Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan
- Yayasan Sime Darby serah RM1.06 juta kepada PPOBM
- Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan
Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan Posted: Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan
SEMANGAT. Kira-kira 30 pengamal media dan kakitangan pusat beli-belah, Sunway Carnival Mall beraksi pada Pertandingan Badminton Bersama Media 2013 di Sunway Sports Centre, Sunway Perdana, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. Aktiviti itu diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara kakitangan Sunway Carnival Mall dan pengamal media di Pulau Pinang. Antara yang mengambil bahagian ialah pasukan daripada Utusan Malaysia, Kosmo! dan Sin Chew Daily. Juara pertandingan itu menjadi milik beregu daripada Sin Chew Daily manakala naib juara dimenangi beregu Guang Meng Daily. BAKAL GURU. Seramai 3,988 graduan menerima ijazah pada majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran kali ke-3 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini. Mereka merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari bidang Sains, Pengajian Sosial serta Pendidikan Islam. Upacara penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud dalam ucapannya berkata, kesemua bakal guru itu perlu menyiapkan diri dengan disiplin ilmu perguruan bagi menyahut cabaran dalam menuju ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia. "Cabaran yang akan dihadapi dari semasa ke semasa semakin kompleks terutama dalam usaha untuk mencapai Wawasan Pendidikan Negara pada tahun 2020," katanya. | |
Yayasan Sime Darby serah RM1.06 juta kepada PPOBM Posted: Yayasan Sime Darby serah RM1.06 juta kepada PPOBM![]() ZAITOON (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Sheikh Shahwalludin (dua kanan) dan Jaafar (kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini. AMAL. Sejumlah RM1.06 juta telah disumbangkan oleh Yayasan Sime Darby kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) dalam usaha membantu menghasilkan al-Quran dan bahan bacaan lain dalam tulisan Braille. Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Datin Paduka Zaitoon Datuk Othman kepada Pengerusi PPOBM, Datuk Sheikh Shahwalludin Sheikh Mohd. Yusof di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir Yang Dipertua PPOBM, Jaafar Md. Isa. Menurut Zaitoon, sumbangan itu akan membantu PPOBM membeli 10 buah mesin percetakan, pelbagai perisian seperti pengimbas optik dengan aplikasi Braille serta perisian terjemahan. "Sebanyak 10 tajuk bahan bacaan telah dikenal pasti untuk dicetak dalam tulisan Braille dan kesemua buku tersebut akan diedarkan ke cawangan PPOBM di seluruh negara apabila siap kelak," katanya. | |
Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan Posted: Sunway Carnival Mall, media anjur badminton persahabatan![]() SEBAHAGIAN daripada graduan IPG bergambar selepas menerima ijazah masing-masing di Putrajaya baru-baru ini. SEMANGAT. Kira-kira 30 pengamal media dan kakitangan pusat beli-belah, Sunway Carnival Mall beraksi pada Pertandingan Badminton Bersama Media 2013 di Sunway Sports Centre, Sunway Perdana, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. Aktiviti itu diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara kakitangan Sunway Carnival Mall dan pengamal media di Pulau Pinang. Antara yang mengambil bahagian ialah pasukan daripada Utusan Malaysia, Kosmo! dan Sin Chew Daily. Juara pertandingan itu menjadi milik beregu daripada Sin Chew Daily manakala naib juara dimenangi beregu Guang Meng Daily. BAKAL GURU. Seramai 3,988 graduan menerima ijazah pada majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran kali ke-3 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini. Mereka merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari bidang Sains, Pengajian Sosial serta Pendidikan Islam. Upacara penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud dalam ucapannya berkata, kesemua bakal guru itu perlu menyiapkan diri dengan disiplin ilmu perguruan bagi menyahut cabaran dalam menuju ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia. "Cabaran yang akan dihadapi dari semasa ke semasa semakin kompleks terutama dalam usaha untuk mencapai Wawasan Pendidikan Negara pada tahun 2020," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan