tentang keupayaan mahupun reputasi kedua-dua pasukan berkenaan.

Memori indah menang 1-0 ke atas Socceroos pada final Piala Ke- merdekaan Indonesia 1992 juga tidak lebih sekadar sejarah, tambahan pula jurang kedua-dua pasukan ketika itu tidak begitu ketara apabila hanya dipisahkan 23 anak tangga dalam ranking dunia ketika itu (Malaysia di kedudukan ke-75, manakala Australia ke- 52).

Kini selepas hampir 20 tahun, pasukan kebangsaan yang masih terkial-kial di pentas antarabangsa semakin jauh terperosok di tangga ke-147, jauh ketinggalan daripada negara kanggaru itu yang kini merupakan antara 20 pasukan terbaik dunia.

Tewas dalam lima pertemuan terakhir sebelum ini juga menjadi petanda yang cukup jelas buat anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu supaya mempamerkan sesuatu yang istimewa menjelang pertemuan persahabatan kedua-dua pasukan di Canberra hari ini (kira-kira pukul 5 petang waktu Malaysia).

Jangan sampai 'menconteng arang di muka' Rajagobal, itulah tekad yang perlu disematkan di dalam hati kesemua pemain Harimau Malaya bagi mengelakkan kekalahan yang lebih memilukan seandainya gagal mencatatkan kemenangan ataupun sekurang-kurangnya seri dalam pertemuan itu.

Bagi peminat fanatik bola sepak tempatan pula, ada baiknya bersikap lebih realistik daripada meminta yang 'bukan-bukan' daripada skuad kebangsaan.

Kekecewaan ditunjukkan jalan keluar pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 pada Jun lalu seme- mangnya pedih, namun tidak adil rasanya mahu menuntut sesuatu yang lebih besar daripada pasu- kan negara sebaik memiliki status selaku juara Piala AFF Suzuki 2010 serta meraih pingat emas temasya Sukan SEA dua tahun lalu.

Bukan apa, marah sampai terbalik kerusi meja di kedai kopi pun tidak guna seandainya skuad negara dimalukan Socceroos hari ini, kerana penyokong harus sedar pasukan sekarang bukannya pasukan yang sama ketika zaman kegemilangan bola sepak negara suatu masa dahulu.

Ini tidak, balik-balik kata-kata sumbang seperti 'kenapa pasukan bola sepak kita sekarang lembik tidak macam dulu?' juga sering dilontarkan jika Malaysia tewas.

Padahal penyokong sedar betapa perjuangan pasukan negara untuk kembali bangkit bukannya suatu perjalanan yang pendek dan mudah.

Ada baiknya memberi peluang kepada Harimau Malaya untuk mengukuhkan kedudukan di persada Asia Tenggara terlebih dahulu, termasuk mempertahankan kedua-dua gelaran setakat ini sebelum mahu bermimpikan sesuatu yang lebih indah.


KHAIRUL FAHMI (kiri) sudah pasti diberi kepercayaan menjaga gawang skuad negara.


Hari ini, gawang kebangsaan seperti biasa dijangka dikawal hebat oleh Khairul Fahmi Che Mat yang pastinya menjadi indi- vidu paling sibuk bagi menghalang se rangan bertali-arus Australia seperti mana yang pernah dilakukan jentera serangan Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu baru-baru ini.

Benteng pertahanan negara juga dijangka dikemudi oleh 'kuda tua', Norhafiz Zamani Misbah yang dijangka mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukan seperti Mahali Jasuli, Mohd. Fa- dhli Shas dan Asraruddin Putra Omar.

Kreativiti perancang Terengganu, Joseph Kalang Tie juga begitu ditagih bagi merencana serangan dari tengah padang setelah ketiadaan arkitek berbakat, Safiq Rahim yang 'tercicir' kali ini.

Kalang Tie dijangka digandingkan bersama Mohd. Amar Rohi- dan, K. Gurusamy dan S Kunan- lan di bahagian tengah, selain beberapa muka baharu seperti dua tonggak Kuala Lumpur, Shahrom Abdul Kalam dan Yong Kuong Yong di bangku simpanan juga dilihat memberikan lebih banyak pilihan buat Rajagobal.

Jentera pemusnah Harimau Malaya hampir pasti digalas oleh dua penyerang sensasi, Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang cukup cemerlang pada saingan Piala AFF tahun lalu selepas sekian lama tidak di- gandingkan di pentas antarabangsa gara-gara kecederaan.

Sementara itu, nama-nama lain seperti Baddrol Bakhtiar dan Khyril Mu hymeen Zambri juga berupaya muncul selaku supersub sekiranya gandingan kedua-dua penyerang itu gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

"Cuaca pada waktu malam di Australia agak sejuk iaitu 11 darjah Celsius, namun ia tidak menjadi masalah buat pemain yang dilihat begitu bersemangat dan berkeyakinan begitu tinggi," kata Rajagobal kelmarin.

Meskipun skuad kendalian Holger Osiek itu dilihat seolah-olah memperlekehkan kemampuan skuad negara apabila mengetepikan nama-nama besar seperti Brett Emerton dan Harry Kewell, pemain-pemain negara sewajarnya menjadikan itu sebagai caba- ran untuk memalukan naib juara Piala Asia tersebut di gelanggang sendiri atau sekurang-kurangnya tidak dimalukan dengan aib yang lebih besar.

(Emerton dan Kewell hanya dijangka tiba menjalani latihan di Canberra pagi ini seperti mana dilaporkan media tempatan, The Canberra Times kelmarin).

Justeru, tepuk dada tanyalah selera, selamat berjuang Harimau Malaya!

Penyokong Perak mahu serbu Stadium Shah Alam

Posted:

Penyokong Perak mahu serbu Stadium Shah Alam

Penyokong Perak mahu serbu Stadium Shah Alam

LEBIH 5,000 penyokong Kejor Yeop Kejor dijangka menyerbu Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan padu kepada pasu- kan Perak pada pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia di Shah Alam, 10 Oktober ini, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu akan memulakan cabaran suku akhir pertama dengan menentang Selangor di Shah Alam.

Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman memberitahu, jumlah tersebut merupakan gabungan penyokong dari seluruh negeri, termasuk mereka yang berada di sekitar Lembah Kelang.

"Saya percaya jumlah tersebut akan bertambah mencecah 10,000 orang jika perlawanan suku akhir ini diadakan pada hujung minggu," jelas Abdul Jamil.

"Sebahagian besar penyokong Perak yang berada di Ipoh mungkin tidak dapat ke Shah Alam kerana perlawanan tersebut dilangsungkan pada hari Isnin."

Walaupun jumlahnya agak kecil berbanding penyokong skuad Gergasi Merah itu, Abdul Jamil percaya para penyokong Perak tetap mampu memberi sokongan mantap dalam usaha menyemarakkan semangat para pemain.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru para penyokong Perak supaya menghubungi KPBP dengan segera bagi menyusun jadual pengangkutan ke Shah Alam kelak.

Katanya, ahli KPBP akan dikenakan bayaran sebanyak RM20, manakala bukan ahli seba- nyak RM25 untuk bayaran pengangkutan.

Difahamkan, para penyokong Perak perlu membeli tiket perla- wanan masing-masing kerana kelab itu tidak dibekalkan dengan tiket bagi perlawanan berkenaan.

Abdul Jamil meminta para penyokong yang ingin ke Shah Alam supaya berkumpul di kedai KPBP di Medan Selera Stadium Perak, Ipoh sebelum pukul tiga petang pada 10 Oktober ini.

Beliau meminta para penyokong supaya menghubungi ketua rombongan, Roslan di talian 019- 5131628 untuk membuat tempahan tempat duduk.

Sementara itu, sebuah kelab penyokong Perak yang lain iaitu Kelab Seladang FC turut menyusun jadual perjalanan untuk membawa para penyokongnya ke Shah Alam.

Presiden Kelab Seladang FC, Zulkifli Che Ani memberitahu, bayaran tambang bagi ahli kelab seumur hidup sebanyak RM15, ahli biasa RM25 dan bukan ahli kelab RM35.

Beliau meminta mereka yang berminat untuk ke Shah Alam supaya berkumpul di Stadium Perak pada pukul 1.30 petang 10 Ok- tober ini.

Katanya, orang ramai yang berminat menyaksikan perlawanan itu dapat menghubungi Razlan di talian 019-5754230 untuk tempahan awal.

Venue Sukan SEA dijangka banjir

Posted:

Venue Sukan SEA dijangka banjir

Venue Sukan SEA dijangka banjir


KERJA-KERJA menyiapkan Kompleks Sukan Jaka Baring, Palembang kini sedang giat dijalankan ekoran Sukan SEA 2011 semakin hampir membuka tirainya.


JAKARTA - Forum alam sekitar Indonesia Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (Wal- hi) cawangan Palembang memberi amaran bahawa musim hujan yang melanda rantau ini penghujung Oktober akan menyebabkan banjir di beberapa venue Sukan SEA 2011.

Pegawainya, Hadi Jatmiko berkata, ibu kota Sumatera Selatan itu mempunyai seja- rah kejadian banjir ketika musim tengkujuh, dan tahun lepas sahaja Palembang dilanda banjir sebanyak 48 kali.

"Paling buruk ialah pusat utama temasya iaitu Bandar Raya Sukan Jakabaring yang dibangunkan atas bekas kawasan paya," kata Hadi kepada Jakarta Globe dalam lapo- ran eksklusifnya semalam.

"Sumatera Selatan kini menghampiri penghujung musim kemarau dan menurut BMKG (Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika) musim hujan akan bermula pada akhir Oktober. Banjir dijangka melanda ve- nue Sukan SEA," katanya.

Hadi berkata, Walhi telah menentang keras pembinaan stadium untuk acara sukan antarabangsa itu kerana percaya pembinaan tersebut akan memburukkan lagi keadaan banjir di bandar raya berkenaan.

Beliau turut menasihatkan pihak berkuasa tempatan agar bersedia untuk keja- dian banjir besar.

Sementara itu Imam Hendargo dari Kementerian Alam Sekitar berkata, Bandar Raya Sukan Jakabaring tidak akan dibina tanpa meneliti hasil kajian impak alam sekitar.

Sementara itu, pengarah bagi pusat perubahan cuaca dan kualiti udara BMKG, Advin Aldrian mengesahkan musim hujan akan bermula akhir bulan Oktober atau No- vember di Palembang.

"Saya tidak tahu apa bentuk persediaan yang telah mereka lakukan.

"Banjir boleh diatasi menerusi sungai buatan manusia, tetapi saya tidak tahu apa rancangan mereka dalam menghadapi musim hujan," katanya.

"Ketika masa hanya tinggal sebulan lebih sebelum temasya bermula, penganjur berusaha menyiapkan kemudahan mengikut jadual, sementara beberapa venue di Palem- bang seperti stadium acara trek dan padang, pusat akuatik serta padang besbol masih jauh untuk siap, menurut laporan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hadiah buat bayi Hari Malaysia

Posted:

Hadiah buat bayi Hari Malaysia

Hadiah buat bayi Hari Malaysia

Selain bekalan lampin bayi Pet Pet, salah satu hadiah paling penting buat bayi yang baru lahir dan ibu mereka adalah perlindungan insurans percuma selama setahun.


PARA ibu yang baru melahirkan bayi Hari Malaysia berasa bangga dan gembira ketika bergambar kenangan bersama para petugas HKL.


MENYAMBUT kelahiran cahaya mata pasti menjadi kenangan terindah buat pasangan suami isteri tetapi kelahiran si manja pada hari meraikan ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu, iaitu Hari Malaysia, pasti lebih bermakna.

Bagi meraikan tarikh istimewa 16 September lalu, jenama lampin bayi pakai buang yang paling pesat berkembang di negara ini iaitu Pet Pet berbesar hati menyampaikan hadiah sagu hati kepada para ibu baharu. Ia disampaikan sebagai tanda tahniah atas kelahiran bayi Hari Malaysia di 43 buah hospital awam terpilih di seluruh negara.

"Sebagai produk yang melengkapkan kehidupan ibu dan bayi dari detik pertama si manja dilahirkan, kami ingin mengucapkan tahniah sempena meraikan sambutan berganda ini bersama Bayi Hari Malaysia dan keluarga mereka di seluruh negara.

"Bayi Hari Malaysia yang dilahirkan sejak tengah malam di hospital awam terpilih akan menerima sagu hati daripada Pet Pet untuk memulakan perjalanan hidup mereka sebagai rakyat Malaysia yang bertuah," kata Pengarah Komersial Disposable Soft Goods (DSG), pengilang Pet Pet, Foo Yoke Mun ketika berucap di majlis penyerahan sagu hati di Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selain bekalan lampin bayi Pet Pet, salah satu hadiah paling penting buat bayi yang baru lahir dan ibu mereka adalah perlindungan insurans percuma selama setahun.

"Kami telah memulakan program Pet Pet Mula Selesa Mudah Sentiasa yang dirangka bagi membantu ibu yang baru melahirkan anak agar mereka lebih bersedia menempuh peringkat awal kehidupan sebagai seorang ibu," ujar Yoke Mun mengenai tawaran perlindungan insurans percuma.

Bagi setiap permohonan yang berjaya, ibu dan anak akan menerima perlindungan insurans secara percuma bernilai RM12,000 selama setahun.

Untuk mendaftar, ibu-ibu hanya perlu mengikut langkah mudah yang terdapat di dalam pek Pet Pet Mula Selesa Mudah Sentiasa.

Hari Malaysia yang disambut secara rasmi buat tahun kedua menandakan pembentukan negara Malaysia moden pada 1963. Sejak itu, Malaysia telah berkembang maju dan makmur dalam suasana aman damai, kestabilan politik dan keharmonian kaum yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Obstetrik & Ginekologi HKL, Dr. T. P. Baskaran, tiga bayi Hari Malaysia pertama yang dilahirkan merupakan bayi lelaki.

Anak Hari Malaysia yang pertama merupakan bayi lelaki dengan berat 2.94 kilogram (kg) dilahirkan pada pukul 12.15 pagi di HKL.

"Tarikh bersalin saya sepatutnya lebih awal, tetapi saya rasa anak lelaki ini hanya ingin dilahirkan pada Hari Malaysia supaya seluruh negara dapat menyambut hari lahirnya kelak," kata Noraini Roz.


YOKE MUN (dua dari kiri) menyampaikan pek Pet Pet kepada seorang ibu, Tan Siow Teng (dua dari kanan) atas kelahiran bayi ketiga Hari Malaysia di HKL sambil disaksikan Baskaran (tengah).


Dalam pada itu, bayi lelaki Hari Malaysia yang kedua seberat 3kg dilahirkan pada pukul 12.20 pagi.

M. Natieya sebenarnya tidak terfikir akan kepentingan melahirkan anak pada Hari Malaysia, meskipun tarikh bersalinnya ialah 16 September.

"Berkat sambutan ceria beramai-ramai pada hari penuh bermakna ini, saya harap anak lelaki saya membesar sebagai seorang yang unik," ujarnya.

Kelahiran bayi lelaki Hari Malaysia ketiga seberat 3.9kg menyempurnakan keluarga Tan Siow Teng.

"Kami sudah ada dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kami sememangnya mengharapkan anak perempuan, tetapi saya rasa melahirkan anak Hari Malaysia adalah lebih bermakna," kata Siow Teng.

Dalam pada itu, Dr. T. P. Baskaran melaporkan setakat pukul 5 petang, 25 bayi (15 perempuan dan 10 lelaki) Hari Malaysia telah dilahirkan dan dijangka akan ada lebih banyak bayi baharu yang dilahirkan sempena Hari Malaysia.

Pek Pet Pet Mula Selesa Mudah Sentiasa juga boleh didapati dalam New Mum Bag secara percuma yang diberikan kepada semua ibu selepas bersalin di kebanyakan hospital.

Bagi ibu-ibu yang tidak menerima New Mum Bag di hospital masing-masing, mereka boleh memperolehi maklumat lanjut tentang perlindungan insurans Pet Pet dan mendaftar menerusi laman Facebook Pet Pet di www.facebook.com/PetPetMY - Motherhood made Easy with PetPet.

Warga emas berbasikal ke London

Posted:

Warga emas berbasikal ke London

Warga emas berbasikal ke London


ADNAN (kiri) bangga menerima tajaan daripada See Wai yang mewakili jenama Malta.


SEIRING usaha menggalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat, jenama minuman tenaga, Malta, berbangga untuk mengumumkan penajaan pengembaraan berbasikal Adnan Osman dalam kempen Misi ke London - Kayuhan Berliku baru-baru ini.

Penunggang basikal berusia 69 tahun itu telah menetapkan sasaran tambahan bagi dirinya iaitu dengan menyahut cabaran berbasikal ke bandar raya Inggeris itu sambil memenuhi impiannya untuk menyaksikan upacara pembukaan temasya Sukan Olimpik London.

Perjalanan darat Adnan dari Kuala Lumpur ke London yang meliputi jarak lebih 20,000 kilometer dijangka mengambil masa 10 bulan untuk dijayakan.

Adnan bertolak pada 25 September lalu dan dijangka tiba di London tepat pada masanya sebelum pembukaan Sukan Olimpik pada lewat Julai tahun depan.

"Malta amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini yang menyokong hasrat penunggang basikal tempatan kita. Ia sekali gus memberi inspirasi kepada atlet negara yang turut melalui jalan yang berliku untuk bertanding di London.

"Inisiatif Adnan seiring dengan dedikasi Malta untuk membekalkan minuman bertenaga yang menyokong gaya hidup aktif dan meniup semangat kembara dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Tai See Wai, Pengurus Pemasaran, jenama pertumbuhan tinggi, Guinness Anchor Berhad.

Malta ialah minuman kesihatan berasaskan malt kualiti premium tanpa alkohol.

Ia diperkaya dengan khasiat kebaikan semula jadi malt. Malta mengandungi vitamin B1, B3 dan B6 untuk memberikan tenaga yang tahan lama demi mengekalkan kecergasan.


KOTA London yang bakal menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik menjadi destinasi Adnan dalam kembaranya. - Gambar hiasan


Dalam pada itu, Adnan memberitahu, idea kembara maraton berbasikal rentas negara untuk menuju ke London sempena Sukan Olimpik 2012 telah bermain di fikirannya sejak dia tidak dapat mengayuh basikal ke Sukan Olimpik Beijing 2008 kerana sekatan tempatan.

"Penghargaan ikhlas saya ditujukan kepada Malta kerana membawa saya selangkah lebih hampir kepada impian saya selain janji mereka untuk terus memberikan sokongan kepada saya sepanjang perjalanan ini.

"Perjalanan menuju London memang mencabar, tetapi dengan persediaan fizikal dan mental yang rapi serta sokongan padu daripada Malta, saya yakin dapat mencipta satu lagi sejarah membanggakan bagi diri saya sendiri dan keluarga.

"Berkat sokongan mereka, saya berharap dapat mengharungi cabaran yang bakal ditempuhi," katanya.

Walaupun pengalamannya amat menarik, cabaran berbasikal dari Malaysia ke London adalah sesuatu yang amat menguji kudrat. Ia memerlukan daya fizikal yang mantap, semangat kesukanan yang kental dan kesungguhan tidak berbelah bahagi.

Selepas menamatkan 15 maraton, mendaki kesemua 12 gunung setinggi lebih 2,100 meter di Malaysia, mendaki Gunung Tahan sebanyak 15 kali, menawan puncak gunung Kinabalu tiga kali, berbasikal ke Kemboja dan menamatkan lumba lari paling mencabar di Gurun Sahara, Adnan sekali lagi bersedia untuk menguji batasan kekuatan fizikal dan mentalnya dalam cabaran ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Teknologi nano kesan minyak subsidi

Posted:

Teknologi nano kesan minyak subsidi

Teknologi nano kesan minyak subsidi

06/10/2011 3:51pm

KUALA LUMPUR — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggunakan teknologi nano bagi mengenalpasti minyak bersubsidi yang diseludup, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, teknologi itu dapat membezakan minyak bersubsidi melalui warnanya.

"Teknologi nano ini juga digunakan dalam kes-kes penyeludupan minyak subsidi yang dibawa mahkamah," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) mengenai bagaimana kerajaan memantau ketirisan yang berlaku melibatkan minyak bersubsidi.

Rohani berkata, apa yang penting ialah maklumat daripada orang awam selain kementerian turut bekerjasama dengan polis, kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk sama-sama meronda di kawasan sempadan memastikan tidak berlaku ketirisan ke negara jiran. — Bernama

Samun bersenjata: Tiga didakwa

Posted:

Samun bersenjata: Tiga didakwa

Samun bersenjata: Tiga didakwa

06/10/2011 3:49pm

KUALA LUMPUR — Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyamun seorang pekerja hotel menggunakan dua bilah parang dan sepucuk pistol pada Ogos lepas.

Penganggur, G.Kanthan, 20, penghantar makanan restoran segera, Nik Mohammad Hamidi Nik Mohamad Shor, 18, dan pelayan kedai makan, Wan Mohamad Hamdan Wan Ariffin, 18, didakwa melakukan samun bersama-sama menggunakan senjata itu terhadap penyambut tetamu Smart Hotel, Mohd Zulkifli Suria, 23, dengan mengambil telefon bimbit, dompet, kad ATM dan wang tunai RM175 milik hotel itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hotel berkenaan di Dataran Dwi Tasik Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini pada 9.30 malam 29 Ogos.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dan menetapkan 9 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat. — Bernama

Padah guna wang palsu beli kasut

Posted:

Padah guna wang palsu beli kasut

Padah guna wang palsu beli kasut

06/10/2011 3:45pm

SHAH ALAM — Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan sekeping wang palsu RM100 untuk membeli sepasang kasut di Uptown Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, pada Ahad lepas.

H. Malini, 21, dari Sungai Petani, Kedah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd. Fadhir Harun.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 11.30 malam pada 2 Okt. lepas dan dituduh mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin.

Malini, yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan dia perlu membayar sewa bilik sebanyak RM450 dan tidak mengetahui bahawa wang itu adalah palsu.

Hakim Mohd. Fadhir kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 10 Nov untuk sebutan semula kes. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Apple dedah iPhone 4S

Posted:

Apple dedah iPhone 4S

Apple dedah iPhone 4S

NAIB Presiden Kanan Apple, Philip Schiller memberi penerangan mengenai iPhone 3GS (kiri), iPhone 4 (tengah) dan iPhone 4S di ibu pejabat firma itu di Cupertino, California kelmarin.


CUPERTINO, California - Apple kelmarin mendedahkan telefon bimbit yang lebih berkuasa, iPhone 4S yang memberi reaksi terhadap arahan suara.

Telefon itu akan dijual di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain pada 14 Oktober depan.

Tempahan awal boleh dibuat seminggu sebelum penjualan tersebut dibuat.

Di AS, harga iPhone itu akan bermula daripada AS$199 (RM635) untuk model 16 gigabyte dan AS$399 (RM1,273) untuk model 64 gigabyte.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple (CEO), Tim Cook membuat kemunculan semasa majlis pendedahan iPhone 4S itu.

Dia menggantikan Steve Jobs yang meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Namun, iPhone 4S itu dikatakan gagal untuk memikat peminat.

Beberapa penganalisis berkata, keputusan syarikat Apple untuk meneruskan model lama dan mengurangkan harganya akan membantu firma tersebut memperoleh lebih ramai pelanggan. - Agensi

Aktor Hollywood lawat Libya

Posted:

Aktor Hollywood lawat Libya

Aktor Hollywood lawat Libya


SEAN PENN bergambar bersama dengan dua wanita Libya di bandar Benghazi kelmarin.


TRIPOLI - Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn menyatakan dia mengagumi rakyat Libya kerana keberanian mereka menggulingkan Muammar Gaddafi.

Penn menyatakan demikian semasa dia melawat Tripoli semalam.

Namun, dia enggan memberikan komen berhubung rancangannya yang akan dilakukannya di ibu kota Libya ini.

Berdiri di luar sebuah hotel, Penn juga menyuarakan keyakinannya terhadap usaha-usaha di Libya untuk membuat peralihan ke arah demokrasi.

Penn berkata, satu harga yang tinggi sudah dibayar dan dia berpendapat, tiada persoalan untuk penduduk Gaddafi akan dapat bergerak ke arah demokrasi.

Pelakon itu turut melawat Benghazi di Libya kelmarin.

Aktor berusia 51 tahun itu turut melawat Mesir.

Rejim Gaddafi ditumbangkan pada Ogos lalu oleh penduduk Libya yang berjuang menentang tentera bekas pemimpin tersebut.

Libya kini ditadbir buat sementara oleh Majlis Peralihan Kebangsaan.

Ketika ini, jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut mengebom bandar Sirte yang merupakan bandar kelahiran Gaddafi. - Agensi

Kondom untuk mangsa banjir

Posted:

Kondom untuk mangsa banjir

Kondom untuk mangsa banjir

BANGKOK - Thailand semalam mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir bagi mengelak peningkatan kehamilan yang tidak dirancang.

Lima buah helikopter mula memindahkan bekalan perubatan termasuk kondom daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh buah lokasi di Lop Buri.

"Para sukarelawan memberitahu kami bahawa penduduk kampung tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir, justeru bagi mengelak satu pertumbuhan pesat bayi, kami menambahkan kondom," kata seorang pegawai di Institut Perubatan Kecemasan Thailand. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved