Sabtu, 24 November 2012

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pandangan tajam anak seni sejati

Posted:

Pandangan tajam anak seni sejati

Pandangan tajam anak seni sejati

EMAN dan Wan Hanafi sama-sama merupakan pelakon bertaraf seniman dunia perfileman, namun masing-masing mempunyai karakter yang berbeza.


Eman Manan dan Wan Hanafi Su merupakan dua nama yang cukup kuat dalam industri perfileman tempatan. Sudah pasti filem yang menampilkan dua figura bertaraf seniman negara ini cukup untuk memberi pandangan awal bahawa naskhahnya bukan calang-calang.

Pengalaman bertahun lamanya dalam bidang lakonan, membuatkan dua figura ini semakin lali melihat arus seni tanah air yang saban hari bertukar mengikut peredaran zaman.

Sementelah, wajah-wajah baharu yang bersilih ganti mewarnai bidang lakonan tempatan.

Bagaimanapun, jika ingin dibandingkan dengan pelakon dari zaman kegemilangan Eman dan Hanafi Su sendiri, tidak dinafikan kebanyakan mereka memang terkenal dengan bakat yang ada pada diri membuatkan diri dikenali dan diterima sehingga kini.

Mendekati Eman dan Wan Hanafi di set penggambaran filem terbaharu lakonan mereka di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini, sememangnya mereka berdua mempunyai karakter yang sangat berbeza.

Wan Hanafi sangat peramah manakala Eman pula agak serius ketika memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

Walaupun kini dilihat banyak filem yang semakin rancak ditayangkan di pawagam namun ada yang dilihat kurang berkualiti memandangkan terlalu mengetengahkan nilai komersial bagi menarik penonton hadir ke panggung.

Adakah itu membuatkan industri perfileman kita masih lagi di tahap tidak memuaskan dan belum cukup untuk bersaing dengan negara jiran seperti Thailand contohnya yang mana industri mereka telah berjaya memecah masuk pasaran antarabangsa? Eman dan Wan Hanafi membicarakan tentang perkara itu.

Nilai komersial perlu dalam filem - Wan Hanafi Su

"Nilai komersial itu sangat diperlukan sebenarnya dalam sesebuah filem. Namun ia akan menjadi lebih mantap jika punya lakonan yang kuat, watak yang dipercayai dan kelebihan yang outstanding, maka orang akan ingat juga filem tersebut walaupun ia kurang menonjolkan nilai komersial," jelas Wan Hanafi yang tidak lokek berkongsi maklumat sepanjang sesi temu ramah berlangsung.

Walaupun memiliki bakat yang luar biasa, namun namanya tidak begitu popular setanding dengan bakat yang ditonjolkan lelaki berusia 62 tahun ini.

Menjawab persoalan berkaitan isu tersebut, bukan senang mahu merubah sesuatu apabila masyarakat sudah biasa disajikan dengan nilai komersial.

"Bukan semua filem memerlukan aktor yang kacak atau aktres yang cantik dan seksi. Apakah kita hanya perlukan hero yang kacak sahaja? Ada juga hero yang kurang kacaknya mampu berlakon lebih baik dari yang kacak tadi," jawabnya ringkas.

Tambahnya, sebagai seorang pelakon, memilih adalah keperluan, namun bukanlah terlalu memilih kerana yang paling penting bagi empunya diri ialah penggarap filem itu sendiri kerana kelak ia akan memudahkan perbincangan dua hala.

"Seseorang aktor mahupun aktres itu perlu tahu informasi tentang watak yang ditawarkan kepadanya.

"Pemilihan pengarah juga akan menyenangkan proses perbincangan kelak. Walaupun saya memang minat filem seni, namun, sebagai pelakon, saya masih lagi akan menerima jika ditawarkan berlakon dalam filem komersial," tutur anak kelahiran Terengganu ini.

Bijak menilai

Bagi pelakon senior ini, dia lebih menggemari filem yang berunsur seni dan diambil sebagai contoh yang terbaharu, Bunohan yang kurang diterima oleh masyarakat namun telah berjaya menempah kejayaan di persada antarabangsa.

"Memang filem-filem seperti ini yang kita harus perbanyakkan kerana kita perlu mengajar audiens untuk ke panggung dua tiga kali oleh sebab filem seperti ini memerlukan penghayatan yang lebih.


LIMA tenaga lakonan penting filem Laga (dari kiri), Eman Manan, Tyas Mirasih, Syazwan Zulkifly, Zaidi Omar dan Wan Hanafi.


"Ini boleh dikategorikan sebagai masalah kurang apresiasi yang masih belum dapat diselesaikan di kalangan penonton tempatan kita. Saya akui, masyarakat masih memerlukan masa untuk menerima filem-filem berseni seperti ini.

"Namun saya percaya penonton kini semakin bijak menilai antara kualiti dan nilai komersial semata-mata. Sejak kebelakangan ini, saya dapat rasakan penilaian penonton Malaysia sudah bertukar," bicara Wan Hanafi.

Dia membuat kesimpulan bahawa pokok pangkalnya, semuanya berbalik kepada kru produksi dan bagaimana cara pengarah itu sendiri bekerja.

Pelakon perlu ilmu, bukan bakat semata-mata - Eman Manan

Lain pula pendapat Eman yang telah meraih pelbagai anugerah sepanjang bergelumang dalam industri lakonan.

Bakat lakonannya tidak dapat dinafikan lagi oleh sesiapa yang pernah bekerjasama dengannya.

Menjawab melalui pengalaman yang ditimbanya, tutur pemilik nama sebenar, Abd. Manan Embong ini, pelakon bukan hanya perlu bersandarkan pada rupa dan bakat namun ilmu juga penting bagi seseorang individu yang ingin menggelarkan diri sebagai seorang penggiat seni.

"Saya dari dahulu merasakan bidang lakonan bukan bidang bakat semata-mata tapi perlu punya ilmu serta kini telah wujud banyak institusi yang mengajar ilmu yang betul tentang lakonan. Perkembangan yang sihat berlaku dalam industri lakonan kini.

"Ramai generasi baharu yang muncul yang mana perempuannya cantik dan begitu juga lelaki.

"Memang tidak dinafikan filem memerlukan imej yang menarik untuk memberi kepuasan kepada penonton sendiri," tegasnya serius tentang perkembangan yang berlaku dalam industri lakonan.

Tambahnya: "Walaupun percambahan generasi baharu amat memberansangkan, namun apa yang kurang dalam industri perfileman merupakan penggarap yang mampu menghasilkan karya. Maka oleh sebab itu, ia dianggap sebagai sesuatu yang merugikan pada industri."

Industri paling lembab

Walaupun kini industri perfileman di Malaysia dilihat semakin rancak perkembangannya, namun ujar Eman, ia masih lagi merupakan antara industri yang paling lembap jika ingin dibandingkan dengan industri perfileman di negara lain.

"Oleh sebab itu, ia tidak dapat meyakinkan para pelabur untuk meletakkan pelaburan dalam bidang ini. Bidang ini juga merupakan bidang yang penting untuk kita dikenali dunia. Sampai bila kita hanya ingin melihat karya luar sahaja yang mendominasi negara kita.

"Sebagai contoh, tidak perlu kita bezakan industri kita dengan Hollywood, hanya ambil yang negara jiran seperti Thailand. Karya mereka sememangnya telah sampai dan sering diiktiraf hingga ke tahap antarabangsa," jelasnya aktor yang sentiasa serius terhadap apa yang dituturnya.

Apabila ditanya tentang tawaran yang diterimanya kali ini untuk filem Laga, ujar Eman, selain kariernya sebagai seorang pelakon, dia juga amat menyukai karya arahan Ismail Yaacob ini.

Menerusi filem ini, selain Wan Hanafi, Eman turut bergandingan dengan nama-nama besar yang lain seperti Nasir Bilal Khan, Rosyam Nor serta pelakon yang sedang meningkat naik, Syazwan Zulkifly.

Selain itu, filem ini juga bakal menampilkan aktres Indonesia, Tyas Mirasih yang pertama kali dibawa untuk berlakon di Malaysia.

Farid tergamam Diana cepat hamil

Posted:

Farid tergamam Diana cepat hamil

Farid tergamam Diana cepat hamil

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


FARID dan Diana selamat bergelar suami isteri pada 3 November lalu.


SELEPAS 16 hari menjalani akad nikah, pasangan pelakon terkenal tanah air, Farid Kamil dan Diana Danielle telah mengejutkan peminatnya apabila Diana mengumumkan dalam laman sosial Twitter dan Instagram Isnin lalu bahawa dia sudah hamil.

Namun, tiada pengesahan lanjut mengenai kehamilan pasangan ini dan mereka lebih selesa berdiam diri selain menerima banyak ucapan tahniah peminat mereka berdua di laman sosial berkenaan.

Farid ketika ditemui di majlis tayangan media filem terbaharunya, Lagenda Budak Setan 2 - Katerina di GSC Pavillion, Kuala Lumpur semalam, mengatakan bukan niat dirinya untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung hal berkenaan.

Sebaliknya dia dan Diana mengambil pendekatan untuk tidak terlalu gembira disebabkan usia kandungan Diana masih baharu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Farid yang berlakon sebagai Kasyah bergandingan dengan aktres terkenal, Maya Karin sebagai Katerina dalam filem yang bakal ditayangkan 29 November itu nanti menjawab segala pertanyaan media mengenai usia kandungan Diana itu.

Kosmo!: Selepas Diana umumkan dia hamil kenapa Farid berdiam diri dan gagal dihubungi media?

FARID: Saya sebenarnya tidak mengambil pendekatan mendiamkan diri ketika itu (ketika Diana mengumumkan dirinya hamil di instagram). Sebaliknya saya lebih kepada tergamam sebab kehamilan boleh diuji dengan sepantas itu.

Adakah anda terkejut dengan berita itu?

Ketika Diana beritahu saya tentang hal itu, saya berasa pelik dan bangga macam mana boleh tahu (kehamilan) secepat itu. Dia terangkan kepada saya satu persatu dan kata Diana, dia telah menggunakan alat pengesan kehamilan yang canggih dan mahal untuk mendapat keputusan ujian (pengesahan kehamilan) secepat itu.

Adakah anda dan Diana sudah membuat pengesahan di hospital?

Belum lagi, sebab masih terlalu awal, kami kahwin pun baru dekat sebulan.

Anda seperti tidak gembira dan tidak seperti pasangan lain yang teruja apabila isteri mengandung?

Saya rasa masih terlalu awal untuk bergembira. Kawan-kawan saya nasihatkan jangan terlalu teruja bagi elak apa-apa tidak elok berlaku, yang penting sekarang jaga Diana elok-elok dulu.

Adakah sekarang Diana sudah ada tanda mual-mual seperti ibu mengandung lain?

Setakat ini masih belum ada. Saya tidak nampak tanda-tanda seperti muntah tetapi dia lebih sensitif seperti biasa.

Adakah selepas ini Diana akan tangguhkan niat untuk sambung belajar di Australia?

Dia sudah dapat tawaran sambung belajar itu. Saya masih berdiam diri kerana terserah kepada keadaan, kami masih belum bincang apa-apa, tengok macam mana selepas kami balik bulan madu Disember depan.

Apakah perasaan Farid sekarang, tidakkah anda teruja untuk bakal mempunyai anak sendiri?

Benda-benda ini pada mulanya saya tidak sangka akan dapat anak seawal ini. Saya masih dalam perasaan sebagai seorang suami tiba-tiba ada ucapan tahniah untuk bergelar bapa pula. Saya tidak mahu terlalu gembira sebaliknya banyak berdoa untuk keselamatan Diana dan anak.

Adakah anda tidak sangka akan dapat anak seawal ini?

Saya masih agak keliru apabila tahu pengesahan ini. Perasaan itu lebih menjurus kepada terkesima untuk faham keadaan ini.

Maklumat terkini tentang majlis resepsi perkahwinan anda?

Sebelah Diana di Kuala Lumpur akan diadakan pada

1 Disember dan di Kedah pada 12 Disember.

Uut Permatasari pilih Posan

Posted:

Uut Permatasari pilih Posan

Uut Permatasari pilih Posan


POSAN TOBING, UUT Permatasari(gambar kecil)


UUT Permatasari sebelum ini pernah merancang untuk mengahwini pemain drum The Titans, Tom Tom sekitar tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak kesampaian dan putus di tengah jalan.

Tidak lama selepas itu, Uut bertemu dengan bekas pemain drum band Kotak, Posan Tobing dan secara tidak langsung mereka dikaitkan bercinta.

Bagaimanapun, hingga kini soal hubungan mereka masih menjadi tanda tanya dan Uut sendiri enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.

"Posan hanya teman baik saya, kami memang rapat. Sudah-sudahlah, usah terlalu dibicarakan mengenai cerita ini," katanya kepada portal hiburan Oktavita.com baru-baru ini.

Meskipun mengaku sekadar berkawan rapat, penyanyi dangdut itu kelihatan ceria apabila diusik pertanyaan mengenai Posan yang juga merupakan pemain drum band The Winner.

"Posan itu rocker yang hebat, kalau ada dekat dengan dia saya akan berasa sangat gembira," katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Utami Suryaningsih itu. dia kini sudah bersedia untuk membuka hatinya untuk bercinta selepas berdepan trauma membatalkan pernikahannya sebelum ini.

"Tidak semua pemuzik mempunyai perangai serupa dan kita tidak boleh menghakimi mereka semua begitu, untuk kenal sifat mereka kita perlu kenal lebih dekat," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 23 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rahul teruskan legasi moyang

Posted:

Rahul teruskan legasi moyang

Rahul teruskan legasi moyang

BERMULA dengan pembelian 20 hektar tanah di Simpang Pulai, Perak, seorang lelaki dari India, Shuparshad Bansal Agarwal menjadi perintis kepada perniagaan ladang teh yang unggul di Cameron Highlands.

Bermodalkan RM8 untuk setiap ekar tanah yang dibeli pada tahun 1933, lelaki yang menghembuskan nafas terakhir pada umur 35 tahun itu menyerahkan pengurusan perniagaan kepada adik-beradiknya.

Anak kepada mendiang Shuparshad, Datuk Seri Brijkishore Agarwal hanya berumur sembilan tahun pada waktu itu. Beberapa tahun kemudian, pada usia 20 tahun, Brijkishore bersama bapa saudaranya, Nandkishore berganding bahu memajukan perusahaan ladang teh.

Kematian Nandkishore menjadikan Brijkishore pemilik mutlak perniagaan keluarga tersebut yang kemudiannya dinamakan Shuparshad & Sons. Beliau juga individu yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama teh Chop Rusa yang sinonim dalam kalangan penduduk tempatan tanah tinggi Cameron.

Pembekal teh

Di bawah bimbingan Brijkishore, ladang teh tersebut diperluaskan kepada 647 hektar menjadikan tiga ladang secara keseluruhan. Selaku produk tempatan, ia hanya berfungsi sebagai pembekal teh kepada beberapa jenama.

"Meskipun hari ini kita sudah mula menjengah pasaran dengan jenama sendiri, kita masih menjadi pembekal kepada beberapa jenama lain. Namun hanya teh yang berkualiti digunakan.

"Teh masih berada di peringkat sasaran untuk pelancongan. Bagi menjadikan ia jenama pengguna untuk pasaran besar ia memakan masa yang panjang dan kita sedang berada dalam fasa tersebut," jelas Pengarah Urusan Bharat Group, Rahul Agarwal, 28, yang merupakan generasi keempat dalam perniagaan keluarga tersebut.

Jika Brijkishore menjadi perancang utama dalam pembinaan empayar teh Cameron itu, pemikiran moden Datuk Kesav Kumar juga tidak wajar dipandang enteng. Anak lelaki Brijkishore itu telah mengubah hampir keseluruhan pengurusan bisnes keluarga itu mengikut kesesuaian masa.


ASRAMA yang menempatkan sebahagian pekerja terletak di dalam kawasan ladang teh.


Entiti perniagaan diubah kepada sebuah syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.). Hal itu menimbulkan jurang prinsip antara Brijkishore dan Kesav. Hasil kebijaksanaan Kesav dan adiknya, Datuk Vinod Kumar Agarwal, tertubuhlah sebuah perniagaan teguh dengan label nama Cameron Valley di bawah penerajuan Bharat Group pada tahun 1998.

"Menguruskan ladang teh memerlukan pemahaman teliti. Latar belakang pendidikan kami pun bukanlah daripada jurusan pengurusan perniagaan dan tiada sekolah menawarkan pelajaran pengurusan teh.

"Semua pengetahuan tentang teh perlu dikuasai berdasarkan pengalaman dan apa yang diajar oleh mendiang bapa dan datuk dahulu. Saya mengambil masa lebih sedekad bagi memahirkan diri tentang konsep ladang teh.

"Selepas bapa meninggal dunia pada tahun 2006 saya mula berfikir untuk meminta bantuan anak-anak bagi menyambung legasi ini. Usia saya juga kian meningkat jadi sudah tiba masa bagi mereka mempelajari selok-belok perniagaan," ujar Kesav yang kini berusia 55 tahun.

Pengurusan ladang

Setakat ini, terdapat lebih 300 pekerja terlibat dalam pengurusan harian ladang tersebut. Setiap 100 hektar ladang diuruskan empat orang dan setiap daripada mereka bertanggungjawab memastikan hasil setiap pokok dibawa ke kilang untuk diproses.

Menurut Kesav, pekerja-pekerja mereka perlu menjalani latihan selama tiga hingga empat bulan kerana bagi mengenal pasti daun teh terbaik untuk dipetik memerlukan kemahiran tinggi.

Tambah beliau, setiap pokok boleh mengeluarkan hasil sebulan sekali dan daunnya mampu mencecah berat 5 kilogram (kg). Selepas menjalani pemprosesan pula, serbuk teh daripada satu pokok hanya seberat 1 kg.

Berbalik kepada Rahul, menyentuh soal perbezaan teh tanah tinggi dan tanah rendah, beliau menyatakan, pokok teh yang ditanam pada ketinggian 1,219 meter ke atas adalah yang terbaik. Teh tanah rendah lazimnya kurang aroma.


CONTOH daun teh yang terbaik untuk dipetik dan memiliki kualiti yang baik.


"Anda boleh membezakan kedua-dua jenis teh ini ketika anda merasanya. Kesemua teh kami ditanam di kawasan tanah tinggi. Bagi memastikan kualitinya terjaga, setiap cawan teh yang dibuat perlu memberikan rasa yang sama.

"Kami akan memastikan kualiti teh Cameron Valley kekal seperti sekarang walaupun ia memasuki pasaran luas kelak. Tidak lama lagi kita juga akan memperkenalkan produk baharu yang dihasilkan menerusi teknik khas.

"Ia merupakan daun-daun teh terpilih yang dipetik di kawasan-kawasan terbaik. Daun-daun teh itu menerima hujan dan cahaya matahari dengan sempurna dan ia diproses secara berasingan," ungkap Rahul graduan undang-undang dari Universiti Cornell, New York, Amerika Syarikat (AS).

Pengurus ladang, Francis Xavier, 46, memberitahu, daun teh yang dipetik perlu mempunyai tunas di tengah yang diapit dua daun. Kualiti daun pula dapat dikesan berteraskan kehijauan dan kesegarannya. Daun yang berpenyakit akibat serangga perosak mempunyai tompokan seakan-akan kulat. Penggunaan daun teh tua pula tidak salah namun grednya agak rendah.

"Pekerja-pekerja kami menggunakan mesin khas bagi mengumpulkan daun teh matang. Cara memangkas pucuk teh juga masih menggunakan kaedah lama yang memasukkan daun teh ke dalam bakul yang digalas di belakang.

Pangkas kaedah lama

"Cara klasik mungkin memakan masa tetapi daun teh yang dipetik lebih berkualiti dan proses memilih daun yang baik lebih singkat.

"Seawal dinihari pekerja kami keluar ke ladang memetik teh dan menjelang tengah hari, kesemua hasil telah dibawa ke kilang. Daun-daun teh yang siap dipilih kemudiannya ditimbang sebelum melalui fasa pemprosesan menggunakan mesin," jelas Francis yang arif tentang pengurusan kesemua ladang di bawah Bharat Group.


PETA menunjukkan kedudukan tiga ladang teh utama (dalam bulatan) di Cameron Highlands.


Pada musim puncak, daun-daun teh yang dipetik mampu mencecah 15,000 kg dalam satu hari. Bagaimanapun, selepas melalui pemprosesan hanya 23 peratus daripada jumlah itu menjadi produk akhir manakala selebihnya ialah air.

Daun-daun teh mentah yang masih basah perlu melalui proses pengeringan pada suhu 230 darjah Celcius ke atas selama 25 minit. Daun-daun tersebut akan dihancurkan dengan mesin bagi memisahkan daun dan batang yang tidak diperlukan.

Tiga proses tersebut akan menukar daun-daun yang dipetik menjadi serbuk teh yang siap untuk dibawa ke bahagian pembungkusan. Bahan-bahan buangan hasil pemprosesan itu pula digunakan semula sebagai baja pokok-pokok teh.

Seorang pekerja warga Bangladesh yang ditemui di ladang itu, Nironyyon Kumar, 30, pula menyatakan kilang pemprosesan mereka masih menggunakan kayu sebagai bahan bakar berbanding kebanyakan tempat yang tampil moden dengan penggunaan gas.

"Penggunaan kayu lebih baik kerana ia mesra alam dan kualitinya lebih baik.," kongsi Nironyyon yang sudah berkhidmat selama 14 tahun di ladang itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


75 pelatih Selawa tamat latihan

Posted:

75 pelatih Selawa tamat latihan

75 pelatih Selawa tamat latihan


ABDUL GHANI (empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian 75 pelatih Selawa selepas majlis penyampaian sijil tamat kursus di Ipoh baru-baru ini.


ANUGERAH. Seramai 75 pelatih Sekolah Latihan Wanita (Selawa) sesi 2009 dan 2012 menerima sijil masing-masing selepas berjaya menamatkan kursus intensif kemahiran wanita peringkat asas dan lanjutan mereka baru-baru ini.

Sepanjang latihan di pusat latihan milik penuh Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP), pelatih didedahkan dengan praktikal bersepadu melibatkan kemahiran asas seperti memasak, menjahit, solekan, dandanan rambut, kemahiran komputer dan pendidikan agama.

Timbalan Yang Dipertua PSIP, Datuk Abdul Ghani Ngah berkata, pihaknya kini membuka pendaftaran pelatih baharu bagi sesi Januari 2013 dan yuran bulanan sebanyak RM120 dikenakan.

"Setiap pelajar yang menamatkan pengajian akan dianugerahkan sijil PSIP yang diiktiraf oleh pihak industri dan pendaftaran boleh dibuat terus ke kompleks PSIP di Ipoh," katanya.

Kakitangan IPPT ikuti program tingkatkan integriti

Posted:

Kakitangan IPPT ikuti program tingkatkan integriti

Kakitangan IPPT ikuti program tingkatkan integriti


SEBAHAGIAN daripada kakitangan IPPT yang mengikuti program Integriti Memperkasakan Budaya Kerja Cemerlang di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


TAMBAH ILMU. Seramai 40 kakitangan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menyertai program Integriti Memperkasakan Budaya Kerja Cemerlang baru-baru ini.

Program anjuran Unit Perhubungan Awam IPPT dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) itu berlangsung di Dewan Kuliah Pejabat Akademik IPPT Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pegawai Perhubungan Awam IPPT, Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid berkata, peserta berpeluang mengikuti ceramah disampaikan oleh Urus Setia Perunding YaPEIM berkaitan penyelesaian masalah di tempat kerja.

Katanya, program tersebut bertujuan melahirkan lebih ramai warga kerja yang berakhlak mulia menerusi motivasi yang diberikan.

70 kanak-kanak Tadika PPKK terima sijil tamat pengajian

Posted:

70 kanak-kanak Tadika PPKK terima sijil tamat pengajian

70 kanak-kanak Tadika PPKK terima sijil tamat pengajian


ROSLINDA menyampaikan sijil tamat pengajian kepada salah seorang kanak-kanak dari PPKK Pasir Pekan majlis graduasi dan konsert 2012 di Kota Bharu baru-baru ini.


GRADUASI. Seramai 70 kanak-kanak berumur enam tahun dari Tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) menerima sijil tamat pengajian pada majlis Graduasi dan Konsert 2012 yang diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu baru-baru ini.

Majlis penyampaian sijil tersebut disampaikan oleh Pengetua PPKK, Roslinda Abdul Rahman.

Kanak-kanak tersebut melibatkan empat cawangan PPKK iaitu Kota Bharu, Wakaf Che Yeh, Pengkalan Chepa dan Pasir Pekan.

Beberapa acara diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut seperti persembahan puclic speaking, dikir barat, tarian Gangnam Style dan praktikal solat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tangan putus dikisar mesin

Posted:

Tangan putus dikisar mesin

Tangan putus dikisar mesin

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

DI kedai inilah Aisy Mirza kehilangan tangan kirinya hingga paras bahu akibat dikisar mesin pemerah santan di Kota Bharu semalam.(gambar kecil:AISY MIRZA ketika sihat.)


KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki kini terpaksa membesar dalam keadaan sukar apabila tangan kirinya putus dan hancur akibat dikisar mesin pemerah santan di Kok Lanas di sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Aisy Mirza Mahadi, 3, kehilangan tangan kirinya hingga ke paras bahu.

Ketika kejadian, terdapat beberapa pekerja lain dan pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membeli santan.

Difahamkan, tangan anak tunggal pasangan Mahadi Mustapa, 29, dan Nik Nur Aiza Rozali, 26, itu gagal diselamatkan dan doktor hanya dapat membalut tulang bahu yang tersembul sahaja untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman.

Mengimbau semula kejadian itu, Nik Nur Aiza berkata, ketika kejadian dia berada di belakang kedai untuk mencuci beberapa peralatan dan pada masa sama meninggalkan anaknya di dalam premis bersama mesin yang tidak dimatikan suisnya.

Katanya, beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi kecoh selain suara Aisy Mirza menjerit memanggilnya.

"Saya yang tidak menyangka apa-apa kemudian terkejut apabila mendapati tangan kiri anak saya berlumuran darah, putus dan hancur dikisar mesin tersebut. Saya hanya mampu kata 'hilang dah tangan anak aku.. hilang dah tangan anak aku'.

"Dalam keadaan lemah, saya kuatkan juga semangat untuk memangku Aisy Mirza dan membalut tempat luka dengan kain sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan menaiki motosikal bersama seorang teman. Bagaimanapun, anak saya tidak meraung atau menangis sebaliknya dia hanya merengek dan memanggil nama saya," ceritanya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kereta remuk, pemandu cedera

Posted:

Kereta remuk, pemandu cedera

Kereta remuk, pemandu cedera


BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang dipandu Ainul Ashikin selepas terlibat dalam kemalangan.


LEDANG - Seorang wanita hanya cedera di bahu walaupun kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya remuk dan terbalik dengan kesemua tayarnya ke atas dalam kemalangan di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Lebuh Raya Ayer Keroh Melaka Jasin dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila kereta dipandu Ainul Ashikin Ismail, 26, terbabas lalu merempuh tembok jalan dan tiang elektrik ketika dalam perjalanan dari Melaka ke rumahnya di Muar.

Saksi kejadian, Daud Yusof, 53, berkata, selepas mangsa memotong motosikal yang ditunggangnya sejauh 20 meter, dia melihat kereta itu hilang kawalan lalu merempuh tembok jalan dan tiang lampu.

"Sebaik dihampiri, saya lihat pemandu kereta itu tersepit. Saya dan penduduk kampung cuba membantu mengeluarkannya tetapi gagal sebelum kami menghubungi bomba," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dahulu juara pop kini nasyid

Posted:

Dahulu juara pop kini nasyid

Dahulu juara pop kini nasyid

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


AMENG (empat dari kanan) beramah mesra dengan pegawai penjara selepas menjuarai Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kumpulan Voices of Prison yang diketuai oleh Ameng Spring dan masih menjalani hukuman penjara, muncul johan Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 di Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail bersama empat lagi rakan banduan berjaya menewaskan 11 kumpulan lain menerusi lagu Insafi Diri.

Kejayaan tersebut menyaksikan kumpulan berkenaan mengharumkan nama Penjara Kluang di Johor yang sebelum ini meraih tempat ketiga pada pertandingan tahun lalu.

Mereka menerima hadiah piala pusingan dan senaskhah Al-Quran.

Ameng Spring yang dahulunya terkenal dengan lagu Sampai Hati sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.

Ketika ditemui pemberita, banduan yang berusia 44 tahun itu berkata, penat jerih dia dan ahli kumpulan menjalani latihan selama tiga bulan berbalas dengan kejayaan tersebut yang disifatkan cukup manis.

"Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid," katanya.

Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Penjara Kajang di Selangor manakala tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Henry Gurney, Melaka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Kereta eco jimat minyak

Posted:

Kereta eco jimat minyak

Kereta eco jimat minyak

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

MIRAGE mempunyai sejarah yang agak bersimpang-siur. Ini kerana ia dijual menggunakan nama Colt dan Lancer Fiore, bergantung kepada pasaran yang dimasukinya. Itu belum dicampur dengan keadaan di mana nama itu hilang buat seketika dan diberi nafas baharu sejak kebelakangan ini.

Di Malaysia, Mirage pernah ditawarkan sebagai sebuah model kompak Colt sekitar tahun 1980-an. Namun, model yang mempopularkan Mirage sebenarnya ialah Proton Satria. Berdasarkan kepada pembacaan, Satria sebenarnya dibina oleh Proton berdasarkan kepada model Mirage/Colt yang popular pada tahun 1990-an.

Model itu kemudian senyap dalam tempoh yang agak lama sehinggalah Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan model kompak Colt pada tahun 2006. Ditawarkan pada harga kira-kira RM121,000 seunit, memang ia agak mahal untuk sebuah kereta kompak. Hasilnya, tidak ramai yang mahu atau mampu untuk membeli Colt.

Walaupun kecil, Mirage/Colt menawarkan pemanduan yang sporty bersama unit enjin berkuasa. Namun, Mirage baharu nampaknya lari terus daripada konsep asalnya. Malah, kenyataan itu diakui sendiri oleh Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar Korporat, Pejabat Asia & ASEAN, Operasi Luar Negara Kumpulan, Masahiko Kobayashi.

"Buat masa sekarang, MMC (Mitsubishi Motor Corporation) memang tidak ada perancangan untuk menghasilkan Mirage yang lebih berkuasa atau sporty," jelas Kobayashi.

Kenyataan itu dikeluarkan sewaktu pelancaran rasmi Mirage baharu di ibu negara pada Isnin lalu. Lebih menarik lagi, Presiden MMC, Osamu Masuko hadir untuk merasmikan majlis pengenalan Mirage yang boleh dianggap sebagai model penting buat jenama Mitsubishi di Malaysia.


MITSUBISHI Motors Malaysia yakin Mirage merupakan model penting yang akan memacu pertumbuhan jualan kenderaan Mitsubishi di Malaysia.


CBU Thailand

Dihasilkan di kilang Mitsubishi di Thailand, jentera kompak itu menerima pengecualian cukai sempena polisi kenderaan eco yang memberi banyak kelebihan kepada kenderaan kompak dan jimat minyak di sana.

Sebagai sebuah kereta eco, Mirage dikuasakan oleh unit enjin tiga silinder DOHC bersesaran 1.2 liter yang turut dilengkapi oleh sistem MIVEC. Enjin berkod 3A92 itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 78PS dan tork puncak 100Nm @ 4,000 rpm.

Memang sekali lihat ia macam kurang berkuasa. Tetapi harus ingat bahawa enjin itu menggerakkan tubuh kenderaan yang cukup ringan atau lebih tepat lagi 850 kilogram (kg) sahaja untuk versi automatik dan 825kg (manual).

Hasilnya, penggunaan bahan apinya cukup mengagumkan. Diukur menggunakan Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru (New European Driving Cycle, NEDC), Mirage mampu mencapai tahap penggunaan bahan api 21 klometer bagi setiap liter! Catatan itu sebenarnya sudah hampir sama dengan beberapa model hibrid kompak yang ada di pasaran tempatan.

Ditanya mengenai pesaing rapatnya, MMM menyatakan, Mirage merupakan produk unik yang tiada pesaing secara langsung. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda ada menyebut Perodua Myvi dan Suzuki Swift sebagai model yang mungkin boleh dijadikan sebagai perbandingan.


PELAPIK yang melindungi barang anda daripada mudah diintai oleh orang lain.


Mirage nyata mendapat sambutan memberangsangkan di Thailand. Sehingga kini, Mitsubishi sudah menerima tempahan sebanyak 45,000 unit sejak dilancarkan pada Mac lalu. Pasaran Jepun juga menyaksikan maklum balas positif apabila 12,000 unit Mirage ditempah pelanggan mulai Ogos 2012.

Berbanding pasaran Thailand yang lebih meriah, MMM hanya menawarkan Mirage dalam tiga varian iaitu transmisi manual dan automatik yang dibezakan oleh ciri-ciri tertentu. Versi manual dikenali sebagai GL dan ditawarkan pada harga RM56,980 seunit. Sementara varian automatik GL CVT dan GS CVT pula dijual pada harga RM61,980 dan RM64,980 sebuah (di atas jalan termasuk insurans).

Pakej Aksesori

Mungkin ada yang beranggapan reka bentuk Mirage kurang menarik dan terlalu ringkas. Jangan bimbang, untuk menjadikan Mirage anda lebih personal dan menarik MMM menawarkan pelbagai aksesori. Pilih sahaja sama ada pakej Aero berharga RM1,999 pakej Chrome (RM750), penutup tangki minyak Ralliart (RM150) atau tempat duduk kulit (RM1,500). Pasti penampilan Mirage anda lebih bergaya.

"Pengenalan Mirage sememangnya menjadi momen penting dalam perjalanan kami di Malaysia. Mirage merupakan model paling tepat dalam usaha kami bersaing dalam segmen B hatchback bukan nasional. Kami menyasarkan perkongsian pasaran sebanyak 20 peratus dalam segmen tersebut," kata Oda dalam nada optimis.

MMM meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 400 unit Mirage sebulan. Nampaknya, sasaran itu agak selamat memandangkan tempahan yang diterima setakat ini sejak 1 Oktober lalu sudah melebihi 500 unit.


ENJIN 12 injap tiga silinder sebaris bersesaran 1.2 liter yang mampu menawarkan kuasa sewajarnya.


Dianggap sebagai kenderaan bukan nasional paling murah setakat ini, rakyat Malaysia memilih untuk memiliki varian GS CVT yang hadir dengan pakej lengkap. Buktinya, 90 peratus membeli varian itu berbanding dua lagi varian yang kurang aksesorinya.

Di samping jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), pembeli juga diberikan pakej penyelenggaraan selama setahun atau 20,000km yang meliputi alat ganti, minyak enjin dan kos buruh.

Setelah agak senyap kebelakangan ini, MMM nampaknya sedia untuk kembali bangkit. Syarikat itu yakin sasaran jualan 13,000 unit kenderaan dapat dicapai menjelang tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2013. Keyakinan itu berpaksikan kepada pengenalan Mirage dan varian-varian baharu model sedia ada.

Satu lagi perkembangan menarik yang harus diketahui adalah MMM sudah mengumumkan perancangan aktiviti pemasangan komponen terurai (CKD) model-model Mitsubishi.

"Untuk terus berkembang di pasaran Malaysia, kami meletakkan misi menjalankan operasi CKD menjelang akhir 2013," kata Oda tanpa mengulas lanjut mengenai model apa yang akan dipasang di sini dan siapakah rakan kerjasamanya.

RX8 RE Amemiya

Posted:

RX8 RE Amemiya

RX8 RE Amemiya

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


BAHAGIAN belakang nyata menyerlah apabila dipasang dengan GT wing karbon daripada J'S Racing.


JUJUR saya katakan, saya sebenarnya tidak pernah suka dengan kereta ini. Saya juga percaya bahawa ramai peminat tegar model-model Japan Domestic Market (JDM) tidak boleh menerima konsep moden siri Mazda RX8 yang DNA asalnya ialah sebuah sport FR yang ringan, pembahagian berat 50-50 dan paling penting enjin rotary dengan turbo.

Masalah dengan RX8 adalah ia terpaksa dicipta dalam persekitaran yang tidak sama dengan model RX7. Tahun 2003 tidak sama dengan undang-undang pencemaran dan keselamatan tahun 1993.

Justeru, apabila mengambil kira faktor-faktor yang menyusahkan itu, maka lahirlah enjin SE3P tanpa turbo. Hendak lagi praktikal, badan coupe asal RX dibuat menjadi empat pintu. Ia tidak dipanggil sedan, tetapi quad coupe.

Reka bentuk kereta ini pun nampak pelik. Namun, bagi pasaran yang pilihan kereta-kereta sport semakin sedikit, RX8 akhirnya mendapat tempat dalam kalangan peminat JDM. Itu pun setelah kereta ini hendak ditamatkan pengeluarannya.

Kereta ini milik Mohd Iskandar Mokhtar dari Shah Alam, Selangor. Ia merupakan versi Zenki atau pre facelift model pertama keluaran 2003. Sebenarnya, model Kouki RX8 pun tidaklah terlalu banyak bezanya. Kalau anda tergolong dalam kalangan yang memang suka main bodykit, beli model awal pun tidak mengapa. Jimat belanja dan boleh simpan duit untuk perkara lain.

Jelas sekali bahawa Iskandar bukanlah jenis pemandu yang suka memandu laju. Atas sebab itu jugalah dia memilih untuk membeli model automatik.

Ia bukanlah sesuatu yang melucukan apabila sebuah kereta sport kecil dipasang dengan transmisi automatik. Sebabnya, model RX7 Efini dahulu pun ada versi automatik. Bagi sesiapa yang pernah memandu atau memilikinya, pasti akan teringat tentang penggunaan minyak yang langsung tidak menjimatkan.

Enjin RX8 berwarna putih ini juga langsung tidak diubah suai. Hanya unit komputer ECU sahaja yang dipetakan semula bagi mendapatkan lengkuk tork lebih awal. Sekali lagi, jentera ini bukannya digunakan untuk berlumba di lampu isyarat. Tetapi lebih kepada supaya ada daya tujahan apabila jarum RPM mula hendak bergerak dari titik asalnya.


RIM Volks Racing bersaiz 18 inci yang memang padan dengan penampilan jentera ini.


Enjin rotary genesis RX8 merupakan antara enjin moden Jepun yang saya fikir sangat kemas penampilannya. Keadaan ini mungkin gara-gara pengaruh ruang enjin kereta Eropah yang tidak nampak wayar dan semuanya bertutup. Sehinggakan baterinya pun ramai yang tidak tahu di mana kedudukannya.

Pengubahsuaian yang dapat dilihat dengan jelas pada kereta ini adalah dari segi kosmetik. Penggunaan tema pelekat naga, RE Amemiya dan firma talaan (tuner) terkenal memang membuatkannya kelihatan seperti ditala untuk berlumba di trek.

Untuk kekal dalam keadaan begitu, kit asal kereta telah diganti. Bampar hadapan kereta diinspirasikan daripada reka bentuk bumper RE Amemiya yang ditambah dengan canard gentian karbon.

Bampar belakang pula diambil daripada INGS+1 yang dilekapkan dengan canarad RE Amemiya di kedua-dua belah sisi. Bampar itu nampak pelik sedikit kerana ia agak labuh, ditambah dengan dua tona warnanya.

Rim lama

Bertenggek di atas hud belakang ialah GT wing karbon daripada J'S Racing. Bahagian tepi kereta dipasang skirting Mazdaspeed. OK. Selepas ketiadaan RX8 nanti, Mazdaspeed hendak tala kereta apa lagi agaknya? Takkan hendak tala van Mazda Bongo pula?

Penggunaan rim lama pada kereta moden bukanlah satu trend baharu. Tetapi lain ceritanya dengan RX8. Susah betul hendak padankan rim bukan moden dengan badan kereta. Silap padanan, kereta akan nampak kelakar habis.


RUANG enjin yang nampak kemas dengan kehadiran penutup plastik.


Pertama kali tengok kereta ini, saya terkejut juga kerana semuanya nampak padan. Walaupun rim Volks Racing bersaiz 18 inci itu sudah agak lama reka bentuknya. Lagi pun, ia tidaklah terlalu popular.

Saya syak mungkin sebab kombinasi spesifikasi tayar 235/35 di hadapan dan 265/35 (belakang) yang membuatkannya ia nampak agak terkeluar daripada fender arch. Rim asal 18 inci buat kereta ini nampak 'menguncup', offsetnya besar sangat!

Walaupun kereta ini empat pintu, namun pembahagian beratnya sama cemerlang dengan RX7. Bukan sahaja kereta nampak cantik, pengendalian juga perlulah bagus supaya bolehlah layan selekoh sekali-sekala dan memecut di lebuh raya dengan yakin.

Pemiliknya menggunakan suspensi jenis boleh laras Tanabe di belakang. Roda hadapan? Dia menggunakan sistem penyerap hentak asal, tetapi pegas gegelungnya ditukar dengan jenama TEIN. Saya pun kurang pasti kenapa settingnya seperti itu.

Sejak pengeluaran pertamanya pada 2003, RX8 telah melambangkan keberanian Mazda dengan enjin kontroversi untuk produksi massa. Banyak versi telah dilahirkan. Misalnya Shinka, Evolve, PZ, Nemesis, Kuro, edisi Ulangtahun ke-40, True Red Style, Mazdaspeed, NR-A, R3 dan versi terakhir Spirit R.

Sejak dari tahun lepas lagi ada khabar angin bahawa Mazda hendak mengeluarkan model 16X bagi menggantikan RX8, tetapi itu tidak akan berlaku. Apa yang pasti, RX8 Spirit R ialah model terakhir meninggalkan kilang Mazda di Hiroshima, Jepun.

Realitinya, skala Mazda adalah lebih kecil daripada Hyundai, malah anak didiknya, Kia. Mazda tidak lagi mampu berdiri sendiri tanpa Ford dalam mendepani persaingan yang semakin sengit.

Pesaing baharu kereta bandar!

Posted:

Pesaing baharu kereta bandar!

Pesaing baharu kereta bandar!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


Setakat ini, Adam hanya khusus untuk pasaran Eropah terutama UK.


BARU-BARU ini, seorang sepupu perempuan bertanya mengenai sebuah kereta. Dia menuntut di sebuah universiti dan sekarang sedang menjalani latihan amali di Klang, Selangor.

Kalau tidak silap saya, sudah hampir setahun atau lebih dia ada meminta komen mengenai kereta yang telah disenarai pendek. Namun, sehingga kini masih gagal untuk membuat pilihan. Dalam erti kata lain, masih tidak ada kereta yang benar-benar memikat hatinya.

Apa yang nyata, senarai pilihannya ialah kereta kompak atau bahasa komersialnya, kereta bandar. Ciri-ciri seperti penggunaan minyak yang efisien, saiz kompak dan harga berpatutan adalah penarik utama kereta sebegitu.

Jadi, tidak hairanlah kenapa Perodua Myvi dan Viva begitu laris di pasaran tempatan. Malah kebanyakan pengeluar dunia dari jenama rakyat seperti Volkswagen (VW) hinggalah jenama mewah, misalnya Aston Martin mempunyai kereta bandar.

Dalam artikel terdahulu, saya ada menulis mengenai Skoda, sebuah syarikat dari Republik Czech yang dimiliki oleh kumpulan VW. Kali ini, mengenai Vauxhall pula, sebuah syarikat British yang beribu pejabat di Luton, United Kingdom (UK).

Vauxhall mempunyai sejarah yang cukup panjang. Usianya sudah jauh melepasi satu abad. Ia bermula pada tahun 1857 sebagai syarikat pengeluar enjin dan pam. Bercakap mengenai globalisasi, syarikat British itu sebenarnya merupakan subsidiari kepada General Motors (GM) dari Amerika Syarikat sejak tahun 1925 lagi. Vauxhall juga pernah terlibat dalam industri perang dengan mengeluarkan kereta kebal.

Hasil daripada perkongsian kejuruteraan dengan jenama-jenama lain di bawah GM, Vauxhall mempunyai sejumlah model untuk pelbagai segmen pasaran. Antaranya ialah Corsa, Insignia, kereta elektrik Ampera dan terkini hangat dipasarkan ialah kereta bandar Adam.

Memetik laporan agensi berita Newspress, model itu merupakan percubaan pertama Vauxhall dalam segmen pasaran yang telah meningkat sebanyak 30 peratus sejak tahun 2000. Adam tiga pintu dengan saiz 3.7 meter panjang dan 1.72 meter lebar dikatakan selesa untuk dinaiki oleh empat orang.

Model itu mempunyai ciri-ciri urban canggih termasuklah kemudahan penyambungan telefon pintar ke sistem multimedia kereta, Park Assist yang berupaya untuk memarkir kereta secara automatik, Side Blind Spot Alert dan sistem stereng kuasa light touch city mode.

"Dipakejkan dengan rekaan yang menyerlah dan teknologi terkini, Adam bakal menarik minat orang muda dan mereka yang berjiwa muda daripada kedua-dua gender. Golongan ini mempunyai sikap tersendiri dan mahukan kenderaan yang melambangkan personaliti mereka," kata Pengarah Pemasaran Vauxhall, Peter Hope.

Pengendalian

Adam bukan sahaja disasarkan untuk menarik pelanggan setia Vauxhall malah turut diluaskan kepada mereka yang tidak pernah menimbang jenama itu. Separuh daripada jualan Adam dijangka datang daripada pelanggan baharu.

Tidak seperti pesaing lain dalam segmen kereta bandar, Adam membelakangkan trend dengan tidak mengambil reka bentuk retro. Sebaliknya menggunakan rekaan segar dengan fokus kepada inovasi, personifikasi dan kualiti.

Selain daripada rekabentuk yang menarik, Adam turut dibina untuk dinamik pemanduan, sesuai dengan citarasa pemandu Eropah.

Berbeza dengan pembeli tempatan yang membeli kereta dengan pengendalian dan pemanduan asal boleh, pemandu Eropah lebih cenderung untuk memandu kereta yang stabil pada kelajuan tinggi. Selain tidak terumbang-ambing sewaktu mengambil selekoh.

Talaan suspensi hadapan menggunakan topang MacPherson, manakala suspensi roda belakang mengaplikasikan sistem suspensi compound crank untuk pemanduan di bandar atau jalan berliku. Menariknya, opsyen rim yang ditawarkan terdiri daripada saiz 16, 17 dan 18 inci.

Adam dijana oleh tiga enjin petrol yang efisien iaitu 1.2 liter berkuasa 70PS, 1.4 liter (87PS) dan 1.4 liter (100PS). Semua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.

Vauxhall juga menawarkan opsyen pek teknologi ecoFLEX dengan lebih penjimatan bahan api. Pakej tersebut merangkumi teknologi Start/Stop dengan bateri berkuasa tinggi, penghidup tahan lasak, optimised generator dengan suis eco untuk pemandu membuat pilihan mode pemanduan.

Turut berada dalam pakej itu ialah Eco Drive Assistant yang mengawasi penggunaan tenaga dan indikator untuk penukaran gear.

Vauxhall buat masa ini sedang membangunkan enjin kecil untuk diperkenalkan pada model Adam pada masa depan. Enjin yang diperbuat daripada aluminium itu mempunyai sistem pancitan terus, pengecas turbo dan teknologi Start/Stop. Enjin tersebut bakal dipadankan dengan transmisi enam kelajuan serba baharu.

Kita di sini mungkin mustahil untuk memandu Vauxhall, memandangkan jenama itu khusus untuk pasaran UK. Namun kuasa globalisasi dan skala ekonomi membolehkan kita merasa serba sedikit produk global.

Jika strategi GM untuk menguasai pasaran Eropah adalah melalui jenama Vauxhall atau Opel, strategi untuk pasaran Asia pula ialah melalui Chevrolet.

Tahukah anda, platform Adam sebenarnya berkongsi dengan Chevrolet Sonic yang bakal dipasarkan tidak lama lagi? Satu lagi pilihan untuk sepupu saya atau mereka yang mahukan kereta bandar, selain daripada keluaran Perodua.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


QPR pecat Hughes

Posted:

QPR pecat Hughes

QPR pecat Hughes

HUGHES pengurus kedua dipecat dalam saingan Liga Perdana England setakat ini selepas pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo.


LONDON – Selepas Roberto Di Matteo dipecat selaku pengurus Chelsea tiga hari lalu, kini seorang lagi menjadi mangsa apabila Queens Park Rangers (QPR) bertindak serupa dengan memecat Mark Hughes, semalam.

Kelab dari barat London itu dalam laman webnya mengumumkan, pemecatan Hughes itu berkuat kuasa serta-merta.

"Keputusan ini dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah melakukan pertimbangan dengan teliti susulan daripada pertemuan yang diadakan sejak beberapa hari lalu.

"Bagaimanapun diakui, Hughes telah menunjukkan integriti dan profesionalisme yang tinggi sepanjang berada di kelab ini.

"Namun keadaan mendorong Lembaga Pengarah untuk tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melakukan perubahan ini," kata kenyataan itu.

Di bawah bimbingan Hughes, QPR gagal mencatat sebarang kemenangan daripada 12 perlawanan awal musim setakat ini untuk menduduki tangga tercorot dalam carta Liga Perdana England.

Faktor itu diakui menjadi punca pemiliknya, Tan Sri Tony Fernandes dari Malaysia bertindak memecatnya bagi memulihkan keyakinan pasukan.

Dua pembantu Hughes, Mark Bowen dan Eddie Niedzwiecki akan mengambil alih tugas sebagai pengendali sementara pasukan apabila QPR bertandang ke Manchester United hari ini.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp setakat ini disebut-sebut bakal menjadi pilihan utama QPR menggantikan Hughes. – Reuters

United, QPR ada misi tersendiri

Posted:

United, QPR ada misi tersendiri

United, QPR ada misi tersendiri


SKUAD United tidak rela keciciran mata ketika berdepan QPR di Old Trafford malam ini.


MANCHESTER - Ibarat langit dengan bumi.

Perumpamaan itu mungkin tepat untuk menggambarkan pertemuan antara Manchester United dan Queens Park Rangers (QPR) pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam ini.

Selepas 12 perlawanan, United berada di tangga kedua liga apabila mengumpul 27 mata manakala QPR menghuni tangga tercorot selepas sekadar merekodkan empat mata.

Aksi di Old Trafford itu nanti juga bakal menyaksikan kehadiran semula bekas kapten United, Mark Hughes yang kini mengendali QPR.

Hughes menyedari anak-anak buahnya bakal berdepan tugas getir kerana mereka masih gagal meraih sebarang kemenangan dalam kempen liga domestik.

Pada masa yang sama, QPR pasti lebih tertekan kerana United sudah pasti mahu bangkit ekoran dua kekalahan yang dialami skuad The Red Devils itu sebelum ini.

Terdahulu, juara 19 kali Liga Perdana England itu dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Norwich City sebelum skuad muda United tewas 0-1 kepada Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu lalu.

Bagi kapten United, Nemanja Vidic, dia yakin 'kesilapan' yang dilakukan The Red Devils itu membuatkan mereka semakin bersemangat untuk mempamerkan rentak lebih baik dan kemas di bawah bimbingan pengurus, Alex Ferguson.

"Beliau (Ferguson) adalah satu contoh yang baik kepada setiap pengurus dan satu kebanggaan apabila dapat berkerjasama dengannya.

"Setiap hari kamu akan belajar sesuatu dan saya telah banyak menimba ilmu daripada beliau, bukan sahaja sebagai pemain bola sepak tetapi dalam kehidupan seharian.

"Ferguson sering memberikan pemain-pemain keyakinan dan kepercayaan dalam diri masing-masing. Saya fikir, itulah kekuatan Ferguson.

"Saya sangat gembira kerana dapat bersama beliau selama tujuh tahun di Old Trafford. Beliau sentiasa merupakan seorang juara," ujar Vidic. - AFP

Semua pasukan serius buru gelaran

Posted:

Semua pasukan serius buru gelaran

Semua pasukan serius buru gelaran

DURIC (kiri) antara pemain asing yang memperkuatkan skuad kebangsaan Singapura.


KEHADIRAN pemain asing dalam beberapa pasukan pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 memperlihatkan betapa seriusnya pasukan memburu gelaran pada saingan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu.

Jika sebelum ini hanya Singapura membariskan pemain asing, kejohanan kali ini akan menyaksikan skuad Indonesia dan Filipina juga bakal menurunkan pemain asing dalam skuad masing-masing.

Terbaharu, pasukan Indonesia menyenaraikan tiga pemain asing dalam skuad mereka dalam misi menjulang piala berkenaan selepas hampir melakukannya pada edisi lepas sebelum tumpas kepada Malaysia pada perlawanan akhir.

Ketiga-tiga pemain Belanda dalam skuad Indonesia itu ialah Tonnie Cussel, Jhonny van Beukering dan Raphael Maitimo. Kehadiran mereka dalam skuad Garuda kali ini menjadikan pasukan berkenaan dianggap pasukan pilihan menjulang piala berkenaan selain Thailand dan Singapura yang mempunyai rekod cemerlang pada kejohanan tersebut.

Untuk rekod, kemampuan naib juara edisi 2010, Indonesia boleh dilihat apabila mencatat keputusan seri 0-0 menentang skuad bawah 23 tahun Cameroon pada 17 November lalu manakala Singapura membelasah Pakistan 4-0 dalam aksi persahabatan terakhir mereka, Selasa lepas.

Pada edisi kali ini, Singapura juga telah menamakan beberapa pemain asing dalam skuad mereka, antaranya Daniel Bennett dan Aleksandar Duric.

Malah, pasukan Filipina yang sebelum ini dianggap pasukan belasahan di rantau Asia Tenggara juga tidak boleh dipandang remeh lagi kerana mereka dibarisi beberapa orang pemain Eropah dan mampu membuat kejutan.

Aksi pemain asing yang diberi taraf kerakyatan untuk mewakili pasukan baharu mereka, sudah tentu menghangatkan lagi saingan kejohanan kali ini dan ia menunjukkan bahawa taraf Piala Suzuki AFF semakin meningkat.

Begitupun, keupayaan skuad Harimau Malaya juga tidak boleh diperkecilkan walaupun skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu tidak diperkuatkan dengan pemain asing.

Beraksi di laman sendiri dan sebagai juara bertahan, sudah tentu semangat skuad Harimau Malaya semakin tinggi untuk mempertahankan kejuaraan biarpun pada siri perlawanan persahabatan sebelum ini, prestasi mereka kurang memberangsangkan.

Untuk rekod, pada siri perlawanan persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya kalah 0-1 kepada Vietnam, tumpas 0-2 kepada Thailand dan masing-masing seri 1-1 berdepan Hong Kong dan Bangladesh.

Keputusan berkenaan jelas mengundang resah kepada peminat bola sepak tempatan sama ada skuad Harimau Malaya mampu mengaum sekali lagi pada edisi kali ini atau sebaliknya.

Skuad Harimau Malaya hanya mengecap kejayaan menjuarai kejohanan berkenaan sekali sahaja iaitu pada edisi 2010.

Berdasarkan rekod, Thailand dan Singapura berkongsi kejayaan merangkul kejuaraan pada kejohanan berkenaan sejak diperkenalkan pada 1996, yang mana Thailand muncul juara (1996, 2000, 2002) manakala Indonesia mendakap piala berkenaan pada 1998, 2004 dan 2007.

Pada edisi 2012, Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bagi saingan peringkat kumpulan kejohanan berkenaan yang bakal berlangsung di Bangkok mulai hari ini hingga 1 Disember depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hayati seni bersama secawan kopi

Posted:

Hayati seni bersama secawan kopi

Hayati seni bersama secawan kopi

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR


PENGUNJUNG boleh menikmati secawan kopi sambil menghayati pelbagai lukisan yang dipamerkan dalam premis The Habit Art Cafe.


KARYA lukisan biasanya dipamerkan di galeri seni untuk membolehkan orang ramai menghayati maksud tersirat yang diluahkan pelukis.

Bagaimanapun tidak semua orang berpeluang ke galeri-galeri seni apatah lagi kebanyakan galeri lebih banyak terdapat di Lembah Klang.

Menyuntik kelainan dan idea segar dalam persekitaran seni, The Habit Art Cafe di Jalan Kancut, Alor Setar, Kedah mungkin jawapan terbaik kepada kekangan tersebut.

Menghayati lukisan sambil menikmati pastri bersama secawan kopi panas, tentu antara momen terbaik untuk menghayati sebuah lukisan yang dicanting di atas kanvas.

Pasangan suami isteri, Azemer Abdullah, 31 dan Abidah Bahrudin, 27, merupakan individu di sebalik idea kreatif kafe tersebut.

Kata Abidah, idea membuka kafe itu dibuat untuk memberi ruang kepada pelukis tempatan mempamerkan karya mereka selain mengajak penduduk tempatan menghayati seni.

Jelasnya, kafe yang mula dibuka sejak Julai lalu memberi ruang kepada penggiat seni mempamerkan karya mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran.

"Kita mahu pengunjung yang datang ke sini untuk bersantai dan melupakan sejenak masalah sambil melihat lukisan yang dipamerkan di dinding kafe.

"Ini juga membuka peluang baharu kepada pelukis tempatan untuk memperkenalkan lukisan mereka yang belum pernah dipamerkan kepada orang ramai selain menjual karya seni tersebut," katanya.

ABIDAH dan Azemer mengajak warga Kedah untuk menghargai seni sambil bersantai di kafe mereka.


Muzik, lukisan dan makanan

Katanya, menu ringan seperti mufin dan bun bersama minuman iaitu teh, kopi, latte, jus, minuman coklat atau ice blended antara hidangan yang disajikan dari dapur The Habit Art Cafe.

Abidah menambah, harga yang ditawarkan kepada pengunjung juga adalah berpatutan iaitu serendah RM3 sehingga RM8.90.

"Sewaktu kafe ini mula dibuka dahulu, ia kurang mendapat sambutan. Mungkin disebabkan penduduk tempatan masih belum dapat menerima konsep yang cuba kami ketengahkan. Namun, lama-kelamaan ia semakin mendapat sambutan terutama bagi mereka yang gemarkan ketenangan dan mahu berlepak bersama rakan-rakan," katanya.

Konsep enjoy music, painting and food yang diketengahkan graduan dalam bidang arkitek dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu dilengkapi dengan dekorasi moden dan penataan cahaya yang samar.

Abidah berkata, pemilihan premis yang jauh daripada kesibukan kenderaan dan berhampiran sungai pastinya memberi ketenangan kepada pengunjung.

Katanya, selain melihat lukisan yang dipamerkan sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan, pengunjung turut dihidangkan dengan alunan muzik berkonsep perlahan sebagai halwa telinga.

BUKU terbitan Fixi dan Lejen Press turut dijual di The Habit Art Cafe.


"Pengunjung juga boleh menunjukkan bakat mereka dengan memetik gitar kerana kita juga menyediakan alat muzik tersebut dan menyediakan live band kepada pengunjung," katanya.

Abidah berkata, bagi memberi sokongan kepada penulis pula, mereka turut mempamerkan buku keluaran Fixi dan Lejen Press yang disusun rapi di dalam almari antik.

Ujarnya, aktiviti bulanan turut diadakan di kafe tersebut seperti bazar jualan yang membuka peluang bisnes kepada usahawan terutamanya peniaga dalam talian.

"Saya amat berharap kafe yang dibuka ini dapat mengisi masa lapang terutama golongan remaja dan secara tidak langsung mengelak mereka daripada melakukan perkara tidak faedah," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved