Sabtu, 1 Jun 2013

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pahang tekad singkir Harimau Selatan

Posted:

Pahang tekad singkir Harimau Selatan

Pahang tekad singkir Harimau Selatan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

BARISAN pemain Pahang gigih berlatih bagi menghadapi Johor DT pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


WALAUPUN kempunan untuk merasai nikmat beraksi di halaman sendiri namun, kesebelasan pemain pasukan Pahang tetap berada dalam motivasi terbaik untuk mengharungi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, semua pemainnya kini sudah bersedia untuk mencipta kejutan dalam aksi separuh akhir kedua itu nanti walaupun mereka ketinggalan dengan satu gol.

"Kalau dilihat persediaan, kali ini saya rasa kami lebih bersedia berbanding perlawanan separuh akhir pertama di Johor Bahru minggu lalu, dan pemain juga bebas daripada kecederaan kecuali Faizol (Mohd. Faizol Hussin) yang mengalami kecederaan.

"Saya juga tidak banyak membuat perubahan dalam kesebelasan utama, dan lebih menggembirakan saya adalah semua pemain dilihat berada pada tahap terbaik untuk diturunkan pada perlawanan separuh akhir itu nanti," kata Dollah kepada Kosmo! semalam.

Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu menyaksikan Johor DT mendapat sedikit kelebihan apabila penyerang, Leonel Nunez telah menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memberikan mereka kelebihan satu gol ke Bukit Jalil malam ini.

Dalam pada itu, Dollah juga sedar tugasan berat menanti anak-anak buahnya dalam perlawanan itu nanti terutama benteng pertahanan kerana pemain-pemain seperti Nor Shahrul Idlan Talaha, Mohd. Nurul Azwan Roya, Leonel Nunez dan Mohd. Safee Sali perlu 'dirantai' dengan rapi.

Dollah berkata, dia juga berpuas hati dengan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dan berharap pemain-pemainnya mampu menyesuaikan diri serta dapat menyerap tekanan dengan menghasilkan jaringan, seterusnya memastikan mereka layak ke perlawanan akhir untuk bertemu Kelantan pada 29 Jun depan.

Katanya, ketinggalan dengan satu gol bukanlah satu tekanan besar kepada mereka tetapi dia akan memastikan pemain-pemainnya akan menyempurnakan setiap gerakan yang dilakukan serta tidak terikut-ikut dengan rentak lawan.

Selain itu, Dollah turut menyeru penyokong-penyokong Pahang yang hadir nanti agar memberikan sokongan padu kepada pasukan Tok Gajah itu tetapi mereka mesti menjaga disiplin serta hadir ke stadium dengan penuh semangat kesukanan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor DT yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan Selasa lalu terpaksa ditunda ekoran limpahan penonton yang memasuki stadium yang hanya berkapasiti 40,000 penonton.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga kelmarin telah mengenakan denda RM100,000 kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) akibat kekecohan yang berlaku itu manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut didenda RM20,000 kerana pemain-pemainnya telah meninggalkan padang lebih awal daripada masa 90 minit yang ditetapkan.

Kelantan sedia hadapi final

Posted:

Kelantan sedia hadapi final

Kelantan sedia hadapi final

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


BADHRI (dua dari kiri) yang mengalami kecederaan dijangka pulih sepenuhnya menjelang final Piala FA 29 Jun nanti.


KELANTAN sedia bertemu pemenang antara Johor Darul Takzim (Johor DT) atau Pahang pada final Piala FA 2013 musim ini, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu.

Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim (gambar kecil) berkata, pasukannya sentiasa bersedia untuk menghadapi mana-mana pasukan pada aksi final yang bakal berlangsung 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

"Bagi saya, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Layak ke final bermakna pasukan tersebut cukup kuat dan kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan itu nanti.

"Soal bertemu Johor DT atau Pahang, kita tetap bersiap sedia. Ini peluang terbaik untuk kita mengekalkan kejuaraan selain mencari tempat untuk beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan," katanya di Kota Bharu semalam.

Kelantan mara ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut sejak 2011 selepas menyingkirkan seteru tradisi Terengganu menerusi agregat 6-5 pada aksi separuh akhir kedua baru-baru ini.

Juara bertahan itu, kini menanti pemenang perlawanan antara Pahang dengan Johor DT yang terpaksa ditangguhkan akibat rusuhan penyokong di Stadium Darul Makmur, Kuantan Selasa lalu.

Azman memberitahu, pentas akhir Piala FA ini juga merupakan medan terbaik buat Kelantan untuk menebus kekecewaan selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kelantan akan kembali menjalani latihan pada 2 Jun sebagai persediaan untuk menghadapi saingan final Piala FA.

Katanya, dua tonggaknya iaitu kapten pasukan, Mohd. Badhri Radzi dan Shakir Shaari tidak akan bersama pasukan kebangsaan selepas mengalami kecederaan.

"Tempoh rehat selama tiga minggu merupakan peluang terbaik Kelantan untuk mendapatkan semula pemain yang sebelum ini cedera termasuklah Dickson Nwakemi.

"Selain itu, peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk merencanakan strategi pasukan menghadapi aksi final nanti," ujarnya.

'Patuhi agihan tempat duduk'

Posted:

'Patuhi agihan tempat duduk'

'Patuhi agihan tempat duduk'

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my

PEMINAT bola sepak tempatan yang bakal berkunjung ke perlawanan semula separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini diminta mematuhi pengagihan lokasi tempat letak kereta dan tempat duduk yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan membahagikan kawasan tempat letak kereta serta tempat duduk di dalam stadium kepada dua bahagian untuk menampung kira-kira 70,000 hingga 80,000 penonton yang dijangka hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Jelas Amar, kawasan sebelah kiri stadium akan dikhaskan kepada penyokong-penyokong pasukan Pahang sementara bahagian tempat duduk sebelah kanan stadium dikhususkan untuk penyokong Johor DT.

Pengagihan yang sama turut dilakukan di kawasan-kawasan tempat letak kereta di sekitar stadium.

"Usaha itu dilakukan bukan sahaja untuk memudahkan urusan logistik serta melancarkan laluan keluar dan masuk para penonton, malah bagi mengelakkan berlakunya provokasi dalam kalangan mereka.

"Kita juga akan menempatkan anggota-anggota polis di semua pintu masuk stadium serta kawasan sekitarnya bagi memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang kekecohan," ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mengenai kekecohan yang tercetus sewaktu perlawanan antara kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Pahang pada hari Selasa lalu selepas stadium yang berkapasiti 40,000 penonton itu dibanjiri lebih 60,000 penyokong kedua-dua pasukan.

Ekoran limpahan penonton itu, perlawanan yang pada mulanya tertunda kira-kira 90 minit telah dibatalkan dan dijadualkan semula di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Amar berkata, orang ramai juga diseru agar tidak membawa sebarang objek yang dilarang ke dalam kawasan stadium bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan.

"Pemeriksaan akan dijalankan di pintu-pintu masuk stadium bagi mengesan barang-barang larang tersebut. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga akan bekerjasama dengan polis bagi mengesan jika ada penonton yang menggunakan tiket palsu," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rusia akan jual 10 jet pejuang MiG kepada Syria

Posted:

Rusia akan jual 10 jet pejuang MiG kepada Syria

Rusia akan jual 10 jet pejuang MiG kepada Syria

SEBUAH jet MiG-29 terbang pada Pertunjukan Penerbangan Antarabangsa dan Angkasa Lepas di Zhukovsky dekat Moscow, Rusia pada 24 April 2012.- AP


MOSCOW - Pembuat jet MiG di Rusia menyatakan semalam ia merancang untuk menandatangani perjanjian baharu untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 jet pejuang ke Syria.

Pengumuman itu dibuat ketika beberapa pemimpin dunia mengkritik laporan penjualan sistem peluru berpandu S-300 kepada negara tersebut.

Pengarah Urusan MiG, Sergei Korotkov berkata, satu delegasi Syria berada di Moscow untuk membincangkan laporan terperinci tentang kontrak baharu berhubung penghantaran jet MiG-29 M/M2.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa agensi berita Rusia, beliau berkata, mahu membeli lebih sepuluh jet tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan bilangan jet tersebut dengan terperinci.

Rusia menyatakan, ia hanya membekalkan rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad dengan senjata-senjata yang bertujuan untuk melindungi Syria daripada pencerobohan asing seperti sistem pertahanan peluru berpandu.

Namun, Rusia mendakwa ia tidak menghantar senjata-senjata yang akan digunakan dalam peperangan saudara di Syria.

Peperangan saudara di Rusia itu telah menyebabkan lebih 70,000 orang terbunuh dan berjuta-juta penduduk melarikan diri.

Jet pejuang itu merupakan versi canggih MiG-29 enjin berkembar.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry mencetuskan persoalan tentang komitmen Rusia untuk membantu mewujudkan keamanan di Syria.

Beliau membuat komen tersebut ekoran terdapatnya laporan bahawa Rusia akan menghantar sistem pertahanan peluru berpandu S-300 kepada Syria.

Kenyataan itu dibuat pada sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle di Washington semalam.

"Adakah Rusia serius tentang itu (keamanan di Syria?" kata Kerry.

Perang yang bermula pada Mac 2011 itu telah menyebabkan lebih 94,000 orang terbunuh.

Ia berlaku ekoran sebahagian penduduk tempatan bangkit menentang kepimpinan Bashar.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran termasuk demokrasi. - Agensi

Serangan dron rahsia CIA cetus kontroversi

Posted:

Serangan dron rahsia CIA cetus kontroversi

Serangan dron rahsia CIA cetus kontroversi


BEBERAPA orang menyaksikan sebuah pesawat dron tanpa juruterbang, Fire Scout Mq-8B untuk Skuadron 35 Helikopter Maritim di Pangkalan Udara dan Laut Pulau Utara di San Diego, Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu.- AP


WASHINGTON - Serangan sebuah pesawat dron tanpa juruterbang yang membunuh seorang timbalan ketua sebuah pergerakan Taliban di Pakistan, Waliur Rehman merupakan satu isyarat jelas yang dibuat oleh pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS).

Isyarat itu menunjukkan CIA bakal melancarkan serangan rahsia ke atas para militan di utara Pakistan tanpa memberitahu mana-mana pihak.

Ia juga merupakan isyarat bahawa serangan rahsia seperti itu akan diteruskan walaupun Presiden AS, Barack Obama membuat janji pada minggu lalu bahawa akan terdapat ketelusan dalam program penggunaan dron.

Sebuah dron milik CIA itu berlepas dari Afghanistan dan melancarkan serangan di kawasan penduduk suku kaum yang terpencil di Pakistan pada Rabu lalu.

Pihak CIA percaya, Waliur yang merupakan Timbalan Ketua Tehrik-e-Taliban Pakistan, tinggal di lokasi itu.

Pergerakan Taliban kemudian mengesahkan kematian Waliur yang dipercayai salah seorang perancang utama dalam serangan pengebom berani mati di sebuah pangkalan CIA pada tahun 2009 yang menyebabkan tujuh warga AS terbunuh.

Seorang jurucakap White House, Jay Carney pada Rabu lalu menyatakan, Waliur bertanggungjawab dalam serangan merentasi sempadan di Afghanistan dengan menyerang askar-askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk serangan membawa maut ke atas anggota-anggota tentera Pakistan dan orang awam.

Bagaimanapun, beberapa pegawai pejabat Presiden AS itu tidak membuat sebarang pengesahan berhubung serangan itu sekali gus mencetuskan persoalan tentang isu ketelusan walaupun Obama membuat janji dalam ucapannya pada minggu lalu tentang keselamatan negara bahawa beliau akan menjadi lebih telus berkaitan isu serangan antipengganas AS.

Serangan yang membunuh Waliur berusia 42 tahun itu merupakan yang pertama dilakukan selepas Obama mengumumkan garis panduan baharu tentang penggunaan dron itu.

Seorang lagi jurucakap White House, Josh Earnest kelmarin juga tidak membuat pengesahan tentang serangan yang membunuh Waliur tetapi beliau hanya menyatakan bahawa Obama berasa bertanggungjawab untuk melindungi tentera AS dalam peperangan di Afghanistan yang turut melibatkan Pakistan selain menyediakan perlindungan untuk askar-askar negaranya.

Dalam ucapan itu, Obama mengumumkan garis panduan baharu tentang dasar Presiden AS berhubung piawaian yang digunakan pentadbirannya apabila membuat keputusan untuk melancarkan serangan yang membawa kematian.

Piawaian itu termasuk garis panduan untuk melancarkan serangan hanya ke atas sasaran yang dianggap membawa ancaman terhadap keselamatan negara AS. Garis panduan itu turut menyatakan, serangan tersebut akan dilakukan jika sasaran serangan itu gagal untuk ditangkap.

Obama juga menyatakan keutamaannya untuk menggunakan tentera dan bukan CIA bagi tujuan melakukan serangan seumpama itu.

Bagaimanapun, Presiden AS itu memberi petunjuk bahawa CIA mungkin akan meneruskan kawalan program rahsia dron di tempat-tempat lain seperti Pakistan dan Yemen.

Pihak CIA telah mendapat kebenaran daripada pemerintah Yemen untuk melakukan serangan seperti itu.

Namun, dron agensi perisikan AS itu beroperasi tanpa mendapat kebenaran di Pakistan walaupun bakal Perdana Menteri negara itu, Nawaz Sharif menuntut supaya program dron tersebut ditamatkan.

Program penggunaan dron itu telah menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh sejak tahun 2004.

Menerusi program dron itu, puluhan militan termasuk Timbalan Ketua Al-Qaeda, Abu Yahya al-Libi terbunuh pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa pegawai AS berkata, ucapan Obama itu bertujuan untuk meredakan kontroversi berhubung serangan dron dengan membuat janji bahawa pihak tentera akan melancarkan serangan pada masa depan jika ia dianggap perlu dilakukan.

Beberapa pegawai AS juga menyatakan, serangan dron akan terus dilakukan dan ia akan dilancarkan di Pakistan dari Afghanistan atau dari lokasi tempat pergerakan Al-Qaeda serta sekutu-sekutunya beroperasi. Para pegawai itu turut memberitahu, pentadbiran pemerintah tempatan tidak mampu untuk bertindak balas berhubung serangan itu.

Dalam pada itu, seorang penganalisis keselamatan, Hasan Askari berkata, serangan dron itu akan meningkatkan tekanan ke atas Taliban kerana pergerakan itu tidak mampu untuk melancarkan serangan balas terhadap tentera AS.

"Ia merupakan satu tamparan buat Taliban Pakistan. Serangan itu menunjukkan kemampuan AS dan ia akan melakukan lebih banyak kesan psikologi terhadap Taliban," katanya. - AP/AFP

Pesawat ringan rempuh apartmen

Posted:

Pesawat ringan rempuh apartmen

Pesawat ringan rempuh apartmen


GAMBAR menunjukkan ekor sebuah pesawat ringan yang merempuh sebuah bangunan apartmen di Herndon semalam.- AP


Herndon, Virginia - Sebuah pesawat ringan dua tempat duduk merempuh dinding dan siling sebuah bangunan apartmen di sini awal semalam, kata pihak berkuasa.

Seorang juruterbang, penumpang dan seorang daripada enam orang yang sedang tidur di tingkat tiga sebuah unit apartmen itu mengalami kecederaan akibat rempuhan tersebut.

"Suami saya berasa bangunan itu bergoyang. Dia menggerakkan saya daripada tidur dan kemudian kami berlari," kata seorang penduduk, Glendanid Colon.

"Syukur kepada Tuhan. Semua orang selamat. Kebimbangan saya sebelum ini ialah pesawat tersebut akan meletup," tambahnya.

Empat orang dewasa dan dua kanak-kanak sedang tidur di dalam bangunan apartmen itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Beberapa pegawai berkata, juruterbang pesawat itu, William Larson, 61, dan seorang penumpangnya sedang terbang untuk melakukan kerja-kerja merakamkan gambarnya dari udara sebelum pesawat itu merempuh bangunan tersebut.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Philadelphia ke Manassas, Amerika Syarikat.

Larson dihantar ke Hospital Inova Fairfax dengan mengalami kecederaan yang serius.

Penumpangnya itu dirawat di tempat kejadian kerana mengalami cedera ringan.

Seorang wanita berusia 33 tahun yang tinggal di dalam bangunan tersebut juga dihantar ke hospital kerana mengalami kecederaan yang tidak membahayakan nyawa.

Punca nahas masih disiasat. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penjenayah guna kain rentang sebelum larikan wang daripada mesin ATM

Posted:

Penjenayah guna kain rentang sebelum larikan wang daripada mesin ATM

Penjenayah guna kain rentang sebelum larikan wang daripada mesin ATM

01/06/2013 7:10pm

KOTA BAHARU - Sejumlah RM217,950 wang tunai dilarikan penjenayah yang bertindak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik

(ATM) di Jalan Masjid Lama, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi tadi, penjenayah turut menggunakan kain rentang untuk menutup cermin Bangunan Tabung Haji yang menempatkan mesin ATM milik sebuah bank bagi mengelak perbuatan mereka daripada dikesan.

"Kejadian hanya disedari orang awam yang mahu menggunakan perkhidmatan mesin ATM itu pada 8.30 pagi. Berdasarkan kesan yang ditemui, mesin ATM itu dipecah menggunakan api gas oxy (Oxy-Acetylene)," katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata, siasatan akan diteruskan dengan bantuan kamera litar tertutup

(CCTV) dan kesan cap jari yang ditemui di tempat kejadian.

Selain itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang

melihat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan. - Bernama

PDRM terus pantau aktiviti di laman sosial

Posted:

PDRM terus pantau aktiviti di laman sosial

PDRM terus pantau aktiviti di laman sosial

01/06/2013 7:07pm

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau aktiviti di laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas

terhadap individu yang menggunakannya untuk melanggar perundangan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh setiap

aktiviti sama ada ia berunsur jenayah atau hasutan, dan sekiranya ada bukti yang kukuh, mereka akan bertindak tanpa memberi amaran.

"Kita tidak akan bagi amaran lagi kerana sudah banyak amaran yang diberi

malah selama ini juga, kita sudah tunjuk tindakan tegas, tidak perlu lagi

menghuraikan satu persatu apa yang perlu kita buat.

"Jika mereka jelas buat salah, kita akan terus laksanakan apa yang wajar,"

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi iaitu Mohd Akram Abd Rahim dan pasangannya, Shakira Mirza di kediaman rasmi Ketua Polis Negeri di Jalan Brown di sini hari ini. - Bernama

Isu keselamatan bot ekspres akan dibincangkan dalam masa terdekat

Posted:

Isu keselamatan bot ekspres akan dibincangkan dalam masa terdekat

Isu keselamatan bot ekspres akan dibincangkan dalam masa terdekat

01/06/2013 6:51pm

KUCHING - Kementerian Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak akan membincangkan aspek keselamatan bot ekspres pada satu mesyuarat bersama pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Michael Manyin berkata, mesyuarat itu akan mencari

langkah yang boleh diambil, antaranya bagi memastikan undang-undang dan

peraturan berkaitan keselamatan penumpang dan operasi bot ekspres dikuat kuasa.

"Kita tidak boleh menuding jari kepada Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dan

lain-lain pihak berkuasa kerana bukan mudah untuk menguatkuasakan undang-undang di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Hari Gawai anjuran Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Penari junior juga hebat

Posted:

Penari junior juga hebat

Penari junior juga hebat

PERSAINGAN begitu sengit saat menyaksikan keenam-enam kru yang layak ke peringkat separuh akhir mempamerkan aksi tarian luar biasa untuk melayakkan diri ke pentas akhir yang berlangsung pada Ahad lalu pukul 10 malam di 8TV.

Akhirnya, tiga kru kategori Showdown 2013 kategori Junior yang layak ke pentas akhir sudah diketahui gerangannya. Mereka adalah Stay Cool, Walawei dan Fresh Unity Crew. Tahniah diucapkan!

Ketiga-tiga kru itu dipilih oleh pihak juri yang terdiri daripada Maple Loo dan dua juri antarabangsa iaitu Bboy YNOT dari Amerika Syarikat dan juga Sheena Vera Cruz dari Filipina.

Begitupun, pihak juri mengakui sangat sukar memilih antara kru Walawei dengan kru Zeppo Youngster Crew ketika kedua-dua kru itu berentap namun, melihat pada pengalaman dan gerak tari yang lebih kemas serta solid, akhirnya Walawei dipilih ke pentas akhir.

Pemilihan kru Stay Cool pula dilihat berjaya mencuri perhatian juri mahupun penonton kerana mereka menyelitkan tarian tradisional seperti tarian ping, zapin dan hip hop ke dalam koreografi serta berjaya melakukan head spin dengan kemas.

Berbeza pula dengan kru Fresh Unity Crew, apabila mereka tampil dengan gerak tari yang lebih menarik berbanding pihak lawan.

Danish, Stay Cool cedera

Salah seorang anggota Stay Cool, Muhammad Danish Zakwan Mohd. Faidzal, mengalami sedikit gegaran di kepala apabila gerak tari yang memerlukannya melompat dan melakukan stand roll ke atas rakannya terlepas daripada tangan rakannya.

Akibatnya, kepala Danish terhentak ke lantai. Begitupun, remaja berusia 10 tahun itu bertindak selamba dan meneruskan tariannya termasuk berjaya melakukan head spin dengan sempurna.

Ungkap Danish, dia yang mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk mempelajari teknik melakukan head spin itu berasa puas hati dengan persembahannya.


JURI jemputan yang terdiri daripada Sheena Vera Cruz (kiri) dan Bboy YNOT memberi penilaian bersama juri tetap Maple Loo.


Mengakui akan lebih berhati-hati melakukan gerak tari untuk pentas akhir Showdown 2013 kategori Junior nanti, tutur Danish, dia tidak menyangka kru Stay Cool berjaya melayakkan diri ke pentas akhir pertandingan tersebut.

"Memang tidak sangka sebab The Impossible Crew banyak mempamerkan gerak tari Bboy dan kami menyangka juri antarabangsa iaitu Bboy YNOT akan memilih mereka. Tetapi ternyata rezeki berpihak kepada Stay Cool," luahnya teruja.

Ditanya mengenai persiapan Stay Cool beraksi di pentas akhir nanti, ulas Danish, buat masa ini mereka tidak mahu mendedahkan mengenai koreografi yang bakal dipamerkan.

Begitupun, ujarnya, guru tari Stay Cool iaitu Amirul (Bounce Stepperz) akan menghasilkan koreografi yang lebih kreatif berbanding ketika mereka beraksi di pentas separuh akhir.

"Tunggu sahaja kejutan daripada kami," ujarnya sambil menguntumkan senyuman.

Kemantapan Walawei

Ternyata keberanian Walawei menyertai Showdown 2013 kategori Junior selepas tidak berjaya ke peringkat akhir dalam Showdown 2012 membuahkan hasil. Ketika Showdown 2012, Walawei hanya mampu ke pentas separuh akhir.

Memperbaiki kelemahan mereka sebelum ini, Walawei akhirnya berjaya ke pentas akhir Showdown 2013.

Salah seorang ahlinya iaitu Nick Amirul Harith Nick Hamasholdin, 17, mendedahkan, disebabkan rasa tidak puas hati kerana tidak berjaya mara ke pentas akhir Showdown 2012, Walawei kembali ke Showdown 2013 kategori Junior dengan gerak tari yang lebih mantap, terutamanya ketika melakukan battle dengan kru lawan.

"Kami akui saingan sangat sengit ketika Showdown 2012 kerana masa itu Showdown tidak dipecahkan kepada kategori seperti sekarang ada kategori Junior, Terbuka dan juga kategori All Star. Waktu itu, semua peringkat umur bertanding dalam Showdown 2012.

"Bila kami dapat tahu Showdown 2013 ada kategori khas untuk junior, kami bersemangat untuk menyertainya. Namun kami tetap memantapkan gerak tari kami," ulasnya.

Ditanya siapakah yang menghasilkan koreografi untuk Walawei, ujar Nick, ia adalah idea dan kreativiti daripada ahli Walawei sendiri iaitu Ahmad Najib Badaruddin, 16. Selain itu, ahli lain juga banyak membantu dari segi memantapkan lagi koreografi tersebut.

Mengulas mengenai kemenangan Walawei ketika melakukan battle dengan kru Zeppo Youngster Crew, luah Nick, mereka berasa lega, seronok dan dalam masa yang sama sedih.


FRESH UNITY CREW berharap tuah menjadi milik mereka untuk bergelar juara pertama Showdown 2013 kategori Junior.


"Memang sedikit sedih dan kecewa apabila kami terpaksa battle dengan Zeppo Youngster Crew yang selama ini kami anggap sebagai adik-adik kami. Sebabnya, kami sentiasa melakukan latihan koreografi bersama dan tidak sangka dipilih untuk battle bersama pula," ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan menjelang final Showdown 2013 kategori Junior pula, ujar Nick, Walawei mungkin menjemput seorang penari terkenal atau hebat untuk bersama-sama menari bersama Walawei.

Nick turut berharap agar pembabitan Walawei dan juga kru-kru lain dalam Showdown 2013 kategori Junior dapat memberi inspirasi kepada remaja-remaja lain di luar sana untuk menyertainya pada masa akan datang.

Ujarnya lagi, menari juga adalah satu senaman dan ia sihat untuk dilakukan berbanding daripada melepak atau menghisap rokok.

Fresh Unity Crew tidak jangka

Berjaya melangkah kaki ke pentas akhir Showdown 2013 kategori Junior, Fresh Unity Crew akui tidak menjangkakan perkara itu.

Ujar salah seorang ahlinya, Afiq Danial Ramlan, 17, dia akui ketika battle dengan kru D'Jr Force, Fresh Unity Crew tidak cukup tenaga. Begitupun, Afiq lega kerana juri memilih mereka untuk ke pentas akhir.

"Kami sangat teruja kerana berjaya ke pentas akhir. Memang kami tidak jangkakan kemenangan ini kerana ketika battle, kami tidak cukup tenaga dan kelihatan kurang agresif, namun rezeki berpihak kepada kami juga," ujarnya.

Mengakui akan melakukan yang terbaik pada pentas akhir nanti, ulas Afiq, Fresh Unity Crew akan menyerapkan beberapa elemen baharu dalam koreografi yang akan dipersembahkan nanti.

Afiq juga berharap, koreografi mereka nanti berjaya mencuri hati juri, malah penonton pada malam final nanti.

Tasha sedia berkahwin

Posted:

Tasha sedia berkahwin

Tasha sedia berkahwin

TASHA mengakui dia dan Mahali masih menjalinkan hubungan sebagai kawan.


BEBERAPA bulan lalu nama pelakon muda Tasha Shilla meletus gara-gara gosip yang mengaitkan aktres filem Ratu itu dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Bagaimanapun, cerita itu kembali reda selepas Tasha memberikan kenyataan berhubung status hubungannya dengan Mahali yang disifatkan sekadar berkawan.

Bertemu kembali dengan pemilik nama Natasha Sheila Abd Razak, 26, pada pertunjukan fesyen Amazing Red Kurung, Kebaya & Hijab di The Weld, Kuala Lumpur, Kosmo! mendapatkan pelakon itu bertanyakan perkembangan hubungan mereka.

Jelas Tasha, mereka masih dalam peringkat berkawan seperti sebelum ini dan dia membuka ruang hatinya untuk jejaka yang ingin berkenalan dengannya.

"Kami masih berkawan lagi, bukan sebab kisah kontroversi yang pernah timbul sebelum ini sekali gus menyebabkan kami bertindak untuk berjauhan.

"Tempoh enam bulan belum cukup untuk saya mengatakan kami akan mengambil langkah seterusnya. Saya kurang selesa untuk berbicara mengenai perkara ini," bicara Tasha.

Tambahnya: "Mahali juga tak selesa apabila cerita-cerita hubungan kami dihebah-hebahkan. Sedikit sebanyak cerita yang timbul mengganggu fokusnya.

"Dia juga bimbang kalau nanti katakanlah dia tidak mampu beraksi dengan baik di padang, orang akan salahkan saya pula dan menganggap kononnya hubungan kami membuatkan prestasinya menurun.

"Saya tidak suka hebahkan perkara sebegini demi menghormati dan menjaga karier masing-masing."


PINTU hati Tasha masih terbuka untuk sebuah ikatan cinta.


Calon suami

Tasha dalam pada itu menyifatkan Mahali memiliki kriteria lelaki yang diidamkan iaitu seorang yang jujur serta ikhlas berkawan dan sentiasa memikirkan masa hadapan.

Ditanya adakah Tasha dan Mahali berjumpa dalam tempoh terdekat selepas keluar cerita yang mengaitkan mereka berdua sebelum ini, jawab Tasha, mereka tidak berkesempatan gara-gara sibuk dengan kerja masing-masing.

Bagaimanapun, Tasha mendedahkan, dia tidak pernah berhenti untuk membuka pintu hatinya kepada jejaka lain yang cuba mendapatkan cinta daripada dirinya.

"Saya masih membuka pintu hati saya kepada sesiapa sahaja yang serius dalam perhubungan. Saya tiada masa nak bercinta dan apabila ada lelaki yang betul-betul mahu membina sebuah keluarga, saya bersedia.

"Sehingga kini masih belum bertemu lagi calon yang sesuai, yang ada pun semuanya hanyalah kawan sahaja. Sekarang ini saya mahu fokus dengan kerjaya dan mencari calon suami yang betul-betul boleh membimbing saya," kata Tasha lagi.

Dalam perkembangan lain, Tasha memberitahu, dia baru sahaja usai menjalani penggambaran drama bersiri Epilog Cinta Khirana untuk slot Samarinda TV3.

Malah dia juga kini sedang mempersiapkan diri untuk berada di set penggambaran telefilem Cintaku Bibikku untuk tayangan RTM1.

"Alhamdulillah, jadual saya sampai Hari Raya Aidilfitri sudah penuh dengan penggambaran.

"Kemungkinan bulan puasa ini saya akan kembali berniaga biskut raya Tasha Shilla Cookies seperti tahun-tahun sebelum," katanya teruja.- KHAIRUL AMRI HASSAN

Si-won nafi pukul isteri

Posted:

Si-won nafi pukul isteri

Si-won nafi pukul isteri


RYU SI-WON mendakwa isterinya sengaja menabur fitnah terhadap dirinya.


AKTOR terkenal Korea Selatan, Ryu Si-won menafikan dia telah bertindak ganas dengan memukul isterinya.

"Saya terkejut dituduh memukul isteri," tegasnya kepada media Korea Selatan baru-baru ini.

Tambahnya: "Dalam apa juga kes, keganasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan begitu juga dengan tuduhan terhadap saya itu."

Ekoran itu, Si-won membuktikan bahawa tuduhan terhadap dirinya itu tidak benar sama sekali.

Si-won mendakwa, isterinya sengaja membuat dakwaan tersebut bagi menguatkan permohanannya untuk bercerai dengan dirinya. Perbicaraan kes perceraian mereka sebenarnya telah ditunda buat sementara waktu.

Ujar Si-won lagi: "Setakat ini, saya fikir tidak perlu memberi reaksi (terhadap dakwaan memukul isteri), tetapi kini saya harus bangkit untuk menampilkan apa yang benar, khususnya buat anak saya."

Pada Februari tahun ini, isteri Si-won yang hanya dikenali sebagai Cho memfailkan saman mendakwa dia telah diugut suaminya itu.

Mereka berkahwin pada Oktober, 2010 dan memiliki seorang anak perempuan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 31 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tradisi istimewa jamuan teh dan kek diraja

Posted:

Tradisi istimewa jamuan teh dan kek diraja

Tradisi istimewa jamuan teh dan kek diraja

SUASANA di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur sepanjang minggu ini meriah dengan ketibaan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang disambut secara rasmi pada hari ini.

Pelbagai acara diatur bagi meraikan hari penuh bersejarah kepada Seri Paduka Baginda dan seluruh rakyat Malaysia. Hari ini, berlangsungnya istiadat penganugerahan darjah kebesaran kepada beberapa penerima terpilih.

Ironinya, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong disambut secara rasmi pada setiap hari Sabtu pertama bulan Jun tanpa mengambil kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu yang sedang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Begitupun, pengisian acara kebesaran melibatkan protokol masih dilaksanakan dan mengikut panduan yang sama pada setiap tahun. Majlis persembahan kek dan Jamuan Teh Diraja antara acara tradisi yang masih diteruskan dari tahun ke tahun setiap kali menjelangnya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Kosmo! berpeluang mengikuti raptai penuh bagi Jamuan Teh Diraja yang bakal berlangsung esok (Ahad) pada pukul 3 petang hingga 5 petang. Meskipun majlis tersebut berkonsep santai, namun protokol dan pergerakan acara masih mengikut istiadat dan berjalan secara teratur.

Dewan Santapan Istana Negara baharu itu bakal dipenuhi jemputan dalam kalangan orang kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Dianggarkan kira-kira 3,000 tetamu bakal menghadiri jamuan tersebut.

Di sebalik kesibukan persiapan Jamuan Teh Diraja itu, barangkali ramai yang tertanya-tanya, siapakah yang bertanggungjawab di sebalik juadah yang dihidangkan kepada para jemputan?

Antara pihak yang terlibat menyediakan juadah bagi Jamuan Teh Diraja itu ialah Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Selama lebih 20 tahun hotel tersebut terlibat secara langsung dalam penyediaan hidangan jamuan tersebut.

"Selama kami menjayakan Jamuan Teh Diraja ini, konsep yang ditetapkan selalunya ditentukan menerusi kombinasi cadangan pihak hotel dan permintaan daripada pengurusan Istana Negara.


KEK berbentuk kereta api antik hasil kreatif Hotel The Zone Regency, Johor Bahru antara kek kreatif yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.


"Menyediakan hidangan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong sering menjadi kebanggaan kami. Setiap persediaan yang kami lakukan untuk majlis ini dijalankan dengan teliti," ujar Pengarah Komunikasi Kawasan, Hotel Shangri-La, Datuk Rosemarie Wee.

Difahamkan, Shangri-La bakal menyajikan hidangan berupa sate ayam dan daging, pelbagai jenis dim sum, daging wagyu teriyaki, spageti olio makanan laut, creme brulee mini dan kek keju vanila Perancis mini.

Sambil barisan tentera segak berbaris di luar pintu utama Dewan Santapan, raptai Jamuan Teh Diraja kemudiannya diisi dengan dendangan lagu Negaraku yang berkumandang megah di segenap dewan.

Pada hari esok, seperti yang dimaklumkan, para jemputan akan turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi senior, Nassier Wahab.

Persembahan 25 kek

Sementara itu, pada 29 Mei lepas, telah berlangsung majlis persembahan kek sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda. Sebanyak 25 kek mengisi ruang legar Dewan Santapan, Istana Negara yang datangnya daripada hotel dan beberapa syarikat gergasi tanah air.

Pelbagai bentuk dan dekorasi kek disajikan buat tatapan Seri Paduka Baginda yang turut ditemani Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada acara tahunan tersebut.

Antara yang mencuri tumpuan ialah kek bertema kampung hasil kerja keras pasukan pastri daripada Hotel Maya, Kuala Lumpur. Kek yang mencecah berat hampir 50 kilogram (kg) itu memakan masa selama dua minggu untuk dihasilkan.

Enam buah rumah kampung kayu dibentuk menggunakan coklat dan diukir halus pada bahagian atapnya bagi menambah sentimen desa pada pemanis mulut itu.

"Pokok-pokok kelapa sawit, air terjun dan lori yang membawa muatan kayu balak juga kami tambah ke dalam hiasan kek ini agar nilai kampung itu lebih dirasai," ujar chef pastri Hotel Maya, Sydney de Alwis kepada Kosmo!.

Sydney menerangkan, pada awal proses penghasilan kek itu, dia bersama lima ahli pasukannya menyediakan tapak kek terlebih dulu. Menjadikan kek mentega sebagai asas perisa, bahagian itu kemudiannya itu disalut bersama gula bagi mengekalkan ketahanan rasa dan teksturnya.

"Menyediakan hiasan-hiasan yang kecil itu paling memakan masa. Kami perlu menghasilkan hiasan ekstra sebagai simpanan sekiranya hiasan asal rosak dan patah sebelum sempat dipersembahkan," tambah Sydney.

Difahamkan, sebanyak 6kg mentega, 6kg tepung, 6kg gula, 15kg fondant dan 120 biji telur ayam digunakan bagi menghasilkan kek yang memakan kos hampir RM3,000 itu.


PASUKAN pastri Hotel Maya (kiri) dan pasukan pastri Hotel Impiana KLCC (kanan) antara 25 hotel dan syarikat yang mengambil bahagian dalam acara persembahan kek sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong tahun ini.


Tuanku tertarik

Idea unik Hotel Impiana KLCC pula memberi kenangan manis bagi pasukan pastri mereka apabila persembahan kek tersebut menerima reaksi positif daripada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong.

Tema Memori pilihan hotel tersebut menyaksikan kek mentega itu sarat dengan perhiasan foto-foto Tuanku bersama Raja Permaisuri Agong yang menggamit kenangan indah pasangan diraja itu.

"Tuanku meluangkan masa yang lebih sedikit ketika mengunjungi meja kami. Seri Paduka Baginda tertarik dengan pemilihan lapan keping foto yang kami gunakan dan paling menggembirakan apabila Raja Permaisuri Agong sendiri mengingatkan baginda tentang momen daripada foto-foto tersebut.

"Meskipun kek kami tampak pelik daripada jauh, namun kelainan yang kami tonjolkan itulah menjadikan kek kami unik dan menarik perhatian Tuanku. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain golf, Seri Paduka Baginda juga seorang yang suka melancong dan mengambil gambar.

"Jadi tema ini cuba mengetengahkan hobi Seri Paduka Baginda yang kurang diberi perhatian masyarakat," kongsi wakil chef Hotel Impiana, Suhaimi Md. Salleh.

Kek hasil ciptaan pasukan pastri yang terdiri daripada Chef Bustami Osman, Harithah Hassanmudin, Looi Li Ping, Mohd. Fairuz Izdhihar dan Mohd. Fadzil Khalid itu adalah seberat 25kg.

Tambah Suhaimi, tapak asas bagi kek tersebut turut ditukar sehari sebelum persembahan kek dijalankan ekoran penggunaan warna yang kurang menonjolkan.

Protes berendam dalam lumpur

Posted:

Protes berendam dalam lumpur

Protes berendam dalam lumpur


LELAKI ini berharap penderitaan mereka mendapat pembelaan dunia.


PULUHAN penduduk Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia berkumpul di daerah itu hujung Mei lalu sebagai memperingati tahun ketujuh perkampungan mereka dilanda bencana lumpur panas. Mereka memacakkan pelbagai papan tanda serta patung orang-orang sebagai protes di atas penderitaan dan kemusnahan kediaman di situ.

Beberapa orang penduduk yang lebih ekstrem melompat masuk ke dalam kelopak-kelopak lumpur sambil berendam, berbaring dan menangis.

"Ia adalah lambang penderitaan tujuh tahun kami apabila perkampungan kami hilang begitu sahaja dalam sekelip mata," ujar seorang penduduk yang enggan dikenali.

Semuanya bermula kira-kira tujuh tahun lalu apabila sebuah syarikat gas tempatan, PT Lapindo Brantas memulakan projek cari gali gas di Sidoarjo yang terletak di selatan Surabaya.

Fasa pertama projek itu berjalan lancar, bagaimanapun ketika ia memasuki fasa kedua melibatkan pengerudian sejauh 2,834 meter di bawah tanah, berlaku letusan kecil yang mengandungi campuran air, wap dan gas tidak jauh daripada lokasi berkenaan.

Letusan itu berterusan selama beberapa hari disusuli limpahan lumpur panas dipercayai berpunca daripada lingkaran gunung berapi bawah tanah. Ia terus merebak sehingga memusnahkan harta benda dan kediaman penduduk.

Seramai 14 orang terbunuh manakala 30,000 penduduk di beberapa perkampungan terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.


SEORANG lelaki mengangkat barang di sebuah perkampungan Sidoarjo yang kini bertukar seperti padang jarak padang tekukur.


Berpuluh-puluh kampung dengan lebih 10,000 kediaman musnah manakala sekolah, kilang dan pejabat turut tidak terkecuali menerima impak limpahan yang berlaku.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan impak limpahan itu seperti membina tembok, menimbus bebola konkrit ke dalam kawah dan sebagainya.

Namun begitu, kawasan yang berdekatan dengan lokasi limpahan lumpur terpaksa dikosongkan kerana ia tidak lagi selamat.

Penduduk menyalahkan aktiviti cari gali gas yang dilakukan sebelum ini sebagai punca kepada permasalahan itu, namun dinafikan oleh PT Lapindo Brantas.

Lebih-lebih lagi keputusan Mahkamah Agung pada 2 April 2009 yang lalu menyatakan punca limpahan itu disebabkan bencana alam sekali gus membebaskan syarikat itu daripada tanggungjawab membayar ganti rugi kepada penduduk.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan

Posted:

Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan

Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan

PARA petugas media dan kakitangan Sunway Carnival Mall bergambar pada pertandingan badminton persahabatan di Pulau Pinang baru-baru ini.


SEMANGAT. Kira-kira 30 pengamal media dan kakitangan pusat beli-belah, Sunway Carnival Mall beraksi pada Pertandingan Badminton Bersama Media 2013 di Sunway Sports Centre, Sunway Perdana, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Aktiviti itu diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara kakitangan Sunway Carnival Mall dan pengamal media di Pulau Pinang.

Antara yang mengambil bahagian ialah pasukan daripada Utusan Malaysia, Kosmo! dan Sin Chew Daily.

Juara pertandingan itu menjadi milik beregu daripada Sin Chew Daily manakala naib juara dimenangi beregu Guang Meng Daily.

BAKAL GURU. Seramai 3,988 graduan menerima ijazah pada majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran kali ke-3 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.

Mereka merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari bidang Sains, Pengajian Sosial serta Pendidikan Islam.

Upacara penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud dalam ucapannya berkata, kesemua bakal guru itu perlu menyiapkan diri dengan disiplin ilmu perguruan bagi menyahut cabaran dalam menuju ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia.

"Cabaran yang akan dihadapi dari semasa ke semasa semakin kompleks terutama dalam usaha untuk mencapai Wawasan Pendidikan Negara pada tahun 2020," katanya.

Yayasan Sime Darby serah RM1.06 juta kepada PPOBM

Posted:

Yayasan Sime Darby serah RM1.06 juta kepada PPOBM

Yayasan Sime Darby serah RM1.06 juta kepada PPOBM


ZAITOON (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Sheikh Shahwalludin (dua kanan) dan Jaafar (kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


AMAL. Sejumlah RM1.06 juta telah disumbangkan oleh Yayasan Sime Darby kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) dalam usaha membantu menghasilkan al-Quran dan bahan bacaan lain dalam tulisan Braille.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Datin Paduka Zaitoon Datuk Othman kepada Pengerusi PPOBM, Datuk Sheikh Shahwalludin Sheikh Mohd. Yusof di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Yang Dipertua PPOBM, Jaafar Md. Isa.

Menurut Zaitoon, sumbangan itu akan membantu PPOBM membeli 10 buah mesin percetakan, pelbagai perisian seperti pengimbas optik dengan aplikasi Braille serta perisian terjemahan.

"Sebanyak 10 tajuk bahan bacaan telah dikenal pasti untuk dicetak dalam tulisan Braille dan kesemua buku tersebut akan diedarkan ke cawangan PPOBM di seluruh negara apabila siap kelak," katanya.

Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan

Posted:

Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan

Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan


SEBAHAGIAN daripada graduan IPG bergambar selepas menerima ijazah masing-masing di Putrajaya baru-baru ini.


SEMANGAT. Kira-kira 30 pengamal media dan kakitangan pusat beli-belah, Sunway Carnival Mall beraksi pada Pertandingan Badminton Bersama Media 2013 di Sunway Sports Centre, Sunway Perdana, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Aktiviti itu diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara kakitangan Sunway Carnival Mall dan pengamal media di Pulau Pinang.

Antara yang mengambil bahagian ialah pasukan daripada Utusan Malaysia, Kosmo! dan Sin Chew Daily.

Juara pertandingan itu menjadi milik beregu daripada Sin Chew Daily manakala naib juara dimenangi beregu Guang Meng Daily.

BAKAL GURU. Seramai 3,988 graduan menerima ijazah pada majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran kali ke-3 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.

Mereka merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari bidang Sains, Pengajian Sosial serta Pendidikan Islam.

Upacara penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud dalam ucapannya berkata, kesemua bakal guru itu perlu menyiapkan diri dengan disiplin ilmu perguruan bagi menyahut cabaran dalam menuju ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia.

"Cabaran yang akan dihadapi dari semasa ke semasa semakin kompleks terutama dalam usaha untuk mencapai Wawasan Pendidikan Negara pada tahun 2020," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Model ketujuh MINI

Posted:

Model ketujuh MINI

Model ketujuh MINI

Oleh SHAWKATH AZDE

AWAL tahun 1994 menyaksikan pengeluar kenderaan premium Jerman iaitu BMW AG menyempurnakan pengambilalihan Rover Group di Britain.

Langkah itu diambil sebagai salah satu usaha mengembangkan rangkaian produk sedia ada.

Rover Group pada ketika itu memiliki beberapa jenama yang popular seperti Land Rover, Rover, MG, Triumph dan MINI. Rancangan asal adalah untuk mengabungkan Rover Group ke dalam BMW AG.

Namun, pelan itu gagal dizahirkan. BMW AG bertindak melupuskan jenama kenderaan di bawah Rover Group pada tahun 2000. Hanya jenama MINI sahaja dikekalkan di bawah BMW AG hingga hari ini.

Tahun 2001 menyaksikan pengenalan semula kenderaan MINI ke pasaran global. Kali ini, ia bukan lagi sebuah kereta kompak seperti era 1960-an. Tetapi telah diposisikan sebagai produk premium dalam segmen kompak.

Di bawah naungan BMW AG, sebanyak enam model MINI generasi baharu telah dihasilkan. Model itu ialah Hatchback, Clubman, Convertible, Countryman, Coupe dan Roadster.

Sewaktu pameran Detroit Auto Show 2011, MINI mengetengahkan sebuah model konsep iaitu MINI Paceman yang menimbulkan persoalan sama ada ia bakal sampai di saluran pengeluaran atau sebaliknya.

Segmen SAC

Naib Presiden Kanan Koordinasi Perniagaan dan Pengurusan Jenama MINI, Dr. Kay Segler pada pertengahan tahun lalu mengesahkan Paceman ialah model ketujuh MINI.

Baru-baru ini, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan MINI Paceman ke pasaran tempatan. Buat masa ini, hanya satu varian sahaja ditawarkan iaitu MINI Cooper S Paceman.

Paceman dikategorikan dalam segmen Sport Activity Coupe (SAC) dan lahir daripada platform MINI Countryman.

Untuk makluman, Countryman ialah sebuah crossover kompak dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dilancarkan di negara ini pada Mac 2011.

Perbezaan fizikal ketara antara MINI Paceman dan Countryman adalah jumlah pintu dan kerusi bahagian belakang.

Paceman didatangkan dengan dua pintu dan empat tempat duduk. Sementara Countryman pula memiliki empat pintu dengan kapasiti lima tempat duduk.

Wajah hadapan Paceman adalah sama seperti model Countryman. Bumbung jentera coupe itu ada iras-iras model Range Rover Evoque. Setakat ini, Paceman belum ada pesaing secara langsung.


Ruang kargo seluas 330 liter boleh ditingkatkan kepada 1,080 liter dengan menurunkan kerusi belakang.


Paceman membawa beberapa inovasi terbaharu ke dalam rangkaian kenderaan MINI. Pembaharuan paling ketara adalah adaptasi set lampu belakang yang diletak secara melintang.

Sebelum ini, semua model MINI generasi baharu dilengkapi set lampu yang memanjang ke bawah.

MINI Cooper S Paceman juga tampil sebagai produk MINI pertama di negara ini yang mempunyai plat nama di bahagian belakang.

Tindakan itu disifatkan tepat pada masanya memandangkan rangkaian produk dan pasaran MINI sudah berkembang ke dalam beberapa segmen baharu.

Pertumbuhan positif

Malah permintaan untuk kereta itu di Malaysia juga menunjukkan trend peningkatan. Buktinya, tempoh empat bulan tahun ini merekodkan pertumbuhan serahan kenderaan sebanyak 14 peratus.

"Pada tahun ini, sebanyak 121 buah MINI telah diserahkan berbanding 106 buah MINI pada tempoh yang sama tahun lepas," kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

MINI Cooper S Paceman dipasang enjin petrol empat silinder dan suspensi sport untuk mengekalkan warisan pemanduan go-kart dan berprestasi.

Satu butang sport didatangkan bersama model itu untuk meningkatkan keseronokan pemanduan di bandar.

Apabila butang itu ditekan, ia akan mengaktifkan program sport yang ditala khas dan mengubah respons enjin termasuk menambah kuasa ketika gear ditukar.

Bahagian kabin memaparkan susun atur kemas dengan mengekalkan ciri-ciri tipikal seperti panel instrumen meter dan meter laju bulat pada bahagian tengah papan pemuka.

Pembaharuan hanya melibatkan pemasangan butang kawalan tingkap pada bahagian panel pintu dan rekaan baharu corong pendingin hawa.

Susun atur kerusi belakang mengadun konsep ruang istirehat dengan ruang bahu dan kepala yang luas serta boleh diselaras.


METER laju berbentuk bulat ditempatkan di bahagian tengah papan pemuka yang memaparkan pelbagai maklumat semasa kepada pemandu.


Berhubung ruang kargo pula, kapasiti sedia ada adalah 330 liter. Ia boleh ditingkatkan kepada 1,080 liter dengan menurunkan kerusi belakang.

MINI Cooper S Paceman ialah produk pertama dalam rangkaian MINI yang didatangkan bersama ciri penuh MINI Connected termasuklah Mission Control.

Mission Control berfungsi memaparkan pelbagai maklumat berhubung perkembangan semasa sistem operasi kereta kepada pemandu. Tambahan lain ialah sistem radio MINI Visual Boost dan skrin paparan LCD 6.5 inci.

Didatangkan dalam lima pilihan warna termasuk dua warna baharu iaitu biru dan tembaga, model itu ditawarkan pada harga RM288,888 seunit.

Harga itu adalah atas jalan tidak termasuk insurans dan meliputi pakej servis MINI Tender Loving Care.

Sewaktu majlis pelancaran model itu, Pils mengumumkan bahawa pihaknya bakal melaksanakan rancangan pemasangan tempatan (CKD) MINI di kilang pengeluaran di Kulim, Kedah.

Pengeluaran MINI CKD itu dijadualkan bermula pada akhir tahun ini. Ia hanya untuk pasaran Malaysia dan masih belum ada rancangan untuk dieksport ke negara jiran.

Sumber memberitahu model CKD pertama ialah MINI Countryman. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Yamaha FZ150i Jamboree Malaysia 2013

Posted:

Yamaha FZ150i Jamboree Malaysia 2013

Yamaha FZ150i Jamboree Malaysia 2013


SERAMAI 250 peserta bersiap sedia untuk memulakan kunjungan amal ke Kampung Charok,di Sik Kedah.


SERAMAI 250 pemilik motosikal Yamaha FZ150i dari seluruh negara menjayakan aktiviti Yamaha FZ150i Jamboree Malaysia 2013 ke Baling, Kedah baru-baru ini.

Program perhimpunan peringkat kebangsaan itu dianjurkan oleh kelab Fzian Utara dengan tajaan dan kerjasama Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM).

Acara itu bukan sekadar satu lagi kembara motosikal. Tetapi ia turut membabitkan program amal, selain dapat merapatkan hubungan silaturahim dan meningkatkan skil tunggangan para pesertanya.

Pengurus Projek Yamaha FZ150i Jamboree Malaysia 2013, Shuib Sidek berkata, Baling dipilih sebagai destinasi kunjungan bagi menjadikan acara kali ini lebih santai dan boleh memberi khidmat kepada masyarakat luar bandar.

Acara itu disertai oleh empat orang wakil kelab Yamaha dari Medan, Indonesia. Jadi, mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan hubungan menerusi aktiviti bermotosikal.

Bengkel tunggangan Yamaha Safety Riding Science (YSRS) juga telah dijalankan oleh HLYM.

Selain menonton video, peserta diajar dengan teori tunggangan yang betul. Misalnya cara membrek, mengenali kawasan titik buta di sekeliling kenderaan empat roda, kepentingan topi keledar berkualiti dan banyak lagi.

Para peserta kemudian melakukan ujian litar YSRS yang melibatkan aktiviti meniti atas titi bengkang-bengkok, slalom dan membrek. Acara itu dikendalikan oleh Penyelia Servis dan YSRS HLYM, Jalaludin Kadri.

Pada hari kedua, peserta konvoi membuat kunjungan amal ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Umu Sabariah (Perkaya Musaba) di Kampung Charok Sik, Baling.

Satu majlis penyerahan sumbangan oleh HLYM berbentuk barangan seperti katil, tilam dan bantal disempurnakan. Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Perancangan Produk HLYM, Steven Chin kepada Pengurus Perkaya Musaba, Sukri Abd. Shukor.

Perkaya Musaba didiami oleh 35 orang kanak-kanak yang berusia di antara lapan hingga 17 tahun. Mereka ialah ialah anak yatim dan kanak-kanak lembam. Rata-rata penghuni berasal dari Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak.

Sempena ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, penghuni Perkaya Musaba memerlukan sumbangan untuk perbelanjaan berbuka puasa dan membeli baju raya.

Bagi mereka yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 02050000453104 (atas nama Perkaya Musaba) atau akaun Maybank 552107608991 (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Umu Sabariah).

Sumbangan barangan atau urusan lain boleh dibuat secara langsung dengan menghubungi Sukri di talian 019-4745 388.

Bengkel ideal untuk pemilik kereta Korea

Posted:

Bengkel ideal untuk pemilik kereta Korea

Bengkel ideal untuk pemilik kereta Korea


JANGAN lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai promosi menarik sempena acara perlumbaan F1.


BAGI para pemilik kenderaan jenama Korea, anda kini mempunyai pilihan lebih luas untuk menyelenggara atau membaik pulih kenderaan, selain mengunjungi pusat servis pengeluar asal.

Alternatif terbaharu itu ditawarkan oleh Korean Car Mates menerusi dua buah cawangannya yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor dan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Korean Car Mates Glenmarie yang terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park menawarkan perkhidmatannya kepada para pemilik kenderaan Korea dari kawasan Petaling Jaya, Subang, Shah Alam dan Klang. Ia adalah pelengkap kepada cawangan sedia ada di Jalan Ipoh.

Bengkel Korean Car Mates memiliki reputasi sebagai antara terbaik di Kuala Lumpur. Ia turut menyediakan penasihat servis yang berpengalaman di Glenmarie. Caj anggaran untuk perkhidmatan turut dipaparkan di premis itu. Harganya agak berpatutan.

Sewaktu mengunjungi Korean Car Mates Glenmarie, anda akan disambut oleh penasihat servis untuk mendapatkan khidmat nasihat. Turut disediakan untuk keselesaan anda ialah ruang istirehat, kemudahan Astro dan WiFi serta minuman ringan atau kopi percuma.

Anda juga akan diberikan satu buku rekod servis kenderaan Korean Car Mates secara percuma. Segala baik pulih dan servis akan direkod dalam buku tersebut.

Sempena ketibaan musim perlumbaan Formula 1, Korean Car Mates menawarkan beberapa promosi istimewa. Misalnya, setiap perbelanjaan RM1,000 dalam satu resit, anda layak membeli sebotol minyak enjin sintetik penuh 5W/30 jenama Korea pada harga RM1.

Pakej lain yang disediakan termasuklah pemeriksaan 19 poin dengan minyak sintetik dan penapis minyak bermula pada harga RM169.

Tidak lupa juga pakej tali sawat pemasaan (timing belt) serendah RM299 berserta jaminan jarak perbatuan 60,000 kilometer. Harga bergantung kepada jenis model kenderaan.

Jika mahu menikmati pakej keahlian Korean Car Mates, anda perlu membayar RM199 (pakej emas) atau RM499 (pakej platinum). Keahlian itu membolehkan anda mendapat diskaun untuk alat ganti dan servis bagi tempoh setahun.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved