Sabtu, 29 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Terbayang maut

Posted:

Terbayang maut

Terbayang maut

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

WAN Mohd. Shuhaimi melihat kecederaan anaknya selepas dia jatuh ke dalam perigi di Kampung Kota, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - "Pada mulanya saya masih boleh bertahan tetapi selepas beberapa minit, mula timbul rasa takut sampai teringat mati". Demikian cerita Wan Mohamad Syaqir Iqwan Wan Mohd. Shuhaimi, 19, yang terperangkap di dalam sebuah perigi sedalam kira-kira 12 meter selepas terjatuh ketika cuba mengait buah rambutan gading di belakang rumahnya di Kampung Kota, di sini pukul 1.50 petang semalam.

Sebelum kejadian. pelajar Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia (Alam) di Terengganu itu memanjat perigi tersebut dan berdiri di atas penutup konkrit untuk memetik buah rambutan.

"Ayah yang minta petik buah rambutan, saya pun panjat perigi yang ditutup dengan konkrit, tetapi tiba-tiba penutupnya pecah lalu saya terjatuh ke dalam.

"Sebaik sahaja jatuh, saya tenggelam dan cuba apungkan diri dengan menahan kaki serta badan pada dinding perigi bagi mengelak lemas," katanya ketika ditemui semalam.

Bapanya, Wan Mohd. Shuhaimi Wan Mustapa, 49, yang turut berada di tempat kejadian menghulurkan getah paip untuk diikat pada badan selain menurunkan tangga sebagai satu lagi cara untuk mengelakkan anak kedua daripada tiga beradik itu tenggelam.

Isterinya, Suhaila Abdullah, 44, pula bergegas mendapatkan bantuan jiran-jiran sambil menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba lima minit kemudian.

"Saya takut dia tidak dapat bertahan lama, tangga yang dihulurkan juga tenggelam kerana perigi itu terlalu dalam," ujarnya dengan menambah, peristiwa itu sudah menjadi alasan yang cukup kuat untuk mereka menimbus perigi itu selepas ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Darulnaim, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Radi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.52 petang sebelum tiba dengan empat anggota.

"Anggota kami, Mohd. Hazam Abdul Rahman yang lengkap dengan peralatan termasuk tali penyelamat turun ke dalam perigi tersebut dan berjaya memangku mangsa untuk membawanya naik dalam tempoh lima minit.

"Operasi menyelamat tidak mengalami kesukaran berikutan mangsa mampu mengawal perasaan takut dan menjadikan kerja-kerja lebih mudah," ujarnya.

Katanya, mangsa cukup bernasib baik kerana kejadian tersebut disedari oleh ahli keluarga yang lain selain dia juga mempunyai kemahiran ketika berada di air.

"Mungkin ramai yang menganggap terjatuh dan terperangkap di dalam perigi adalah suatu yang tidak serius tetapi hakikatnya ia bahaya kerana gas yang dikeluarkan daripada tanah di dalam perigi itu mungkin beracun," jelasnya.

Bagi Mohd. Hazam, 48, ini bukan kali pertama beliau melakukan kerja-kerja menyelamat seumpama itu sepanjang tempoh khidmatnya bersama pasukan bomba sejak 25 tahun lalu.

"Sebelum ini telah melakukan kerja-kerja sebegitu cuma, kali ini ia tidak begitu sukar berikutan mangsa kelihatan tenang dan masih ada tenaga untuk bertahan" katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Amil direman empat hari bantu siasatan polis

Posted:

Amil direman empat hari bantu siasatan polis

Amil direman empat hari bantu siasatan polis


REDZUAN menunggu proses tahanan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan kes kehilangan wang zakat sebanyak RM18,000 tahun lalu.


JOHOR BAHRU - Polis mendapat perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap bekas imam masjid di Kulaijaya di sini, Redzuan Mohd. Said bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang zakat fitrah sebanyak RM18,000 tahun lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail berkata, polis akan meneruskan siasatan terhadap lelaki berusia 28 tahun itu.

Katanya, polis percaya keterangannya dapat membantu melengkapkan siasatan dalam tempoh reman dan menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya.

"Polis akan meneruskan siasatan termasuk membuat kawad cam melibatkan beberapa orang saksi," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bekas imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri Johor (MAIJ) itu didakwa gagal menyerahkan kutipan wang zakat sebanyak RM18,000.

Dia yang sudah berumahtangga bagaimanapun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya pagi kelmarin untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih 20,000 khatam Al-Quran serentak

Posted:

Lebih 20,000 khatam Al-Quran serentak

Lebih 20,000 khatam Al-Quran serentak


SEBAHAGIAN daripada lebih 20,000 pelajar KAFA membaca ayat-ayat suci Al-Quran menggunakan e-Book pada majlis khatam beramai-ramai di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Terengganu semalam mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 20,133 pelajar Kelas Fardu Ain (KAFA) negeri ini khatam Al-Quran.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata, jumlah itu meningkat berbanding catatan tahun lepas seramai 16,929 orang.

"Untuk majlis kali ini, kita mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records," katanya kepada pemberita selepas Majlis Khatam Al-Quran & Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian(UPKK) pelajar Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) negeri Terengganu 2011.

Khazan berkata, Melaka merupakan negeri kedua paling ramai pelajar KAFA membuat khatam al-Quran iaitu 15,033 orang.

Beliau berkata, majlis khatam Al-Quran di Terengganu semalam dibuat serentak di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu seramai 6,325, Besut (3,149), Setiu (2,311), Marang (2,744), Hulu Terengganu (1,910), Dungun (2,024) dan Kemaman (1,670).

Sebahagian besar daripada pelajar berkenaan menggunakan Al-Quran digital menerusi e-Book yang diagihkan kerajaan, katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


MILIK JANG!

Posted:

MILIK JANG!

MILIK JANG!

NEGERI SEMBILAN kembali ditabalkan selaku juara Piala Malaysia. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu.

Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.

Bagi Terengganu pula, skuad Peteh itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.

Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA pada Jun lalu.

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium.

Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59.

Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan.

Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.

Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.

Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.

Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dari kelab T-Team, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.

Full content generated by Get Full RSS.

United temui rentak semula

Posted:

United temui rentak semula

United temui rentak semula



LONDON - Manchester United bangkit semula daripada kekalahan memalukan 1-6 kepada Manchester City pada hujung minggu lalu apabila skuad The Red Devils itu membenam Everton 1-0 pada aksi Liga Perdana England di Goodison Park semalam.

Kemenangan tersebut meletakkan United dua mata di belakang pendahulu liga iaitu Manchester City dengan mengumpul 23 mata daripada 10 perlawanan.

Javier Hernandez menjadi hero United dan telah memberikan kemenangan pertama mereka di Goodison Park sejak September 2007.

Jaringan tersebut hadir apabila Hernandez menyudahkan hantaran lintang pemain pertahanan, Patrice Evra pada minit ke-19.

Everton hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-20 apabila rembatan Leighton Baines terkena palang gol selepas berjaya menewaskan penjaga gol United, David De Gea.

Sementa itu, kapten, Robin van Persie menjadi watak pemusnah kepada Chelsea apabila meledakkan hatrik dalam pertembungan di Stamford Bridge yang berkesudahan Arsenal menang 5-3.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan peribadi ke-500 Arsene Wenger sejak bergelar pengurus Arsenal sejak tahun 1996.

Bagi Chelsea pula, ia adalah kekalahan kedua mereka berturut-turut selepas tewas kepada Queens Park Rangers (QPR) hujung minggu lalu.

Ia juga kekalahan kelima Chelsea di tempat sendiri setelah tewas 2-5 kepada Liverpool dalam pertemuan pada Disember 1989.

Pada aksi semalam, Chelsea mendahului pada minit ke-14 melalui Frank Lampard sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

Namun kapten, John Terry meletakkan Chelsea di hadapan semula apabila menjaringkan gol pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Arsenal bangkit menyamakan jaringan melalui Andre Santos pada awal separuh masa kedua sebelum Theo Walcott meletakkan kedudukan 3-2 melalui larian menarik sebelum menjaringkan gol pada minit ke-55.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila Juan Mata menyamakan kedudukan 3-3 melalui sepakan lintang pada minit ke-80.

Van Persie kembali meletakkan Arsenal di depan apabila mengambil kesempatan akan kealpaan benteng pertahanan Chelsea untuk meledak gol keempat The Guners lima minit kemudian sebelum dia melengkapkan hatrik pada masa kecederaan. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Umardi tawan GP Perlis 2011

Posted:

Umardi tawan GP Perlis 2011

Umardi tawan GP Perlis 2011


UMARDI (tengah) bersama barisan pemenang yang lain pada Kejohanan Lumba Basikal GP Perlis 2011 di Kangar semalam.


PELUMBA Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Nor Umardi Rosdi muncul juara acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix Kebangsaan Sirkit Perlis (GP Perlis) dengan catatan masa 3 jam 34 minit 57 saat.

Pada perlumbaan sejauh 151.2 kilometer itu, Umardi melakukan breakaway sejak pusingan pertama seterusnya berjaya menepis asakan pelumba Kuala Lumpur, Ahmad Fallanie Ali yang hanya keciciran satu saat di belakang untuk sekadar menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba kebangsaan, Ng Yong Li dengan catatan masa keseluruhan 3:35.01s.

"Sejak awal lagi saya yakin boleh menang hari ini (semalam). Saya memang simpan tenaga untuk menewaskan Fallanie pada hujung garisan penamat.

"Saya tahu Fallanie memang kuat, tetapi saya masih ada tenaga untuk menang," kata Umardi.

Pelumba berpengalaman, Suhardi Hassan yang baharu diselitkan dalam pasukan kebangsaan untuk menghadapi acara lepas beramai-ramai pada Sukan SEA 2011 di Indonesia berjaya menduduki tempat keenam dengan masa 3:35.22s.

Acara lepas beramai-ramai wanita elit pula menyaksikan berlaku kejutan apabila pelumba Johor, Nurul Sakinah Abd. Karim mengetepikan beberapa pelumba ternama seperti Masziyaton Mohd. Radzi dan Mariana Mohamad.

Nurul Sakinah berjaya melakukan henjutan kemas untuk lebih awal melepasi garisan penamat dengan catatan masa 3:10.07s pada perlumbaan sejauh 108km.

Masziyaton menduduki tempat kedua diekori pelumba Vietnam, Cao Thi Cam Le dengan catatan masa yang sama.

Mariana, juara kebangsaan 2010 pula sekadar menduduki tempat keempat dengan catatan masa yang sama.

Dalam acara lepas beramai-ramai junior lelaki, Hamdan Hamidun muncul juara dengan catatan masa 2:39.20s.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kenal pasti perubahan khidmat bas – SPAD

Posted:

Kenal pasti perubahan khidmat bas – SPAD

Kenal pasti perubahan khidmat bas – SPAD

29/10/2011 7:07pm

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi mengingatkan orang ramai tentang perubahan beberapa perkhidmatan bas yang sebelum ini beroperasi di Pasarama Kota atau Stesen Bas Klang ekoran penutupan hentian bas itu mulai Selasa depan.

Perkhidmatan Cityliner (Kenderaan Klang Banting Sdn Bhd) dan Causeway Link (Handal Ceria Sdn Bhd) akan berpindah ke Pudu Sentral, begitu juga dengan Seranas/Wawasan Sutera yang sebelum ini beroperasi di Jalan Sultan Mohamed (berhampiran Pasarama Kota).

Perkhidmatan bas RapidKL nombor U91 juga akan berpindah ke Pudu Sentral, manakala bas lain di Pasarama Kota akan beroperasi di Jalan Sultan Mohamed," kata SPAD dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, penutupan stesen Pasarama Kota adalah bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen bawah tanah MRT Pasar Seni, yang akan dihubungkan dengan stesen LRT Pasar Seni sedia ada.

"Ini bagi membolehkan pertukaran penumpang LRT ke MRT, dan sebaliknya dilakukan tanpa perlu penumpang meninggalkan stesen tersebut, atau membeli tiket baru," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut sebuah terminal bas baru dijangka dibina di lokasi yang sama apabila projek MRT siap pada 2016.

Perkhidmatan RapidKL boleh dihubungi di talian 03-7885 2528, Cityliner (03-5512 9434) dan Causeway Link (07-360 2244). – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

5 lelaki samun, curi waktu malam ditahan

Posted:

5 lelaki samun, curi waktu malam ditahan

5 lelaki samun, curi waktu malam ditahan

29/10/2011 6:05pm

KOTA BHARU – Polis Kelantan dapat menyelesaikan 15 kes samun dan curi waktu malam yang melibatkan kedai serba guna 24 jam dan kafe siber di negeri ini selepas menahan lima suspek yang disyaki terbabit dalam kumpulan itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kumpulan itu bukan sahaja bergerak di negeri ini malah di Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata, kesemua lelaki itu yang berusia antara 20 dan 40 tahun ditahan di sekitar Kota Bharu minggu ini dan merampas barangan curi bernilai kira-kira RM20,000.

Bercakap kepada pemberita ketika melawat tapak karnival Jom Heboh Kelantan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini hari ini, Jalaluddin berkata, kejayaan itu hasil kerjasama orang ramai memberi maklumat membabitkan kegiatan kumpulan berkenaan di sempadan negeri itu.

"Setakat ini kita berjaya mengesan geng "7 Eleven" dan "Kumpulan Din" yang melakukan kegiatan jenayah waktu malam," katanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Latihan penyelenggaraan pesawat di IKBN

Posted:

Latihan penyelenggaraan pesawat di IKBN

Latihan penyelenggaraan pesawat di IKBN

29/10/2011 3:52pm

MIRI – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang memasukkan latihan penyelenggaraan pesawat, teknologi pertanian, perhotelan, spa dan urutan sukan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Timbalan Menterinya, Gan Ping Sieu berkata, bidang-bidang ini telah dikenal pasti sebagai antara yang dapat memastikan lepasan IKBN dapat memenuhi permintaan tenaga kerja yang tinggi dalam sektor industri yang berkaitan.

Berucap merasmikan Konvokesyen Kelima IKBN Miri di Bandar Baru Permyjaya di sini hari ini, beliau berkata, ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang sedang dilaksanakan di bawah perancangan strategik lima tahun kementerian itu antara 2010 dan 2015.

Katanya, selain latihan kemahiran sepenuh masa di IKBN, perancangan ini turut melibatkan pelaksanaan kursus jangka pendek, program latihan luar IKBN dan yang terbaru, mempersijilkan para belia melalui kaedah pentauliahan pencapaian terdahulu.

Setakat ini, kursus-kursus yang dijalankan adalah menggunakan Sijil Kemahiran Malaysia atau SKM, di mana tahap tertinggi adalah Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 5, katanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tidak selamat dengan peminat

Posted:

Tidak selamat dengan peminat

Tidak selamat dengan peminat

MULA menyertai pertandingan One In A Milion (8TV) pada tahun 2006, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar mula membina nama dalam industri seni setapak demi setapak seawal usia 16 tahun.

Tiga tahun menimba ilmu dan mengaut pengalaman, penyanyi berasal dari Kuala Lumpur itu kemudiannya mengeluarkan album pertamanya berjudul Nakal dengan menampilkan lagu pop popular Jangan Nakal.

Menakjubkan apabila lagu tersebut menjadi kegilaan dan siulan ramai terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Alif yang ketika itu berusia 19 tahun mula dikenali sebagai penyanyi bagi ikon kanak-kanak.

Kini, sesuai dengan usianya yang sudah menginjak 21 tahun, Alif muncul dengan album kedua berjudul Lelaki Seperti Aku seterusnya menampilkan sisi matangnya.

Begitupun, Alif masih mengekalkan lagu bergenre pop dan mudah didengar bagi mengekalkan selera pendengar kanak-kanak dan remaja.

"Walaupun untuk album kedua ini saya menampilkan sisi matang tetapi saya yakin pendengar yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja masih ada. Sebabnya mereka juga membesar dengan kerjaya seni saya.

"Sebagai contoh, penyanyi Justin Timberlake yang mula dengan Disney, kemudian beralih kepada kumpulan remaja N'Sync dan sekarang menampilkan ciri-ciri seorang lelaki apabila menyanyi secara solo," katanya yang mahu dirinya melalui fasa seperti Justin yang sentiasa diterima dan disokong peminat sejak awal sehingga kini.

Peminat dua tahun

Berasa puas dengan pemilihan lagu yang terdapat dalam album terbaharu itu, Alif juga berasa terharu kerana sambutan single pertamanya, Lelaki Seperti Aku berjaya menduduki carta tertinggi di beberapa stesen radio tempatan.

Malah, dia merasa bangga kerana lagu Lelaki Seperti Aku telah dinyanyikan oleh kanak-kanak berusia dua tahun dan ia telah dimuat turun dalam laman YouTube. Begitu juga dengan penyanyi remaja Shila Amzah yang turut menyanyikan lagu itu dalam versi perempuan iaitu Gadis Seperti Aku.


ALIF kini sedang melalui fasa transisi dalam kerjaya seni seiring dengan peningkatan usianya.


"Ia penghormatan buat diri saya apabila penyanyi Shila Amzah ingin menyanyikan lagu ini untuk versi perempuan dan meletakkan videonya di laman YouTube. Video itu telah ditonton hampir 100,000 orang," katanya ketika ditemui selepas majlis pradengar album keduanya di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak mahu mengikut kata hati semata-mata, Alif lebih suka menghasilkan lagu mengikut selera pendengar.

Katanya, dia tidak mahu mencipta sesuatu lagu yang tidak dekat dengan peminatnya.

Bercakap tentang kepuasan dalam nyanyian, menurut Alif, dia lebih suka menyanyi lagu bergenre jazz.

"Memang benar muzik jazz menjadi pilihan berbanding pop tetapi saya lebih senang menurut permintaan peminat yang lebih suka jika saya menyanyikan lagu pop. Namum Insya-Allah satu hari nanti saya akan mencita sebuah album dan lagu yang menunjukkan kematangan sebenar dan ia menepati kepuasan sebenar saya," ujarnya.

Alif juga tidak kisah jika dia masih dilabelkan sebagai ikon kanak-kanak kerana sememangnya golongan itu yang banyak membantu kariernya sejak dahulu lagi.

Ditebak persoalan tentang kenapakah dia kini berani muncul dengan album yang menampilkan kematangannya selari dengan usianya yang kini mencapai 21 tahun, jawab Alif, dia khuatir popularitinya di kalangan peminat belum terjamin sepenuhnya.

"Saya bukan macam penyanyi Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Saya masih berasa tidak 'secure' dengan peminat sendiri. Jadi, saya harus mencipta sesuatu yang menepati selera mereka," katanya jujur.

Sebanyak 80 buah lagu yang ada dipilih untuk dimuatkan dalam album kedua Alif yang bakal dipasarkan pada 28 Oktober ini. Album itu menampilkan sebanyak lapan buah lagu termasuk sebuah lagu Inggeris ciptaan penyanyi baharu, Amirah Ali berjudul There We Go.


FIGURA ini meraih pengalaman yang cukup bermakna ketika merakamkan lagu Inggeris pertamanya, There We Go.


"There We Go merupakan lagu Inggeris pertama yang dirakamkan. Pengalaman merakamkan lagu Inggeris pertama tidak sukar seperti yang saya bayangkan tetapi perasaan gementar tetap ada lebih-lebih lagi 'feedback' daripada peminat," katanya.

Selain There We Go, Alif turut menyanyikan lagu Inggeris nyanyian Kelly Clarkson & Justin Guarini yang berjudul Timeless. Alif Satar bergandingan dengan penyanyi popular dari Filipina, Julia Abueva yang mempunyai vokal yang cukup memukau.

Lagu lain yang turut dimuatkan dalam album itu adalah Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi dan Abdul yang merupakan single kedua album itu.

Tentang Abdul

Amat jarang seorang penyanyi lelaki menyanyikan lagu untuk lelaki. Tetapi bagi Alif, Abdul semenangnya seorang yang istimewa di matanya.

"Abdul ditulis sepenuhnya oleh Panji Sakti menampilkan lirik yang 'catchy', mudah diingat serta susunan muziknya yang 'fun'.

"Ia bukan lagu yang memuji tetapi sebuah lagu yang menceritakan sikap lelaki yang bernama Abdul," katanya mengenai lagu Abdul yang mirip melodi lagu popular I'm Yours nyanyian Jason Mraz.

Selain mencipta nama sebagai penyanyi, Alif juga dikenali sebagai pelakon dan pengacara. Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cuak untuk stesen Astro Ceria, Alif juga terlibat dengan telefilem Lari Sayang Lari yang mula bersiaran di Astro Prima pada 23 Oktober lalu.


RAIH kepercayaan. Alif menerima hadiah kek istimewa daripada pengarah urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Adrian Lim.


"Lari Sayang Lari adalah sebuah drama arahan pengarah Jepun yang juga seorang penulis skrip terkenal di Hollywood, Yasu Tanaka. Jika ia mendapat sambutan yang baik, saya diberitahu ia akan dikembangkan pula sebagai sebuah drama bersiri," katanya.

Bercerita mengenai bidang pengacaraan pula, Alif ketika ini sedang mempersiapkan diri untuk kembali ke set program realiti, Idola Kecil 4.

Dia bersyukur kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengacarakan program itu untuk empat musim berturut-turut.

"Alhamdulillah, saya masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Idola Kecil. Kehadiran lebih 3,000 peserta sangat memberansangkan. Bayangkan, ketika uji bakat dilakukan, ada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menyanyikan lagu Adele iaitu Rolling In The Deep sambil bermain gitar.

"Dia berjaya memukau semua orang. Justeru, Idola Kecil tahun ini antara rancangan yang perlu anda saksikan kerana kita semua pasti terkejut melihat kebolehan setiap peserta yang ada," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tomok bakal jadi bapa

Posted:

Tomok bakal jadi bapa

Tomok bakal jadi bapa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


TOMOK bakal ke London untuk menjalani penggambaran klip video bersama band One Night Only pada November ini.


USAI menjalani penggambaran filem Istanbul Aku Datang, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, gembira bukan kepalang saat kakinya kembali menjejak bumi Malaysia.

Gembiranya dilahirnya dalam panjat syukur atas nikmat dan rezeki sulung yang dilimpahkan yang Maha Esa, akhirnya tidak lama lagi Tomok juga bakal menukar statusnya menjadi bapa.

Biarpun usia kandungan isterinya, Siti Rahayu Abas, 32, baru mencecah dua bulan, keterujaan luar biasa dilihat dari raut wajah pemenang rancangan realiti One In A Million (OIAM) itu.

"Saya berada di Istanbul selama dua minggu dan pada minggu pertamanya saya mendapat panggilan telefon dari Malaysia pada pukul 5 pagi.

"Debaran cemas bertukar ceria apabila isteri memaklumkan dia mengandung selepas membuat ujian menggunakan alat pengesan kehamilan," katanya yang ditemui ketika majlis sidang akhbar pengumuman 30 lagu ke separuh akhir Muzik-Muzik 26 di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Hadiah paling bermakna buat dirinya itu disimpan untuk pengetahuan pasangan suami isteri itu saja sepanjang tempoh Tomok berada di Istanbul, Turki.

Namun, sepanjang tempoh seminggu berbaki di bumi anbiya itu sang suami tidak putus-putus menanyakan khabar si isteri di tanah Malaysia.

"Gembira tidak terkata selepas dapat tahu berita gembira itu, selepas khabar itu saya macam tidak boleh tidur malam dan setiap hari bertanya khabar dia," luah Tomok yang melangsungkan perkahwinannya dengan Ayu pada 1 Julai lalu.

Pulang dari Istanbul, pasangan sejoli itu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan yang tepat mengenai status kandungan isterinya.

"Selepas pemeriksaan, doktor mendapati isteri saya sah mengandung dua bulan dan selepas itu barulah kami suami isteri memaklumkan khabar gembira ini kepada keluarga terdekat," ujarnya yang sememangnya bersedia menimang cahaya mata.

Terkini, isterinya Ayu sekadar muntah-muntah namun belum mengidam makanan yang pelik-pelik. Betapa terujanya Tomok apabila dia pula mengambil tugas Ayu membuat kerja rumah.

"Katanya, badan selalu tidak selesa dan sekarang saya akan membantunya membuat kerja rumah, buat masa sekarang saya memintanya berhenti bekerja seketika sehingga selepas dia bersalin," ceritanya yang tidak kisah dikurniakan anak lelaki ataupun perempuan.

Bagaikan Bidadari

Menerusi separuh akhir Muzik-Muzik 26, Tomok turut tercalon menerusi lagu Bagaikan Bidadari.

Lagu ciptaan komposer Aubrey Suwito dan lirik olehnya sendiri itu akan berentap bersama 10 buah lagu lain pada separuh akhir kedua, 25 November ini.

"Insya-Allah saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk melengkapkan hatrik saya ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas lagu Berlari (AJL 25) dan Rindu Terhenti (AJL 24)," getus Tomok menyimpan impian.

Tomok dalam pada itu, sedang membuat persiapan mengadakan penggambaran klip video bersama band One Night Only di London pada bulan November ini.

Selain terlibat dalam Bidadari, dia juga akan mengadakan konsert sempena Kempen Buka Semangat TV3 & Coca Cola pada hujung tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

AJL 26 tanpa Irama Malaysia

Posted:

AJL 26 tanpa Irama Malaysia

AJL 26 tanpa Irama Malaysia

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


KIRI: Antara 30 artis yang tercalon untuk bersaing di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26.


SEBANYAK 30 buah lagu akan berentap pada pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 26 sepanjang tiga minggu berturut-turut pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam, bermula 18 November (11 lagu), 25 November (11 lagu) dan 2 Disember (8 lagu).

Acara itu akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan 12 buah lagu yang layak ke pentas akhir akan diumumkan juri profesional pada minggu ketiga.

Persaingan pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir itu memperlihatkan hanya lagu bergenre pop rock dan balada yang layak untuk berentap merebut peluang untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu kali ke-26.

Menurut Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studios, Fadzliniza Zakaria, pihaknya langsung tidak memperoleh sebarang penyertaan lagu bergenre irama Malaysia mahupun etnik kreatif sejak pusingan Muzik-Muzik 26 dimulakan awal tahun ini.

"Tiada penyertaan lagu bergenre irama Malaysia atau etnik kreatif sepanjang Muzik-Muzik bersiaran tahun ini dan kita kena perhatikan trend sekarang.

"Kebanyakan penyanyi hantar penyertaan lagu bukan berdasarkan album tapi lebih kepada single, itu mungkin punca utama tiada lagu bergenre sedemikian masuk ke semi final," katanya ketika sidang akhbar pengumuman 30 buah lagu yang bakal berentap di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 26 di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Fadzliniza turut mengulas perubahan corak dominasi artis yang bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26 itu juga.

"Untuk tempoh tiga tahun ini kita melihat dominasi band-band indie dan sekarang trend itu juga sudah berubah, band indie masih ada tapi ada kemasukan penyanyi solo dan duet dan ini adalah satu kombinasi yang seimbang," ujarnya yang melihat setiap lagu ada kekuatan tersendiri.

Seperti sebelumnya, Muzik-Muzik 26 masih mengekalkan sistem pencalonan baharu iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, di mana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor seperti demografi, genre dan peringkat umur.

Format penjurian juga masih sama, yakni mengekalkan 100 peratus pilihan daripada juri.

"70 peratus pecahannya adalah prapenjurian dan 30 peratus ketika hari persembahan separuh akhir," maklumnya yang masih belum memilih barisan 5 orang juri yang akan mengadili lagu, lirik dan vokal.

Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 26 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Hazami (medley lagu Kata dan Sonata Musim Salju), kumpulan Ilusi (medley irama klasik) dan Aris Ariwatan (medley Lamunan Terhenti dan Cinta Tak Kenal Siapa).

Tiket percuma kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran masing-masing boleh didapati di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 18 November, 25 November dan 2 Disember mulai pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Variasi 40 jenis kuih talam

Posted:

Variasi 40 jenis kuih talam

Variasi 40 jenis kuih talam

MASIH kuat dalam ingatan Basharah Mustafa, 57, bagaimana dia begitu tekun menyiapkan tempahan kuih talam pelanggan sehingga pengsan akibat kepenatan. Jadual hariannya terlalu padat. Seawal pukul 4 pagi dia sudah sibuk di dapur menyiapkan tempahan yang akan diambil oleh pelanggan sebelum dia ke tempat kerja iaitu sekitar pukul 7 pagi.

Pulang ke rumah pada sebelah petang, dia masuk ke dapur lagi menyiapkan tempahan-tempahan lain yang tidak pernah surut.

"Kadang-kadang saya tidur pukul 2 pagi dan bangun semula pukul 4 pagi, sebab itulah sampai pernah pitam jadinya" kata Basharah menceritakan pengalamannya menjalankan bisnes kuih talam hampir sedekad lalu.

Sejak bersara sebagai pegawai bank setahun lalu, Basharah akhirnya dapat merehatkan badan dan mengehadkan tempahan pelanggan.

"Dahulu, walaupun mempunyai pekerjaan tetap saya buat juga kerja sambilan mengambil tempahan kuih talam kerana minat memasak dan ingin menambah pendapatan.

"Bila tiba bulan puasa, saya akan berniaga kuih talam di bazar Ramadan," katanya yang kini menetap di Kampung Tasik Tambahan, Ampang.

Begitupun, Basharah memberitahu, dia mengehadkan tempahan kepada 25 dulang sehari kerana sudah tidak bertenaga seperti masa muda-muda dahulu.

"Kadang-kadang bila banyak sangat tempahan, saya tidak larat menyiapkannya, jadi saya minta jiran-jiran ambil alih tempahan.

"Di sekitar kawasan perumahan ini, ada beberapa peniaga lain yang mengambil tempahan kuih talam, malah kami bertukar-tukar bahan-bahan mentah sekiranya kehabisan stok," katanya.

Menceritakan pembabitannya dalam bisnes kuih talam dari rumah, Basharah memberitahu, dia mengikuti kelas membuat kuih talam pada tahun 2001 dan turut mempelajari pelbagai resipi kuih talam moden.

"Zaman dahulu tidak banyak pilihan kuih talam tetapi kini terdapat lebih 40 jenis kuih talam yang boleh dipelajari. Antara jenis kuih talam moden hari ini ialah talam mentega kacang, talam cendol, talam skoteng dan talam Tokyo," katanya.

Menurut Basharah, kalau dahulu nenek dan ibunya tidak menggunakan sukatan tetap untuk membuat sedulang kuih talam, kini sukatan dalam gram menjadi elemen penting bagi memastikan rasa kuih talam tidak berubah dan sentiasa menjadi.

"Semua resipi ini mempunyai sukatan tetap. Saya pernah mencuba membuat kuih talam mengikut sukatan agak-agak tetapi ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi seperti terlebih keras atau terlalu lembut," katanya.

Basharah memberitahu, ketika mahu memulakan perniagaan tersebut, dia mengubah serba sedikit resipi yang dipelajari terutama kuantiti timbangan bahan-bahan masakan untuk disesuaikan dengan cita rasanya.

"Sebagai peniaga, kita mahu beri yang terbaik dan rasa yang paling enak. Tetapi sukatan tetap penting kerana kita tidak dapat merasa kuih yang dipesan pelanggan sebelum menyerahkannya.


BASHARAH menuang lapisan atas talam seri muka sebelum mengukusnya dengan api sederhana.


"Sekiranya pelanggan berpuas hati, mereka akan terus memesan kuih kita," katanya yang menerima kira-kira lima dulang kuih talam sehari pada hari-hari biasa dan boleh mencecah 25 dulang pada hujung minggu.

Keuntungan

Menurut Basharah, melalui kelas masakan juga dia mempelajari pelbagai resipi membuat kuih talam tradisional dan talam moden.

Dia juga memperoleh pendapatan lebih RM27,000 sepanjang tahun ini hanya dengan menjual kuih talam.

"Masih ramai pelanggan yang suka menempah kuih talam tradisional seperti talam seri muka, kole kacang, talam keladi dan talam gula merah tetapi tidak kurang juga pelanggan yang suka mencuba rasa kuih talam moden seperti talam berlauk, talam cendol, talam Tokyo dan talam serunding," katanya yang boleh dihubungi di talian 013-343 9180.

Sementara itu, pengusaha kuih talam dan kek, Lizzuin Latif, 32, turut mengikuti kelas masakan untuk mendalami resipi membuat kuih talam moden. Namun dia tetap menggunakan resipi neneknya untuk membuat kuih talam tradisional.

"Nenek saya mengajar saya cara-cara membuat kuih talam semasa saya masih bersekolah. Kuih talam yang siap dimasak bukan sahaja untuk hidangan keluarga tetapi turut dihantar ke surau berdekatan.

"Kuih talam tradisional yang saya pelajari daripada nenek memang berbeza dengan kuih talam moden kerana kuih talam dulu-dulu banyak menggunakan santan dan kurang tepung, tetapi kini sebaliknya," katanya yang menghidangkan kuih talam mentega kacang, talam seri muka durian dan talam jagung kepada penulis di rumahnya di Subang Bestari, Shah Alam.

Lizzuin memberitahu, kebanyakan tempahan kuih talam yang diterimanya ialah kuih talam mentega kacang, talam seri muka, talam Tokyo, talam kuih bakar, talam seri muka durian dan tepung pelita.

"Penggemar kuih talam masa kini gemar kuih talam tradisional dan suka mencuba kuih talam moden. Peniaga juga sebenarnya boleh mencuba pelbagai resipi kuih talam mengikut idea sendiri asalkan ramuan asas seperti kuantiti santan, gula dan tepung dikekalkan.

"Semua kuih talam moden hari ini adalah hasil kreativiti individu yang menciptanya, asalkan rasanya enak dan cantik apabila dipandang," kata Lizzuin yang turut menjalankan perniagaan kek cawan, kek untuk majlis-majlis dan kek kreatif dari rumah.


SEMUA maklumat tempahan dicatatkan Basharah supaya keuntungan bulanan dapat dikira.


Bercerita lanjut, Lizzuin memberitahu, walaupun menjalankan perniagaan dari rumah, pelanggannya bukanlah semata-mata rakan sekerja suaminya atau penduduk berdekatan.

"Dengan teknologi internet yang ada hari ini, kebanyakan pengusaha makanan dari rumah menggunakan kelebihan itu untuk memasarkan produk mereka.

"Saya juga menerima hampir kesemua tempahan melalui laman web hannanhomemadecake.com selepas dua tahun menjalankan perniagaan dari rumah," katanya.

Sementara itu, penulis buku masakan, Hasma Basir, 66, menjelaskan dahulu kuih talam dipanggil sebagai tepung talam. Pada masa itu, hanya terdapat dua jenis tepung talam sahaja iaitu tepung talam berbelang coklat putih dan tepung talam pandan berbelang hijau putih.

Tepung talam

"Tepung talam yang kini dipanggil sebagai kuih talam adalah resipi tradisi zaman berzaman, pada waktu dulu mereka yang mahir membuatnya mampu memperoleh pendapatan.

"Resipi ini bermula di Pulau Pinang tetapi kini tepung talam berkembang ke seluruh negara hasil migrasi dan perkongsian resipi," katanya ketika dihubungi.

Di Indonesia, tepung talam turut dihasilkan tetapi pada asalnya ia sedikit berbeza dengan tepung talam di Malaysia.

Tepung talam di Malaysia berbadan coklat dan kepalanya putih, tetapi di Indonesia pula terbalik kerana badannya putih dan kepalanya berwarna coklat.

"Tepung talam ini dihasilkan menggunakan dua jenis tepung sahaja iaitu tepung gandum atau tepung beras," katanya.

Hasmah memberitahu, talam seri muka yang dihasilkan hari ini juga boleh didapati di Sumatera, Indonesia dan Thailand.

"Di Sumatera ia dipanggil sebagai putri salat manakala di Thailand kepala seri muka dipanggil sebagai sangkaya.

"Jadi tidak dapat dipastikan dari mana resipi ini bermula terlebih dahulu kerana mungkin resipi ini dibawa oleh nenek moyang kita yang datang daripada rumpun yang sama," katanya.

Tambahnya, di Afrika Selatan juga terdapat banyak masakan Melayu termasuk kuih talam bingka.

"Di sana juga terdapat masakan yang dibuat menggunakan daun pandan seperti di Malaysia. Bagi saya, resipi tradisional berkembang kerana migrasi manusia dari satu negara ke negara lain," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Bukan buatan India

Posted:

Bukan buatan India

Bukan buatan India

Oleh SHAWKATH AZDE

SEJARAH motosikal Indian ternyata suatu yang cukup menarik untuk dikaji. Riwayat perjalanannya penuh dengan suka duka. Malah ia pernah beberapa kali terkubur dan dihidupkan semula.

Jika dibandingkan dengan motosikal buatan Itali atau Jerman, nama Indian jarang sekali didengar oleh pengguna di Malaysia. Maka, tidak hairanlah jika ada yang beranggapan bahawa motosikal dengan gaya easy rider ini berasal dari negara India.

Sedangkan, Indian ialah motosikal pertama Amerika Syarikat (AS). Usianya sudah mencecah 110 tahun. Dua individu di sebalik kelahiran motosikal itu ialah George Hendee dan Carl Oscar Hedstrom.

Hendee merupakan seorang pelumba dan pengeluar basikal, sementara Hedstrom pula seorang jurutera. Satu perjanjian rakan kongsi dimeterai di antara mereka pada 1901 dengan produk pertama diperkenalkan pada tahun sama. Indian dikeluarkan oleh Hendee Manufacturing Company (Hendee Manufacturing).

Hedstrom bertanggungjawab terhadap semua aspek pengeluaran dan pengembangan perniagaan. Hendee, sebagai presiden dan pengurus besar pula memikul tugas membuka rangkaian pengedaran dan menguruskan pembiayaan.

Kejatuhan Indian


PAKEJ enjim krom sepenuhnya didatangkan bersama varian Chief Classic.


Pengeluaran motosikal Indian mencapai 32,000 unit pada 1913 dan 41,000 unit pada 1916. Dua tahun tersebut juga menyaksikan pengunduran kedua-dua individu itu daripada syarikat. Hedstrom meletak jawatan pada 1913 kerana 'tidak sehaluan' dengan Lembaga Pengarah berhubung isu meningkatkan nilai saham. Tiga tahun kemudian, Hendee pula mengambil langkah sama.

Indian menjadi motosikal ketenteraan apabila menawarkan model buatan tahun 1917 dan 1918 kepada AS sewaktu Perang Dunia Pertama.

Meskipun perniagaan Hendee Manufacturing memuncak sekitar tahun 1920-an, penguasaan kedudukan motosikal nombor satu di AS sudah terlepas ke tangan pesaing utamanya, Harley-Davidson.

Nama Hendee Manufacturing ditukar kepada Indian Motocycle Co. pada 1923. Selepas itu, pemilikan syarikat beberapa kali bertukar tangan sehingga ia diisytihar muflis pada tahun 1998 (tahun sama nama syarikat berubah kepada Indian Motorcycle Company).

Kebangkitan semula

Usaha menghidupkan semula jenama tersebut cuba dilakukan menerusi penggabungan sembilan syarikat termasuk California Motorcycle Company dan IMCOA Licensing America Inc. pada tahun 1998. Ia tidak kekal lama apabila sekali lagi diisytiharkan muflis pada tahun 2003.

Indian Motorcycle Company dihidupkan semula oleh sebuah firma ekuiti berpangkalan di London, England iaitu Stellican Limited pada tahun 2006.


SISTEM brek jenis Brembo diberi kepercayaan untuk memberhentikan jentera ikonik AS.


Pada April 2011, Polaris Industries Inc. (Polaris) mengambil alih Indian Motorcycle. Polaris merupakan syarikat rekaan, kejuruteraan, pengeluar dan pemasar kenderaan off-road seperti kenderaan semua laluan (all-terrain vehicle, ATV), snowmobile dan motosikal Victory.

Lima varian

Baru-baru ini, Kumpulan Naza menerusi anak syarikatnya, Harmony Fabulous Sdn. Bhd. (Harmony Fabulous) mendapat hak pengedaran motosikal Indian untuk pasaran Malaysia dan Singapura.

Buat permulaan, empat model iaitu Chief Blackhawk dan Chief Blackhawk Dark (edisi khas), Chief Vintage, Chief Classic dan Chief Dark Horse diperkenalkan. Harga ditawarkan bermula RM225,000 sehingga RM275,000 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj lain).

Semua varian itu menggunakan kerangka keluli regangan konkrit, enjin Power Plus 105 sejukan udara rod bersesaran 1,721 cc. Enjin besar itu dipadankan dengan kotak transmisi enam kelajuan.


PENGENAAN warna krom pada komponen-komponen motosikal menyerlahkan lagi aspek kemewahannya.


Khidmat sistem brek jenama Brembo digunakan untuk menghentikan jentera itu. Kapasiti tangki bahan apinya pula kira-kira 20.8 liter. Tipikal bagi sebuah motosikal jenis easy rider, meter laju analog dan skrin paparan pelbagai guna diletakkan di atas tangki minyak.

Pengurus Besar Naza Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood berkata, pihaknya berhasrat menjual 16 unit peruntukan motosikal Indian yang telah diterima pada tahun ini. Ketika artikel ini ditulis, tempahan empat unit sudah diterima . Pada tahun hadapan, pihaknya akan menerima peruntukan di antara 48 unit sehingga 60 unit motosikal Indian.

"Kami akan membuka sebuah bilik pameran di kawasan Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor untuk Indian. Jumlah pelaburan ialah sebanyak RM5 juta," katanya pada majlis pelancaran motosikal itu di Shah Alam, Selangor.

Meskipun Indian dan Harley-Davidson memiliki sejarah persaingan yang lama, beliau optimis bahawa kedua-dua jenama tersebut tidak akan menjejaskan pasaran antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing menawarkan kelas serta gaya hidup yang tersendiri buat setiap pemiliknya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ford S-Max

Posted:

Ford S-Max

Ford S-Max

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


BAHAGIAN hadapan S-Max yang kemas dan maskulin.


PANTAS sungguh masa berlalu. Terasa seperti baru minggu lepas kita memasang azam untuk tahun baharu. Pejam celik, helaian kalendar di atas meja sudah tinggal dua helai. Satu untuk bulan November dan satu lagi Disember.

Masa juga membuatkan kita menilai semula segala perubahan yang berlaku di sekeliling. Hampir semua benda sudah berubah. Kalau dulu orang suka minum kopi di kedai kopi Pak Mat, orang sekarang menikmati sarapan di kopitiam-kopitiam yang lengkap dengan sambungan internet, walaupun WiFi itu kadangkala langsung tidak boleh diharap.

Industri pemotoran turut mengalami revolusi yang pesat. Bukan sekadar teknologi, malah reka bentuk dan segmen kenderaan juga semakin canggih. Semua benda hendak disumbatkan ke dalam satu model, semuanya demi memenuhi kehendak bakal pembeli yang semakin kompleks.

Antara segmen yang menerima perubahan drastik ialah van. Kenderaan berkapasiti tiga baris tempat duduk itu dibina untuk membolehkan ramai penumpang diangkut sekali gus.

Ia dilihat cukup sesuai bagi mereka yang berkeluarga besar atau menjalankan perniagaan membawa budak-budak sekolah. Tidak kiralah sama ada berpermit atau sebaliknya.

Bagi anda yang pernah memandu van, banyak karekter utama van yang tidak dapat dilupakan. Antaranya, ia kurang stabil ketika mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi dan tempat duduk yang panas. Sebabnya, enjin van diletakkan di bahagian bawah tempat duduk. Silap-silap terasa seperti berada dalam bilik sauna.

Bagi penumpang pula, paling kasihan ialah mereka yang terpaksa duduk di baris paling belakang. Jangan harap udara sejuk dari corong pendingin hawa boleh sampai ke tempat mereka. Jadi, berpanaslah hingga sampai ke destinasi yang dituju.

Pemanduan seperti sedan

Zaman van sudah hampir pupus sekarang. Sebaliknya kenderaan yang kini dijual lebih untuk tujuan komersial itu sudah diganti oleh kenderaan pelbagai guna atau MPV.

MPV menawarkan kualiti pemanduan seperti sebuah sedan dan tetap boleh membawa sehingga tujuh orang penumpang. Malah, semua orang boleh duduk di dalam kabin dengan lebih selesa

Disebabkan oleh praktikalitinya, MPV menjadi antara segmen yang paling pantas berkembang. Sebab itulah hampir semua pengeluar kenderaan ada menawarkan MPV dalam rangkaian produk mereka.


RUANG tengah papan pemuka yang dihuni oleh unit audio jenama Sony, lubang pendingin hawa dan butang Start/Stop.


Ford tidak terkecuali. Pernah menawarkan van seperti Econovan dan Spectron pada lewat tahun 1990-an, Ford sekali lagi tampil dengan model yang jauh lebih baik dan menarik, Ford S-Max.

S-Max diperkenalkan ke pasaran tempatan bersama model sedan Mondeo pada Jun lalu. Berpaksikan kepada hala tuju rekaan Ford yang dikenali sebagai Kinetic Design, para jurutera Ford berjaya membuatkan S-Max cukup bergaya. Lihat dari mana-mana sudut sekali pun, MPV itu sememangnya menarik perhatian.

Rekaan bahagian hadapannya jelas garang dengan rekaan gril radiator lebar, sepasang lampu LED DRL (Day Running Lights) dan lampu tama yang berbucu tajam. Mahu tampil lebih sporty berbanding MPV lain di pasaran, S-Max turut dipasang dengan 'sirip' pada sisi arca roda hadapannya. Memang bergaya.

Bahagian belakang S-Max menyerlah dengan lampu belakang yang dihuni oleh jaluran LED. Nampak moden dan elegan berbanding MPV yang lain.

Kuasa yang menggiurkan

Walaupun besar, S-Max cuba sedaya upaya meminimumkan titik buta dengan meletakkan cermin yang agak besar pada tiang A. Anda juga tidak perlu bimbang ketika hendak memarkir atau membelok di ruang kecil kerana setiap sudut MPV itu dipasang dengan alat pengesan. Ia akan berbunyi sekiranya kenderaan hampir melanggar halangan di hadapan.

Tagline enjin EcoBoost bersesaran 2.0 liter yang berbunyi "More power, less fuel" memang tidak menipu. Sepanjang pandu uji selama tiga hari, hanya suku minyak dihabiskan. Sedangkan, banyak juga tempat yang sempat saya pergi.



Lebih menarik lagi, kuasa yang ditawarkan oleh unit enjin itu memang menggiurkan. Memandu S-Max sedikit laju memang mengasyikkan. Ditambah pula dengan karekter pemanduannya yang tidak jauh beza seperti sebuah sedan.

Kawalan sterengnya tepat dan responsif. Pengagihan kuasa menerusi kotak gear enam kelajuannya juga lancar. Jarang sekali anda akan berasa MPV itu berat. Keadaan itu membuatkan saya langsung tidak mencuba ciri penukaran gear secara manual yang tersedia.

Mahu berpindah rumah? Ruang kargo S-Max yang luas itu akan sangat membantu. Tempat duduk baris kedua dan ketiganya yang boleh dilipat sepenuhnya membolehkan barang bersaiz besar disumbat tanpa banyak masalah.

Sebenarnya, banyak perkara yang saya suka tentang S-Max. Secara jujurnya juga, tidak apa yang boleh saya rungutkan. Semuanya bagus dan memuaskan. Untuk makluman, saya tidak dibelanja makan oleh Ford kerana menulis perkara-perkara positif mengenai S-Max.

Di pasaran Malaysia, MPV itu bersaing secara langsung dengan Peugeot 5008. Cuma, harga 5008 lebih murah iaitu sekitar RM160,000 seunit. Biarpun begitu, S-Max yang ditawarkankan pada harga RM185,888 seunit (di atas jalan dengan insurans) pasti membuatkan anda tersenyum setiap kali memandunya. Percayalah.

Full content generated by Get Full RSS.

Lexus CT200h Siri F-Sport

Posted:

Lexus CT200h Siri F-Sport

Lexus CT200h Siri F-Sport

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


MODEL ini dibina untuk bersaing dengan varian lebih berkuasa yang dikeluarkan oleh BMW dan Mercedes-Benz.




KIRI: Ruang dalaman Siri F-Sport ini lebih sporty berbanding varian CT200 biasa.




LENCANA yang menjelaskan lagi perbezaannya.


SEBELUM ini, saya pernah berikrar dengan seorang rakan bahawa saya tidak akan membeli kenderaan Toyota moden kecuali Lexus. Walaupun jenama itu asal-usulnya daripada Toyota, namun Lexus difungsikan sebagai kemuncak kesempurnaan Toyota.

Jika rekaan Toyota boleh dikatakan sebagai biasa-biasa sahaja, Lexus pula lebih elegan. Rekaannya bersahaja tetapi tajam dan segak. Istilah Inggeris yang biasa digunakan ialah sharp.

Harus tahu, mereka yang bekerja di Lexus bukan calang-calang orang. Mereka sangat mahir dan teliti dalam bidang masing-masing. Sehinggakan enjin diuji dengan telinga melalui steteskop bagi memeriksa jika ada bunyi yang berbeza daripada kebiasaan.

Mereka yang mahir ini dipanggil sebagai Master Craftsmen atau gambaran lebih jelasnya ialah seperti pengukir kayu di negara kita. Hasil ukiran yang halus datang daripada pengukir mahir serta berpengalaman yang sememangnya boleh membuatkan kita kagum dengan hasil kerja mereka.

Semakin halus ukiran, maka lebih tinggi nilainya. Begitulah juga dengan Lexus. Proses praproduksinya pun sudah cukup meletihkan. Ini sekali gus meletakkan harganya dalam kategori premium, walaupun hakikatnya nadi atau platformnya adalah sama dengan kenderaan Toyota.

Lexus sebenarnya disasarkan untuk pasaran mewah yang sudah sinonim dengan jenama dari Jerman seperti BMW dan Mercedes-Benz. Oleh sebab itu, setiap model BMW dan Mercedes-Benz pasti akan ada pencabar serupa daripada Lexus selaku pesaing dari Asia.

Model CT200h keluaran Lexus boleh dilihat sebagai pencabar BMW 1 Series atau Mercedes B-Class. Saiz CT200h tidaklah besar mana. Malah, ia kelihatan seperti model IS250 yang dipendekkan. Namun, ruang storan belakangnya tidaklah sempit atau menampilkan rekaan yang sekadar cukup makan.

Apa yang paling menarik tentang CT200h di pasaran tempatan ialah harganya yang murah. Lebih tepat lagi, paling murah antara model-model Lexus lain. Dengan harga kira-kira RM173,000 anda boleh memiliki CT200h yang menggunakan sistem hibrid sama seperti Prius. Kereta mewah yang ekonomikal. Oleh kerana memakai jenama Lexus, maka harganya lebih mahal berbanding Prius yang berharga sekitar RM140,000 seunit.

Tidak cukup dengan bertarung secara berdepan dengan variasi Mercedes-Benz dan BMW, Lexus turut mempunyai pesaing bagi model berprestasi kedua-dua jenama itu, misalnya AMG untuk Mercedes.

F-Sport adalah gred sporty bagi kenderaan Lexus. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui penggayaan baharu seperti spoiler belakang yang lebih besar, skirt sisi kembang, gril hadapan dan bampar yang aerodinamik.

Pada keempat-empat rodanya, dipasang rim aloi 17 inci dengan warna gelap. Di dalam kabin, apa yang membezakan model F-Sport dengan model biasa ialah sterengnya yang rata pada bahagian bawah, selain pedal dan scuff plates yang diperbuat daripada aluminium.

CT200h F-Sport dilengkapi dengan cruise control, tempat duduk disalut kulit dan boleh dilaras secara automatik, selain sistem pemanas (pada tempat duduk hadapan). Ia turut dipasang dengan cermin sisi dengan electrochromatic dan kamera parkir dengan visual pada cermin pandang belakang.

Jika itu masih tidak memadai, pembeli boleh menambah lagi resipi kemewahan dengan beberapa perkakasan seperti sistem navigasi HDD yang digabungkan dengan kawalan Remote Touch Lexus.

Selain cermin pandang belakang dengan tahap cahaya boleh laras, model mewah itu turut dilengkapi monitor panduan belakang dan pakej sepuluh unit pembesar suara. Alat pengesan parkir hadapan dan belakang serta cermin suria juga ada sebagai opsyen pembelian.

Demi kualiti pengendalian dan pemanduan yang lebih mantap, Lexus telah menala suspensi model itu agar lebih 'berhubung' dengan pemandu. Standard untuk F-Sport ialah teknologi lateral damping. Sementara kadar kekenyalan pegas gegelungnya telah ditukar. Penyerap hentak standard Showa pula telah digantikan dengan set jenama Kayaba yang lebih berorientasikan pemanduan sporty.

Sistem lateral damping yang dilihat unik dalam kelas CT200h berjaya mengurangkan gegaran badan kereta. Ia kemudian menyumbang kepada rasa stereng yang lebih linear, seterusnya menjadikan pemanduan lebih asyik dan selesa untuk semua penumpangnya.

Dengan pelanjutan pengecualian cukai terhadap kenderaan hibrid, tidak mustahil model F-Sport akan dibawa masuk ke dalam pasaran negara. Suatu ketika dulu, dengan cukai yang tinggi memang agak mustahil untuk rakyat merasa teknologi termaju automotif. Tetapi kini, dengan insentif cukai hibrid itu apa yang ditawarkan di pasaran global dapat kita beli.

Biarpun sudah ketinggalan jauh dalam industri kereta massa, Malaysia tetap mempunyai peluang yang luas dalam bidang teknologi hijau. Malah, jika pasaran kenderaan diliberalisasikan dalam masa beberapa tahun akan datang, kenderaan hibrid dijangka kalis penurunan harga kerana faktor harganya yang realistik dengan sedikit cukai.

Di United Kingdom (UK), Lexus CT 200h F-Sport ditawarkan pada harga bermula €27,850 iaitu kira-kira RM137,000. Secara relatifnya, harga model tersebut di UK berada pada paras harga Toyota Prius di sini.

Saya yakin Lexus Malaysia, UMW Toyota dan kerajaan mempunyai kira-kira tersendiri mengapa harga kenderaan hibrid di sini berbeza dengan di UK. Mungkin juga spesifikasinya berbeza dengan pasaran lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved