Jumaat, 2 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Media asing teruja umpan sotong 'terkena'

Posted:

Media asing teruja umpan sotong 'terkena'

Media asing teruja umpan sotong 'terkena'

Perairan Pulau Chepu, Setiu dan Pulau Kapas, Marang, Terengganu menjadi lokasi Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu.


WANITA ini menunjukkan hasil tangkapan yang diperolehnya.


ALUNAN ombak yang tidak putus membuai ratusan buah bot nelayan terkatung-katung di permukaan lautan.

Tatkala pemandu bot melabuhkan sauh ke dasar laut, bot dinaiki para pengamal media Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu semakin berbuai.

Begitupun, keterujaan jelas terpancar pada riak wajah lebih 200 peserta yang ingin merasai pengalaman mencandat sotong.

Apatah lagi, festival yang bermula pada 11 hingga 17 April lalu di Terengganu itu disertai pengamal media antarabangsa dari pelosok dunia.

Dua perairan iaitu di Pulau Chepu, Setiu dan Pulau Kapas, Marang menjadi destinasi para pengamal media meneroka 'kandang' sotong pada festival ini dalam meraih hasil tangkapan menerusi aktiviti mencandat.

Perjalanan dari Hotel Riyad ke lokasi mencandat sotong tersebut ialah kira-kira 20 kilometer dengan menaiki bot nelayan.

YUAN YUAN bergambar bersama sotong terpanjang yang berjaya dicandatnya.


Keterujaan

Tanpa berselindung, pengamal media Txdiao.com dari China, Sun Yuan Yuan, 23, mengakui, sangat teruja apabila dapat mencandat sotong buat pertama kali dalam kamus hidupnya.

"Ini merupakan kali pertama saya mengunjungi Malaysia dan diberi peluang mencandat sotong di lautan luas.

"Pengalaman ini sangat bermakna apatah lagi saya dapat mencandat sotong sepanjang 41.2 sentimeter (sm)," katanya yang menggunakan umpan tiruan.

Wanita yang berasal dari Wilayah Su Zhou, Kunshan, China itu memberitahu, aktiviti memancing sudah sebati dalam dirinya.

Di China, Yuan Yuan menambah, dia akan menghabiskan masa lapang dengan memancing.

"Bagaimanapun, mencandat sotong memberi pengalaman baharu kerana perlu merentasi lautan sebelum mendapat hasil tangkapan.

"Di China, terdapat tempat khusus yang diwujudkan untuk pemancing. Justeru, saya sangat teruja apabila berkesempatan mencandat sotong," ujarnya.

Yuan Yuan memberitahu, dia mengambil masa selama 20 minit untuk mencandat sotong sepanjang 41.2 sm itu.

Dia yang menyimpan harapan menangkap sekurang-kurangnya seekor sotong berkata, tidak dapat menutur kata-kata apabila dapat mengumpan sotong sepanjang itu.

"Ini kerana, tidak semua peserta yang mencandat pada dua malam itu memperoleh hasil tangkapan. Saya bertuah kerana bukan sahaja menangkap sotong terpanjang tetapi mendapat lapan ekor.

"Semasa berada di lautan, saya juga tidak mabuk laut atau berasa takut kerana terlalu teruja," katanya sambil mengukir senyuman.

Seorang lagi peserta yang merupakan pengamal media pelancongan Iran, Simin Saghafi, 34, memberitahu, dia tertarik dengan festival berkenaan kerana dapat mendekati kehidupan laut terutamanya sotong.

"Pada mulanya, saya berasa janggal kerana tidak mengetahui cara mencandat mahupun mengenali sotong secara dekat.

"Sukar bagi saya untuk melihat kehidupan sotong secara dekat di negara asal, Iran," ujarnya.

Walaupun mabuk laut, Simin menambah, dia tetap bersemangat untuk merasai pengalaman mencandat sotong yang sukar dirasai di negara asalnya.

Katanya, dia juga tertarik dengan keadaan sotong yang berwarna lutsinar ketika ditangkap tetapi bertukar warna apabila berada di daratan.


WALAUPUN ada peserta yang mabuk akibat dilambung ombak, namun aktiviti mencandat sotong ini tetap memberikan pengalaman berharga.


Eksotik Terengganu

Bahkan, wanita yang cukup peramah itu memberitahu, dia sangat bertuah kerana dapat merasai kelazatan sotong masakan Melayu.

"Masakan agak berlainan tetapi ia cukup enak. Pelbagai hidangan dapat dirasai termasuk sotong bakar, ikan bakar dan kuih-muih tempatan.

"Kewujudan festival sebegini mampu menarik pelancong asing terutama negara-negara yang ingin mencuba mencandat atau mendekati hidupan laut ini," ujarnya.

Pengacara Bitacora de Viaje, Alfredo Ugarter Pena, 50, pula menambah, negeri Terengganu mempunyai pelbagai keistimewaan yang boleh ditawarkan kepada para pelancong.

"Festival mencandat sotong ini merupakan sesuatu yang jarang dapat dinikmati para pelancong.

"Para peserta bukan sahaja dapat merasai pengalaman seperti seorang nelayan tempatan tetapi perlu mempunyai kesabaran dalam meraih hasil tangkapan," katanya yang terpaksa menelan pil agar tidak mabuk laut.

Dia yang berasal dari Chile menyifatkan pengalaman itu sangat luar biasa.

Katanya, dia berharap dapat mencandat sotong lagi pada masa terdekat ini kerana ia cukup mencabar dan menguji kesabaran.

Spesies sotong

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu Abdul Khalil Abdul Karim berkata, terdapat pelbagai spesies sotong yang terkenal di perairan Terengganu.

"Antara spesies sotong yang berjaya dicandat para peserta termasuk sotong Torak, Jarum, Mengabang dan Ketupat.

"Terdapat perbezaan ketara antara keempat-empat spesies sotong berkenaan, misalnya, sotong Torak lebih panjang berbanding sotong lain," katanya.

Abdul Khalil menambah, sotong Ketupat pula sedikit bulat manakala sotong Mengabang berkepala besar dengan tubuh lebih bulat.

Katanya, spesies Jarum merupakan sotong yang lebih kecil dan halus berbanding yang lain.

"Pada kebiasaannya, bulan April merupakan musim mencandat sotong di negeri Terengganu. Justeru, ia amat sesuai untuk mengadakan festival pada bulan ini.

"Bahkan, sekiranya tekong bot bijak mencari 'kandang' sotong tidak mustahil tangkapan boleh mencecah sehingga lebih 20 kilogram (kg)," katanya.


UGATER PENA (kiri) menyifatkan aktiviti mencandat sotong cukup mencabar.


Promosi Terengganu

Dalam pada itu, wartawan Bernama, Ahmad Fauzan Abdul Kadir, 29, menambah, kedatangan media antarabangsa ke bumi Terengganu dapat mempromosikan negara.

Menurut Ahmad Fauzan, dia dapat berkongsi pengalaman dan maklumat tentang Terengganu bersama para peserta berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee berkata, festival berkenaan mendapat maklum balas positif daripada peserta. Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke pelbagai destinasi pelancongan di negeri itu.

"Selain mencandat sotong, kita juga membawa para pengamal media ke destinasi pelancongan lain seperti Tasik Kenyir, Setiu Wetland, Kelah Sanctuary Sungai Petang, Pulau Redang dan banyak lagi.

"Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka terhadap destinasi menarik di negeri ini," katanya.

Mohd. Jidin menambah, ia sekali gus dapat menjadi platform terbaik memperkenalkan negeri Terengganu ke serata dunia menerusi paparan melalui media cetak dan elektronik di negara mereka.

Kemeriahan hari Raja Belanda

Posted:

Kemeriahan hari Raja Belanda

Kemeriahan hari Raja Belanda


RAJA WILLEM dan Permaisuri Maxima kini menjadi ikon baharu dalam sistem beraja di Belanda.


SETIAP tahun pada hujung bulan April, rakyat Belanda akan berpakaian oren iaitu warna kebangsaan negara tersebut, bagi meraikan Hari Raja.

Sambutan yang lebih dikenali sebagai Koningsdag oleh masyarakat tempatan itu, bagi meraikan ulang tahun kelahiran Raja Belanda, Willem Alexander.

Menurut sejarah, sejak tahun 1885 sambutan itu lebih dikenali sebagai Hari Ratu. Ia bagi meraikan, ulang tahun kelahiran Puteri Wilhelmina.

Ketika itu, sambutan tersebut berlangsung pada 31 Ogos setiap tahun. Namun selepas kelahiran anakandanya, Ratu Juliana pada tahun 1948, tarikh sambutan itu telah diubah kepada 30 April.


HARI Raja pertama kali disambut di Belanda setelah 128 tahun menyambut Hari Ratu.


Tarikh tersebut terus kekal, sehinggalah pada tahun lalu apabila Raja Pertama Belanda, Raja Willem Alexander ditabalkan. Kali ini sambutan tersebut diraikan tiga hari lebih awal iaitu pada 27 April.

Dianggarkan hampir satu juta orang berkumpul di Amsterdam untuk sambutan tahun ini dengan pelbagai acara diatur antaranya konsert dan pasar terbuka.

Dalam ucapan Raja Willem Alexande di Amstelveen, bandar bersebelahan Amsterdam, beliau memaklumkan bahawa perubahan terpaksa dilakukan bagi memastikan ia menjadi lebih meriah.


LAUTAN warna oren membanjiri kawasan utama sambutan ini di kebanyakan bandar-bandar utama di Belanda.


Meriah

Pada sambutan kali ini, Raja Willem Alexander dan isterinya, Permaisuri Maxima telah melawat sebuah perkampung indah di De Rijp, 36 kilometer di utara Amsterdam, bersama-sama tiga orang anak perempuan mereka, Ariane, Alexia dan Amalia.

Dalam lawatan tersebut, mereka telah dipertontonkan dengan beberapa aktiviti popular dalam kalangan masyarakat Belanda, antaranya bola sepak, hoki, gimnastik dan menanam bunga.


KETIBAAN keluarga Diraja ini disambut gilang-gemilang oleh penduduk bandar Amstelveen.


Dalam pada itu, di Amsterdam, bot-bot di terusan dipenuhi dengan orang ramai yang ingin bersiar-siar sempena cuti umun, manakala penjual barang perhiasan kaca berniaga di sepanjang kaki lima.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia harungi detik cemas

Posted:

Malaysia harungi detik cemas

Malaysia harungi detik cemas

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


BEBERAPA pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan New Zealand pada aksi suku akhir Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan, Pahang semalam.


PENGENDALI Malaysia, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mampu menghela nafas panjang sejurus kejayaan anak-anak buahnya membenam New Zealand pada aksi suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan semalam.

Kemenangan 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam pertembungan penuh mendebarkan itu sudah pasti memberikan kelegaan buat Dhaarma Raj.

Apa tidaknya, tatkala kejayaan sudah hampir berada dalam genggaman, anak-anak buah Dhaarma Raj terpaksa bertarung pula pada penentuan pukulan penalti.

Malaysia awalnya selesa mendahului 4-1 sebelum pakar pukulan sudut penalti New Zealand, Andy Hayward meledak hatrik pada babak kedua bagi mengikat kedudukan 4-4 selepas tamat masa sebenar.

Kem Malaysia sekali lagi tertekan apabila New Zealand mendahului 2-0 pada awal penentuan pukulan penalti.

Mujur ketangkasan penjaga gol, S. Kumar serta keupayaan tiga pemain muda - Mohd. Firhan Ashaari, Muhammad Shahril Saabah dan Mohd. Fitri Saari menyudahkan pukulan penalti mengesahkan kemenangan Malaysia.

"Bayangkan perasaan kami yang menduduki ranking ke-13 dunia dan masih lagi bergelut untuk mencapai kedudukan lebih baik sehingga kini, berjaya menewaskan pasukan No. 6 dunia (New Zealand).

"Sudah tentu saya gembira. Ini kerana New Zealand adalah muka-muka biasa yang beraksi dalam Piala Dunia, Sukan Komanwel mahupun Sukan Olimpik. Bagi saya, kejayaan ini adalah satu kejutan besar.

"Sejak mula kejohanan ini, kami memang mahu mengelak bertemu New Zealand sehingga aksi final tetapi saya menganggap tuah memihak kepada kami apabila berjaya menewaskan mereka hari ini (semalam).

"Dengan ketiadaan New Zealand, saya percaya pasukan lain gembira dengan keputusan ini yang mana mereka akan berusaha untuk menjuarai kejohanan kali ini," kata Dhaarma Raj ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dhaarma Raj turut menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya yang telah memberikan persembahan cukup bertenaga untuk mengejutkan New Zealand.

"Jika kami melakukan kesilapan, mereka (New Zealand) boleh melakukan tiga atau empat jaringan dalam tempoh 10 minit.

"Walaupun kami mendahului 4-1 tetapi mereka masih boleh mengikat kedudukan 4-4. Namun, saya gembira kerana akhirnya kami berjaya menewaskan mereka menerusi pukulan penalti," katanya.

Tengku Abdullah anggap pertembungan penuh dramatik

Posted:

Tengku Abdullah anggap pertembungan penuh dramatik

Tengku Abdullah anggap pertembungan penuh dramatik


TENGKU ABDULLAH (kanan) mengucapkan tahniah kepada barisan pemain negara selepas tamat perlawanan semalam.


KEJAYAAN membenam New Zealand pada aksi suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 semalam membuktikan betapa Malaysia mampu menandingi reputasi pasukan gergasi dunia.

Bagi Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda menyifatkan pertemuan menentang skuad The Black Sticks itu sebagai cukup dramatik dan mendebarkan.

"Kita lihat sendiri bagaimana setelah mendahului 4-1, mereka (New Zealand) kembali semula (bangkit) pada saat-saat akhir dan alhamdulillah... pukulan penalti memihak kepada kita.

"Para pemain kita telah membuktikan mereka seiring dengan pasukan-pasukan lain yang lebih tinggi (kedudukan ranking dunia) daripada kita sekarang.

"Saya rasa (kejayaan) ini telah membuktikan apa-apa kritikan sebelum ini, bagaimanapun ia belum berakhir," kata Tengku Abdullah kepada pemberita sejurus tamat perlawanan semalam.

Tengku Abdullah turut berbangga kerana dapat melihat dengan lebih dekat barisan pemain tempatan berjaya menunjukkan kemampuan mereka menundukkan New Zealand yang tampil selaku pasukan No. 6 dunia.

"Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong yang hadir hari ini (semalam) dan ini amat mengagumkan saya.

"Mungkin ada kuasa yang lebih besar membantu kita, itu kuasa Allah," ujar Tengku Abdullah.

Malaysia yang kini menghuni ranking ke-13 dunia, menempah tiket ke separuh akhir setelah menyingkirkan New Zealand 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4.

Pada aksi separuh akhir esok, Malaysia akan membuat perhitungan dengan Kanada yang menewaskan Poland 3-2 dalam satu lagi pertemuan suku akhir semalam.

Tengku Abdullah paling layak

Posted:

Tengku Abdullah paling layak

Tengku Abdullah paling layak

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TENGKU Abdullah dianggap calon paling layak untuk menerajui barisan kepimpinan FAM.


TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah dilihat lebih berkaliber untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Demikian pandangan ikhlas daripada legenda bola sepak negara, Khalid Ali semalam yang berpendapat FAM akan lebih berdaya saing jika ia diterajui Tengku Abdullah yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden badan bola sepak negara itu.

Jelas Khalid, beliau percaya dengan pengalaman yang ada pada Tengku Abdullah bagi membawa FAM ke satu tahap yang lebih tinggi sekali gus membawa kesan positif ke arah pembangunan semula sukan bola sepak negara.

"Andai Tengku Abdullah dilantik sebagai Presiden FAM, saya percaya kekuatan badan induk bola sepak negara itu akan semakin mantap dan lebih berwibawa.

"Seperti yang kita maklum, Tengku Abdullah cukup kaya dengan pengalaman untuk memimpin FAM dan baginda sebenarnya pemimpin yang boleh kita harapkan.

"Mungkin akan berlaku kekurangan sekiranya baginda dilantik untuk menerajui FAM pada penggal pertama ini nanti, tetapi saya yakin keadaan akan berubah pada penggal berikutnya," kata Khalid ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin telah mengesahkan Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah serta Tunku Ismail bakal bertanding untuk jawatan Presiden FAM pada Kongres ke-50 FAM, 25 Mei depan.

Pada Kongres sebelum ini, Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding manakala Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Annuar digantung selama dua setengah tahun daripada menjawat sebarang jawatan dalam sukan bola sepak selepas didapati melanggar Artikel 88 Statut FAM ekoran kelantangannya mengkritik skuad kebangsaan pada April 2012.

Tengku Abdullah disebut-sebut bakal memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding selepas Sultan Ahmad Shah dikatakan bersedia mengundur diri bagi memberi laluan kepada anakandanya itu.

Pada masa sama, Tunku Ismail pula dilaporkan menarik diri daripada mencabar jawatan No. 1 dalam badan induk bola sepak negara itu kerana mahu memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak di Johor.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Misi pemuliharaan hutan negara

Posted:

Misi pemuliharaan hutan negara

Misi pemuliharaan hutan negara

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


SHARIFFA (lima daripada kanan) bersama ahli-ahli SAM sewaktu meninjau sebuah kawasan hutan simpan untuk aktiviti pemuliharaan.


KEKECEWAAN hampir 300 pendaki dari seluruh dunia yang tidak dapat melunaskan impian untuk menakluki puncak Everest turut dirasai oleh kumpulan ekspedisi dari Malaysia.

Musim pendakian tahun ini, turut disertai seramai 10 mahasiswa dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu di bawah Misi Perdana UTM Everest 2014 (MPUTME 2014).

Namun, peristiwa hitam yang meragut 16 orang Sherpa ketika melalui Khumbu Icefall mengakibatkan semua misi tahun ini terpaksa ditangguhkan. Bagi menghormati mangsa yang terlibat, pasukan MPUTME 2014 turut mengambil keputusan sama.

"Bagaimanapun, kami tetap bersemangat untuk meneruskan misi ini pada tahun depan mengikut tarikh yang akan ditentukan kelak," kongsi Ketua Ekspedisi, Azim Afif Ishak, 24. Mereka berada di sana beberapa minggu lagi bagi mengadakan latihan persediaan pendakian akan datang.

Lima pendaki itu ialah Anis Zulaikha Zabani, 23, Nur Fadzillah Nawawi, 21, Mohammad Syafiq Ab. Rashid, 21, Siti Norizati Azmi, 21, dan Azim Afif manakala bakinya merupakan pasukan sokongan.

Menceritakan peristiwa yang berlaku pada bulan lalu itu, Azim Afif yang dihubungi menerusi e-mel memberitahu, berita kematian tersebut diterima ketika mereka berada di Kem Induk Lobuche dalam persediaan mendaki Puncak Lobuche di ketinggian 6,119 meter dari paras laut.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan dengan jarak antara tiga hingga empat kilometer dari kem UTM di Kem Induk Everest (EBC).

Berlaku situasi tegang antara peserta dan operator kerana terdapat kumpulan yang masih mahu meneruskan ekspedisi berikutan telah melabur jumlah wang yang banyak.

"Tiada rusuhan cuma sekumpulan Sherpa berkumpul bagi mendesak pemberhentian musim mendaki kali ini sebagai menghormati rakan mereka," kata pelajar jurusan Sains Komputer itu lagi.


AKTIVITI penanaman pokok baharu perlu dilakukan secara berterusan bagi mengembalikan fungsi hutan.


Kerajaan Nepal memberikan pampasan kepada keluarga mangsa manakala permit pendaki akan dilanjutkan dalam tempoh masa lima tahun seterusnya.

Tambahnya, desakan tersebut tidak berlaku kepada syarikat yang diupah oleh pasukan MPUTME 2014 iaitu Ever Quest Expedition Private Limited kerana jumlah Sherpa mereka seramai 10 orang masih mencukupi.

Ketua Sherpa MPUTME 2014, Jyamchang Bhote merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam selok-belok pendakian Everest dengan rekod pendakian ke puncak tertinggi sebanyak lima kali.

"Tetapi keputusan penangguhan terpaksa diambil atas dasar jumlah Sherpa yang berkurangan secara keseluruhan selain faktor-faktor keselamatan," jelas Azim Afif.

Implikasi

Penangguhan itu juga memberi implikasi kepada kru NBC News yang bercadang membuat penggambaran bertajuk Everest Flying Man. Ia akan merakamkan detik-detik cemas seorang lelaki membuat penerjunan dari puncak Gunung Everest.

Peralatan penggambaran telah tiba pada 17 April lalu. Selepas menerima arahan penutupan, syarikat produksi dari Amerika Syarikat itu terpaksa membatalkan projek bernilai bilion ringgit tersebut.

Lokasi kejadian di Khumbu Icefall sememangnya diakui sangat berbahaya tetapi ia merupakan satu-satunya laluan yang dipersetujui oleh Sagarmatha Polution Control Community (SPCC) untuk digunakan pendaki.

"Runtuhan di Khumbu Icefalll adalah ketulan ais glasier yang tergantung, bukannya kepulan salji biasa. Disebabkan itu, semua Sherpa dan pendaki dinasihatkan kurang melakukan pergerakan ketika melalui Khumbu Icefall.

"Selain itu, kami juga hanya dibenarkan melaluinya sebanyak dua kali semasa adaptasi ketinggian dan pendakian sebenar ke puncak Everest," jelasnya.

Pada masa sama, dia turut bersetuju dengan peranan yang diberikan oleh Sherpa kerana khidmat mereka amat penting dalam sesuatu misi.

"Khidmat yang diberikan oleh kumpulan Sherpa amat diperlukan bagi membantu kejayaan misi ekspedisi," ujar Azim Afif.

Keberadaan para pendaki MPUTME 2014 di gunung tersebut juga adalah untuk menjalankan beberapa kajian seperti udara dingin yang dikelilingi suasana putih bersalji, penyakit akut ketinggian (AMS) dan penyebab kepada punca penyakit bagi pendaki gunung. - HAFIZ AHMAD

Membelanjakan harta mengikut syariat

Posted:

Membelanjakan harta mengikut syariat

Membelanjakan harta mengikut syariat


RASULULLAH SAW menggalakkan wanita yang bergelar isteri untuk menguruskan kerja-kerja rumah seperti memasak kerana pahalanya yang besar. - Gambar hiasan


TANGGUNGJAWAB dalam rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Oleh sebab itu, Islam telah meletakkan pembahagian tugas antara lelaki dan wanita bersesuaian dengan tabi'i kejadian kerana Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya.

Dalam kehidupan berumahtangga, sebagaimana yang telah dibincangkan pada minggu-minggu yang lepas, suami menanggung nafkah keluarga sebagai satu syariat dan tanggungjawab.

Isteri juga hendaklah menjaga harta suaminya dan bertindak sebagai pentadbir dalam membelanjakan harta. Isteri tidak boleh membelanjakan atau memberikan harta kepada orang lain kecuali dengan izin dan reda suaminya.

Peraturan ini mencerminkan peranan isteri dalam menjaga amanah mentadbir urusan rumah tangga terhadap perkara yang bukan miliknya.

Sabda Rasulullah SAW: "Seorang perempuan tidak boleh membelanjakan sesuatu dari harta suaminya kecuali dengan izinnya walaupun ia berupa makanan."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah SAW menegah seorang perempuan memberi hadiah dari harta suaminya kepada orang lain tanpa mendapat izin daripada suaminya.

Isteri juga hendaklah membelanjakan hartanya sendiri pada waktu kesempitan dan bersabar jika ia tidak mempunyai harta walaupun dari sudut hukumnya, isteri boleh menuntut fasakh jika suami tidak mampu membayar nafkah.

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Hendaklah kamu (isteri) berbelanja walaupun daripada perhiasan kamu."

Isteri hendaklah bertanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga dan menguruskan anak-anak. Kerja-kerja ini telah dilakukan oleh wanita-wanita Islam terdahulu.

Namun begitu, keengganan isteri untuk memasak dan melakukan kerja-kerja rumah tidaklah boleh dianggap sebagai nusyuz. Bagaimanapun Rasulullah SAW menggalakkan isteri sendiri menguruskan kerja-kerja rumah walaupun ia berhak mendapat pembantu rumah.

Baginda sendiri menyuruh anaknya Fatimah melakukan kerja rumah apabila Fatimah datang mengadu kepadanya untuk mendapatkan seorang khadam. Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah dalam hadis yang masyhur: "Mahukah aku tunjukkan satu perkara yang lebih baik daripada seorang khadam? Bertasbihlah kepada Allah 33 kali, memuji Allah iaitu menyebut Alhamdulillah 33 kali dan membesarkan Allah iaitu menyebut Allahu Akbar 33 kali. Itu adalah lebih baik daripada seorang khadam."

Perbincangan di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam rumah tangga, matlamat yang paling utama ialah mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Walaupun Islam telah menggariskan hak-hak tertentu yang boleh dituntut, tetapi sikap toleransi dan bantu-membantu di atas dasar keimanan dan ketaqwaan sahaja dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga.

UMCARES lancar Kelab Sahabat UM

Posted:

UMCARES lancar Kelab Sahabat UM

UMCARES lancar Kelab Sahabat UM


ABDUL AZIZ (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat sebagai ahli Kelab Sahabat UM di Petaling Jaya baru-baru ini.


BAGI memudahkan penyelarasan aktiviti antara Universiti Malaya (UM) dengan pihak sekolah, Pusat Jaringan Masyarakat & Industri UM (UMCARES) yang sebelum ini dikenali sebagai Citra mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Sahabat UM.

Dilancarkan secara rasmi pada 3 April lalu, objektif penubuhan kelab ini adalah untuk menyelaraskan segala aktiviti yang melibatkan pihak sekolah dengan UM di samping mewujudkan hubungan baik dengan mereka.

Pengarah UMCARES, Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, secara tidak langsung melalui kelab ini, ia mampu menarik minat para pelajar sekolah untuk melanjutkan pengajian di UM selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia kelak.

"Sebagai permulaan, sebanyak 18 buah sekolah telah terpilih menyertai Kelab Sahabat UM. Ia terdiri daripada 11 buah sekolah menengah dan tujuh sekolah rendah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

"Saya berharap agar guru-guru dapat memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program-program yang telah dirancang oleh pihak UM sekali gus berupaya meningkatkan prestasi sekolah," ujar Abdul Aziz ketika merasmikan pelancaran kelab tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis perasmian pada 3 April 2014 lalu bertempat di SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya.

Turut hadir ialah wakil Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Shafizul Abdullah.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Victoria, SMK (L) Methodist, SAM Bestari, SMK Damansara Utama, SMK Seri Bintang Utara, SMK Khatolik Selangor, SMK Damansara Jaya, SMK Bandar Utama Damansara Utama 3, SMK Bukit Bandaraya, SMK Seri Pantai, SMK Sultan Abdul Samad bagi kategori sekolah menengah.

Sementara itu, sekolah rendah pula terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jalan Davidson, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah, SK Convent2 Bukit Nanas, SK Bukit Bandaraya, SK Bangsar, SK Bukit Pantai, dan SJK (Tamil) Saraswathy.

Dalam pada itu, Pengurus Kemasyarakatan UMCARES, Serina Rahman memberitahu, sebagai permulaan Kelab Sahabat UM hanya melibatkan penyertaan sekolah di sekolah Universiti Malaya.

Bagaimanapun katanya, pihak UMCARES bercadang untuk mengembangkan kelab ini ke sekolah-sekolah di luar Kuala Lumpur dan Selangor agar manfaat boleh dikongsi secara luas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MAS peruntuk AS$50,000 sebagai pendahuluan pampasan kepada keluarga penumpang

Posted:

MAS peruntuk AS$50,000 sebagai pendahuluan pampasan kepada keluarga penumpang

MAS peruntuk AS$50,000 sebagai pendahuluan pampasan kepada keluarga penumpang

02/05/2014 9:39pm

BEIJING - Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuk sejumlah AS$50,000 kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan.

Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.

Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.

"Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. - Bernama

Pandelela, Mun Yee raih gangsa pada Siri Dunia di Moscow

Posted:

Pandelela, Mun Yee raih gangsa pada Siri Dunia di Moscow

Pandelela, Mun Yee raih gangsa pada Siri Dunia di Moscow

02/05/2014 9:37pm

KUALA LUMPUR - Penerjun negara Pandelela dan Leong Mun Yee berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama pada pusingan keempat Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 di Moscow, Russia, hari ini.

Gandingan negara itu, yang gagal memburu pingat pada pusingan ketiga di London, Isnin lepas, meraih 310.26 mata untuk menduduki tempat ketiga, menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) www.fina.org.

Gandingan emas Sukan Olimpik London 2012, Chen Ruolin dan Liu Huixia dari China terus menguasai acara itu selepas mengumpul 332.28 mata diikuti pasangan Korea Utara, Choe Kyong Un dan Song Nam Hyang dengan 314.82 mata untuk pingat perak.

Dalam pada itu, dua lagi pasangan negara - Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman akan bersaing dalam acara tiga meter papan anjal seirama lelaki serta pasangan Cheong Jun Hoong dan Ng Yan Yee dalam acara sama kategori wanita, lewat hari ini. - Bernama

Kelewatan empat jam aktifkan sistem menyelamat MH370 akan ditentu panel bebas

Posted:

Kelewatan empat jam aktifkan sistem menyelamat MH370 akan ditentu panel bebas

Kelewatan empat jam aktifkan sistem menyelamat MH370 akan ditentu panel bebas

02/05/2014 9:36pm

KUALA LUMPUR - Panel Penyiasat Bebas Antarabangsa akan menentukan punca sebenar kelewatan selama empat jam untuk mengaktifkan sistem menyelamat Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) selepas pesawat itu hilang dari radar pada 1.21 pagi 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel bebas itu dianggotai pakar penerbangan dari seluruh dunia yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Kok Soo Chon.

"Biarlah badan bebas ini mengkaji dan meneliti dahulu kerana insiden MH370 dengan Air France 447 adalah dua perkara yang berbeza.

"Seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut, ada perkara yang Malaysia lakukan dengan baik, ada perkara yang boleh kita lakukan dengan lebih baik," katanya dalam sidang media berkaitan MH370 di sini hari ini.

Beliau berkata, jika terdapat maklum balas daripada panel bebas berkenaan, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ahli arkeologi marin Britain percaya lokasinya di perairan VietnamDakwa temui serpihan MH370LONDON - Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa menemui serpihan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di sebuah lokasi sejauh 4,800 kilometer dari zon pencarian masa kini di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar MailOnline semalam.

Ahli arkeologi marin berkenaan, Tim Akers, 56, telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua.

Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat.

Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terlepas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Dia mendakwa mengenal pasti ekor pesawat hilang di perairan di luar Vietnam di sebuah lokasi yang terletak hanya sekitar 1,600 kilometer dari tempat pesawat itu berlepas.

Penemuannya menyokong beberapa laporan pada minggu ini termasuk daripada seorang bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel yang percaya dia telah menemui bangkai pesawat Boeing 777-200 itu di perairan Thailand.

Akers memberitahu bahawa dia kini mengenal pasti beberapa bahagian pesawat di sebuah lokasi berdekatan dengan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa Vietnam bahawa beberapa pekerja cari gali minyak melihat sebuah pesawat terbakar jatuh dari udara.

Imej itu ditemui berdasarkan imbasan gambar dari satelit yang menunjukkan serpihan seperti ekor dan sayap pesawat. - Agensi

Dakwa temui serpihan MH370

Posted:

Dakwa temui serpihan MH370

Dakwa temui serpihan MH370


MERCURY PRESS & MEDIA LTD
AKERS menunjukkan serpihan yang dianggapnya daripada pesawat MH370 pada skrin komputernya.



MERCURY PRESS & MEDIA LTDAKERS menunjukkan serpihan yang dianggapnya daripada pesawat MH370 pada skrin komputernya.

Polis Turki halang penunjuk perasaan

Posted:

Polis Turki halang penunjuk perasaan

Polis Turki halang penunjuk perasaan


AFP
BEBERAPA penunjuk perasaan berlari selepas anggota-anggota polis melepaskan gas pemedih mata di Dataran Taksim, Istanbul semalam.


ISTANBUL - Polis Turki melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan protes Hari Pekerja di sini semalam.

Perkembangan itu berlaku ketika berjuta-juta orang keluar ke jalan-jalan raya di seluruh dunia untuk menyambut Hari Pekerja.

Di bandar raya ini, beratus-ratus anggota polis pencegah rusuhan yang dibantu meriam air bertindak menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan di daerah Besiktas selepas mereka cuba melepasi sekatan pihak berkuasa untuk menuju ke Dataran Taksim sempena ulang tahun pertama siri pertempuran yang membawa kepada bantahan besar-besaran di seluruh Turki.

Media tempatan melaporkan sekitar 40,000 anggota polis selain berpuluh-puluh trak meriam air dan kereta perisai dikerahkan bagi mengawal ketenteraman di sekitar bandar raya ini.

Selain Turki, pekerja-pekerja di seluruh Asia turut mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya kerana menuntut kenaikan gaji dan persekitaran tempat kerja yang lebih baik.

Di Rusia pula, kira-kira 100,000 pekerja berarak di Red Square , Moscow untuk kali pertama sejak kejatuhan empayar Kesatuan Soviet pada tahun 1991 bagi menunjukkan semangat patriotik berhubung isu rampasan wilayah Crimea oleh Rusia. - AFP

25 anggota Abu Sayyaf terbunuh

Posted:

25 anggota Abu Sayyaf terbunuh

25 anggota Abu Sayyaf terbunuh

MANILA - Angka kematian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan militan Islam yang melancarkan serangan mengejut di wilayah selatan negara ini meningkat kepada 26 orang semalam.

Jurucakap tentera wilayah, Kapten Maria Rowena Muyuela berkata, laporan terkini menunjukkan bahawa 25 anggota kumpulan Abu Sayyaf terbunuh dan 24 lagi cedera, manakala seorang tentera Marin Filipina mati serta 19 lagi cedera.

"Tiada pertempuran baharu dilaporkan semalam dan jumlah yang terbunuh meningkat berikutan anggota Abu Sayyaf yang cedera telah mati," kata Muyuela.

Tentera kerajaan telah menawan kubu anggota kumpulan tersebut yang terselindung di sebalik belukar dan pokok-pokok di kawasan pergunungan pada Isnin lalu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Jual pisang kumpul dana

Posted:

Jual pisang kumpul dana

Jual pisang kumpul dana

Oleh SITI NOOR KASANABILAH KAMARUL ZAMAN


SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang begitu teruja dengan pembukaan Pusat komputer komuniti kampung Lubuk Jaya.


TATKALA pintu pusat komputer komuniti Kampung Lubuk Jaya, Kuala Selangor dibuka, kelihatan beberapa orang kanak-kanak begitu teruja memasuki pusat komputer komuniti (CCC) tersebut.

Bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman itu, wujudnya pusat tersebut menjadi satu anugerah yang besar nilainya.

Pusat komuniti yang dibina atas sebidang tanah yang diwakafkan seorang penduduk kampung merupakan projek komuniti Starbucks Malaysia (Starbucks) yang dimulakan pembinaannya April tahun lalu.

CCC yang baru sahaja dibuka pada 19 April lalu sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung itu khususnya kanak-kanak.

Bilik berhawa dingin yang dilengkapi 10 buah komputer merupakan usaha murni Starbucks bersama pelanggan-pelanggan yang menyumbangkan kira-kira RM100,000 untuk pembinaannya.

Bagi Nur Syarifah Suhadah Othman, adanya pusat komuniti tersebut memberi ruang kepada dirinya untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Gadis sunti berumur 15 tahun ini tidak sempat untuk meneruskan persekolahan, namun azamnya untuk mencari ilmu sangat tinggi.

Katanya, pusat komuniti tersebut membolehkannya belajar asas-asas komputer seperti menaip menggunakan perisian Microsoft Office serta melayari internet.

Belajar

Selain belajar kemahiran asas komputer dan teknologi maklumat, Nur Syarifah mahu memanfaatkan pusat komuniti ini sebagai akses untuk menimba ilmu.

Dia juga mahu mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk memajukan perniagaan kedai makan yang diusahakan ibunya berhampiran rumah.

Gadis ini juga tidak mahu melepaskan peluang mengikuti kelas komputer yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Kebajikan Hope Sedunia (Hope).

Hope akan menyediakan satu jadual khusus untuk kanak-kanak di kawasan tersebut termasuk mempelajari sistem e-Pembelajaran.

Pengarah Eksekutifnya, Katy Lee berkata, pihaknya akan menyediakan tenaga pengajar yang terdiri daripada warga tempatan yang akan mengajar kanak-kanak di kampung Lubuk Jaya itu.


PEMBUKAAN CCC yang dirasmikan 19 April lalu diharapkan membawa sinar baharu buat penduduk Kampung Lubuk Jaya.


HOPE juga akan menyediakan modul pembelajaran komputer kepada penduduk kampung untuk memastikan kanak-kanak khususnya dan masyarakat setempat mendapat kemahiran yang sepatutnya.

Sementara itu, bagi Shahril Othman pula, dia lebih bersemangat untuk belajar kerana mengulangkaji dengan komputer lebih seronok dan tidak membosankan.

Pembelajaran yang interaktif ini diharapkan mampu melonjakkan prestasi akademik dan memperbaiki kedudukannya dalam kelas, kata si cilik yang menduduki tempat kelima dalam kelasnya.

Dia yang berusia lapan tahun itu mahu meneroka ilmu sains dengan lebih mendalam melalui modul pembelajaran dalam talian yang bakal didedahkan kepadanya dan rakan-rakan nanti.

Baginya, belajar komputer di CCC pasti lebih menyeronokkan kerana mempunyai seseorang yang akan mengajarnya selain tidak perlu berebut-rebut dengan ramai rakan sekelas seperti di sekolah.

Sambil mata tidak berkelip menghadap skrin komputer, tangannya leka menaip sesuatu, dia memberitahu, cita-citanya untuk menjadi seorang angkasawan.

Shahril akan dihantar oleh ibunya ke pusat tersebut selepas waktu persekolahan untuk mengikuti kelas yang disediakan.

Pisang

Bagi Ketua Kampung Lubuk Jaya, E'Ajis Jaafar, usaha Starbucks mendirikan CCC tersebut perlu dipuji.

Mereka bukan sahaja melakukan khidmat komuniti malah turut memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk menambah pendapatan.

Katanya, bermula April tahun lalu penduduk kampung telah memulakan projek tanaman pisang berangan secara intensif yang dibeli pihak Starbucks secara pukal setiap hari.


STARBUCKS menyumbang kembali sebahagian daripada hasil jualannya kepada komuniti yang juga merupakan sumbangan daripada para pelanggannya.


"Dahulu kebanyakan penduduk kampung bergantung kepada tanaman kelapa sawit, tetapi sekarang tanaman pisang berangan gred A menjadi sumber pendapatan penting di sana.

"Starbucks telah menjadikan kampung tersebut sebagai perintis kepada program Connecting Communities (Menghubung Komuniti) sempena ulang tahunnya ke 15," ujar beliau.

Menerusi program tersebut, bekalan pisang dari kampung itu digunakan pihak Starbucks dalam menghasilkan pelbagai menu pastri dan biskut yang menggunakan bahan pisang di semua cawangannya di negara ini.

Hasil jualan biskut dan pastri ini di semua rangkaian Starbucks selama tujuh bulan kemudian disumbangkan semula untuk pembinaan CCC tersebut.

Beliau yang lebih mesra dengan nama Cikgu Ajis berkata, secara purata, pendapatan penduduk yang bertani telah meningkat kepada RM3,000 sebulan.

Usaha sama yang dijalinkan antara penduduk kampung dan Starbucks dalam projek tanaman pisang banyak mengubah landskap ekonomi dan gaya hidup penduduk kampung Lubuk Jaya.

Kawasan tanaman seluas 20 hektar itu akan ditambah sekali ganda menerusi bantuan benih dan baja serta nasihat daripada Jabatan Pertanian Selangor melibatkan peruntukan berjumlah kira-kira RM76,000.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Azmir Firdaus Zamzuri yang turut hadir pada majlis perasmian itu berkata, pengeluaran pisang gred A di kampung itu kini mencecah 100 kilogram (kg) setiap hari.

Katanya, sehingga Disember tahun lalu sebanyak 83.5 tan pisang berangan gred A telah dipasarkan oleh penduduk kampung ini.

Epal pelengkap dua hidangan sehari

Posted:

Epal pelengkap dua hidangan sehari

Epal pelengkap dua hidangan sehari

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


SEBAGAI seorang selebriti, Sazzy (kiri) mengamalkan gaya hidup sihat.


BERSAMA dua rakan media yang lain, selebriti, Sazzy Falak, telah bersiap sedia dengan sebiji epal di tangan. Dengan kiraan tiga, ketiga-tiga mereka bertungkus-lumus cuba menghabiskan sebiji epal dalam masa seminit. Masing-masing mula menggigit bahagian yang dilihat paling menyelerakan iaitu tengah-tengah epal.

Namun, selepas seminit berlalu, dua daripada mereka hanya dapat menghabiskan separuh, manakala seorang lagi cuma makan suku daripada epal berkenaan. Aktiviti tersebut dijalankan bagi menggambarkan tabiat makan epal dalam kalangan kebanyakan orang.

Bagaimanapun, pakar nutrisi terkenal, Indra Balaratnam berkata, gaya tersebut merupakan cara yang salah untuk menikmati sebiji epal.

"Cara makan dengan menggigit bahagian tengah epal akan meninggalkan sisa isi epal yang masih banyak. Jadi, cara sebenar untuk menikmati sebiji epal tanpa meninggalkan sisa adalah dengan memulakan gigitan di bahagian bawahnya," jelasnya ketika bercakap mengenai khasiat epal di Hotel Aloft Sentral, Kuala Lumpur.

Ujarnya, dengan memakan sebiji epal, seseorang itu telah melengkapkan keperluan dua hidangan buah setiap hari. Buah epal kaya dengan serat potasium, vitamin A, C dan merupakan pembekal antioksidan, sekali gus dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus, kardiovaskular dan jantung.

Bahan tambahan

Harga sebiji epal jauh lebih murah walaupun khasiatnya setaraf dengan buah-buahan mahal seperti beri biru dan delima.

Tambahnya, khasiat dua kali ganda buah itu juga merupakan tip untuk wanita kelihatan langsing kerana ia tidak mempunyai kolesterol dan lemak.

Wanita moden dikatakan sering dilanda kebimbangan, terutamanya dalam mengawal diet seimbang dan berat badan berlebihan. Justeru, mereka sentiasa mencari dan mencuba makanan yang bukan sahaja kurang kalori, bahkan bebas lemak serta kolesterol.

Menyokong amalan makan buah epal sebagai seorang ibu, Sazzy turut berkongsi tip menanamkan tabiat sihat tersebut dalam pemakanan anak-anak.

Antara rahsianya adalah 'menyelindungkan' epal dalam makanan anak-anak dengan kaedah mengisar atau cincang dan mencampurkannya bersama makanan yang digemari anak.


BUAH epal kaya dengan serat potasium di samping mengandungi vitamin A dan C sekali gus mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus.


Sazzy juga menggunakan epal sebagai bahan tambahan dalam hidangan yang sihat dengan meletakkannya dalam masakan bagi menggantikan gula.

Menurut Sazzy, sebelum menjadi model kepada anak-anak, dia terlebih dulu telah dididik oleh keluarganya untuk makan buah-buahan.

"Ibu bapa saya memang mengamalkan tradisi makan buah-buahan sebelum makan kerana mereka memahami pentingnya khasiat buah-buahan untuk tumbesaran kanak-kanak.

"Jadi, kerana itu saya sangat meminati epal dan kini menyambung tradisi tersebut dalam keluarga saya," jelasnya yang memberitahu selain menikmati khasiat epal, amalan pemakanan sihat itu juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak dengan keseronokan menggigit buah rangup itu.

Dalam pada itu, Sazzy dan Indra turut menyediakan beberapa hidangan menggunakan epal jenama Washington sebagai bahan asas. Antara sajiannya ialah salad epal, snek buah-buahan dengan kekacang dan jus epal campuran kismis.

Antara sajian yang disediakan ialah salad epal, kekacang dan buah-buahan serta jus epal kismis. Sajian kekacang dan buah-buahan merupakan hidangan yang baik untuk kesihatan jantung. Antara bahan-bahannya ialah dua biji epal, anggur tanpa biji, kismis dan beri, kacang walnut dan gula kayu manis.

Sebagai pelengkap sajian, Indra telah menyediakan jus epal kismis. Minuman ini merupakan campuran bahan-bahan yogurt, jus epal tanpa gula, epal, serbuk oat dan kismis yang dikisar dengan sedikit ais batu.

Biarkan malu itu melingkungimu

Posted:

Biarkan malu itu melingkungimu

Biarkan malu itu melingkungimu


WANITA yang menjaga malunya sentiasa mempamerkan tata tertib dan kesopanan dalam setiap perilaku. - Gambar hiasan


SALAM dari Madinah Al-Munawarrah. Seorang rakan yang menetap Madinah mengadu betapa susah menyuruh anak perempuannya ke kedai membeli sebungkus tepung gandum ketika pulang bercuti di Malaysia.

Ini kerana kaum wanita yang bermukim di Arab Saudi jarang ke kedai runcit walaupun berhampiran dengan rumah.

Kebiasaannya hampir keseluruhan urusan luar di bawah tanggungjawab lelaki. Kata si ibu: "Susah betul mahu meminta Amira ke kedai membeli barang. Malunya melampau semacam tiada batang hidung."

Lain padang lain belalang. Kami tersenyum geli hati kerana ia memang perkara luar biasa jika berada di tanah air sendiri. Sudah menjadi lumrah anak remaja perempuan ke kedai runcit. Malah bukan kepelikan mereka menjamu selera beramai-ramai bersama rakan sekolah di restoran makanan segera. Tiada halangan.

Di Madinah, mereka tidak boleh begitu. Sejak kecil mereka diasuh untuk tidak berada di luar rumah sendirian. Umumnya, kaum wanita memerlukan mahram.

Seorang kakak yang mahu membeli-belah harus ditemani oleh adik lelaki walaupun adiknya baru berumur lapan tahun. Seorang ibu pula, harus dihantar oleh anak lelaki dengan kereta ke pasar atau klinik walaupun yang memandunya baru berusia 12 tahun. Semuanya harus ada yang menemani.

Pakaian rasmi

Agak saya, suasana tercipta menerbitkan rasa malu. Malah seluruh diri mereka terlindung di sebalik kelubung hitam yang menjadi pakaian rasmi. Ia seolah-olah menjadi pelindung daripada pandangan mata lelaki. Insya-Allah, ia boleh menyembunyi rasa malu yang tersemat di hati.

Duhai wanita yang menjaga malunya...Biarlah begitu. Jadilah wanita yang menjadikan malunya sebagai benteng bagi menjaga agamanya. Wanita yang menjaga malunya tidak akan bertepuk tampar atau berketawa berdekah-dekah dengan sebarangan orang. Tidak dengan kaum sejenis apatah lagi dengan lelaki.

Mereka membataskan pergaulan. Wanita yang menjaga malunya tidak mendedahkan aib diri di hadapan khalayak. Mereka menjaga tertib dan menjaga kesopanan. Lalu mereka tidak digemari oleh orang yang bebas laku. Hakikatnya mereka dicemburui di hati.

Duhai wanita yang menjaga malunya... Biarlah begitu. Jadilah wanita yang malu menceritakan aib diri atau orang lain. Mereka tidak perlu bergosip atau bermulut lembik. Mereka sebenarnya takut terhadap hukum Allah. Bukankah Allah SWT berfirman melalui ayat 12, surah al-Hujurat yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.…


WANITA seharusnya menjaga adab di tempat kerja sekali pun dengan kaum sejenis. - Gambar hiasan


Duhai wanita yang menjaga malunya... Biarlah begitu. Jadilah wanita yang malu melakukan perbuatan yang menyebabkan kemurkaan Allah. Jadilah wanita cantik yang malu berpakaian ketat menampakkan susuk badan, terdedah serta mencolok mata.

Jadilah wanita yang malu memperlihat perhiasan tubuh badan. Ia bukan untuk dipertontonkan. Jadilah wanita yang malu berwangi-wangian menusuk hidung lelaki di jalanan. Apakah perlu kita menggoda lelaki lain selain daripada suami?

Apakah kita mahu menarik perhatian orang ramai? Bukankah ia mengundang kemurkaan Allah? Itulah pelawaan atau bisikan syaitan yang mahu membuang rasa malu yang menjadi fitrah wanita solehah. Jangan. Jangan terpengaruh dengan ajakannya yang sudah pasti akan berada di neraka yang kekal abadi.

Menimba ilmu

Duhai wanita yang menjaga malunya...Sudah sampaikah di telingamu tentang bagaimana Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga akibat hasutan syaitan? Renungi surah al-A'raaf, ayat 27 yang bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).

'Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."

Duhai wanita yang menjaga malunya...Apakah kamu malu bertanya sesuatu yang tidak diketahui olehmu? Usah begitu. Jadilah wanita yang tidak malu-malu bertanya untuk menimba ilmu bagi mendekatkan diri kepada-Nya. Jadilah wanita yang tidak malu memperbaiki kelemahan diri bagi mendapat keredaan Ilahi. Jadilah wanita yang tidak malu memperbaiki bacaan al-Quran walaupun telah tua beruban.

Duhai wanita yang tahu meletakkan malunya di tempatnya...Jadikan malumu itu sebagai sempadan iman. Malu bukan menjadi penghalang untuk melakukan amal kebaikan yang diredai Allah SWT. Jadilah wanita yang tidak malu mengakui dosa-dosa lampau lalu merebahkan diri pada satu pertiga malam tersisa memohon keampunan Allah yang sentiasa bersifat Maha Penyayang lagi Maha pengampun.

Subhanallah...di mana sahaja kita berada, sama ada di Masjidil Haram, Masjid Nabawi, di sejadah, gedung perniagaan atau di pejabat sentiasalah malu kepada-Nya. Nanti Insya-Allah, Dia akan malu kepada hamba-Nya.

Jumpa lagi minggu hadapan. Salam sayang daripada saya sekeluarga di Rumah Kecil di Jabal Uhud.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rosminah orang kuat Nasha Aziz

Posted:

Rosminah orang kuat Nasha Aziz

Rosminah orang kuat Nasha Aziz


NASHA memegang karakter Zainab yang memerlukan dirinya turut menyanyi.


Siapa tidak kenal dengan nama Profesor Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka, penulis novel Indonesia yang tidak asing lagi di Nusantara ini.

Karya agung nukilannya, Di Bawah Lindungan Kaabah sememangnya merupakan karya yang membuka perspektif baharu dalam perhubungan cinta manusia dan Illahi.

Itu kata-kata yang terpacul di mulut pelakon terkenal, Noraishah Abdul Aziz, 44, atau lebih dikenali Nasha Aziz yang mengakui bahawa dia jatuh cinta dengan karya tersebut.

Menggalas tanggungjawab utama sebagai Zainab dewasa dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah, akui Nasha, ia merupakan satu tanggungjawab berat yang perlu dipikulnya.

Bagaimanapun, komitmen dan usaha yang diberikan membuahkan hasil apabila perancangan rapi yang diatur selama ini berjalan dengan lancar dan mengikut apa yang telah ditetapkan.

Ketiadaan Rosminah Tahir selaku pengarah teater Di Bawah Lindungan Kaabah sememangnya satu kehilangan besar.

Menurut Nasha, Rosminah merupakan orang yang dipercayainya untuk membimbing dirinya dalam teater tersebut.

Aktres jelita itu mengakui semangatnya pudar untuk menjalani latihan pementasan teater selepas seminggu ketiadaan Rosminah.

"Saya sedih apabila mendapat berita bahawa dia jatuh sakit dan tidak datang ketika sesi latihan. Saya sanggup untuk berulang-alik dan menghantarnya jika dia mahu datang ke sesi latihan.

"Saya hanya percaya dia sahaja yang mampu mengarah teater ini dengan baik dan dia merupakan antara sebab utama saya terima untuk terlibat dalam teater ini.

"Alhamdulillah, buat masa sekarang keadaannya kembali stabil dan dibenarkan keluar pada 22 April lalu."

"Seminggu ketiadaan Rosminah, urusan pementasan dan sesi latihan diambil alih sepenuhnya oleh penerbit teater, Rohayah Attan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran teater tersebut di Istana Budaya, baru-baru ini.

Ujar Nasha lagi, walaupun ketiadaan Rosminah, hal itu tidak menjejaskan keazamannya untuk meneruskan latihan teater. Konsentrasi perlu ditumpukan sepenuhnya dalam memastikan watak yang disampaikan dapat dihayati dengan sepenuhnya.

Cinta jarak jauh

Bercerita mengenai rentetan penceritaan teater Di Bawah Lindungan Kaabah itu, Nasha yang akan berkolaborasi bersama Adi Putra selaku Hamid mengatakan ia merupakan sebuah kisah cinta yang agung namun terikat dengan elemen kebudayaan dan keagamaan pada zaman tersebut.

Disebabkan konflik yang sarat itu ia sekali gus telah menghancurkan cinta antara dua insan yang saling menyintai dalam diam.

Perbezaan darjat antara dua insan bercinta iaitu Zainab, anak kepada seorang bangsawan dan Hamid seorang penjual kuih yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Zainab.

Hanya rakan baik masing-masing iaitu Rosnah dan Salih menjadi tempat luahan perasaan kedua-dua pasangan tersebut.

Berada di fasa terakhir, teater Di Bawah Lindungan Kaabah turut menampilkan barisan nama terkenal seperti Yasmin Hani, Fizo Omar, Elfira Loy dan Dafi Ismail.

Kekok menyanyi

Pementasan teater yang memerlukan pelakon untuk menyanyi sedikit sebanyak merupakan cabaran yang terbesar dilalui oleh pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella itu.

Mengakui minatnya terhadap bidang nyanyian tidak mampu menandingi kecintaannya terhadap bidang lakonan. Nasha menganggap ia merupakan cabaran kepadanya untuk terus berkecimpung dalam bidang teater.

"Watak Zainab yang digalas memerlukan saya untuk menyanyi. Walaupun pada saya bidang nyanyian agak sukar sedikit berbanding bidang lakonan tetapi segalanya berjalan lancar dengan bantuan daripada profesional.

"Saya juga tidak bercadang untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai karier, cukuplah sekadar menyanyi untuk teater. Semangat daripada semua pelakon yang terlibat menjadikan aspek nyanyian untuk teater ini lebih seronok dan mengujakan," ujarnya.

Bercerita mengenai sebab pelakon tersebut enggan untuk mengambil banyak tawaran lakonan pada satu-satu masa, Nasha berkata, dia lebih suka untuk memberi fokus kepada satu kerja sahaja.

"Fokus amat penting dalam setiap lapangan kerja yang dilakukan, hasil daripada fokus dan komitmen yang jitu, kita mampu memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan," ujar pelakon yang pernah menggondol Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) menerusi filem Trauma pada tahun 2014.

BornRichReka dan BornNRich

Kesibukannya dalam dunia lakonan tidak menghalang wanita tinggi lampai ini untuk membuka perniagaan butik rekaan dalaman dan kasut.

Dia yang bercadang untuk memperluaskan perniagaannya secara dalam talian itu mempunyai wawasan tersendiri apabila dia kini telah mengambil beberapa khusus untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam bidang perniagaan.

"Alhamdulillah , segalanya berjalan lancar. Dalam usaha untuk mengembangkan lagi kerjaya saya, saya terpanggil untuk mereka kesemua kasut pelakon wanita yang terlibat dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah.

Melalui butiknya BornNRich, Nasha juga telah memperkenalkan jenama TRYla untuk kasut-kasut yang telah direka sendiri olehnya.

"Setelah berbincang dengan pihak produksi mengenai rekaan dan gaya kasut, akhirnya segalanya berjalan dengan lancar dan saya sangat berbesar hati dengan sumbangan tersebut," ujarnya.

Juta Juta raih tiga anugerah

Posted:

Juta Juta raih tiga anugerah

Juta Juta raih tiga anugerah

Oleh IZWAN MOHD. ISA

SHAWN AMER teruja dengan kemenangan besar produksi Teater Juta Juta dalam Boh Cameronian Arts Awards ke-11.


SIAPA sangka, walaupun baru setahun jagung dalam bidang penerbitan teater, usaha dan kesungguhan menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi serta bertepatan dengan senario industri teater pada masa kini akhirnya mendapat pengiktirafan komuniti profesional.

Pada penganjuran kesebelas Boh Cameronian Arts Awards yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini, kumpulan teater Mask Team berjaya menggondol tiga anugerah utama selepas tercalon dalam sembilan kategori menerusi dua teater terbitan mereka, Teater Juta Juta dan Maduku Kalut.

Teruja dengan kemenangan tersebut, pengarah urusannya, Shawn Amer berkata, dia begitu gembira dan terkejut dengan kemenangan yang diterimanya kerana itu merupakan kali pertama Mask Team menyertai anugerah tersebut.

"Sebagai kumpulan baharu yang pertama kali menyertai anugerah ini, kami sungguh teruja dengan anugerah yang diberikan.

"Alhamdulillah, Teater Juta Juta berjaya mendapat tiga pengiktirafan utama iaitu bagi kategori Persembahan Berkumpulan Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Pengarah Terbaik," ujarnya ketika ditemui selepas tamat majlis tersebut.

Tambah Shawn, kejayaan yang diraih oleh Mask Team adalah bertitik tolak daripada kekuatan yang ditonjolkan serta kerja sama yang terlibat antara para pelakon Teater Juta Juta.

KELETAH Melissa Saila (kiri) dan Fatimah Abu Bakar ketika membuat persembahan berjaya menceriakan suasana.


"Kekuatan teater ini terletak pada tiga orang pelakon teater ini iaitu Anas Ridzuan, Aloy Paradoks dan Fazleena Hishamuddin.

"Walaupun bertiga, namun, mereka mampu menjayakan 12 watak tanpa melibatkan sebarang pertukaran kostum mahupun set. Dari situlah energi mereka sebagai pelakon wujud," jelas Shawn yang pertama kali mementaskan teater tersebut di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2011.

Cubaan pertama Aqasha

Dalam pada itu, pelakon Aqasha turut dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik (Teater) menerusi penglibatannya dalam Teater Kompilasi Nam Ron yang diarahkan oleh pelakon terkenal, Nam Ron.

"Sejujurnya, saya tidak sangka dianguerahkan dengan kemenangan ini. Lebih-lebih lagi apabila calon-calon yang turut bertanding adalah pelakon-pelakon yang hebat.


BOH Cameronian Arts Awards ke-11 dihoskan oleh Harith Iskander (kiri) dan Shelah.


"Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada juri-juri, Kakiseni dan Rumah Anak Teater selalu penerbit Teater Kompilasi Teater Juta Juta atas kemenangan ini," ujar Aqasha.

Berkongsi pengalamannya beraksi buat pertama kalinya di atas pentas teater, Aqasha memberitahu, dia banyak mempelajari tentang cabang seni yang baru diceburinya itu menerusi tunjuk ajar yang diberikan oleh Nam Ron.

"Apa yang paling dihargai sepanjang penglibatan saya menerusi pementasan ini adalah proses pembelajaran yang dilakukan antara para pelakon dan pengarah.

"Selain mendapat tunjuk ajar oleh Nam Ron, bantuan rakan-rakan artis seperti Sharifah Amani turut membantu saya memperhalusi fungsi utama saya sebagai seorang pelakon teater," ujarnya lagi.

Dianjurkan sejak tahun 2002, Boh Cameronian Arts Awards kali yang kesebelas ini mengangkat tema era 60-an bagi memberi penghormatan kepada anak-anak seni terdahulu yang banyak membantu mencorakkan industri teater tanah air.

AC Mizal tolak semua tawaran lakonan

Posted:

AC Mizal tolak semua tawaran lakonan

AC Mizal tolak semua tawaran lakonan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

TANGGAL 29 Mac lalu pastinya memberi erti kesedihan yang tersendiri buat selebriti popular, Datuk AC Mizal apabila dia kehilangan bapa tersayang, Datuk Zaini Md. Hasim.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor menghembuskan nafas terakhir di Sunway Medical Center, Petaling Jaya, Selangor akibat mengalami masalah jantung.

Berkesempatan bertemu dengan AC Mizal atau pemilik nama sebenar, Mizal Zaini itu pada majlis pelancaran Mface Live di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, dia kelihatan tenang menceritakan detik akhir bersama arwah ayah kesayangannya itu.

Dalam pertemuan tersebut juga, AC Mizal turut bercerita kepada Kosmo! tentang perkembangan terbaharunya dalam bidang seni terutama kariernya sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara.

Kosmo!: Pertama sekali takziah diucapkan kepada Datuk AC Mizal yang baru sahaja kehilangan ayah. Kalau tidak keberatan, bolehkah anda menceritakan tentang detik terakhir sebelum arwah ayah anda menghembuskan nafas terakhir?

AC MIZAL: Sebenarnya, pada hari Sabtu iaitu seminggu sebelum ayah saya meninggal dunia, arwah sudah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung yang dialaminya dan kemudian pembedahan terus dijalankan ke atasnya.

Selepas pembedahan tersebut keadaan arwah dilihat semakin beransur pulih. Namun begitu, pada hari Khamis arwah terpaksa menjalani satu lagi pembedahan segera.

Adakah anda dan ahli keluarga berada bersama-sama dengan arwah ketika menghembuskan nafas terakhir?

Sehari selepas pembedahan kedua dilakukan, kami berjumpa dengan arwah dan dia kelihatan agak baik. Bagaimanapun, selepas solat Jumaat doktor memanggil kami dan menjelaskan bahawa keadaan kesihatan arwah semakin membimbangkan.

Jadi, sepanjang hari tersebut kami memang sentiasa bersama dengannya sehinggalah menghembuskan nafas terakhir. Saya juga ingin mengambil kesempatan terhadap rakan-rakan pelawak, terutamanya pemain pasukan Super Lawak FC yang sanggup datang dari Kuala Lumpur setelah diberitahu keadaan arwah semakin kritikal.

Apakah pesanan terakhir arwah kepada anda sebelum meninggal dunia?

Arwah sekadar berpesan supaya saya sentiasa berfikiran positif dan jangan berhenti mencuba apa sahaja perkara yang dilakukan. Memandangkan arwah baru sahaja pergi meninggalkan kami, jadi perasaan rindu saya terhadapnya masih lagi menebal.

Lagipun, sepanjang hayat saya memang cukup rapat dengannya, biarpun arwah seorang yang tegas dan sangat disiplin memandangkan dia bekas pegawai polis dahulu. Malah, dengan ketegasan dan disiplinnya itu yang membuatkan kehidupan saya berjaya seperti sekarang.

Bagaimanakah perkembangan anda dalam bidang seni pula?

Pada bulan Mac lalu, saya baru sahaja memberikan persetujuan untuk bernaung di bawah artis Sony Music Malaysia, cuma ia belum dibuat secara rasmi lagi dan mungkin satu majlis akan dibuat untuk mengumumkannya.

Tidak dinafikan, pemilihan saya ini dibuat atas faktor kejayaan dua buah lagu sebelum ini iaitu Apo Kono Eh Jang dan Al Haq. Mungkin dalam tempoh terdekat ini, saya bakal merakamkan single baharu dan kini proses mencari lagu sedang dilakukan.

Ketika ini anda dilihat aktif sebagai pengacara dan menyanyi. Adakah anda kini sudah tidak berlakon lagi?

Tidak dinafikan tawaran berlakon dalam drama bersiri, telemovie, filem dan teater memang banyak yang diterima, tetapi disebabkan faktor masa yang membuatkan saya terpaksa menolak segala tawaran tersebut.

Buat masa ini, saya lebih selesa memberikan tumpuan kepada bidang pengacaraan dan nyanyian memandangkan ia tidak terikat dengan masa yang lama, berbanding dengan lakonan yang pastinya mengambil tempoh yang panjang.

Boleh anda jelaskan berkenaan dengan produk terbaharu Mface ini?

Sejak Mface ditubuhkan kira-kira tiga tahun yang lalu, ramai yang sudah sedia maklum bahawa ia merupakan sebuah laman sosial dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang ramai.

Kini, Mface mewujudkan sebuah lagi cabang yang dikenali sebagai Mface Live yang merupakan radio dalam talian. Pihak Mface membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi penyampai radio serta mendapatkan pendapatan tambahan.

Sesuatu yang menarik tentang radio ini apabila penyampai yang dipilih ini boleh ke udara dari rumah sahaja dan kami akan membekalkan beberapa peralatan seperti mikrofon, kamera dan mixer. Mereka yang ingin mengetahui tentang radio ini boleh melayari laman web dj.mface.me.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved