Sabtu, 8 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kemegahan Pulau Pinang

Posted:

Kemegahan Pulau Pinang

Kemegahan Pulau Pinang

MELEWATI laluan sejauh 24 kilometer (km) di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) memberikan pengalaman yang berbeza berbanding melalui Jambatan Pulau Pinang.

Laluan berliku jambatan kedua negeri itu yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau menyajikan panorama alam semula jadi yang menakjubkan.

Apatah lagi, 16.9km daripada strukturnya merentasi permukaan laut Selat Selatan.

"Memandu di jambatan ini seolah-olah sedang meniti alam semula jadi dengan berlantaikan permukaan laut yang luas. Pemandangannya sungguh luar biasa. Saya tidak nampak langsung bangunan-bangunan di daratan semasa berada di tengah-tengah jambatan.

"Perasaan kagum dan teruja bergejolak tatkala menyaksikan bukit-bukau di pulau di samping pemandangan Pulau Jerejak dan Pulau Aman," luah seorang pengguna terawal jambatan itu, Nurul Azila Ismail, 28.

JSAHMS dibuka untuk laluan orang awam bermula pukul 12.01 malam 2 Mac lalu.

Pada malam sebelumnya, Nurul Azila turut bersama-sama lebih 10,000 yang lain berada di Batu Maung bagi menyaksikan majlis perasmian jambatan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


NAJIB merasmikan JSAHMS pada 1 Mac lalu.


Anak tempatan

Menyingkap kembali idea pembinaan jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu, ia dicetuskan oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi meningkatkan kegiatan ekonomi di negeri tersebut menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).

Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi JSAHMS dilakukan Abdullah sebelum pembinaannya dimulakan pada November 2008.

Antara kawasan yang mendapat tempias pembangunan itu termasuklah kawasan berdekatan Seberang Perai, Pulau Pinang; Kulim, Kedah dan utara Perak.

Jambatan merentasi laut terpanjang di dunia ialah Jambatan Teluk Jiaozhou yang menghubungkan bandar pelabuhan barat China, Qingdao ke Pulau Huangdao sejauh 42.8 kilometer. Dibuka pada Jun 2011, ia dibina dengan kos kira-kira RM5 bilion.

Biarpun JSAHMS baru seminggu beroperasi, ia telah mengubah landskap kehidupan di Batu Kawan terutamanya di Kampung Darat, Kampung Pengkalan dan Kampung Masjid yang menjadi pintu masuk ke jambatan tersebut.

"Dahulunya kawasan ini cuma ladang kelapa sawit. Pemandangannya pula suram kerana terletak di hujung laluan berdekatan laut.

"Namun, dalam tempoh enam tahun lalu, keadaan berubah sedikit demi sedikit," kata penduduk Kampung Pengkalan, Eng Bak Chooi, 77.

Tidak hanya memberi manfaat kepada penduduk Batu Kawan, jambatan itu turut memendekkan masa perjalanan dari tanah besar ke Balik Pulau, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bahkan bandar raya George Town.

Jambatan berkenaan turut meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitarnya sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus.

Bagaimanapun, jambatan kedua tersebut bukanlah pengganti Jambatan Pulau Pinang yang telah digunakan sejak September 1985.


KEDUA-DUA jambatan ikon negeri Pulau Pinang menjadi pelengkap dalam menghubungkan tanah besar dengan bahagian pulau.


Sebaliknya JSAHMS menjadi pelengkap dalam menghubungkan tanah besar dengan bahagian pulau.

Sebanyak 25 hingga 30 peratus trafik dari Jambatan Pulau Pinang yang sudah berusia 28 tahun dijangka ditampung oleh ikon baharu tersebut.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Datuk Ir. Dr. Ismail Mohamed Taib, pembinaan jambatan bernilai RM4.5 bilion itu telah membuktikan kehebatan dan kepakaran anak tempatan.

"Pada peringkat awal reka bentuk sahaja kita menggunakan kepakaran dari China. Tetapi dari aspek pengurusan, pekerja, perunding dan bahan-bahan binaan semuanya menggunakan sumber tempatan," katanya.

JSAHMS dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi, antaranya menggunakan galas getah redaman tinggi yang diperbuat daripada getah asli tempatan dan mampu menahan kesan gempa bumi sehingga 7.5 pada skala Richter.

Reka bentuknya juga dicipta untuk keperluan mendapan sebanyak 50 meter bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Pada asalnya, jambatan ini dijangkakan siap pada September 2013, namun atas masalah teknikal, pembinaannya dilanjutkan sehingga November 2013.

Pada 6 Jun tahun lalu, seorang bekas anggota polis, Tajudin Zainal Abidin maut selepas tanjak penyambung susur keluar jambatan itu ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di Batu Maung runtuh. Konkrit seberat 300 tan itu menghempap kereta Perodua Kelisa yang dinaiki Tajudin.

Tragedi itu menyebabkan pembinaan tertangguh selama dua bulan sebelum siap sepenuhnya pada Februari lalu.

Salmonela pasar malam

Posted:

Salmonela pasar malam

Salmonela pasar malam


AYAM yang terdedah dan tidak disimpan di bawah suhu sepatutnya mudah terkena bakteria salmonela.


ANEKA makanan yang dijual di pasar malam begitu mudah membangkitkan selera namun, risiko untuk terkena keracunan makanan juga tinggi kerana kebersihannya belum pasti terjamin.

Selasa lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme, mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan ayam goreng yang dibeli oleh ibunya daripada sebuah pasar malam di Terengganu.

Ibu kanak-kanak malang tersebut, Siti Zuraina Mohd. Yusoff, 28, berkata, sebelum kejadian, dia dan anak tunggalnya pergi ke pasar malam tersebut pada pukul 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng serta air keladi.

Kesemua makanan tersebut dimakan oleh Siti Zuraina sekeluarga.

"Pada pukul 7 pagi keesokan hari, anak dan suami saya mengadu sakit perut dan mengalami cirit-birit. Kami kemudian bergegas ke Klinik Kesihatan Bukit Payung di Marang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Tambah Siti Zuraina, walaupun ubat-ubatan telah diambil, keadaan anak dan suaminya sebaliknya semakin teruk.

"Selepas itu, kami pergi semula ke klinik yang sama. Bagaimanapun, doktor mengatakan keadaan Iqbal semakin teruk hinggakan dia terpaksa menerima bantuan pernafasan.

"Kemudian, Iqbal terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zafirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Semasa dalam perjalanan ke hospital tersebut, Siti Zuraina menyedari nadi anaknya telah tiada manakala keadaan suaminya masih lemah. Muhammad Iqbal disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang sewaktu dalam perjalanan ke HSNZ.

Sebenarnya keracunan makanan tersebut bukan sahaja berlaku kepada keluarga Siti Zuraina malah melibatkan berpuluh-puluh penduduk tempatan lain pada hari kejadian.


SITI ZURAINA dan suaminya, Mohd. Ilme menunjukkan gambar Muhammad Iqbal yang maut akibat keracunan salmonela di Terengganu baru-baru ini.


Difahamkan, rata-rata mereka mengalami simptom keracunan makanan iaitu muntah-muntah dan cirit-birit selepas membeli makanan di pasar malam berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Sains Sosial, Konsultan Makanan dan Kulinari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, peniaga sepatutnya lebih peka terhadap makanan yang dijual terutamanya dari segi kebersihan supaya tidak memudaratkan pembeli.

"Kebersihan pasar malam di negara ini boleh diragukan kerana kita tidak tahu cara penyediaan makanan tersebut lebih-lebih lagi pada masa ini sesiapa sahaja boleh berniaga dengan mudah di pasar malam.

"Jika diteliti, segelintir peniaga tidak mempunyai pengetahuan tentang cara penyediaan makanan yang betul dan sering mengambil mudah dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Ujarnya, atas faktor tersebut, tidak hairanlah jika kejadian keracunan makanan disebabkan memakan makanan di pasar malam kerap berlaku.

Pemeriksaan pihak hospital terhadap 10 sampel najis pesakit di Kuala Terengganu baru-baru ini turut mendapati kesemuanya positif bakteria salmonela.

Oktober tahun lalu, tiga orang maut di Kedah selepas mereka makan ayam masak merah yang dicemari salmonela pada majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof. Dr. Son Radu berkata, salmonela merupakan sejenis bakteria yang mudah merebak di dalam makanan terutamanya jika ia terdedah kepada suhu yang tidak bersesuaian dalam jangka masa yang lama.

"Kebiasaannya salmonela wujud dalam makanan berasaskan ayam dan itik di mana ia boleh membiak sepantas 10 minit jika tidak disimpan di tempat yang betul.

"Saya percaya faktor kebersihan juga menjadi punca yang membawa kematian kanak-kanak lima tahun di Terengganu baru-baru ini," katanya. - KHAIRIYAH HANAFI

Kerjasama pertanian Malaysia-Aceh

Posted:

Kerjasama pertanian Malaysia-Aceh

Kerjasama pertanian Malaysia-Aceh

Oleh AQMAR ALLADAD


MALAYSIA akan melabur dan mengusahakan bidang pertanian di Aceh dan membawa hasil pertanian itu balik ke negara ini.


ACEH, Indonesia bakal menjadi pusat pelaburan baharu bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) terutamanya dalam bidang penanaman dan pemprosesan padi, penternakan, pertanian serta perikanan pada tahun ini.

Pelaburan berkonsep kebalikan (reverse investment) itu meyakinkan Aceh dengan kemampuan Malaysia daripada segi teknologi dan kewangan untuk membantu wilayah tersebut melonjakkan sektor pertanian serta ekonomi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia akan melabur dan mengusahakan pertanian di Aceh dan membawa hasil pertanian tersebut balik ke Malaysia sebagai sumber makanan baharu.

Menurutnya, selain itu, bekalan bahan mentah untuk menghasilkan makanan ternakan seperti kacang soya dan jagung juga akan dibangunkan di Aceh.

"Sebagai timbal balik kepada pelaburan tersebut, kerajaan Aceh pula akan mengimport produk-produk halal industri asas tani ke wilayah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu PT Nafasindo bersama Gabenor Aceh, Dr. Zaini Abdullah di Banda Aceh baru-baru ini.


PERIKANAN antara bidang pelaburan baharu bagi Nafas di Aceh.


Menurut Ismail Sabri, sebelum ini halangan terbesar untuk melakukan reverse investment adalah dasar yang menghalang pelabur membawa balik hasil tani yang diusahakan di luar negara.

"Misalnya Nafas boleh menanam padi di luar negara tetapi tidak boleh membawa pulang beras yang diproses dan dihasilkan ke Malaysia.

"Bagaimanapun di Aceh, saya difahamkan dasar yang menghalang pelabur asing membawa balik hasil tani dapat diselesaikan kerana Aceh mempunyai kuasanya sendiri untuk menentukan dasar tersebut," ujarnya.

Sesi lawatan selama tiga hari ke Aceh dan Medan itu turut membincangkan potensi Nafas melabur dalam penanaman padi dan mendirikan kilang memproses padi untuk menghasilkan beras di Aceh.

Setakat ini, pelaburan Nafas di Aceh hanya terhad dalam sektor mengusahakan ladang sawit seluas 13,000 hektar yang sudah bertapak di Aceh selama 17 tahun menerusi anak syarikatnya, PT Nafasindo.

"Gabenor Aceh telah menyatakan keterbukaan kerajaan Aceh untuk menerima pelaburan daripada Malaysia. Ini kerana menurut beliau, Aceh kaya dengan sumber modal terutama tanah pertanian yang luas, tenaga kerja ramai serta jaringan perhubungan yang baik.

"Malaysia akan menggunakan model dan pengalaman PT Nafasindo milik Nafas di Singkil, Aceh untuk memastikan pelaburan-pelaburan ini berjaya," jelasnya.

Justeru itu, Ismail Sabri menjelaskan sebagai langkah awal, Malaysia dan Aceh akan mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Pertanian untuk menentukan produk pertanian yang sesuai diusahakan di wilayah itu.

Tambah beliau, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman.

Jawatankuasa itu akan dianggotai oleh para pegawai daripada Nafas, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Veterinar.


BEKALAN bahan mentah untuk menghasilkan makanan ternakan seperti kacang soya dan jagung juga akan dibangunkan di Aceh.


"Perjanjian persefahaman antara kerajaan Aceh dan Malaysia akan dibuat semasa rombongan Aceh mengadakan kunjungan balas ke Malaysia nanti," ujarnya.

Sementara itu, Zaini pula menyifatkan hasrat Nafas untuk meneroka pelaburan dalam agromakanan di Aceh sebagai peluang cerah untuk Aceh mendapatkan pelaburan besar.

"Pelaburan dalam sektor agromakanan dapat membantu meningkatkan ekonomi dan membangunkan Aceh. Pada masa ini di Aceh, ramai yang masih menganggur. Jadi saya mengharapkan pelaburan Malaysia untuk membawa peluang pekerjaan kepada penduduk di sini," katanya.

Pengarah PT Nafasindo, Saipol Bahari Suib pula berkata, Nafas berhasrat menjadikan Aceh sebagai halaman belakang Malaysia bagi mengeluarkan produk makanan yang akan dibawa pulang ke Malaysia.

Pada masa ini, aset terkumpul Nafas di Aceh bernilai RM437 juta. Nafas memulakan operasi di Aceh pada 1996 dan ia merupakan pelaburan luar negara Nafas yang pertama.

Nafas berperanan sebagai badan induk pertubuhan peladang di Malaysia. Pada masa ini, anggota Nafas mencecah lebih 800,000 di seluruh negara. Mereka terlibat dalam sektor perladangan, pertanian dan penternakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


MAS bimbang nasib 239 penumpang

Posted:

MAS bimbang nasib 239 penumpang

MAS bimbang nasib 239 penumpang

WARIS penumpang pesawat MAS yang hilang tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam.


SEPANG - Seramai 239 penumpang hilang apabila pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang mereka naiki dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan berdekatan Vietnam setelah ia terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang di Selangor awal pagi semalam.

Tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara itu berlaku ketika pesawat mewah berkenaan berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Pesawat MH370 itu berlepas ke Beijing, China pada pukul 12.41 pagi semalam sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 pagi.

Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu tempatan).

Pesawat yang dikendalikan oleh pegawai berpengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan Fariq Ab. Hamid, 27, itu turut membawa 12 kru dan dua bayi.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, 38 penumpang adalah rakyat Malaysia manakala yang lain warganegara China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3) dan Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi).

"Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perdana Menteri sahkan pesawat belum ditemui

Posted:

Perdana Menteri sahkan pesawat belum ditemui

Perdana Menteri sahkan pesawat belum ditemui


NAJIB melawat waris mangsa pesawat MAS yang hilang daripada radar di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang terputus hubungan dan hilang daripada radar ketika menuju ke Beijing, China pada pukul 2.40 pagi semalam masih belum ditemui.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada bukti bahawa pesawat Boeing 777-200 itu terhempas, dirampas mahupun diserang pengganas.

"Kita sedang mengkaji segala kemungkinan. Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

"Ada beberapa teori yang hanya akan tinggal sebagai teori melainkan kita mendapat apa-apa bukti yang kukuh," katanya ketika ditanya kemungkinan wujud elemen keganasan menjadi punca tragedi tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Teori kehilangan pesawat MH370

Posted:

Teori kehilangan pesawat MH370

Teori kehilangan pesawat MH370

Masalah teknikal
Pesawat MH370 mungkin mengalami masalah teknikal pada enjin yang kemudian melemahkan seluruh sistem pesawat sebelum menyebabkannya terhempas.

Kemungkinan besar pesawat itu menjunam ke laut dan sehingga kini belum dikesan pasukan penyelamat.

Antara masalah teknikal pada enjin yang boleh mengundang malapetaka ialah pesawat kehabisan minyak atau kehilangan kuasa enjin dan tujahan semasa terbang.

Kebakaran

Pesawat kemungkinan mengalami kebakaran yang boleh berpunca daripada enjin atau dari dalam kabin.

Kebakaran dari dalam kabin mungkin boleh berpunca daripada litar pintas atau peralatan elektronik dalam pesawat.

Pesawat juga boleh berdepan dengan gangguan telekomunikasi jika penumpang menggunakan gajet-gajet elektronik yang dibawa bersama semasa penerbangan.

Semua gangguan itu boleh mengundang malapetaka.

Cuaca buruk

Faktor ribut dan kilat boleh menjadi salah satu punca pesawat MH370 ditimpa kemalangan.

Sistem pada pesawat boleh terganggu sekiranya berlaku bencana seperti ribut yang menyebabkan hilangnya imbangan sebelum pesawat kemudian terhempas.

Tersasar penerbangan

Juruterbang mungkin tersasar daripada mengikuti radar semasa penerbangan hingga menyebabkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan.

Juruterbang berkemungkinan tidak kembali kepada panduan penerbangan yang diberi oleh menara kawalan atau tidak kembali kepada sistem pengesanan global (GPS) yang terdapat pada pesawat hingga memungkinkan ia terhempas.

Rampasan

Pesawat mungkin dirampas oleh pihak pengganas yang kemudian telah meletupkannya.

Pengganas biasanya akan membuat sesuatu tuntutan jika mereka merampas pesawat dan tidak melakukan perkara itu jika tiada tujuan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lapan penuntut USM gagal turun Gunung Jerai

Posted:

Lapan penuntut USM gagal turun Gunung Jerai

Lapan penuntut USM gagal turun Gunung Jerai

08/03/2014 11:16pm

YAN - Seramai lapan penuntut lelaki dari Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan gagal turun daripada Gunung Jerai di sini selepas salah seorang rakan mereka cedera dalam kejadian petang tadi.

Kesemua mereka dikatakan mula mendaki kira-kira pukul 10 pagi tadi bagaimanapun gagal turun apabila seorang daripada pelajar itu mengalami kecederaan.

Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 26 tahun tersebut dikatakan naik ke Gunung Jerai untuk berkhemah dan difahamkan ia tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri menerima laporan tentang kejadian pada pukul 8.13 malam tadi dan kini operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan. - KOSMO!

Perak hanya kutip satu mata

Posted:

Perak hanya kutip satu mata

Perak hanya kutip satu mata

08/03/2014 11:00pm

IPOH - Perak terpaksa berpuas hati dengan mengutip satu mata selepas seri 1-1 menentang PKNS FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini malam tadi.

Pemain import dari Brazil, Eliel da Cruz menceriakan kira-kira 10,000 penyokong Seladang apabila berjaya memperoleh gol pertama perlawanan seawal minit keenam.

Gol yang berpunca daripada gerakan cantik pasukan tuan rumah diperoleh selepas pertahanan lawan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan disudahkan oleh Eliel da Cruz.

Kealpaan benteng skuad The Bos Gaurus menghadiahkan gol penyamaan yang dicari-cari pasukan pelawat menerusi Karlo Primorac pada minit ke-40.

Hantaran silang depan gol daripada kapten pelawat, Mohd. Fauzan tidak disia-siakan Primorac yang dengan tenang menyudahkan gol. - KOSMO!

Chong Wei mara ke final All England 2014

Posted:

Chong Wei mara ke final All England 2014

Chong Wei mara ke final All England 2014

08/03/2014 10:42pm

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras untuk meneruskan cabaran ke final Kejohanan Badminton All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England.

Pada perlawanan separuh akhir hari ini, Chong Wei menerima tamparan awal apabila tewas pada set pertama 14-21 kepada pemain bukan pilihan Son Wan Ho dari Korea Selatan sebelum bangkit pada set kedua 21-19.

Chong Wei turun selaku pemain pilihan utama meraih kemenangan 21-15 pada set ketiga dalam perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 11 minit, menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.

Menanti Chong Wei pada final esok ialah juara bertahan Chen Long dari China selepas menyingkirkan rakan sepasukannya Wang Zheming, 21-17 dan 21-14 dalam satu lagi perlawanan.

Chong Wei merangkul kejuaraan All England pada 2010 dan 2011 kemudian Lin Dan dari China merampas kejuaraan itu pada 2012. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rusia tempat 30,000 askar di Crimea

Posted:

Rusia tempat 30,000 askar di Crimea

Rusia tempat 30,000 askar di Crimea

TENTERA Rusia mengepung pangkalan tentera Ukraine di Perevalnoye, dekat pelabuhan Simferofol, dalam wilayah Crimea kelmarin.


KIEV - Rusia kini menempatkan 30,000 askar di wilayah Crimea, kata beberapa unit pengawal sempadan Ukraine semalam.

Mereka berkata, bilangan tersebut dua kali ganda lebih besar daripada angka yang diberikan oleh kerajaan di ibu kota Ukraine di sini.

Seorang pegawai unit berkenaan, Serhiy Astakhov memberitahu agensi berita Reuters bahawa angka tersebut termasuk askar-askar yang tiba sejak minggu lalu dan anggota tentera Armada Laut Hitam Rusia yang berpangkalan di pelabuhan Sevastopol, Crimea.

Rusia sebelum ini mendakwa negara itu hanya mempunyai anggota tentera yang berpangkalan di pelabuhan Sevastopol.

Askar-askar Rusia kini yang tidak memakai lambang tentera negara berkenaan pada uniform mereka kini menguasai beberapa kedudukan di seluruh Crimea.

Namun, mereka menaiki kenderaan tentera yang mempunyai nombor plat tentera Rusia.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan baharu Ukraine menyatakan beribu-ribu askar tambahan telah tiba dan bergerak ke seluruh wilayah Semenanjung Crimea sekali gus melanggar perjanjian penempatan askar Rusia di negara itu.

Pada awal minggu ini, Ukraine menyatakan terdapat keseluruhan 16,000 askar Rusia di Crimea.

Dalam pada itu, wakil-wakil rakyat Rusia semalam menyambut baik prospek Crimea menjadi sebahagian daripada wilayah Rusia.

Perkembangan tersebut berlaku ketika Amerika Syarikat bertindak untuk mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Rusia.

Crimea yang dihuni oleh majoriti etnik Rusia akan mengadakan satu pungutan suara pada 16 Mac ini untuk menentukan sama ada akan menyertai Rusia atau sebaliknya.

"Jika penduduk Crimea memutuskan untuk menyertai Rusia dalam pungutan suara tersebut kami sudah tentu menyokong pilihan mereka," kata Speaker Dewan Rendah, Valentina Matviyenko.

Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak menghiraukan amaran rakan sejawatnya, Barack Obama bahawa Rusia akan menerima kesan buruk jika tidak mengundurkan askar-askarnya dari Crimea.

Malah, Putin juga tidak mempedulikan amaran Obama bahawa beliau telah melanggar undang-undang antarabangsa berhubung krisis di Crimea. - Agensi

Tentera didakwa seludup pelarian

Posted:

Tentera didakwa seludup pelarian

Tentera didakwa seludup pelarian


BEBERAPA pelarian Rohingya duduk di atas sebuah van polis selepas ditahan di selatan Thailand. - AP


BANGKOK - Sebuah pertubuhan hak asasi antarabangsa semalam menggesa pihak berkuasa Thailand menyiasat penglibatan tentera lautnya menyeludup pelarian Rohingya dari Myanmar dan bukan mendakwa wartawan-wartawan kerana melaporkan perbuatan tersebut.

Tentera Laut Thailand mengemukakan dakwaan fitnah terhadap laman web bahasa Inggeris, Phuketwan akhir tahun lalu kerana menyiarkan laporan bahawa pihak tentera terlibat dalam sindiket penyeludupan etnik Rohingya dari Myanmar.

Dua wartawan dari media tersebut akan dipanggil oleh pihak pendakwa raya Isnin depan dengan mereka mungkin didakwa kerana menerbitkan maklumat palsu dan memfitnah tentera.

Mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda 100,000 baht jika didapati bersalah.

Pertubuhan tersebut, Human Rights Watch menyatakan, pihak tentera laut perlu menghentikan usaha untuk menutup mulut kedua-dua wartawan itu.

"Tentera sebaliknya perlu membenarkan pihak berkuasa awam melakukan siasatan menyeluruh dan telus berhubung dakwaan penyeludupan dan layanan buruk terhadap orang hanyut Rohingya," kata Human Rights Watch dalam satu kenyataan.

Sejak beberapa tahun lalu, Phuketwan memainkan peranan utama dalam melaporkan penderitaan etnik minoriti Islam Rohingya yang melarikan diri daripada dibunuh, diseksa dan kemiskinan di Myanmar. - AP

Nakhoda berdiri atas busur Queen Mary II

Posted:

Nakhoda berdiri atas busur Queen Mary II

Nakhoda berdiri atas busur Queen Mary II

IMEJ menunjukkan Kapten Kevin Oprey berdiri di atas busur kapal persiaran Queen Mary II.


BALI - Seorang jurugambar mengambil masa sebulan untuk merancang merakam gambar nakhoda kapal persiaran terbesar di dunia, Queen Mary II berdiri di atas busur kapal berkenaan lapor akhbar MailOnline semalam.

Gambar luar biasa itu dirakam sempena ulang tahun ke-10 kapal tersebut pada Mei depan.

Jurugambar berkenaan, James Morgan berkata, beberapa faktor keselamatan termasuk kestabilan, penyeragaman kapal tersebut dan arus air telah diambil untuk merakam gambar nakhoda berkenaan, Kapten Kevin Oprey.

Morgan yang telah mengambil gambar kapal milik Cunard Line itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia mahu merakam gambar yang menunjukkan kecantikan kapal tersebut sempena ulang kesepuluhnya.

"Pada saya, garisan, bentuk dan lengkungan kapal itu membuatkan ia kelihatan kapal laut yang paling hebat di dunia," katanya.

Queen Mary II yang seberat 151, 200 tan boleh memuatkan 2,620 penumpang dan 1,253 anak kapal.

Dia merakam gambar itu dari sebuah bot yang berlabuh di hadapan kapal berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Gabungan pertama selepas 20 tahun

Posted:

Gabungan pertama selepas 20 tahun

Gabungan pertama selepas 20 tahun

SAAT cahaya lampu yang menerangi Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur dimalapkan tanda bermulanya persembahan, gema sorakan penonton yang memenuhi ruang persembahan itu baru-baru ini kedengaran semakin memuncak tatkala alunan muzik mula dimainkan.

Selang beberapa minit, kelibat penyanyi dan pelakon, Erra Fazira yang begitu anggun mengenakan busana berona emas muncul di atas pentas sambil membawakan lagu Yang Terindah Hanya Sementara.

Usai melantunkan lagu tersebut sebagai pembuka tirai persembahan, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain kemudiannya mengambil alih pentas sambil mendendangkan lagu Puncak Kasih sebelum diselangi dengan persembahan Awie yang membawakan lagu Bara.

Persembahan pembukaan ketiga-tiga penyanyi itu merupakan simbolik bermulanya bahagian satu penganjuran Konsert Teaterikal Suara Kita yang mendapat sentuhan daripada pengarah terkenal, Erma Fatima.

Vokal Erra masih berbisa

Trio yang turut bergelar pelakon itu bijak dalam memilih rangkaian lagu-lagu yang dipersembahkan sepanjang bahagian satu berlangsung.

Sekembalinya Ziana Zain ke atas pentas, peminat yang hadir disajikan dengan lagu-lagu malar hijau sesuai untuk memberi gambaran seterusnya bagi bahagian dua konsert tersebut. Dalam segmen itu, Ziana memperdengarkan lagu-lagu hitnya seperti Kekal, Fatalistik dan Bersama Akhirnya.


TRIO Ziana Zain, Erra Fazira dan Awie mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan mereka.


Awie yang muncul dengan pakaian serba ringkas berjaya memukau penonton menerusi persembahan bersahajanya dengan lagu-lagu tribute seperti Layang-Layang Terputus Tali, Nurnilam Sari dan Bujang Senang. Walaupun vokalnya kedengaran kurang memberangsangkan, namun, dia bijak dalam mengawal hubungan emosinya bersama penonton.

Tidak dinafikan, kemunculan yang paling dinantikan pada bahagian satu Konsert Teaterikal Suara Kita ialah persembahan daripada ratu filem Malaysia, Erra Fazira.

Sejujurnya, walaupun sudah lama tidak beraksi di atas pentas, Erra masih mampu melontarkan suaranya dalam menyanyikan rangkaian lagu-lagu seperti Pertemuan, Pasrah dan Jendela dengan baik.

Membuktikan bahawa penglibatannya dalam bidang seni tidak tertumpu pada dunia lakonan sahaja, persembahan Erra pada malam itu boleh dikatakan antara persembahan terbaiknya sepanjang menceburkan diri dalam industri hiburan.

Rangkuman lima filem

Tamat bahagian satu, persembahan pada malam itu diteruskan dengan bahagian dua yang menampilkan lakonan teater Erra, Ziana dan Awie berdasarkan lima filem yang pernah dilakonkan oleh mereka.

Filem-filem seperti Sembilu 1 dan Sembilu 2 diolah menjadi persembahan pembukaan turut menampilkan lagu-lagu runut bunyi yang pernah popular bersama filem-filem tersebut.

Paling menarik perhatian, babak yang disunting daripada filem Maria Mariana dihidupkan kembali dengan penampilan istimewa pengarah dan pelakon terkenal, Datin Ziela Jalil.

Terdapat juga beberapa elemen humor yang turut diselitkan sepanjang babak itu dilakonkan.

Dari segi mutu lakonan, Ziana tampak begitu menonjol berbanding Awie dan Erra terutamanya menerusi babak yang dipetik daripada filem Sembilu dan Maria Mariana. Karakter 'gedik' yang dimainkan ternyata mampu membuatkan penonton tertawa sepanjang pementasan berlangsung.

Persembahan bahagian dua Konsert Teaterikal Suara Kita ditutup dengan lagu baharu ciptaan Erma Fatima berjudul Makrifat Cinta. Lagu istimewa yang pertama kali diperengarkan pada penonton itu dicipta khas sempena persembahan tersebut.


NOSTALGIA Erra dan Awie daripada filem Sembilu diangkat ke pentas secara langsung di Istana Budaya.


Babak tergantung

Secara keseluruhan, rangkuman lima filem yang dijadikan sebuah persembahan pentas ini boleh dianggap sebagai satu idea bernas. Selain mencipta sesuatu yang bersifat baharu, ia turut sama membawa penonton mengimbau kembali nostalgia serta memori lama bersama ketiga-tiga pelakon tersebut.

Namun begitu, tiada kesinambungan dilihat antara kelima-lima babak yang cuba ditampilkan oleh pengarah. Setiap kali bertukar babak, penonton seperti meneka-neka daripada filem apa adegan tersebut diambil.

Selain itu, babak terakhir sering dibiarkan tergantung tanpa pengakhiran. Mungkin penonton yang merupakan peminat setia filem-filem Awie, Erra dan Ziana mampu untuk menikmati pementasan ini secara keseluruhan.

Bagaimana pula peminat yang masih muda dan tidak dibesarkan dengan filem-filem lakonan mereka? Sudah pasti mereka kurang faham intipati sebenar pementasan teaterikal berkenaan.

Bagaimanapun, unsur-unsur muzik yang ditampilkan dari awal hingga akhir dapat menyeimbangkan perjalanan persembahan tanpa membiarkan penonton berasa bosan menunggu saat tamatnya bahagian kedua itu.

Berhijab, Hazlin ingat mati

Posted:

Berhijab, Hazlin ingat mati

Berhijab, Hazlin ingat mati

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BEKAS peserta program Gadis Melayu 2 ini mempunyai ramai rakan yang bekerja dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.


MENELADANI pedoman yang lebih positif, citra penyampai berita Buletin Utama dan pengacara rancangan 999, Hazlin Hussain kini berubah.

Tampil dengan imej bertudung, Hazlin, 31, atau lebih mesra disapa Lin kelihatan lebih tenang.

Sementelah program televisyen yang dikendalikan, karakter tegas sebelum ini lebih banyak mencerminkan sisi sebenarnya.

Hazlin popular menerusi rancangan penyiasatan jenayah TV3, 999 selepas bakatnya dicungkil menerusi program pencarian bakat, Gadis Melayu musim kedua.

Dia yang ditemui dalam program khidmat masyarakat sempena Anugerah Bintang Popular di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor baru-baru ini berkongsi perjalanan hijrahnya.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Hazlin.

Kosmo!: Alhamdulillah Hazlin sudah berhijab sekarang, mungkin boleh dikongsikan serba sedikit perjalanan awal hijrah anda?

HAZLIN: Alhamdulillah saya mula bertudung pada hari Selasa (25 Februari 2014). Semuanya bermula apabila saya mendapat berita kematian kawan yang paling rapat, Mohd. Faris Zaidi pada 19 Februari lalu akibat serangan jantung. Setelah kehilangan dia yang saya kenal selama 13 tahun, saya merasakan satu kehilangan besar dalam hidup hingga tiada tempat bergantung. Terdetik dalam hati saya cuma Allah yang saya ada dan hanya Dia tempat saya mengadu, bergantung harap sekarang dan rasa selamat.

Sudikah Hazlin jelaskan dengan lebih lanjut?

Terlintas dalam fikiran saya, bila-bila masa saja saya boleh mati tanpa saya sangka. Saya jadi takut dan saya kena berubah. Perkara pertama adalah menjaga hubungan saya dengan Allah.

Apakah perkara terbesar yang dipelajari apabila berhijab?

Saya dapat merasakan sesuatu yang lain pada diri saya yang mungkin tiada sebelum ini. Saya rasa lebih dihormati dan terhindar daripada gangguan orang. Kalau dahulu, saya sendiri memberikan peluang untuk anasir negatif mengganggu saya, contohnya gangguan berbaur seksual tapi insya-Allah sekarang mohon dijauhkan.

Bagaimanakah perasaan hari pertama berhijab?

Hari Selasa lepas, saya mahu keluar rumah untuk membeli pakaian baharu untuk berhijab tapi apabila hendak keluar rumah tiba-tiba tercetus dalam hati mungkin ajal saya pula selepas ini. Saya takut mati. Kemudian saya cari apa saja yang ada di dalam rumah untuk disarungkan ke kepala. Alhamdulillah selepas itu saya rasa segala urusan dipermudahkan, senang mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai sekarang.

Bagaimanakah pula sokongan orang sekeliling Hazlin?

Produksi 999 sangat menyokong perubahan saya dan apabila pertama kali berhijab saya sentiasa menangis. Tambah pula dengan ucapan yang diterima secara peribadi atau di laman sosial sampaikan saya tidak menyangka sebegitu hebat penerimaan orang ramai terhadap imej baharu saya.

Ada sesetengah artis atau selebriti yang selepas berhijab menjual atau sedekahkan semua pakaian yang sedia ada untuk mencari pakaian baharu yang lebih sopan dan sesuai dengan imej. Bagaimana pula dengan Hazlin?

Ada juga pakaian saya masih boleh dipakai dan disuai padankan dengan pakaian lain yang lebih sopan. Selepas saya memuat turun foto saya bertudung di laman Instagram dan Facebook, Alhamdulillah, ada yang menawarkan untuk memberi hadiah selendang, tudung dan pakaian yang bersesuaian dengan syariat Islam. Begitu juga gambar-gambar lama, yang lepas biarlah lepas. Matlamat saya adalah sekarang dan masa hadapan.

Adakah mungkin hijrah Hazlin akan membataskan kerjaya anda sebagai wartawan jenayah yang banyak beraksi lasak seperti sebelum ini?

Saya masih sama cuma perlu menjaga adab, tatasusila dan aurat. Tiada alasan untuk saya tidak bekerja dan tidak perlu untuk malu kerana saya bukan buat kerja haram. Selama ini pun, ramai kawan saya yang bekerja dalam bidang penguatkuasaan yang bertudung, jadi kalau masuk kelab pun kerana melakukan serbuan. Insya-Allah, saya masih berusaha untuk menyesuaikan diri.

Bagaimanakah pendekatan Hazlin untuk beristiqamah dalam keputusan yang telah diambil?

Saya belajar daripada kawan-kawan dan orang yang berilmu. Syukur kerana saya dikelilingi teman yang sentiasa menasihati dan membimbing saya dalam banyak perkara. Selain itu, saya ada rujukan sendiri ke arah mendalami ilmu agama Islam contohnya kelas agama sebagai suntikan baharu buat diri sendiri.

Imej baharu Bront untuk

Posted:

Imej baharu Bront untuk <i>Antara</i>

Imej baharu Bront untuk Antara

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

BRONT menaikkan berat badan daripada 62 kilogram kepada 74 kilogram.


DEMI menjayakan watak seorang jurulatih menyelam bernama Harris dalam filem terbaharu lakonannya, Antara, Bront Palarae sanggup mengubah penampilannya terutama potongan gaya rambut.

Kata Bront, 35, dia telah melalui proses tujuh jam semata-mata untuk mengubah gaya rambut terkini.

Usahanya itu dirasakannya berbaloi untuk mencari kelainan untuk Antara yang mula menjalani penggambaran pada 28 Februari lalu.

"Sekarang, saya dapat rasa bagaimana pakai rambut palsu. Bayangkan, saya perlu bersabar selama tujuh jam untuk potong, sambung, kerinting, potong balik dan mewarnakan rambut ini sehinggalah hasilnya seperti sekarang.

"Saya juga perlu tambah berat badan daripada 62 kilogram menjadi 74 kilogram atas arahan pengarah.

"Semoga usaha kali ini memberikan kelainan kepada penonton nanti," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Antara di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Hampir lemas

Selain itu, Bront mengakui banyak belajar perkara baharu sepanjang proses latihan sebelum penggambaran filem itu termasuk belajar teknik menyelam dengan betul.

"40 peratus babak saya dalam filem ini adalah di dalam air, sama ada menyelam atau melakukan aktiviti seumpamanya.

"Sebagai sebuah filem yang menitikberatkan aspek teknikal seperti penggambaran di dalam air, kami dikehendaki mengikuti kelas menyelam untuk mempertajamkan kemahiran sebelum betul-betul dicampak dalam air nanti," kata Bront yang ditawarkan peranan itu Oktober tahun lalu.


BARISAN empat pelakon utama filem Antara (dari kiri), Bront Palarae, Izzaty Abdullah, Aisyah Hasnaa dan Remy Ishak.


Filem arahan Jason Chong itu akan menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Tioman, Pahang.

Selain Bront, filem itu menampilkan Remy Ishak, Ezzaty Abdullah dan Aisyah Hasnaa sebagai pelakon utama.

Sementara itu kata Remy yang akan melakonkan watak Kamar, dia mengakui cuak menantikan babak yang memerlukannya hampir lemas dalam air.

"Ada salah satu babak yang perlukan saya berlakon hampir lemas dalam air, sepanjang latihan saya akui memang memenatkan dan memerlukan lebih banyak tenaga. Silap hari bulan saya mungkin betul-betul lemas," jelasnya.

Banyak draf

Remy pada mulanya menolak tawaran membintangi filem terbitan Grand Brillance Sdn. Bhd. itu kerana terdapat kelonggaran daripada segi pembangunan karakternya namun selepas digarap beberapa kali dia menyahut cabaran tersebut.

"Skrip filem ini melalui banyak suntingan sebelum sampai peringkat sekarang dan jalan cerita pun ada perubahan. Saya akui saya memilih naskhah yang boleh mencabar saya untuk menjadi pelakon yang lebih bagus.

"Saya tidak mahu mengulangi watak serupa yang pernah saya lakonkan sebelum ini dan rasanya saya ada hak untuk berkata tidak untuk perkara itu," tegasnya.

Filem bergenre drama cinta itu mengisahkan takdir yang mempertemukan Kamar dan Alya yang membesar bersama seperti pasangan adik-beradik.

Perkongsian kasih sayang yang dibentuk berubah menjadi cinta apabila masing-masing dewasa sehingga Alya memilih untuk keluar daripada lingkungan selamat Kamar dan mengenali Harris yang baru ditemuinya dengan lebih serius.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved