Rabu, 03 September, 2025

Jumaat, 9 Disember 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Selisih mayat adik sendiri

Posted:

Selisih mayat adik sendiri

Selisih mayat adik sendiri

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

ORANG ramai melihat keadaan salah seorang remaja yang maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Rantau Panjang, Kelantan semalam.


RANTAU PANJANG – Luluh hati seorang wanita apabila mendapati kemalangan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu semalam yang dilihat ketika dalam perjalanan ke satu majlis kenduri rupa-rupanya melibatkan adiknya sendiri.

Kejadian pukul 10.20 pagi itu mengakibatkan Lukmanulhakim Che Kamaruddin, 21, maut akibat cedera parah di kepala dan badan. Turut maut ialah rakan mangsa, Mohamad Aiezat Sharifuddin, 21, manakala pemandu kereta Proton Iswara, Sazali Muhamad, 21, cedera parah.

Menceritakan kejadian itu, Rosneeda, 23, berkata, dia dan suami yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan ke rumah ibu saudaranya di Rantau Panjang untuk menghadiri kenduri dari rumah mereka di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah.

Katanya, mereka kemudian ternampak satu kemalangan membabitkan kereta dan sebuah lori.

"Suami hanya memperlahankan kereta dan tidak berhenti kerana dia mabuk darah. Sebaik tiba di rumah ibu saudara, saya hairan kerana Lukmanulhakim masih belum sampai sedangkan dia bertolak lebih awal.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Madu layak dapat bantuan RM500

Posted:

Madu layak dapat bantuan RM500

Madu layak dapat bantuan RM500

Oleh TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my


Awang Adek


BACHOK – Semua isteri yang dimadukan suami layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak membuat permohonan bantuan itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak.

Bagaimanapun, dalam kes ini, suami itu sendiri serta isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidak layak memohon.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus kepada semua isteri yang layak dan dianggap sebagai ketua dalam keluarga masing-masing.

"Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan peruntukan RM2.6 bilion.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Bayaran ubat RM3.5j disalur 29 November

Posted:

Bayaran ubat RM3.5j disalur 29 November

Bayaran ubat RM3.5j disalur 29 November

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


KAUNTER farmasi Hospital Melaka beroperasi seperti biasa dalam mengendalikan agihan bekalan ubat untuk pesakit semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menganggap masalah bekalan ubat di Hospital Melaka tidak sepatutnya timbul memandangkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk membeli bekalan ubat sudah disalurkan pada 29 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, masalah itu timbul mungkin kerana ada kakitangan hospital berkenaan yang lewat membuat tempahan dan pembelian bekalan ubat-ubatan.

"Kementerian berpendapat masalah ini sudah selesai kerana kita telah menyalurkan peruntukan pembelian ubat.

"Pihak hospital Melaka sebenarnya tidak mengalami kehabisan ubat hanya kekurangan ubat,'' katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! mengenai kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kelmarin yang mahu kementerian itu mempercepatkan penyaluran peruntukan tersebut bagi mengatasi masalah itu dengan segera.

Kenyataan Mohd. Ali itu dibuat selepas membuat penjelasan kepada orang ramai selepas beliau mendapat taklimat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim.

Difahamkan antara ubat yang mengalami kekurangan itu kebanyakannya khusus untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Ekoran daripada keadaan tersebut keadaan menjadi semakin buruk apabila jumlah pesakit sejak September lalu sehingga kini semakin meningkat sebanyak 16.8 peratus kepada 200,000 orang setahun.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Fokus kepada teknologi kenderaan paling maju

Posted:

Fokus kepada teknologi kenderaan paling maju

Fokus kepada teknologi kenderaan paling maju

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my.

PENGANJUR acara pemotoran paling signifikan di Jepun, Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) mengakui bahawa Tokyo Motor Show 2011 (TMS 2011) yang bermula pada 30 November lalu dan berakhir pada hujung minggu ini sebenarnya ada misi tersendiri.

Misinya, mahu melebarkan asas peminat kereta dan motosikal dalam kalangan generasi muda terutama di Jepun. Selain itu, JAMA mahu kembali mengangkat TMS 2011 sebagai acara pemotoran penting di dunia, selepas status itu secara tidak rasminya mula dirampas oleh China dan India sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jadi, JAMA harus menukar strategi dan melakukan sesuatu. Hasilnya, badan itu mahu menjadikan TMS 2011 selaku peneraju teknologi dalam dunia pemotoran. Di samping bertindak selaku sumber maklumat kepada teknologi tercanggih yang menghubungkan antara kenderaan, bandar dan manusia. Maka, tidak hairanlah jika teknologi yang diperkenalkan di sana adalah teknologi untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

"Tema pada tahun ini ialah mobiliti boleh mengubah dunia. Ia dijelaskan lagi menerusi pameran Smart Mobility City. Di sana, pengunjung boleh melihat usaha mobiliti untuk menangani isu-isu seperti pencemaran alam sekitar dan kekurangan sumber tenaga.

"Kami juga akan menunjukkan bagaimana mobiliti itu memberi sumbangan kepada masyarakat melalui kemajuan teknologi yang ada pada kenderaan," kata Pengerusi JAMA, Toshiyuki Shiga.

Kali ini, acara TMS 2011 diadakan di Big Sight Tokyo dan bukannya dewan di Makuhari Messe di Chiba sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Pameran dibahagikan dua lokasi utama iaitu dewan timur (East Hall) dan barat (West Hall).


DAIHATSU Copen sesuai untuk golongan berjiwa muda.


Jarak di antara kedua-dua buah dewan tersebut agak jauh. Mujur juga terdapat banyak tempat makan, kedai serbaneka dan gerai jualan cenderamata TMS 2011 sepanjang laluan tersebut.

Tugas rasmi saya pada hari itu bermula apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Co., Takanobu Ito memperkenalkan produk-produk yang dibangunkan oleh pasukan jurutera Honda.

Apa yang menarik perhatian pastinya beberapa model konsepnya termasuklah jentera elektrik (EV) EV-STER, AC-X dan Micro Commuter Concept.

EV-STER merupakan model sports konsep generasi akan datang berkuasa elektrik. Model convertible dua tempat duduk itu dibina menggunakan material karbon ringan dan mengaplikasikan pacuan roda belakang.

Menawarkan prestasi tinggi, jentera yang membolehkan bumbungnya dibuka itu mampu bergerak sejauh 160 kilometer untuk sekali cas.

Sementara model AC-X ialah sebuah sedan dengan bentuk coupe yang membolehkan pemandu membiarkan sistem auto-pilot membawa anda ke lokasi yang diingini.

Paling menarik dan futuristik pastinya model Micro Commuter Concept. Memperoleh kuasa daripada bateri lithium ion, jentera yang boleh memuatkan tiga orang penumpang itu dibina untuk kegunaan dalam setting urban sahaja.

Lebih menarik lagi, ia digabungkan dengan sebuah jentera kecil diberi nama Motor Compo. Motor compo yang boleh dilipat itu berfungsi sebagai komunikator, selain menjadi tempat mengecas telefon bimbit, radio dan perehat tangan!

Honda juga mempamerkan dua buah motosikal berkuasa elektrik. E-Canopy yang mempunyai tiga roda kecil dilihat sebagai sebuah skuter ringan dan sesuai sama ada untuk kegunaan persendirian atau komersial.


SUZUKI Q-Concept mengetengahkan warna oren yang pastinya kelihatan ceria.


Aspek perlumbaan tidak pernah padam dalam DNA Honda. Buktinya, motosikal RC-E dibina berdasarkan kepada motosikal lumba tahun 1960-an. Dijana oleh kuasa elektrik sepenuhnya, jentera dua roda itu memiliki segalanya sebagai sebuah motosikal lumba, kecuali bunyi enjin yang memekakkan telinga.

Selain kenderaan konsep, Ito turut mengumumkan bahawa akan mula memasarkan N BOX pada 16 Disember 2011 di Jepun. Sebenarnya, N BOX ialah model pertama daripada kenderaan mini baharu keluaran Honda yang dikenali sebagai N Series.

Honda menghasilkan N Series dengan penuh kesungguhan demi menawarkan satu rangkaian kenderaan baharu dan terbaik untuk pasaran Jepun. Ia dibina di atas platform dan dipasang dengan enjin terkini Honda. Aplikasi enjin dan transmisi yang lengkap dengan sistem melahu berhenti (idle stop) juga menjamin penjimatan bahan api.

Para pengunjung di pameran Honda juga tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat model SUV terlarisnya, CR-V selepas membuat debut di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Pengguna di Jepun sudah boleh membelinya sejak 2 Disember lalu, namun bagi peminat CR-V di Malaysia tarikh untuk kenderaan itu dibawa masuk ke pasaran tempatan masih belum dapat dipastikan.

CR-V generasi keempat itu ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 2.0 dan 2.4 liter bersama padanan transmisi automatik lima kelajuan atau CVT.

Selain Honda, kawasan pameran pengeluar yang lain tidak kalah dalam mengetengahkan teknologi terkini masing-masing. Toyota misalnya, mengkagumkan semua dengan model konsep Fun-Vii.

Nama kenderaan yang terhasil daripada "Fun Vehicle interactive internet" itu menunjukkan bagaimana manusia, kereta dan komuniti harus berhubung dengan masa depan.


DIKENALI sebagai Audi A1 Samurai Blue, ia merupakan model edisi khas untuk peminat pasukan bola sepak Jepun.


Di sebelah Toyota, Daihatsu mempamerkan kepakarannya dalam pembinaan kenderaan kompak. Model-model seperti D-X, PICO dan FC Sho Case ternyata berjaya membuatkan ramai pengunjung tidak henti-henti merakam gambar serta melihatnya secara dekat.

Berbeza dengan pameran sama dua tahun lalu, TMS 2011 disertai oleh banyak pengeluar kenderaan dari Eropah. Volkswagen dilihat antara yang paling agresif dengan melancarkan beberapa buah model terbaharunya.

Beetle, Passat Alltrack, Passat CC dan Cross Coupe dilihat cuba untuk terus menarik minat pengguna di Jepun memiliki kenderaan Volkswagen selepas sukses dengan model seperti Golf di sana.

Biarpun sukar, TMS 2011 dilihat cuba sedaya upaya untuk bangkit dan kekal relevan dalam persaingan acara pameran kenderaan berskala global di pentas dunia. Sama ada momentum itu berjaya dikekal dan ditambah baik pada masa akan datang, kita tunggu dan lihat pada TMS 2013 nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

Tawar cengkaman lebih baik

Posted:

Tawar cengkaman lebih baik

Tawar cengkaman lebih baik


PAUL Chan memperkenalkan produk tayar baharu Silverstone pada majlis pelancarannya di SIC baru-baru ini.


SILVERSTONE Berhad baru-baru ini memperkenalkan generasi baharu tayar V7 Atlantis yang dikatakan memberi cengkaman maksimum untuk keselamatan pemandu dan pada masa sama meningkatkan keselesaan pemanduan. Produk itu didakwa berupaya memberhentikan kenderaan pada jarak lebih pendek berbanding tayar biasa.

Sewaktu pelancarannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Chan berkata, pengenalan Silverstone Atlantis V7 merupakan antara inisiatif penting oleh syarikat untuk menawarkan barisan produk berkualiti tinggi dalam pasaran tempatan.

Menurutnya, usaha penyelidikan dan pembangunan berterusan membolehkan Silverstone terus mengemaskini serta menghasilkan tayar berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan dan permintaan pemilik-pemilik kenderaan masa kini.

Untuk makluman, tayar Atlantis V7 yang dikeluarkan oleh kilang Silverstone di Taiping, Perak sudah dipasang pada kenderaan sedan Naza Forte (buatan tempatan) sejak Julai lalu.


TAYAR Silverstone Atlantis V7 menawarkan pemanduan yang lebih selesa dan cengkaman lebih baik sewaktu mengambil selekoh.


Silverstone Atlantis V7 memiliki corak bunga tayar asimetri unik yang menawarkan cengkaman unggul, keselesaan dan ciri-ciri pemanduan yang lebih selesa. Ia didatangkan dalam pilihan 11 saiz bermula 15 inci sehingga 17 inci, untuk memenuhi keperluan kereta bersaiz besar keluaran Jepun.

"Saya berbangga untuk mengumumkan bahawa kuasa pemberhentian tayar Atlantis V7 dalam keadaan basah juga telah ditingkatkan dengan ketara. Tindak balas dan ciri-ciri pengendalian seperti kestabilan membelok juga telah dipertingkatkan," tambahnya lagi.

Ciri utama produk itu terletak pada rekaan corak bunga asimetrinya. Ia menggabungkan blok sisi yang besar untuk menawarkan kestabilan membelok yang lebih baik.

Rekaan alur sisi dalaman Silverstone Atlantis v7 membantu menyingkirkan air di antara tayar dan permukaan jalan bagi meningkatkan lagi cengkaman tayar dalam keadaan basah

Harga runcit bagi produk terbaharu ini ditawarkan serendah RM200 sehingga RM400 seunit.

Full content generated by Get Full RSS.

Model-model terbaik dari Jepun dan Eropah

Posted:

Model-model terbaik dari Jepun dan Eropah

Model-model terbaik dari Jepun dan Eropah


TOYOTA GT-86 mengimbas kembali kegemilangan model Toyota Corolla GT (Levin AE86).


BERIKUT adalah model-model menarik dan terpilih yang dipamerkan pada Tokyo Motor Show 2011.

1 Volkswagen Bulli

Bulli sebenarnya bermaksud bas mikro atau van mini. Ia mula-mula dikenali sebagai Type 2 (tahun 1950) dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia berikutan bentuknya yang menarik dan sangat praktikal. Type 2 juga disifatkan sebagai pencetus kepada semua jenis van mini dan wagon yang ada pada hari ini.

Bulli dikuasakan oleh motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 85kW dan tork 270Nm. Bateri-bateri lithium ion yang disusun di bawah lantai kabin dan memiliki kapasiti 40kWh itu membolehkannya mencapai perjalanan sejauh 300 kilometer. Apabila dicas menerusi stesen pengecasan, baterinya boleh dicas penuh dalam tempoh kurang satu jam.

Selain motor elektrik, jentera itu juga boleh dipasang dengan enjin petrol atau diesel konvensional. Tidak perlu bimbang dari segi prestasi dan penjimatan minyak kerana enjin sekecil 1.0 liter tiga silinder atau 1.4 liter empat silinder buatan Volkswagen sememangnya bercekapan tinggi.

2 Mitsubishi Mirage

Masih ingat dengan Proton Satria? Inilah model asalnya, Mitsubishi Mirage. Namun, Mirage baharu itu diangkat oleh Mitsubishi sebagai model strategiknya untuk pasaran global. Mula diperkenalkan pada tahun 1978, Mirage dikatakan intipati kepada usaha jurutera Mitsubishi memperoleh prestasi dan fungsi tertinggi daripada ruang yang terhad.


RUANG dalaman Bulli yang retro tetapi berteknologi tinggi.


Mirage dibina di atas kerangka baharu yang ringan dan kukuh. Ia dijana oleh unit enjin 1.0 liter tiga silinder MIVEC dan disertakan dengan sistem brek janaan semula bagi tujuan pemulihan semula kuasa. Bagi memaksimumkan penjimatan minyak, Mirage dipasang dengan sistem melahu berhenti (idle stop) binaan Mitsubishi.

Jentera kompak itu bakal dipasarkan di Thailand pada Mac 2012 sebelum dikembangkan ke pasaran-pasaran berpotensi yang lain.

3 Suzuki Swift EV Hybrid

Berasaskan kepada model kompak popularnya, Suzuki menambah portfolio Swift menerusi model Swuft EV Hybrid. Dibina untuk kegunaan bandar dan jarak pendek, Swift "hijau" itu mampu bergerak sejauh 30 kilometer dengan sekali caj.

Jika bateri sudah habis, generator yang dikuasakan oleh enjin akan mula menggerakkan motor dan mengecas bateri. Maka, pengguna boleh meneruskan perjalanan tanpa rasa bimbang.

Model itu menggunakan enjin R06A bersesaran 658 kubik meter sebagai tambahan kepada bateri lithium ion yang digunakannya. Walaupun bersaiz kompak, Swift tetap menawarkan ruang penyimpanan barang yang sewajarnya.

Bahagian kabin yang dimonopoli warna putih dan hijau turut dipasang dengan papan pemuka serta meter canggih. Ia mempamerkan pelbagai maklumat penting menerusi teknologi futuristik.

4 Subaru BRZ

Cukup terkenal dengan enjin Boxer yang penuh kuasa, Subaru tampil dengan model BRZ. BRZ merujuk kepada enjin Boxer (B), R (pacuan roda belakang) dan Z (Zenith).

Apa yang menjadikan jentera itu istimewa ialah rekaan enjin Boxer yang rendah (low centre of gravity) dan berada di tengah-tengah kerangka tubuhnya. Reka letak itu sekali gus membolehkannya memperoleh prestasi dinamik yang sukar ditandingi.


BRZ pasti menjadi idaman mereka yang mahukan sebuah jentera sports penuh kuasa.


Masih belum dipastikan enjin Boxer yang mana satu bakal dipasang pada BRZ. Tetapi besar kemungkinan BRZ menggunakan khidmat enjin Boxer 2.0 liter yang dibangunkan khas untuknya.

Dijadual memasuki produksi pada tahun depan, Subaru memberi jaminan bahawa BRZ akan memberikan pengalaman pemanduan dan pengendalian sebuah jentera sports sebenar.

5 Toyota GT-86

Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan Toyota GT-86 sememangnya ditunggu ramai. Harus tahu bahawa ia dibina berasaskan kepada model terkenal Corolla GT atau Levin AE86 yang dikeluarkan di antara tahun 1983 hingga 1987.

Merupakan 'saudara rapat' dengan model sports keluaran Subaru, jentera tersebut menggunakan enjin Boxer bersesaran 2.0 liter. Sebagaimana yang dijangka, GT-86 mengaplikasikan sistem pacuan roda belakang, di samping teknologi pancitan terus Toyota, D-4S.

Transmisi yang ditawarkan ialah kotak gear manual atau automatik enam kelajuan, terserah kepada kecenderungan pembelinya. Apa yang pasti, model lagenda itu pasti membuatkan orang ramai kembali melihat Toyota sebagai pembuat kereta berprestasi tinggi yang berpengaruh sebagaimana sebelumnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Lumayan buat atlet

Posted:

Lumayan buat atlet

Lumayan buat atlet

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

NAJIB (depan tengah) melaungkan Malaysia Boleh bersama atlet-atlet emas negara selepas majlis penyampaian insentif Shakam di Bukit Kiara, semalam. Turut hadir pada majlis itu, Ahmad Shabery (depan empat dari kiri).bersama-sama Ahmad Shabery (empat dari kini) me laungkan Malaysia Boleh


INSENTIF buat atlet negara semakin lumayan. Justeru, tiada sebab kenapa mereka gagal menyerlah dalam setiap kejohanan yang mereka sertai pada peringat antarabangsa.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pertambahan sebanyak seratus peratus dalam pemberian ganjaran menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) mulai tahun hadapan.

Langkah tersebut adalah bagi menghargai kecemerlangan dan pengorbanan atlet negara yang berjuang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Berbanding sebelum ini, seseorang atlet yang berjaya menggondol pingat emas pertama akan menerima insentif berjumlah RM10,000 namun dengan pertambahan sebanyak seratus peratus itu, ia akan meningkat kepada RM20,000.

Jika atlet yang sama meraih pingat emas kedua pada kejohanan sama yang disertainya, dia bakal menerima RM10,000 berbanding RM5,000 yang diberikan sebelum ini oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Ini bermakna, jika atlet yang sama meraih dua pingat emas pada temasya Sukan SEA, maka beliau akan menerima jumlah keseluruhan RM30,000 di bawah skim baharu yang akan diperkenalkan mulai tahun depan, iaitu RM20,000 untuk kejayaan meriah emas pertama dan RM10,000 lagi untuk emas kedua.

"Untuk acara berpasukan, tahun ini mereka akan menikmati peningkatan itu serta-merta dan setiap orang daripada mereka menerima RM5,000 berbanding RM2,000 sebelum ini.

"Saya berharap insentif sebegini akan menjadi pendorong untuk setiap atlet negara mempertingkatkan usaha mereka dalam mencapai tahap prestasi yang tinggi," ujarnya.

Najib mengumumkan berita baik itu ketika berucap pada majlis penyampaian Shakam kepada atlet-atlet yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta, Indonesia, November lalu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Datuk Zolkples Embong.

Dalam majlis itu juga, Najib turut mengalung pingat emas kepada kuartet 4x400 meter lelaki negara yang dianggotai Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosely, P. Uvaraaj dan S. Kannathasan selepas terlepas peluang menerimanya pada temasya tersebut ekoran terpaksa pulang awal.

Dalam perkembangan lain, Najib turut mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MSN dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama-sama menggerakkan model baharu liga profesional bola sepak negara.

Menurutnya, model baharu itu diharap dapat mewujudkan sebuah liga elit di peringkat Asia Tenggara dalam masa terdekat.

"Saya berpandangan bahawa pelaksanaan liga bola sepak negara dikaji semula mengikut kesesuaian dan kalau perlu, dibuat penjenamaan semula," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Myanmar jadi tuan rumah

Posted:

Myanmar jadi tuan rumah

Myanmar jadi tuan rumah


SKUAD negara membuktikan kehebatan apabila muncul sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010.


PUSINGAN Kelayakan Piala Suzuki AFF 2012 bagi menentukan dua pasukan yang bakal menyertai enam pasukan pilihan termasuk juara bertahan Malaysia akan diadakan di Myanmar pada 5 hingga 13 Oktober tahun depan.

Menurut World Sports Group, rakan pemasaran eksklusif Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), undian bagi pusi- ngan kelayakan membabitkan Myanmar, Brunei, Kemboja, Laos dan Timor Leste akan diadakan pada 11 Julai tahun depan.

"Dua pasukan teratas dari pusingan kelayakan akan menyertai enam pasukan pilihan ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam pada pusingan akhir," jelas Pengurus Besar Suzuki Automobile Marketing, Kenichi Ayukawa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan World Sports Group semalam.

"Bersesuaian dengan slogan kami 'Gaya Kehidupan', ia memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada semua pelanggan kami menerusi produk yang ditawarkan.

"Langkah kami untuk menjadi penaja Piala Suzuki AFF 2012 juga membuktikan komitmen kami terhadap kehendak masya rakat di rantau ini," jelas Ayukawa.

"Kami akan terus komited serta memberi sokongan sepenuhnya terhadap penganjuran kejohanan ini kerana ia telah menjadi kejohanan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat di rantau ini."

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.

Piala Suzuki AFF 2012 akan diadakan pada 24 November hingga 22 Disember.

Pada pusingan akhir, Malaysia dan Thailand dipilih sebagai tuan rumah bersama bagi perlawanan peringkat kumpulan, manakala perlawanan separuh akhir dan final akan diadakan secara timbal balik.

Malaysia akan menjadi tuan rumah kejohanan itu buat kali kedua selepas edisi 2004, manakala Thailand tahun 2000 dan menjadi tuan rumah bersama pada 2006 dan 2008.

Sementara itu, Suzuki Motor Corpora- tion, sebuah syarikat automotif dari Jepun telah memperbaharui kontrak seba- gai penaja utama bagi edisi 2012 iaitu untuk tiga edisi berturut-turut.

Piala Suzuki AFF merupakan acara bola sepak utama di rantau Asia Tenggara.

Sejumlah 192 juta penonton televisyen dalam pasaran utama ASEAN menyaksi- kan pertandingan edisi 2010 bersama hampir 80,000 penonton berkunjung ke stadium semasa tempoh pertandingan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Emas Adrian bernilai RM25,000

Posted:

Emas Adrian bernilai RM25,000

Emas Adrian bernilai RM25,000

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


KAPTEN skuad Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar menerima habuannya daripada Perdana Menteri pada Majlis Penyerahan Shakam di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.


ATLET boling lelaki negara, Adrian Ang muncul penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) atas kejayaannya memenangi empat pingat emas pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu.

Andrian menerima 'durian runtuh' sebanyak RM25,000 bagi empat pingat emas yang disumbangkan menerusi acara master, beregu, trio dan lima sepasukan.

Bagi Adrian, dia langsung tidak menjangka bahawa dia bakal muncul sebagai atlet yang paling tinggi menerima insentif tersebut pada kali ini.

Ini kerana, sasaran utamanya ketika beraksi pada temasya dwitahunan itu adalah untuk menyumbangkan seberapa banyak pingat emas yang boleh buat kontinjen Malaysia dan bukannya memikirkan mengenai ganjaran yang bakal diterima.

"Saya langsung tidak jangka yang saya akan menjadi penerima tertinggi untuk skim Shakam kali ini. Saya gembira dengan kejayaan ini.

"Namun, apa yang menjadi keutamaan kepada saya adalah menyumbangkan pingat emas buat kontinjen negara. Soal ganjaran itu hanyalah perkara kedua.

"Malah, saya anggap ganjaran yang saya terima ini sebagai bonus terhadap pencapaian saya pada Sukan SEA 2011.

"Ia sekali gus memberikan saya suntikan semangat untuk terus bekerja keras meningkatkan lagi prestasi saya bagi menghadapi bagi kejohanan-kejohanan akan datang, sekali gus mengharumkan nama negara," kata Adrian.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Skim Shakam buat atlet-atlet negara yang berjaya memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Stadium Juara Bukit Kiara semalam.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Siew, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2011, Datuk Naim Muhamad.

Selain Andrian, pelumba basikal wanita negara, Fatehah Mustapa turut tersenarai antara penerima tertinggi apabila membawa pulang RM20,000 menerusi kejayaannya menyumbangkan tiga pingat emas buat kontinjen negara.

Tiga pingat emas Fatehah itu hadir menerusi acara 500 meter ujian masa, pecut individu dan pecut berpasukan.

Atlet ski air wanita, Philipa Clare Yoong Li Foong muncul penerima ketiga tertinggi dengan jumlah keseluruhan RM16,000 hasil kejayaan mengutip dua pingat emas dalam acara slalom dan keseluruhan selain turut mencipta rekod baharu kejohanan.

Tidak ketinggalan, skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara yang berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara tersebut buat kali kedua berturut-turut apabila menjadi penerima tertinggi dalam acara berpasukan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000.

Skuad Harimau Muda ternyata tidak menghampakan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan ibu segala emas pada temasya Sukan SEA itu sekali lagi berada dalam genggaman apabila menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah keputusan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kereta dibedil pesawat Israel

Posted:

Kereta dibedil pesawat Israel

Kereta dibedil pesawat Israel

DUA orang terbunuh apabila sebuah kereta terbakar akibat serangan udara Israel dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang di Bandar Gaza semalam.


GAZA, Palestin - Satu serangan udara Israel ke atas sebuah kereta di sebatang jalan yang sesak semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua pejuang Hamas terbunuh dan dua lagi cedera, kata tentera Israel dan beberapa pegawai perubatan tempatan.

Stesen radio Hamas mengenal pasti mangsa yang terkorban sebagai dua beradik yang menganggotai sayap bersenjata Hamas iaitu Essam Al-Batsh dan Sobhi Al-Batsh.

Beberapa pegawai Palestin menyatakan, serangan itu dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang.

Beratus-ratus penduduk Palestin mengerumuni kereta berkenaan yang diserang awal tengah hari semalam di sini.

Sementara itu, di ibu negara Israel, Tel Aviv, seorang jurucakap tentera rejim Zionis mengesahkan satu serangan udara telah dilancarkan.

Jurucakap berkenaan memberitahu, kedua-dua lelaki yang terbunuh telah merancang untuk menyerang penduduk awam dan askar Israel di kawasan sempadan Israel dengan Semenanjung Sinai, Mesir.

Hamas, sebuah kumpulan Islam yang menentang Israel memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Metallica bimbang penonton kurang

Posted:

Metallica bimbang penonton kurang

Metallica bimbang penonton kurang


GAMBAR fail menunjukkan anggota band Metallica, James Hetfield bermain gitar semasa mempromosikan album baharu, Lulu di studio Cologne TV pada 11 November lalu.


LONDON, Britain - Kumpulan heavy metal dari Amerika Syarikat(AS), Metallica bimbang tentang konsertnya jelajah di Eropah berikutan krisis ekonomi yang menimpa rantau berkenaan.

Metallica yang popular dengan lagu Master of Puppets dan Enter Sandman sebelum ini dilapor bersetuju untuk mengadakan enam konsert di Eropah merangkumi Norway, Jerman, Denmark, England dan Austria pada Mei hingga Jun tahun depan.

"Namun, kami bimbang kami akan kehilangan wang (rugi) jika kami menanti hingga tarikh tersebut berikutan masalah hutang yang menghimpit penduduk Eropah," kata pengurus Metallica, Peter Mensch.

Menurutnya, krisis ekonomi itu mungkin menyebabkan orang ramai mengambil pendekatan untuk berjimat cermat.

Justeru, ujar Mensch, dia bimbang bilangan peminat yang hadir untuk menonton konsert Metallica mungkin menurun kepada 45,000 orang berbanding 52,000 orang sebelum ini.

Tambahan pula, katanya, harga tiket juga terpaksa dipotong kerana kuasa beli warga Eropah yang menurun akibat krisis ekonomi di rantau itu. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Nasihat aktres kepada remaja

Posted:

Nasihat aktres <i>Harry Potter</i> kepada remaja

Nasihat aktres Harry Potter kepada remaja


EMMA WATSON


HONG KONG - Bintang filem Harry Potter, Emma Watson menasihati remaja supaya menerima rupa paras mereka seadanya.

Berkunjung ke pulau ini untuk kali kedua, Watson, 21, enggan mengulas laporan bahawa hubungannya dengan teman lelakinya, aktor Johnny Simmons kini retak.

Aktres Britain berkenaan yang melakonkan watak Hermione Granger dalam siri filem Harry Potter tiba di Hong Kong kelmarin atas urusan perniagaan.

Bercakap kepada pemberita semalam, Watson berkata, sebagai contoh teladan kepada golongan remaja, dia menasihati mereka supaya: "Jadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik supaya anda selesa dengan diri anda. Anda adalah diri anda dan itu yang terbaik.,"

Sekitar 100 peminat memegang buku Harry Potter dan majalah fesyen menampilkan gambar Watson semasa menyambut aktres itu yang tiba dengan memakai pakaian berwarna biru. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rumah hangus: 2 keluarga sehelai sepinggang

Posted:

Rumah hangus: 2 keluarga sehelai sepinggang

Rumah hangus: 2 keluarga sehelai sepinggang

09/12/2011 9:09pm

ALOR SETAR – Dua keluarga membabitkan 15 orang di Kampung Baru, Kuala Kedah dekat sini tinggal sehelai sepinggang setelah rumah papan yang dihuni sejak 40 tahun lalu musnah dalam kebakaran petang tadi.

Kejadian 1.35 petang itu memusnahkan lima buah rumah iaitu dua rumah berpenghuni dan tiga lagi rumah kosong.

Mangsa Siti Manisah Arif Johari, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang melipat pakaian di dalam bilik sebelum mendengar jeritan dari jirannya sebelum beliau membawa tiga anaknya yang berada dalam rumah menyelamatkan diri.

Katanya, dia cuba sedaya upaya untuk memadam kebakaran di bahagian dapur tetapi gagal apabila api marak dengan cepat.

"Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang sebab tak sempat untuk menyelamatkan barang atau dokumen penting. Saya bersyukur sebab anak-anak selamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah berkata, 14 anggota dan dua jentera bomba dari Jalan Raja dapat mengawal kebakaran sepenuhnya pukul 3 petang selepas menerima panggilan 1.51 tengah hari.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tangkap 10 suspek kes bunuh

Posted:

Polis tangkap 10 suspek kes bunuh

Polis tangkap 10 suspek kes bunuh

09/12/2011 9:07pm

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menangkap 10 orang suspek berumur lingkungan 16 hingga 71 tahun yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki di Jalan P. Patto-Taman Tanjung, Butterworth Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Zahruddin Abdullah berkata, tiga daripada suspek yang terlibat menyerah diri secara sukarela kepada polis di Butterworth semalam.

"Berdasarkan maklumat orang ramai pihak polis berjaya memberkas suspek yang terlibat, bagaimanapun masih terdapat beberapa suspek yang belum diberkas, kesemua mereka direman sehingga 14 Disember ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mangsa, M. Jegathiswaran, 25, yang memandu sebuah kereta bersama dengan rakannya diserang lebih 10 lelaki apabila mereka berhenti di persimpangan Jalan P. Patto-Taman Tanjung di Butterworth.

Mangsa kemudian diseret keluar dari tempat duduk pemandu dan dibelasah oleh kumpulan penyerang terbabit hingga menyebabkan kematian mangsa kira-kira pukul 4.30 pagi pada hari kejadian.

Bagaimanapun, rakannya yang berusia 20-an, tidak disentuh oleh penyerang terbabit.

Mangsa ditemui mati di tempat kejadian dengan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Beberapa topi keledar dan kayu juga ditemui di tempat kejadian. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Curi kabel: Penagih dadah maut dihempap lif

Posted:

Curi kabel: Penagih dadah maut dihempap lif

Curi kabel: Penagih dadah maut dihempap lif

09/12/2011 9:04pm

KUALA LUMPUR – Seorang penagih dadah mati dihempap lif ketika cuba mencuri kabel di sebuah bangunan lama di Jalan Dang Wangi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 4 petang.

"Lelaki itu maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkarnain berkata, mangsa cedera parah di bahagian badan dan kepala akibat dihempap besi lif yang terjatuh ke atasnya.

Bangunan lama tersebut dikatakan menempatkan sebuah kolej swasta sebelum ini. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Lelaki dalam dunia kejururawatan

Posted:

Lelaki dalam dunia kejururawatan

Lelaki dalam dunia kejururawatan

KEADAAN yang tidak menentu dalam dunia penawaran kerja dan nasib pengambilan graduan institusi pengajian tinggi menjadikan suasana pasaran kerja sesetengah sektor dianggap kritikal.

Begitupun, masih ada ruang kerja yang menerima kemasukan calon tanpa dibatasi faktor-faktor kekangan jangka panjang. Bagi seorang jururawat lelaki, Aiman Zamani, 18, dia melihat prospek yang cerah dalam bidang kerjaya yang diceburinya.

"Jika ditanya mengapa memilih kerjaya ini, jawapannya adalah sama jika seseorang itu ditanya kenapa dia mengambil bidang kejuruteraan atau bidang lain sebagai kerjaya. Ia adalah untuk mencari sumber pendapatan yang stabil.

"Tetapi, setiap individu punya alasan tersendiri. Bagi saya, bidang kejururawatan menjanjikan kerjaya yang stabil. Jururawat adalah antara kerjaya yang terbaik tidak kira apa yang berlaku pada keadaan ekonomi.

Menurutnya, jangka hayat manusia kini semakin panjang. Setiap orang ingin hidup lebih lama dan berusaha menjaga kesihatan melalui pelbagai cara serta kaedah rawatan. Oleh itu, keperluan terhadap khidmat jururawat menjadikannya sebagai aliran pekerjaan yang realistik.

Belia dari Kelantan yang mencatat keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010 itu, telah memilih untuk menyertai kolej latihan kejururawatan.

Aiman memilih program diploma latihan kejururawatan daripada menyertai kursus lain yang ditawarkan universiti tempatan. Dia juga bukan bersendirian dalam membuat keputusan tersebut.

Kikis stereotaip

Secara tradisi dan kemudiannya dipandang secara stereotaip, bidang jururawat dianggap kepunyaan kaum Hawa. Jururawat juga dilihat sebagai pembantu kepada doktor dan para ahli penjagaan profesional kesihatan yang lain.

Masyarakat umumnya akan melihat jururawat lelaki dari sudut negatif. Apabila lelaki memasuki kerjaya itu, sesetengah pihak akan beranggapan bahawa mereka kurang syarat kelayakan untuk menjadi doktor seterusnya terpaksa memilih kerjaya yang hanya milik kaum wanita.


DENGAN tawaran sistem latihan yang baik dan ditambah dengan keperluan tenaga kerja yang tinggi dalam bidang kejururawatan, langsung tidak menghalang penglibatan kaum lelaki dalam bidang itu. - Gambar hiasan


Kaum Adam yang menceburi bidang kemahiran itu juga dianggap tidak begitu sensitif terhadap emosi, seperti jururawat wanita.

Dahulu, kaum lelaki rasa terhalang untuk memceburi bidang kejururawatan kerana takut ciri 'kelelakian' mereka hilang.

Ada juga tanggapan bahawa jururawat hanya bekerja untuk doktor dan tidak mempunyai peluang yang banyak untuk melanjutkan bidang kerjaya mereka.

Kata Aiman: "Situasi sebenar adalah di sebaliknya. Saya kenal seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat dan menyatakan beliau lebih senang bertugas bersama jururawat lelaki.

"Kata wanita itu, jururawat lelaki bertindak lebih baik dalam kedaan kecemasan dalam wad ICU (Unit Jagaan Rapi) kerana mereka cenderung mengambil tindakan yang praktikal serta tidak mudah terganggu emosi atau putus asa semasa menjalankan tugas".

Tetapi di Malaysia, kaum lelaki masih di tahap peratusan yang amat kecil dalam kerjaya jururawat walaupun bilangan mereka di sekolah latihan kejururawatan semakin meningkat.

Ada yang berpendapat, kehadiran kaum lelaki dalam profesion kejururawatan boleh meningkatkan prestij kerjaya itu. Pendapat itu berdasarkan ciri-ciri yang wujud dalam lelaki - kepimpinan, dedikasi terhadap kerja serta pengetahuan teknikal.

Lelaki juga akan menghadapi masalah berat sebelah atau pilih kasih dalam bidang ini. Kehadiran jururawat lelaki mungkin akan membuat jururawat dan pesakit wanita rasa tidak selesa.

Pesakit pula mempunyai tanggapan bahawa jururawat mestilah perempuan kerana kaum itu adalah lebih bersifat lembut, prihatin dan penyayang.

Bagaimanapun kajian mendapati jururawat lelaki juga mempunyai perasaan menyayangi, bukan sahaja terhadap pesakit tetapi juga terhadap profesion mereka.


PADA umumnya, jururawat wanita dilihat mempunyai lebih sifat prihatin dan penyayang. - Gambar hiasan


Satu cabaran

"Bagi saya, bidang kejururawatan adalah satu cabaran. Sebagai seorang jururawat, saya perlu mengingatkan diri setiap hari bahawa saya membantu manusia dalam kesusahan.

"Apabila saya membuat keputusan memilih bidang kejururawatan, saya telah membuat satu keputusan paling bermakna dalam hidup," ulas Aiman.

Seorang lagi pelajar jururawat lelaki iaitu Ramlee Saadon dari Parit, Perak berkata: "Sekarang, untuk mendapat tempat di universiti bagi pelajar yang mendapat keputusan sederhana dalam SPM adalah agak sukar.

"Pada masa kini, lebih ramai lelaki memilih kerjaya ini kerana mereka mahukan satu pekerjaan yang menjanjikan sumber pendapatan yang stabil bagi memenuhi tuntutan serta keperluan kewangan mereka."

Bagi Ramlee, walaupun kejururawatan menjanjikan karier yang stabil, perkara yang membuatkannya memilih bidang itu adalah kerana interaksi bersama pesakit.

"Keinginan membantu sesama manusia adalah sama bagi sesiapapun dalam kerjaya perubatan. Namun, kelainan dalam bidang kejururawatan adalah kami terlibat dengan masalah yang dihadapi oleh orang sakit untuk jangka waktu yang lebih lama.

"Dalam satu aspek, kami (jururawat) menjaga dan merawat mereka ketika mereka (pesakit) berada dalam keadaan sakit dan tegang," terang Ramlee.

Tambah Ramlee, sebagai jururawat, dia cuba memberi perhatian dan merawat pesakit sama seperti layanan yang diharapkan jika ahli keluarganya sendiri yang sakit serta memerlukan rawatan.

"Saya tidak punya perasaan negatif tentang kerjaya yang saya pilih, satu bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Saya rasa jiwa saya sesuai dengan kerjaya ini dan saya amat selesa," ujarnya.

Nisbah lelaki

Walaupun dengan perkembangan yang agak positif kebelakangan ini, jurang nisbah antara lelaki dan wanita dalam kerjaya kejururawatan begitu ketara. Begitupun, senario itu kini dilihat sedang beransur berubah.

"Dalam usaha kami ingin menambah jumlah jururawat lelaki dalam bidang ini, perkembangan semasa menunjukkan ia sedang bergerak dalam arah yang betul," kata pensyarah Sains Kejururawatan, Mary Lim.

Bagi Lim, jika pesakit rasa selesa dan yakin dengan ciri 'maskulin' seorang jururawat lelaki, maka tiada masalah bagi pesakit serta pihak pengamal perubatan menerima kehadiran jururawat lelaki bertugas di hospital.


JURURAWAT wanita tidak menerima sentimen tanggapan yang negatif seperti yang dialami para jururawat lelaki. - Gambar hiasan


Bagi pelajar jururawat lelaki seperti Aiman dan Ramlee, bidang kejururawatan adalah satu bidang yang signifikan selain menawarkan fleksibiliti dalam masa pekerjaan.

Jururawat boleh bekerja sepenuh masa atau separuh masa selain bertugas mengikut jadual syif. Itu juga antara sebab semakin ramai lelaki berminat untuk menceburi kerjaya tersebut. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Kumpulan Sunway rai keluarga besar

Posted:

Kumpulan Sunway rai keluarga besar

Kumpulan Sunway rai keluarga besar


KELUARGA besar Kumpulan Sunway memenuhi kawasan lagun buatan di taman tema kesukaan ramai tersebut.


SUASANA Sunway Lagoon pada 16 Oktober lalu sangat berbeza jika dibandingkan dengan hari-hari biasa atau pada hujung minggu yang lain.

Jika sebelum ini pintu taman tema air itu beroperasi untuk hiburan orang awam, namun hari tersebut ia turut membuka pintunya buat Kumpulan Sunway meraikan keluarga besarnya yang terdiri daripada kakitangan dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Lebih 12,500 staf yang hadir diraikan sempena Hari Keluarga Sunway yang ke-38 bermula pukul 7.30 pagi hingga 6 petang.

Sunway Lagoon Surf Beach menjadi saksi 'tautan kasih' keluarga besar itu yang berkumpul setahun sekali untuk beramah mesra dan bergurau senda bagi melupakan seketika lelah bekerja.

Sambutan sehari suntuk itu turut dihadiri oleh kumpulan pengurusan termasuk staf dari pelbagai bahagian perniagaan. Di bawah tema Passion Unites, penganjuran itu seiring penggabungan Sunway baru-baru ini untuk menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan hartanah terbesar negara.

Pelancaran Hari Keluarga Sunway dimeriahkan dengan persembahan kumpulan genderang yang menggabungkan sembilan orang pemain dram daripada pelbagai latar budaya dan etnik berbeza iaitu Melayu, Cina, India dan Sikh yang mendapat sorakan gemuruh apabila memainkan aneka lagu-lagu popular.

Pemain-pemain dram daripada pelbagai latar budaya secara simbolik memperlihatkan kepelbagaian latar staf kumpulan Sunway. Ternyata, persembahan luar biasa itu menzahirkan kuasa dan semangat penyatuan yang menjadi pegangan dalam menjalankan tugas.

Hari Keluarga yang dianjurkan oleh kelab sukan kumpulan iaitu Kelab Sukan Sunway diceriakan lagi dengan pelbagai acara sukaneka yang membuatkan sesiapa sahaja pecah perut melihat telatah rakan dan ahli keluarga masing-masing.


AHLI keluarga kakitangan Kumpulan Sunway berama-sama dengan pengunjung lain menikmati hari percutian yang menyeronokkan.


Cabaran mencuit hati

Acara sukaneka yang mengundang ketawa besar adalah cabaran mengepit bola di celah kelangkang yang dimainkan oleh staf lelaki dan wanita. Walaupun sudah lama meninggalkan zaman kanak-kanak, ternyata permainan tersebut mampu membangkitkan semula nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

Selepas sehari suntuk menyertai pelbagai aktiviti dan cabaran, tiba masanya untuk juara Karnival Sukan Sunway diumumkan. Kali ini, pasukan Merah telah muncul sebagai pemenang keseluruhan dan sekali gus melayakkan mereka dianugerahkan dengan Trofi Cabaran Tan Sri Jeffrey Cheah.

Kemeriahan sambutan hari keluarga tersebut turut dirasai oleh Suraya Hani Khalid, 30, yang membawa empat ahli keluarganya untuk sama-sama mengambil bahagian.

"Acara seperti ini merupakan satu platform yang baik untuk merapatkan lagi hubungan dan semangat setiakawan antara rakan sekerja serta keluarga masing-masing.

"Saya bangga menjadi sebahagian daripada organisasi ini yang mengintegrasikan keseimbangan kerja dan kehidupan dalam pengurusannya," katanya.

Dalam pada itu, Sangeetha Balakrishnan, 31, pula berpendapat dia bersama-sama rakan sekerja yang lain meluangkan satu pertiga kehidupan seharian di tempat kerja. Aktiviti sedemikian, menurutnya, dapat menyatukan keluarga dan rakan sekerja.

"Aktiviti sebegini membolehkan kami memahami dan mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik supaya menjadi lebih produktif dalam kehidupan di tempat kerja dan di rumah," ujarnya yang membawa ibu dan adiknya untuk turut serta dalam hari keluarga tersebut.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Datuk Razman M. Hashim yang melancarkan Hari Keluarga tersebut memberitahu bahawa majlis tersebut adalah amat bermakna kerana ia merupakan perhimpunan pertama selepas penggabungan Kumpulan Sunway awal tahun ini.


KUMPULAN pegawai atasan Kumpulan Sunway mengambil peluang bergambar bersama maskot.


"Tahun ini, Hari Keluarga Sunway amat penting dan bermakna kerana ia adalah perhimpunan pertama kami sebagai satu keluarga di bawah panji-panji Sunway Berhad.

"Sebagai konglomerat yang besar, kita berasal dari latar belakang yang berbeza sama ada dari segi budaya dan profesional tetapi berkongsi satu nilai yang menyatukan kita semua iaitu keghairahan untuk mencapai kecemerlangan.

"Saya benar-benar percaya bahawa keghairahan ini akan membawa kita lebih jauh dalam perjalanan untuk bersama-sama membina masyarakat," ujar beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Masak lemak cili padi udang harimau

Posted:

Masak lemak cili padi udang harimau

Masak lemak cili padi udang harimau


MENYELERAKAN. Masakan lemak cili api bukanlah makanan yang sukar disediakan.


MASAK lemak cili padi udang adalah kegemaran keluarga saya. Pastinya, ia juga merupakan kegemaran ramai orang. Bahkan, ramai yang merasakan bahawa masakan yang berasal dari Negeri Sembilan ini sukar untuk dimasak. Tanggapan itu silap sama sekali.

Masak lemak adalah antara masakan yang agak mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya pula mudah didapati. Apa yang perlu diberi perhatian ialah api mestilah sederhana dan ia tidak boleh dibiarkan bersendirian di atas dapur. Ia hendaklah dikacau sekali-sekali agar santan tidak pecah minyak.

Masak lemak ini juga boleh divariasikan dengan penggunaan bahan mentah lain seperti ayam, ikan, daging salai dan lain-lain mengikut cita rasa masing-masing. Pastikan bahan yang digunakan segar agar hasilnya memuaskan selera.

Penggunaan santan segar dan santan kotak tidak memberi apa-apa perbezaan kepada rasa masak lemak ini. Saya memilih santan kotak kerana lebih mudah dan bersih. Agak sukar untuuk mendapatkan santan segar yang boleh dipercayai kebersihannya kerana ramai yang menjual santan tidak asli.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kembali dihantui kes dadah

Posted:

Kembali dihantui kes dadah

Kembali dihantui kes dadah

ENAM tahun menggondol Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, atau Saiful Apek bagai sudah serasi dengan dunia lawak dan bermain kata yang menggeletek penonton untuk tertawa.

Bersih daripada kes-kes saman akibat luncuran butir kata ketika melawak, bagaimanapun bapa kepada tiga orang cahaya mata itu tetap tidak boleh lari daripada kes dadah yang kembali bertaut.

Biar sebelum ini dia pernah ditangkap dan disyaki mengambil dadah jenis ganja dan kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin, kes itu kini kembali disebut di Mahkamah Majistret Petaling Jaya awal bulan lalu.

Saiful Apek dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis sekiranya disabit kesalahan. Sebutan semula kes Saiful Apek ditetapkan pihak mahkamah pada 23 Disember ini.

Turut didakwa atas tuduhan yang sama, tiga rakannya, Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan seorang wanita Noremy Mohamad, 28.

Saiful Apek bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan tekad memperjuangkan haknya selagi belum sahih.

"Kes ini masih dalam perbicaraan dan saya masih tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah atas tuduhan yang telah dibacakan," katanya ringkas ketika ditemui di majlis tayangan filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur sempena Malam Promosi Filem 2011 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Selasa lalu.


PELAWAK berpengalaman ini nyata mempunyai persepsi tersendiri tentang kontroversi yang sering melanda dirinya.


Tambah Apek, isu dia diheret ke mahkamah adalah perkara lapuk yang cuba dijelmakan semula.

"Saya ingatkan perkara ini sudah habis sehingga dipanggil semula masuk mahkamah awal bulan lepas. Saya sendiri tak tahu atas dasar apa perkara ini dibangkitkan semula dan digambarkan seolah-olah ini isu baharu walhal benda itu sudah lama.

"Saya tidak kisah berapa lama pun masa yang diambil, selagi muka saya tidak diharamkan keluar televisyen maka selagi itu saya belum dibuktikan bersalah," ujarnya tertawa kecil.

Saman pelawak

Tutup kisah sarang duka Apek yang sering dikaitkan dengan najis dadah. Selagi belum terbukti, usah skeptikal terhadap sesuatu isu, itu prinsipnya.

Menyifatkan bidang komedi adalah paling hampir dengan peminat, Apek menyanggah perilaku sesetengah pihak yang kurang peka ketika beraksi di pentas.

"Pelawak adalah orang paling mudah didekati dan paling dekat dengan masyarakat, daripada budak kecil hingga orang yang sudah veteran.

"Dalam pada kita melawak, seboleh-bolehnya elakkan mengutuk sesama sendiri dan kandungan lawak juga perlu lebih konstruktif serta kena pada tempatnya. Jangan sampai disifatkan pelawak tidak berilmiah!" tegas Apek.

Selain itu, menurut pelakon utama filem Duyung arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen itu, tidak seperti pelakon dan penyanyi yang mana ilmunya boleh dipelajari secara akademik, pelawak sebaliknya perlu belajar dari pengalaman sepanjang berlawak.

"Akademik bagi seorang pelawak adalah perjalanan kita sebagai pelawak, berjumpa orang sana sini dan mengembara merata tempat, paling banyak saya belajar ketika bersama kumpulan Senario selama enam tahun di TV3," luahnya berfalsafah.

Berdepan pelbagai protokol sewaktu mengadakan persembahan di hadapan pelbagai golongan masyarakat, nasihat Apek, pelawak perlu sensitif dan peka.

"Apabila selalu menyentuh segenap jenis kumpulan, ada perkara patut dan tidak patut kita cakapkan dan kadangkala ada juga terlepas cakap.

"Tapi seelok-eloknya kita sendiri kena ada penapis dalam diri, cuba elakkan isu-isu sensitif, tidak persendakan agama, politik dan perkauman.

"Sebagai figura juga kita kena sentiasa hargai peminat. Cukup sekadar balas tweet dengan hanya smiley, itu juga membantu meningkatkan jati diri kita," ujarnya yang pernah seminggu tidak tidur selepas dapat bersalaman dengan pemain bola sepak legenda, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


A. RAZAK MOHAIDEEN serius di set penggambaran filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur.


Aletotoit

Apek dalam pada itu menyangkal dakwaan bahawa dia dikatakan takut untuk menyahut cabaran berentap dalam rancangan realiti yang menghimpunkan pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti Majaraja Lawak. Apek ada pendirian sendiri.

"Rancangan realiti bagus untuk perniagaan tapi tidak bagus untuk pelawak terutama amatur, bertanding sesama pelawak ibarat proses melanggar karma.

"Cukup-cukuplah saya nak berlawan sesama rakan-rakan lain, jangan tamak sangat. Saya juga mahu bagi peluang untuk rakan-rakan lain naik.

"Mungkin ada yang kecewa saya tidak masuk beberapa rancangan realiti, tapi saya perlu cari sesuatu yang bersesuaian untuk melibatkan diri," katanya yang pernah ditawarkan menjadi peserta dan juri dalam sebuah program realiti popular.

Niat asal menjadi seorang pelawak juga perlu diperbetulkan, bukan untuk mencari duit sebaliknya perlu lebih kepada meningkatkan pencapaian serta kelebihan diri.

Malah ujar Apek, pengkritik dalam sesuatu program realiti itu juga perlu datang daripada bidang itu. Jika tidak ia kelihatan sangat janggal!

Bukan hanya berlakon, malah perancangan tahun baharu Apek juga tidak lari daripada mengeluarkan single sendiri berjudul Aletotoit.

Sekali dengar bunyinya melucukan, namun kata Apek Aletotoit bermakna 'Alamak' yang diberikan pengertian global.


FILEM Bujang Terlajak Belum Terlanjur menggandingkan dari kiri, Saiful Apek, Nur Fazura, Nabil dan Johan Raja Lawak (berdiri).


"Ini bahasa yang sering saya sebut masa kecil-kecil bermaksud 'alamak', lagu ini ibarat satu perpaduan untuk semua bangsa yang menyebut 'alamak' dalam pelbagai cara," ujarnya mengenai lagu bergenre reggae itu.

Lirik lagu Aletotoit ditulis sendiri oleh Apek dan Bob Kuman, klip videonya sedang dalam proses pembikinan dan teasernya boleh ditonton di laman Youtube.

Full content generated by Get Full RSS.

Persepsi juara Ustazah Pilihan

Posted:

Persepsi juara Ustazah Pilihan

Persepsi juara Ustazah Pilihan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


FIRUZ kurang yakin mampu menjuarai Ustazah Pilihan lantaran merupakan satu-satunya finalis yang tidak memiliki pendidikan formal dalam bidang agama.


SETELAH sembilan minggu mengharungi pelbagai cabaran dan ujian sepanjang berlangsungnya program Ustazah Pilihan, akhirnya peserta Firuz Akhtar Mohamad Bohari, 27, telah dinobatkan sebagai juara.

Dalam acara kemuncak yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada minggu lalu, peserta yang berasal dari Kuala Lumpur itu berjaya mengatasi saingan tiga orang peserta lain iaitu Masfira Hilman, 27, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 dan Siti Fatimah Mohd. Sharif, 26.

Untuk saingan akhir, keempat-empat finalis telah diberikan tugasan iaitu mendekati permasalahan pernikahan sempadan dan markah dinilai berdasarkan 40 peratus markah keseluruhan, 40 peratus menerusi ujian bertulis dan bakinya adalah hujah yang disampaikan pada Raudhah Ustazah Pilihan yang berlangsung pada malam tersebut.

Kemudian, para peserta mengharungi pula tugasan kedua iaitu mengupas tentang topik Muslimah Terhebat di hadapan Mudirah, Dr. Robiah Kulop Hamzah serta dua orang Mursyidah iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

Bagaimanapun, saingan yang berlangsung turut menimbulkan kejutan apabila dua orang peserta sahaja yang dipilih untuk merebut gelaran juara iaitu Firuz dan Hidayah, manakala Siti dan Masfira pula sekadar berada di kedudukan ketiga dan keempat.

Menurut Firuz, ketika namanya diumumkan sebagai juara Ustazah Pilihan, dia sendiri agak terkejut dan tidak menyangka memandangkan saingan hebat yang turut diberikan oleh tiga peserta yang lain.

"Kalau melihat kepada semua peserta yang bersaing pada peringkat akhir ini, saya berasa sedikit kurang keyakinan memandangkan tidak mempunyai kelebihan berbanding rakan-rakan yang lain.

"Antara keempat-empat peserta pada malam ini, hanya saya seorang sahaja finalis yang tidak memiliki pendidikan formal dalam bidang agama. Namun, saya tetap bersyukur kerana telah dinobatkan sebagai juara," ujar graduan dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Parsi di Universiti Al-Zahra, Iran.

Ujarnya, antara salah satu sebab dia tertarik untuk menyertai program Ustazah Pilihan yang diterbitkan oleh saluran Astro Oasis ini adalah disebabkan dia memang cukup tertarik dengan rancangan yang berbentuk keagamaan.

Jelasnya lagi, dengan kemenangan yang diraihnya itu juga dilihat serba sedikit mampu mengubah pandangan tipikal sesetengah masyarakat Islam di negara ini tentang kerja-kerja dakwah.

"Saya berpendapat bahawa untuk bergelar ustazah atau melakukan kerja-kerja dakwah bukanlah terletak kepada individu lepasan agama, tetapi usaha dakwah ini sebenarnya adalah tanggungjawab semua orang," tegasnya.

Mengenai pemilihan Firuz sebagai juara sulung rancangan tersebut, Robiah selaku Mudirah menjelaskan bahawa pemilihan dibuat berdasarkan beberapa kriteria.

Ujarnya, penilaian yang dibuat oleh dirinya serta dua orang Mursyidah bukanlah pada malam kemuncak sahaja, tetapi penilaian sudah pun bermula sejak para peserta mula bersaing pada minggu pertama lagi.

"Kami bertiga sepakat untuk memilih Firuz kerana melihat dia adalah peserta yang memiliki kecerdasan ilmu yang sangat tinggi. Malah, dia turut mempunyai kematangan dalam mengolah pendapat serta mampu mengendalikan emosi dalam sebarang situasi.

"Begitu juga dengan kemahiran yang dimilikinya iaitu mampu menguasai empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan Parsi yang sudah tentunya memberi kelebihan buat dirinya untuk bergelar juara," jelasnya.

Dengan kemenangan tersebut, Firuz berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta Peugeot, biasiswa tajaan Yayasan Antarabangsa Al Madinah, pakej haji dan umrah, wang tunai RM25,000, barangan elektronik, pakej spa dan trofi.

Hidayah yang muncul naib juara memperolehi pakej umrah, wang tunai RM18,000, barangan elektrik, pakej spa dan trofi, manakala Siti turut menerima pakej umrah, wang tunai RM10,000, barangan elektrik, pakej spa dan trofi. Fira pula berpuas hati apabila membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej percutian dan spa serta trofi.

Tugas dakwah

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar menyatakan matlamat asal penerbitan rancangan Ustazah Pilihan adalah mahu melahirkan barisan pendakwah pelapis yang mempunyai ketrampilan sebagai ikon muslimah sejati.

Ujarnya, walaupun rancangan tersebut sudah tamat dan pemenang telah pun diketahui, tetapi tugas kesemua 11 peserta yang turut bertanding sebenarnya masih lagi belum berakhir.

"Selepas ini mereka akan diminta untuk pergi berdakwah ke merata-rata tempat dan ini menyebabkan mereka turut berjauhan dengan keluarga," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nicole Kidman sombong

Posted:

Nicole Kidman sombong

Nicole Kidman sombong

AKTRES Nicole Kidman kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya yang bergenre seram, Stroke di Nashville, Amerika Syarikat.

Namun, krew filem tersebut kurang menggemari aktres itu kerana dia dikatakan berlagak seperti diva dan begitu sombong dengan penggiat produksi tersebut.

"Dia minta diberi perhatian. Tak ada krew yang boleh mendekatinya. Lebih teruk, dia tak mahu berbicara dengan penerbit, pengarah serta pelakon lain! Dia memang seorang diva!," ujar satu sumber kepada National Enquirer.

Aktres dari Australia itu juga dikatakan akan mengamuk jika permintaannya tidak dipenuhi termasuk dia naik berang hanya kerana air suam yang diminta telah tersilap dihantar oleh pembuat minuman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved