Jumaat, 9 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ikon Siarawan 2 cari hos versatil

Posted:

Ikon Siarawan 2 cari hos versatil

Ikon Siarawan 2 cari hos versatil

MELIHAT kepada raut wajah 12 finalis yang terpilih melalui proses uji bakat program Ikon Siarawan musim kedua yang melibatkan kira-kira 2,043 individu sejak tiga bulan lalu sudah cukup untuk menggambarkan kesungguhan mereka untuk bergelar orang penting dalam industri penyiaran tanah air.

Keyakinan dan bakat menjadi modal utama semua 12 finalis untuk bergelar Ikon Siarawan 2 yang tentunya menjanjikan masa depan yang cerah dalam bidang media, sekali gus menjadi tulang belakang pemacu pembangunan negara.

Pelbagai lapangan media dalam bidang pengacaraan termasuk juruhebah radio, pembaca berita dan wartawan lokasi dieksploitasi dengan sebaik mungkin dalam melahirkan sebuah pengacara yang serba boleh.

Finalis juga diuji dengan pelbagai cabaran sama ada daripada segi teori dan praktikal dalam memastikan finalis mempunyai ketrampilan yang tinggi dan betul-betul layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengacara yang disegani.

"Idea ini merupakan salah satu perubahan atau revolusi yang dilakukan dalam memastikan RTM masih lagi relevan pada masa kini, pencarian bakat baharu ini juga bertindak mengubah persepsi orang ramai mengenai RTM yang dikatakan sudah lapuk dan tidak relevan.

"Ikon Siarawan kali ini juga bertujuan melahirkan bakat-bakat baharu yang segar dan mampu membawa perubahan dalam bidang pengacaraan dan ia sekali gus bertindak sebagai aset kepada pihak RTM pada masa akan datang," ujar penerbit program Ikon Siarawan 2, Ain Sabrina On.


BARISAN 12 peserta yang bersaing dalam relanggang Ikon Siarawan 2.


Berbeza

Menurut Ain, proses penapisan pada peringkat pertama memakan masa tiga bulan memandangkan sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan.

"Pihak produksi mengambil masa hampir tiga bulan untuk menyenarai-pendek 12 orang finalis daripada 2,043 yang hadir pada uji bakat peringkat pertama.

Proses pemilihan agak panjang disebabkan kami bukan memilih kuantiti tetapi lebih kepada kualiti.

"Proses saringan sememangnya memakan masa yang lama kerana kami perlu menilai bukan sahaja daripada fizikal seseorang itu malah daripada segi ketrampilan, gaya dan bakat yang ada.

"Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses saringan akhirnya kami memperolehi finalis yang dilihat sangat berpotensi dan berbakat dalam bidang pengacaraan," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran Ikon Siarawan 2 di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercakap mengenai cabaran yang akan dilalui oleh para finalis, Ain berkata, sepanjang tiga bulan akan datang para finalis akan diuji dengan pelbagai kemahiran teori dan lapangan untuk memastikan mereka bersedia sebagai seorang pengacara.

Tambah menarik, bagi mendapat gambaran sebenar cabaran dunia kewartawanan, finalis turut berpeluang bertemu dengan tokoh-tokoh terkemuka negara dan ditugaskan bersama enam agensi kerajaan.

"Musim kali ini sangat berbeza dengan musim sebelumnya kerana kami mendapat kerjasama daripada enam agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Pendedahan ini dirangka bagi memastikan finalis dapat bertindak sebagai jurucakap kepada organisasi tersebut dan merasai pengalaman sebenar berkhidmat sebagai salah seorang penjawat awam," katanya.

Menurut Ain lagi, pelbagai tugasan yang akan menanti para finalis dan hal ini bagi memastikan kesemua mereka bersedia sebaik mungkin dan tahu apa yang harus dilakukan sebaik sahaja menceburi bidang penyiaran kelak.

"Kita akan memastikan para finalis akan mendapat tunjuk ajar oleh barisan tutor yang diundang khas.

"Mereka juga akan diberi pendedahan mengenai bidang kewartawanan penyiaran dengan membiarkan mereka untuk melakukan laporan sebenar daripada acara yang berlangsung termasuk perlumbaan udara ekstrem yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan Mei ini.

"Tugasan secara langsung dan tidak dirancang juga merupakan salah satu cabaran yang menanti para finalis dengan kerjasama bilik berita TV RTM.

"Sementara, laporan terbaik dan mempunyai nilai berita yang tinggi akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan sebenar," katanya yang pernah menjadi penerbit program Anugerah Seri Angkasa.


PROGRAM Ikon Siarawan 2 bukan sekadar mengajar teori buat peserta tetapi juga gambaran sebenar cabaran dunia kewartawanan.


Penjurian dan penyingkiran

Menyentuh tentang aspek penjurian dan penyingkiran sepanjang program tersebut berlangsung, ujar Ain, Ikon Siarawan 2 tidak menggunakan medium undian secara khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti program realiti TV sedia ada.

"Penjurian akan dilakukan menggunakan khidmat juri profesional sepenuhnya yang terdiri dalam kalangan tokoh-tokoh wartawan, ahli akademik dan personaliti tersohor.

"Proses penyingkiran pula akan bergantung sepenuhnya kepada juri profesional tersebut dan tidak semestinya setiap minggu ada penyingkiran yang akan berlaku," ujarnya

Tambahnya: "Adalah menjadi harapan agar program ini meraih sambutan yang memberangsangkan terutamanya kepada golongan belia sekali gus mampu menaikkan lagi imej RTM."

Ikon Siarawan 2 menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 untuk juara, naib juara RM50,000, tempat ketiga sebanyak RM30,000 manakala sagu hati tempat keempat dan kelima pula masing-masing memperolehi wang tunai RM5,000.

Program tersebut akan berlangsung bermula pada 3 Mei lalu, pukul 9 hingga 10.30 malam dan disiarkan melalui saluran TV2.

Serap ilmu

Bagi salah seorang finalis Ikon Siarawan 2, Khaviarasan Muniandy, 24, dia sejak awal lagi telah menanam cita-cita untuk bergelar seorang pembaca berita. Minat yang mendalam terhadap penulisan dan penyampaian berita kepada umum merupakan entusiasisnya sejak kecil.

"Saya akan berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman sepanjang tiga bulan program ini berlangsung. Saya harap program ini mampu untuk menjadi batu loncatan kepada saya untuk terus berjaya dalam bidang ini," katanya yang kini menguasai tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

Tambah Khaviarasan, buat masa sekarang, dia mampu menyerap segala ilmu yang diberikan walaupun baru seminggu menjadi sebahagian daripada program tersebut.

"Ia tidak menjadi masalah besar kepada saya disebabkan sejak di universiti lagi saya telah mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan dan saya juga belajar dalam bidang teknologi media melalui penghususan penyiaran," ujarnya yang merupakan satu-satunya finalis berbangsa India.

Diminta berkongsi mengenai persediaannya untuk menjadi salah seorang Ikon Siarawan 2, katanya, dia kini cuba untuk menentukan sepenuh perhatian terhadap ilmu yang ditaburkan kepadanya.

"Saya biasanya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kelas yang telah diadakan hal ini kerana, ia bukan sahaja memerlukan persiapan daripada segi fizikal malah daripada segi mental juga perlu diperkuatkan untuk bergelar seorang pengacara yang serba boleh," ujarnya.

Seorang lagi finalis, Mohd. Faris Izzat Shaharudin, 24, memberitahu, pengalaman dan latar belakang pendidikan yang bukan berasaskan daripada bidang komunikasi massa merupakan cabaran baharu buat dirinya.

Dia yang merasakan masalah tersebut bukan halangan baginya untuk berjaya berkata, apa yang penting ialah keinginan yang tinggi untuk belajar sesuatu yang baharu.

"Pada mulanya, saya tidak merasakan bidang ini merupakan minat saya namun setelah mula berjinak-jinak sejak zaman persekolahan lagi timbul rasa minat untuk bercakap di khalayak. Minat itulah yang saya rasakan menjadi pendorong kepada saya untuk terus berkecimpung dalam dunia yang penuh glamor ini," ujar pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Hari Pertempuran Puebla

Posted:

Hari Pertempuran Puebla

Hari Pertempuran Puebla


LUKISAN yang menggambarkan pertempuran antara tentera Mexico dengan Perancis di Puebla pada Mei 1862.


SELAMAT menyambut Cinco de Mayo! Ia adalah masa yang sesuai bagi menunjukkan kebanggaan dan maruah Mexico di kawasan metro Washington D.C., Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun anda diingatkan sebelum meraikannya, sambutan Cinco de Mayo bukanlah bermaksud Hari Kemerdekaan Mexico.

Di Mexico, Cinco de Mayo merupakan kisah kemenangan tentera negara tersebut ke atas tentera Peracis dalam pertempuran di Puebla pada Mei 1862 dan ia tidak begitu diraikan.

Namun berbeza di AS, ia disambut meriah dengan memenuhi masa perayaan untuk menikmati minuman cervez (bir), margaritas (minuman koktel) dan taco (makanan ringan).

Sebenarnya, perayaan ini telah dipopularkan oleh aktivis Chicano di AS sekitar tahun 1960-an dan 1970-an bertujuan mengiktiraf keturunan Mexico, Indian dan Mestizo yang menggagalkan percubaan penaklukan Eropah.

Dalam pertempuran itu, tentera Mexico tidak menduga boleh menewaskan askar-askar Perancis yang lebih berdisiplin dan bersenjata lengkap.

Pertempuran meletus apabila Perancis menyerang Mexico untuk menuntut hutang.

Sambutan Cinco de Mayo juga sama meriahnya seperti Hari Kemerdekaan Mexico yang diraikan pada 16 September setiap tahun.

Perayaan berkenaan juga dipanggil sebagai El Día de la Batalla de Puebla (Hari Pertempuran Puebla). Setiap tahun, ratusan pengunjung turut terlibat melakonkan semula pertempuran itu di Puebla dengan berpakaian seperti pejuang Mexico atau tentera Perancis sebagai memperingati peristiwa itu.


KANAK-KANAK turut tidak melepaskan peluang menyambut Cinco de Mayo dengan mengenakan pakaian beragam.


Sebagai tuan rumah, acara itu hanya disambut di negeri Puebla dan tidak diperluaskan di tempat-tempat lain di Mexico.

Kira-kira 33.7 juta penduduk keturunan Mexico di AS meraikan perayaan ini setiap tahun dengan sambutan Cinco de Mayo yang terbesar diadakan di Los Angeles.

Sambutan perayaan ini juga melariskan jualan makanan tempatan yang dikenali sebagai Guacamole. Ia adalah hidangan avokado tumbuk dicampur dengan bawang cincang, tomato, lada cili, dan bahan perasa.

Suruhanjaya Avocado California menganggarkan bahawa kira-kira 39.4 juta kilogram buah-buahan hijau digunakan dalam makanan semasa Cinco de Mayo.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pengusaha haram wajib diperangi

Posted:

Pengusaha haram wajib diperangi

Pengusaha haram wajib diperangi

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
berita@kosmo.com.my

PEKERJA asing digunakan bagi mengusahakan ladang kelapa sawit dan ternakan di Kampung Sahom, Kampar, Perak.


IPOH – Rata-rata rakyat Perak mendesak kerajaan negeri bertindak tegas terhadap kegiatan pencerobohan tanah secara haram yang mengakibatkan kerugian hasil cukai sebanyak RM60 juta setahun.

Mereka tidak berpuas hati dengan pencerobohan tanah haram itu kerana ia telah berlaku bertahun-tahun lamanya seolah-olah tiada penghujung.

Lebih menyakitkan hati, aktiviti pertanian dan penternakan haram itu dilakukan secara terancang melibatkan kumpulan kongsi gelap yang melindungi kegiatan tauke tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Fenomena El Nino dijangka jejaskan pengeluaran padi

Posted:

Fenomena El Nino dijangka jejaskan pengeluaran padi

Fenomena El Nino dijangka jejaskan pengeluaran padi

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


ISMAIL SABRI beramah mesra dengan para peserta yang menyertai Karnival Sukan TEKUN 2014 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sektor penanaman padi di negara ini dijangka terjejas sekiranya fenomena El Nino yang diramal melanda pada pertengahan tahun ini benar-benar berlaku.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti menanam padi berbeza dengan tanaman lain kerana ia memerlukan jumlah air yang banyak selain keadaan air yang bertakung.

Menurut beliau, pihaknya sudah mendapat laporan mengenai fenomena itu dan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak industri padi beras mengenai sejauh mana kesan yang bakal dihadapi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Selangor diminta henti guna air bekas lombong

Posted:

Selangor diminta henti guna air bekas lombong

Selangor diminta henti guna air bekas lombong

SEGAMAT – Kerajaan negeri Selangor diminta menghentikan penggunaan air dari bekas lombong sebagai sumber bekalan air mentah alternatif untuk kegunaan penduduk di negeri itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, langkah itu adalah untuk sementara waktu sahaja kerana rakyat Selangor ketika ini masih bimbang dan sangsi mengenai tahap keselamatan kandungan air bekas lombong.

"Walaupun air dari sumber bekas lombong itu disahkan selamat, namun persepsi masyarakat bahawa ia tercemar dengan pelbagai toksik berbahaya. Adalah lebih baik cari pilihan lain untuk menampung keperluan air di negeri itu.

"Saya akan berbincang dengan Lembaga Air Negeri Selangor dan kerajaan negeri, kalau boleh jangan gunakan air dari bekas lombong untuk sementara waktu ini," katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Pemantauan Projek Bangunan Gantian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Nan, Batu Anam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Inspirasi 90 tahun binaan motosikal

Posted:

Inspirasi 90 tahun binaan motosikal

Inspirasi 90 tahun binaan motosikal

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my

SETELAH sembilan dekad tenggelam timbul dalam industri motosikal global, BMW Motorrad memutuskan satu rancangan untuk meraikan sambutan ulang tahun kewujudannya dengan memperkenalkan sebuah model baharu.

Motosikal baharu itu bukan sahaja direka untuk mengaut keuntungan daripada para pembeli tetapi sebagai satu produk yang mencerminkan warisan dan perjalanan syarikat jenama Jerman itu sepanjang tempoh 90 tahun lalu. Model itu ialah BMW R nineT.

Umum diketahui, rangkaian motosikal BMW Motorrad lebih menayangkan inovasi teknologi termaju sehinggakan ia tampak terlalu kompleks. Tanpa disedari, ia sedikit sebanyak melunturkan emosi tunggangan sebuah motosikal bagi sesetengah individu.

Senarionya berbeza dengan kemunculan BMW R nineT. Model baharu itu jelas menyimpang daripada rekaan konvensional BMW Motorrad sebelum ini. Ia seolah-olah mahu merangsang hormon dalam tubuh dan emosi penunggang melalui kepuasan tunggangan berprestasi menerusi sebuah model motosikal klasik.

Warisan 90 tahun

Diperkenalkan pada satu majlis khas di BMW Museum di Munich, Jerman tahun lalu, BMW R nineT mencerminkan hubungan rapat dengan motosikal pertama BMW Motorrad iaitu BMW R 32 yang tampil ke pasaran sekitar tahun 1923. Malah kedua-dua model itu berkongsi beberapa ciri yang pastinya menggamit memori bagi peminat setia jenama BMW.

Berbekalkan imej retro, motosikal itu ada keistimewaan tersendiri. Pemilik boleh melakukan beberapa transformasi untuk mengubah motosikal klasik itu melalui tawaran beberapa komponen daripada BMW Motorrad. BMW R nineT boleh bertukar rupa kepada sebuah cafe racer dengan hanya membuka dan memasang semula beberapa butir skru.

Pengguna turut diberikan opsyen untuk menaik taraf sistem ekzos sedia ada kepada jenama Akrapovic (perendam). Tidak cukup dengan itu, kedudukan perendam ekzos boleh diposisikan kepada dua peringkat sama ada tinggi atau rendah dengan hanya menukar paip penyambung ekzos mengikut selera masing-masing.

BMW R nineT tampil kemas hasil kebijaksanaan pasukan jurutera Jerman memberi padanan lampu berbentuk bulat, saiz tangki minyak kompak dan gayaan ekor roadster klasik yang nipis.

Nampak gaya, bukan semua komponen yang digunakan itu ialah produk baharu. Ada juga barang yang dikitar semula daripada model-model motosikal BMW Motorrad sebelum ini.

Wajah hadapan roadster klasik itu kelihatan lebih anggun hasil bantuan fork teleskopik jenis terbalik yang disadur dengan warna emas daripada model S 1000RR.


BMW Motorrad mahu mengembalikan keseronokan tunggangan menerusi jentera klasik bagi memperingati warisan sebenar syarikat itu.


Pandangan hadapan juga memperlihatkan dua unit kepala silinder sedikit terkeluar masing-masing pada bahagian kiri dan kanan jentera. Enjin itu ialah unit yang pernah digunakan pada model R1200GS.

Enjin boxer BMW sememangnya terkenal dengan daya ketahanan tinggi dan membekalkan kuasa tork yang boleh dikelaskan sebagai mengagumkan.

Enjin BMW R nineT yang bersesaran 1,170cc dilengkapi sistem penyejukan udara dan minyak mampu meledakkan kuasa sebanyak 110hp pada pusingan enjin seminit 7,550rpm. Tork puncak dinikmati ialah 119 Nm @ 6,000rpm.

Bagi merealisasikan karakter tunggangan dinamik, transmisi enam kelajuan diberi talaan baharu iaitu nisbah transmisi sekunder dan pinan disingkatkan untuk memastikan daya kuasa pecutan maksimum dinikmati selain penukaran gear yang lebih lancar. Kuasa gerakan itu kemudiannya dipindahkan ke roda belakang dengan bantuan aci pacu Kardan.

Imbangan bahagian belakang BMW R nineT melibatkan dua komponen utama iaitu sistem penyerap hentak dan lengan ayun tunggal. Pemasangan kedua-dua bahagian itu membuatkan paparan belakang agak lompong namun tetapi kemas.

Sungguhpun begitu, pengguna tidak perlu rasa bimbang kerana geometri casis BMW R nineT dikonfigurasi bagi memastikan kualiti pengendalian dan keseronokan tunggangan dapat dinikmati sebaik mungkin.


BAHAGIAN belakang model R nineT kelihatan sedikit lompong.


Anda juga boleh menanggalkan kerangka pada bahagian belakang untuk mengubah suai penampilan motosikal roadster itu agar tampak lebih sporty.

Paparan maklumat dipamerkan menerusi set instrumen meter jenis analog dan digital yang kelihatan kelihatan hampir sama seperti yang ada pada model R 1200R.

Instrumen meter itu merangkumi dua unit meter analog bulat iaitu speedometer dan pusingan enjin seminit serta sebuah skirn digital yang mempamerkan maklumat semasa tetapan gear, jarak perbatuan, kelajuan purata dan kadar penggunaan bahan api semasa.

Untuk mengukuhkan penampilan tradisional, BMW R nineT mengaplikasi penggunaan rim aloi yang bersambung dengan hab aluminium menerusi ikatan jejari lidi besi tahan karat.

Madgad bahagian hadapan pula diapit oleh dua unit pendakap tempaan pada bahagian bawah fork. Kedua-dua roda itu didatangkan bersama sistem brek cakera berkembar yang menggalas tugas mengawal tindak balas memberhentikan jentera atau memperlahankannya.

Apabila tuil brek digunakan, ia menggerakkan empat omboh yang berada dalam angkup brek monoblok radial untuk menggerakkan pad bertemu cakera brek berukuran 320 milimeter (mm) pada bahagian hadapan.

Ukuran saiz brek cakera roda belakang ialah 265mm bersama angkup dwiomboh. Kecemerlangan membrek dibantu dengan padanan teknologi sistem brek antikunci BMW Motorrad ABS.

Mengulas mengenai objektif membawa masuk BMW R nineT ke Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils menyifatkan ia sebagai memenuhi kehendak peminat tegar motosikal yang mengejar erti keseronokan tunggangan.

Malah dia cukup optimis bahawa produk terbaharu BMW Motorrad itu mampu memacu prestasi jualan motosikal di Malaysia. BMW R nineT dijual pada harga runcit atas jalan sebanyak RM115,800 seunit dan itu belum termasuk insurans.

Komponen-komponen opsyen pula dijual secara berasingan pada harga serendah RM171 sehingga RM2,257 setiap satu.

Cumanya, tag harga itu agak membebankan dan mampu membantutkan penerimaan model BMW R nineT dalam pasaran domestik. Jangan lupa, ada model-model motosikal klasik dan retro premium dalam pasaran yang lebih mampu milik.

Bagaimanapun, masing-masing ada kelebihan sendiri. Terpulang pada cara anda menilainya.

UMW Toyota luaskan pendedahan program Toyota Traffic Tots

Posted:

UMW Toyota luaskan pendedahan program Toyota Traffic Tots

UMW Toyota luaskan pendedahan program Toyota Traffic Tots


ISMET memerhatikan seorang kanak-kanak melekatkan papan tanda jalan ketika program Toyota Traffic Tots di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) mengumumkan penambahan sebanyak 10 buah sekolah baharu dalam program Toyota Traffic Tots baru-baru ini. Toyota Traffic Tots diperkenalkan sebagai satu usaha memberi pendedahan dan pengetahuan keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak prasekolah.

Program itu telah dilancarkan pada tahun 2012 diadakan bersama Smart Reader Worldwide dan berjaya menyalurkan pelbagai tip keselamatan dan maklumat berguna kepada lebih daripada 4,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata, program yang mendapat sokongan Jabatan Keselamatan Jalan Raya itu dilanjutkan kepada 10 buah sekolah baharu agar lebih ramai kanak-kanak mendapat akses pelajaran keselamatan jalan raya.

"Sebagai sebuah syarikat pembuat kereta, keselamatan jalan raya masih topik yang sangat dekat di hati kami. Kami gembira kerana program ini dapat memberi manfaat dan kesan kepada setiap pelajar yang menyertainya," katanya.

Program Toyota Trafik Tots adalah salah satu daripada tanggungjawab korporat sosial UMW Toyota.

Selain itu, syarikat automotif itu juga menganjurkan program Toyota Eco-Youth yang melibatkan belia dalam memupuk kesedaran alam sekitar.

Chevron ulangi kemenangan anugerah Putra Brand 2014

Posted:

Chevron ulangi kemenangan anugerah Putra Brand 2014

Chevron ulangi kemenangan anugerah Putra Brand 2014


PENGURUS Pemasaran Jenama Chevron, Uzma Nawawi (lima dari kanan) bersama wakil syarikat meraikan kemenangan pada majlis penganugerahan Putra Brand 2014 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SYARIKAT Chevron Malaysia Limited (Chevron) selaku pengedar jenama bahan api Caltex baru-baru ini mengulangi kejayaan apabila memenangi anugerah gangsa bagi kategori Bahan Api dan Pelincir menerusi Majlis Penganugerahan Putra Brand 2014 di ibu negara.

Sebelum ini, Chevron berjaya menggondol anugerah berprestij itu pada tahun 2011 dan perasaan bangga itu kembali menyelinap dalam kakitangan Chevron.

"Kami gembira apabila pengguna mengenali jenama dan memberi kepercayaan terhadap keupayaan jenama produk Caltex," kata Pengerusi Negara Chevron Malaysia, Jeremy Oh dalam satu kenyataan di ibu negara baru-baru ini.

Dia turut menyatakan syarikat akan meneruskan komitmen memenuhi keperluan para pengguna dan membawa inovasi baharu dalam pasaran tempatan.

"Anugerah ini merupakan satu testimoni terhadap kerja keras dan usaha berterusan daripada Chevron dan rakan kongsi kami dalam menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan," katanya.

Para pemenang anugerah itu ditentukan menerusi satu kaji selidik berkaitan aspek kesedaran jenama, jenama pertumbuhan, jenama berkaitan dan keyakinan jenama.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Pulse dan melibatkan seramai 6,000 orang responden.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sabah bikin PDRM ‘mandi peluh’

Posted:

Sabah bikin PDRM 'mandi peluh'

Sabah bikin PDRM 'mandi peluh'

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

SOUZA (kanan) bersaing dengan pemain Sabah, Marwan Sayedeh pada aksi Liga Premier di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.


SABAH mensia-siakan peluang untuk meleburkan rekod tanpa kalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kempen Liga Premier musim ini selepas kedua-dua pasukan sekadar seri 2-2 pada aksi di Stadium Likas malam tadi.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, Sabah ternyata gagal mengekang asakan lawan yang bangkit daripada ketinggalan untuk meledak dua gol termasuk gol penyamaan pada lewat permainan hasil jaringan Rafael Souza.

Dengan keputusan seri itu, PDRM terus melebarkan rekod bersih dalam 15 perlawanan musim ini, sekali gus mengukuhkan cengkaman untuk bergelar juara Liga Premier musim ini.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu kekal selaku pendahulu dengan 39 mata hasil 12 kemenangan dan tiga keputusan seri manakala Sabah yang dibimbing Milomir Seslija terus berada dalam kelompok pertengahan liga dengan 17 mata.

Pada aksi malam tadi, Sabahawks bermula garang apabila mengejutkan pasukan pelawat menerusi jaringan pertama penyerang berpengalaman, Zainizam Marjan pada minit ke-28.

Bersambung babak kedua, rentak cemerlang terus dipamerkan Sabah sekalipun beraksi di padang becak apabila giliran bintang import dari Syria, Marwan Sayedeh meledak gol kedua menerusi satu serangan balas.

Tersentak dengan jaringan itu, PDRM bangkit memperkemaskan serangan dan hasilnya, penyerang kebangsaan, Bobby Gonzales tidak mensia-siakan peluang untuk menanduk masuk gol pertama PDRM hasil sepakan percuma.

Jaringan itu ternyata menyemarakkan semangat Sang Saka Biru yang terus melancarkan serangan bagi menambah jaringan.

Ketika perlawanan hanya berbaki satu minit, Rafael Souza muncul penyelamat apabila bintang import PDRM itu bijak memperdayakan penjaga gol Sabah menerusi satu sepakan percuma.

Gergasi Merah pantau Rangel

Posted:

Gergasi Merah pantau Rangel

Gergasi Merah pantau Rangel

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


RANGEL mendapat perhatian Johor DT selepas memperagakan aksi cemerlang musim ini.


PEMINAT serta penyokong setia Selangor mula resah apabila penggempur berbisa Gergasi Merah, Paulo Rangel menyatakan minat menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT).

Kenyataan terbuka Rangel itu dilihat seperti tidak menghormati majikannya kerana dia masih mempunyai baki kontrak enam bulan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Melihatkan situasi tersebut, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad berkata, pihaknya akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa tindakan susulan terhadap pemain kelahiran Brazil itu.

"Pertama, FAS mahu menentukan sama ada dia (Rangel) telah melanggar Kod Tatatertib yang ditetapkan oleh persatuan negeri ini.

"Kami mahu menyiasat terlebih dahulu... saya tidak mahu tergesa-gesa. Mungkin Rangel membuat kenyataan itu dalam bentuk gurauan.

"Kami akan merujuk perkara ini dengan FAM. Kami mahu meminta khidmat nasihat daripada FAM sebelum membuat sebarang tindakan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, Rangel mengakui berminat untuk menyarung jersi Harimau Selatan selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, Mokhtar mendedahkan, masih tiada tawaran rasmi daripada PBNJ untuk melamar Rangel yang mengikat kontrak setahun dengan FAS pada awal musim ini.

"Sejujurnya, Rangel sangat gembira bersama Selangor. Lagipun, terlalu awal untuk mengatakan mengenai laporan ini yang mana saya percaya, Rangel akan fokus bersama pasukannya," katanya.

Sementara itu, Rangel berkata, dia kini lebih memberi fokus untuk membantu Selangor meraih trofi kejuaraan musim ini.

"Saya masih mempunyai kontrak dengan Selangor sehingga November depan. Jadi saya perlu menghormati kontrak itu.

"Bagi saya, apa yang saya perkatakan ketika ini tidak menjejaskan fokus saya," jelas bekas penyerang Perak itu.

Dua ikon sukan calon tumpuan

Posted:

Dua ikon sukan calon tumpuan

Dua ikon sukan calon tumpuan


IMBAS KEMBALI... Chong Wei (kanan) serta Pandelela masing-masing dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012.


IKON sukan tersohor negara - Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David menghiasi senarai calon untuk Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2013.

Biarpun memenangi anugerah tersebut beberapa kali sebelum ini, namun pemain No. 1 dunia dalam sukan badminton dan skuasy itu masih memahat nama di persada sukan antarabangsa sepanjang tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh berkata, sebanyak 10 atlet dicalonkan untuk merebut gelaran Olahragawan manakala lapan untuk anugerah Olahragawati Negara.

"Pemilihan calon Olahragawan dan Olahragawati adalah mencabar memandangkan setiap calon telah membuktikan kejayaan masing-masing sepanjang tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2013 di Kuala Lumpur semalam.

Antara calon yang bakal mencabar Chong Wei ialah jaguh bina badan negara, Sazali Samad, Lim Chee Wei (karate), Benjamin Khor (menembak) dan Mohd. Jironi Riduan (olahraga).

Nicol yang memenangi anugerah itu sebanyak lapan kali dalam tempoh 11 tahun, akan dicabar oleh penyandang Pandelela Rinong (terjun), Diana Bong (wusyu), Kelly Tan (golf) dan Casier Renee Kelly Lee (olahraga).

Selain anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara, sembilan lagi anugerah dipertandingkan termasuk pasukan kebangsaan lelaki dan wanita, olahragawan dan olahragawati paralimpik, jurulatih lelaki dan wanita kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

Jawatankuasa itu dianggotai 20 individu terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) serta wakil media.

Mengulas mengenai penyertaan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dalam anugerah berkenaan, Jamil berkata, hanya 19 daripada 47 buah persatuan dan Majlis Paralimpik Malaysia mengemukakan pencalonan atlet masing-masing.

Beliau berkata, Anugerah TM Team yang dipilih oleh peminat sukan tanah air melalui undian laman sosial, bakal memberikan kelainan kepada anugerah sukan terbesar di negara ini.

Antara kriteria penyertaan anugerah TM Team ialah kesemua atlet adalah calon melainkan mereka (atlet) yang telah tercalon dalam 11 kategori yang dipertandingkan pada anugerah sukan tahunan berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Memperkasakan peranan PGA

Posted:

Memperkasakan peranan PGA

Memperkasakan peranan PGA

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


TANGGUNGJAWAB menjaga keamanan negara dipikul bersama PGA dan Angkatan Tentera Malaysia.


NAMA Pasukan Gerakan Am (PGA) cukup besar dalam sejarah kepolisian negara dengan rentetan perjuangan selama 66 tahun sejak ditubuhkan pada 1948. Pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Darurat menyebabkan sebuah pasukan polis khas yang mahir peperangan hutan perlu ditubuhkan.

Sehubungan itu, pasukan Jungle Squad diwujudkan di setiap balai polis. Anggotanya diberi latihan ketenteraan untuk menggempur sarang komunis di belantara sebelum diperbesarkan lalu dikenali sebagai Jungle Company.

Sebuah sekolah latihan peperangan hutan pula ditubuhkan di Kem PPH Ulu Kinta, Perak bagi melatih bakal pegawai dan anggota pasukan ini.

Selepas berakhir Darurat pada 1960, pasukan ini disusun semula dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) atau Police Field Force (PFF) dengan kekuatan batalion.

Apa yang membezakan PPH dengan pasukan polis biasa ialah kemahiran peperangan hutan yang mereka miliki.

Fungsi PPH yang fleksibel membolehkan pasukan ini ditugaskan dalam masa yang singkat termasuk melaksanakan operasi cegah rusuhan (PORU) sama seperti Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Struktur pemerintahan, kelengkapan serta persenjataannya juga sama seperti sebuah batalion infantri tentera termasuk mempunyai platun mesingan dan mortar.

Peranan PPH teruji apabila turut terbabit dalam memerangi penyusupan Tentera Republik Indonesia (TRI) semasa Konfrontasi pada tahun 1963 hingga 1966.

PPH melalui fasa baharu apabila PKM melancarkan pemberontakan kedua atau Insurgensi pada 1968 yang menyaksikan pembesaran pasukan berkenaan.

Beberapa buah batalion baharu diwujudkan antaranya Batalion (BN) 8 di Simpang Renggam, Johor, BN 9 PPH (Muar, Johor) dan BN 10 (Pengkalan Chepa, Kelantan).


TRANSFORMASI perlu dilakukan termasuk melengkapkan PGA mengikut keperluan operasinya yang semakin mencabar.


Kesemua BN PPH ditadbir mengikut formasi masing-masing iaitu Briged Utara, Tengah, Tenggara, Sabah dan Sarawak. Setiap briged PPH pula mempunyai sebuah skuadron kereta perisai.

Keperluan operasi turut menyaksikan PPH mewujudkan sebuah pasukan khasnya sendiri yang terlatih dalam tugas-tugas perisikan gempur iaitu 69 Komando yang ditubuhkan pada tahun 1969.

Terdapat juga lain-lain pasukan yang merupakan sebahagian daripada cawangan PPH iaitu Pengakap Sempadan (Sarawak dan Sabah), Unit Kawalan Kawasan (UKK) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

Bagaimanapun, Pengakap Sempadan dan UKK telah dibubar pada tahun 1990 dan diserap ke dalam perkhidmatan pasukan polis, manakala UPP dijadikan sebuah pasukan penguat kuasa tunggal.

Operasi

Perletakan senjata PKM pada 1989 menyaksikan berakhirnya operasi PPH di hutan belantara. Ini membawa kepada penyusunan semula pasukan ini menjadi PGA pada 1997. Kekuatan PGA dikecilkan menjadi 20 buah batalion.

Sepanjang tempoh 16 tahun lalu, walaupun dengan kekuatan yang terhad tetapi PGA masih mengekalkan peranannya sebagai infantri polis.

Antaranya terlibat dalam Ops PATI, Ops Pasir di perairan pantai timur Sabah termasuklah dalam insiden pertempuran di Lahad Datu pada tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, PGA memerlukan perubahan menyeluruh untuk menghadapi ancaman keselamatan semasa dalam negara.

"Ini supaya dapat memberi inspirasi kepada negara dan rakyat. Semasa era 60-an dan 70-an, PGA dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH), mungkin kita perlu nama seperti itu juga ketika ini," katanya.

Menurut Salleh, PGA yang dikenali sebagai pasukan separa tentera penting diperkasakan kerana mampu melaksanakan tugas polis dan pada masa sama berkebolehan melakukan tugas tentera.

Tegas beliau, kekuatan asal PGA perlu dikembalikan dengan menambah bilangan anggota serta kelengkapan kerana pasukan tersebut kekal relevan sebagai barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Inspirasi daripada wanita OKU

Posted:

Inspirasi daripada wanita OKU

Inspirasi daripada wanita OKU

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SELAIN aktif dalam sukan tenis berkerusi roda, Norisah juga membuktikan kemampuannya menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


BERSEMPENA sambutan Hari Wanita Sedunia yang bertemakan Inspiring Change tahun ini, Gleneagles Kuala Lumpur menganjurkan satu forum khas bersama wanita daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Ia bertujuan memberi peluang kepada wanita OKU berkenaan berkongsi pengalaman mereka dalam menjalani kehidupan, seterusnya menjadi inspirasi buat semua.

Antara ahli panel wanita OKU yang dijemput ialah Senator Bathmavathi Krishnan; atlet paralimpik negara, Norisah Bahrom; aktivis OKU, Christine Lee; pensyarah Universiti Malaya, Dr. Naziaty Mohd. Yaacob dan pelakon Ida Nerina.

Mereka menceritakan kisah hidup yang dilalui dan kebanyakannya melahirkan rasa kesal kerana suatu ketika dahulu golongan ini tidak dihargai oleh masyarakat.

Bagi Norisah, keperitan yang dialami sewaktu zaman remaja apabila hilang keupayaan untuk berjalan pada usia 15 tahun sukar diungkap dengan kata-kata.

Namun, berbekalkan semangat untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna, dia nekad memasuki Pusat Pemulihan Orang Cacat Cheras melalui permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Potensi diri

Dari situlah, dia mula meneroka potensi diri apabila menyertai sukan tenis berkerusi roda hingga berjaya mewakili negara di pentas dunia.

"Memang pada awalnya saya rasa amat sedih apabila menjadi orang cacat pada usia muda. Namun, lama-kelamaan saya reda dengan apa yang berlaku dan yakin ada hikmah di sebalik semuanya.

"Jika saya tidak bergelar OKU, mungkin saya tidak mengecapi kejayaan seperti hari ini yang dapat mewakili negara dalam pelbagai acara sukan di seluruh dunia," ungkap Norisah sambil memberitahu, sabar dan solat merupakan kunci kekuatan dirinya menempuh segala cabaran.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gleneagles Kuala Lumpur, Datuk Amir Firdaus Abdullah berkata, cabaran wanita OKU amat besar, namun mereka berjaya melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan cemerlang selain mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.

"Atas sebab itulah, kami melaksanakan program ini bagi menyediakan platform kepada golongan wanita OKU menyuarakan rasa hati mereka.

"Jujurnya, saya mengagumi wanita- wanita hebat ini dan kami di Gleneagles Kuala Lumpur berbangga kerana dapat melaksanakan tanggungjawab korporat sosial dengan meraikan pencapaian serta sumbangan mereka," ujar beliau yang juga merupakan CEO Serantau Hospital Gleneagles.

KECACATAN yang dialami bukan penghalang untuk golongan wanita OKU menyertai aktiviti yang digemari.


Harapan

Forum tersebut turut dihadiri 50 wanita OKU selain wakil pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

"Harapan kami adalah apabila pelajar-pelajar ini memasuki alam pekerjaan dan menjadi majikan, mereka akan lebih sensitif dengan keperluan golongan OKU dan tidak mengetepikan mereka kerana status yang dimiliki," tambah Amir Firdaus.

Pada majlis itu juga, Pakar Perunding Perubatan Pemulihan Gleneagles, Datin Paduka Dr. Tuanku Taayah Tunku Zubir telah menyampaikan syarahan bertajuk Kesihatan dan Kesejahteraan Dalam Kalangan Wanita OKU.

Menurut Tunku Taayah, terdapat banyak sebab seseorang individu atau wanita itu menjadi OKU. Kebanyakan wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an menjadi OKU kerana terbabit dengan kemalangan.

Katanya, ada juga yang menjadi OKU disebabkan serangan penyakit tertentu selain faktor usia. Hakikatnya, bilangan mereka yang tergolong sebagai individu OKU semakin meningkat saban tahun.

"Masih banyak perubahan yang perlu dilakukan di peringkat komuniti dan tempat kerja bagi memudahkan golongan OKU melalui kehidupan yang lebih mesra OKU.

"Statistik juga menunjukkan hampir 80 peratus daripada pesakit mengalami kehilangan upaya masih sukar diterima di tempat kerja.

"Lantaran itu, apabila berstatus OKU, banyak majikan memutuskan untuk tidak meneruskan perkhidmatan mereka. Ini adalah antara isu yang masih membelenggu golongan OKU," tegasnya.

Beliau berharap, melalui forum itu masyarakat akan sedar bahawa golongan OKU tidak memerlukan simpati, sebaliknya memahami bahawa golongan ini juga mampu membawa perubahan dan menyumbang kepada negara.

Selain forum, para tetamu diraikan dengan upacara pemotongan kek serta persembahan daripada kumpulan Carefree dan Michael Jackson OKU Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Kempen kembalikan senyuman

Posted:

Kempen kembalikan senyuman

Kempen kembalikan senyuman


KEMPEN SENYUM membantu pesakit sumbing mendapatkan kemudahan dan rawatan di PHKL dengan dana daripada Dana Bantuan Penjagaan Kesihatan oleh IHH.


SELEPAS bertahan selama sembilan bulan membawa perut yang membusung, pasti setiap ibu bapa mengharapkan bayi mereka dilahirkan sempurna.

Bagaimanapun, bagi seorang ibu, Nur Hayati Omaryah, 47, harapannya itu sama sekali berkecai apabila anak keempatnya, Nur Aimuni Musfirah, 8, dilahirkan dalam keadaan sumbing lelangit.

Pada awalnya dia tidak dapat menerima ketentuan takdir kerana terlalu terkejut dengan kekurangan tersebut dan hanya akur selepas menyedari kasih seorang ibu dan anak tidak dapat diseka walau senyuman bayinya terbatas.

Tidak pernah berputus asa, Nur Hayati dan suaminya, Mustafa Mat Arshad, 44, terus mencari mana pertubuhan atau badan bukan kerajaan yang dapat membantu keluarga kelas pertengahan ini untuk membiayai kos pembentukan semula lelangit.

"Ketika umurnya 10 bulan, seorang jururawat telah memperkenalkan kami kepada Kebajikan Kanak-kanak Ronald McDonald (RMCC) dan dari situlah Nur Aimuni diberi peluang untuk senyum kembali.

"Kami telah dibiayai dan diberikan rawatan terbaik di Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Namun, rawatan pembentukan semula perlu dijalankan secara berperingkat," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Senyum di PHKL baru-baru ini.

Tambahnya, sempena Kempen Senyum itu, kini Nur Aimuni dapat meneruskan rawatan selanjutnya menerusi Dana Bantuan Penjagaan Kesihatan oleh IHH Healthcare Bhd. (IHH), syarikat milik Khazanah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHKL, Anwar Anis berkata, kempen tersebut dilancarkan sempena menyambut ulang tahun ke-40 PHKL.

"Setelah empat dekad memberikan perkhidmatan, PHKLsangat komited untuk memberi sokongan kepada kelompok yang kurang bernasib baik untuk menjalani kemudahan dan rawatan di sini.

"Sehubungan itu, PHKL telah menyasarkan masalah Anomali Muka menerusi Kempen Senyum ini dan dua tahun akan datang kami merancang untuk mengenalpasti masalah kesihatan lain yang boleh dibantu," jelasnya ketika majlis perasmian kempen tersebut di PHKL.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut adalah Pengerusi PHKL, Datuk Khairil Anuar dan Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Dr. Kim K. Tan.


Kini adik Nur Aimuni mampu tersenyum bersama ibu dan ayahnya.


Kerjasama

Anwar memberitahu, kempen tersebut akan mengenalpasti 40 pesakit dengan masalah Anomali Muka menerusi kerjasama dengan badan bukan kerjaan (NGO). Pesakit kemudian akan menjalani rawatan di PHKL untuk memulihkan senyuman mereka.

Antara kriteria permohonan dana tersebut adalah kewangan individu mesti disemak oleh NGO berdaftar, pemohon dicadangkan oleh doktor PHKL atau Hospital Gleneagles dan pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 sebulan.

Selain itu, pemohon, ibu bapa atau penjaga perlu menyediakan beberapa dokumen dan membenarkan penilai mengambil gambar keadaan kehidupan harian pesakit.

Dalam pada itu, K. Tan berkata, pembedahan membina semula bentuk bibir dan lelangit bukan mudah dan memakan masa bertahun. Antara peringkat penting termasuklah membetulkan struktur gigi dan rahang pesakit.

Dianggarkan kos untuk rawatan sumbing tersebut adalah RM10,000 setiap orang dengan nilai rawatan pembedahan untuk bahagian rahang mencecah RM30,000.

Nur Aimuni merupakan salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan daripada K. Tan sejak bayi. Sehingga kini Nur Aimuni telah menjalani tiga kali pembedahan untuk memulihkan senyumannya.

Terdahulu, Dana Bantuan Penjagaan Kesihatan oleh IHH membekalkan sebanyak RM50 juta untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan pesakitnya, termasuklah di 11 buah Pusat Perubatan Pantai dan Gleneagles.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia berpeluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei ini

Posted:

Malaysia berpeluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei ini

Malaysia berpeluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei ini

09/05/2014 10:06pm

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kataAngkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870. - Bernama

Sekolah Berprestasi Tinggi perlu ditingkatkan 80 peratus

Posted:

Sekolah Berprestasi Tinggi perlu ditingkatkan 80 peratus

Sekolah Berprestasi Tinggi perlu ditingkatkan 80 peratus

09/05/2014 8:33pm

KUALA LUMPUR - Sekolah Berprestasi Tinggi di negara ini perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya 80 peratus bagi memastikan ibu bapa dapat menghantar anak mereka ke mana-mana sekolah milik kerajaan yang berkualiti.

Pensyarah di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Sufean Hussin berkata, ketika ini hanya terdapat 13 peratus sekolah berprestasi tinggi, di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau percaya sekolah berprestasi tinggi dapat ditingkatkan dalam tempoh lima tahun sekiranya guru, ibu bapa dan komuniti komited menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Maka ini adalah cabaran kita untuk memastikan kita dapat meningkatkan peratusan sekolah ini melalui teknik pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Cabaran Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Untuk Masa Depan Malaysia' di Seminar Transformasi Pendidikan Nasional 2014 di Universiti Malaya di sini, hari ini. - Bernama

Ahmad Said masih MB Terengganu

Posted:

Ahmad Said masih MB Terengganu

Ahmad Said masih MB Terengganu

09/05/2014 8:15pm

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, 25 April lepas, menurut Badan Perhubungan UMNO Terengganu hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Selain itu, beliau mendakwa tiada perjanjian antara Ahmad dan Perdana Menteri bagi memegang jawatan itu untuk tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas.

"Perdana Menteri kata, beliau tidak akan tukar mana-mana Menteri Besar di semua negeri, beliau buat kenyataan itu selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua minggu lepas," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Menurutnya, laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Ahmad akan digantikan sebagai Menteri Besar adalah andaian penulisnya semata-mata. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Jeriji besi bukan penghalang

Posted:

Jeriji besi bukan penghalang

Jeriji besi bukan penghalang

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

TATKALA sekumpulan banduan wanita mula menguntum senyuman sebaik melihat kehadiran anggota keluarga masing-masing, riak wajah Nancy (bukan nama sebenar) mulai berubah sayu.

Kelopak matanya digenangi air jernih yang kemudian laju menuruni pipinya. Menyedari dirinya diperhatikan, Nancy pantas menyeka air mata yang mengalir lantas ditukar dengan senyum hambar.

Redup wajahnya merenung rakan-rakan banduan yang gembira memeluk erat insan-insan tersayang sedikit terkesan di hati. Hadiah yang telah pun disediakan buat anak-anaknya di atas meja hanya dipandang sepi.

Bagaimanapun, kegundahan hati Nancy akhirnya terlerai jua apabila mendengar suara anak bongsunya yang berusia sembilan tahun memanggil namanya melalui mikrofon.

"Mommy, I love you mommy. Happy Mother's Day mommy," demikian ucapan tulus dari mulut seorang anak yang kehilangan kasih sayang seorang ibu sejak lapan tahun lalu yang dipisahkan oleh tirai besi.

Pelukan erat diiringi tangisan kegembiraan antara ibu dan anak ternyata meruntun banyak jiwa yang berada di pekarangan Penjara Wanita Kajang, Selangor sempena siaran langsung program Wanita Hari Ini (WHI) itu.

Episod istimewa menerusi segmen Mesej Dari Penjara itu diadakan sempena meraikan sambutan Hari Ibu sekali gus menunjukkan betapa murninya kasih sayang wanita bergelar ibu.

Menurut Nancy, seorang banduan dari Filipina yang dipenjara di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang 2007, dia bersyukur kerana terpilih menyertai program itu yang memberi peluang untuk bertemu dengan empat orang anak yang amat dirindui.

"Sewaktu ditangkap bersama suami, anak bongsu saya baru berusia setahun. Saya hanya mampu menangis ketika itu apabila mengenangkan nasib anak-anak. Tetapi, saya sempat berpesan kepada abang dan kakak-kakaknya agar menjaga dia dengan baik," luah Nancy yang akan dibebaskan pada 14 Februari 2018.

Pada kesempatan itu, Nancy berpeluang memakaikan baju baharu dan menyuapkan makanan buat anaknya yang tidak dapat merasai curahan kasih seorang ibu lantaran kesilapan yang dilakukan.

Selain Nancy, seramai 11 banduan lagi dapat meraikan Hari Ibu bersama keluarga tercinta yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti menunjukkan disiplin yang baik.


KUCUPAN tulus dari seorang anak buat ibu tercinta menggamit kesayuan di hati pengunjung.


Berdebar

Bagi banduan yang mahu dikenali sebagai Karen, dia mengakui hatinya berdebar untuk berjumpa keluarganya meskipun sebelum ini setiap minggu ada di antara mereka datang melawat.

Ini kerana, pertemuan itu tidak melibatkan sebarang sentuhan, sebaliknya hanya mampu memandang wajah antara satu sama lain yang dipisahkan melalui cermin.

"Sudah empat tahun saya dipenjarakan dan ini kali pertama saya berpeluang memeluk ibu, adik-beradik dan ibu saudara yang hadir dalam program ini.

"Ia satu penghargaan yang amat besar bagi diri saya. Justeru, kepada masyarakat di luar sana, hargailah ibu bapa anda walau siapa pun mereka. Sebagai anak, mereka mungkin akan memarahi atau menasihati kita, tetapi semua itu pasti ada kepentingannya.

"Hormati mereka dan buatlah yang terbaik demi menggembirakan ibu bapa anda," ungkap Karen yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang kemudian ditukar kepada Seksyen 304 membunuh tanpa niat.

Apabila ditanya, apakah punca kesalahan yang dilakukan, Karen dengan berhemah memohon maaf kerana tidak mahu menceritakan perkara tersebut lantaran mahu melupakannya.

Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, WHI merupakan program bual bicara yang memberi tumpuan terhadap topik-topik kaum Hawa. Ia merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen.

SEORANG banduan menghadiahkan sejambak bunga buat ibu tercinta yang menghadiri program segmen Mesej Dari Penjara ini.


Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Azizah Ariffin, Hasfizza Sabjahan, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita selepas 13 tahun program itu disiarkan.

Penerbit Eksekutif WHI, Siti Hatija Yusof memberitahu, pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia sejak bulan Oktober 2013 untuk segmen Mesej dari Penjara.

Melalui segmen itu, beberapa banduan wanita dibawa ke studio dan berkongsi kisah secara langsung dengan penonton tentang bagaimana mereka terlibat dengan jenayah dan meluahkan kekesalan di atas perbuatan yang dilakukan.

Episod istimewa

"Sesungguhnya, episod istimewa seumpama ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan banduan agar mereka tidak rasa dipinggirkan.

"Jika orang lain berpeluang meraikan hari istimewa ini dengan memberikan pelbagai hadiah atau kad ucapan sempena Hari Ibu, banduan wanita di sini juga dapat menyempurnakan impian mereka.

"Kami berharap program ini dapat mencetuskan elemen-elemen kasih sayang untuk disemarakkan oleh golongan banduan bersama ibu mereka serta memberi kesedaran dan keinsafan kepada penonton tentang kepentingan dan keutuhan ibu pertiwi," jelas Siti Hatija.

Selain bertemu orang tersayang, penghuni-penghuni di Penjara Wanita Kajang turut mempamerkan bakat mereka menghiburkan tetamu yang hadir. Para banduan juga diraikan dalam upacara memotong kek bersama ibu masing-masing yang membangkitkan keriangan di hati.


AZIZAH menemu bual Zawawi mengenai pengorbanan seorang ibu dan tanggungjawab anak terhadap wanita yang melahirkan mereka ke dunia.


Tidak ketinggalan, pakar motivasi dan pendakwah bebas, Datuk Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh turut dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada banduan dan ahli keluarga mereka agar menginsafi diri di atas ujian yang menimpa.

Pada episod kali ini, ia dikendalikan oleh Hasfizza selaku penerbit dan pengacara siaran yang ditemani Azizah serta Hazrena.

Bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Resipi inovasi sajian kegemaran

Posted:

Resipi inovasi sajian kegemaran

Resipi inovasi sajian kegemaran

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


CEF FAKHRUL menunjukkan demonstrasi membuat bebola keju berhias kepada peserta sebelum cabaran dimulakan.


MASING-MASING menundukkan wajah kerana malu apabila pengacara terkenal, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz ingin memilih peserta dalam kalangan rakan media untuk menyertai acara memasak.

Selepas bergelak ketawa melihat aksi rakan media yang saling menunjukkan rakan di sebelah, akhirnya enam daripada mereka bersetuju untuk menyarungkan apron kuning tertera nama syarikat dapur halal terbesar, Brahim's Airline Catering (BAC).

BAC merupakan pembekal sajian kepada 36 syarikat penerbangan antarabangsa termasuklah Air France, AirAsia X, Turkish Airline, Cathay Pacific, Lufthansa, China Airlines dan Japan Airlines.

Peserta kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan yang mewakili dua cef profesional dari BAC, iaitu Chef Eksekutif Pastri Scott Belfield dan Chef Eksekutif Sous Fakhrul Aliff Arifin Mohari.

Kumpulan cef Scott akan menyediakan seri kaya lemon, manakala peserta dari kumpulan cef Fakhrul menyajikan sajian bebola keju berhias.

Sebelum bermula, kedua-dua chef terlebih dahulu membuat demonstrasi kepada peserta dan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan setiap sajian adalah 10 minit.

SEORANG pengamal media berjaya menghabiskan cabaran membuat bebola keju berhias dengan sempurna.


Setelah mencerap setiap arahan dan tip yang diberitahu cef dengan baik, para peserta kemudian mengambil tempat masing-masing dengan bahan-bahan telah tersusun rapi di atas meja.

Antara bahan-bahan untuk bebola keju berhias termasuklah bawang besar, lobak, krim keju Philadelphia, keju Mozarella dan kobis merah. Manakala seri kaya lemon menggunakan biskut McVities, jus lemon, krim putar dan krim keju Philadelphia.

Dengan kiraan satu, dua dan tiga, semua tangan mula 'berlari-lari' di atas meja dan menyediakan sajian mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan.

Buku resepi

Acara menyeronokkan itu merupakan aktiviti selingan bagi majlis pelancaran buku Koleksi Resipi Mondelez, yang melibatkan usaha sama daripada barisan cef BAC.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BAC, Ainul Hasnizam Abu Hassan, pihaknya sangat berbesar hati kerana dipilih sebagai rakan niaga untuk penghasilan buku koleksi resepi Mondelez.

"Ini adalah satu bentuk penghargaan bagi kami kerana diberi kepercayaan oleh Mondelez dalam menghasilkan lebih 25 resipi menarik dalam buku koleksi mereka.

"Resipi-resipi ini merupakan cetusan ilham daripada cef eksekutif BAC, iaitu cef Scott dan cef Fakhrul," ujarnya di majlis perasmian tersebut di Kompleks Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur baru-baru ini.

CEF SCOTT memberikan sentuhan terakhir cara-cara membuat seri kaya lemon.


Tambahnya, kesemua resipi dalam buku tersebut menggunakan produk-produk daripada Mondelez sebagai bahan asas seperti krim keju Philadelphia, biskut Oreo dan Toblerone. Resipi-resipi itu juga merupakan sajian ringkas yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

Antara jenama produk-produk lain di bawah Mondelez termasuklah Cadbury Dairy Milk, Tiger Biskuat, Jacob's, Chipsmore, Choclairs dan Twisties.

Dalam pada itu, Pengurus Jualan Mondelez Malaysia, Naveen Keswani berkata, pihak memilih BAC selepas melihat kejayaan-kejayaan diperoleh dan kepakaran bidang kulinari yang ada pada barisan cef.

"Kerjasama ini memberi peluang kepada pelanggan setia kami untuk menyelitkan makanan kegemaran mereka dalam sajian pencuci mulut menerusi fungsi dan teknik kulinari yang telah disediakan oleh cef Scott dan cef Fakhrul.

"Di Mondelez kami sentiasa mengambil berat tentang keinginan dan makanan kegemaran seisi rumah. Kami percaya dengan inovasi dan kefahaman ini dapat meraih kepercayaan lebih ramai pembeli di luar sana," katanya.

Terdahulu, rakan-rakan media turut diberi peluang menjadi barisan juri dengan merasai 10 jenis hidangan daripada cef Scott dan Fakhrul. Dengan perbezaan dua mata, sajian pencucui mulut oleh cef Scott dipilih sebagai hidangan kegemaran para media.

Menggantikan puasa lampau

Posted:

Menggantikan puasa lampau

Menggantikan puasa lampau

SOALAN: Assalamualaikum ustaz. Sekarang merupakan bulan Rejab dan tidak lama lagi Ramadan. Untuk makluman ustaz, sebelum ini saya sering menangguhkan qada puasa. Bagaimanakah caranya untuk saya mengqada puasa yang ditinggalkan tersebut? Apakah perlu bayar fidyah sahaja atau perlu juga puasa?

JAWAPAN: Waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan dan tergerak hati untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dahulu. Alhamdulillah, semoga bulan puasa kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Puasa yang ditinggalkan pada masa lalu, tiada khilaf dalam kalangan ulama bahawa ia wajib diqada satu hari ditinggalkan diganti satu hari juga kecuali seseorang itu tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah.

Perkara ini tidak ada khilaf dalam kalangan ulama kecuali puasa yang ditinggalkan itu telah melepasi tahun iaitu telah memasuki Ramadan baharu. Adakah diwajibkan qada puasa sahaja atau diwajibkan fidyah bersama puasa? Maka di sini ada dua pandangan ulama:

Pertama, menurut mazhab Imam Abu Hanifah, memadai qada dan mohon ampun. Tidak ada sebarang denda dalam bentuk fidyah sekalipun telah menjangkau tahun kerana tidak ada nas al-Quran mahupun sunah yang sahih menyebutnya.

Kedua, menurut jumhur ulama (mazhab Imam Malik, Syafie, dan Ahmad) puasa yang masih belum diganti sedangkan telah masuk Ramadan yang baharu, hendaklah dibayar fidyah dan qada puasa.

Bagi sehari puasa yang belum diganti, maka satu fidyah yang mesti dikeluarkan. Itu bagi orang yang sengaja melewat-lewatkan qada puasanya tanpa sebarang keuzuran hingga tiba Ramadan yang baharu.

Fidyah itu adalah sebagai kafarah ke atas kelalaiannya. Bagaimanapun, jika kerana keuzuran seperti terlantar di hospital selama 11 bulan dan tidak mampu berpuasa sepanjang tempoh sakit itu, tidaklah wajib ke atasnya membayar fidyah. Memadai dengan mengqada puasa.

Menurut pendapat mazhab Syafie, iaitu mazhab yang diikuti oleh majoriti umat Islam di Malaysia, jumlah fidyah bertambah dengan bertambahnya tahun yang dijangkaui.

Jika menjangkaui setahun, hanya satu fidyah yang perlu dikeluarkan bagi satu hari puasa yang belum diganti. Jika menjangkau tahun kedua, dua fidyah yang perlu dikeluarkan dan begitulah seterusnya.

Begitupun jumlah puasa yang perlu diqada tidak bertambah. Sebagai contoh, seorang individu ada puasa yang ditinggalnya 10 tahun lalu selama lima hari. Lalu hari ini baru hendak diqadanya. Maka jumlah hari puasa yang perlu diqada ialah lima juga. Fidyah pula bagi satu hari perlu dikeluarkan sembilan fidyah iaitu 45 fidyah (5 x 9).

Namun, menurut mazhab Imam Malik dan Ahmad, jumlah itu tidaklah bertambah. Hanya satu fidyah yang wajib dikeluarkan bagi satu hari puasa walaupun berbilang tahun dijangkaui.

Saya ingin menasihati seluruh umat Islam agar segera menggantikan puasa yang pernah ditinggalkan. Berusahalah semampu mungkin, semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah SWT. Wallahualam.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved