Jumaat, 25 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Layanan kelas kedua seni bina landskap

Posted:

Layanan kelas kedua seni bina landskap

Layanan kelas kedua seni bina landskap

KERJAYA arkitek landskap sudah lebih 30 tahun bertapak di Malaysia.


SEWAKTU bergelar arkitek landskap kira-kira tiga tahun lalu, penulis masih teringat pengalaman bekerja selama 18 jam sehari terutama menjelang tempoh penawaran tender dan tarikh akhir penyerahan dokumen kepada pihak berkuasa tempatan.

Beberapa arkitek landskap dan pelukis pelan yang terlibat akan mula bekerja seawal pukul 9 pagi sehingga 3 pagi keesokan hari. Kadangkala rutin tersebut berlarutan sehingga sebulan dan amalan berkampung di syarikat sudah menjadi kelaziman kepada mereka yang bekerja dalam bidang ini.

Beban kerja yang terlalu banyak pada satu-satu masa menjadi punca ramai graduan muda seni bina landskap tidak mampu bertahan lama dengan kerjaya tersebut. Rata-rata berpendapat pendapatan bulanan yang diterima tidak setimpal dengan pengorbanan masa yang diberikan.

Baru bergelar arkitek landskap selama tujuh bulan, Seri Rahayu Puteri Ghazalli, 24, berkongsi pengalamannya menggalas tanggungjawab tersebut bagi merancakkan industri landskap negara.

"Bekerja dalam bidang ini memang tertekan terutama apabila tarikh akhir semakin dekat. Berada di pejabat sehingga larut malam itu sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Namun, saya dan rakan sekerja akan balik awal jika beban kerja tidak terlalu banyak.

"Kadang-kadang kami bekerja secara berkumpulan dan saling membantu bagi meringankan kerja. Bila difikirkan balik, apa-apa pekerjaan pun ada tekanan. Begitulah kehidupan," ujarnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketika ditanya sama ada bayaran yang diberikan kepada arkitek landskap setimpal dengan bidang tugas dan kepakaran mereka, Seri Rahayu Puteri mengakui rasa terkilan.

"Secara jujurnya ia tidak setimpal kerana seni bina landskap merupakan bidang profesional dan amat disanjungi di luar negara. Jika dibandingkan dengan bidang kepakaran lain seperti kejuruteraan dan seni bina, saya lihat gaji arkitek landskap agak rendah.

"Mungkin sebab itu ramai arkitek landskap yang beralih bidang kerana mereka tidak yakin dengan bidang ini yang pada saya amat menarik untuk diteroka. Selain itu, saya berpendapat mungkin mereka takut dengan tekanan," jelasnya ketika ditemui.


ROSLY (kiri) menerangkan kepada wakil pemaju tentang konsep rekaan landskap yang dihasilkannya.


Syarat majikan

Di Malaysia, gaji permulaan bagi seorang arkitek landskap lepasan ijazah sarjana muda sekitar RM1,600 hingga RM2,000. Bagaimanapun, terdapat syarikat yang sudah kukuh dan mempunyai kewangan stabil menggaji graduan muda sebanyak RM2,300 sebulan.

Isu ini bukan sekadar tertumpu kepada gaji rendah tetapi terdapat syarikat yang tidak bertanggungjawab memanipulasi pekerja tanpa mengendahkan kebajikan mereka. Memandangkan arkitek landskap tergolong dalam bidang kerjaya profesional atau bertaraf eksekutif, mereka tidak dibayar untuk kerja lebih masa.

Ada juga majikan yang meletakkan syarat jika arkitek landskap itu bekerja lebih lapan jam baru berhak untuk mendapatkan satu hari cuti ganti. Ini bermakna, jika anda hanya bekerja lebih masa selama tujuh jam, anggap sahaja kerja yang dilakukan itu sebagai perkhidmatan percuma kepada syarikat. Penindasan sebegitu sudah lama berlaku.

Graduan seni bina landskap yang kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jootawan Group Sdn. Bhd., Ammar Zaharudin, 27, berkata, beliau membuka perniagaan lain selepas melihat bidang seni bina landskap sering mendapat layanan kelas kedua daripada pihak pemaju.

"Seni bina landskap sering dipinggirkan dalam satu-satu projek walhal kerjaya tersebut setaraf dengan arkitek. Jururunding landskap sukar untuk cari makan kerana bajet yang diperuntukkan untuk mereka jadi pilihan terakhir dalam sesebuah projek.

"Katakan jurutera atau arkitek memerlukan bajet yang lebih, maka bajet yang pada asalnya diberikan kepada arkitek landskap akan dipotong supaya kos keseluruhan projek tidak terjejas," katanya yang menyedari dunia sebenar arkitek landskap semasa menjalani latihan industri.

Ammar yang memiliki tiga syarikat di bawah pengurusannya menjalankan perniagaan berasaskan pemasaran internet, pengurusan majlis korporat, penerbitan buku, kewangan islam dan akademi latihan.

Pada masa sama, beliau menangkis tanggapan segelintir masyarakat yang berpendapat graduan yang beralih kepada bidang lain sebagai tidak berdaya saing. Baginya, golongan tersebut lebih kental kerana dapat bekerja lebih pantas dan serba boleh apabila diberikan tugasan.

"Saya mempunyai pekerja daripada kedua-dua golongan iaitu yang beralih bidang dan yang memegang jawatan berdasarkan kelayakan mereka.

"Pekerja daripada latar belakang yang berkaitan dengan pekerjaan mereka selalu meletakkan batas dalam sesuatu perkara kerana terlalu terikat dengan apa yang dipelajari di universiti," jelasnya.


TUGAS arkitek landskap penting sebagai pelengkap sesebuah projek hartanah kerana merupakan pihak yang pakar dalam bidang tersebut.


Persaingan

Seni bina landskap mula bertapak di Malaysia pada akhir tahun 1970-an. Ia lebih tertumpu kepada pengindahan kawasan kediaman rasmi, jalan, bangunan awam, taman rekreasi dan istana. Namun, sehingga kini masih belum ada akta khas yang diperuntukkan terhadap bidang tersebut biar pun sudah menjangkau tempoh lebih tiga dekad.

Sementara itu, arkitek landskap kanan, Rosly Shariff, berkata, persaingan yang tinggi membuatkan banyak syarikat merendahkan kadar bayaran perkhidmatan bagi merebut projek landskap.

"Apabila syarikat menerima bayaran perkhidmatan yang rendah, mereka terpaksa membayar gaji rendah dan tiada bonus untuk pekerja. Melainkan jika syarikat tersebut benar-benar bagus kerana mereka boleh meletakkan bayaran tinggi daripada klien dan bersikap selektif terhadap projek.

"Keadaan pasaran pula tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang bergraduat pada setiap tahun," ujarnya yang sudah berpengalaman 25 tahun dalam bidang tersebut.

Pada tahun 1997, beliau berhijrah dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak bagi membuka syarikat sendiri kerana permintaan terhadap projek landskap yang tinggi pada waktu itu. Namun, kegawatan ekonomi yang berlarutan sehingga tahun 2000 membuatkan syarikatnya tidak dapat bertahan.

Pada waktu genting tersebut, syarikat landskap yang menawarkan perkhidmatan jururunding tidak mampu menstabilkan syarikat manakala kontraktor landskap masih boleh bertahan dengan menurunkan harga pokok tanaman untuk meneruskan perniagaan.

"Tiada penguatkuasaan daripada pihak kerajaan dan akta khas bagi seni bina landskap membuatkan sesetengah pemaju memilih jururunding landskap dengan bayaran paling rendah.

"Jika bidang ini sudah ada satu akta yang melindunginya, yuran perkhidmatan dijangka akan naik dan dapat diselaraskan. Ia akan memberi pulangan yang setimpal kepada jururunding," jelas graduan daripada Arizona State University ini.

Pukul bantal sedunia

Posted:

Pukul bantal sedunia

Pukul bantal sedunia

Acara pukul bantal diharap dapat mengurangkan tekanan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar di seluruh dunia sambil berseronok.


KECERIAAN jelas terpancar pada wajah salah seorang peserta.


BERATUS-RATUS orang berkumpul di lebih 100 bandar raya di seluruh dunia pada awal bulan ini bagi meraikan Hari Lawan Bantal Sedunia.

Sambutan tahun ini merupakan kali kelapan diadakan secara berturut-turut yang disambut pada 5 April. Dalam acara ini, para peserta akan memenuhi ruang awam untuk bertarung antara satu sama lain menggunakan bantal.

Di Washington, sekumpulan profesional muda yang dikenali sebagai Capitol Improv menggunakan laman sosial untuk mengelola satu acara lawan bantal secara besar-besaran di National Mall.


PARA peserta diwajibkan memukul bantal ke arah lawan masing-masing.


Acara yang berlangsung tepat pada pukul 2 petang itu, disertai berpuluh-puluh ahli kumpulan tersebut. Mereka berlari secara bertentangan di antara Monumen Washington dan Memorial Nasional Perang Dunia Kedua sambil membawa bantal dan menjerit-jerit kegembiraan.

Pertempuran yang berlangsung itu berjaya menarik perhatian orang ramai yang berada di taman tersebut. Bantal-bantal dipukul ke arah lawan masing-masing, manakala isi kekabu atau bulu-bulu ayam berterbangan.

Pada hari itu sahaja beratus-ratus biji batal telah pecah akibat pertempuran hebat ahli-ahli Capitol Improv.

Tarikan

Ketua pengelola acara tersebut, Oscar Soto berkata, acara itu telah berjaya menarik lebih 500 pelajar dari dalam dan luar negara, golongan profesional serta kanak-kanak.


KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan acara dengan berpakaian seperti adi wira Spider-Man.


Menurut Soto, tarikan sejagat terhadap acara lawan bantal telah menjadi kunci kepada mereka untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

"Semua orang mengingati detik seperti ini ketika bergelar kanak-kanak.

"Kini, setelah dewasa dan menetap di kawasan bandar seperti Washington diharap acara ini dapat mengurangkan tekanan sekeliling," kata Soto.

Adegan yang sama turut berlaku di berpuluh-puluh lagi bandar lain di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Pihak penganjur menjadikan taman permainan sebagai lokasi acara tersebut.

"Jika anda mahu acara lawan bantal di bandar anda, sila layari laman web, pillowfightday.com.

"Acara ini berlaku di seluruh dunia dan anda perlu menjadi sebahagian daripadanya," ujar Soto.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Saiful Apek didenda RM2,500

Posted:

Saiful Apek didenda RM2,500

Saiful Apek didenda RM2,500

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak komedi terkenal, Saiful Apek didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah mahkamah berkenaan mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan empat tahun lalu.

Tiga lagi tertuduh, Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, yang merupakan pekerja di syarikatnya, Gitu-Gitu Production turut dijatuhi hukuman sama.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 30 September tahun lalu yang melepas dan membebaskan Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, dan tiga rakannya itu.

Nurchaya turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Kesemua tertuduh yang hadir ke mahkamah semalam membayar denda berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

30 penipu cinta Afrika diberkas

Posted:

30 penipu cinta Afrika diberkas

30 penipu cinta Afrika diberkas

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
sharkawi.londing@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN warga asing termasuk wanita yang ditahan dalam Ops Tiong bagi membanteras penipuan cinta internet di Taman Connaught, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika ditahan bagi disiasat mengenai pembabitan mereka dalam kes penipuan cinta internet menerusi Ops Tiong di Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe Taman Connaught, Cheras di sini semalam.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki Nigeria, dua lelaki Zimbabwe, masing-masing seorang lelaki warga Cameroon dan Sudan.

"Empat wanita tersebut merupakan warga Nigeria, Mauritius, Cameroon dan Tanzania," kata beliau kepada pemberita selepas operasi selama lapan jam bermula pukul 11 malam kelmarin.

Menurut beliau, semua yang ditangkap berusia 20 hingga 40 tahun dengan lapan tidak memiliki apa-apa dokumen manakala bakinya memasuki negara ini menggunakan pas pelajar.

Abdul Jalil memberitahu, mereka ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung 239 laporan polis yang membabitkan kerugian RM10 juta kebanyakannya dibuat oleh wanita yang mendakwa tertipu dengan cinta palsu warga asing sehingga April tahun ini.

Bersama tangkapan itu, beliau berkata, polis merampas enam buah komputer riba yang dipercayai digunakan oleh warga asing itu untuk melakukan godaan cinta palsu atau jenayah penipuan lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ejen wanita warga Indonesia ditahan

Posted:

Ejen wanita warga Indonesia ditahan

Ejen wanita warga Indonesia ditahan


KERATAN Kosmo! semalam.


SEREMBAN - Seorang wanita warga Indonesia dipercayai ejen pembantu rumah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengurung gadis rakan senegaranya yang diselamatkan imigresen di Taman Seri Rahang di sini kelmarin.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditahan dalam operasi selama lapan jam bermula pukul 8 malam kelmarin di sebuah rumah di Kapar dekat Klang, Selangor.

"Pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan yang berada di negara ini sejak tahun 2012 tidak dokumen perjalanan yang sah.

"Dalam operasi itu, kita turut menahan empat wanita warga negara sama yang dipercayai sedang menunggu untuk bekerja sebagai pembantu rumah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Peugeot 3008 tambat hati pengguna

Posted:

Peugeot 3008 tambat hati pengguna

Peugeot 3008 tambat hati pengguna

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

KEMASAN krom yang ada pada SUV ini cukup untuk menampilkan imej sedikit mewah kepada Peugeot 3008 ini.


PADA tahun 2009 pengeluar kenderaan terkenal dari Perancis, Peugeot telah memperkenalkan model crossover 3008 ke pasaran global. Di Malaysia, model berkenaan dikelaskan sebagai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Ketika itu, rata-rata pengguna di Malaysia memberikan respons negatif terhadap rekaan luaran model tersebut. Tetapi selepas dilancarkan beberapa tahun lalu di Malaysia, model itu mula diterima malah ia semakin kerap dilihat atas jalan raya.

Baru-baru ini bertempat di pusat beli-belah Queensbay Mall, Pulau Pinang, pengedar rasmi jenama kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) melancarkan versi naik taraf model 3008.

Nasim bercita-cita menjual 1,200 unit 3008 untuk tahun ini sekali gus menyumbang 18 peratus kepada keseluruhan jualan Peugeot.

Debut pertama Peugeot 3008 kepada umum ialah semasa Pameran Motor Franfurt ke-65 di Jerman pada September tahun lalu. Model itu didakwa dibina dengan kekuatan elegan serta gaya kontemporari.

Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George berkata, Peugeot 3008 dikenali sebagai sebagai SUV yang paling inovatif dalam kelasnya malah ia dianggap tanda aras baharu dalam segmennya.


PAPAN pemuka yang padat tetapi tidak berserabut memberikan satu mod Eropah didalam ruang kabin.


Katanya, model yang dipertingkatkan itu dibina atas prinsip-prinsip reka bentuk, teknologi dan fungsi serba mudah.

"Model ini penting dalam meningkatkan sasaran jualan Nasim sebanyak 7,000 unit pada tahun ini dengan menyasarkan pelanggan dalam kategori umur antara 30 dan 50 tahun.

"Model ini menawarkan elemen premium dengan ciri-ciri menarik dengan standard keselamatan tanpa kompromi," katanya selepas melancarkan model itu.

Rekaan muka depan baharu yang direka semula dengan memasukkan jeriji dan kabut baharu bergaya dengan lampu Dynamic Bi-Xenon dengan LED.

Bumbung panaroma bersaiz besar juga membuatkan ruang kabin Peugeot 3008 ini kelihatan lebih luas terutamanya kepada penumpang di barisan kerusi belakang.

Selain itu, SUV ini juga didatangkan dengan teknologi Peugeot Park Assist untuk membantu pemandu meletak kenderaan melalui pengaktifan 10 unit sensor di belakang dan hadapan jentera. Teknologi Available Space Measurement (ASM) pula memberikan gambaran saiz tempat letak kereta yang sesuai dengan Peugeot 3008.

Berbanding dengan model sebelum ini, SUV yang dipertingkatkan ini dilengkapi dengan skrin tujuh inci dengan sistem navigasi yang boleh dilipatkan.


JIKA mahu membawa barang lebih, tempat duduk belakang boleh direbahkan.


Pandu uji

Selepas majlis pelancaran itu, penulis dan sekumpulan media diberi peluang untuk membuat pandu uji ringkas dari lokasi pelancarannya ke Hard Rock Hotel, Pulau Pinang.

Sesi pandu uji selama dua jam dengan setiap SUV dikongsi tiga wartawan permotoran.

Peugeot 3008 yang dikuasakan dengan enjin 1.6 liter turbo bertekanan tinggi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 165PS dan tork maksimum 240Nm. SUV ini mampu mencatat kelajuan dari titik pegun ke 100 kilometer sejam dalam masa 9.5 saat.


SAMSON (dua dari kanan) bergambar bersama Ketua Pengarah ASEAN Countries Automobiles Peugeot, Lionel Faugeres selepas majlis pelancaraan baru-baru ini.


Penggunaan petrol purata yang dicatatkan ialah 7.7 liter untuk setiap 100 km. Teknologi enjin itu juga memainkan peranan untuk kecekapan bahan api sesebuah kenderaan.

Cuma ketika mengambil selekoh di laluan berbukit, penulis berasakan stereng SUV ini terlalu ringan. Agak berbahaya jika baru kali pertama memandu kenderaan ini terutama terhadap respons mengejut.

Selain itu, SUV ini mempunyai ruang simpanan bersaiz 13.5 liter di bawah perehat tangan hadapan. Ruang dengan slot USB dengan corong udara muat untuk diletakkan sebotol air 1.5 liter.

Ruang simpanan barang di belakang berkeluasan 512 liter dan boleh ditingkatkan kepada 1,604 liter dengan merebahkan barisan tempat duduk penumpang belakang.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Peugeot 3008 ini seperti enam beg udara keselamatan, Bantuan Pendakian Bukit, Program Keselamatan Elektronik (ESP), Sistem Brek Antikunci, Sistem Agihan Brek Elektronik (EBD), Sistem Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Anti-Skid Regulation (ASR) dan Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).

Hasil daripada ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan Peugeot 3008 ini menerima penarafan lima bintang daripada EURO NCAP.

Peugeot 3008 ini sudah dipamerkan di seluruh negara dan boleh didapati dalam pilihan warna putih, hitam, perak, biru dan merah.

Harga di atas jalan dengan insurans bagi Peugeot 3008 adalah RM153,888. Semua model Peugeot datang dengan jaminan lima tahun tanpa jarak perbatuan serta dengan 24 jam perkhidmatan Peugeot Assistance Nasim.

Rekaan Santa Fe baharu menyerlah

Posted:

Rekaan Santa Fe baharu menyerlah

Rekaan Santa Fe baharu menyerlah

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


RIM bersaiz 19 inci nampak sepadan dengan SUV bersaiz besar seperti Santa Fe.


GENERASI ketiga Santa Fe yang merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) milik jenama Korea, Hyundai memiliki rekaan luaran yang agak futuristik berbanding model yang sama generasi sebelum ini.

Pengedar tunggal jenama berkenaan di negara ini Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model berkenaan pada pertengahan tahun lalu.

Bagi menguji SUV dengan rekaan serba baharu itu, HSDM memberi peluang kepada penulis untuk membuat pandu uji selama beberapa hari menggunakan Santa Fe varian 2.2 CRDI Executive Plus.

Berdasarkan pengalaman membuat pandu uji beberapa SUV sebelum ini, penulis meletak satu tanggapan yang sama seperti memandu kenderaan seumpama itu.

Antara tanggapan penulis ialah, SUV ini pasti tidak jimat minyak dan pemanduan tidak seperti sedan. Namun sebaik mengambil SUV berwarna putih itu di pejabat HSDM di Shah Alam, tanggapan itu meleset.

PERAKAM video yang terdapat pada Santa Fe ini diletakkan di belakang cermin pandang belakang.


Penulis mengambil peluang cuti rehat pada hari minggu untuk memandu uji Santa Fe ini dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah dengan jarak kira-kira 450 kilometer sehala.

Secara jujurnya prestasi SUV ini tidak mengecewakan penulis kerana enjin 2.2 liter diesel dengan pengecas turbo ini memberikan kuasa yang cukup ketika memotong dan mendaki bukit.

Penggunaan transmisi automatik dengan enam kelajuan serta pacuan empat roda Active on-Demand juga membantu menjimatkan penggunaan bahan api Santa Fe ini.

Secara purata bahan api yang penulis gunakan sepanjang menggunakan kenderaan ini ialah 8.1 liter untuk 100 kilometer pada paparan pelbagai maklumatnya.

Santa Fe ini menggunakan teknologi Motor Driven Power Steering (MDPS) dengan tiga mod mengikut kehendak pemandu seperti Comfort, Normal dan Sport. Mod ini memberikan satu rasa seperti memandu sebuah sedan.

Apa yang uniknya, Santa Fe ini turut dilengkapi dengan perakam video (Safe Drive Recorder) dan suara ibarat kotak hitam di dalam pesawat. Kamera yang terletak di cermin hadapan itu boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku kemalangan.


REKAAN Santa Fe boleh dikatakan 'complete' tanpa sebarang tambahan aksesori luar.


Cuma apa yang penulis bimbang kalau ada pencuri yang menjadikan kamera itu sebagai barang yang ingin dicuri, tidak pasal-pasal cermin dipecahkan.

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada model pandu uji ini seperti kerusi kulit Nappa berwarna coklat, bumbung suria luas, brek parkir elektronik dan Supervision Cluster meter.

Ciri-ciri keselamatan juga tidak diabaikan kerana Santa Fe 2.2 CRDI Executive Plus ini dilengkapi dengan ESP (Electronic Stability Programme), VSM (Vehicle Stability Management), HAC (Hillstart Assist Control), TCS (Traction Control System), DBC (Downhill Brake Control) and BAS (Brake Assist System).

Naza Bikes dedahkan saingan 250cc baharu

Posted:

Naza Bikes dedahkan saingan 250cc baharu

Naza Bikes dedahkan saingan 250cc baharu

Oleh SHAWKATH AZDE


JENTERA naked baharu Naza Bikes dilengkapi sistem brek cakera pada kedua-dua bahagian roda.


SEJAK diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2006, rangkaian Naza Blade mendapat reaksi berbeza daripada pengguna tempatan. Ada yang menggemarinya tetapi ramai kekal skeptikal terhadap produk keluaran Naza Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes) itu.

Umum diketahui, Naza Blade adalah rangkaian motosikal jelmaan jenama Hyosung dari Korea Selatan. Penghasilan model ini adalah hasil kerjasama dan kolaborasi teknologi antara dua entiti perniagaan berkenaan. Sebelum ini, Naza Bikes sudah menempatkan empat varian Blade iaitu Blade 250Ri, Blade 650Ri, Blade TBR 250Ri dan Blade TBR 650Ri ke pasaran domestik. Semua varian itu tergolong dalam kelas sports bike.

Landskap motosikal tempatan berubah kira-kira dua tahun lalu apabila berlakunya peralihan selera pengguna daripada model sports bike kepada model naked. Trend semasa itu didorong oleh kemunculan beberapa produk pengeluar lain khususnya jenama dari Austria yang pantas menambat hati pembeli muda.

SET lampu hadapan dicipta oleh kakitangan Naza Bikes.


Tawan hati pembeli muda

Perkara itu disedari Naza Bikes dan sudah pastinya anak syarikat Kumpulan Naza itu tidak mahu melepaskan peluang menikmati kek pasaran yang terbuka luas itu. Naza Bikes melaksanakan langkah pembangunan sebuah model naked iaitu Blade 250i Naked SE yang akhirnya menemui pasaran Malaysia kelmarin.

Naza Blade 250i Naked SE adalah sebuah produk naik taraf daripada model asal Blade dan didakwa sebagai motosikal paling mampu milik dalam kategori 250cc. Harga jualan asas jentera berkenaan adalah sebanyak RM13,988 seunit. Tag harga itu pastinya membuka peluang lebih luas bagi mereka yang ingin menaik taraf motosikal sedia ada.

Jentera itu dipasang komponen fairing sisi aerodinamik dan undercowl bagi perlindungan pada bahagian bawah enjin. Rupa paras bahagian motosikal itu didominasi oleh seunit lampu hadapan baharu hasil ciptaan pasukan penyelidikan dan pembangunan Naza Bikes. Pandangan bahagian sisi sebelah kanan motosikal dilengkapi sistem peredam ekzos berbentuk segi tiga.


KOMPONEN undercowl didatangkan bersama model baharu Blade.


Kuasa menggerakkan roda belakang Blade 250i Naked SE datangnya daripada unit enjin V-Twin DOHC dengan khidmat bantuan sistem penyejukan minyak. Jurutera Naza Bikes memadankan enjin berkapasiti 249cc itu bersama sistem transmisi lima kelajuan sekali gus menjayakan ledakan kuasa maksimum 19.6kW @ 10,000rpm. Kuasa kilas tertinggi 21.04Nm dikecapi pada paras 6,750rpm.

Naib Presiden Naza Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood berkata, pihaknya mengunjurkan jualan sebanyak 600 unit Blade 250i Naked SE bagi tahun ini.

Pada satu majlis pelancaran di Shah Alam pada Khamis, Nik Danial berkata, pihaknya menyasarkan 4,000 unit pelbagai varian Blade menjelang akhir tahun ini.

Tahun lalu, Naza Bikes merekodkan total jualan sebanyak 2,400 buah motosikal Blade (250cc hingga 650cc) termasuk model cruiser.

Harapan itu diyakini mampu dikecapi menerusi bantuan lebih 50 pengedar di seluruh negara yang sudah menerima latihan jualan dan khidmat bantuan selepas jualan daripada pasukan teknikal Naza Bikes.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kesopanan cermin nilai diri wanita

Posted:

Kesopanan cermin nilai diri wanita

Kesopanan cermin nilai diri wanita

SEBAGAI perhiasan dunia, kaum wanita harus menyedari kepentingan menutup aurat dan menjaga kesopanan diri. - Gambar hiasan


TERKEJUT. Itulah rasa hati pada minggu-minggu pertama melihat budaya wanita di bandar raya Rasulullah SAW. Di sana sini wanitanya berkelubung hitam dengan hanya menampakkan sepasang mata. Benar, kami hadir dari daerah berbeza. Ia pemandangan terlalu asing. Malah, ia ternyata luar biasa.

Kelubung hitam menjadi pelindung diri. Menutup identiti. Kami mengintai-intai untuk melihat raut wajah mereka. Kami melihat kaum lelaki tidak berani melemparkan usikan. Ia nampak jelas.

Sungguh, kami teruja mahu mengetahui siapakah gerangan di dalamnya. Ia ibarat kisah misteri. Hati tertanya, duhai wanita berkelubung hitam... apakah tidak rimas menyaluti dirimu sebegitu rupa?

Kami kehairanan kerana tidak melihat wanita berkelubung hitam ini berada di pasar basah membeli sayur, daging atau ayam. Kami tidak melihat mereka kesibukan menghantar atau menjemput anak-anak sekolah. Jarang melihat mereka bersimpang-siur di sisir jalan.

Ke mana mereka? Allah ya Allah... beginikah kehidupan wanita jati Madinah?

Akhirnya, Allah SWT memberi jawapan terus ke hati apabila diterima bekerja di kolej wanita di universiti tempatan. Saya bertanya dan memerhati. Rupa-rupanya hampir keseluruhan urusan luar dilakukan oleh kaum lelaki. Misalnya, pemandu lelaki dibenarkan menghantar dan mengambil kaum wanita setakat di pintu pagar besar.

Namun, saya terperanjat lagi. Di dalam kampus wanita ini nyata amat berbeza. Di balik tembok tinggi ini segala urusan dalaman dilakukan oleh kaum wanita.

Subhanallah...sungguh, saya tidak percaya dengan apa yang dilihat mata. Kesemua siswi, staf pentadbiran dan pensyarah menyalin kelubung hitam yang melindungi tubuh badan mereka.

Mereka yang terdiri daripada pegawai keselamatan, pembantu makmal sehinggalah juruteknik memakai uniform. Lalu, terserlah kecantikan diri mereka. Terpamer identiti diri. Subhanallah...saya terpegun dengan keindahan kaum sejenis.


WANITA Islam di Malaysia harus bersyukur kerana tidak dilarang memakai tudung, berbeza dengan negara-negara Barat dan Eropah yang mengamalkan prinsip sekularisme dalam pemerintahan. - Gambar hiasan


Dunia nyata berbeza. Mata terpandang wajah manis siswi muda remaja di sebalik niqap yang ditanggalkan. Saya melihat wanita bekerjaya ranggi anggun bergaya. Terpandang wajah dedikasi dalam uniform. Ia terbuka dan terdedah di sini. Ia terkatup kemas di luar sana. Lalu ada sesuatu menyentap jiwa, 'mereka kelihatan terkawal dengan perisai kesopanan bersama pelindung diri'.

Indah

Benar, saya hadir dari daerah berbeza. Hati masih degil dan bertanya lagi, duhai wanita berkelubung hitam... apakah tidak rimas menyaluti dirimu sebegitu rupa?

Namun, ia tidak perlu menunggu lama mencari jawapan. Ketika membaca terjemahan al-Quran saya dinyatakan betapa pakaian wanita Islam adalah pelindung diri. Dirimu wanita umpama perhiasan cantik tersimpan di dalam bungkusan. Terjaga rapi. Tidak terdedah dengan pencemaran.

Begitulah. Hampir setahun kami lali dengan suasana berbeza ini. Ia jadi biasa. Lalu bila pulang bercuti ke tanah air terasa benar berbeza. Kami terasa asing di dunia yang dulunya tidak begitu.

Sungguh, saya tidak percaya dengan apa yang dilihat mata. Dulu ia sesuatu yang biasa tetapi kini menjadi pelik dan penuh tanda tanya. Kami sukar meneka status agama apabila bertembung dengan wanita yang bersimpang-siur di sisir jalan.

Mereka bebas berjalan dengan jelas menampakkan pakaian dalam. Malah ada yang berani berskirt denim singkat dengan betis dan paha terdedah.

Rambut panjang dibiarkan mengerbang ditiup angin terminal KLIA. Ada yang bercampur aduk berwarna hitam di pangkal kepala, di hujungnya pula merah keperangan. Lalu hati bertanya, 'duhai wanita yang mendedahkan diri... apakah yang ada dalam fikiran dan perasaanmu sehingga sanggup berkeadaan begitu?'

Diam-diam saya membuat analogi sendiri. Bukankah dirimu umpama perhiasan indah diciptakan Allah? Andaikan kamu dilamar pembeli berpotensi, bagaimanakah mahu dipamerkan?

Apakah ia mahu dipersembah dengan kertas cantik berbungkus atau dibiarkan terdedah? Andai kata kamu menerima hadiah, bukankah lebih berharga jika ia cantik berbungkus serta bereben di dalam kotak?

WANITA Arab amat sinonim dengan pemakaian jubah hitam dan purdah sekali gus menutup aurat dengan sempurna.


Sopan

Jika kita mahu membeli makanan, yang mana satukah yang menjadi pilihan antara makanan terhidang terdedah dihinggapi lalat serta habuk berterbangan atau yang bertutup berbungkus rapi?

Mala, dari kejauhan saya terasa sukar untuk membezakan status diri apabila ada menyarung pakaian seumpama kaum lelaki. Tambahan pula apabila rambut sudah didandan pendek. Sependek-pendeknya. Ketawa berdekah dan bersuara lantang. Selantang-lantangnya.

Duhai wanita yang mendedahkan diri...apakah yang ada dalam fikiran dan perasaanmu sehingga sanggup berkeadaan begitu?

Jagalah kesopananmu dengan cara pemakaianmu. Perlukah wanita menjadi lelaki apabila mahu bersaing dengan lelaki? Apakah yang mahu diperjuangkan di muka bumi ini?

Jagalah kesopananmu dengan cara penampilanmu. Pakailah pakaian yang melindungi dirimu. Biar ia menjadi benteng agamamu. Tahukah kamu duhai wanita...nilai dirimu terletak kepada sifat malu yang menjadi fitrah wanita diciptakan.

Tahukah kamu duhai wanita...nilai dirimu terletak pada kesopanan pembawaan diri, akhlak yang mulia dengan tutur kata berbudi bahasa.

Kita tidak perlu menjadi wanita Arab. Memadailah kita menjadi wanita Islam yang mengikut perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Jumpa lagi minggu hadapan. Salam sayang dari Madinah al-Munawarah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Jus detoks sayur dan buah

Posted:

Jus detoks sayur dan buah

Jus detoks sayur dan buah

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

RASULULLAH S.A.W bersabda: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat serta dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Pada hari ini, dunia global telah menemukan pelbagai ramuan ubat dan mencipta teknologi baharu untuk membantu merawat masalah kesihatan yang dihidapi. Ubat-ubat dalam bentuk pil atau tablet menjadi antara keperluan asas setiap klinik dan hospital bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Bagaimanapun, ada ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk dan muntah, malah jika diambil untuk tempoh masa panjang ia mampu menyebabkan masalah kegagalan fungsi organ tubuh.

Justeru, ingin membawa perubahan kaedah perubatan yang lebih selamat tanpa kesan sampingan, Pakar Terapi Jus atau dikenali sebagai cef diet, Na'ila Zakiyah M. Ariffin mendedahkan sejuta khasiat jus sayur-sayuran dan buah-buahan dalam Bengkel Berjus yang dianjurkan oleh Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor.

Bengkel tersebut berlangsung pada 18 April lalu bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor di Shah Alam. Kira-kira 120 peserta terdiri daripada ahli Perkep, anggota polis dan penjawat awam terlibat sama dalam bengkel tersebut.

Menurut Na'ila, jus antara kaedah perubatan paling baik kerana ia berbentuk cecair dan organ dalaman tidak perlu bekerja keras untuk menyerap zat-zat diperlukan badan, berbanding tablet.

"Selain itu, jus juga mengandungi khasiat yang padat, membantu mengurangkan berat badan dan membantu merawat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, hati, dan buah pinggang," jelasnya ketika ditemui di bengkel berkenaan.

Jus disarankan kerana mengandungi enam keperluan utama badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan zat galian serta air.

NAI'LA menawarkan kaedah rawatan menggunakan jus mengikut jenis komplikasi penyakit.


Karbohidrat

Ujarnya, kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengambil karbohidrat ringkas seperti roti canai dan makanan segera. Tetapi, badan lebih memerlukan karbohidrat kompleks seperti kentang dan kacang.

Begitu juga jenis makanan mengandungi protein. Protein daripada sayur-sayuran lebih baik berbanding haiwan seperti daging dan ikan.

Mengisi slot selama tiga jam, Na'ila berkongsi beberapa resipi jus detoks yang membantu memperbaiki tahap kesihatan untuk hati, buah pinggang dan kulit.

Antara bahan-bahan diperlukan untuk jus detoksifikasi hati ialah sebiji peria katak dan separuh lemon. Dua bahan ini digandingkan bersama tanpa menambah air atau gula ke dalam jus.

Bagi detoksifikasi buah pinggang, antara bahan-bahan yang diperlukan ialah sebatang timun, tiga batang daun saderi dan separuh lemon yang diperah bersama dengan kulitnya. Detoks kulit pula memerlukan sebiji lada benggala, sebatang lobak merah dan sebiji epal.

Namun, Na'ila memberitahu, jus-jus tersebut perlu diperah menggunakan mesin pemerah jus khas tanpa bilah pisau. Ia bagi mengekalkan khasiat sayur-sayuran dan buahan-buahan serta jus diperah dapat tahan lebih lama.

Sambil membuat demonstrasi, sampel jus turut diedarkan kepada para peserta untuk memberi gambaran mengenai rasa sebenar minuman berkhasiat itu.

Rata-rata reaksi wajah peserta menggambarkan rasa pahit, manakala jus campuran timun, daun saderi dan lemon boleh ditelan dengan hanya sekali hirupan.


PESERTA tidak melepaskan peluang mencatat resipi-resipi khasiat yang dikongsikan dalam Bengkel Berjus.


Melawas

Na'ila turut memberitahu, timun baik untuk melawas pembuangan air kecil, sementara lemon mempunyai khasiat yang dapat membantu merawat penyakit batu karang.

Salah seorang peserta, Inspektor Hidayah Rosdan, 28, berkata, dia tidak menyangka beberapa bahan yang sering digunakan untuk memasak boleh dijadikan minuman berkhasiat.

"Apabila menyebut jus, apa yang terlintas adalah minuman daripada buah-buahan seperti epal, oren dan nanas. Bagaimanapun, di bengkel ini saya didedahkan dengan pembuatan jus daripada sayur-sayuran.

"Saya juga cuba dapatkan ramuan terbaik untuk pengurangan dan mengawal kolesterol dan diberitahu jus kekacang seperti walnut yang kaya dengan omega tiga adalah pilihan terbaik," jelasnya yang memberitahu, selain jus, senaman juga diperlukan untuk menjamin tahap kesihatan diri.

Selain berkesempatan meminum jus, peserta turut diberi peluang bertanyakan beberapa soalan dan kebanyakan mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jenis penyakit yang boleh dirawat menerusi minuman tersebut.

Na'ila memberitahu, antara penyakit serius yang boleh dirawat dengan meminum jus ialah sakit jantung. Bahan seperti bawang putih dan kacang walnut membantu mencairkan darah, sekali gus melancarkan peredarannya ke seluruh tubuh. Namun, mereka yang sedang mengambil rawatan pil dinasihatkan tidak mengambil jus berkenaan.

Mengulas lanjut, gabungan nanas dan halia baik bagi masalah gout dan minyak zaitun boleh merawat penyakit kulit. Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren bagus untuk mata dan memperbaiki masalah rabun.


SAMPEL jus turut diedarkan kepada peserta sebagai pengenalan rasa sebenar minuman berkhasiat.


Berkongsi

Dalam pada itu, Pengerusi Perkep negeri Selangor, Datin Umminajah Salleh memberitahu, bengkel itu dianjurkan bagi berkongsi rahsia kesihatan dengan harga yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa pun.

"Saya yakin ramai terutama ahli Perkep beranggapan hanya bahan-bahan organik yang dijual pada harga mahal mempunyai khasiat tinggi.

"Bagaimanapun, tanpa disedari mereka, bahan-bahan asas masakan seperti ubi kentang, halia dan madu juga kaya dengan khasiat sebenar dan mampu memperbaiki tahap kesihatan. Malah, harganya juga jauh lebih murah," jelasnya ketika ditemui di bengkel tersebut. Katanya, bengkel tersebut merupakan anjuran pertama kali melibatkan isu kesihatan.

Tambahnya, pada Hari Polis Ke-207 baru-baru ini, ujian saringan kesihatan anggota polis Daerah Sungai Buloh telah dilakukan di Hospital Sungai Buloh. Keputusan pemeriksaan mendapati sebanyak 30 peratus anggota polis disahkan menghidap diabetes, hipertensi dan sakit jantung.

Ekoran itu, beliau berharap sesi pembelajaran pembuatan jus di rumah tersebut secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan anggota polis Selangor yang dilihat membimbangkan.

Periodontal masalah gigi yang serius

Posted:

Periodontal masalah gigi yang serius

Periodontal masalah gigi yang serius


JANGAN memandang remeh masalah kesihatan gigi kerana ia boleh membawa kepada implikasi yang tidak dijangka seperti periodontal.


Apabila menyebut masalah sakit gigi, pasti ramai yang mencuka kerana tidak mahu mengingati peristiwa sakit gigi, berjumpa dengan pakar pergigian atau menahan sakit mencabut gigi.

Lazimnya, kesihatan mulut dan gigi ini adalah perkara yang kurang diberi perhatian tetapi hanya apabila sudah mengalaminya barulah perkara ini diambil berat.

Pakar Pergigian, Dr. Soon Tat Tiew berkata, masalah gigi yang paling menggerunkan dan pada tahap yang serius dikenali sebagai periodontal.

Beliau yang berpengalaman lebih 15 tahun merawat penyakit tersebut menjelaskan, ia adalah masalah yang boleh menyebabkan gigi mudah longgar dan tercabut.

Katanya, periodontal ialah masalah jangkitan di sekitar gigi, struktur gigi, gusi, tulang dan gusi periodontal akibat pengumpulan bakteria pada plak.

"Statistik yang mendedahkan kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia berdepan dengan masalah gusi dengan lebih 30 peratus berada pada tahap serius.

"Apabila plak bakteria ini terkumpul, ia menyebabkan gusi mengalami radang lalu bertukar merah dan teksturnya menjadi lembik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Akibatnya, gusi terasa pedih kerana bengkak dan mudah berdarah semasa menggosok gigi, makan mahupun ketika menelan air liur.

Keadaan ini adalah simptom periodontal selain masalah seperti gusi berbau busuk. Simptom paling serius berlaku apabila gusi mengecil sehingga akar-akar terdedah dan menyebabkan gigi menjadi sangat sensitif.

Lebih mengejutkan, Tat Tiew juga mengaitkan masalah gusi dengan penyakit kronik seperti masalah jantung apabila bakteria dalam mulut terperangkap dalam badan dan masalah penyakit diabetes kepada ibu hamil dan bayi baru lahir.

Jelas beliau lagi, semuanya berlaku kerana tidak menjaga kebersihan mulut. Akibatnya, bakteria memakan sisa makanan dan merembeskan toksik yang menyebabkan gusi lekang daripada gigi, seterusnya membentuk lekuk antara gigi dan gusi.

Masalah periodontal sebenarnya terbahagi kepada tiga peringkat bermula dengan masalah gigivitis. Ia adalah peringkat yang boleh diperbetulkan dengan mengawal masalah jangkitan bakteria.

Kata Tat Tiew, mengosok gigi, membersihkan mulut, flos, diet yang baik dan rawatan laser boleh membantu tahap awal masalah gigi seperti periodontal.

Ia diikuti tahap awal peridontal dan tahap akhir yang berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan mulut.

Tat Tiew memberitahu bagi mengelak dan menjaga kebersihan mulut, semua orang disaran agar membuat pemeriksaan gigi.

"Namun 95 peratus pesakit hanya datang selepas mereka mengalami sakit, kebanyakan mereka pada tahap yang serius iaitu selepas gusi bertukar warna kepada merah gelap.

"Akibatnya, mereka terpaksa melalui beberapa sesi rawatan untuk pembersihan setiap tiga bulan sekali," jelas beliau.

Tingkat jati diri pelajar sekolah

Posted:

Tingkat jati diri pelajar sekolah

Tingkat jati diri pelajar sekolah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


GELAGAT para peserta sewaktu memanaskan badan sebelum memulakan acara riadah di padang Kolej Canselor, UPM, Serdang, Selangor.


SUASANA di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor baru-baru ini meriah dengan kehadiran sekumpulan pelajar sekolah rendah yang bersemangat mengikuti sebuah program motivasi diri.

Melibatkan penyertaan 83 pelajar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Banting, Selangor, kem yang berlangsung pada 4 hingga 6 April lalu ini, bertujuan untuk menyediakan platform bagi setiap pelajar menemui potensi diri masing-masing.

Apatah lagi, kesemua mereka bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang akan menjadi penentu dalam menuju ke alam persekolahan remaja.

Program motivasi itu dijalankan menggunakan konsep abang dan kakak angkat buat para peserta. Kem ini dikendalikan oleh 30 fasilitator dan 26 orang abang serta kakak angkat yang dipilih tinggal bersama para peserta.

Selain itu, konsep yang diguna pakai pula melibatkan 60 peratus aktiviti fizikal, 20 peratus dalaman dan 20 peratus kerohanian.

Pengalaman

Bagi Mohd. Hilmi Ghazali, 12, peluang menyertai kem motivasi tersebut memberi satu pengalaman bermakna buat dirinya di samping perlu berfikiran positif sepanjang masa.

"Seronok apabila melihat kerjasama dalam kumpulan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Selain itu, saya juga gembira berkenalan dengan abang dan kakak fasilitator yang pandai melayan kerenah kami," tutur Mohd. Hilmi sambil tersenyum.

Perkara ini diakui rakannya, Nor Ariena Mohd. Yaakop, 12, yang menambah, penyertaan dalam kem itu secara tidak langsung membantu mereka mendisiplinkan diri dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan masa.


WAJAH tulus pelajar SK RTB Bukit Changgang yang bersemangat mengikuti kem motivasi bagi menggali potensi diri.


Bercita-cita untuk menjadi doktor, Nor Ariena melahirkan harapan berikut: "Semoga saya berjaya memperoleh 5A dalam UPSR nanti."

Apa yang pasti, melihat kepada wajah-wajah jernih setiap peserta yang hadir, jelas menunjukkan semangat mereka untuk mencapai kejayaan terutama dalam UPSR nanti.

Malah, komitmen mereka dalam menjayakan setiap aktiviti juga harus dipuji lantaran sikap setiakawan dan keyakinan diri yang tinggi.

Jati diri

Sementara itu, Pengarah Program, Nur Syahira Suhaimi, 21, memberitahu, aktiviti yang disusun dilaksanakan dalam usaha memupuk semangat jati diri dalam jiwa setiap pelajar. Antaranya termasuklah sesi pengenal, mini Fear Factor, dan kembara UPM.

"Untuk slot kerohanian pula, kami menekankan solat berjemaah diikuti sesi tazkirah yang disampaikan oleh fasilitator bertugas," ujar Nur Syahira ketika ditemui Kosmo!.

Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor, Amirul Azwa Azhar, 22, pula mengakui, penglibatan mereka dalam program tersebut merupakan bakti buat masyarakat.

Ujarnya, melalui kem berkenaan, mereka juga berpeluang menurunkan sedikit ilmu yang ada untuk dikongsi bersama para pelajar yang dianggap sebagai adik sendiri.

"Sekurang-kurangnya apabila kita bercerita mengenai kehidupan di sekitar kampus, mereka teruja untuk masuk ke universiti selepas tamat alam persekolahan kelak," ungkap Amirul Azwa yang turut bertindak sebagai fasilitator dalam program itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Anggota keluarga MH370 tahan kakitangan MAS di Beijing

Posted:

Anggota keluarga MH370 tahan kakitangan MAS di Beijing

Anggota keluarga MH370 tahan kakitangan MAS di Beijing

25/04/2014 10:06pm

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April.

Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata, lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.

"Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.

"Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S. Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April. - Bernama

Malaysia tidak perlu tertekan tandatangan TPPA dengan kedatangan Obama - Tun Mahathir

Posted:

Malaysia tidak perlu tertekan tandatangan TPPA dengan kedatangan Obama - Tun Mahathir

Malaysia tidak perlu tertekan tandatangan TPPA dengan kedatangan Obama - Tun Mahathir

25/04/2014 10:04pm

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia tidak seharusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Jangan ada paksaan kerana walaupun negara besar datang kita merasa kecil, maka kita tandatangan, akhirnya kita yang akan mengalami kerugian," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di sini hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa kedatangan Obama ke Malaysia akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani TPPA.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 22 April menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan itu.

Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di Filipina. - Bernama

Susilo aneh dikait tampil sebagai calon Naib Presiden Indonesia

Posted:

Susilo aneh dikait tampil sebagai calon Naib Presiden Indonesia

Susilo aneh dikait tampil sebagai calon Naib Presiden Indonesia

25/04/2014 9:31pm

JAKARTA - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berasa aneh dengan tanggapan pihak tertentu bahawa beliau akan tampil sebagai calon naib presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.

"Andai kata saya boleh tampil untuk kali ketiga (sebagai calon presiden) dan tidak dilarang perlembagaan serta undang-undang, sayapun akan menyatakan saya tidak akan tampil lagi," kata beliau dalam akaun Twitter @SBYudhoyono di sini, Jumaat.

Dalam akaun twitter itu juga, Susilo menganggap tanggapan itu aneh meskipun sedar banyak pihak ingin beliau tampil sebagai calon naib presiden kerana pengalaman dan keupayaannya.

"Sepuluh tahun memimpin Indonesia merupakan kesyukuran yang luar biasa kepada Allah SWT, terima kasih juga kepada rakyat.

"Membantu presiden akan datang, saya tidak harus menjadi naib presiden.

Kekuasaan itu bukan segalanya," kata beliau. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tiga objek tiada kaitan MH370

Posted:

Tiga objek tiada kaitan MH370

Tiga objek tiada kaitan MH370

GAMBAR bertarikh 21 April lalu menunjukkan Kenderaan Dalam Air Autonomi, Bluefin-21 diangkat semula ke atas kapal Ocean Shield milik Australia selepas mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. - REUTERS


PERTH – Pihak berkuasa Australia mengesahkan tiga serpihan yang dijumpai di sebuah pantai di Australia tidak mempunyai kaitan dengan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Tiga objek itu dijumpai oleh seorang lelaki kelmarin yang berjalan di sebuah pantai di barat negara tersebut sebelum menghubungi polis.

Salah satu objek itu adalah sekeping logam sebesar kereta dan mempunyai paku-paku rivet pada birainya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Australia mengambil masa tidak sampai satu hari untuk menganalisis gambar objek tersebut dan menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

"Kami tidak melihat sebarang petunjuk menerusi gambar itu yang boleh kami percaya bahawa ia datangnya dari sebuah pesawat Boeing," kata seorang Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan.

Pesawat itu hilang daripada radar pada 8 Mac lalu semasa ia sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan di Vietnam semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru menaiki pesawat itu yang didapati berpatah balik dan dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Dalam pada itu, kapal sokongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 6 semalam menyertai kapal frigat KD Lekiu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Ia adalah kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan dari pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu. – Agensi

Selebriti Bollywood mengundi di Mumbai

Posted:

Selebriti Bollywood mengundi di Mumbai

Selebriti Bollywood mengundi di Mumbai


AAMIR (kiri) dan anaknya, Juned turut mengundi.- AFP


MUMBAI - Beberapa selebriti Bolly- wood mengundi di pusat pengundian di sini semalam pada pilihan raya umum India.

Antara selebriti yang dilihat mengundi itu ialah aktres Parizad Zorabian, Preity Zinta, Aishwarya Rai selain aktor Shah Rukh Khan, Ranveer Singh, Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan.

Aktor Aamir Khan dan anaknya, Juned turut mengundi di sini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya India, seramai 180.5 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya umum yang diadakan selama lima minggu.

Pilihan raya itu diadakan bagi menentukan kerajaan baharu India.

Pertarungan sengit berlaku antara parti Kongres yang memerintah kini dengan Bharatiya Janata Party (NJP).

Kempen parti Kongres diketuai naib presidennya, Rahul Gandhi.

Dalam pada itu, kempen pati BJP pula diketuai Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi.

Keputusan pilihan raya umum itu akan diketahui bulan depan. - Agensi

Lelaki buta dapat mata bionik

Posted:

Lelaki buta dapat mata bionik

Lelaki buta dapat mata bionik


PONTZ yang menerima mata bionik menjalani latihan penglihatan di Pusat Mata Kelogg, Universiti Michigan, Ann Arbor, Michigan pada 16 April lalu.- AP


DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki yang buta akibat satu penyakit mata kini boleh melihat semula selepas menerima 'mata bionik' yang merupakan satu peralatan berteknologi tinggi yang membantu dia melihat semula.

Lelaki tersebut, Roger Pontz, 55, disahkan menghidap penyakit mata yang dikenali sebagai retinitis pigmentosa ketika masih muda yang menyebabkan penglihatannya menyusut sehingga buta.

Bagaimanapun, sebuah syarikat perubatan, Second Sight Medical Products dengan kerjasama Pusat Mata Kellogg di Universiti Michigan, Ann Arbor berjaya menghasilkan satu mata bionik yang mampu membantu Pontz, melihat semula.

Implan tiruan pada mata kiri Pontz adalah sebahagian daripada sistem yang dibangunkan syarikat itu.

Ia mengandungi cermin mata yang mempunyai satu kamera kecil dan pemancar.

Sistem itu berfungsi apabila kamera merakam imej yang kemudiannya ditukar menjadi denyutan elektrik yang dipancarkan secara tanpa wayar kepada beberapa elektrod pada permukaan retina.

Denyutan itu merangsang sel retina yang masih sihat.

Ia menyebabkan sel itu menghantar isyarat ke saraf optik.

Maklumat visual itu kemudiannya dipindahkan ke otak untuk ditukarkan kepada bentuk-bentuk cahaya yang boleh dikenal pasti sekali gus membolehkan pesakit memperoleh sedikit fungsi penglihatan.

Pontz berkata, selepas memakai sistem itu, dia kini boleh melihat bayang isteri, kucing dan cucunya selepas beberapa tahun hidup dalam kegelapan.

Dia yang merupakan bekas pekerja kilang merupakan antara empat orang di AS yang menerima retina tiruan. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta Sharnaaz, Nelydia berakhir

Posted:

Cinta Sharnaaz, Nelydia berakhir

Cinta Sharnaaz, Nelydia berakhir

CERITA cinta antara Sharnaaz Ahmad yang memegang watak Jebat dan Nelydia Senrose yang memegang watak Mastura dalam drama bersiri 60 episod Bukan Kerana Aku Tak Cinta telah berakhir pada malam Selasa lalu.

Meraih jumlah penonton yang tinggi melebihi angka 600,000 penonton, kedua-dua pelakon itu mampu tersenyum lebar dan menelan segala kontroversi yang melanda mereka berdua sepanjang penggambaran drama yang mula ditayangkan pada 9 Disember tahun lalu di saluran Mustika HD.

Sharnaaz yang sempat menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar mesranya bersama Nelydia di laman Instagram sehingga menimbulkan api cemburu kekasih Nelydia, Qi Razali mengakui tidak ada masalah andai mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam projek seterusnya.

Selain itu dia juga ingin menamatkan persengketaan antara dia dengan salah seorang pelakon drama tersebut, Lisdawati. Sementelah mereka bergaduh kerana hal yang remeh pada hari terakhir penggambaran drama tersebut.

Nelydia pula enggan mengambil pusing soal kontroversi dia dikatakan sedang bercinta dengan Sharnaaz dan memberitahu hanya menjalankan tugasnya sebagai pelakon untuk menjayakan drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd. milik penerbit terkenal, Ziela Jalil.

Sharnaaz adalah Jebat

Bertemu dengan Sharnaaz pada majlis tayangan episod terakhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di pusat membeli-belah Encorp Strand di Kota Damansara, Selangor pada Selasa lalu, pelbagai perasaan jelas kelihatan pada wajahnya.

Gembira dan teruja kerana drama tersebut mendapat sambutan hangat penonton serta lega kerana selepas ini dia bebas daripada segala kontroversi yang timbul sepanjang penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel itu.

Bagaimanapun, katanya, dia bukan sengaja mencipta kontroversi untuk menarik perhatian penonton dengan memuat naik gambar mesranya bersama Nelydia, tetapi perkara tersebut dilakukan untuk mempromosikan drama lakonan mereka.

"Beginilah, ini penjelasan tentang saya dan Nelydia. Saya ambil duit orang, jadi saya harus buat kerja. Sudah menjadi tugas saya untuk mempromosikan drama tersebut. Saya berlakon dengan ikhlas dan memberi sepenuh jiwa saya dalam drama ini.

"Hal gambar itu sudah pun selesai. Tidak ada yang perlu diungkitkan lagi. Kami profesional sebagai pelakon dan bagi saya Nelydia seorang pelakon yang bagus," katanya tegas.

SHARNAAZ mengaku watak Jebat di dalam drama ini amat dekat dan sesuai dengan dirinya.


Menjawab kontroversi perbalahannya bersama pelakon Lisdawati yang berlaku pada hari terakhir penggambaran drama tersebut pula, jelas Sharnaaz, jika boleh dia mahu perkara itu diselesaikan secepat mungkin.

Katanya: "Perkara itu berlaku kerana hal yang kecil. Apa yang berlaku biarlah ia berlalu tetapi apa yang patut diselesaikan harus diselesaikan secepat mungkin. Saya tidak mahu nanti jika saya mati, mata saya tidak tertutup rapat kerana hal ini".

Dalam pada itu, Sharnaaz tidak henti mengucapkan rasa syukurnya atas sambutan hangat peminat memandangkan pada awal namanya disebut untuk memegang watak Jebat ada segelintir pihak yang tidak setuju dengan pemilihannya.

"Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberi peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat dan ramai peminat yang datang untuk menonton episod akhir bersama kami.

"Kerja keras saya berbaloi. Bukan saya yang menjadikan watak ini hebat tetapi kru produksi yang bertungkus lumus siang malam bagi memastikan watak ini berjaya di kaca televisyen.

"Saya amat menghargai pada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Jujur saya katakan saya bimbang andai penonton drama ini tidak konsisten untuk setiap episod tetapi kebimbangan saya meleset apabila jumlah penonton semakin meningkat," ujarnya.

Tutur Sharnaaz lagi, penyumbang kejayaan kepada kecemerlangannya membawa watak Jebat mungkin kerana watak itu cukup dekat dengan dirinya di alam realiti.

"Jebat adalah saya seratus peratus. Ada masa naik angin, keras kepala, suka berlawak dan jujur dalam apa yang dikatakan. Kiranya saya membawa watak lelaki Melayu tulen. Apabila saya botakkan kepala, ramai yang menyoal tindakan saya tetapi itu cara saya untuk membawa watak Jebat dengan cara saya sendiri," ulasnya gembira kerana Jebat diterima ramai.

Enggan tonton lakonan sendiri

Apabila ditanya adakah dia sempat menonton lakonannya sendiri, Sharnaaz hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Selain kekangan masa, akuinya, dia sebenarnya cukup takut untuk melihat lakonannya sendiri.

Jelas lelaki kelahiran Pulau Pinang itu: "Sebenarnya saya cukup sibuk sampai tiada masa untuk tonton televisyen walaupun saya merakam setiap episod drama ini. Ramai yang tidak tahu yang saya cukup takut melihat lakonan sendiri.

"Sebabnya, saya takut tidak berpuas hati dan timbul perasaan kecewa dalam hati saya. Untuk menggelak perkara itu berlaku saya tidak pernah menonton satu episod pun lakonan saya dalam drama ini. Biarlah penonton yang menilai."

NELYDIA mengaku mahu melakonkan babak sebagai wanita hamil kerana belum mempunyai pengalaman sebenar seperti itu.


Qi sokong Nelydia

Tuah mungkin menyebelahi aktres berusia 19 tahun ini. Apa sahaja karya yang dapat di tangannya pasti menjadi fenomena. Namun, serupa dengan Sharnaaz, Nelydia juga terasa tempias kontroversi gambar mesranya bersama Sharnaaz.

Enggan mengambil pusing dan memberitahu cerita itu sudah basi, tegas Nelydia, meskipun pernah berlaku kontroversi disebabkan gambar mesra dia tidak kekok andai digandingkan sekali lagi bersama Sharnaaz.

Walaupun kekasihnya, pelakon dan pengacara, Qi Razali dikatakan sempat cemburu kemesraannya bersama Sharnaaz, tetapi lelaki itu tidak berhak mencorakkan masa depannya.

"Saya belum berkahwin. Jadi, sekarang ini ibu bapa saya yang berhak sepenuhnya terhadap apa yang saya lakukan. Justeru, saya rasa tidak timbul isu sama ada Qi memberi kebenaran kepada saya berlakon dengan Sharnaaz atau pun tidak.

"Semuanya terpulang kepada saya sendiri. Saya berhak sepenuhnya untuk mencorak masa hadapan dan menerima tawaran lakonan. Mengapa saya perlu minta kebenaran orang lain, jika saya rasa selasa saya akan terima tawaran itu," jelasnya panjang lebar.

Sungguhpun begitu, akui Nelydia, kekasihnya itu sentiasa memberi sokongan dan amat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Saya tidak tahu Qi tonton atau tidak drama lakonan saya ini, tetapi rasanya tidak kerana dia juga sibuk dengan kerjayanya. Walaupun keluar bermacam cerita kurang enak sebelum ini, Qi sentiasa memberi sokongan kepada saya.

"Dia tidak mengawal saya malah amat menghormati setiap keputusan yang saya buat. Setakat ini saya cukup senang bersamanya," katanya.

Bercakap soal masa depannya bersama Qi yang telah mencecah usia 37 tahun, Nelydia menyerahkan semuanya kepada takdir kerana buat masa ini dia tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Jelasnya: "Soal tentang bertunang atau kahwin itu berada di luar kawalan saya kerana itu soal jodoh. Tidak semestinya saya bercinta dengan seseorang saya pasti berkahwin dengannya.

"Benar, kami ada berbincang tentang perkahwinan tetapi buat masa ini saya selesa begini. Jika ingin berkahwin haruslah meminta kebenaran ibu saya terlebih dahulu bukannya saya,"

Namun, sebagai wanita, Nelydia tidak menolak andai dia dipertemukan jodoh pada usia yang muda kerana sasarannya untuk menamatkan zaman bujang adalah pada usia 24 atau 25 tahun.

"Saya tahu Qi lebih berusia daripada saya dan dia sangat matang kerana sudah melalui pelbagai pengalaman hidup. Usia hubungan kami pun baru setahun lebih, jadi saya tidak berani cakap yang dia adalah lelaki pilihan untuk berkahwin.

"Kalau dipertemukan jodoh awal saya tidak kisah, saya juga tidak mahu berkahwin dalam usia terlalu lewat. Umur 24 atau 25 itu sedang elok untuk saya berkahwin," katanya tanpa berselindung.

SHARNAAZ dan Nelydia sekali lagi akan berganding di dalam drama rantaian berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.


Malu berlakon adegan romantis

Walaupun berpengalaman dan sudah berlakon dalam beberapa buah drama popular, Nelydia mengakui dia masih berasa kekok dan malu apabila berlakon dalam adegan romantis dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Ujarnya, apabila dia menonton drama tersebut ada beberapa adegan yang dirasakan keterlaluan baginya, namun masih ada batas sesuai dengan adat dan budaya masyarakat Malaysia.

Ujarnya: "Ada juga beberapa adegan yang agak keterlaluan dan malu untuk saya lakonkan. Antaranya adegan saya sedang hamil sambil mengusap-usap perut. Adegan itu bagi saya paling sukar kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman hamil jadi adegan itu agak pelik untuk saya.

"Lama juga masa yang saya ambil untuk selesaikan adegan itu. Mana tidaknya baru mula dialog saya sudah ketawa. Selain itu babak romantis saya bersama Sharnaaz juga yang membuat saya sangat segan untuk berlakon."

Meskipun memberi lakonan yang terbaik dalam drama itu, Nelydia mengakui dia masih bimbang dengan penerimaan penonton terutamanya pembaca setia novel tersebut.

Dia memberitahu membaca novel tersebut sebelum penggambaran bermula dan telah memasukkan sebanyak mungkin input di dalam watak yang dimainkan. Bagaimanapun, akuinya dia masih bimbang adakah lakonannya sebaik imaginasi pembaca novel itu?

"Sebenarnya, saya takut terlebih gedik atau mengada-ngada kerana watak Mastura memang begitu. Bagaimanapun, selepas melihat kepada sambutan yang diberikan, saya yakin telah membawa watak itu dengan baik," balasnya yang bakal terbang ke Perancis tidak lama lagi untuk penggambaran sebuah drama.

Fauzi mahu bersemuka segera

Posted:

Fauzi mahu bersemuka segera

Fauzi mahu bersemuka segera

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SEBAGAI seorang suami, Fauzi amat mengambil berat soal isterinya, Lisdawati lebih-lebih lagi apabila dia hamil sewaktu diherdik Sharnaaz.


PADA bulan Februari lalu, kecoh seketika berhubung kontroversi yang membabitkan pelakon drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati ketika menjalani penggambaran.

Lisdawati yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, telah diherdik oleh Sharnaaz ketika penggambaran berlangsung sehingga dia dan suami terpaksa membuat laporan polis.

Berdasarkan laporan tersebut, Sharnaaz pula mendakwa, Fauzi telah menghina ibu bapanya dan telah memberi peringatan kepada pasangan suami isteri itu untuk menyaman mereka.

Berkesempatan bertemu dengan Fauzi sewaktu majlis pratonton filem Sang Pemberani di Cathay Cineplex, Petaling Jaya, Selangor semalam, dia ditanya mengenai perkembangan kontroversi tersebut.

Ini kerana Sharnaaz yang ditemui media pada majlis tayangan episod akhir drama rantaian tersebut awal minggu ini menyatakan, mahu menyelesaikan kontroversi tersebut segera dan melupakan apa yang telah terjadi.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan perkembangan kes yang berlaku antara Fauzi dan Sharnaaz sekarang ini?

FAUZI: Sebelum saya pergi menunaikan ibadah umrah bulan lalu, Sharnaaz ada mengatakan yang dia ingin menyaman saya. Setelah saya kembali ke Malaysia, saya masih belum menerima sebarang surat saman atau dihubungi oleh peguamnya. Kalau ditanya tentang perasaan saya, sudah tentu kontroversi ini sesuatu yang sangat mengecewakan. Sepanjang 17 tahun bergelar anak seni, belum ada kes lagi seorang pelakon lelaki yang mengherdik wanita hamil.

Apakah tujuan anda membuat laporan polis setelah kontroversi tersebut timbul?

Pertama sekali, ia sebagai tindakan untuk melindungi isteri saya yang sedang sarat mengandung, bukan semata-mata mahu mengejar publisiti. Setelah laporan dibuat, saya terus bawa isteri ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan memastikan kandungan isteri saya tidak ada apa-apa. Mengenai tuduhan yang mengatakan saya menghina ibu bapa dia itu sudah tentu tidak benar sama sekali. Kalau dia mengaku ada mempunyai bukti, tunjukkan sahaja bukti tersebut.

SHARNAAZ memberitahu, dia mahu menyelesaikan kontroversi bersama Fauzi dan Lisdawati dengan segera.


Sharnaaz baru-baru ini sudah membuat permohonan maaf atas masalah yang telah berlaku. Kalau boleh dia kata tidak mahu meninggal dunia dengan mata tidak tertutup rapat kerana kontroversi ini belum selesai. Bolehkah anda komen mengenai perkara tersebut?

Kenapa baru sekarang dia membuat kenyataan untuk meminta maaf pula, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan sejak awal lagi? Apabila sudah menjadi kecoh, baru dia ingin memohon maaf pula. Sekarang saya masih mahu bersemuka dengannya untuk menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini dia pernah berkata mahu berjumpa selepas isteri saya bersalin, tetapi saya rasa itu tidak perlu (tunggu sehingga lepas bersalin) kerana saya dan isteri bersedia pada bila-bila masa sahaja.

Adakah anda akan memberi kebenaran untuk isteri berlakon dalam sesebuah penerbitan sekiranya ia turut membabitkan Sharnaaz?

Sebenarnya saya tidak ada masalah memberi keizinan kepada isteri untuk dia berlakon dengan sesiapa sahaja, termasuk Sharnaaz. Cuma saya mahu masalah dengan Sharnaaz ini perlu diselesaikan terlebih dulu dan kami mahu bersemuka dengannya. Dalam industri hiburan kita yang tidak terlalu besar ini, rasanya kurang sesuai pula kalau saya mahu menghalang isteri. Lagipun saya percaya isteri dapat menjaga dirinya dengan baik.

Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang ini?

Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran dua buah drama bersiri iaitu Fajar Aiman terbitan Suhan Movies dan Kudus yang diterbitkan oleh A. Aida Production yang akan disiarkan di TV3. Filem pertama arahan saya berjudul Pak Pung pula berkemungkinan besar akan ditayangkan pada tahun ini. Selain itu, saya turut terbabit dengan syarikat MAFIcomm Resources Sdn. Bhd. yang menerbitkan filem di Indonesia.

Hafiz tak pakai bomoh

Posted:

Hafiz tak pakai bomoh

Hafiz tak pakai bomoh

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

HAFIZ menafikan dirinya terlibat dengan perbuatan khurafat dan terjebak dengan gejala sosial.


POPULARITI dan kejayaan yang diraih Hafiz membenarkan pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya. Ada yang mendakwa penyanyi kelahiran Sarawak itu mengamalkan ilmu hitam untuk kekal bertahan dalam industri.

Menjawab dakwaan itu Hafiz sama sekali menyangkal tuduhan berkenaan dan percaya rezeki yang diterimanya hingga kini berkat usaha dan niat yang baik.

"Mengarutlah! Siapa kata kalau mahu berjaya perlu pakai ilmu hitam? Malah dalam apa jua perkara pun amalan itu ditegah agama dan tidak elok.

"Kalau betul saya pakai ilmu hitam saya tidak menjadi diri saya sekarang, sudah tentu saya dihina dan dicaci. Saya percaya setiap apa yang dilakukan berlandaskan berkat dan niat yang baik.

"Memang hasad dengki itu sentiasa ada dan tentunya ada saja pihak yang cuba mereka cerita yang boleh menjatuhkan orang. Saya berani kerana benar!" tegasnya yang ditemui usai mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha A Golden Moment With Hafiz di Matrade, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ambil dadah?

Tidak terlepas daripada dakwaan nakal yang kurang berasas, penurunan berat badan daripada 70 kilogram kepada 55 kilogram penyanyi itu juga mengundang persepsi negatif, bahawa Hafiz mengambil dadah.

"Apabila orang nampak kita gembira orang tidak senang. Pastinya kalau saya mengambil dadah saya bukan seperti yang dilihat sekarang.

"Saya akan menyendiri dan tidak bergaul dengan orang. Saya belajar keburukan pengambilan dadah kerana bagi saya itu adalah pembunuh karier saya.

"Saya cintakan kehidupan saya sekarang dan mahu teruskan masa depan saya," jelasnya yang cuba mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial, maksiat, dadah dan arak.


DUET dua buah lagu bersama Adira termasuk lagu Ombak Rindu membuat tetamu teruja.


Tak berbaloi

Sementara itu, sempena Minggu Setiausaha Coop Matrade, Hafiz cuma mendendangkan empat buah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi undangan, Adira Suhaimi.

Dengan bayaran yang dikenakan bermula RM580 hingga RM780, ada yang menyifatkan persembahan itu tidak berbaloi dengan nilai yang dikenakan.

"Kalau boleh memang saya mahukan lebih daripada itu tapi jumlah lagu telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan saya menurut saja apa yang telah diberikan.

"Alhamdulillah untuk pertama kali mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun ini sambutan yang diterima amat memberangsangkan," katanya.

Risaukah dengan kesan yang bakal dihadapi kelak apabila kadar bayaran yang terlalu tinggi dikenakan untuk menyaksikan persembahan Hafiz hingga mungkin ada syarikat yang takut untuk mengundang selepas ini?

Ini jawapan Hafiz: "Saya tiada masalah. Sebarang proses perbincangan mengenai bayaran bergantung pada pengurusan saya. Memang apabila difikirkan kembali bayaran itu mahal tapi berdasarkan tema A Golden Moment With Hafiz sudah tentu bayaran itu berbaloi."

Pada majlis tersebut, dia menghiburkan lebih 400 tetamu yang hadir menerusi lagu hitnya Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, medley Pelangi Petang, Terasing dan Salam Terakhir.

Sebelum itu, Adira membuka majlis dengan dua buah lagu popularnya Ilusi dan Dewi Cinta sebelum berduet bersama Hafiz menerusi lagu Ombak Rindu dan Muara Hati.

Penyanyi itu juga telah mencuri tumpuan apabila menyanyikan lagu All Of Me (nyanyian asal John Legend) sambil bermain piano buat pertama kalinya ketika beraksi di pentas.

Kata Hafiz: "Saya mahu memberikan kelainan dengan bermain instrumen muzik yang saya pelajari menerusi Youtube saja beberapa bulan sebelum ini."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved