Rabu, 5 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Wajah baharu

Posted:

Wajah baharu <i>Gerak Khas</i>

Wajah baharu Gerak Khas

SEJAK ditubuhkan pada 13 Mac 1985, syarikat produksi Skop Production Sdn. Bhd. kerap menerbitkan drama bersiri bercorak kepolisan yang disiarkan di kaca televisyen.

Bermula dengan drama bersiri Remang-Remang Kotaraya pada tahun 1986, ternyata syarikat yang diterajui oleh Datuk Yusof Haslam itu menerbitkan lebih banyak drama seperti Debu-Debu Kota, Skuad Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, yang paling menjadi tumpuan penonton pastinya drama bersiri Gerak Khas yang mula bersiaran di stesen televisyen RTM pada tahun 1999 dan dapat bertahan selama 12 tahun.

Namun begitu, program tersebut telah direhatkan siarannya buat sementara waktu pada tahun 2011.

Kini selepas tiga tahun, para penonton setia siri televisyen itu akan dapat menyaksikan aksi yang ditampilkan oleh sepasukan anggota polis menerusi musim baharu yang akan mula ditayangkan pada 14 Februari ini.

Dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Bukit Aman, Kuala Lumpur baru-baru ini, Yusof selaku penerbit berkata, atas kejayaan yang diraih berdasarkan sambutan penonton sebelum ini telah mendorong pihaknya kembali menerbitkan drama bercorak kepolisan tersebut.

"Saya cukup gembira apabila Gerak Khas mampu bertahan selama 12 tahun dan ia merupakan satu tempoh yang agak panjang. Bukan mudah untuk menghasilkannya kerana ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang cukup tinggi.

"Apa yang boleh saya katakan, kejayaan yang diraih ini adalah hasil kerja berpasukan yang melibatkan para pelakon serta tenaga kerja di belakang tabir yang berusaha keras menjayakan setiap episod yang diterbitkan," ujarnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, Ketua Pengarah Penyiaran RTM,

Datuk Norhyati Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin.


ZAHID (berdiri, tengah) hadir pada majlis pelancaran drama bersiri Gerak Khas musim baharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Jelasnya, ketika mula-mula menerbitkan drama bercorak kepolisan tersebut, ia lebih bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap sumbangan yang diberikan oleh anggota polis terhadap tugas menjaga ketenteraman awam.

"Menerusi drama sebegini sudah tentu ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap nyawa anggota polis yang sering menjadi taruhan semasa melaksanakan tugas.

"Terdapat beberapa episod yang memaparkan anggota yang terkorban ketika bertugas membanteras jenayah," jelasnya.

Namun sejajar dengan peredaran masa, untuk musim yang terbaharu, Gerak Khas sebaliknya akan tampil dengan cerita-cerita yang terkini dan berdasarkan situasi semasa tentang kejadian jenayah yang berlaku sekarang.

Jelasnya, sepanjang menerbitkan drama berkenaan, pihaknya mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), misalnya memberi idea atau maklumat yang diperlukan kepada panel skrip Skop Production untuk menghasilkan sebuah cerita yang menarik.

"Untuk musim kali ini, Gerak Khas bukan sekadar memaparkan cerita mengenai tugas-tugas polis. Antara pembaharuan yang dilakukan ialah penekanan terhadap jalan cerita yang berkisar kepada konflik kehidupan keluarga serta permasalahan dalaman yang berlaku dalam kalangan anggota polis.

"Tidak ketinggalan, terdapat cerita yang memaparkan isu-isu berkaitan polis seperti rasuah, kegagalan operasi akibat rahsia yang dibocorkan oleh orang dalam, salah guna kuasa dan memukul anggota sendiri," ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut, untuk musim baharu ini, beliau telah menggabungkan barisan pelakon lama dan baharu. Yusof juga turut kembali dalam barisan pelakon produksi tersebut dengan memegang watak sebagai SAC Datuk Helmi.


AFIQ MUIZ (tengah) antara muka baharu yang ditampilkan menerusi Gerak Khas musim terbaharu ini.


Antara pelakon yang dipilih untuk membintangi Gerak Khas musim baharu ini termasuklah Norman Hakim, C. Kumaresan, Salina Saibi dan Zabri Ibrahim serta beberapa muka baharu seperti Afiq Muiz, Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam dan Mas Hidzir Khan.

Dalam pada itu, Yusof turut ditanya mengenai pemilihan Afiq sebagai salah seorang pelakon utama siri TV tersebut memandangkan sebelum ini pelakon muda itu terlibat dengan kontroversi yang membabitkan kisah peribadinya.

Jelas beliau, dia memang sengaja memilih Afiq kerana mahu memberi peluang kepadanya kerana dia berbakat. Malah, dia yakin kemunculan pelakon itu tidak akan menjejaskan imej polis dan drama tersebut.

"Apa yang berlaku (terhadap Afiq) lebih kepada perkara peribadi dan saya melihat dirinya sebagai seorang yang sangat berdisiplin ketika bekerja. Saya tidak akan memilih pelakon yang ada terbabit dengan jenayah atau politik," tegasnya.

Terharu

Salah seorang pelakon utama Gerak Khas musim baharu, Norman Hakim mengakui bahawa dia sangat terharu apabila kembali diberi kepercayaan oleh Skop Production untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas.

Ujarnya, dia sudah terbabit dalam penerbitan drama tersebut dalam tempoh yang cukup lama iaitu sejak tahun 2003 hingga 2009 sebelum keputusan dibuat untuk merehatkannya.

"Apabila dihubungi dan diberitahu tentang tawaran berlakon dalam Gerak Khas, perasaan saya sudah pastinya sangat gembira sehingga bergenang air mata kerana saya begitu sayang dengan drama ini.

"Selepas lima tahun saya akhirnya kembali menjayakannya dan ia merupakan salah satu rahmat dan rezeki yang diperoleh pada tahun lalu. Ketika ditawarkan saya tidak mengambil masa yang lama membuat keputusan," ujarnya yang memegang watak sebagai Supt. Haris.

Mengulas mengenai Gerak Khas yang kembali diterbitkan, ujar Norman, ia merupakan suatu langkah yang sangat wajar kerana tidak banyak drama berbentuk kepolisan yang diterbitkan di negara ini.

Tambah Norman, sebagai sebuah drama bersiri yang mengangkat martabat PDRM pada mata masyarakat, ia boleh dijadikan medium yang paling berkesan untuk memberi gambaran sebenar tentang tanggungjawab yang perlu dipikul anggota polis.


SELEPAS tiga tahun berehat, kini Gerak Khas musim baharu kembali menemui penonton di layar kaca.


"Kalau diikutkan, bukan mudah membawakan watak sebagai pegawai polis. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian misalnya penampilan, gaya percakapan dan gerak tubuh perlulah dilihat seperti cara seorang polis yang sebenar.

"Perkara sebegini harus diberikan perhatian kerana imej yang dibawa oleh pelakon. Lagipun, saya sendiri terpaksa mengambil masa selama tiga bulan membiasakan diri ketika mula-mula berlakon Gerak Khas dahulu," jelasnya.

Cabaran

Seorang lagi pelakon yang boleh dikategorikan 'orang lama' dalam drama berisi Gerak Khas, Salina Saibi yang memegang watak sebagai ASP Salina berkata, ia telah memberikan satu pengalaman yang berharga buat dirinya.

Menurutnya, sebagai seorang yang gemar melakukan aksi lasak, dia sememangnya sangat menggemari watak sebagai pegawai polis yang dilihatnya agak mencabar buat dirinya selaku pelakon.

"Tiada sebarang cabaran besar yang dilalui sepanjang terbabit dalam drama ini, kecuali mengalami beberapa kecederaan yang ringan serta membawakan watak sebagai anggota polis sebenar.

"Selain itu, terdapat sedikit perbezaan yang ditampilkan apabila watak saya sudah berkahwin dan menjadi isteri kepada ASP Rosli yang dilakonkan oleh Afiq Muiz. Jalan ceritanya juga banyak bertumpu kepada kehidupan kami sebagai pasangan suami isteri," jelasnya.

Tambahnya: "Bekerjasama dengan individu seperti Datuk Yusof Haslam agak menyeronokkan dan beliau seorang individu yang sangat fleksibel."

Drama bersiri kepolisan popular

Posted:

Drama bersiri kepolisan popular

Drama bersiri kepolisan popular

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


DENNIS FRANZ (kiri) dan Jimmy Smits antara dua pelakon penting siri televisyen, NYPD Blue.


JIKA di Malaysia drama bersiri Gerak Khas cukup diminati ramai, terdapat beberapa lagi drama bersiri bertemakan kepolisan luar negara yang popular dan menarik minat penonton.

Biarpun menggunakan tema yang sama, tetapi setiap drama tampil dengan jalan cerita yang tersendiri. Menariknya, drama-drama tersebut turut ditayangkan di stesen televisyen di negara ini serta mempunyai jumlah penonton yang agak ramai.

Berikut merupakan senarai beberapa buah drama kepolisan yang diterbitkan di luar negara serta popular di seluruh dunia dan mencatatkan jumlah rating yang tinggi setiap kali ditayangkan di kaca televisyen.

NYPD Blue

Sebuah lagi drama bersiri kepolisan

yang pernah ditayangkan di stesen televisyen di Malaysia, NYPD Blue berkisar mengenai tugas anggota polis membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar New York, Amerika Syarikat.

Sesuatu yang cukup menarik tentang drama bersiri ini apabila ia diilhamkan oleh bekas anggota polis New York, Bill Clark. Secara kebetulan, salah seorang penerbitnya iaitu David Milch sememangnya mengenali Bill sehingga terhasilnya drama bersiri berkenaan.

NYPD Blue mula ditayangkan di saluran televisyen ABC Network pada 21 September 1993 sehinggalah ia berakhir pada 1 Mac 2005. Drama bersiri berkenaan telah ditayangkan sebanyak 261 episod dan pernah menjadi drama bersiri paling panjang yang pernah disiarkan di saluran televisyen tersebut.

Antara barisan pelakon yang pernah membintangi drama bersiri berkenaan seperti Andy Sipowicz, Dennis Franz, Jimmy Smits, Danny Sorenson, John Clark Jr. dan Diane Russell.

NCIS

Sesuatu yang menarik tentang NCIS kerana ia agak berbeza dengan drama bersiri kepolisan yang pernah diterbitkan. Memulakan siaran pada tahun 2003 di saluran televisyen CBS, ia masih lagi diterbitkan sehingga sekarang.

NCIS memaparkan cerita tentang sekumpulan ejen khas di bawah Naval Criminal Investigative Service yang ditugaskan melakukan penyiasatan terhadap kejadian jenayah membabitkan anggota Tentera Laut Amerika Syarikat dan Polis Marin.

Dibintangi oleh beberapa pelakon hebat seperti Mark Harmon, Sasha Alexander, Michael Weatherly dan Pauley Perrette, drama bersiri berkenaan pernah mendapat undian tertinggi untuk rancangan TV yang paling banyak ditonton di Amerika Syarikat pada tahun 2011.

Sehingga kini, NCIS yang diterbitkan oleh David Bellisario dan Avery C. Drewe sudah ditayangkan selama 11 musim. Pada musim pertama, ia diberi judul Navy NCIS, tetapi perkataan 'Navy' digugurkan untuk musim berikutnya dan judul NCIS kekal sehingga sekarang.

HAWAII FIVE-O versi baharu.


Hawaii Five-O

Merupakan antara drama bersiri kepolisan terawal yang pernah diterbitkan di Amerika Syarikat, Hawaii Five-O mula ditayangkan di stesen televisyen CBS pada tahun 1968 hingga 1980.

Menampilkan beberapa orang pelakon terkenal seperti Jack Lord, James MacArthur, Kam Fong dan Gilbert Lani Kauhi, drama bersiri berkenaan ditayangkan selama 12 musim dengan 284 episod.

Ia mengisahkan tentang sekumpulan anggota polis yang menjaga keselamatan dan ketenteraman di Pulau Hawaii.

Setelah 30 tahun tidak disiarkan di kaca televisyen, Hawaii Five-O kembali menemui penonton pada tahun 2010 dengan barisan pelakon baharu seperti Alex O'Loughlin, Scott Caan, Daniel Dae Kim dan Grace Park.

Rookie Blue

Jika di Amerika Syarikat popular dengan drama bersiri Hawaii Five-O dan NYPD Blue, negara Kanada juga tidak kurang hebatnya apabila menghasilkan sebuah drama berjudul Rookie Blue.

Pernah ditayangkan di TV2 sekitar tahun 2012, Rookie Blue mengisahkan tentang kehidupan lima orang rakan yang bekerja sebagai anggota polis setelah tamat latihan di akademi polis.

Selain berkisar tentang kerjaya yang dilalui sebagai anggota polis, drama bersiri ini dilihat lebih menekankan kepada cerita mengenai kehidupan peribadi yang dilalui oleh setiap watak utama, terutamanya berkaitan kekeluargaan dan persahabatan.

Drama yang dibintangi oleh Missy Peregrym, Gregory Smith, Rachael Ancheril, Priscilla Faia dan Eric Johnson sudah mula ditayangkan sejak tahun 2010 dan kini sudah memasuki musim yang keempat.

Law & Order

Mula diterbitkan pada tahun 1990, Law & Order merupakan sebuah drama bersiri yang diterbitkan Dick Wolf dan ditayangkan di stesen televisyen NBC sebanyak 20 musim dalam tempoh 10 tahun.

Sejarah drama bersiri ini bermula apabila Dick mencari ilham untuk menerbitkan cerita yang berkisarkan tentang sistem keadilan pada tahun 1988. Mengikut perancangan awal, tajuknya diberi nama Night & Day dan kemudian diubah menjadi Law & Order.

Ditayangkan selama sejam untuk setiap episod, bahagian pertama memaparkan tentang penyiasatan yang dilakukan oleh detektif terhadap kejadian jenayah yang berlaku di sekitar New York. Bahagian kedua lebih berkisar kepada paparan tentang situasi perbicaraan di mahkamah terhadap tertuduh yang didapati bersalah dalam usaha mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Salah satu tarikan utama drama bersiri ini sehingga diminati ramai kerana kebanyakan ceritanya berdasarkan kepada kisah benar yang berlaku dan pernah menjadi tajuk utama akhbar.

Cuaca ekstrem ancam pelancongan Antartika

Posted:

Cuaca ekstrem ancam pelancongan Antartika

Cuaca ekstrem ancam pelancongan Antartika


HELIKOPTER dari kapal pemecah ais Xue Long ini membantu menyelamatkan penumpang kapal Shokalskiy.


CABARAN operasi menyelamat sebuah kapal Rusia yang terperangkap di kawasan ais yang padat pada bulan lalu, menunjukkan risiko yang terpaksa dihadapi industri pelancongan benua beku, kata pakar.

Antartika antara sempadan terakhir untuk pengembara yang gemarkan cabaran merupakan sebuah kawasan ais glasier, habitat penguin emperor dan diliputi salji putih yang tiada penghujungnya.

Bagi penumpang kapal Akademik Shokalskiy, mereka menerima pengajaran bahawa ribut salji, bongkah ais, lautan berbahaya adalah sesuatu yang tidak asing di kawasan paling terpencil di dunia, Antartika selain bantuan berada beribu kilometer (km).

"Ia adalah peringatan bahawa kita terpaksa bergelut dengan persekitaran ekstrem sama ada bagi tujuan ekspedisi saintifik atau pelayaran berunsurkan pelancongan," kata pakar peraturan pelancongan Antartika, Daniela Ligget dari Universiti Canterbury New Zealand.

Berdasarkan rekod industri, jumlah pelancong ke Antartika meningkat daripada kurang 5,000 pelancong pada tahun 1990 kepada kira-kira 35,000 pengunjung setahun.

Kebanyakan pelancong ke Antartika melalui lautan, terdapat pelancong yang membayar melebihi AS$20,000 (RM66,930) untuk sebuah kabin mewah terutama pada bulan November hingga Mac.

Terdapat juga pertumbuhan yang sihat dalam perkhidmatan udara walaupun sebuah kapal terbang Air New Zealand DC-10 pernah terhempas pada 1979 di Gunung Erebus sehingga mengakibatkan kesemua 257 penumpang maut.

Rekod pertama kapal yang membawa pelancong ke Antartika ialah pada tahun 1958 iaitu Les Eclaireurs dari Argentina yang membawa muatan 100 pelancong.

Kerisauan

Kerisauan mula memuncak terhadap impak yang dihadapi pelancong ekoran persekitaran Antartika yang berbahaya selain kesukaran pasukan penyelamat menyalurkan bantuan kecemasan.

"Antartik unik kerana ia kawasan yang sangat terpencil. Sekiranya berlaku sesuatu terhadap kapal bersaiz besar adalah mustahil untuk pasukan penyelamat memberi bantuan kepada kesemua penumpang dengan pantas," tutur Ligget.


HANYA kapal yang membawa kumpulan kecil pelancong dibenarkan mendarat di daratan Antartika.


Jarak pasukan keselamatan konvensional begitu jauh, misi menyelamat kapal terkandas sering membabitkan kapal misi saintifik sehingga mengganggu perjalanan kajian mereka.

Pengarah Institut Kutub Perancis, Yves Frenot berang apabila kapal kerja-kerja saintifik milik Perancis, China dan Australia di Antartika berubah misi kepada membantu menyelamatkan kapal Shokalskiy.

"Tidak ada alasan untuk menetapkan Antartika khas untuk para saintis sahaja, namun industri pelancongan perlu dipantau dan peraturan diketatkan supaya apabila berlaku kejadian yang tidak diingini, pengusaha tersebut boleh dibantu," katanya.

Kesukaran yang dihadapi pasukan penyelamat Antartika teruji pada 24 Disember lalu apabila Shokalskiy terperangkap manakala kapal pemecah ais dari China, Xue Long yang memberikan bantuan turut terperangkap.

Kedua-dua kapal tersebut berjaya diselamatkan selepas kapal pemecah ais, US Coast Guard, Polar Star menghulurkan bantuan selepas menerima maklumat dari Sydney, Australia.

Ligget berkata, Shokalskiy mengembara di kawasan yang jarang dikunjungi para saintis dan pelancong mengakibatkan kapal berkenaan terperangkap di lokasi kejadian.

Katanya, kapal persiaran yang diluluskan oleh Persatuan Antarabangsa Operator Pelancongan Antartika (IAATO) kebiasaannya belayar secara berpasangan atau dikenali sebagai 'sistem pasangan' dan sekiranya berlaku masalah salah sebuah daripada mereka boleh memberi bantuan.

Hidupan liar

Tambahnya lagi, IAATO menjalankan tugas dengan cemerlang dalam usaha mengurangkan impak persekitaran Antartika.

"Ia adalah mengenai pemandangan, kehidupan liar dan alam sekitar yang terpelihara dijual kepada pelancong. Menjadi tanggungjawab mereka untuk memelihara keadaan itu," jelasnya.

Jurucakap IAATO, Amanda Lynnes memberitahu, kapal pelancong mengambil langkah dekontaminasi yang ketat untuk mengelakkan pelancong mengambil spesies bukan natif atau mikrob di daratan.

Ujarnya, kapal yang membawa lebih 500 penumpang tidak dibenarkan mendarat manakala kapal kecil perlu mematuhi beberapa garis panduan sebelum mendarat bagi melindungi flora dan fauna di kawasan berkenaan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Medan dekati figura Transformers

Posted:

Medan dekati figura Transformers

Medan dekati figura Transformers

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

CUTI umum sempena Tahun Baru Cina, Jumaat lalu digunakan sebaiknya oleh Mohd. Firdaus Kamis, 31, untuk bercuti bersama isteri dan dua orang anaknya.

Tumpuan utamanya ialah Ekspo Transformers Malaysia 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. Dia merupakan peminat kepada siri kartun Transformers.

"Saya datang dari Sungai Ara, Pulau Pinang semata-mata untuk menyaksikan dua patung tinggi watak dalam filem Transformers iaitu Optimus Prime dan Bumblebee. Ekspo ini juga memberi maklumat lengkap mengenai sejarah siri kartun dan watak dalam Transformers sejak tahun 1984 sehingga hari ini," ujar Pegawai Teknikal di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu.

Tambahnya, anak sulungnya yang berusia tiga tahun, Muhammad Fayyad juga merupakan peminat permainan yang bercirikan robotik. Ekspo itu merupakan salah satu peluang terbaik kepada Mohd. Firdaus memberi pendedahan kepada anak sulungnya mengenai figura Transformers.

Ekspo Transformers Malaysia 2014 dianjurkan buat julung-julung kalinya di Malaysia dan Asia sempena ulang tahun ke-30 siri kartun, figura aksi dan filem Transformers. Ekspo itu juga merupakan salah satu tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Genting Highlands.

Penganjuran ekspo itu merupakan kolaborasi pihak penganjur, Target Exposition Sdn. Bhd. (Target Exposition) bersama syarikat permainan dari Amerika Syarikat, Hasbro Inc. (Hasbro) dan Resorts World Genting sebagai penaja lokasi.

Sebanyak enam ruang pameran yang menjadi tumpuan pengunjung di dalam kawasan seluas 3,251 meter persegi di Arena Of Stars. Sebaik sahaja memasuki ruang ekspo, alunan lagu tema filem Transformers menjadi penyambut para tetamu.

Di bilik pameran pertama, pengunjung berpeluang melihat kira-kira 1,520 model patung permainan Transformers milik ahli Kelab Peminat Transformers Malaysia (TransMy) yang dipamerkan.


PAMERAN robotik memberi informasi tentang dunia teknologi masa kini kepada pengunjung.


Disusun rapi

Setiap model patung permainan disusun rapi mengikut kategori, karakter, tahun diterbitkan dan siri kartun sejak tahun 1984 hingga 2013.

Seorang ahli TransMy, Mohd. Hafeez Hilmin, 29, memberitahu, kumpulannya mendapat undangan rasmi untuk menyertai ekspo itu daripada pihak penganjur, Target Exposition.

Dia yang mula mengumpul model permainan Transformers sejak 11 tahun lalu berkata, alat permainan yang dipamerkan di ekspo itu merupakan milik 38 orang ahli TransMy.

"Model permainan ini telah diasingkan dalam 13 ruang. Ia disusun mengikut kronologi tahun siri kartun dan tahun keluaran barangan itu dijual oleh Hasbro Inc. dan Takara Co. Ltd. Ahli TransMy di ekspo ini akan membantu memberi maklumat mengenai setiap model permainan secara sukarela.

"Sepanjang ekspo, ahli TransMy mahu memberi maklumat mengenai mengumpul alat permainan bukan sekadar hobi. Kami juga berkongsi mengenai nilai sesebuah model itu yang mempunyai harga tinggi di pasaran," ujarnya.

Tambahnya, empat karakter Transformers iaitu Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Starscream merupakan model permainan popular dalam kalangan peminat tegar kartun itu.

TransMy kini mempunyai kira-kira 1,000 orang ahli di seluruh Malaysia. Kebanyakan ahli TransMy mempunyai koleksi model permainan yang jarang ditemui dalam pasaran tempatan yang dibeli secara dalam talian dari luar negara seperti Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom.


SEBANYAK 1,520 model permainan Transformers dipamerkan untuk tatapan para pengunjung.


Kereta

Sebaik sahaja melepasi ruang pameran koleksi model permainan, pengunjung berpeluang menyaksikan kereta Chevrolet Camaro SS berwarna kuning yang merupakan watak Bumblebee dalam tiga siri filem Transformers.

Model kereta yang diimport dari Amerika Syarikat itu merupakan satu-satunya versi Transformers yang dipamerkan di Malaysia. Bagi pengunjung yang meminati model kenderaan itu, anda dapat melihat secara lebih dekat bahagian luar dan dalam kereta yang sememangnya seperti watak Bumblebee.

Pengunjung berpeluang menyaksikan maklumat mengenai sejarah Transformers dengan kaca mata tiga dimensi (3D) pada paparan skrin televisyen. Melalui paparan itu, pengunjung akan menyaksikan sinopsis sembilan siri kartun dan tiga filem Transformers.

Pengurus Besar Target Exposition, Jovin Foong memberitahu, ruang pameran keempat ekspo iaitu Peta 3D merupakan antara tarikan utama kepada pengunjung selain dua patung gergasi watak Optimus Prime dan Bumblebee.

Menurutnya, Peta 3D merupakan rangkuman sejarah penubuhan siri kartun Transformers yang disampaikan dalam bentuk yang lebih interaktif.

"Peta 3D dihasilkan daripada pancaran projektor dan pengunjung dapat melihat pergerakan dan formasi watak-watak Transformers mengikut alunan muzik. Melalui pertunjukan itu, pengunjung juga dapat menonton pertembungan Transformers dengan watak antagonis siri kartun dan filem tersebut iaitu Cybertron," ujarnya.

Tuan rumah pertama

Menurutnya, pihak penganjur menyasarkan seramai 200,000 pengunjung sepanjang 17 hari ekspo itu berlangsung.

Malaysia dipilih sebagai tuan rumah pertama di dunia untuk penganjuran Ekspo Transformers sempena ulang tahun ke-30 siri kartun itu. Segala pengisian ekspo itu dicetuskan oleh Hasbro dan telah diolah dan direalisasikan oleh Target Exposition di Genting Highlands.

PATUNG watak Optimus Prime setinggi tujuh meter menjadi lokasi tumpuan pengunjung untuk mengambil gambar.


"Segala idea Target Exposition disambut baik oleh pihak Hasbro di Amerika Syarikat. Sehubungan itu, pihaknya mahu menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama ekspo yang bertaraf antarabangsa itu," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di ekspo itu.

Ruang ekspo yang kelima sesuai untuk aktiviti interaktif kanak-kanak sebelum menyaksikan model patung Optimus Prime dan Bumblebee.

Model yang mengikut saiz sebenar seperti ciri fizikal dan spesifikasi dalam siri filem Transformers yang ketiga iaitu Dark of the Moon menjadi ruang yang sentiasa dipenuhi pengunjung.

Kebanyakan pengunjung mengambil peluang bergambar bersama Optimus Prime yang setinggi tujuh meter manakala Bumblebee pula setinggi lima meter.

"Kedua-dua model patung ini dihasilkan di Malaysia dan diperbuat sepenuhnya daripada fiber. Bukan sekadar kanak-kanak, golongan dewasa juga kebanyakannya kagum dengan rekaan yang kelihatan sama seperti dalam filem," kata Jovin.

Ekspo sempena ulang tahun ke-30 Transformers yang kedua akan dianjurkan di Toronto, Kanada pada bulan Julai nanti. Penganjuran ekspo di Kanada itu merupakan sempena promosi filem Transformers: Age of Extinction yang bakal menjengah panggung pada bulan Jun.

Memori kopi luwak Indonesia

Posted:

Memori kopi luwak Indonesia

Memori kopi luwak Indonesia


BIJI kopi luwak dipanggang sebelum dihidangkan kepada pelanggan.


PELIK rasanya ketika menghirup kopi susu di sebuah warung berdekatan dengan kediaman penulis di Puchong, teringat semula kenangan manis saat bercuti di Indonesia beberapa bulan lalu.

Peluang bercuti selama empat hari tiga malam di Bali pada September tahun lalu, masih mekar diingatan terutamanya ketika menghirup kopi luwak di Kopi Bali House di Ubud.

Kopi luwak yang merupakan daya tarikan utama di Bali antara kopi termahal di dunia malah turut melibatkan cara pembuatan yang pelik.

Difahamkan, para petani akan memetik buah kopi yang terbaik sebelum luwak iaitu sejenis binatang seakan-akan musang memakan buah kopi itu. Kemudian, terhasillah biji kopi melalui najis luwak.

Sesiapa yang mengetahui cara pembuatan biji kopi luwak pasti meremang bulu roma. Tetapi bagi penulis yang merupakan penggemar kopi, perkara itu sedikitpun tidak menghalang perasaan untuk merasai kenikmatan kopi berkenaan.

Saat tiba di Kopi Bali House yang kelihatan seperti warung itu, perkara pertama yang menyambut kedatangan penulis adalah aroma biji kopi yang sudah dipanggang secara tradisional.

Duduk sahaja di meja, terdapat pelbagai minuman kopi luwak yang disediakan termasuk hidangan teh. Ada antara kopi yang sudah dicampur dengan pelbagai herba seperti ginseng.

Kegemaran penulis ialah kopi susu. Keadaan di Ubud pada petang itu sedikit dingin adalah teman terbaik apabila hirupan demi hirupan menyuntik kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata.

Ketika mahu pulang, sempat penulis membeli kira-kira dua peket kopi luwak untuk diminum di tanah air. Kopi berkenaan dijual mengikut gram (g) iaitu 50 g pada harga 200,000 rupiah (RM54).

Selain keenakan kopi, Bali yang popular sebagai lokasi percutian bagi pencinta lautan, turut mempunyai tarikan yang lain.

Gunung berapi

Antara yang menarik perhatian penulis ialah menyaksikan sendiri gunung berapi di Kintamani. Lokasinya yang dingin menawarkan panorama indah di sekeliling gunung berapi itu.

Dari jauh jelas kelihatan di lereng gunung berapi tersebut berwarna hitam dan terdapat kepulan awan seakan-akan asap yang keluar dari kawah gunung itu.

Penulis diberitahu gunung berkenaan selamat dan tidak aktif. Selepas memastikan keadaan selamat barulah perasaan mahu merakam gambar di situ muncul.


PENULIS (kanan) meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil menikmati kopi luwak dan teh yang disediakan.


Destinasi seterusnya ialah panggung wayang. Ramai dalam kalangan kenalan rapat mentertawakan penulis kerana sanggup berhabis sehingga RM30 semata-mata untuk menonton wayang di situ.

Lokasinya di pusat beli-belah Beach Walk XXI, Kuta yang terletak berhampiran tempat penginapan penulis di Hotel Sun Royal.

Tajuk filem yang dipilih ialah Cinta Brontosaurus. Tujuan utama penulis menonton sendiri filem genre komedi seram ini adalah untuk menyaksikan gelagat penonton panggung wayang dalam kalangan masyarakat setempat.

Seperti lazimnya, tiada apa yang membezakan budaya menyaksikan filem di pawagam Malaysia dan Indonesia.

Masakan Padang

Masakan Padang yang menjadi buah mulut pelancong di Bali, Indonesia juga tiada bezanya dengan masakan di Malaysia. Penulis memilih Restoran Sederhana.

Menyediakan hidangan lauk-pauk ala bufet antaranya, sambal terung dan ayam goreng masak merah.

Rasanya sedikit berempah dan tidak terlalu pedas bertepatan dengan selera penulis. Air Pokat hasil perahan jus avokado menjadi satu-satunya hidangan di restoran itu yang sedikit berbeza.

Selain itu, penulis turut berkunjung ke Tagalang iaitu lokasi tanaman padi bukit di Indonesia. Tidak lengkap percutian penulis jika tidak mencecahkan kaki di permukaan laut Bali yang terletak di Dreamland Beach.

Misi mencari cenderahati buat keluarga dan rakan terdekat menjadi lebih mudah saat berkunjung di Krisna Oleh-Oleh Khas Bali di Kuta.

Nasihat penulis jangan sesekali melayan penjaja barangan cenderahati di jalanan kerana khuatir ditipu. Pengalaman penulis sendiri kerugian hampir RM10 walhal harga sebenar rantai kunci berkenaan hanya RM3)di Krisna Oleh-Oleh Khas Bali.

Sedikit malang buat penulis kerana tidak berkesempatan menyaksikan persembahan tarian api kecak di Uluwatu. Perasaan sedih itu berjaya diubati dengan hanya meminum kelapa muda segar di situ.

Lengkap sudah cerita percutian penulis pada kali ini. Semoga selepas ini, penulis berpeluang berkunjung ke negara Eropah, Korea atau Jepun sambil berendam dalam salji.

Perkhemahan serba santai

Posted:

Perkhemahan serba santai

Perkhemahan serba santai


SETIAP khemah disediakan antara dua hingga empat buah katil termasuk kipas.


KEDINGINAN lantas 'menggigit' tubuh badan sebaik kaki melangkah keluar dari kereta. Kepenatan menempuh perjalanan kira-kira dua jam dari Kuala Lumpur umpama tidak dirasai ekoran kenyamanan suasana di Tanah Aina Farrah Soraya yang merupakan sebuah resort di dalam hutan di Raub, Pahang.

Uniknya, resort di alam semula jadi ini turut menawarkan penginapan dalam khemah yang lengkap dengan katil dan kipas. Lebih menarik, bauan harum dari racikan daun pandan menyambut kedatangan para tetamu di dalam khemah itu.

Kesemua 16 khemah itu dibina berdekatan sungai sekali gus mewujudkan suasana lebih sejuk dan tenang. Tidur anda pasti dibuai mimpi indah tatkala mendengar derusan sungai dan bunyi unggas bersahut-sahutan.

"Para tetamu tidak perlu bimbang kerana khemah ini bebas daripada gangguan serangga. Bagi memberikan percutian serba indah kepada para tetamu kami turut menyediakan kemudahan asas seperti tilam dan kipas.

"Khemah ini juga sesuai untuk mereka yang datang berpasangan, percutian bersama rakan-rakan mahupun bersama keluarga. Dalam satu masa, kawasan perkhemahan ini mampu mengisi kapasiti maksimum 60 pengunjung," kata Pengurus Tanah Aina Farrah Soraya, Zulhairi Dzulkafly.

Harga

Setiap khemah boleh diisi dua hingga lima orang dalam satu masa.

Harga yang ditawarkan berpatutan iaitu RM235 seorang bagi dewasa dan RM188 seorang bagi kanak-kanak untuk satu malam.

"Harga tersebut turut merangkumi makanan iaitu sarapan, makan tengah hari dan minum petang," jelasnya.

SETIAP dormitori mempunyai kapasiti antara empat hingga 10 pengunjung.


Tambahnya, harga yang berbeza dikenakan pada hari Jumaat hingga Ahad serta hari cuti umum iaitu RM255 untuk dewasa dan RM208 untuk kanak-kanak berusia antara tiga hingga 10 tahun.

Mengulas lanjut, Zulhairi berkata, pihaknya turut menyediakan pilihan bagi mereka yang tidak mahu menginap di khemah antaranya calet utama, calet bulan madu dan dormitori.

"Jika anda mahu menginap di sini dalam kapasiti yang ramai atau berkumpulan, kami ada menyediakan calet dormitori dengan keupayaan menempatkan empat hingga 10 orang dalam setiap bilik.

"Meranti, Jati, Cengal, Balau dan Kempas adalah nama setiap bilik yang terdapat dalam calet dormitori, Harga yang ditawarkan pula bermula RM196 sehingga RM320 sebilik," katanya.

Bagi pengunjung terutamanya warga kota yang ingin lari seketika daripada hiruk-pikuk bandar raya, Tanah Aina Farrah Soraya menyediakan ketenangan yang anda cari.

Dibina di atas tanah seluar 60 hektar dengan ketinggian 1,700 meter dari paras laut, ia pasti menjanjikan percutian yang sempurna di samping memupuk perasaan cinta terhadap alam sekitar. – AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


1,220 graduan MSU terima ijazah, diploma

Posted:

1,220 graduan MSU terima ijazah, diploma

1,220 graduan MSU terima ijazah, diploma

MOHD. SHUKRI (depan tujuh dari kanan) bergambar bersama sebahagian 1,220 graduan selepas majlis konvokesyen MSU kali ke-14 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KONVOKESYEN. Seramai 1,220 graduan menerima ijazah dan diploma pada majlis Konvokesyen Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) ke-14 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menyempurnakan majlis penyampaian ijazah dan diploma berkenaan.

Presiden MSU, Prof. Datuk Dr. Mohd Shukri berkata, majlis tersebut melibatkan 35 graduan peringkat pascasiswazah, sarjana muda (769) dan diploma (416).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Norafzareen Zainol dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Canselor manakala Alex Poon Wai Kean (Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa) dan Sharifah Zakiah Wan Yusop (Diploma Perakaunan) pula menerima Anugerah Presiden.

Dewan Perhimpunan Cina Perak anjur sambutan Tahun Baru Cina

Posted:

Dewan Perhimpunan Cina Perak anjur sambutan Tahun Baru Cina

Dewan Perhimpunan Cina Perak anjur sambutan Tahun Baru Cina


ZAMBRY (empat dari kiri) bersama Boon Heong (tiga dari kiri) dan ahli jawatankuasa DPCP menggaul yee sang pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Ipoh, Perak baru-baru ini.


RAI. Lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Perak (DPCP) yang diadakan di Hotel Impiana, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Perak yang lain.

Pengerusi DPCP, Chai Boon Heong berkata, majlis itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan pertubuhan tersebut sejak dua dekad lalu.

"Kita berharap majlis ini akan terus menjadi tali penghubung masyarakat pelbagai kaum di negeri ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bayar RM400 juta elak tol naik

Posted:

Bayar RM400 juta elak tol naik

Bayar RM400 juta elak tol naik

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

KADAR tol di semua lebuh raya tidak akan dinaikkan pada tahun ini.


PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini, namun terpaksa membayar pampasan lebih RM400 juta kepada 29 syarikat konsesi bagi menampung kos berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar tol itu melibatkan beberapa syarikat konsesi di Lembah Klang kecuali pihak Projek Lebuh Raya Utara-Selatan yang mengumumkan tidak menaikkan kadar tol mereka.

Katanya, pampasan itu adalah untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol pada tahun ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rakan Thivakaran ditahan

Posted:

Rakan Thivakaran ditahan

Rakan Thivakaran ditahan

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis yang juga merupakan rakan sekerja kepada Lans Koperal T. Thivakaran, 37, anggota polis yang ditemui maut ditembak di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini kelmarin ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, lelaki yang juga berpangkat Lans Koperal dan turut bertugas di Cawangan Khas (SB) Bukit Aman itu ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Ujarnya, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kes perceraian Liza Abdullah tangguh 24 Feb.

Posted:

Kes perceraian Liza Abdullah tangguh 24 Feb.

Kes perceraian Liza Abdullah tangguh 24 Feb.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam menangguhkan kes perceraian pelakon popular era 80-an, Liza Abdullah pada 24 Februari ini.

Tarikh itu ditetapkan selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam syarie, Sa'adiah Din yang mewakili pelakon itu untuk menangguhkan kes.

Liza yang popular menerusi filem Ali Setan dan suaminya, Zolkefli Abdul Rahman bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Keunikan kerongsang rekaan dua beradik

Posted:

Keunikan kerongsang rekaan dua beradik

Keunikan kerongsang rekaan dua beradik

NUR MARIANI (kiri) dan Nur Malissa memulakan perniagaan kerongsang sejak dua tahun lalu.


MELIHAT terlalu banyak cebisan kain daripada baju pelanggan yang dijahit telah memberikan idea kepada pasangan adik-beradik Nur Mariani Md. Isa, 27, dan Nur Malissa, 23, untuk menghasilkan kerongsang daripada cebisan fabrik berkenaan.

Pada mulanya usaha mereka bertujuan untuk pemakaian sendiri, namun ia berubah kepada sebuah perniagaan dalam talian selepas setiap rekaan menerima pujian daripada rakan dan saudara-mara.

Justeru, Nur Malissa memasarkan produk-produk yang dihasilkan menerusi laman sosial Facebook dan mendapat sambutan memberangsangkan terutamanya dalam kalangan pembeli berusia 16 tahun ke atas.

Nur Malissa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak berkata, pelanggan pertama produk Flower Pin Lovely Brooch adalah dalam kalangan rakan mahasiswa di universiti berkenaan.

"Tarikan utama kerongsang ini ialah ia boleh digayakan mengikut kreativiti pembeli seperti pada tudung, diletakkan pada cekak rambut atau menyisipkannya pada ikatan rambut," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, penghasilan kerongsang bergantung kepada kreativiti dan kesesuaian pemakaiannya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat juga pelanggan yang lebih gemar memberikan lakaran kerongsang mengikut cita rasa masing-masing.

"Ketika memulakan perniagaan ini dua tahun lalu, saya dan kakak hanya menggunakan cebisan kain. Namun seiring peningkatan permintaan pelanggan hari ini, kami membeli kain yang lebih berkualiti.


MOTIF bunga menjadi tema utama koleksi Flower Pin Lovely Brooch.


"Antara material yang sering menjadi pilihan ialah sutera. Selain itu, kami turut menggunakan fabrik sifon dan satin dengan keperincian rekaan menggunakan labuci dan manik berwarna-warni," jelasnya.

Harga jualan adalah mengikut saiz kerongsang iaitu dari RM1.50 hingga RM4.50 sepasang.

Nur Malissa menambah, terdapat juga dalam kalangan pelanggannya yang membeli secara borong bagi tujuan menjualnya semula.

Perkembangan perniagaan

Pasangan adik-beradik itu mampu menghasilkan kira-kira 300 hingga 400 pasang kerongsang sebulan dengan melibatkan kos kira-kira RM200 hingga RM300.

Walaupun masih belajar, Nur Malissa bijak menggunakan masa terluang untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Memasang impian untuk membuka sebuah butik, mereka kini meningkatkan kemahiran dengan menceburi jahitan manik bagi pakaian bertunang dan perkahwinan.

Nur Mariani yang terlebih dulu berkecimpung dalam arena perniagaan mengakui bahawa dia tidak pernah terfikir untuk memasarkan kerongsang yang dihasilkan melalui internet.

"Selama ini sasaran saya hanya pelanggan dalam kalangan penduduk sekitar. Namun dengan bantuan Lisa (Nur Malissa), pelanggan makin ramai dan perniagaan semakin baik," katanya yang menetap di Selarong, Pengkalan Hulu, Perak.

Dia berkata, walaupun sering berkongsi idea, Nur Mariani menganggap adiknya lebih kepada usaha pemasaran manakala dirinya dalam penghasilan produk.

"Tempoh paling genting adalah ketika musim perayaan dan perkahwinan kerana tempahan akan meningkat. Waktu itu Lisa akan sibuk membuat rekaan di universiti dan saya di sini.

"Tetapi jika ia melibatkan pengurusan pelanggan, saya akan serahkan sepenuhnya kepada adik saya," katanya.

Beli-belah bersama duta Uniqlo

Posted:

Beli-belah bersama duta Uniqlo

Beli-belah bersama duta Uniqlo


TERPANCAR wajah kegembiraan pemenang peraduan #UOTW, Syifa sewaktu sesi membeli-belah bersama Nora.


ENAM pemenang bagi peraduan Uniqlo Outfit of The Week (#UOTW) baru-baru ini menerima layanan istimewa daripada duta Uniqlo, pelakon Nora Danish dan pembaca berita Mandarin 8TV, Owen Yap.

Keenam-enam mereka memenangi baucar beli-belah Uniqlo bernilai RM300. Paling menguntungkan apabila mereka berpeluang membelanjakan baucar kemenangan itu dengan ditemani Nora dan Yap.

Berlangsung selama enam minggu, peraduan #UOTW yang dijalankan menerusi laman Instagram itu menerima 387 penyertaan dengan lebih 1,000 gambar dikongsi dalam talian.

Setiap peserta perlu menampilkan tiga gaya berpakaian mengikut tema yang ditetapkan Uniqlo iaitu preppy, holiday dan street chic. Peserta kemudiannya dinilai dan dipilih sendiri oleh Nora dan Owen.

Intan Farida Adnan dan Chai Youhe merupakan pemenang bertuah bagi tema preppy. Gaya holiday pula menjadi milik Syifa Izzat dan Suzanna Ng Geok Hiew. Melengkapi senarai pemenang ialah Che Mohd. Alif Asyraf Che Abdullah dan Joanne Saw daripada kategori street chic.

Setiap daripada mereka dipilih berdasarkan keseimbangan personaliti dan kreativiti dalam bergaya dengan menekankan konsep suai padan mengikut tema masing-masing.

Nora memberitahu, memilih pemenang merupakan satu proses yang sukar manakala Yap pula berpendapat, pemenang yang dipilih sangat bijak bergaya malah dia turut meminta beberapa tip berpakaian daripada mereka.

"Saya turun ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang untuk bertemu dengan kedua-dua duta ini. Ia merupakan pengalaman termanis untuk dikenang tambahan lagi apabila berpeluang meluangkan masa membeli-belah bersama mereka," ujar pemenang tema street chic, Saw.

Selain membeli-belah bersama, para pemenang turut diberi kesempatan menjamu selera bersama Nora dan Yap bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan lebih dekat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Tiada insiden panas dalam terowong'

Posted:

'Tiada insiden panas dalam terowong'

'Tiada insiden panas dalam terowong'

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

IRFAN (kanan) ketika bercakap kepada media pada satu sidang akhbar di Johor Bahru semalam.


PERLAWANAN pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Takzim (Johor DT) dan T-Team sepatutnya diteruskan kerana tiada pemain mahupun jurulatih pasukan dari Pantai Timur itu tercedera ketika insiden 'panas' dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Pemain T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani, 25, yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru semalam menjelaskan, dia yang berada di lokasi kejadian ketika itu tidak melihat berlakunya kekasaran sehingga menyebabkan kecederaan antara kedua-dua belah pihak.

"Saya nampak tiada apa (yang berlaku), cuma jurulatih kecergasan T-Team menolak jurulatih JDT di luar dan apabila mereka masuk ke terowong, polis serta pegawai keselamatan berjaya menyuraikan mereka.

"Ketika dalam bilik persalinan, penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar menasihatkan pemain agar jangan main ekoran insiden yang berlaku dalam terowong.

"Dia juga menjelaskan, jangan main sebab ada pemain tercedera tetapi saya nampak semua pemain T-Team tiada yang cedera manakala ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah hanya senyap dan mengikut arahan," katanya pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Irfan yang bermain di posisi pertahanan dan pernah mewakili Johor DT sebelum ini juga mengakui tidak melihat ada dalam kalangan pasukannya mengalami pendarahan sebagaimana didakwa.

"Saya tidak nampak sesiapa pun dalam pasukan T-Team yang mengalami pendarahan hidung.

"Jurulatih kecergasan kami juga tidak mengalami apa-apa kecederaan dan keesokan harinya (semua) boleh berlatih macam biasa," jelasnya.

Justeru, dia berpendirian perlawanan tersebut tidak sepatutnya ditangguhkan kerana pegawai Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan pihak keselamatan telah memberi lampu hijau agar ia diteruskan kerana segalanya terkawal.

"Sebagai pemain, saya rasa selamat untuk bermain pada malam itu kerana pihak keselamatan dan pegawai FAM memaklumkan semuanya baik dan permainan boleh diteruskan.

"Saya juga tidak rasa terancam dan sebab itu saya tampil memberi keterangan pada hari ini (semalam) untuk memberitahu perkara sebenar," katanya.

Dalam pada itu, dia juga sanggup menerima apa sahaja tindakan yang bakal dihadapinya daripada pihak pengurusan T-Team ekoran tindakannya memberi keterangan berkaitan kejadian tersebut.

Pada tengah malam Ahad lalu, pemain T-Team, pihak pengurusan dan jurulatih kecergasan pasukan berstatus kelab itu membuat laporan polis di IPK Kuala Terengganu berkaitan insiden itu.

Ekoran laporan itu, ketua jurulatih Johor DT, Cessar Ferrando Jimenez pula tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru kelmarin.

Kenyataan tak logik

Posted:

Kenyataan tak logik

Kenyataan tak logik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AZLAN


NAMPAK gayanya, insiden 'panas' yang melibatkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dilihat semakin berlarutan.

Sabtu lalu, T-Team bertindak mengambil keputusan untuk menarik diri pada aksi kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru.

Ia gara-gara The Titans dilaporkan enggan mengambil risiko untuk meneruskan baki separuh masa kedua selepas pemain import Brazil, Elvado Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo didakwa dikasari dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan.

Skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah bertindak meninggalkan stadium di Larkin itu selepas menyaksikan Johor DT mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

Semalam, seorang pemain T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani tampil memberikan kenyataan berbeza tanpa pengetahuan majikannya.

Irfan mencetuskan skrip baharu apabila mendedahkan tiada sebarang insiden kekasaran berlaku pada aksi kedua Piala FA di Larkin.

Irfan ketika memberi kenyataan selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan polis di Johor Bahru semalam mendakwa, dia berada di belakang penyerang Brazil, Rodrigues ketika insiden tersebut dan menegaskan perlawanan tersebut sebenarnya selamat diteruskan.

Bekas pemain Harimau Selatan itu turut mendakwa, penolong jurulatih, Azlan Johar yang sebenarnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan aksi separuh masa kedua dan mengarahkan pasukan meninggalkan stadium.

Mengulas mengenai kenyataan Irfan, Azlan mendedahkan, dia tidak berhak membuat keputusan untuk membatalkan aksi separuh kedua itu.

"Ia satu dakwaan yang betul-betul tidak logik. Saya masih ada ketua jurulatih (Azraai Khor) dan Ketua Eksekutif T-Team (Abdul Rasid Jusoh). Takkan saya pandai-pandai untuk membuat keputusan?

"Dia (Irfan) tidak menjalani sesi latihan selama dua hari dan memberikan alasan kepada pihak pengurusan T-Team kerana ada urusan keluarga di Johor.

"Dia adalah pemain simpanan. Dia langsung tiada bersama skuad utama ketika menuju ke bilik persalinan dan kami telah membuat keputusan (menarik diri untuk separuh masa kedua) ketika dia bermain di dalam padang (bersama pemain-pemain simpanan lain).

"Sebagai pemain simpanan, dia bukannya bersama pemain-pemain utama masuk dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan.

"Jadi, saya menganggap dia adalah pengkhianat T-Team," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Dalam perkembangan sama, Azlan berharap insiden panas di Larkin itu dapat membuka mata ramai pihak bahawa T-Team tidak terlintas untuk membuat kontroversi 'murahan'. Kami berbuat demikian demi keadilan untuk The Titans serta keselamatan pemain.

"Darah saya yang mengalir ini telah dididik oleh jurulatih-jurulatih hebat negara seperti Allahyarham Mohktar Dahari sejak dari kecil lagi.

"Mereka telah mendidik saya dan memastikan darah saya mengalir dengan penuh semangat kesukanan. Mereka telah mendidik saya tentang erti semangat kesukanan dan bukannya mencetuskan kekecohan. Ini adalah sukan.

"Saya tahu dengan adanya semangat kesukanan, saya akan menjadi manusia yang baik. Jadi, mengapa saya harus membuat fitnah?," ujarnya.

'Siasatan tanpa mengira individu'

Posted:

'Siasatan tanpa mengira individu'

'Siasatan tanpa mengira individu'

SIASATAN berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Takzim (Johor DT) dan T-Team akan dibuat secara profesional tanpa mengira individu yang berada di belakang kedua-dua pasukan berkenaan.

Demikian tegas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar di Kuala Terengganu semalam.

"Saya rasa tidak perlu ragu-ragu dan kita akan telus dalam siasatan berkenaan, tidak kiralah pasukan dari mana dan siapa pun di belakang pasukan itu. Jangan risau, saya sendiri beri jaminan yang siasatan dijalankan secara telus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA antara T-Team dan Johor DT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.

Khalid berkata, setakat ini pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-kedua pasukan berhubung insiden itu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mula merakamkan percakapan kira-kira 15 orang bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

"Pertengkaran biasa dalam sukan, ini bukan kali pertama pertembungan kuat dua kumpulan, jadi saya menyeru kepada penyokong agar bersabar dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang, biar kita jalankan siasatan terlebih dahulu.

"Serahkan kepada kita untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan, perlawanan liga perlu diteruskan dan kita tidak boleh mencacatkan pertandingan seterusnya," kata Khalid.

Sabtu lalu perlawanan pusingan kedua Piala FA antara T-Team menentang Johor DT di Larkin tidak diteruskan pada separuh masa kedua apabila T-Team tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Pada masa itu, Johor DT mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

Berikutan itu, Polis Terengganu menerima empat laporan polis daripada pasukan T-Team tengah malam Ahad lalu berhubung insiden itu. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bapa cedera ditikam anak akibat selisih faham

Posted:

Bapa cedera ditikam anak akibat selisih faham

Bapa cedera ditikam anak akibat selisih faham

05/02/2014 11:28pm

KOTA BHARU - Seorang warga emas cedera ditikam di bahagian perut oleh anaknya susulan perselisihan faham dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Seterpa, Bukit Marak, di sini hari ini.

Anak saudara mangsa, Sauli Mokthar, 47, berkata pada pukul 6.30 pagi, mangsa, Ibrahim Che Mud, 62, ditikam menggunakan pisau oleh anak ketiganya yang berumur 29 tahun di dalam biliknya.

"Saya yang ketika itu sedang tidur dikejutkan dengan jeritan mangsa, bergegas ke bilik mangsa dan mendapati kedua-dua beranak itu sedang bergelut sebelum mangsa jatuh akibat ditikam.

"Anaknya yang merupakan penganggur kemudian melarikan diri dengan kereta selepas menikam bapanya beberapa kali," katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama

Penagih dadah dikhuatiri mati lemas selepas terjun sungai

Posted:

Penagih dadah dikhuatiri mati lemas selepas terjun sungai

Penagih dadah dikhuatiri mati lemas selepas terjun sungai

05/02/2014 10:22pm

KOTA KINABALU - Seorang lelaki dipercayai penagih dadah dikhuatiri mati lemas selepas bertindak terjun ke Sungai Padas di Beaufort kira-kira 97 kilometer dari sini, ketika melarikan diri daripada polis hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu bertindak demikian apabila bertembung dengan sepasukan enam anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan Hospital Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Mustafa Maarof berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, lelaki itu telah meninggalkan beg yang mengandungi syabu seberat tiga gram.

"Apabila lelaki itu ternampak sepasukan anggota polis, dia terus melarikan diri ke belakang tokong Cina sebelum terjun ke dalam sungai itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, setakat ini pihak polis masih belum mengetahui keadaan dan identiti lelaki itu. - Bernama

Warga emas ditahan bersama 285 kotak mercun

Posted:

Warga emas ditahan bersama 285 kotak mercun

Warga emas ditahan bersama 285 kotak mercun

05/02/2014 9:03pm

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 285 kotak mercun pelbagai jenama dalam serbuan 'Ops Limau' di sebuah rumah di Tranum, Raub tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, suspek berusia 60-an itu ditahan pada pukul 12.15 pagi, Jumaat lepas.

"Hasil maklumat orang awam polis menyerbu rumah terbabit dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 285 kotak mercun pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM20,000 ditemui.

"Polis percaya suspek membekalkan mercun berkenaan kepada peniaga di sekitar bandar Raub," katanya hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pembangkang Thai mahu pilihan raya dibatalkan

Posted:

Pembangkang Thai mahu pilihan raya dibatalkan

Pembangkang Thai mahu pilihan raya dibatalkan

SEJUMLAH penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di Bangkok semalam.


BANGKOK - Pihak pembangkang Thailand akan memastikan pilihan raya umum pada Ahad lalu dapat dibatalkan menerusi undang-undang apabila mereka mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Perlembagaan di sini.

Kumpulan itu juga meminta parti pemerintah, Pheu Thai yang dipimpin Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dibubarkan.

Yingluck mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada Ahad lalu untuk menyelesaikan satu siri perhimpunan tunjuk perasaan besar-besaran antikerajaan yang menjejaskan pentadbirannya sejak tiga bulan lalu.

Protes tersebut turut mencetuskan keganasan berdarah di sini dan melanjutkan kekalutan politik di Thailand.

Tindakan undang-undang terbaharu oleh pembangkang itu dibuat selepas sekutu kuat Thailand, Amerika Syarikat memberi amaran supaya pihak tentera tidak melakukan rampasan kuasa di negara berkenaan.

"Kami nyata tidak mahu melihat rampasan kuasa atau keganasan," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki selepas penunjuk perasaan antikerajaan cuba menghalang proses pengundian di beribu-ribu pos membuang undi pada Ahad lalu.

Tindakan itu menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya menangguhkan pengumuman keputusan pilihan raya tersebut sehingga proses mengundi semua wilayah selesai.

Persengketaan di Thailand berpunca ekoran para penunjuk yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban Suthep menuduh Yingluck menjadi boneka kepada abangnya iaitu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang kini tinggal di luar negara.

Thaksin memiliki pengaruh besar dalam kalangan penduduk miskin di utara negara itu tetapi dibenci oleh golongan kelas pertengahan di sini dan penduduk selatan Thailand.

Thaksin dan sekutu-sekutunya telah memenangi setiap pilihan raya sejak beliau muncul dalam senario politik negara itu lebih sedekad lalu.

Namun, beliau digulingkan dalam satu rampasan tentera selepas kemenangan keduanya pada pilihan raya umum 2006 selepas kerajaannya dicemari dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - AFP

Peminat naiki pentas untuk dekati Swift

Posted:

Peminat naiki pentas untuk dekati Swift

Peminat naiki pentas untuk dekati Swift


GAMBAR menunjukkan peminat itu (dalam bulatan) menaiki tangga pentas untuk menghampiri Swift yang sedang menyanyi.


LONDON - Seorang peminat bertindak naik ke pentas ketika penyanyi popular, Taylor Swift sedang membuat persembahan di satu konsert di Arena 02 di sini pada Sabtu lalu.

Laman web hiburan TMZ melaporkan, seorang lelaki berjaya melepasi kawalan keselamatan sebelum dia meluru naik ke pentas ketika Swift sedang menyanyikan lagu We Are Never Getting Back Together.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan pengawal keselamatan sebelum dia dibawa turun ke pentas.

Swift yang terkejut dengan kejadian itu kemudiannya tersenyum dan meneruskan persembahannya.

Kejadian itu menjadikan Swift, 24, antara artis yang pernah mengalami kejadian para penonton naik ke pentas.

Antara penyanyi yang pernah mengalami pengalaman yang sama termasuklah Justin Bieber, Beyonce dan Rihanna. - Agensi

Lelaki memancing di tasik beku

Posted:

Lelaki memancing di tasik beku

Lelaki memancing di tasik beku


SEORANG lelaki memancing di dalam lubang sebuah tasik beku di pinggir bandar raya Bucharest kelmarin.


BUCHAREST - Cuaca sejuk tidak menghalang seorang lelaki untuk memancing di sebuah tasik beku di pinggir ibu kota Romania, dekat sini.

Lelaki itu membuat sebuah lubang menembusi lapisan ais yang melitupi permukaan tasik berkenaan sebelum mencampakkan umpan menggunakan jorannya.

Dia memancing ketika salji musim sejuk melanda selatan Romania kelmarin. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved