Sabtu, 1 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Trauma mangsa dera

Posted:

Trauma mangsa dera

Trauma mangsa dera

Oleh NOR IDAYU BOSRO
dan NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
ahad@kosmo.com.my


TEKANAN perasaan yang dilalui seawal usia kanak-kanak boleh menjejaskan proses pembelajaran.


SESI persekolahan yang baru sahaja bermula awal bulan lalu mungkin meninggalkan pengalaman pahit buat Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan rakannya, Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith.

Manakan tidak, kedua-dua murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai, Perak itu terpaksa berdepan detik-detik memalukan apabila mereka dilayan seperti seekor lembu dalam kejadian yang berlaku pada 16 Januari lepas.

Mereka yang masing-masing berusia 10 tahun bukan sahaja diarah memakai loceng di leher malah turut dipaksa makan rumput hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

Hukuman denda yang disifatkan keterlaluan itu dibuat oleh seorang guru lelaki yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.

Sebelum diperlakukan sedemikian, guru berusia 26 tahun itu terlebih dulu didakwa merotan tapak tangan pelajar tersebut sebanyak dua kali.

Tidak cukup dengan itu, guru terbabit turut mengugut mangsa untuk memuat naik gambar mereka menjadi 'lembu' yang diambil menggunakan telefon bimbit ke laman Facebook.

Ibu kepada salah seorang mangsa, Siti Aisyah Hashim, 32, berkata, anaknya mengalami trauma dan malu dengan kejadian tersebut apabila terdapat rakan-rakan mengejek mereka dengan panggilan 'lembu'.

Katanya, guru terbabit mengakui anaknya merupakan seorang murid yang pandai, namun akibat perbuatannya, anak kedua daripada enam beradik itu kini fobia untuk ke sekolah.

"Saya terkilan kerana kita hantar mereka ke sekolah untuk belajar tetapi guru pula tunjuk contoh yang tidak baik," kata Siti Aisyah.

PENDERAAN fizikal menyebabkan mangsa berasa takut.


Kesan psikologi

Trauma yang sama turut dirasai Isaac Chan Yi Bing apabila dia dipukul oleh guru tuisyen di Sri Gombak, Selangor sehingga mengalami luka dan lebam di beberapa anggota badan.

Dalam kejadian pada 27 Januari lalu itu, kanak-kanak berumur empat tahun itu turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung tersebut.

Dia terpaksa menjalani hukuman itu setelah didapati gagal menghafal abjad dengan lancar.

Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu, belakang badan anak tunggalnya didapati bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

"Dia pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan," ujarnya.

Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon berkata, penderaan baik dalam bentuk fizikal, emosi mahupun seksual biasanya akan meninggalkan kesan psikologi kepada mangsa.

Menurutnya, emosi mereka akan lebih mudah terganggu, berasa tertekan serta cenderung mengalami kemurungan dalam jangka masa panjang.

"Emosi yang terganggu sering kali ditunjukkan dalam pelbagai cara. Secara umumnya, mereka akan menunjukkan perubahan dari segi kelakuan.

"Ada yang memberontak dan bersikap agresif. Ada juga yang sedih, suka menyendiri, sering berasa takut, mengalami mimpi ngeri serta sering mengadu sakit tanpa sebab," jelasnya.


MANGSA akan berasa malu dan fobia untuk berdepan dengan rakan-rakan di sekolah.


Memori episodik

Bertutur lanjut, Zainal memberitahu, emosi yang terganggu akan menjejaskan pembentukan identiti diri serta memberi kesan kepada prestasi akademik kanak-kanak terbabit.

Katanya, mangsa dera lazimnya didapati hilang keyakinan diri selain memiliki konsep serta penghargaan kendiri yang rendah.

"Situasi ini boleh mempengaruhi persepsi terhadap diri sendiri dan menjejaskan pembelajaran di sekolah," ujarnya.

Zainal berkata, mangsa dera kanak-kanak yang tidak dibantu juga akan mengakibatkan mereka mengalami krisis dan trauma sepanjang hayat.

Jelasnya, pengalaman trauma menjadi memori episodik yang kekal dalam tempoh masa lama kerana kesan penderaan akan berada dalam minda separa atau bawah sedar mangsa dera.

"Memori ini akan muncul kembali apabila mangsa didedahkan dengan cerita yang seakan-akan serupa atau melihat orang lain menjadi mangsa dera.

"Bagaimanapun, proses terapi atau khidmat kaunseling yang memberi peluang kepada mangsa meluahkan perasaan terpendam dapat membantu mereka menghadapi kehidupan dengan lebih baik," katanya.

Menurut Zainal, kaedah psikodinamik yang menggunakan teknik perkaitan bebas adalah antara cara yang dapat membolehkan mangsa meluahkan pengalaman serta perasaan terpendam.

"Pendekatan secara insan melalui teknik terapi ekspresif juga boleh membantu mangsa membina semula identiti kendiri," ujarnya.

Azizah ajar banduan menjahit

Posted:

Azizah ajar banduan menjahit

Azizah ajar banduan menjahit

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my


BERKHIDMAT sebagai tenaga pengajar, Azizah teliti dalam memastikan latihan yang diberikan dapat dilaksanakan secara teori dan praktikal.


SETIBANYA kru Jurnal di Zieza Training Centre (ZTC) di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, kami dijemput untuk menikmati juadah makan tengah hari yang secara kebetulan disediakan untuk peserta pusat latihan kemahiran jahitan itu.

"Mari makan dulu. Lepas kenyang baru seronok nak bercerita.

"Lauk-pauk ini anak lelaki saya yang masak," kata pengurus ZTC, Siti Azizah Syed Musa.

Hidangan ayam masak lemak cili padi bersama ikan keli masak sambal serta sayur kubis goreng itu cukup membangkitkan selera.

Selesai sahaja menjamah makanan, sesi temu bual bersama wanita berusia 46 tahun itu berlangsung dalam keadaan bersahaja sementelah dia yang lebih mesra disapa Azizah bijak menutur kata ketika diminta menceritakan dirinya.

Menurut ibu kepada empat orang zuriat itu, beliau minat menjahit sejak kecil lagi.

30 tahun

Oleh sebab minat yang begitu mendalam, pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang itu mengusahakan sebuah butik pakaian di Medan Mara, Kuala Lumpur pada tahun 1986.

"Saya memulakan bisnes dengan menerima tempahan menjahit manik dan sulam serta busana tradisional seperti baju kurung dan kebaya.

"Dalam tempoh itu, saya turut mengambil beberapa kursus untuk menjadi tenaga pengajar bertauliah bagi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Tahap 1, 2 dan 3," katanya.

Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang fesyen dan jahitan, wanita kelahiran negeri Melaka ini berpeluang menyalurkan ilmunya melalui pelbagai program anjuran kerajaan.

Azizah memberitahu, antara program yang pernah disertai termasuklah Program Rakyat Termiskin Negeri Sembilan, kursus jahitan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta beberapa aktiviti di bawah Giat Mara.


KURSUS jahitan manik dan pakaian wanita ditawarkan kepada para pelajar.


Bagaimanapun, kenangan menjadi tenaga pengajar untuk kursus jahitan selama lima hari di Penjara Wanita Kajang, Selangor kira-kira lima tahun lepas masih segar dalam ingatannya.

Beliau yang pada masa itu turut berkhidmat sebagai perunding Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengakui hatinya diselubungi perasaan takut serta bimbang ketika pertama kali menjejakkan kaki ke dalam tirai besi itu.

"Perasaan waktu itu bercampur-baur. Hati rasa berdebar-debar namun dalam pada masa yang sama amat teruja dengan peluang yang diberikan," ujarnya.

Cerita anak sulung daripada tiga adik-beradik ini, seluruh tubuhnya diperiksa terlebih dulu oleh pegawai bertugas sebelum dibenarkan masuk ke dalam penjara.

Penjara

Menurutnya, kakitangan penjara lain pula ditugaskan mengira jumlah peralatan menjahit yang dibawa masuk sebagai salah satu langkah keselamatan.

"Saya tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa barang termasuk telefon bimbit, beg tangan atau dompet. Bahkan pin yang dikenakan pada tudung juga disuruh buka," ujarnya.

Bertutur lanjut, Azizah berkata, sistem sekuriti di sebalik tembok batu dan jeriji besi itu juga dikawal ketat serta diawasi dengan rapi oleh warden penjara.

Manakan tidak, loceng akan dibunyikan setiap dua jam sekali sepanjang lapan jam kursus tersebut berlangsung sebagai tanda peserta akan diperiksa dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

"Peralatan menjahit seperti benang, gunting dan jarum juga dikira secara teliti supaya apa-apa barang yang hilang boleh dikesan dengan cepat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Malah, setiap banduan yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan turut diletakkan di bawah pengawasan kakitangan penjara sepanjang masa," jelasnya sambil memberitahu, kursus itu bertujuan mempelbagaikan kemahiran tahanan wanita selain memberi peluang kepada mereka melengkapkan diri sebelum berhadapan dengan masyarakat.

Kini, Azizah komited untuk melahirkan lebih ramai pelajar dengan membuka akademi jahitan yang lebih besar dan kondusif.

Beliau yang turut bertanggungjawab dalam pembikinan manual pembelajaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (Noss) 2014 berkata, beliau menerima banyak permintaan mengajar terutamanya dari negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya bercadang untuk membuka pusat latihan beserta kemudahan asrama bagi memudahkan pelajar khususnya yang tinggal di luar ibu negara," katanya.

Menurutnya, sejak ditubuhkan lima tahun lalu, pusat latihan itu telah melahirkan lebih 5,000 pelajar yang mempunyai kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

"ZTC menawarkan kursus menjahit manik, pakaian wanita, baju Melayu, tudung, langsir dan cadar pada harga yuran yang berpatutan selain menjadi pusat latihan bertauliah bagi mendapatkan SKM," katanya.

Semangat Tahun Kuda

Posted:

Semangat Tahun Kuda

Semangat Tahun Kuda


TAHUN KUDA kali ini dikaitkan dengan unsur kayu.


TEPAT pukul 12 malam, dentuman bunga api yang memecah kesunyian pada Jumaat lalu memberi petanda kedatangan tahun baru mengikut kalendar lunar.

Pada detik itu jugalah, tangisan suara bayi lelaki Singapura pertama yang lahir pada Tahun Baru Cina, Ashden Tee memecah kesunyian dewan bersalin Hospital Raffles di Kota Singa.

Uniknya, kelahiran anak kedua pasangan Dennis Tee Jyh Eng dan Lee Bab Ing itu melengkapkan lagi kehidupan mereka bertiga sekeluarga sebagai individu berzodiak Tahun Kuda.

"Dia bayi yang sangat aktif sejak di dalam kandungan lagi.

"Selalu bergerak dan menendang seperti seekor kuda ketika berada di dalam perut ibunya," ujar Jyh Eng, 35, yang gembira menyambut kelahiran anak lelakinya itu seperti yang dilaporkan portal berita Straits Times.

Tanggal 31 Januari lalu itu juga menjadi hari pertama kedatangan Tahun Kuda selepas ia disambut 12 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002.

Ini kerana zodiak tahun binatang mengikut kalendar kaum Cina mengambil tempoh kitaran 12 tahun sekali.

Ia sekali gus menjadi petanda pemergian Tahun Ular pada tahun lalu.

Bagi masyarakat Cina, tahun kelahiran mengikut zodiak binatang mempunyai signifikan tertentu dalam kehidupan mereka.

Bijak

Mereka yang lahir dalam Tahun Kuda dikatakan memiliki aura tersendiri yang disifatkan sebagai seorang yang bertenaga dan memiliki sifat bijak yang turut dikenali sebagai Qianli Ma.

Qianli Ma bermaksud kuda yang meliputi seribu li sehari. (satu li bersamaan dengan 500 meter).

Malah, mereka yang lahir pada Tahun Kuda ini juga dikatakan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan seronok untuk berada dalam satu kehidupan yang mendapat perhatian orang ramai.


INDIVIDU Tahun Kuda dinasihatkan supaya lebih berwaspada pada tahun ini kerana keseimbangan unsur yin-yang mungkin terganggu.


Secara umumnya, mereka yang tergolong dalam tahun tersebut dikatakan seorang yang ceria, terkenal, berbakat dan menghiburkan.

Bukan itu sahaja, mereka juga dikaitkan dengan unsur kejayaan dan tidak mampu menghadapi kegagalan dalam hidup.

Sungguhpun memiliki beberapa elemen kekuatan dalam diri individu yang lahir pada Tahun Kuda ini, terdapat beberapa kekangan yang mungkin menjadi konflik dalam diri mereka.

Dalam feng shui, biarpun individu Tahun Kuda dikatakan seorang yang berbakat besar, namun mereka sebenarnya tidak sabar dan mudah marah.

Lebih buruk lagi apabila mereka menghadapi kegagalan, ia akan menjadikan seseorang yang lahir pada Tahun Kuda itu berubah menjadi seorang yang bersikap pesimis.

Individu Tahun Kuda juga dikatakan sebagai golongan yang kurang baik dalam pengurusan kewangan selain sukar menempatkan diri dalam kerjaya berprofil tinggi.

Di samping itu, kelahiran individu pada Tahun Kuda juga dikaitkan dengan sifat tidak suka mendengar nasihat daripada orang lain.

Kuda kayu

Mengikut ilmu astrologi Cina, kalendar lunar memiliki empat unsur iaitu, kayu, besi, api, air dan tanah.

Namun, pada tahun ini, masyarakat Cina menyambut Tahun Kuda dengan padanan unsur kayu.

Biarpun mereka yang lahir pada Tahun Kuda dikatakan seorang individu yang memiliki karakter yang bertenaga dan tahan lasak, mereka dinasihatkan supaya berhati-hati.

Memandangkan tahun 2014 merupakan tahun kuda kayu, unsur kayu itu sendiri dikatakan berkait rapat dengan kemajuan dan perancangan untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Justeru itu, menurut The Feng Shui Society, individu kelahiran Tahun Kuda perlu berhati-hati dengan kemunculan elemen tenaga api yang terdapat dalam seekor kuda.

Mereka diminta supaya berwaspada dan sentiasa mempunyai perancangan sokongan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, individu Tahun Kuda juga dikatakan perlu bijak mengawal emosi yang tidak stabil.

"Anda boleh membuat keputusan untuk bertindak seperti seorang yang sedang mengawal pergerakan kuda yang ditunggangnya," lapor laman The Feng Shui Society.

Yin-yang


ZODIAK binatang mempunyai signifikan tertentu dalam masyarakat Cina.


Sementara itu, seorang pakar feng shui di Sydney, Australia, Lok Tin memberitahu, individu yang menyelusuri tahun binatang yang sama dengan zodiak tahun kelahirannya akan menghilangkan konsep keseimbangan dalam falsafah yin-yang.

Mereka dikatakan melalui perjalanan Benming Nian (Tahun Lahir) yang akan menyinggung perasaan Taisui, iaitu dewa kekayaan.

Oleh sebab itu dari segi kewangan, individu Tahun Kuda diramal berkemungkinan mengalami sedikit gangguan.

Maka, mereka yang lahir pada itu perlu menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mengawal sebarang bentuk tekanan dan halangan yang dihadapi pada tahun ini.

Sebaliknya, bagi individu yang bukan dilahirkan pada Tahun Kuda, mereka diramal akan mendapat kekayaan dan kesihatan sepanjang tahun.

Dalam pada itu, menurut Tin, elemen api yang terdapat dalam kuda juga akan membawa kemungkinan kepada beberapa kejadian bencana alam yang melibatkan unsur api.

"Ini kerana kuda kayu dipercayai mewakili unsur kuasa tenaga api," ujarnya seperti yang dilapor portal berita The Sydney Morning Herald.

Katanya, dalam ilmu feng shui, mereka percaya elemen api yang terdapat dalam kuda itu sendiri telah sedia kuat dan mungkin akan memberi gangguan kepada unsur kayu.

Tenaga api yang dimaksudkan berkemungkinan melibatkan kejadian letusan gunung berapi ataupun insiden tunjuk perasaan bersenjata.

Dalam pada itu, katanya, bagi mereka yang mahu membentuk ikatan perhubungan dengan seseorang, kelompok individu yang lahir daripada tahun harimau, kambing dan anjing dikatakan bersesuaian.

Biarpun apa jua ramalan yang terdapat dalam astrologi Cina, setiap kali tahun baru, negara-negara yang memiliki penduduk Cina yang ramai seperti Hong Kong, China dan Malaysia akan menyambutnya dengan penuh meriah.

"Ia lebih kepada sambutan untuk ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama

"Inilah masanya untuk mereka berjumpa semula dan menguatkan lagi hubungan kekeluargaan," ujar Pengarah Pusat Pengajian Cina, Universiti Sydney, Australia, Prof. Kerry Brown.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kembali ke Sweden bila-bila masa

Posted:

Kembali ke Sweden bila-bila masa

Kembali ke Sweden bila-bila masa

Oleh KHAIRI MOHAMAD
dan NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

SELAMAT TIBA. Hamzah (tengah) bersama (dari kiri) Ammar, Adam, Arif dan Aishah serta seorang saudara mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
di Sepang, Selangor dari Sweden pagi semalam.


KUALA LUMPUR – Empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal yang kini ditahan di Sweden kerana didakwa merotan salah seorang anak lelaki mereka yang enggan bersolat, selamat tiba di tanah air semalam, namun kepulangan mereka itu hanya bersifat sementara.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, ini kerana mereka perlu kembali semula ke Sweden sekiranya pihak berkuasa negara itu memanggil mereka untuk menjadi saksi perbicaraan ibu bapa mereka bila-bila masa.

"Kita terpaksa akur dengan syarat ketat pihak berkuasa Sweden yang mahukan kesemua mereka kembali ke negara itu sekiranya diperlukan untuk menjadi saksi kes perbicaraan ibu bapa mereka itu nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Air mata sambut kepulangan

Posted:

Air mata sambut kepulangan

Air mata sambut kepulangan

Oleh ADHAM SHADAN
dan ROSMIZAN RESDI
berita@kosmo.com.my


SEBAK. Anak-anak pasangan Azizul dan Shalwati yang ditahan di Sweden menangis teresak-esak ketika disambut saudara-mara sejurus tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – Kepulangan empat anak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal di Kelantan disambut dengan pelukan dan air mata oleh ahli keluarga mereka di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, tiba pada pukul 8.15 malam semalam dengan menaiki sebuah pesawat Firefly.

Seramai 12 ahli keluarga hadir di lapangan terbang termasuk datuk mereka, Nurshal Nordin, 61, memeluk mereka sebaik tiba di balai ketibaan dan empat beradik itu turut menangis ketika berada dalam pelukan ahli keluarga.

Di Kota Bharu, keempat-empat beradik itu akan tinggal bersama adik Shawati, Shaleena Norshal di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor.

Sementara itu, suami Shaleena, Nik Farid Nik Abdullah, 44, mengesahkan, empat anak saudaranya itu akan tinggal di rumah mereka.

Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspek

Posted:

Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspek

Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspek

KAJANG - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini boleh diibaratkan sebagai 'musang berbulu ayam' apabila memeras ugut 'suspek' berkaitan kes dadah sebanyak RM12,000 di Jalan Bukit Mewah di sini Selasa lalu.

Turut ditahan seorang lelaki awam yang merupakan pengantara polis dan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan beberapa bukti lain untuk melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu sebelum menghantar kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan lagi siasatan sebelum mendakwa mereka di mahkamah namun kita masih memerlukan beberapa bukti lengkap sebelum tindakan susulan dilakukan.

"Pegawai dan anggota polis yang terbabit kini masih dalam jaminan polis dan sekiranya didapati mereka positif terbabit dalam kejadian ini, tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung tugas mereka selain tindakan undang-undang yang bakal dihadapi," katanya selepas mengadakan sesi lawatan lokasi penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Aksi di Larkin ditundahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm PERLAWANAN pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi terpaksa ditangguhkan.PARA pemain Johor DT terpaksa kembali ke bilik persalinan selepas lawan mereka, T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua kempen pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin Johor Bahru malam tadi.http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0202/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Bahang SUKIPT 2014 semakin dirasaihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm KEMERIAHAN temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt) 2014 semakin terasa dengan kehadiran 6,000 atlet dan pegawai bagi fasa pertama pada hari ini.Oleh SHANIKA ABDULATIB<br>shanika.latib@kosmo.com.myPARA sukarelawan Sukipt 2014 bekerja keras untuk mempastikan segala keperluang di bilik urusetia siap sepenuhnya sebelum temasya tahunan itu bermula. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0202/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Wenger mahu pemainnya terus lontar sainganhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menuntut barisan pemainnya agar terus memberi tekanan terhadap pencabar-pencabar mereka dalam Liga Perdana England dalam usaha mereka merampas kedudukan teratas liga.WENGER mengingatkan barisan pemainnya agar terus memberi tekanan terhadap pencabar mereka dalam saingan Liga Perdana England. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0202/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Massa mencatat masa terpantashttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm JEREZ – Pemandu Brazil, Felipe Massa membuat kejutan pada hari terakhir sesi ujian pra-musim perlumbaan kereta Formula Satu (F1) apabila mencatatkan masa terpantas bersama jentera baharu Williams, FW36 di Litar Jerez semalam.Kempen Liga Premier lebih rancak?http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm BERBANDING Liga Super, saingan dalam Liga Premier dilihat lebih rancak dan meriah tahun ini.ROZAIMI (kanan) antara nama besar yang merancakkan saingan dalam Liga Premier musim ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0202/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Pemergian Choon Wah satu kehilanganhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm PEMERGIAN bekas pemain bola sepak negara era 70an, Wong Choon Wah disifatkan sebagai satu kehilangan yang tiada ganti.RAKAN-rakan seperjuangan mendiang Choon Wah turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0202/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Carrick kembali, Nani dihimpit dukahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm LONDON - Manchester United tidak dapat menggunakan khidmat pemain penyerangnya, Nani untuk tempoh sebulan lagi.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penduduk Selatan Thailand tuntut hak mengundi

Posted:

Penduduk Selatan Thailand tuntut hak mengundi

Penduduk Selatan Thailand tuntut hak mengundi


AP
SEORANG pegawai pentadbiran memeriksa kotak undi di daerah Laksi, Bangkok semalam.


PATTANI - Penduduk Selatan Thailand terutama berketurunan Melayu yang tidak berpuas hati dengan pihak yang mengganggu mereka untuk menunaikan hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum negara itu pada Ahad ini, menyuarakan perasaan mereka semalam.

Di Masjid Jamek Pattani, kumpulan yang terdiri daripada ketua kampung, pemimpin agama, ahli politik dan orang ramai dari tiga wilayah sempadan mengadakan solat hajat memohon supaya hak mengundi mereka dikembalikan.

Mereka juga mengeluarkan satu kenyataan bertulis yang menuntut supaya penunjuk perasaan antikerajaan agar tidak menghalang mereka daripada mengundi.

Mereka turut menegaskan bahawa orang Melayu dan rakyat Thai yang lain tidak akan berdiam diri sekiranya dihalang mengundi oleh penunjuk perasaan antikerajaan.

Kenyataan bertulis itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa seperti gabenor wilayah, pusat pentadbiran wilayah sempadan selatan, tentera, suruhanjaya pilihan raya dan polis.

Kelmarin mereka mengadakan kempen di sini dengan mengundang semua calon wakil rakyat yang bertanding untuk menyampaikan bantahan terhadap perbuatan penunjuk perasaan antikerajaan yang bertindak menyekat dan tidak membenarkan suruhanjaya pilihan raya mengambil kertas undi dari pusat penyimpanan untuk dihantar ke pusat mengundi semasa pengundian awal.

Najmuddin Umar, calon parti bagi Parti Pheu Thai yang memerintah negara ini berkata, pihak suruhanjaya telah memberitahu akan mencetak semula kertas undi bagi pilihan raya calon senarai parti.

Ia berlaku kerana suruhanjaya itu hanya mempunyai 500,000 kertas undi senarai parti.

Kertas undi itu perlu dicetak sebanyak 300,000 lagi, jelas beliau.

Di Thailand, 125 kerusi diperuntukkan untuk wakil rakyat yang didaftar dalam senarai parti sementara 375 wakil rakyat dipilih berdasarkan kawasan.

Selatan Thailand merupakan kubu kuat kumpulan yang menentang pilihan raya umum dan mereka telah keluar beramai-ramai dan berjaya menghalang proses pengundian awal di wilayah selatan pada 26 Januari lalu. - Bernama

Knox didapati bersalah bunuh pelajar Britain

Posted:

Knox didapati bersalah bunuh pelajar Britain

Knox didapati bersalah bunuh pelajar Britain


KNOX


FLORENCE, Itali - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Amanda Knox semalam terkejut apabila sebuah mahkamah di negara ini memutuskan dia bersalah dalam kes pembunuhan seorang pelajar Britain, Meredith Kercher.

Knox, 26, dihukum penjara selama 28 tahun dan enam bulan kerana membunuh Kercher pada tahun 2007.

Namun, sebuah mahkamah rayuan kelmarin memutuskan dia didapati bersalah dalam perbicaraan semula kes tersebut kerana membunuh Kercher bersama bekas teman lelakinya, Raffaele Sollecito.

Sollecito dihukum penjara selama 25 tahun.

Pada tahun 2011, Mahkamah Rayuan Itali membebaskan mereka.

Keputusan itu dibuat selepas Knox dan Sollecito membuat rayuan berhubung sabitan terhadap mereka.

"Saya akan berjuang untuk menyelesaikan kes itu," kata Knox.

"Ia tidak adil," tambahnya.

Knox dan Sollecito didapati bersalah membunuh Kercher di Perugia, Itali.

Kercher merupakan teman sebilik di sebuah rumah yang disewa mereka.

Pihak pendakwa raya menyatakan semasa perbicaraan, pembunuhan itu mungkin mempunyai kaitan dengan satu permainan seks yang kemudian bertukar menjadi ganas ekoran perbalahan melibatkan Knox dan Kercher. - Agensi

Akaun e-mel Yahoo! digodam

Posted:

Akaun e-mel Yahoo! digodam

Akaun e-mel Yahoo! digodam

SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Yahoo! memberitahu para penggunanya supaya berhati-hati dengan perkhidmatan e-mel enjin carian itu.

Peringatan itu diberikan selepas para penggodam menceroboh e-mel Yahoo! dengan menggunakan kata laluan yang telah dicuri.

Para penggodam itu mahu memperoleh maklumat pemilik e-mel tersebut.

Pihak syarikat tersebut tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai pencerobohan itu.

Namun, meminta pemilik e-mel yang terjejas dengan aktiviti penggodaman itu bertindak menukar semula kata laluan masing-masing.

Naib Presiden Kanan Yahoo! Jay Rossiter berkata, "Kejadian serangan keselamatan semakin kerap terjadi.

"Kami amat kesal dengan kejadian itu dan kami mahu memastikan kepada para pengguna kami bahawa kami menjaga keselamatan data mereka dengan serius." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pertempuran antara kumpulan pro dan anti kerajaan menjelang pilihan raya esok

Posted:

Pertempuran antara kumpulan pro dan anti kerajaan menjelang pilihan raya esok

Pertempuran antara kumpulan pro dan anti kerajaan menjelang pilihan raya esok

01/02/2014 10:52pm

BANGKOK - Enam orang dilaporkan cedera berikutan pertempuran dekat pejabat daerah Lak Si antara kumpulan anti kerajaan yang menentang pilihan raya umum esok dengan kumpulan pro kerajaan yang mahukan ia diteruskan.

Pertempuran itu berlaku kerana pemprotes anti kerajaan menyekat pintu masuk ke sebuah bangunan yang menyimpan peti dan kertas undi untuk pilihan raya itu.

Seorang daripada yang cedera ialah pemberita akhbar tempatan dalam insiden sekitar 4 petang dan antara sebab utama ialah mercun besar yang dilemparkan ke arah kumpulan anti-kerajaan.

Ada pihak melaporkan mereka mendengar beberapa tembakan, mengkibatkan anggota polis dan tentera dikejarkan ke kawasan berkenaan.

Berikutan pertempuran itu, Keretapi Negara Thai menghentikan sementara perkhidmatan antara stesen Laksi dan Don Muang demi keselamatan penumpang.

Bagaimanapun, perkhidmatan berjalan semula pada lewat petang. - Bernama

Trafik masih perlahan di Lebuhraya PLUS pada sebelah malam

Posted:

Trafik masih perlahan di Lebuhraya PLUS pada sebelah malam

Trafik masih perlahan di Lebuhraya PLUS pada sebelah malam

01/02/2014 10:33pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari ibu negara ke arah utara dan selatan sehingga jam 9 malam masih perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressway Berhad memberitahu Bernama, keadaan trafik perlahan dari Seberang Jaya ke Juru, Bukit Tambun Selatan/Bukit Tambun Utara ke Juru dan sebelum masuk plaza tol Jambatan Pulau Pinang menuju Pulau.

Aliran trafik juga agak perlahan di bahagian selatan PLUS iaitu dari Nilai ke Seremban dan Simpang Renggam/Sedenak ke Kulai.

"Bagaimanapun, aliran trafik berjalan lancar dengan pembukaan lorong kanan di Kilometer 67.9 selatan dari Gurun ke Pendang berikutan berlaku kemalangan di kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang bercuti sempena Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah turut menyumbang kepada keadaan trafik perlahan di beberapa laluan lebuh raya itu.

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan di Kilometer 228.1 Simpang Ampat-Pedas Linggi menyebabkan lorong kiri terhalang dan aliran trafik perlahan.

"Selain laluan Tapah ke Gopeng, laluan sebelum dan selepas tol Simpang Pulai dan tol Changkat Jering juga perlahan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Lelaki cedera ditembak polis ditahan ketika terima rawatan di Hospital Melaka

Posted:

Lelaki cedera ditembak polis ditahan ketika terima rawatan di Hospital Melaka

Lelaki cedera ditembak polis ditahan ketika terima rawatan di Hospital Melaka

01/02/2014 9:40pm

MELAKA - Seorang lelaki cedera ditembak apabila cuba melanggar anggota polis hari ini ditahan ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, sebelum tangkapan, sepasukan anggota polis pergi ke sebuah rumah di Taman Sri Rambai di sini dipercayai menjadi tempat menyimpan barang curi pada 6.30 pagi tadi.

Beliau berkata, pasukan polis terserempak dengan dua lelaki di belakang rumah itu sebelum mereka bertindak melarikan diri dan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Mereka kemudian memecut ke arah anggota polis sebelum seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek, namun suspek berjaya meloloskan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, katanya polis mendapat panggilan daripada pihak Hospital Melaka pada 1.15 tengah hari setelah menerima seorang pesakit dari sebuah hospita swasta di sini yang terkena tembakan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Joel belajar jadi Alex Murphy

Posted:

Joel belajar jadi Alex Murphy

Joel belajar jadi Alex Murphy


JOEL amat mengagumi José setelah beberapa karyanya sebelum bersetuju untuk membintangi RoboCop.


MEMBAYANGI takdir bukanlah tanggungjawab bagi seorang individu normal. Apatah lagi jika apa yang telah tersurat menuntut seribu satu pengorbanan bagi meneruskan sisa kehidupan.

Begitulah gelodak emosi yang perlu dimainkan oleh aktor Charles Joel Nordström atau lebih dikenali sebagai Joel Kinnaman menerusi watak detektif bernama Alex Murphy yang didukungnya dalam filem RoboCop.

Filem arahan José Padilha yang dibikin semula berdasarkan filem keluaran tahun 1987 bertajuk sama ini memerlukan Joel bermain dengan pelbagai emosi bagi menggambarkan dua watak yang berbeza setelah melalui satu transisi yang mengubah kesudahan hidup detektif 'bertuah' itu.

"Dalam filem ini, saya betul-betul fokus untuk memainkan watak Alex Murphy. Kami (kru filem dan Joel) meluangkan banyak masa dengan watak itu sebelum dia berubah menjadi RoboCop.

"Ia termasuklah menjiwai tugas-tugasnya sebagai seorang detektif, suami dan bapa kepada seorang anak lelaki kecil. Dia merupakan watak yang saya ingin lakonkan sewaktu saya menyertai sesi uji bakat," ujar pelakon berusia 34 tahun itu dalam satu temu bual yang dijalankan oleh Mike Ryan dari portal berita Huffington Post.

Mengulas mengenai renjatan emosi yang terlibat sepanjang penggambaran filem tersebut dijalankan, pelakon yang berasal dari Stockholm, Sweden ini berkata, banyak elemen drama disuntik agar jalan cerita yang ingin disampaikan selari dengan setiap watak yang dipaparkan.

"Alex yang cedera teruk akibat satu letupan yang dirancang untuk membunuhnya terpaksa berdepan dengan emosi kurang stabil apabila seluruh anggota tubuhnya terpaksa dibuang kecuali yang tinggal hanyalah kepala dan paru-paru.

"Selain mendapat tubuh baharu yang diperbuat daripada logam dan dikawal selia melalui komputer, Alex juga berdepan dengan sekumpulan individu yang cuba untuk memanipulasi perasaannya. Di situ pengolahan drama yang dilakukan pengarah memerlukan saya bermain dengan emosi dan rasa," ujarnya lagi.


JOEL menyokong perkaitan naluri manusia dan robot yang cuba diketengahkan oleh pengarah dalam versi baharu RoboCop.


Jalinan robot dan manusia

Jika mahu dibandingkan filem asal RoboCop arahan Paul Verhoeven dengan karya bikin semula yang baru menjengah pawagam Khamis lalu ini, banyak elemen segar yang diterapkan termasuklah kesan efek imej janaan komputer (CGI) yang bersih dan kemas.

Bagaimanapun, nilai-nilai kemanusiaan yang berkait rapat dengan pembangunan robot serta mesin yang cuba disatukan oleh pengarah jelas digambarkan melalui filem versi baharu ini.

"Pada pendapat saya, fantasi yang cuba diketengahkan pada karya yang dibikin sekitar tahun 1987 dahulu ialah bagaimana fiksyen sains boleh mengubah pengaruh pembinaan robot-robot terhadap kehidupan masyarakat.

"Justeru, pada tahun 2013 dan 2014, fiksyen itu seperti menjadi realiti apabila khidmat robot dan mesin diperlukan oleh pihak ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang.

Disebabkan itu, terdapat begitu banyak aspek lain dalam kehidupan kita yang sedang cuba 'dirobotkan.'

"Idea-idea mengenai perubahan itu sering diperkatakan. Ada banyak persoalan mengenai perlakuan moral yang akan ditanya dan perlu dibincangkan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Jadi, pembikinan semula filem RoboCop merupakan salah satu medium yang baik untuk mengetengahkan isu yang hangat diperkatakan ini," jelasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai perbandingan watak yang bakal dilakukan oleh penonton, Joel berkata: "Sama juga dengan apa yang berlaku terhadap watak Batman. Lama kelamaan orang akan berhenti membandingkan.

"Jika kita lihat daripada skop yang lebih besar, ia merupakan perkara klise yang sering dilakukan oleh semua orang di seluruh dunia termasuklah penggiat teater. Berapa ramai yang telah memainkan watak Hamlet?

"Sebagai seorang manusia, ia merupakan satu perkara yang biasa kita lakukan. Jika sesebuah cerita itu bagus dan menerima banyak permintaan oleh orang ramai, pasti kita teruja untuk terus mengulanginya. Kita sering berbuat demikian, sejak zaman purba lagi," jelas Joel yang kurang gemar memakai sut lengkap RoboCop sewaktu menjalani penggambaran.


FIGURA ini mengaku gemar melihat dirinya dalam sut besi RoboCop.


Pengarah yang bijak

Nama José Padilha dalam bidang pengarahan filem di Hollywood kedengaran agak asing berbanding nama-nama besar yang lain. Namun, hasil arahannya menerusi filem Elite Squad begitu diterima ramai dan menjadi salah satu filem rujukan bagi Joel sebelum memulakan penggambaran RoboCop.

"Bagi saya, dia merupakan seorang pengarah yang sangat berbakat. Setelah menonton dokumentari dan filem arahannya berjudul Bus 174 dan Elite Squad, saya benar-benar mahu menemuinya.

"Ketika mula-mula mendapat tahu tentang filem RoboCop yang bakal dibikin semula, saya tidaklah begitu teruja. Tetapi, setelah mengetahui bahawa José bakal menduduki kerusi pengarah, serta-merta ia mengubah persepsi saya terhadap filem itu.

"Saya berpendapat, José begitu berani dalam memperkembangkan visinya terhadap filem ini lebih-lebih lagi dari segi intelektual dan fizikal.

"Ia benar-benar memberi semangat kepada saya untuk cuba mendapatkan watak tersebut," ujar Joel yang terpaksa datang ke sesi uji bakat selama beberapa kali sebelum terpilih memegang watak utama dalam filem tersebut.

Sut besi

Dalam pada itu, ujar Joel, José merupakan seorang pengarah yang sangat tegas dalam berkarya. Katanya: "Walaupun RoboCop merupakan filem Hollywood pertama arahannya, dia cuba sedaya upaya untuk memberikan kelainan dan lari daripada kebiasaan seperti penggunaan teknik CGI yang berlebihan."

"Saya akui, banyak babak dalam filem ini ditambah dengan kesan dan teknik CGI. Tetapi teknik itu sangat berguna lebih-lebih lagi untuk menyokong aksi-aksi yang ditampilkan sepanjang perjalanan filem," katanya yang menafikan sut RoboCop yang dipakainya ditambah dengan menggunakan kesan CGI.

Kekasih kepada aktres Ovlia Munn ini turut berkongsi, dia bertuah kerana sut besi itu merupakan kostum sebenar yang dikenakannya sepanjang proses penggambaran berlangsung.

"Saya rasa ada baiknya saya memakai sut itu kerana ia sangat membantu saya sewaktu ingin berjalan dan beraksi seperti robot. Walaupun agak keberatan sebelum menyarungkannya, tetapi lama kelamaan saya serasi dan mampu bergerak walaupun ianya agak berat," ujarnya mengakhiri perbualan.

Umrah bersama Roslan, Azza

Posted:

Umrah bersama Roslan, Azza

Umrah bersama Roslan, Azza

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

ROSLAN dan Azza bakal mengerjakan umrah bersama peminat.


PADA bulan Disember lalu, pengacara dan pelakon Roslan Shah pernah mendedahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita yang berasal dari Kelantan tetapi tidak kesampaian.

Qi ajak kekasih berlakon

Posted:

Qi ajak kekasih berlakon

Qi ajak kekasih berlakon

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


QI akui dia dan Nelydia sememangnya tidak sempat untuk berkahwin pada tahun ini.


MEMULAKAN kariernya dalam bidang seni sebagai pemain dram kumpulan OAG sekitar tahun 90-an, Qushairi Razali, 36, atau lebih sinonim dengan panggilan Qi melangkah setapak apabila terbabit pula dengan dunia lakonan dan pengacaraan sejak empat tahun lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved