Selasa, 6 Mei 2014

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kadar hutang rakyat turun lagi

Posted:

Kadar hutang rakyat turun lagi

Kadar hutang rakyat turun lagi

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR dan FAHMY AZRIL ROSLI
berita@kosmo.com.my

DR. ZETI (kanan) beramah mesra dengan penerima Anugerah Kijang Emas, Justin Lim Kai Ze dari Sekolah Tinggi Kluang, Johor sambil diperhatikan oleh Alicia Grace Loh Ern Hui dari Kolej Universiti KDU (berkerusi roda) dan Nurizati Ali dari Sekolah Tun Fatimah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Januari 2012 telah menunjukkan hasil yang positif dengan kadar pertumbuhan jumlah hutang isi rumah di Malaysia kini menurun kepada sembilan peratus.

Kadar pertumbuhan hutang isi rumah pada tahun lepas ialah 11.7 peratus, 13.5 peratus (tahun 2012 dan 2011) manakala 15.1 peratus pada tahun 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Aziz Sattar meninggal dunia

Posted:

Aziz Sattar meninggal dunia

Aziz Sattar meninggal dunia

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


SANDAKIAH menyiram air mawar ke pusara Allahyarham bapanya, Aziz Sattar di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.


KAJANG – Bintang filem legenda, Datuk Aziz Sattar (gambar kecil), 89, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ di sini semalam selepas dimasukkan ke hospital itu pada malam Ahad lalu kerana mengalami serangan jantung.

Anak bongsunya, Sandakiah, 46, berkata, bapanya meninggal dunia pada pukul 2 pagi iaitu selepas dua hari menerima rawatan di hospital itu.

Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Al-Taqwa di Cheras Perdana dekat sini selepas solat Zuhur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tauke ikan diculik geng bersenjata

Posted:

Tauke ikan diculik geng bersenjata

Tauke ikan diculik geng bersenjata

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

KOTA KINABALU - Seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di Pulau Baik, kira-kira lima kilometer dari Silam, Lahad Datu dekat sini semalam.

Mangsa, Yang Zai Lin (gambar), 34, berasal dari Guangzhao, China diculik pada pukul 2.45 pagi selepas pusat ternakan ikan Wonderful Terrace Sdn. Bhd. itu diceroboh lima lelaki yang datang menaiki sebuah bot kecil.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lima lelaki dengan dua daripadanya lengkap bersenjata M16 dan berpakaian celoreng ala tentera serta bertopeng bertindak memasuki bilik seorang pekerja wanita di pusat ternakan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Buang imej sebagai manusia sempurna

Posted:

Buang imej sebagai manusia sempurna

Buang imej sebagai manusia sempurna

Oleh ALIF ABU BAKAR

SENYUMAN mengiringi butir-butir kata dari mulut lelaki itu. Dekahan kecil sesekali menyulami sela jenakanya. Penuh santun, sederhana dan ramah berbicara, karakter murni itu masih tersemat rapi dalam keperibadian Wilson Tan Siong Ping.

32 tahun usianya. Sepanjang itu juga, dia melayari peralihan hierarki hidup yang mengujakan. Diawali sebagai jurutera kimia di Petronas kemudiannya melompat drastik ke pentas peragaan. Sekarang dia berjinak-jinak pula dalam dunia lakonan.

Muncul sebagai aktor jemputan untuk sebuah telemovie berjudul Peace In Love pada tahun lalu, Wilson menggunakan kesempatan itu semaksimum mungkin. Babak kecil daripada telemovie Taiwan itu berhasil mengunci tawaran buatnya tampil di layar perak.

Filem My Mr. Right bakal memperlihatkan bakat lakonan kepunyaan lelaki dari Gerik, Perak itu. Menggabungkan produksi dan pelakon dari Taiwan, Malaysia dan China, karya yang telah tamat penggambaran itu dijadualkan memasuki pawagam menjelang bulan Julai atau Ogos depan.

Seperti debaran mengepalai model-model di atas pentas peragaan, begitu jua gementar Wilson menantikan komentar para penonton. Dia mengakui, peragaan dan lakonan adalah dua cabang seni yang berlainan.

Kemahiran memancar pelbagai ekspresi wajah dan menzahirkan bahasa badan menerusi cara berjalan dan penggunaan postur yang betul selama bergelar model sukar diadaptasi ke dalam kancah lakonan.

Ideologi yang mengaitkan model sebagai manusia 'sempurna' menjadi cabaran terbesar Wilson. Beberapa kali dia ditegur pengarah agar tidak terlalu menjaga postur badan dan lebih natural ketika berjalan.

"Model tidak perlu berdialog tetapi apabila berlakon saya kena belajar memadankan intonasi suara, ekspresi muka dan pergerakan tubuh membentuk satu karakter berbeza," penuh semangat Wilson memula cerita.

BERASAL dari Gerik, Perak, Wilson mempunyai ketinggian 190sentimeter.


Lempang orang

Memegang salah satu peranan utama, watak Wilson pada luaran menepati fizikal asalnya - tinggi lampai dan kacak. Begitupun, sifat dalaman karakter bawaan Wilson sangat kontra dengan dirinya yang sebenar.

Sebagai lelaki baran dan bengis, watak Wilson dalam filem itu juga menuntutnya memaki dan melempang orang. Itu babak paling sukar untuk dipersembahkan Wilson di hadapan kamera. Ditambah pula keterpaksaan menjadi perokok tegar, sedangkan dia bukan seorang perokok.

Menukar kepekatan bahasa Mandarin orang Cina Malaysia kepada slanga Taiwan juga antara pelajaran unik yang diperoleh Wilson sepanjang penggambaran.

Pengalaman seperti itulah yang menyatu kepuasan Wilson sebagai aktor baharu. Bagi meraih gelaran pelakon, dia rela mendaki dari bawah, mempelajari perkara-perkara asas dan mengambil setiap teguran sebagai nasihat.

"Sesudah melepasi fasa awal ini, saya pun tidak menyangka yang saya mampu melakukannya," teruja mengisi luahan Wilson ketika ditemui Kosmo! di Studio Utusan Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kendatipun hasilnya belum dinilai umum, lelaki setinggi 190 sentimeter itu telah pun dilamar produksi dari China untuk tiga buah filem. Enggan tergesa-gesa mengiyakan persetujuan, dedah Wilson, skrip menjadi pertimbangan utama.

Antara skrip dan watak idamannya adalah untuk filem bergenre seram dan aksi. Sementelah ligat mengasah karier lakonan, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu masih belum bersedia mengambil tawaran filem berbahasa Melayu kerana kurang yakin dengan kefasihannya bertutur penuh dalam bahasa kebangsaan itu.

Berbual panjang bersama penyandang gelaran Model Lelaki Terbaik 2012 pada pertunjukan fesyen tahunan Mercedes-Benz Stylo Fashion Grand Prix itu turut mendedahkan sisi sederhana yang banyak membentuk dirinya.

Mungkin ada yang tidak mengetahui, pada tahun 2011, Wilson pernah mengasingkan diri selama sebulan untuk menjadi sami di Bangkok, Thailand. Niat itu pada awalnya ditentang ibunya yang bimbang Wilson akan memilih kehidupan sebagai sami seumur hidup, sekali gus menutup peluang untuk mendirikan rumah tangga.

PADA tahun 2011, jejaka berusia 32 tahun itu tekad menjadi sami untuk mencari semula identitinya.


Meditasi

Namun keikhlasan untuk mengenal kembali diri yang asal akhirnya direstui ibu Wilson. Selama tempoh singkat itu, rutin hariannya bermula seawal pukul 4.30 pagi. Dia hanya boleh makan sebelum 12 tengah hari dan berpuasa sehingga keesokan hari. Satu jam pula diperuntukkan untuk bermeditasi.

"Waktu itu, saya menerima banyak anugerah dan pengiktirafan. Dalam diam sikap saya berubah menjadi orang yang bangga diri. Menjadi sami adalah cara bagi saya mematahkan nilai-nilai negatif yang mula menjalar dalam diri.

"Hasilnya sangat memuaskan. Saya belajar untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita, elakkan merungut dan menerima setiap ketentuan dengan hati terbuka serta fokus kepada masa depan.

"Ia menyedarkan saya betapa tidak pentingnya paras rupa dan kekayaan kerana ia tidak boleh dibawa bila kita mati. Tujuan kita hidup adalah mencari kebahagiaan dan persediaan kehidupan selepas kematian," indah prinsip pegangan Wilson.

Kerendahan hati Wilson itu jugalah yang membuatkan dia selesa bersederhana dalam setiap perkara. Malah dia tidak ralat meninggalkan dunia glamor yang sedang memuncak namanya demi kehidupan biasa di kampung halaman.

Lima tahun adalah baki jangka masa baginya untuk aktif dalam bidang peragaan. Selepas itu, Wilson mahu pulang ke Gerik dan meneruskan perusahaan hotel dan pasar raya ibu bapanya.

Perniagaan keluarga yang bermula daripada sebuah kedai runcit itu memerlukan penyambung. Dia berasa bertanggungjawab untuk melunaskan hasrat ibu bapanya dan Wilson tidak keberatan.

Kakaknya yang bertugas sebagai guru kini sibuk menguruskan keluarga sendiri manakala adiknya selesa dengan kerjaya sebagai seorang doktor pakar.

Estetika feminin JLuxe

Posted:

Estetika feminin JLuxe

Estetika feminin JLuxe

BAJU kurung Javelle Luxe ini membawa sentimen feminin yang tinggi.


PEREKA fesyen tempatan, Jovian Mandagie baru-baru ini melancarkan koleksi JLuxe untuk butik dalam talian, Zalora Malaysia (Zalora). JLuxe merupakan rekaan baharu kepada koleksi sedia pakai pereka itu yang menampilkan nilai elegan dan eksklusif.

Setiap helaian JLuxe diintegrasi menawan bersama kombinasi warna kontra dan terang. Cetakan harimau bintang juga kelihatan pada beberapa rekaan sebagai cerminan gaya remaja dan segar buat si pemakai.

Tahun ini, Jovian menghasilkan 13 rekaan menerusi JLuxe. Antaranya, baju kurung moden, kurung peplum dan dres labuh.

Urban sederhana

Menepati cita rasa gaya wanita moden, JLuxe menghimpunkan elemen yang mewakili tenaga, elegan dan stail sopan tetapi masih memiliki kemewahan fesyen. Ia mendukung estetika feminin, sesuai untuk kelompok wanita yang dahagakan penampilan urban sederhana.

Penggunaan material seperti poli krep, Jacquard dan renda bersama perincian sulaman renda, manik kaca dan perhiasan halus menambah keanggunan dan seri kepada koleksi tersebut.

"Kami berbesar hati dapat menawarkan koleksi terkini daripada Jovian. Zalora sentiasa berusaha menyediakan fesyen high street secara langsung ke pintu rumah setiap rakyat Malaysia.

"Setakat ini, Jovian telah menjadi rakan kerjasama yang memberangsangkan bagi mencapai objektif ini," ujar Pengarah Urusan Zalora, Giulio Xiloyannis.

Fesyen high street boleh didefinisikan sebagai gaya yang tercipta hasil adunan jenama fesyen mewah dan fesyen jalanan. Ia kebiasaannya dijual pada harga sederhana.

Sebagai rekaan dalam kumpulan high street, JLuxe dipasarkan bermula pada harga RM420 sehingga RM480 sepasang. Ia boleh didapati semua pencinta fesyen Malaysia dan Brunei menerusi www.zalora.com.my.

Lima variasi pisau cukur

Posted:

Lima variasi pisau cukur

Lima variasi pisau cukur


PISAU cukur pakai buang hanya boleh bertahan sehingga lima kali penggunaan.


SEBELUM anda membuat keputusan membeli pisau cukur, kenal pasti perbezaan setiap jenis dan adakah ia bersesuaian dengan anda. Kanta Rias minggu ini membawakan lima jenis pisau cukur yang sesuai digunakan kaum Adam.

1) Pisau cukur pakai buang

Boleh dibeli dalam kuantiti banyak pada harga yang murah. Pisau cukur jenis ini boleh bertahan sehingga lima kali penggunaan atau apabila bilahnya mula berkarat.

2) Pisau cukur bilah berjalur (multi-blade)

Bilah pencukur ini kebiasaannya boleh ditukar ganti kerana dilengkapi katrij pakai buang. Terdapat juga pisau cukur jenis ini yang dibuang terus secara keseluruhan selepas beberapa kali digunakan.

Ketika melakukan pilihan, selain jenama, bandingkan ciri-ciri kebolehgunaan, ketahanan dan efisiensi. Bilangan bilah yang lebih daripada bilah tunggal berjalur tiga (multiple single-blade) mempercepatkan kerja mencukur.

Ketahanannya dikatakan mampu mencecah sebulan setengah. Namun realitinya, ia hanya sesuai digunakan untuk tempoh maksimum dua minggu.

Harganya juga agak mahal berbanding pencukur pakai buang. Bagi jenis bilah boleh diganti, anda perlu melaburkan wang ekstra bagi membeli pek isi semula pisau cukur ini.

Pencukur yang tidak mempunyai fungsi katrij pakai buang juga dijual pada harga tinggi disebabkan rekaan pemegang yang selesa dan sofistikated.

3) Pisau cukur bilah bermata dua

Pilihan ini kembali digemari kaum Adam. Walaupun secara teknikalnya pencukur bilah berjalur paling selamat, tetapi ramai meletakkan status itu terhadap pisau cukur jenis ini.

Pemegang pencukur ini dijual secara berasingan. Ia boleh diperoleh dari harga serendah RM30 sehingga RM3,000, bergantung kepada jenama dan rekaannya. Individu yang memilih pencukur ini lazimnya sanggup membeli pemegang eksklusif kerana bilahnya agak murah.

Bilah bermata dua sebaik-baiknya dibeli dalam kuantiti yang banyak. Dengan cara tersebut, anda akan memperoleh setiap bilah yang kurang daripada RM3.

Disebabkan harganya yang murah, ia hanya bertahan sehingga lima penggunaan dan anda disarankan menukar bilahnya setiap minggu jika anda bercukur setiap hari.

Begitupun, pencukur bilah bermata dua agak tajam berbanding pencukur lain dan sering meninggalkan luka kecil kepada pengguna kurang mahir.


PENCUKUR elektrik sesuai digunakan pada kulit kering dan cukuran segera.


4) Pisau cukur elektrik

Sesuai digunakan untuk cukuran kering. Majoriti pencukur elektrik direka khusus untuk digunakan pada kulit kering. Bagaimanapun, kekemasan dan ketajaman cukurannya tidak begitu sempurna.

Pencukur elektrik berharga murah selalunya memiliki kelajuan rendah. Justeru, tidak semua cukuran dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan efektif.

Namun, pencukur elektrik yang mahal sangat berguna kepada mereka yang sering bergerak pantas dan mahukan cukuran segera. Terdapat pencukur jenis ini misalnya, pencukur elektrik tanpa wayar, boleh diguna bersama air atau buih.

5) Pisau cukur straight

Selain klasik, ia juga lambang elegan dan maskulin. Pisau cukur ini kian dilupakan sejak pencukur pakai buang dan pencukur elektrik diperkenalkan. Lelaki hari ini juga menganggap ia sebagai pencukur yang melecehkan kerana perlu menguasai skil-skil tertentu sebelum boleh digunakan.

Pisau cukur straight berkemungkinan tinggi merupakan pisau cukur tertajam antara semua. Justeru, penggunaan pencukur ini bakal meninggalkan banyak luka kecil jika anda tidak mahir mengawalnya.

Kini pencukur straight digunakan kebanyakan salon rambut bagi mencukur sideburn, jambang dan misai pelanggan lelaki.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Langkah terbantut

Posted:

Langkah <i>The Reds</i> terbantut

Langkah The Reds terbantut

SUAREZ (kiri) tidak dapat menahan kesedihan selepas pasukannya, Liverpool mencatat keputusan seri 3-3 dengan Crystal Palace awal pagi semalam sekali gus menghalang hasrat mereka bersaing memburu kejuaraan


LONDON - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers masih berbangga dengan pencapaian anak-anak buah beliau musim ini meskipun prospek mendakap trofi Liga Perdana England tampak terjejas apabila sekadar seri 3-3 dengan Crystal Palace awal pagi semalam.

Dalam aksi di Selhurst Park itu, skuad kendalian beliau berjaya mendahului 3-0 kira-kira 10 minit sebelum perlawanan tamat sebelum tuan rumah kembali bangkit menyamakan kedudukan.

Meskipun masih menerajui liga dengan 81 mata, The Reds hanya memiliki baki satu perlawanan berbanding pencabar terdekat, Manchester City yang memiliki baki dua perlawanan dengan 80 mata.

Justeru, Rodgers percaya The Citizens lebih berpotensi mendakap trofi liga domestik musim ini.

"Sudah tentu saya kecewa apabila kami gagal membawa pulang tiga mata.

"Namun, kami harus berbangga dengan pencapaian kami musim ini.

"Bagi saya, Manchester City yang akan menjuarai liga," kata Rodgers selepas tamat perlawanan.

Rodgers berkata, kejayaan The Reds mencetak 99 gol musim ini juga wajar dibanggakan peminat selain kembali layak ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.

"Kami berjaya membuktikan kemampuan kami musim ini.

"Berjaya mempamerkan aksi seperti ini sememangnya satu kebanggaan buat pasukan.

"Ia masih musim yang hebat buat kami meskipun gagal mendakap trofi liga," kata Rodgers.

Dalam perlawanan itu, gol-gol The Reds dicetak oleh Joe Allen, Daniel Sturridge dan Luis Suarez sementara gol-gol tuan rumah pula dijaringkan oleh Damien Delaney dan Dwight Gayle (dua gol).

Meskipun berharap keputusan antara City-Aston Villa memihak kepada beliau, Rodgers sebaliknya menyalahkan pasukannya sendiri yang mensia-siakan peluang meraih tiga mata berharga semalam.

"Kami seharusnya beraksi lebih baik terutamanya ketika berdepan tekanan seperti ini.

"Meskipun Aston Villa sebuah pasukan yang liat untuk ditewaskan, saya tetap percaya Manchester City merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan itu sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk menjuarai liga," jelas Rodgers. - AFP

Masih terlalu awal buat keputusan

Posted:

Masih terlalu awal buat keputusan

Masih terlalu awal buat keputusan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIM SWEE (kiri) mengambil langkah berhati-hati membuat pemilihan pemain ke Sukan Asia.


PENGENDALI Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee enggan terburu-buru mengenalpasti skuad terbaik yang bakal membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September depan.

Sebaliknya, beliau lebih gemar menilai prestasi semasa skuad Harimau Muda A dalam saingan Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland, Australia terlebih dahulu sebelum mengenal pasti skuad terbaik menjelang temasya empat tahun sekali itu.

Menurut beliau, masih terlalu awal bagi menilai skuad terbaik negara ke Incheon lantaran saingan NPL Queensland masih di permulaan musim.

"Saya akan menunggu sehingga pertengahan musim saingan NPL Queensland terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Buat masa ini, ia masih terlalu awal kerana hanya pemain yang memiliki prestasi semasa terbaik yang akan disenaraikan ke temasya Sukan Asia," kata Kim Swee baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kim Swee juga lebih berminat menilai prestasi semasa skuad Harimau Muda A secara sepasukan berbanding keupayaan individu semata-mata.

"Kemampuan pasukan dinilai secara menyeluruh, namun perkembangan pemain secara individu juga dipantau.

"Pada masa sama, saya juga berharap kesemua pemain dapat dipupuk dengan mentaliti untuk menang sepanjang mengharungi saingan NPL Queensland musim ini.

"Ia cukup penting berbanding terlalu bergantung kepada keputusan perlawanan semata-mata.

"Saya juga percaya pertemuan berdepan lawan-lawan yang berkualiti dalam saingan NPL Queensland mampu memberikan impak yang positif terhadap skuad Harimau Muda A menjelang temasya Sukan Asia kelak," jelas beliau.

Skuad Harimau Muda A bakal berdepan Brisbane Roar Youth di Padang Sukan Perry Park 1, Brisbane hari ini sebelum berdepan cabaran lebih getir apabila berdepan pendahulu liga, Palm Beach Sharks pada Sabtu ini.

"Kami bakal mengharungi jadual yang padat bulan ini, jadi saya percaya kedua-dua aksi ini bakal menjadi penentu sejauh mana kemampuan kami dalam NPL Queensland musim ini," katanya.

Skuad kendalian Kim Swee kini menduduki tangga kelapan liga hasil tiga kemenangan, dua seri dan satu tewas.

Untuk rekod, skuad Harimau Muda A membuka tirai NPL Queensland musim ini dengan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Redlands United sebelum tumpas 1-2 kepada Sunshine Coast.

Skuad muda negara kemudiannya menjinakkan Olympic FC QLD (2-1); Moreton Bay United (3-3); Brisbane City (0-0) sebelum membelasah SWQ Thunder dengan kemenangan bergaya 5-0 minggu lalu.

Larkin kecoh lagi

Posted:

Larkin kecoh lagi

Larkin kecoh lagi

Oleh M. RIZAL NOR
berita@kosmo.com.my


ANGGOTA polis terpaksa berkawal d luar stadium berikutan keenganan penyokong Johor DT bersurai selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.


PEMAIN dan penyokong Pahang terpaksa berlindung di dalam Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin selama dua jam selepas tamat saingan separuh akhir pertama kempen Piala FA 2014 gara-gara tindakan penyokong pasukan lawan yang mengepung pintu masuk stadium berkenaan.

Ribuan penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) mula berkumpul di pintu masuk stadium sebaik perlawanan tamat yang berkesudahan seri 1-1 seolah-olah ingin membalas dendam kepada pemain dan penyokong Pahang ekoran peristiwa hitam di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari lalu.

Ketua pasukan Pahang, Razman Roslan berkata, para pemain mula berjalan keluar dari bilik persalinan untuk menuju ke bas namun mereka tiba-tiba dihalang oleh pihak berkuasa kerana bimbang tindakan agresif penyokong pasukan tuan rumah.

"Ketika berjalan keluar menuju ke bas kami sudah dengar suara penyokong Johor DT yang tidak berpuas hati dan ketika menghampiri pintu keluar, kami dapati ramai penyokong mereka sedang berkumpul.

"Saya tidak pasti sama ada mereka tidak berpuas hati mengenai permainan tersebut atau masih berdendam ekoran kejadian di Kuantan pada 7 Februari lalu," katanya.

Menurutnya, tindakan pantas pihak berkuasa yang menghalang pemain serta penyokong Tok Gajah keluar dari stadium berjaya mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Razman berkata, penyokong Johor DT sepatutnya bertindak profesional kerana kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan selepas ini masing-masing di Larkin dan Kuantan.

"Gara-gara tindakan mereka berkumpul di luar stadium, kami terpaksa berehat di dalam stadium hampir dua jam sebelum dibenarkan keluar pada pukul 1 pagi," ujarnya.

Sementara itu, pemain sayap kanan Tok Gajah, Mohd. Azamuddin Mohd. Akil berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak dari awal agar insiden seperti itu tidak berlaku lagi.

"Senario ini sudah dijangka dan semua pihak sepatutnya sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun kami tetap bersyukur kerana tidak ada pemain atau penyokong Tok Gajah yang cedera," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tidak mahu terlalu berfantasi

Posted:

Tidak mahu terlalu berfantasi

Tidak mahu terlalu berfantasi

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

SHILA ALISH merupakan seorang guru Kimia di Johor Bahru, Johor.
PENGUNJUNG memenuhi ruang pameran penerbitan Love Novel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TUTUR bicara penulis novel bestseller yang mesra dipanggil Shila Alish ini sungguh tertib sesuai dengan penampilan sopan dan elegan yang dikenakannya tatkala bertemu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra minggu lalu.

Siapa sangka guru subjek Kimia ini sebenarnya memiliki bakat menulis yang tidak kurang hebatnya. Walaupun beliau gemar menulis novel yang berkisarkan cinta, Shila Alish cenderung untuk menyelitkan kisah berbentuk pengajaran agar pembaca lebih berhati-hati dengan kehidupan.

Shila Alish atau nama sebenarnya Rosila Rahman, 40, berasal dari Johor Bahru, Johor merupakan guru di Sekolah Menengah Tasik Utara, Johor Bahru.

Minatnya terhadap bidang penulisan bercambah ketika berada di bangku sekolah namun, ketika itu beliau tidak mempunyai medium untuk mengetengahkan bakat yang terpendam. Kebelakangan ini, terdapat banyak penerbit yang berminat menerbitkan karya-karya penulis yang berpotensi sepertinya.

Peluang tersebut membolehkan penulis baharu sepertinya dapat memasuki pasaran dengan lebih mudah. Setakat ini, Shila Alish sudah menghasilkan dua naskhah novel bersama penerbit Love Novel Enterprise yang berjudul Mr. Secret Admirer dan Daripada Sekeping Surat Samanmu.

"Saya suka menulis kerana suka memerhati kelakuan orang dan ia tiada sempadan. Menulis juga membolehkan seseorang itu menjadi apa sahaja.

"Tapi saya cuba untuk tidak menerapkan elemen fantasi dalam novel kerana tidak mahu pembaca terikut-ikut dengan sesuatu yang tidak realistik," ujarnya yang mula serius menulis sejak tahun 2011.

Kenangan manis

Sepanjang bergelar penulis, kenangan paling manis Shila Alish ialah diundang ke Singapura dan menyaksikan sambutan luar biasa peminat di negara tersebut. Keterujaan peminat seolah-olah mereka berjumpa dengan personaliti bertaraf selebriti.

SHILA ALISH merupakan seorang guru Kimia di Johor Bahru, Johor.


Novel Mr. Secret Admirer yang diterbitkan pada Julai 2013 itu sudah dicetak buat kali kelima dan mencecah jualan 11,000 unit. Ia membakar semangat beliau untuk menghasilkan karya kedua yang ada menyelitkan kisah-kisah tauladan yang diperoleh dalam pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini.

Novel keduanya bertajuk Daripada Sekeping Surat Samanmu mengenai seorang guru wanita, Puteri Salwani yang terpaksa melalui pelbagai dugaan selepas menerima sekeping surat saman daripada Tuan Megat Irfan Wafiy akibat kesalahan jalan raya yang dilakukannya.

Puteri Salwani mula berubah setelah hidup dalam dendam dan benci selama lebih lima tahun akibat dikecewakan oleh lelaki yang dicintainya setengah mati.

Sementara itu, hati Tuan Megat Irfan Wafiy mula terdetik sesuatu selepas menyaman wanita tersebut dan berasa seolah-olah telah lama mengenali Puteri Salwani. Apa yang dirasakannya berasas apabila beliau terjumpa semula gambar Puteri Salwani yang pernah diberikan oleh ibunya setahun yang lalu, namun hanya disimpan kerana tidak berminat untuk dijodohkan.

Sejak hari itu Tuan Megat Irfan Wafiy mula mendekati Puteri Salwani kerana sikap wanita tersebut menarik hatinya. Niat yang pada asalnya sekadar ingin mengacau berubah apabila lama-kelamaan dia mula jatuh hati.

Kemunculan semula lelaki yang pernah dicintai Puteri Salwani iaitu Fauzan yang ingin menagih semula cintanya hanya memporak-perandakan hidupnya apabila kehormatannya telah diragut secara paksa.

Selepas episod hitam itu berlaku, Puteri Salwani cuba menjauhkan diri daripada Tuan Megat Irfan Wafiy kerana merasakan dia sudah tidak layak untuk lelaki sebaik itu.

Wanita itu membawa diri ke Tanah Suci dan tidak menyangka berlaku pertemuan misteri dengan seorang lelaki bernama Izham yang seiras dengan Tuan Megat Irfan Wafiy.

Bagi mengetahui kisah selanjutnya, pembaca boleh mendapatkan novel ini pada harga RM25 di kedai-kedai buku utama negara.

Kontroversi pembukaan Muzium Tiananmen

Posted:

Kontroversi pembukaan Muzium Tiananmen

Kontroversi pembukaan Muzium Tiananmen


DATARAN Tiananmen ini yang dikenali sebagai Pintu Keamanan Syurga merupakan monumen terkenal di Beijing.


MUZIUM pertama di dunia yang didedikasikan kepada kisah berdarah Dataran Tiananmen telah dibuka di Hong Kong baru-baru ini. Bagaimanapun, pembukaan tersebut menerima tentangan pihak pro-China dan mereka telah melakukan tunjuk perasaan bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

Dataran Tiananmen dikenali sebagai Pintu Keamanan Syurga merupakan monumen terkenal di Beijing.

Pada 3 dan 4 Jun 1989, dataran itu menjadi lokasi satu peristiwa perjuangan demokrasi di China yang berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai.

Sebahagian besar rakyat China terutama golongan antikomunis masih mengingati penindasan kejam yang dilakukan pihak tentera terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi di Beijing.

Ramai yang tidak menyedari bahawa semua rujukan terhadap tindakan kekerasan tersebut telah diharamkan di tanah besar China.

"Penduduk Beijing meminta kami menceritakan kisah sebenar kepada dunia tentang pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di dataran tersebut.

"Ia merupakan perkara yang masih jelas dalam ingatan saya," kata Lee Cheuk-yan, pengerusi kumpulan prodemokrasi yang membiayai muzium tersebut.

Cheuk-yan mendedikasikan muzium tersebut kepada mereka yang sanggup mengorbankan nyawa demi demokrasi.

Perikatan Menyokong Pergerakan Demokratik Patriotik China juga menganjurkan upacara menyalakan lilin pada 4 Jun setiap tahun di Hong Kong yang dihadiri oleh puluhan ribu pengunjung.

Pengkianat

Pembukaannya bagaimanapun dibantah ahli-ahli kumpulan pro-China yang menjerit kepada pihak penganjur di luar bangunan dan memanggil mereka pengkhianat.

Salah seorang penunjuk perasaan berteriak. "Mereka tidak bercakap tentang Pembunuhan Nanjing dan hanya bercakap mengenai peristiwa 4 Jun."

Dia merujuk kepada insiden di mana China mendakwa lebih 300,000 orang dibunuh oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.


IMEJ penunjuk perasaan Tank Man yang telah menarik perhatian dunia.


Penunjuk perasaan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Kebenaran 6.4 berkata, perikatan tersebut telah membentangkan akuan songsang terhadap peristiwa kekerasan yang berlaku dan tentera China juga turut terbunuh ketika peristiwa tersebut.

Ramai penduduk China tidak tahu mengenai Peristiwa 4 Jun ini. Kebanyakan generasi tua yang terselamat daripada kekejamam itu juga enggan bercakap mengenainya.

Kawasan seluas 74.32 meter persegi di daerah sedang membangun, Tsim Sha Tsui Timur, menayangkan klip video dan gambar Tank Man iaitu seorang penunjuk perasaan lelaki yang berdiri di hadapan kereta kebal tentera China. Dia merenung dan memerhatikan barisan panjang kenderaan tentera.

Terdapat juga tugu Dewi Demokrasi setinggi dua meter, sama seperti yang didirikan di Dataran Tiananmen semasa demonstrasi berlangsung.

"Jika suatu hari nanti muzium ini dibuka di Beijing, sudah tentu tanggapan terhadap peristiwa tersebut dapat dibetulkan," kata Jonathan Chan.

Beliau merupakan wakil pelajar Persekutuan Hong Kong yang membekalkan khemah dan makanan kepada penunjuk perasaan di Dataran Tiananmen.

Tragedi

Dia antara ribuan saksi tragedi di Dataran Tianamen. Ketika itu Chan ditugaskan di bahagian bekalan (di tapak khemah penunjuk perasaan) dan beliau melihat bagaimana sebahagian daripada mereka mati dan cedera akibat terkena tembakan tentera.

Katanya, tragedi berdarah itu tidak pernah padam dalam memorinya dan akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Bagi beliau, generasi muda China juga perlu mengetahui kisah benar mengenainya.

"Sehingga hari ini, Beijing tidak pernah mengisytiharkan angka korban rasmi terhadap kekerasan tentera yang suatu ketika dahulu pernah mendapat kritikan masyarakat dunia," ujarnya sambil memandang ke arah muzium itu penuh sayu. – AFP

Istimewa buat ibu tercinta

Posted:

Istimewa buat ibu tercinta

Istimewa buat ibu tercinta

KUMPULAN tukang masak Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur menyediakan sendiri setiap hidangan khas sempena Sambutan Hari Ibu.


WANITA bergelar ibu adalah insan yang paling bernilai di dunia. Andai digadaikan segunung intan dan dileburkan emas permata belum mampu melunaskan jasa mereka.

Keringat tatkala mengendong generasi baharu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan sudah cukup melambangkan betapa besar pengorbanan kaum Hawa.

Sehubungan itu, tarikh 10 Mei seharusnya menjadi momen indah bagi wanita yang bergelar ibu mendapat layanan manja daripada anak-anak.

Bulan Mei yang sinonim sebagai bulan meraikan ibu, lazimnya melibatkan aktiviti pemberian cenderamata atau makan malam bersama.

Bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur selain berpeluang meraikan Hari Ibu dengan menikmati hidangan ala Jepun, China, tempatan dan Barat, hotel tersebut turut menyediakan perkhidmatan spa khas buat ibu tercinta.

Hari bersejarah

Pada 11 dan 12 Mei 2014, Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur menawarkan pakej minuman petang bermula pada pukul 1 tengah hari hingga 5 petang.

Dihidangkan pada harga RM58++ seorang dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun, para ibu berpeluang merasai nikmat spa bibir, tangan dan tata rias ubah rupa daripada rangkaian produk kecantikan Mary Kay.

Malah, bagi 30 ibu paling awal mendaftar layak membawa pulang baucar kecantikan membabitkan rawatan muka, mata dan pelangsingan badan bernilai RM1,000.

Sebanyak 50 baucar berupa hadiah bernilai RM278 setiap satu menanti ibu-ibu yang bertuah.

Pengurus Pemasaran Komunikasi Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur, Terry J berkata, pendekatan itu diharap mampu membuat para ibu berehat sepenuhnya sambil menikmati hidangan di hotel tersebut.


TANDURI ayam masakan yang turut menjadi kepakaran tukang masak Hotel Grand Seasons.


Beliau memberitahu, pihaknya yakin pada hari bersejarah itu, para ibu mahu lari seketika daripada tanggungjawab kelaziman mereka.

"Kami berpendapat perkhidmatan spa merupakan pilihan yang sangat tepat. Ia memberi ruang untuk mereka bersantai dan kembali segar selepas merasai sentuhan magis daripada rangkaian produk Mary Kay," katanya ketika ditemui Kosmo!

Selain menyediakan sesi minum petang, hotel tersebut menyediakan hidangan makan malam cita rasa antarabangsa pada harga bermula dari RM75++.

Kesemua hidangan diselia Ketua Tukang Masak Eksekutif Hotel Grand Seasons, Chef Randy YL Liow yang mempunyai pengalaman selama tiga dalam dunia kulinari.

Menjanjikan hidangan yang lazat, Randy mendedahkan setiap sos dalam hidangan merupakan adunan asli pasukan tukang masa di hotel itu.

Katanya, setiap rasa yang dihasilkan seperti masin, masam dan manis diadun sendiri menggunakan gabungan herba terpilih, buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Kita mahu mereka menyerap pelbagai khasiat sepanjang menikmati hidangan kami. Oleh sebab itu kami memerah idea bagi menghasilkan resipi seperti menghasilkan rasa manis tanpa terlalu bergantung pada gula, ujarnya.

Mengulas mengenai hidangan yang pasti membuatkan ibu dan pengunjung terliur, ia melibatkan hidangan ikan siakap masak tiga rasa, sup ayam ginseng dan hidangan daging kambing gril ala China. - AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pakar kaji semula data penerbangan MH370

Posted:

Pakar kaji semula data penerbangan MH370

Pakar kaji semula data penerbangan MH370

HOUSTON (kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar bersama Truss (tengah) dan Hishammuddin. - AFP


CANBERRA - Satu panel pakar antarabangsa akan meneliti semula semua data yang dikumpul sepanjang misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak dua bulan lalu, kata para pegawai semalam.

Penelitian semula terhadap semua data termasuk laluan penerbangan pesawat itu dilakukan bagi memastikan pasukan mencari berada di lokasi carian yang betul.

Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang berada di sini semalam untuk berjumpa dengan para pegawai Australia bagi merancang misi seterusnya pencarian pesawat berkenaan.

Australia diwakili Menteri Pengangkutan, Warren Truss dan Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Angus Houston.

Antara yang dibincangkan termasuklah meluaskan carian di dasar laut di satu kawasan terpencil di Lautan Hindi yang terletak di barat Australia.

Lokasi tersebut menjadi tumpuan pasukan mencari selepas sekumpulan penganalisis meramalkan ia lokasi laluan pesawat berkenaan berdasarkan data satelit dan radar.

Bagaimanapun, Houston berkata, bermula esok, data berkenaan akan dianalisis semula bersama semua maklumat yang dikumpul sepanjang operasi tersebut.

Ketika ini tiada sebarang serpihan dijumpai sepanjang operasi mencari di satu lokasi di Lautan Hindi yang meliputi kawasan seluas 4.6 juta kilometer persegi.

"Kami sampai di satu peringkat di mana sangat munasabah untuk melihat balik semua data yang dikumpul dan semua analisis yang dibuat bagi memastikan tiada sebarang kecacatan.

"Kami mahu memastikan semua andaian adalah betul, semua analisis, kebarangkalian dan rumusan yang dibuat juga betul," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ketika ini para penyiasat masih bercelaru kerana kekurangan data yang konkrit sejak pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang pada 8 Mac lalu.

Operasi mencari serpihan pesawat di permukaan laut dihentikan pada minggu lalu selepas para pegawai memutuskan bahawa sebarang serpihan yang terapung kemungkinan sudah tenggelam.

Tambah Houston, operasi mencari pesawat itu yang kini ditumpukan di dasar laut mungkin mengambil masa hampir satu tahun.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang semasa membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berdasarkan analisis radar tentera, pesawat itu berpatah balik dan dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi. - AP

Tentera Ukraine, kumpulan pro-Rusia bertempur

Posted:

Tentera Ukraine, kumpulan pro-Rusia bertempur

Tentera Ukraine, kumpulan pro-Rusia bertempur


SEKUMPULAN lelaki bersenjata pro-Rusia menaiki dua buah kereta perisai menuju ke bandar Slovyansk selepas berlaku pertempuran dengan tentera Ukraine di bandar itu semalam.- AP


KIEV - Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera selepas askar Ukraine bertempur dengan kumpulan bersenjata pro-Rusia di beberapa lokasi di bandar Slovyansk timur negara itu.

Kerajaan juga menghantar satu pasukan pengawal kebangsaan elit untuk memulihkan semula kawalan di bandar Odessa selepas berlaku kekacauan yang menyebabkan berpuluh orang terbunuh.

Langkah itu dilihat sebagai usaha pihak berkuasa untuk mengembalikan semula kawalan di wilayah tersebut yang ditawan kumpulan bersenjata pro-Rusia sejak beberapa minggu lalu.

Wartawan Associated Press melaporkan mereka terdengar bunyi tembakan dan beberapa siri letupan di sekitar bandar Slovyansk yang mempunyai seramai 125,000 orang penduduk.

Bandar itu menjadi fokus kumpulan bersenjata pro-Rusia yang menentang kerajaan sementara di Ukraine.

Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov dalam satu kenyataan memberitahu bahawa, kumpulan pro-Rusia membawa masuk senjata berat dan mortar ke wilayah itu.

"Askar kerajaan berdepan dengan kira-kira 800 pemberontak dan ada yang cedera di kedua-dua pihak akibat pertempuran ini," katanya.

Seorang jurucakap kumpulan pro-Rusia di Slovyansk berkata, terdapat beberapa orang terbunuh dan cedera dalam pertempuran tersebut termasuk seorang gadis berusia 20 tahun yang maut akibat terkena peluru sesat.

Seorang wartawan Associated Press di Slovyansk melihat sekurang-kurangnya empat ambulans membawa mangsa yang cedera ke hospital dan seorang lelaki pro-Rusia cedera. - AP

Bina menara roti setinggi 15 meter

Posted:

Bina menara roti setinggi 15 meter

Bina menara roti setinggi 15 meter


BEBERAPA Bukit Roti kecil dipamerkan dalam Festival Roti di Hong Kong.- REUTERS


HONG KONG - Penduduk beragama Buddha di sini membina beberapa buah menara daripada ribuan biji roti atau dipanggil Bukit Roti bagi meraikan sambutan Festival Roti yang disambut setiap tahun.

Menara setinggi 15 meter itu diletakkan dengan ribuan roti berbentuk bulat yang ditulis dengan tulisan Cina, Ping An bermaksud ketenangan dan selamat.

Sempena pesta itu, peserta pertandingan yang paling cepat naik ke puncak menara dikatakan akan mendapat kebahagiaan dan akan bernasib baik.

Sambutan itu juga diadakan sebagai tanda memohon ketenangan kepada roh-roh yang tidak tenang termasuk semangat jahat.

Perayaan itu turut diserikan dengan perarakan di mana para peserta akan mengenakan pakaian tradisi mereka termasuk persembahan tarian singa yang diiringi pukulan gong dan gendang. - REUTERS

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat warga emas ditemui mati tertiarap bersama pukat

Posted:

Mayat warga emas ditemui mati tertiarap bersama pukat

Mayat warga emas ditemui mati tertiarap bersama pukat

06/05/2014 10:09pm

KUANTAN - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terdampar bersama pukat di tepi Pantai Leban Chondong, Kuala Rompin dekat Rompin petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat warga emas itu, Dermawi Zulkurnain, 71, ditemui oleh seorang lelaki berusia 26 tahun yang lalu di situ kira-kira pukul 6 petang semalam.

"Mangsa yang tinggal di Kampung Bangkong Kuala Rompin itu ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira 10 meter dari pantai bersama jaring pukat ikan dengan dua pelampung. Pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan calar pada pipi kiri mangsa," katanya.

Tambahnya, menurut isteri mangsa, Ramlah Saleh, 60an, mangsa keluar dari rumah dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7 pagi semalam menuju ke pantai itu untuk memukat ikan.

"Mangsa yang selalu memukat ikan seorang diri itu turut mengidap sakit jantung dan lelah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Rompin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama

Mayat murid tahun empat lemas ditemui di Empangan Ulu Perting

Posted:

Mayat murid tahun empat lemas ditemui di Empangan Ulu Perting

Mayat murid tahun empat lemas ditemui di Empangan Ulu Perting

06/05/2014 10:05pm

KUANTAN - Mayat murid lelaki tahun empat, Ngai Ji Hong, 10, yang lemas semasa mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang dekat Ulu Perting, Bentong petang semalam berjaya ditemui pagi tadi oleh pasukan penyelamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Anuar Hassan berkata, mayat ditemui tenggelam di dasar sungai berkenaan berhampiran Empangan Ulu Perting kira-kira pukul 10.29 pagi.

"Sebaik ditemui mayat mangsa itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Murid Sekolah Kebangsaan Perting, Bentong itu yang sepatutnya menghadiri kelas tuisyen dipercayai mandi di sungai berkenaan bersama rakannya sebelum didapati hilang di antara pukul 2 hingga 3 petang semalam.

Sementara itu katanya, usaha mencari seorang lagi mangsa, Sean Ng, 15, yang dikhuatiri lemas pada Sabtu lepas di Air Terjun Gapoi kira-kira 22 kilometer dari Perkampungan Orang Asli Telemong dekat Bentong masih diteruskan.

Pelajar tingkatan tiga berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu berkelah di situ bersama 11 rakannya dan didapati hilang semasa mandi di air terjun itu pada pukul 3 petang. - Bernama

Letupan besar dalam terowong di bawah pusat pemeriksaan bunuh 30 tentera Syria: NGO

Posted:

Letupan besar dalam terowong di bawah pusat pemeriksaan bunuh 30 tentera Syria: NGO

Letupan besar dalam terowong di bawah pusat pemeriksaan bunuh 30 tentera Syria: NGO

06/05/2014 9:58pm

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 30 tentera Syria di sebuah pusat pemeriksaan terbunuh akibat letupan bom dari dalam terowong yang dikorek kumpulan penentang kerajaan sejak berminggu-minggu lamanya, lapor pihak pemerhati hari ini.

Sekitar 30 tentera rejim terbunuh dalam satu letupan pada hari Isnin (semalam) menggunakan beberapa tong bahan letupan dalam sebuah terowong di bawah pusat pemeriksaan di timur laut bandar Maaret al-Numan," kata kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.

Video yang disiarkan oleh puak penentang kerajaan, Islamic Front, menyiarkan visual kesan letupan dahsyat itu dengan permukaan tanah yang terbelah sehingga menghamburkan debu setinggi beberapa meter ke udara.

Puak penentang di wilayah Idlib memberitahu AFP melalui internet bahawa 60 orang anggotanya telah menghabiskan masa selam 50 hari untuk menggali terowong berkenaan.

Selepas letupan, penyerang menyerang pusat pemeriksaan yang mempunyai tiga bangunan itu.

Terowong sebegitu lazim digunakan pejuang penentang rejim sebagai laluan untuk menyerang kemudahan kerajaan selain memasang bahan letupan di bawah pusat pemeriksaan serta ibu pejabat pemerintah. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berkat sabar Misha, Firos

Posted:

Berkat sabar Misha, Firos

Berkat sabar Misha, Firos

ANTARA senyuman dan tangisan, dua emosi tersebut bersulam tanpa henti sepanjang hari Jumaat itu. Tarikhnya, 2 Mei 2014.

Ada sebab besar mengapa emosi itu bercampur-baur dalam diri penyanyi Misha Omar atau Samihah @ Aishah Omar.

Dia akhirnya berjaya bernikah dengan lelaki yang telah lama menjadi separuh dirinya, Firos Ezzwan Rossly atau Firos selepas dua kali perancangan bernikah ditangguhkan.

Sementelah usia lapan tahun berkenalan - bercinta - putus - bercinta semula dan bertunangan sudah cukup lengkap untuk membuat mereka bersatu.

Dengan sekali lafaz, maka bersatulah dua hati itu di hadapan jurunikah Imam Masjid Mukim Chempaka, Ustaz Ahmad Khamil Mat dan lebih 200 tetamu yang terdiri dalam kalangan ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat terdekat.

Tiada sebarang wang yang diterima wanita berusia 32 tahun itu. Sebaliknya, dia hanya menerima seutas gelang emas sebagai simbolik mas kahwin serta berbalas lima dulang hantaran.

Namun, ibu mertuanya, Asmah Kenin telah menghadiahkan seutas rantai emas sebagai cenderahati menerima kehadirannya dalam keluarga juruterbang tersebut.

Bercakap mengenai tindakan tidak menerima wang, Misha menyifatkan seperti mana tinggi dan mahalnya nilai emas, begitulah nilai cinta mereka.

"Duit boleh habis, tetapi simbolik mahalnya emas, sama seperti cinta kami yang selama lapan tahun ini sempat dilanda badai yang bukan sedikit, namun tetap utuh. Insya-Allah saya berdoa agar hubungan cinta dan rumah tangga kami harmoni," katanya.

Bagi Firos pula, cinta yang dimeterai dengan ikatan perkahwinan memberi satu tanggungjawab yang baharu buatnya untuk membahagiakan dan melaksana amanah seorang suami dengan sebaik mungkin.

KETERUJAAN jelas terpancar pada wajah Misha pada hari perkahwinannya ini.


Rai

Sementara majlis pernikahan berlangsung lancar pada sebelah pagi, pada sebelah malam, saat meraikan kemenangan cinta mereka di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan, Misha yang begitu jelita dalam persalinan pengantin songket kontemporari ciptaan pereka busana Syaiful Bahrim meluahkan rasa.

"Ini rezeki berkat kesabaran saya dan suami. Ini bukti bahawa saya bukan janda seperti yang difitnah sebelum ini. Hanya lelaki ini (Firos) yang saya nikahi," ada baur sebak dan gembira dalam pengakuan tersebut.

Misha turut menyelitkan sebuah pesanan buat kakaknya yang juga pengurus yang telah menguruskan kariernya lebih 10 tahun lalu, Mimie.

Pesan Misha, supaya selepas pernikahannya, Mimie boleh berhenti memikirkan tentang dirinya, sebaliknya sama-sama menjalani satu fasa baharu dalam kehidupannya.

"Mimie, sila fikirkan tentang diri anda sendiri kerana saya kini telah bersuami. Saya harap kita sama-sama akan dapat merentas fasa baharu dalam hidup dengan baik. Jangan bimbang kerana adikmu ini akan berusaha untuk belajar menjadi lebih baik," luahnya yang disambut juraian air mata oleh Mimie yang juga merupakan tulang belakang majlis perkahwinannya pada hari itu.

Sebelum rasa itu dihamburkan, adik penyanyi itu, Nina terlebih dulu memberi sebuah ucapan yang membuat lebih 400 tetamu tergamam sendiri.

Dalam canda ucapannya, Nina mengakhirinya dengan deraian air mata dan turut menyifatkan perkahwinan Misha sebagai sebuah perjuangan panjang yang berakhir dengan kemenangan besar.

Katanya: "Ma, saya harap selepas ini tidak ada lagi yang menelefon dan bertanya tentang hal bukan-bukan tentang Misha.

"Buat kakak, saya harap anda sudah boleh berhenti menangis kerana anda sudah menang besar dengan kesabaran yang anda lalui selama ini."

Perkara yang mereka bangkitkan itu cukup relevan dan terkesan kerana Misha sebelum ini didakwa telah berkahwin dan menyembunyikan status janda kepada seorang usahawan.

Justeru, apabila penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu cinta itu bernikah dengan Firos, seluruh keluarganya menyifatkan hari bersejarah tersebut sebagai hari kemenangan mereka semua.


PASANGAN pengantin bergaya hebat di atas pelamin yang indah.


Aktif

Tidak mempunyai sebarang perancangan keluarga, akui Misha pada usia bukan lagi muda, dia dan Firos mahu segera menimang cahaya mata. Namun, ia bergantung kepada rezeki yang Tuhan berikan buat mereka.

"Memang saya sudah punya seorang anak (Adam Emir, anak angkat), namun saya mahu merasa jadi wanita hamil dan kembali menguruskan seorang anak kecil seperti pernah saya lalui sebelum ini," kata Misha.

Bercakap tentang kerjaya seninya pula, Misha memberitahu, dia akan terus aktif menyanyi, tetapi selektif terhadap tawaran berlakon supaya tidak melanggar sensitiviti sebagai seorang isteri dan mempunyai keluarga yang besar untuk diberi perhatian.

Halangan

Majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung sempurna seperti yang diinginkan, ironinya sempat berhadapan masalah.

Akui Misha, 10 hari sebelum majlis berlangsung, pihaknya menarik diri untuk memakai khidmat pihak pengurusan majlis dari Kelantan kerana kekangan bajet.

Dalam gundah, dia akhirnya diselamatkan oleh pihak Faboulos yang menawarkan harga dalam bajet mereka.

"Walaupun saya seorang artis, soal bajet masih menjadi masalah buat saya kerana semuanya dilakukan tanpa tajaan. Justeru, kerana kekangan bajet, saya terpaksa menolak khidmat sebuah pengurusan majlis dan digantikan dengan yang lain.

"Alhamdulillah, dalam gawat dengan pelbagai lagi isu yang melanda sebelum majlis berlangsung, semuanya dapat diselesaikan satu persatu.

"Saya kini mohon doa semua pihak agar mendoakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat," luah penyanyi itu.

Noniswara tolak bermadu

Posted:

Noniswara tolak bermadu

Noniswara tolak bermadu

Oleh HARYATI KARIM

WANITA jelita ini sudah bersedia andai bertemu jodoh buat kali ketiga.


TAHUN lalu, pelakon Noniswara, 45, banyak berendam air mata, apabila perkahwinan keduanya bersama ahli korporat Datuk Rosman Ridzwan berakhir dengan perceraian.

Menjanda buat kali kedua, ibu kepada tiga orang anak berusia antara 20 dan 7 tahun itu kini sedang melalui episod bahagia.

Menurut sebuah akhbar mingguan kelmarin, hati pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu sedang berbunga cinta dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus duda.

Keakraban mereka jelas kelihatan apabila lelaki bernama Imran Mohd. Nor itu sentiasa berada di sisi Noniswara dalam setiap gambar yang dimuat naik pelakon itu di akaun Instagram miliknya.

Tidak menolak andai dipertemukan jodoh buat kali ketiga, Noniswara bagaimanapun menolak lamaran yang diberikan oleh lelaki yang berstatus suami orang.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Noniswara baru-baru ini.

Kosmo!: Adakah benar Noniswara sedang dilamun cinta bersama lelaki bernama Imran Mohd. Nor?

NONISWARA: Sejujurnya, saya berkawan dengan ramai orang termasuk lelaki. Soal lelaki yang dimaksudkan itu, saya mengaku berkawan rapat dengannya tetapi kami tidak sampai tahap bercinta.

Bilakah anda berkenalan dengannya?

Waktu itu, saya dimasukkan ke hospital akibat sakit dalam perut sekitar bulan Februari. Dia datang melawat bersama rakan-rakan yang lain pada bulan Mac. Selepas itu kami mula rapat tetapi hanya sebagai kawan sahaja.

Sejak bergelar janda, adakah anda menerima lamaran daripada mana-mana lelaki?

Ramai juga yang memberi lamaran, ada yang telah siapkan rumah, kereta dan sebagainya untuk saya hidup senang. Mereka terdiri daripada orang berpangkat, ahli politik dan ahli perniagaan tetapi saya tolak bulat-bulat kerana semuanya suami orang. Buat apa saya ganggu kehidupan orang lain. Kalau mahu hidup senang, boleh sahaja saya terima lamaran untuk jadi isteri kedua atau ketiga, tetapi anak saya berpesan dia tidak perlukan duit tetapi dia mahu lihat saya bahagia. Saya juga tidak kejar harta sebaliknya mencari lelaki yang benar-benar sayangkan saya serta anak-anak.

Sudah mempunyai pengalaman gagal dua kali dalam perkahwinan, adakah anda bersedia untuk bergelar isteri buat kali ketiga?

Saya tidak serik untuk berkahwin kerana saya inginkan kebahagiaan tetapi lebih berhati-hati. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum mempunyai calon suami. Masih dalam proses pemilihan siapa yang terbaik (ketawa). Jika ada jodoh mungkin tahun hadapan saya akan berkahwin. Sekarang fokus saya pulihkan kesihatan dan menjaga anak-anak sahaja.

Adakah anda akan terima lamaran daripada lelaki yang lebih muda?

Saya tidak kisah, jika lelaki muda tetapi matang apa salahnya. Kematangan itu bukan pada usia. Jika lelaki tua yang datang melamar dan serasi dengan saya pun apa salahnya. Jodoh itu kerja Allah, siapa saya untuk menolak jodoh yang diberikan. Sebagai hambanya, saya hanya mampu berdoa diberikan jodoh yang terbaik.

Apakah ciri-ciri suami idaman anda?

Saya mahukan seorang lelaki yang mampu membimbing saya ke arah kebaikan dan mempunyai asas agama yang kukuh. Bertanggungjawab dan penyayang. Apa yang paling penting lelaki itu boleh menerima anak-anak saya seperti anak sendiri.

Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya seni?

Saya menerima banyak tawaran lakonan tetapi sekarang ini saya masih lagi dalam tempoh berehat daripada sakit dalam perut tempoh hari. Sudah 50 hari saya berehat dan kesihatan saya semakin pulih. Mungkin selepas ini saya akan kembali aktif berlakon seperti biasa.

Konsert 68 tahun RTM meriah

Posted:

Konsert 68 tahun RTM meriah

Konsert 68 tahun RTM meriah

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

VOKALIS Bunkface, Sam turut terlibat dalam Konsert Malam Irama Gemilang sempena ulang tahun ke-68 Radio Televisyen Malaysia (RTM).


SUDAH mencecah usia lebih separuh abad, stesen televisyen RTM masih membuktikan ia masih relevan dan boleh diiktiraf sebagai stesen penyiaran yang utuh dalam menyiarkan peristiwa penting negara sejak awal penubuhannya pada tahun 1946.

Bersempena ulang tahun ke-68 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April lalu, Konsert Malam Irama Gemilang telah diadakan bagi mengenang jasa dan kenangan warga-warga RTM yang pernah menjadi tulang belakang stesen penyiaran tertua di Malaysia itu telah diadakan bertempat di Auditorium Perdana baru-baru ini.

Keserasian ikon penyampai radio RTM, Muaz Muhammad selaku pengacara majlis pada malam itu turut berkolaborasi bersama pelakon terkenal tanah air, Diana Danielle menggamatkan lagi suasana.

Konsert 68 tahun RTM telah membuka tirainya dengan persembahan yang penuh bertenaga daripada empat bintang kelahiran Bintang RTM iaitu Fitri, Aisya, Ernie dan Adlie menjadikan lagu Kita sebagai pembukaan konsert.

Adrenalin peminat dipacu lagi dengan persembahan daripada kumpulan Bunkface yang mempersembahkan lagu We're Are Young nyanyian asal Fun dan lagu mereka, Rentak Lagu penuh semangat.

Sebagai tanda menghormati peristiwa kehilangan pesawat MH370, penonton didengarkan dengan sebuah lagu khas, Doa Dan Harapan MH370 ciptaan Pengarah Muzik Orkestra RTM Datuk Mokhzani Ismail.

Ternyata bait-bait lirik yang penuh bermakna menyentuh emosi penonton.

Mokhzani yang ditemui usai konsert tersebut memberitahu, beliau hanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk menyiapkan melodi lagu tersebut, manakala daripada segi susunan lirik pula ia mengambil masa dua hari untuk disiapkan.

"Daripada segi penghasilan lagu, saya turut meminta pendapat dan kerjasama daripada Penerbit Orkestra RTM, Ali Shahir dan pihak kami bercadang untuk menjadikan persembahan pada konsert malam ini untuk dijadikan klip videonya.


GABUNGAN artis kelahiran Bintang RTM (dari kiri), Fitri, Aisya, Ernie dan Adlie turut memeriahkan majlis.


"Apa yang penting di sini ialah mesej di dalam lagu Doa Dan Harapan dapat memberi impak kepada masyarakat dalam mengenang tragedi yang berlaku," katanya mengenai lagu khas tersebut.

Pada malam tersebut, turut memeriahkan konsert ialah Alyah dengan lagu popularnya, Kisah Hati.

Kolaborasi penyanyi dua generasi iaitu Datuk David Arumugam dan Noh Salleh berduet menyanyikan lagu Jika Kau Bercinta Lagi antara persembahan yang menarik perhatian penonton.

Tambah gamat, persembahan hebat daripada kumpulan Paladin menghangatkan lagi suasana. Menggunakan alat muzik celo, muzik unik disajikan kepada penonton dan digandingkan lagi dengan Azlan Typewiter menerusi dua lagu iaitu Fantasia Bulan Madu dan Jeritan Batinku.

Bersempena temasya bola sepak sempena Piala Dunia 2014 yang akan diadakan pada bulan Jun nanti di Brazil, Farhan muncul menyanyikan lagu Rio To Malaysia. Kemudian, tampil Tomok dengan single terbaharunya, Biarkan Sejoli dan Noh sekali lagi tampil secara solo pula dengan lagunya, Angin Kencang.

Momentum konsert diteruskan lagi dengan penyanyi malar segar Zur Eda yang menyanyi dengan penuh tenaga menerusi lagu popularnya Kau Pelitaku yang diberi nafas baharu dengan gandingan bersama artis baharu, AST T dan BIG I.

Menambahkan lagi hiburan dan kerancakan konsert itu, kumpulan One Nation Emcees muncul mempersembahkan medley Kuda Kepang, Dikir Puteri dan lagu rakyat, Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu. Diikuti juga, Ning Baizura dengan medley lagu popularnya, Curiga dan Bukan Wanita Sempurna.

Alyah tampil buat kali kedua dengan single baharu, Sesal Separuh Nyawa dan kemudian gabungan duet penyanyi cilik Muhd. Fikry dan Anis Natasya dengan lagu Muara Hati dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip.

Sebagai penutup tirai bagi persembahan konsert, penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir melengkapkan 'pesta' itu dengan lagu hitnya, Raikan Cinta.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved