Selasa, 11 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis tahan dua lelaki mengugut, rampas dua senjata tiruan

Posted:

Polis tahan dua lelaki mengugut, rampas dua senjata tiruan

Polis tahan dua lelaki mengugut, rampas dua senjata tiruan

11/02/2014 10:58pm

KLANG - Dua adik beradik yang dicari polis sejak Ogos lepas kerana mengugut bunuh seorang peniaga restoran, berjaya ditahan pada Ahad lepas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Meru di sini.

Polis turut merampas dua senjata tiruan berupa senapang dan pistol yang

disorok di dalam rumah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis Mohd. Shukor Sulong pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu yang berumur 23 dan 26 tahun, dipercayai turut terlibat dengan kumpulan kongsi gelap malah mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Mereka juga kini sedang dibicara untuk kes berkaitan seksyen 302 Kanun

Keseksaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mereka mengugut bunuh peniaga itu

kerana bermotifkan dendam terhadap perniagaan mangsa.

- Bernama

Jurujual kerugian lebih RM10,000 akibat disamun

Posted:

Jurujual kerugian lebih RM10,000 akibat disamun

Jurujual kerugian lebih RM10,000 akibat disamun

11/02/2014 10:10pm

KUANTAN - Seorang jurujual kerugian lebih RM10,000 selepas disamun empat lelaki di tempat letak kereta di hadapan Kuantan Parade, di sini malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi di sini hari ini berkata, dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun dihampiri empat suspek terbabit semasa berjalan keluar dari pusat beli belah itu menuju ke keretanya.

"Seorang daripada suspek kemudian mengacukan pisau ke perut mangsa yang berasal dari Kemaman dan seorang lagi mengacukan pistol di lehernya," katanya.

"Suspek-suspek kemudian bertindak merampas beg sandang yang mengandungi wang deposit pelanggan mangsa berjumlah RM10,000 yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan sebelum bergegas melarikan diri ke arah Jalan Wong Ah Jang," jelasnya.

Bagaimanapun beliau berkata dalam rompakan itu mangsa tidak mengalami

sebarang kecederaan.

Polis kini giat memburu dan mengesan suspek terbabit.

- Bernama

Kerajaan digesa tegas banteras dagangan haram hidupan liar

Posted:

Kerajaan digesa tegas banteras dagangan haram hidupan liar

Kerajaan digesa tegas banteras dagangan haram hidupan liar

11/02/2014 10:01pm

KUALA LUMPUR - Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) dan Jaringan Pemantauan Dagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) menggesa kerajaan Malaysia bertindak tegas membanteras pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar di negara ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, kedua-dua badan itu berkata, gesaan itu dibuat kerana Malaysia dijangka menyertai 50 negara lain di Persidangan Perdagangan Haram Hidupan Liar di London selama dua hari bermula esok (12 Febuari 2014).

Organisasi tersebut menggesa kerajaan Malaysia menandatangani Deklarasi Persidangan dan terus memberi perhatian kepada tujuh bidang utama antaranya tindakan menghapus jaringan perdagangan hidupan liar haram yang beroperasi di negara ini.

Kerajaan juga diminta menubuhkan Pasukan Petugas Harimau Kebangsaan bagi menyelia pelaksanaan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan serta tindakan anti-pemburuan haram bagi melindungi harimau dan hidupan liar yang lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr. Dionysius

Sharma berkata, persidangan itu merupakan peluang bagi kerajaan menunjukkan komitmen untuk menghapus perdagangan haram hidupan liar di Malaysia.

Katanya, sebarang langkah yang dipersetujui di London mesti dilaksanakan di negara masing-masing kelak.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved