Selasa, 11 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Detik cemas masih dalam ingatan

Posted:

Detik cemas masih dalam ingatan

Detik cemas masih dalam ingatan

BERADA di Tanjung Labian membuatkan hati setiap insan bernama manusia terpaku dan terpesona melihat hamparan keindahan alam ciptaan Allah.

Lautan biru yang terbentang luas bagaikan memanggil-manggil pencinta alam untuk sama-sama menyelami dasarnya atau berlari-lari anak di pesisir pantai yang memutih.

Saat penulis melihat sekeliling, kelihatan sekumpulan kanak-kanak dengan raut wajah ceria menggalas beg sekolah masing-masing sebagai tanda berakhirnya sesi persekolahan hari itu.

Dalam keasyikan melihat aksi itu, muncul pasangan suami isteri, Alhandi Jaapar, 40 bersama, Masni Japri, 27 yang kemudiannya mengajak penulis ke teratak kayu milik jirannya, Saudi Yunus.

"Jemput makan. Hari ini terasa tenang dengan angin kuat yang membuatkan udara menjadi sejuk.

"Ia jauh berbeza dengan apa yang berlaku setahun yang lalu. Saat itu saya masih terbayang kami sekeluarga terpaksa lari meninggalkan rumah. Semuanya angkara kehadiran pengganas Sulu," katanya membuka cerita.

Jelas Alhandi, peristiwa itu sesuatu yang sukar dilupakan. Kini, semuanya kembali tenang dengan kehadiran anggota keselamatan yang melakukan rondaan setiap hari di sekitar gugusan Tanjung Labian.

Sekali imbas, tragedi hitam yang berlaku pada 12 Februari 2013 lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Pencerobohan yang tidak pernah diduga itu yang menjadikan daerah Lahad Datu dan Semporna sebagai sasaran telah mengubah landskap keselamatan negara selain meninggalkan memori buat setiap insan yang merasainya.

Pengganas depan mata

Bagi Saudi, dia masih terbayangkan bunyi deruan tiga pesawat F/A-18D Hornet dan lima Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggugurkan bom di Kampung Tanduo.

Katanya, walaupun letupan itu dapat dirasai oleh keluarga dan kebanyakan penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu, namun ia adalah tindakan ketenteraan yang paling tepat untuk menghapuskan musuh.

"Selepas letupan itu, saya berharap pengganas dapat dihapuskan. Namun dalam masa sama, kami bersiap sedia untuk keluar dari kampung kerana bimbang keselamatan kami enam beranak," ujarnya.

Berbeza dengan Hamid Dilma, 64, yang mengalami pengalaman ngeri dalam pertemuan empat mata dengan ketua kumpulan pengganas Sulu, Datu Agbimuddin Kiram sewaktu ditahan bersama 30 orang penduduk kampung Labian dan Tanjung Batu.


SEORANG anggota tentera berkawal berdekatan serpihan bangkai bot pancung yang digunakan oleh pengganas Sulu.


Pengusaha kedai runcit itu memberitahu, kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 pagi 5 Mac tahun lalu itu ketika dia baru sahaja membuka pintu kedai runcitnya.

Tambahnya, terdapat sekumpulan individu yang memakai pakaian tentera bersenjatakan parang dan senjata api.

"Dua daripada mereka meluru ke arah saya lalu meletakkan parang tersebut di tengkuk seolah-olah ingin memancung.

"Memang rasa amat takut sangat. Di dalam hati berharap saya tidak gantung atau diapa-apakan oleh mereka berdua.

"Tindakan mereka berhenti seketika selepas ditegur Agbimuddin yang kemudian menyatakan ingin membeli barangan keperluan seperti beras, gula, minyak dan makanan lain yang dijual di kedai saya," katanya.

Hamid menjelaskan, selepas ditahan, kesemua penduduk kampung dihimpunkan di kawasan lapang berhampiran kedainya dengan diperiksa setiap seorang daripada mereka oleh kumpulan pengganas sulu itu.

Tali barut

"Pada malam itu juga, saya terpaksa bermalam dengan beberapa pengganas wanita Sulu di sebuah rumah tidak jauh dari kedai milik saya ini.

"Memang tidak boleh tidur kerana saya hanya memikirkan bagaimana mahu keluar daripada kawalan pengganas ini, selain tertanya-tanya kenapa keamanan kami diragut oleh kumpulan yang mementingkan diri mereka," jelasnya yang berjaya melarikan diri dengan merangkak di dalam longkang pada malam keesokan harinya.

Ekoran krisis pencerobohan itu, segelintir penduduk masih tidak boleh menerima wujudnya tali barut dalam kalangan mereka.

Penduduk Kampung Tanjung Batu, Muin Hassin, 63, berkata, hal ini tidak sepatutnya terjadi dalam hidup bermasyarakat memandangkan apa yang lebih ditekankan ialah kemuafakatan dan semangat perpaduan yang utuh demi kemajuan dan keamanan bersama.

"Sama ada mereka bersalah atau tidak, undang-undang akan menentukannya. Sebagai penduduk dan warganegara, kami memang tidak boleh menerima tindakan sesetengah pihak yang sanggup menjadi tali barut kepada pengganas," katanya.


Ramlee menunjukkan lokasi kejadian serangan hendap pengganas Sulu ke atas pasukan keselamatan pada Mac tahun lalu.


Pada awal pencerobohan, Muin sempat melarikan diri bersama 30 penduduk dan terpaksa menempuh perjalanan selama enam jam bermula 9 malam melalui pesisir pantai di kampungnya hingga ke Fajar Harapan bagi mencari perlindungan.

Selain perkampungan dalam gugusan Tanjung Labian di Lahad Datu, situasi sama turut dilalui oleh penduduk-penduduk di perkampungan Simunul dalam daerah Semporna.

Norbiah Osman, 43 mengakui agak terkilan apabila perkampungan air itu telah digunakan sebagai sarang beberapa orang pengganas sehingga berlakunya serangan hendap ke atas anggota pasukan keselamatan.

"Ketika kejadian, saya baru saja selesai mandi sebelum terdengar tembakan bertali-arus hingga menyebabkan saya meniarap bersama anak-anak.

"Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya hati kami sambil berdoa agar tiada perkara buruk berlaku.

"Malah, suami yang baru keluar dari surau tidak jauh dari lokasi kejadian meminta saya tidak keluar rumah," jelasnya yang berpeluang melarikan diri empat jam selepas kejadian tersebut pukul 7 petang itu.

Sepanjang pencerobohan pengganas Sulu yang berlarutan hampir dua bulan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia.

Mereka ialah Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46 (komando VAT 69) Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, (Cawangan Khas Bukit Aman), Asisten Supritendan Michael Padel, 36, (Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna), Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau, Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah), dan Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Rasa sayu

Selain itu, dua lagi askar turut gugur melibatkan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja Tawau dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

Pemergian mereka amat dirasai termasuk Koperal Mohd. Nor Fadzil, 43, yang menyatakan, pergorbanan itu menunjukkan bahawa setiap anggota pasukan keselamatan sentiasa berada di barisan hadapan dalam memastikan keamanan negara.


RUMAH sumbangan kerajaan kepada penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang musnah akibat pencerobohan pengganas Sulu.


"Tidak kira anda polis atau tentera apabila mendengar ada anggota terkorban, perasaan sayu itu pasti akan terasa kerana kita berjuang untuk negara," katanya yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu. Ditugaskan membuat kawalan bersama enam lagi rakannya di simpang masuk Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, perkara yang selalu ditekan adalah keselamatan. Mohd. Nor memberitahu, kerana terdapat laporan pengganas cuba mengubah taktik menjadi masyarakat tempatan selepas kubu mereka di Tanduo digempur pihak keselamatan.

"Malah, saya ada suatu ketika saya hampir dilanggar oleh kenderaan pasukan keselamatan dan dipersoalkan kerana menghalang tugas mereka.

"Namun saya nyatakan, tugas saya adalah memastikan sesiapa yang melalui kawasan kami adalah mereka yang dibenarkan termasuk kepada anggota keselamatan," ujarnya yang merupakan bekas anggota unit khas bridged Pasukan Gerakan Am Sabah (CUG) Battalion 17.

Berlainan situasi dengan Bintara Muda Maritim, Ahmad Zaharudin Baharudin yang merupakan Ketua Bot Pemintas Kilat Maritim Malaysia di Lahad Datu apabila dia diarahkan untuk meninjau kawasan pencerobohan Kampung Tanduo dari laut bersama pasukan tindak khas Maritim, Starteam.

Katanya, semasa tugasan di Tanduo, dia telah membawa bot dengan jarak kurang 100 meter dari gigi pantai kampung berkenaan.

"Risiko memang tinggi kerana kami ditugaskan mendapatkan maklumat kubu penceroboh melalui gambar-gambar yang diambil.

"Saya hanya bertawakal dan berharap tiada provokasi dilakukan pihak penceroboh untuk menyerang selain kami tidak menunjukkan sebarang pergerakan senjata kepada mereka," ulasnya.

Lahad Datu kaya tarikan pelancongan

Posted:

Lahad Datu kaya tarikan pelancongan

Lahad Datu kaya tarikan pelancongan


LEMBAH Danum merupakan hutan yang kerap menjadi tumpuan penyelidik di seluruh dunia termasuklah pasangan diraja Britain, Putera William dan isteri, Kate Middleton.


SEBELUM tercetusnya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tandou pada 12 Februari tahun lalu, tidak ramai yang tahu berhubung perkembangan sebuah daerah bernama Lahad Datu.

Malah daerah yang mempunyai keluasan kira-kira 6,500 kilometer persegi ini seringkali dilabel sebagai bandar transit yang menghubungkan daerah-daerah di Pantai Barat dan Pantai Timur.

Melihat aspek pembangunan dan pelancongan sedia ada, Lahad Datu juga masih ketinggalan jika dibandingkan dengan daerah jirannya seperti Semporna, Tawau dan Sandakan.

Bagaimanapun, sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 130km dari pusat bandar, Lahad Datu mula dikenali.

Menyusuri sejarah daerah, nama Lahad Datu yang merupakan daerah keempat terbesar di Sabah ini diambil sempena fungsinya sebagai tempat persinggahan golongan Datu-Datu dari Kesultanan Sulu.

Lahad berasal dari perkataan suku Suluk bermaksud tempat, manakala Datu pula merupakan keturunan orang-orang kaya dari Kesultanan Sulu.

Lahad Datu mempunyai Pusat Luar Lembah Danum (Danum Valley Field Centre-DVFC) iaitu sebuah pusat yang menyediakan kemudahan saintifik yang terkenal di dunia.

Di samping itu, Taman Hidupan Liar Tabin yang cukup terkenal bagi melihat tiga mamalia terbesar di Sabah, gajah Asia, badak sumatera dan tembadau selain hamparan keindahan pemandangan laut melalui menara kayangan Gunung Silam yang terletak 880 meter dari aras laut.

Bukan pekan koboi

Persoalannya, mampukah industri pelancongan Lahad Datu terus bertahan dengan pakej-pakej yang sedia ada? Peristiwa pencerobohan pengganas Sulu seharusnya bukan sahaja harus dilihat sebagai wake-up call kepada negara sebaliknya ia perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak bertanggungjawab dalam mempromosikan daerah tersebut kepada masyarakat secara umumnya di dalam negara dan luar negara.

Bagi seorang pekerja hotel, Norbaizura Akop, 24 yang ditemui Kosmo! baru-baru ini menyatakan, dia tidak mahu tempat lahirnya itu terus digelar sebagai pekan koboi oleh segelintir masyarakat.

"Lahad Datu telah berkembang dengan pesatnya dan mempunyai beberapa lagi kawasan komersial yang telah dibina termasuk Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC).

"Sebagai generasi muda, pastinya kami mahukan Lahad Datu terus berkembang terutama dalam memanfaatkan tempat-tempat baharu seperti di Tanjung Labian yang mempunyai pantai bersih," katanya.

Lain pula pandangan Hussin Salleh, 39. Dia berpendapat dengan kehadiran pasukan keselamatan melalui penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah memastikan pengawalan dan penguatkuasaan pihak berkuasa lebih teratur dan berkesan bukan sahaja di Pantai Timur Sabah umumnya tetapi Lahad Datu khususnya.


KEADAAN bandar Lahad Datu yang kian membangun.


"Kita tidak tahu mungkin dalam masa sedekad atau lebih, Lahad Datu boleh menjadi bandar pelancongan tentera seperti di Port Dikson, Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan melalui Esscom yang membantu memulihkan semangat orang ramai selepas kejadian tidak disangka itu," ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang pelancong dari Jerman, Domenic Schnoes, 27, memberitahu, dia memperoleh pengalaman menarik sepanjang bercuti di Taman Hidupan Liar Tabin.

Malah, dia memuji masyarakat tempatan yang mesra dan suka membantu dengan mempunyai sistem pengangkutan yang baik berbanding negara Kemboja.

"Ini merupakan kunjungan saya yang julung-julung kalinya ke Sabah. Semua orang di sini baik dan murah senyuman manis termasuk di barisan hadapan iaitu imigresen sewaktu tiba di negeri ini.

"Jika daerah ini mahu berkembang, ia sepatutnya mempunyai lapangan terbang yang lebih besar seperti di Tawau," katanya.

Berdasarkan pemerhatian, Lapangan Terbang sedia ada mempunyai lima penerbangan pergi balik setiap hari dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu melalui penerbangan Anak syarikat Malaysia Airlines System Bhd., MASWings Sdn. Bhd. (MASWings).

Festival memancing

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Yusuf Apdal berkata, beliau telah mengatur pelbagai perancangan sesuai dengan penubuhan jawatankuasa pelancongan peringkat daerah.

Yusuf turut memberitahu, ia bakal dimulakan dengan pembinaan One-Stop Centre Pelancongan di bangunan terbiar pejabat pos lama selain pembinaan lapangan terbang baru dengan skala lebih besar di Silabukan.

"Keputusan awal cadangan, Kementerian Pengangkutan telah bersetuju dengan pembinaan tersebut yang melibatkan kawasan lebih 200 hektar. Namun hanya menunggu dana kerana melibatkan peruntukan yang besar kira-kira RM300 juta," katanya.

Beliau juga telah mengenalpasti dalam menjadikan Felda Sahabat sebagai lokasi pelancongan terutama di Tanjung Labian. Ujarnya, ia termasuklah penganjuran festival memancing pada setiap bulan selain pembinaan resort sesuai dengan kawasan tersebut yang menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menerima cahaya matahari seawal pukul 5.30 pagi.

Yusuf berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti sebuah lagi lokasi pelancongan baharu iaitu Pulau Sakar yang mengambil masa kira-kira 45 minit dari bandar Lahad Datu.

"Ia adalah sebuah pulau yang mempunyai keindahan tersendiri. Sehingga kini, pulau ini belum dimanafatkan dalam menjadikannya pulau tersebut sebagai tarikan pelancongan," jelasnya. - MOHD. YUNUS YAKKUB

Pembangunan binasakan 'Little England'

Posted:

Pembangunan binasakan 'Little England'

Pembangunan binasakan 'Little England'


LALUAN kereta di lereng-lereng bukit dipenuhi sampah sarap akibat pembangunan haram di Cameron Highlands.


DARI puncak sebuah gunung, R. Ramakrishnan mengamati landskap muka bumi berceranggah yang masyhur sewaktu era kolonial dan diibaratkan seumpama udara segar England berada di kawasan tropika.

Sebaliknya, apa yang dilihat kini hanya sebahagian daripada kemusnahan alam yang semakin berleluasa.

Pemandangan ladang-ladang haram yang dilitupi kepingan plastik di sepanjang cerun curam tanah tinggi Cameron Highlands menyakitkan mata manakala jentolak dengan rakus memusnahkan hutan berhampiran.

"Semua orang merebut tanah. Terdapat tanah percuma untuk semua," kata aktivis alam sekitar tempatan itu di sebalik bunyi kuat mesin gergaji.

Terletak pada ketinggian lebih 1,000 meter kawasan tengah Semenanjung Malaysia, Cameron Highlands muncul sebagai destinasi pelancongan pertama di negara ini ketika zaman awal pemerintahan British pada abad ke-20.

Turut dikenali sebagai 'Little England' oleh sesetengah pihak, kawasan itu disayangi oleh tentera penjajah yang rindukan suasana minum petang atau beberapa botol gin dan tonik di tengah-tengah udara sejuk, taman-taman subur dan pemandangan ladang teh yang menghijau.

Seni bina kolonial masih menghiasi kawasan yang merupakan sumber tanaman zon iklim sederhana seperti strawberi dan epal serta menjadi habitat bagi flora dan fauna termasuklah haiwan yang diancam kepupusan, Harimau Malaya.

Bagaimanapun, ladang haram yang berleluasa, pembangunan hotel dan kondo menjejaskan kawasan istirehat legenda itu sekali gus meningkatkan kebimbangan untuk keseimbangan ekologi dan tarikan pelancongan.

Malah, kerisauan terhadap tahap keselamatan juga semakin tinggi memandangkan banyak berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat.

"Kesakitan yang dirasai alam kini semakin dahsyat. Kami kehilangan tanah tinggi," ujar Ramakrishnan sambil memasukkan kacang ke dalam mulut ketika memandu melepasi pokok yang tumbang akibat ditebang dan sampah bertaburan yang menghasilkan aliran keladak daripada hakisan tanah.

Tamak

Beliau menyalahkan sifat tamak dan rasuah pegawai-pegawai dan kepentingan ladang untuk melanggar undang-undang tanah di kawasan pergunungan negeri Pahang yang ditadbir oleh kerajaan campuran.

Pada tahun 1920-an, penanam British membina ladang-ladang teh indah yang memeluk rupa bumi beralun di kawasan tersebut seperti satu selimut hijau yang terbentang luas.

Kawasan ini mendapat ukuran mistik apabila kehilangan seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS), Jim Thompson pada tahun 1967 yang masih tidak selesai.

Terkenal kerana membantu menggerakkan industri sutera dan mempunyai kilang di Thailand, Thompson dilaporkan hilang semasa bersiar-siar di luar penginapannya di Moonlight Cottage, Cameron Highlands.


CAMERON HIGHLANDS merupakan salah satu lokasi panas pemusnahan hutan di Malaysia.


Kejadian itu sekali gus mencetuskan khabar angin mengenai satu komplot jahat terhadapnya berikutan beliau merupakan bekas anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Bagaimanapun, masalah hari ini adalah mikrokosma terhadap kegagalan yang lebih besar negara untuk menyeimbangkan pembangunan dengan kekayaan alam semula jadi di Malaysia.

Data yang disiarkan dalam Jurnal Sains di AS pada November lalu menunjukkan Malaysia kehilangan 14.4 peratus hutannya pada tahun 2000 hingga 2012, iaitu kadar paling tinggi di dunia.

Para pengkritik sebahagian besarnya menyalahkan ahli politik yang terlibat dalam industri pembalakan dan minyak sawit.

Data tersebut menunjukkan Cameron Highlands merupakan lokasi panas untuk pemusnahan hutan.

"Terdapat sejumlah pihak yang tidak menghormati undang-undang. Kita sedang membunuh tanah dan hutan sendiri," kata Gurmit Singh dari Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia.

Dalam pada itu, para pemimpin tertinggi negara turut melahirkan kebimbangan terhadap Cameron Highlands pada Oktober lalu selepas tiga orang terbunuh dan berpuluh-puluh rumah musnah manakala kenderaan rosak teruk apabila pihak berkuasa mengeluarkan air dari empangan.

Pembersihan tanah menyalahi undang-undang itu dipersalahkan kerana memburukkan lagi keadaan banjir sekali gus menimbulkan persoalan terhadap tahap integriti penguat kuasa.

Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Datuk Ahmad Daud mengakui pembersihan tanah secara haram yang berleluasa, tetapi menafikan dakwaan rasuah dalam kalangan pegawainya.

"Kita perlu bersikap realistik. Cameron Highlands memerlukan pembangunan," ujarnya.

Menurun

Bagaimanapun, kehadiran pengunjung ke pusat peranginan tersebut menurun sehingga 42 peratus pada suku pertama tahun 2013 apabila liputan media di kawasan itu semakin diperhebatkan.

Pihak berkuasa pula menyalahkan lebuh raya baharu yang dikatakan menjadikan perjalanan ke Cameron Highlands lebih cepat merupakan punca pengurangan penginapan di sana.

Kekurangan pelancong dan pengunjung ini turut dirasai oleh K. Balakrishnan, pengusaha hotel kotej 25 bilik yang dibina pada tahun 1930-an di tengah-tengah taman yang subur.

"Selepas 35 tahun, saya mungkin terpaksa menjual hotel saya kepada orang lain," tutur pemilik hotel itu sewaktu menikmati sarapan Inggeris bersama teh, skon, krim dan jem.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel telah memberi amaran kepada khalayak mengenai kesan kemusnahan di Cameron Highlands boleh menjejaskan industri pelancongan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai respons kerajaan apabila ditanya AFP.

Sementara itu, cucu kepada saudagar British, John Russell yang mengasaskan ladang teh Boh pada tahun 1920, Caroline turut mengakui perolehan mereka semakin merosot dan menyalahkan perubahan alam sekitar disebabkan pembangunan.

"Apa yang berlaku sekarang tidak akan berkekalan," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Pantau peniaga sambil berjimat

Posted:

Pantau peniaga sambil berjimat

Pantau peniaga sambil berjimat

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

KECEWA dengan sikap sesetengah peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga barangan membuatkan Nazira Nadhia Azemee, 26, mencari-cari saluran terbaik untuk menyampaikan aduan bagi membela haknya sebagai pengguna.

Bukan itu sahaja, dia turut tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan kawalan.

Dua tahun lalu, wanita yang bekerja di sektor awam itu diperkenalkan dengan program keahlian Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Program tersebut ternyata memberikan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya selama ini.

"Banyak kebaikan diperoleh selepas saya mendaftar sebagai ahli SP1M. Semua aduan berkaitan hak pengguna boleh dibuat dengan mudah dan ianya cukup berkesan.

"Pihak berkuasa bertindak menyiasat aduan yang diberikan dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada peniaga yang mengambil kesempatan. Selain itu, semua ahli mendapat ganjaran dalam bentuk diskaun atas belian dengan hanya menunjukkan kad SP1M kepada peniaga berdaftar," ujar wanita yang berasal dari Johor Bahru, Johor tersebut.

Pengguna bijak

Biarpun banyak manfaat yang ditawarkan sekiranya menjadi ahli skuad tersebut, 99 peratus daripada 29.24 juta rakyat negara ini masih belum mengetahui tentang kewujudan program berkenaan.

Setakat 22 Januari lalu, jumlah keahlian SP1M di seluruh negara ialah 162,509 orang.

Tidak dinafikan keadaan ekonomi semasa di Malaysia semakin mencabar. Kewujudan kad tersebut membolehkan rakyat meringankan sedikit sebanyak kos sara diri dengan menjadi pengguna bijak sebelum keluar berbelanja.


JIKA terdapat peniaga yang tidak menunjukkan tanda harga, anda boleh mengadukan perkara tersebut ke talian bebas tol 1800-886-800 atau di laman web e-aduan/kpdnkk.gov.my.


Dengan mendaftar sebagai ahli SP1M, pengguna berfungsi sebagai mata dan telinga pihak kerajaan dengan melakukan pemantauan secara sukarela dan melaporkan sebarang aduan tentang hak kepenggunaan secara terus kepada KPDNKK. Kaedah tersebut mengambil pendekatan konsep membeli-belah sambil memantau.

Penubuhan skuad pengguna dapat mewujudkan jalinan kerjasama antara pihak berkuasa dengan rakyat bagi memantapkan usaha pemantauan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Pada masa sama, kemahiran dan pengetahuan pengguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran dapat ditingkatkan. Selain itu, kad tersebut berfungsi sebagai kad kesetiaan dengan pengguna berpeluang menjadi pelanggan setia kepada rakan dagang yang menawarkan diskaun tertentu.

Terbela

Dalam pada itu, penjawat awam, Ahmad Nazmee Adnan, 27, berkata, dia gembira kerana setiap aduan akan disiasat pihak berkuasa sekiranya terdapat peniaga yang tidak beretika.

"Nasib sebagai pengguna akan terbela jika lebih ramai rakyat di negara ini tampil ke depan, memahami peranan dan hak masing-masing.

"Selain aduan, pengguna berpeluang mendapat ganjaran dalam bentuk diskaun ketika berbelanja dengan rakan dagang yang tersenarai dalam SP1M," katanya yang sudah mendaftar sebagai ahli sejak lapan bulan lalu.

Dia turut berkongsi pengalaman mendapat potongan harga ke atas barangan sukan di premis Mizi Sports dan diskaun harga makanan di restoran Ani Sop Utara.

Namun, ahli SP1M tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang atau mengambil tindakan ke atas peniaga bagi pihak KPDNKK. Setiap aduan akan disiasat dan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk diselesaikan.

KEAHLIAN SP1M terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.


Sebagai contoh, jika anda ke pasar malam dan terlihat mana-mana pemilik premis yang tidak mempamerkan tanda harga secara jelas, boleh mengadu terus ke talian 1800-886-800. Kaedah lain adalah dengan mengisi borang aduan atas talian di e-aduan.kpdnkk.gov.my.

Aduan boleh dibuat pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang kecuali pada cuti umum.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, Mohd. Haziman Ab. Ghani, berkata, keahlian SP1M terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

"Orang awam hanya perlu mendaftar butiran peribadi melalui pautan atas talian di www.1pengguna.com/skuadpengguna, cetak slip dan bawa slip tersebut ke cawangan Bank Rakyat berdekatan bagi mendapatkan kad keahlian.

"Bayaran sebanyak RM2 akan dikenakan ke atas keluaran kad tersebut. Pengguna boleh menyemak senarai rakan dagang yang mengambil bahagian di laman web berkenaan," jelasnya ketika ditemui di bangunan KPDNKK, Putrajaya baru-baru ini.

Rakan dagang

Peniaga yang berminat menjadi rakan dagang juga boleh mendaftarkan butiran perniagaan mereka di laman web tersebut dan menyatakan kadar diskaun yang ingin diberikan kepada pelanggan. Antara manfaat yang bakal diterima rakan dagang adalah pengiklanan percuma di laman web KPDNKK dan akhbar serta berpeluang mengikuti program kepenggunaan anjuran kementerian.


PENGGUNA boleh menggunakan kad SP1M di premis yang mempamerkan pelekat yang dikeluarkan oleh KPDNKK.


Setakat ini, sebanyak 2,298 syarikat yang melibatkan 3,264 cawangannya mendaftar sebagai rakan dagang di bawah SP1M. Mereka menawarkan diskaun antara dua hingga 50 peratus bergantung kepada terma dan syarat.

Rakan dagang terdiri daripada syarikat atau koperasi buku, alat tulis, pakaian, kelengkapan sukan, barang runcit, penginapan, pengangkutan, pelancongan, makanan dan pusat kesihatan.

Antara senarai rakan dagang terlibat ialah pasar raya Mydin, Sogo, kedai peralatan sukan Mizi Sports, kedai buku MPH dan syarikat penerbangan Firefly.

"Terdapat lapan hak pengguna yang perlu disedari oleh rakyat Malaysia iaitu hak untuk mendapat keperluan asas, membuat pilihan, mendapatkan maklumat, ganti rugi, pendapat, pendidikan pengguna, perkhidmatan atau barangan dan alam sekitar yang bersih serta selamat.

"Bagaimanapun, tidak semua aduan boleh dirujuk kepada KPDNKK. Misalnya, aduan di luar bidang kuasa kami seperti perbankan dan insurans akan disalurkan kepada agensi yang berkenaan," jelasnya.

Sebarang pertanyaan dan perkembangan terkini mengenai SP1M boleh dimajukan di akaun Facebook, Skuad Pengguna KPDNKK.

Industri hempedu beruang merudum

Posted:

Industri hempedu beruang merudum

Industri hempedu beruang merudum


KEMPEN antipemeliharaan beruang merupakan usaha kerajaan menamatkan industri tersebut di Korea Selatan.


BEBERAPA ekor beruang bergelimpangan di dalam sebuah kandang besi. Di atas lantai kandang itu kelihatan sisa-sisa donut, najis, makanan anjing dan buah-buahan.

Sejak dilahirkan haiwan berbulu lebat itu diletakkan di kandang besi yang sempit tersebut. Ia bukan diternak sebagai haiwan peliharaan atau pameran, sebaliknya akan dibunuh dan hempedunya dikeluarkan bagi tujuan perubatan tradisional di beberapa negara Asia.

Hempedu beruang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti bisul, buasir, sawan babi dan sista (ketumbuhan dalam tubuh atau di bawah kulit yang mengandungi cecair).

Bagi masyarakat Korea Selatan, organ tersebut mampu merawat semua penyakit dan meningkat stamina individu.

Merudum

Namun, perubahan masa dan kemunculan perubatan moden menyebabkan permintaan terhadap ubat tradisi itu merudum di Korea Selatan.

Pemilik ladang beruang yang terletak di Dangjin, kira-kira 120 kilometer dari selatan Korea, Kim KwangSoo berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, tidak ada seorang pun pelanggan membeli hempedu beruang daripadanya.

EKSTRAK hempedu beruang turut dihasilkan dalam bentuk cecair.


Selain masalah pasaran, para peladang juga berdepan beban hutang bagi memelihara dan menjaga kebajikan haiwan tersebut. Situasi itu turut dihadapi KwangSoo yang menanggung hutang tahunan sebanyak 300 juta won (RM930,000) bagi menampung 270 ekor beruangnya.

Korea Selatan merupakan antara negara yang membenarkan pemeliharaan beruang untuk tujuan pengekstrakan hempedu bagi perubatan tradisional.

Sebanyak 50 ladang dengan kapasiti 1,000 ekor beruang dicatatkan di negara itu yang kebanyakannya dari jenis beruang hitam Asia atau dikenali sebagai beruang bulan.

Aktiviti pemeliharaan beruang tersebut di negara berkenaan bermula pada tahun 1980-an dan ia merupakan baka yang diimport dari Malaysia selain beberapa negara Asia Tenggara lain.

KwangSoo memberitahu, industri hempedu beruang di negaranya pada suatu ketika pernah menerima tempahan sehingga RM93,000 setahun.

Jumlah itu turun mendadak sejak sedekad lalu apabila negara seperti China dan Vietnam menyediakan produk yang jauh lebih murah.

Penurunan itu semakin jelas berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Makanan dan Keselamatan Ubat-Ubatan Korea Selatan yang melaporkan negara itu hanya mengeksport organ haiwan tersebut sebanyak 2.8 kilogram antara tahun 2008 hingga 2012.

Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Hangil pada tahun 2011 mendapati sebanyak 94 peratus penduduk dipercayai tidak lagi mengambil ubat-ubatan berasaskan organ beruang dan tidak mempunyai minat untuk memperolehnya.


PERUBATAN tradisional Asia yang menggunakan hempedu beruang semakin kurang diberi perhatian disebabkan kemunculan perubatan moden.


Insentif

Dalam usaha menghentikan industri itu, Kementerian Alam Sekitar membelanjakan hampir RM1.9 bilion bagi menjalankan kempen antipembiakan beruang sehingga tahun 2016, tetapi mereka masih belum mengeluarkan sebarang tindakan undang-undang kepada peladang.

Kerajaan turut menawarkan insentif kepada peladang seperti pensterilan beruang pada kadar RM4,000 seekor, makanan sebanyak RM1,240 setahun dan penyembelihan beruang tua pada kadar RM4,600 seekor. Namun demikian, peladang-peladang terlibat menuntut kadar yang lebih tinggi.

KwangSoo yang juga Setiausaha Agung Persatuan Peladang Beruang memberitahu, ahli-ahli bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atau mengambil langkah yang lebih drastik seperti mendera haiwan tersebut, jika kerajaan tidak mendengar rintihan mereka.

"Masyarakat sering membangkitkan isu kebajikan haiwan-haiwan tetapi menidakkan hak kami," ujar salah seorang peladang, Yun Youngdeok yang mempunyai ladang beruang berdekatan Seoul kepada AP.

Sebagai tanda protes awal, mereka telah meletakkan sangkar beruang di pusat bandar Seoul dan berhampiran kompleks kerajaan di bandar Sejong pada November tahun lepas.

KwangSoo menambah, persatuan tersebut merancang untuk meletakkan 20 kandang beruang berdekatan kompleks kerajaan dengan harapan perjuangan mereka mendapat perhatian umum.

UPM ceburi inovasi buluh

Posted:

UPM ceburi inovasi buluh

UPM ceburi inovasi buluh


MESIN V-Grooving ini digunakan bagi meratakan buluh selain menghasilkan produk yang lebih berkualiti.


BERIKUTAN kejayaan penganjuran Hari Buluh Sedunia Malaysia pada September tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal mengorak langkah lebih jauh dalam bidang teknologi dan inovasi berkaitan tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai.

Timbalan Dekan (Industri dan Pembangunan), Fakulti Reka Bentuk dan Senibina, UPM, Dr. Mohammad Yazah Mat Raschid berkata, penglibatan secara serius itu akan mengembalikan penggunaan buluh dalam pelbagai bidang seperti perabot, alat muzik dan pembinaan.

"Kami ingin meletakkan UPM sebagai peneraju inovasi dan kebangkitan semula buluh yang mudah didapati di negara kita," katanya dalam satu kenyataan kepada media baru-baru ini.

Sebagai langkah awal, penyelidik di UPM mencipta mesin pemotongan V-Grooving bagi meratakan buluh untuk dijadikan papan, lantai dan bahan gantian dalam industri berasaskan kayu.

Sementara itu, Ketua Penyelidik dari Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Madya Dr. Edi Suhaimi Bakar berkata, inovasi yang pernah mendapat pingat emas pada Pameran Reka cipta, Penyelidikan dan Inovasi 2012 itu akan memberi manfaat besar kepada industri buluh negara.


EDI menunjukkan buluh yang diratakan menggunakan mesin V-Grooving.


"Kaedah V-Grooving akan menghasilkan alur berbentuk V pada bahagian luar buluh. Ia lebih praktikal dalam proses meratakan buluh berbanding kaedah sedia ada," ujarnya.

Dia menambah, setiap alur berukuran satu milimeter bagi mengekalkan segmen buluh dan berfungsi sebagai engsel apabila dileperkan.

"Selain menjimatkan kos pengeluaran dan bahan, kaedah ini juga menghasilkan produk akhir yang lebih berkualiti.

"Ia boleh dipromosikan kepada para pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS)," kata beliau.

Beberapa negara seperti Korea Selatan, Thailand dan China telah menunjukkan perkembangan positif menerusi janaan pendapatan eksport buluh yang mencapai AS$11 bilion (RM36.6 bilion) pada tahun 2012. Bagaimanapun, Malaysia hanya mencatatkan nilai eksport sebanyak RM220,000.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bekas pelajar SMK Kampung Baru bertemu selepas 30 tahun

Posted:

Bekas pelajar SMK Kampung Baru bertemu selepas 30 tahun

Bekas pelajar SMK Kampung Baru bertemu selepas 30 tahun

AHLI Alumni SMK Kampung Baru, Jalan Stoney, Kuala Lumpur mengadakan majlis perjumpaan di Batu Caves, Selangor baru-baru ini


BERSEJARAH. Kira-kira 30 orang ahli Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru, Jalan Stoney, Kuala Lumpur mengadakan majlis perjumpaan di Restoran Surasa, Dataran Selayang, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah guru-guru yang bertanggungjawab mendidik mereka di sekolah tersebut pada tahun 1974 yang kini dikenali sebagai SMK Puteri Wilayah.

Selepas lebih 30 tahun tidak berjumpa, perjumpaan tersebut menjadi detik bersejarah buat masing-masing untuk mengimbau semula zaman persekolahan yang sudah lama ditinggalkan selain berkongsi rutin kehidupan baharu masa kini.

Penyelaras program itu, Halijah Alias berkata, tujuan perjumpaan itu yang diadakan buat julung-julung kalinya adalah sebagai usaha untuk menjejak semula rakan-rakan persekolahan mereka yang sukar dikesan sehingga ke hari ini.

Bomba Perlis hargai kakitangan media

Posted:

Bomba Perlis hargai kakitangan media

Bomba Perlis hargai kakitangan media


MOHD. FADZIL (duduk empat dari kanan) bergambar bersama wakil media di Perlis sempena Majlis Perbarisan Tahunan Bomba dan Penyelamat Negeri di Kangar, Perlis semalam.


PENGHARGAAN. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis meraikan wakil media di negeri ini sempena Majlis Perbarisan Tahunan Bomba dan Penyelamat Negeri di Ibu Pejabat JBPM di Kangar, Perlis baru-baru ini.

Pengarah JBPM Perlis, Mohd. Fadzil Haroon turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil media cetak dan elektronik sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap jabatan itu.

"Media banyak membantu menyebarkan maklumat mengenai langkah-langkah keselamatan untuk menangani kebakaran dengan lebih berkesan terutama di negeri ini," katanya.

5,000 warga kota hadiri Forum Perdana Ehwal Islam

Posted:

5,000 warga kota hadiri Forum Perdana Ehwal Islam

5,000 warga kota hadiri Forum Perdana Ehwal Islam


SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang hadir pada Forum Perdana Ehwal Islam sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ILMIAH. Kira-kira 5,000 orang warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Forum bertajuk 'Penipu Akidah dan Pemuda Yang Dirindui Allah' dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah manakala ahli panelnya ialah Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.

Majlis itu diadakan bertujuan menggalakkan warga kota termasuk golongan belia menyertai program ilmu berbentuk keagamaan dan mengupas permasalahan semasa umat Islam yang semakin meruncing.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Geram wanita hamil

Posted:

Geram wanita hamil

Geram wanita hamil

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

ZURA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kampung Jal, Ketereh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Entah apa motifnya, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan cedera di belakang badan akibat dipukul dengan objek keras oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin semasa mangsa menunggang motosikal di Kampung Jal, Ketereh di sini, Sabtu lalu.

Zura Muda, 26, yang mengalami luka dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu mendakwa, suspek merupakan lelaki yang pernah cuba menciumnya dua tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu dia sedang mengandung anaknya yang kedua iaitu Nor Sara Alisha yang kini berusia setahun empat bulan.

Lelaki berusia 25 tahun yang dikenali mangsa kerana tinggal di kampung berhampiran itu telah ditangkap polis Ahad lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Posted:

Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diperkenalkan sejak 2011 secara menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut bertujuan menangani segala permasalahan yang dibangkitkan golongan guru berkaitan PBS sejak mula diperkenalkan.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sejak PBS dilaksanakan, kementerian telah menerima pelbagai pandangan dalam kalangan guru-guru di seluruh negara antaranya mengenai sistem capaian bagi merekod prestasi dan pencapaian pelajar yang tidak efisien.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut

Posted:

Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut

Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas dirempuh sebuah tayar yang tercabut dari sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 450 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Sungai Buloh dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa Norazmi Zam, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa dan dalam perjalanan ke arah ibu negara secara tiba-tiba dirempuh salah sebuah daripada dua buah tayar lori yang tercabut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cinta fantasi penuh hikmah

Posted:

Cinta fantasi penuh hikmah

Cinta fantasi penuh hikmah

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

THE WEDDING BREAKER merupakan karya sulung Evelyn Rose yang sudah beberapa kali diangkat sebagai Buku Terlaris di toko-toko buku utama negara.


FENOMENA drama dan filem yang diadaptasi daripada novel semakin rancak mewarnai industri seni tanah air. Kini, suhu drama bersiri terbitan Pena Creative bertajuk Ariana Rose yang mengisi slot Akasia di TV3 sedang hangat meniti di bibir peminat drama tanah air.

Terdetik di hati untuk mengenali nama di sebalik penulis cerita asal drama tersebut. Ariana Rose merupakan drama adaptasi novel The Wedding Breaker karya sulung Evelyn Rose.

Orangnya secantik nama. Itulah apa yang dirasakan kru Kosmo! ketika menatap gambar kiriman Evelyn Rose atau nama sebenarnya, Wan Iman Wan Mohd Nazi, 27, yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui di Universiti Newcastle, England.

Anak kelahiran Kelantan itu sebenarnya mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh berbeza dengan bidang penulisan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mikroelektronik dari Universiti Sheffield, England. Sebelum ini, Evelyn Rose pernah bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Katanya, penulisan sudah sebati dengan dirinya kerana sejak zaman sekolah beliau pernah dilantik sebagai editor majalah bulanan sekolah, editor untuk Hari Kebudayaan Jepun peringkat Sekolah Berasrama Penuh Malaysia dan mempunyai blog yang membicarakan isu-isu serius sewaktu di universiti.

Beliau mula menulis novel The Wedding Breaker secara dalam talian pada April 2012 dan dihantar ke laman web milik penerbitan Karya Seni iaitu penulisan2u.com. Ia mendapat sambutan yang sangat baik daripada pembaca dan pihak Karya Seni menawarkan Evelyn Rose peluang menerbitkan novel tersebut ke naskhah cetak.

Setakat ini, Evelyn Rose sudah menghasilkan sebanyak dua buku iaitu The Wedding Breaker diterbitkan pada November 2012 dan 13 Jam A380 diterbitkan pada Ogos 2013.

Minatnya yang mendalam terhadap bidang penulisan dianggap sebagai medan luahan hati, emosi dan terjemahan minda. Beliau berpendapat, penulisan mampu menyentuh hati dan minda manusia melalui susunan ayat yang betul.

NOVEL 13 Jam A380 mengisahkan percintaan ala fantasi yang dialami oleh Hana Sofea.


"Penulisan bagaikan ada kaitan yang rapat antara hati dan akal manusia.

"Nama-nama tersohor yang mempengaruhi revolusi politik dunia juga terlibat dalam bidang penulisan, contohnya Hitler dan Martin Luther King Jr. yang mengeluarkan beberapa buah buku dan Karl Marx yang terlibat dalam pengeluaran akhbar radikal," ujarnya.

Tema cinta

Kedua-dua buku Evelyn Rose mengangkat tema cinta yang disulam dengan aspek kendiri, motivasi, falsafah kehidupan dan ketuhanan. Melalui novel 13 Jam A380, Evelyn Rose menonjolkan kisah seorang gadis, Hana Sofea yang menyimpan angan-angan untuk berjumpa jutawan muda terkenal, Syed Haydar yang telah lama diminati.

Doa dan impiannya tercapai apabila mereka bertemu dalam penerbangan ke London, England. Peluang itu digunakan untuk berkenalan dan mula mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango, menjelajah seluruh pesawat dan merasai keenakan minuman Caramel Latte. Namun, segala-galanya berubah apabila merpati dua sejoli itu mendarat di lapangan terbang. Perubahan tersebut membawa Hana Sofea dalam perjalanan mencari erti cinta dan pencarian diri.

Di London, A380 turut menerbangkan Hana Sofea kepada jutawan kacukan, Fawwaz Hussaini sekali gus menghiasi kehidupan keluarga si jejaka. Pada saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta.

Novel setebal 752 itu disiapkan dalam tempoh tujuh bulan dan Evelyn Rose perlu membuat banyak rujukan supaya ilmu yang disampaikan itu betul selain kekangan masa kerana terpaksa memberikan tumpuan terhadap pengajian.

Novel terbaharu buah tangan Evelyn Rose itu diterbitkan oleh Karya Seni dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara pada harga RM28 senaskhah.

Rekaan berinovasi pelajar UiTM

Posted:

Rekaan berinovasi pelajar UiTM

Rekaan berinovasi pelajar UiTM

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my


NURUL ALIAA (kanan sekali) menerangkan aplikasi Grocez kepada pengunjung yang menghadiri pameran Bold.


KEBIMBANGAN terhadap semangat patriotisme yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda memberi idea kepada penciptaan satu inovasi bagi mengembalikan rasa kecintaan pada negara.

Produk yang dinamakan sebagai Negaraku oleh Jefri Adam, 48, telah dipamerkan dalam Pameran Bold anjuran pelajar tahun akhir rekaan grafik dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor.

Ia merupakan set alat mainan untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun yang menggunakan simbol-simbol kenegaraan dan disertakan buku-buku komik sebagai kesinambungan permainan dam ular yang popular di Malaysia.

"Idea tersebut timbul selepas menyedari kanak-kanak sekarang tidak mengambil kira isu-isu yang melibatkan sejarah dan simbol negara.

"Bagi menarik perhatian mereka, saya reka permaian ini menggunakan watak-watak komik," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Jefri menambah, set permainan tersebut mempunyai empat peringkat. Dalam peringkat permainan dam ular, pemain akan ditanyakan beberapa soalan asas sejarah atau kenegaraan.

"Antara soalan-soalan yang ditanyakan seperti jata negara, monumen-monumen negara dan sejarah ringkas berkaitan Malaysia," ujarnya.

Produk Jefri itu diangkat sebagai salah satu daripada lima inovasi terbaik dalam pameran tersebut.

Sehubungan itu, beliau melihat permainan itu dapat dimanfaatkan sebagai satu kaedah pembelajaran di sekolah-sekolah agar semangat patriotisme negara terus disemai dalam kalangan generasi muda.

Bagi Nur Alis Razman Sham, 26, aplikasi ciptaannya yang dinamakan CookPro diharap dapat membantu golongan muda, terutamanya kaum Hawa, mempelajari cara-cara memasak dengan betul.

"Kesibukan sering dijadikan alasan hingga menyebabkan ramai wanita berasa canggung ketika berada di dapur.

Kelas memasak

"Rentetan masalah itu, aplikasi ini boleh menyediakan 'kelas memasak' dengan cepat dan mudah," ujarnya yang turut menerima penghormatan inovasi terbaik di pameran berkenaan.

Jelasnya, pengguna akan melalui beberapa peringkat memasak bermula dengan cara-cara pemotongan bahan mentah seperti sayur-sayuran dan daging.

BELAJAR memasak menggunakan aplikasi CookPro ciptaan Nur Alis.


"Selepas berjaya pada peringkat tersebut, mereka akan diajar beberapa jenis masakan Melayu yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan," jelasnya yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur.

Pada peringkat memasak hidangan, ia turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti hidangan mudah hingga sukar.

"Apabila pengguna melepasi satu tahap, mereka akan diberikan gelaran mengikut tahap kepakaran masakan," katanya.

Terdapat 26 jenis masakan yang boleh dipelajari dalam aplikasi tersebut. Menu-menu tersebut dipilih menerusi perbincangan bersama pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM, Shah Alam.

Kepayahan mencari tempat letak kereta dan fasiliti-fasiliti yang terdapat pasar raya besar dapat dimudahkan menerusi penggunaan aplikasi Grocez yang dihasilkan oleh Nurul Aliaa Mahamad Radzi, 25.

Maklumat

Aplikasi yang mendapat kerjasama daripada rangkaian pasar raya Tesco itu akan memberikan maklumat kepada pelanggan mengenai kapasiti semasa pengunjung di pasar raya.

"Selain itu, ia dapat menyimpan senarai barangan dapur yang ingin dibeli bagi menjimatkan masa ketika berada di pasar raya," ujarnya.

Maklumat mengenai jumlah pengunjung dalam pasar raya diperoleh melalui sumbangan daripada komuniti yang menggunakan aplikasi tersebut.

"Mereka akan memuat turun informasi-informasi itu dalam aplikasi dan ia akan dijadikan panduan kepada pengunjung lain sebelum datang ke pasar raya," jelas Nurul Aliaa.

Dua lagi penerima inovasi terbaik Pameran Bold ialah Syazana Aqilah Abdul Karim dan Nafissa Mazlan.

Mengulas penganjuran pameran itu, Timbalan Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Prof. Dr. Muliyadi Mahamood berkata, para pelajar diberi peluang menunjukkan kebolehan dalam mencipta inovasi yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

"Kami amat menggalakkan pelajar untuk terlibat secara terus dengan industri sebenar bagi mendapatkan kualiti produk yang lebih berkesan.

"Saya melihat melalui jalinan kerjasama itu, pelajar dapat menghasilkan satu inovasi yang boleh digunakan terus oleh orang awam," ujarnya ketika merasmikan pameran yang diadakan di White Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Mereka peminat atau pengganas?'

Posted:

'Mereka peminat atau pengganas?'

'Mereka peminat atau pengganas?'

ANGGOTA polis mententeramkan segelintir penyokong selepas tamat aksi Liga Super antara Pahang dan Johor DT di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu.


BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali tampil melontarkan pandangan mengenai isu kekecohan yang berlaku ketika Pahang menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat lalu.

Menurut Khalid, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berbincang dengan pihak berkuasa bagi menghalang penyokong-penyokong bertopeng daripada memasuki dan berada di dalam kawasan stadium.

"Saya tidak tahu pula semakin ramai Batman (penyokong bertopeng) datang ke stadium. Kadang-kadang saya terfikir mereka ini sebenarnya peminat atau pengganas?

"Bagi saya, datang tengok bola tiada masalah tetapi jika ada perancangan untuk menghuru-harakan suasana bola sepak, ini satu perkara membimbangkan.

"Kita tidak boleh salahkan FAM dalam hal ini kerana FAM telah sedaya upaya mengetatkan kawalan keselamatan sewaktu perlawanan berlangsung.

"Jadi, saya berharap pihak berkuasa mula campur tangan dalam hal ini," kata Khalid ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada pertembungan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu, kejayaan Pahang menewaskan Johor DT 3-2 dicemari dengan beberapa insiden panas membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, kekecohan yang tercetus di dalam mahupun di luar stadium itu dapat diselesaikan oleh pihak polis.

Difahamkan, dalam kejadian tersebut, empat buah bas penyokong Johor DT didakwa diserang segelintir penyokong Pahang sebaik perlawanan berakhir.

Insiden itu dikatakan berlarutan hingga di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan apabila penyokong kedua-dua pasukan mula melakukan provokasi sehingga menyebabkan ada segelintir penyokong dan orang awam mengalami kecederaan.

"Saya setuju bahawa polis seharusnya sudah boleh mengambil tindakan tegas kepada para penyokong yang membuat kacau ini.

"Cuma saya khuatir polis gagal mengecam pesalah yang sebenar kerana ada di antara mereka yang memakai topeng.

"Stadium adalah kawasan ahli keluarga bersantai menyaksikan perlawanan bola sepak, bukannya medan untuk bergaduh sesama penyokong," tegasnya.

Irfan masih sah jadi milik T-Team

Posted:

Irfan masih sah jadi milik T-Team

Irfan masih sah jadi milik T-Team

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KETUA jurulatih Johor DT, Cesar Ferrando Jimenez (kiri) berkata sesuatu kepada barisan pengadil ketika aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa penamatan kontrak seseorang pemain tidak boleh melibatkan sebelah pihak.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, seseorang pemain tidak boleh membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sekiranya masih terikat kontrak dengan majikan asalnya.

Semalam, pemain pertahanan T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya bersama pasukan berstatus kelab dari Terengganu itu.

Ia gara-gara kenyataan Irfan sebelum ini yang mendakwa tiada sebarang insiden panas berlaku di dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Kenyataan Irfan jelas bertentangan dengan pihak T-Team yang mendakwa pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazz telah dikasari di dalam terowong stadium itu ketika menuju ke bilik persalinan.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, FAM tidak boleh masuk campur tangan dalam kemelut yang melanda Irfan dan pihak pengurusan T-Team berhubung insiden di Larkin.

"Kita tunggu apa jawapan pihak pengurusan T-Team. T-Team boleh mengambil tindakan seperti yang ada dalam kontrak (Irfan).

"Sudah tentu penamatan kontrak sebelah pihak tidak dibenarkan.

"Andai kata ada pertikai berlaku selain aduan rasmi daripada T-Team, barulah FAM boleh bertindak," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurut Hamidin, Irfan yang juga bekas pemain Johor DT perlu berbincang dengan pihak pengurusan T-Team sebelum membuat keputusan sedemikian.

"Atas kertas, Irfan masih lagi milik T-Team dan jika ada pertikaian dalam kontrak tersebut, Jawatankuasa Status FAM akan membuat tindakan sekiranya T-Team mengemukakan aduan rasmi kepada kami," katanya.

Siapa kapten Harimau Malaya?

Posted:

Siapa kapten Harimau Malaya?

Siapa kapten Harimau Malaya?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PIYA antara nama yang disebut-sebut sebagai pilihan Kim Swee mengetuai skuad Harimau Malaya.


TEKA-TEKI berhubung siapa kapten baharu skuad Harimau Malaya bakal terjawab dalam masa terdekat.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau enggan terburu-buru mengenal pasti pemain yang bakal memikul tanggungjawab sebagai kapten skuad kebangsaan.

"Ada dua tiga pemain dalam radar saya buat masa ini, tetapi saya belum membuat keputusan muktamad.

"Buat masa ini, saya masih meneliti perkara itu bergantung sekiranya pemain berkenaan tercedera dan sebagainya sebelum dipanggil menjalani latihan pusat selepas ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Kepimpinan Sukan di Insitut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Buat masa ini, kapten Kelantan, Badhri Radzi yang mesra dengan panggilan Piya disebut-sebut akan memiliki lilitan kapten itu menjelang pertemuan berdepan Yemen dalam aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai pada 5 Mac depan.

Tanggungjawab selaku kapten skuad kebangsaan sebelum ini disandang oleh perancang Johor Darul Takzim, Safiq Rahim.

Bagaimanapun jelas Kim Swee, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi semasa Safiq bersama skuad Harimau Selatan itu.

"Saya lihat, Safiq beraksi dengan baik serta kerap diturunkan musim ini," katanya.

Kim Swee juga menafikan telah membuat keputusan muktamad berhubung senarai akhir 25 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan berdepan Filipina pada 1 Mac depan seperti mana yang digembar-gemburkan di laman sosial ketika ini.

"Ia hanya satu khabar angin, senarai pelatih hanya akan dikeluarkan Khamis ini (esok).

"Saya memahami ada pihak-pihak tertentu mahu pemain-pemain berkenaan beraksi bersama skuad kebangsaan.

"Namun, saya tidak dipengaruhi dengan desakan mana-mana pihak... sebaliknya saya akan nilai dengan mata saya sendiri sambil mendengar pandangan pembantu-pembantu jurulatih sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau turut menolak kemungkinan bakal merombak skuad Harimau Malaya secara besar-besaran ekoran majoriti pemain utama sekadar memanaskan bangku simpanan bersama pasukan masing-masing musim ini.

"Faktor pengalaman juga diambil kira walaupun secara dasarnya pemain yang tidak beraksi dalam kesebelasan utamanya sudah tentu terkeluar daripada senarai pelatih.

"Namun bergantung kepada posisi tertentu, jadi saya perlu menilai setiap posisi dan masih ada beberapa kekosongan.. tidak mustahil ada beberapa pemain baharu yang akan dipanggil kali ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


40 maut di Syria

Posted:

40 maut di Syria

40 maut di Syria

BEBERAPA orang membawa barang-barang mereka untuk berpindah dari Homs, Syria kelmarin.


DAMSYIK - Seramai 40 orang maut termasuk 20 orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dalam satu serangan oleh sekumpulan penentang anti-Presiden Bashar Al-Assad di sebuah perkampungan di tengah Syria kelmarin.

Beberapa aktivis hak asasi manusia berkata, serangan lewat kelmarin yang berlaku di perkampungan Maan yang terletak di tengah wilayah Hama menyebabkan 20 orang pejuang yang mempertahankan penempatan itu maut.

Seorang aktivis, Rami Abdurrahman berkata, seramai 20 orang awam termasuk enam orang wanita antara yang turut terkorban dalam serangan tersebut.

Agensi berita di Syria pula melaporkan kumpulan penentang membunuh seramai 10 orang wanita di perkampungan berkenaan.

Kumpulan penentang sebelum ini melancarkan serangan bersenjata bagi menggulingkan Presiden Bashar.

Peperangan saudara yang melibatkan tentera Bashar dengan kumpulan penentang di Syria itu bermula sejak Mac 2011 dan telah menyebabkan lebih 100,000 orang terkorban.

Para penentang Bashar itu mahu menggulingkannya selepas beliau gagal untuk membawa pembaharuan demokrasi di negara tersebut. - AP

Pusat pelacuran di selatan China diserbu polis

Posted:

Pusat pelacuran di selatan China diserbu polis

Pusat pelacuran di selatan China diserbu polis


BEBERAPA orang pelacur ditangkap di sebuah pusat hiburan di Dongguan, selatan China kelmarin.


HONG KONG - Anggota-anggota pihak berkuasa China membuat satu siri serbuan ke atas beberapa buah pusat hiburan di lima buah bandar di Dongguan, selatan China.

Serbuan yang jarang dilakukan tersebut disiarkan oleh sebuah agensi penyiaran di negara ini kelmarin yang melaporkan seramai 67 orang ditangkap dan sebanyak 12 pusat pelacuran ditutup.

China mengharamkan pelacuran selepas Revolusi Komunis pada tahun 1949 tercetus.

Namun, industri pelacuran kembali meningkat ekoran kemajuan ekonomi negara itu sejak tiga dekad lalu dan peningkatan penyakit Aids di negara ini.

Sebuah syarikat penyiaran negara itu, China Central Television menyiarkan laporan selama setengah jam berhubung serbuan tersebut.

Beratus-ratus anggota polis terlibat dalam operasi itu yang dilakukan di wilayah Dongguan yang merupakan sebuah pusat perindustrian yang terletak di daerah Guangdong.

Satu rakaman dibuat secara rahsia juga memaparkan beberapa wanita berjalan di atas pentas.

Beberapa orang bapa ayam turut mengaku secara terang-terangan berhubung perkhidmatan pelacuran yang ditawarkan mereka.

Walaupun China sering melakukan serbuan ke atas pusat pelacuran tetapi media di negara ini jarang melaporkan penangkapan para pelacur. - Reuters

3,000 ayam sabung dirampas di New York

Posted:

3,000 ayam sabung dirampas di New York

3,000 ayam sabung dirampas di New York


GAMBAR menunjukkan beberapa buah bekas yang mengandungi ayam sabung ditemui di sebuah kawasan kejiranan di Queens.


NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan sembilan lelaki dan menyelamatkan sebanyak 3,000 ekor ayam jantan dalam serbuan ke atas satu sindiket sambung ayam, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Operasi yang dikenali sebagai Operasi Angry Birds itu dilancarkan pada Sabtu lalu dan berakhir kelmarin ke atas sindiket sabung ayam yang dianggap paling besar di negeri ini.

Serbuan itu dilakukan ke atas tiga buah lokasi di bandar ini.

Salah satu lokasi itu merupakan tempat acara sabung ayam, sebuah tempat penyimpanan ayam jantan dan sebuah ladang menternak ayam.

Pihak berkuasa turut menahan 70 orang pengunjung yang terdiri daripada pemilik ayam jantan, kaki judi dan penonton.

Dalam acara tersebut setiap ayam jantan akan diberi dadah dan akan bertarung dengan ayam jantan yang lain sehingga mati.

Seorang pendakwa raya Eric Schneiderman berkata, sabung ayam adalah satu aktiviti kejam dan tidak berperikemanusiaan serta mendorong aktiviti jenayah yang lain.

"Kami dan beberapa agensi penguat kuasa yang lain komited untuk menghentikan sukan yang kejam itu," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved