Jumaat, 9 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Agensi rasuah Thai dapati Yingluck cuai laksana tugas

Posted:

Agensi rasuah Thai dapati Yingluck cuai laksana tugas

Agensi rasuah Thai dapati Yingluck cuai laksana tugas

YINGLUCK memegang tangan para penyokongnya di pinggir Bangkok kelmarin. - AFP


BANGKOK - Yingluck Shinawatra yang dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan kelmarin, didapati bersalah lagi semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) mendapati dia cuai menjalankan tugas berhubung skim subsidi beras, lapor agensi Bernama semalam.

Pihak NACC memperakukan supaya pertuduhan terhadap Yingluck dibuat berdasarkan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dasar Beras Kebangsaan.

Jawatan itu menyebabkan dia bertanggungjawab menyelia satu skim subsidi yang menyaksikan kerajaan membeli beras petani pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

Yingluck kini menghadapi undian dipecat dari Dewan Senat dan jika didapati bersalah, beliau dilarang menyertai politik selama lima tahun.

Pihak NACC menyatakan, keputusan Yingluck cuai itu hanya untuk membolehkan dia didakwa di Dewan Senat manakala prosedur jenayah ke atasnya akan diteruskan.

Keputusan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri itu dibuat sebulat suara oleh anggota-anggota NACC.

Menurut NACC, Yingluck mempunyai niat untuk menyalahgunakan kuasa yang melanggar perlembagaan berkaitan pelaksanaan dasar.

Suruhanjaya itu mendapati, Yingluck mengaku tahu tentang rasuah dalam skim itu semasa prosiding tetapi dia tidak mengambil tindakan yang dianggap sebagai kecuaian.

Siasatan agensi pencegah rasuah itu menemui bukti tentang rasuah yang berleluasa dalam skim itu.

Kerajaan masih berhutang berbilion-bilion Baht dengan petani dan menyimpan lambakan beras yang tidak terjual di seluruh negara.

Pihak NACC membuat keputusan itu sehari selepas Mahkamah Perlembagaan melucutkan jawatan Yingluck dan sembilan daripada anggota Kabinetnya dalam kes berasingan membabitkan pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Thawil Pliensri.

Bagaimanapun, parti Thaksin Pheu Thai masih berkuasa kerana kebanyakan anggota kerajaan sementara masih memegang jawatan.

Jawatan Perdana Menteri itu dipegang Menteri Perdagangan, Niwatthamrong Boonsongphaisan yang merupakan sekutu Yingluck.

Selama berbulan-bulan, kumpulan antikerajaan telah cuba mengulingkan Yingluck, bermula dengan langkah oleh penyokong kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang pengampunan.

Para pengkritik menganggap langkah itu sebagai percubaan untuk mendapatkan pengampunan untuk abang Yingluck, Thaksin Shinawatra dan membuka jalan untuk dia kembali selepas tinggal dalam buangan di luar negara.

Tindakan Yingluck itu menyebabkan protes jalanan dilakukan oleh penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat yang diketuai Suthep Thaugsuban.

Pilihan raya umum yang berlangsung pada Februari lalu diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah selepas proses pilihan raya diganggu oleh penunjuk perasaan antikerajaan yang bertapak kukuh di Bangkok dan selatan negara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 20 Julai depan tetapi dibantah beberapa kumpulan pembangkang, menuntut supaya beberapa pembaharuan dilakukan terlebih dahulu.

Pada hari ini, kumpulan antikerajaan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran manakala pada Sabtu ini, kumpulan Baju Merah yang prokerajaan akan mengadakan perhimpunan.

Dalam pada itu, sebutir bom tangan dibaling ke dalam rumah seorang hakim Mahkamah Perlembagaan Thailand sehari selepas mahkamah memecat Yingluck sebagai Perdana Menteri kerana salah guna kuasa, kata polis semalam.

Seorang pegawai polis, Kamthorn Auicharoen berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan penyerang hanya mahu mencetuskan ketegangan terhadap krisis politik yang semakin meruncing di negara ini.

Pejabat sebuah bank komersial utama Thailand dan sebuah kemudahan penyelidikan saintifik turut mengalami kerosakan akibat serangan serupa pada malam kelmarin.

Mahkamah kelmarin mendapati Yingluck bersalah menyalahguna kuasa dengan menukar ketua Majlis Keselamatan Negara pada 2011 kepada jawatan lain demi kepentingan politiknya. - Agensi

Lelaki jatuh selepas dilibas dahan pokok di AS

Posted:

Lelaki jatuh selepas dilibas dahan pokok di AS

Lelaki jatuh selepas dilibas dahan pokok di AS


SEORANG lelaki terjatuh dilibas dahan sebatang pokok di Hemlock baru-baru ini. - YOUTUBE


LANSING, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki tercampak sejauh beberapa meter selepas terkena satu dahan pokok yang dipotongnya di sebuah hutan di Hemlock di sini, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Ketika kejadian, lelaki tersebut yang berada di atas tangga bagi memotong dahan pokok berkenaan dengan menggunakan mesin gergaji baru-baru ini.

Bagaimanapun, dahan tersebut yang jatuh tiba-tiba melibas lelaki itu menyebabkan dia melambung sejauh beberapa meter sebelum jatuh ke tanah.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang wanita yang menjerit selepas melihat lelaki berkenaan terjatuh.

Video itu dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai, Kurt Stepp dan sudah ditonton lebih 1.2 juta kali.

"Beberapa pekerja saya mahu menembang sebatang pokok tetapi pokok berkenaan tidak suka dengan apa yang mereka lakukan.

"Bagaimanapun, rakan saya yang terjatuh itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - Agensi

Pertandingan jinakkan lembu jantan diharamkan di India

Posted:

Pertandingan jinakkan lembu jantan diharamkan di India

Pertandingan jinakkan lembu jantan diharamkan di India


GAMBAR fail menunjukkan dua lelaki cuba menjinakkan seekor lembu jantan di sebuah kampung dekat Madurai, India pada 15 Januari lalu.- AFP


NEW DELHI - Sebuah mahkamah di India mengharamkan pertandingan berlari dengan lembu jantan yang merupakan satu tradisi turun-temurun di negara ini kerana beranggapan ia merupakan satu kekejaman terhadap haiwan.

Larian lembu yang dikenali sebagai Jallikattu itu merupakan acara kemuncak festival Pongal di kampung-kampung di selatan negara ini bagi meraikan musim menuai padi.

Lelaki-lelaki yang mengambil bahagian pada pertandingan itu akan berlari di sebelah lembu jantan dan berusaha memegang tanduk atau melompat ke atas badan haiwan berkenaan bagi menjinakkannya.

Hakim di sebuah mahkamah tinggi, K.S. Radhakrishnan dalam penghakimannya berkata, setiap haiwan mempunyai maruah dan hak untuk hidup dengan aman.

"Siasatan menunjukkan bahawa lembu jantan yang digunakan pada pertandingan itu dilayan dengan sangat kejam dan mengalami penderitaan yang teruk," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved