Sabtu, 4 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pandu karavan 25,500 kilometer

Posted:

Pandu karavan 25,500 kilometer

Pandu karavan 25,500 kilometer

CUACA panas pada pagi Sabtu itu tidak sedikit pun mematahkan semangat keluarga Jamalulail Ismail untuk meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Pemanduan dari Songkhla, Thailand ke Bukit Kayu Hitam, Kedah bersama isteri, Sofinee Harun, 38, serta empat orang anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, seolah-olah tidak terasa.

Menelusuri Phetkasem Road, perjalanan sejauh kira-kira 87 kilometer itu lebih lancar sementelah karavan jenis Mercedes Sprinter yang dipandu Jamalulail turut diiringi polis trafik dari negara Gajah Putih tersebut.

Kurang dari satu jam setengah lagi, enam sekeluarga itu akan tiba di Malaysia selepas mengharungi perjalanan darat selama 155 hari dari bandar raya Sunderland, England.

Pengembaraan bersejarah sejauh kira-kira 25,500 kilometer yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana keluarga itu akhirnya tiba di sempadan Malaysia-Thailand pada pukul 12.30 tengah hari, 14 Disember lalu.

Ketika dihubungi kru Jurnal baru-baru ini, Jamalulail memberitahu, siri jelajah yang bermula pada 13 Julai lepas itu merentasi 26 buah negara termasuk Perancis, Belanda, Jerman, Switzerland, Itali, Turki, Bulgaria, Slovenia, Laos dan China.

Mengimbas kembali memori ekspedisi tersebut, lelaki yang berasal dari Hutan Melintang, Perak itu mengakui mengembara ke seluruh dunia memang menjadi impiannya sejak kecil lagi.

Menurutnya, dia berhijrah ke England bersama isteri dan dua orang anaknya pada tahun 1999 selepas menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Reka Bentuk Kejuruteraan Automatif di Universiti Coventry, England.

"Ketika itu isteri sedang sarat mengandung anak ketiga. Hanya Sumrah dan Ahmad Seif sahaja yang lahir di sana.

"Kami menetap di negara itu hampir 15 tahun dan dalam tempoh itu anak-anak hanya belajar di rumah dengan tunjuk ajar daripada isteri yang juga pernah berkhidmat sebagai guru sementara di Jitra, Kedah," jelasnya.


EKSPEDISI keluarga Jamalulail tiba di sempadan Wilayah Naryn, Kyrgyzstan dan Xinjiang, China.


Jurutera berusia 44 tahun itu berkata, kerinduan terhadap kampung halaman mula menebal dan bertitik tolak daripada situ, dia dan isteri mula merangka pelan untuk pulang ke tanah air menerusi projek pengembaraan jalan darat.

Jadi, bagi merealisasikan impiannya, beliau sanggup berhenti kerja sebagai jurutera di syarikat perusahaan multinasional, Caterpillar pada tahun 2007.

"Idea untuk melakukan ekspedisi itu tercetus sekitar tahun 2002 namun hasrat itu terpaksa dilupakan kerana keadaan anak-anak yang masih kecil.

"Sehinggalah pada tahun 2010, kami mula serius memikirkan mengenai trip ini," jelasnya .

Tambah Jamalulail, mereka sekeluarga terpaksa membelanjakan £60,000 (RM320,000) untuk membiayai kos perjalanan itu termasuk membeli sebuah karavan.

"Karavan terpakai dengan nombor plat R984 HNS itu dibeli pada harga £15,000 iaitu lebih kurang RM75,000," ujarnya.

Jamalulail berkata, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih kenderaan yang sesuai lebih-lebih lagi untuk perjalanan darat yang memakan masa panjang.

Paling jauh

"Selepas mencari beberapa kenderaan yang bersesuaian dengan bajet, kami sepakat untuk membeli karavan ini," ujarnya.

Bertutur lanjut, Jamalulail berkata, beliau dan isterinya turut merangka enam pelan secara keseluruhan bagi mengenal pasti jalan darat yang sesuai, selamat serta boleh dimasuki tanpa sebarang kerenah birokrasi.

"Persiapan lain dari aspek teknikal, laluan perjalanan, sistem navigasi, tukaran mata wang asing dan visa juga perlu dibuat lebih awal bagi memastikan kelancaran perjalanan," jelasnya.

Cerita Jamalulail, laluan perjalanan yang paling panjang dalam ekspedisi itu ialah negara China dengan jarak sejauh 8,000 kilometer (km).


RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengucapkan tahniah kepada keluarga Jamalulail di atas kejayaan menaiki karavan untuk pulang ke tanah air dari England.


Menariknya, beliau perlu mengambil lesen memandu dan menukar nombor plat kenderaan mengikut undang-undang negara tersebut.

Namun, katanya, mereka menghadapi kekangan kewangan kerana terpaksa membayar kos perkhidmatan pemandu pelancong sebanyak £10,000 iaitu kira-kira RM50,000.

"Kerajaan China mewajibkan pembayaran caj perkhidmatan ke atas pemandu pelancong yang dilantik khas.

"Jadi, kami terpaksa mengeluarkan sejumlah wang bagi membayar servisnya selama 24 jam sehari untuk tempoh 24 hari.

"Visa juga diperlukan bagi membolehkan kami masuk ke negara berkenaan," jelasnya.

Minyak gel

Tambah Jamalulail, pelbagai peristiwa menarik serta memori indah mewarnai pengembaraan karavan yang digelar 'By Road to Malaysia' itu.

Katanya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika menempuh detik-detik sukar ekoran masalah perubahan cuaca yang ekstrem.

"Semasa di Krygyzstan, minyak diesel yang digunakan bertukar menjadi gel akibat suhu yang terlalu sejuk.

"Minyak tidak dapat dicairkan secara terus menggunakan api kerana kenderaan yang kami naiki menggunakan tangki polimer.

"Jadi, saya terpaksa mencairkan minyak itu menggunakan alat pemanas elektrik," jelasnya sambil memberitahu, mereka bertuah kerana karavan seberat 3,600 kilogram itu tidak pernah meragam.

Bagi Sofinee, pengalaman menjalani ibadah puasa dalam musim panas yang mencecah suhu 50 darjah Celsius mengajar sifat lebih sabar dalam menghadapi ujian hidup.

"Kami berpuasa sehingga 19 jam sehari dalam keadaan cuaca yang begitu panas.

"Lebih malang, karavan kami tidak mempunyai alat pendingin hawa kerana direka khusus untuk negara beriklim sejuk," ujarnya.


ENAM sekeluarga ini tiba di Malaysia pada 14 Disember lalu. Dari kiri, Sumrah, Puteri Sabeera, Jamalulail, Ahmad Seif, Sofinee dan Muhammad Syameem.


Tambah wanita kelahiran negeri Sarawak itu, cabaran lain yang dialami sepanjang perjalanan tersebut termasuklah dari segi pemanduan kerana stereng kenderaan di hampir semua negara adalah di sebelah kiri.

"Di England, stereng kereta terletak di sebelah kanan begitu juga di Thailand dan Malaysia.

"Namun, kami perlu membiasakan diri untuk menggunakan stereng di sebelah kiri ketika memandu dari Perancis hingga Laos.

"Untuk itu, sekiranya saya tidak memandu, saya perlu menolong suami untuk lihat keadaan jalan dulu sebelum memotong," katanya.

Sofinee berkata, pengalaman ketika dirompak di Teheran, Iran juga sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Katanya, karavan mereka dimasuki pencuri sehingga menyebabkan kehilangan sebuah generator yang amat penting untuk mendapatkan tenaga elektrik ketika kecemasan.

"Kemudian kami dirompak pula seorang lelaki Iran yang menyamar sebagai anggota polis dan melarikan dua telefon pintar iPhone.

"Walaupun begitu, kami bersyukur kerana Allah sentiasa memelihara keselamatan serta kesihatan kami anak-beranak," jelasnya sambil memberitahu mereka sekeluarga kini tinggal buat sementara di rumah ibunya di Perlis.

Tambahnya, buat masa ini mereka masih belum pasti sama ada mahu menetap di Malaysia atau pulang ke England.

"Kami masih belum mempunyai apa-apa perancangan kerana masing-masing mahu berehat daripada pengembaraan yang panjang itu.

"Namun, saya perlu segera memikirkan mengenai hal persekolahan anak-anak yang masih belajar," katanya yang bercadang untuk memberi pendidikan di sekolah secara formal jika mereka menetap di Malaysia.

Kosmetik halal Ili Zawani

Posted:

Kosmetik halal Ili Zawani

Kosmetik halal Ili Zawani

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR


DI SAMPING produk kecantikan, Ili Zawani bercita-cita memiliki program bual bicara sendiri.


MELIHAT pencapaian wanita yang bergelar ahli perniagaan pada usia 20 tahun, kru Jurnal merasakan yang dia sebenarnya sudah berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Tetapi berbeza pula bagi Ili Zawani Ismail, 27, apabila memberitahu, dia masih jauh daripada mencapai impiannya.

"Secara peribadi, saya masih belum layak untuk mengatakan yang saya sudah berjaya kerana banyak lagi perkara yang belum dicapai mengikut definisi kejayaan dalam kamus saya sendiri.

"Malah, saya juga bercita-cita untuk mempunyai program bual bicara sendiri yang berunsurkan inspirasi dan ilmiah bagi melahirkan generasi yang lebih berkualiti, berdaya saing dan bekerja keras.

"Selain itu, saya juga mahu menjadi tokoh korporat wanita berpengaruh yang mampu membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan agama," ujarnya.

Tampil ayu dan feminin dalam persalinan jubah berwarna hitam, wanita ini berkata, dia sebenarnya tidaklah terlalu feminin seperti sekarang.

"Jika dahulu, saya bergaya ringkas sahaja dan mengenakan lipstik dan bedak untuk keluar tetapi apabila memasuki bidang kecantikan, saya menjadi lebih feminin dengan menitikberatkan segala aspek kecantikan yang sememangnya sinonim dengan wanita.

"Malah, saya juga mengamalkan petua seperti menggunakan madu sebagai masker dan memperbanyakkan minum air masak bagi menjaga kecantikan," jelasnya yang mempunyai 21 orang kakitangan.

Ujar Ili Zawani, dia merupakan seorang yang ringkas dan elegan selain agak perahsia.

Malah, dia lebih gemar melancong atau berehat di suatu tempat yang sunyi bagi membolehkan dia melepaskan tekanan akibat kerja.

Bersolat

"Selalunya saya akan berehat di rumah atau mencari lokasi percutian yang tidak serabut untuk menenangkan fikiran.

"Jika stres, saya akan menulis apa yang menyebabkan saya stres di atas sekeping kertas dan kemudian membuangnya. Ini kerana kita perlu menyingkirkan stres tersebut daripada fikiran sebagai salah satu cara melepaskan tekanan selain mengunjungi spa," katanya yang masih solo.

Mengulas lanjut bidang perniagaan yang diceburi, Ili Zawani memberitahu, kosmetik halal bukanlah sesuatu yang menjadi kepentingan umum pada mulanya.

"Kesedaran umum mengenai kepentingan produk halal semakin meluas, bukan setakat minuman dan makanan, tetapi mereka kini turut mementingkan penggunaan kosmetik yang halal.

"Kosmetik ini diiktiraf sebagai halal kerana kandungan bahan yang digunakan seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan minyak sayuran adalah yang dibenarkan di dalam Islam malah ia juga dimiliki dan diproses oleh orang Islam sendiri di Turki.

"Selain itu, ia juga memudahkan wanita untuk melakukan solat tanpa was-was sekiranya menggunakan produk ini," beritahu anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini.


UJAR Ili Zawani, jenama FCC menepati tiga elemen yang dicari wanita iaitu memenuhi keperluan, berkualiti dan harga berpatutan.


Kata wanita yang berasal dari Selangor ini, dia tidak pernah terlintas akan menglibatkan diri di dalam dunia perniagaan memandangkan dia merupakan lulusan perakaunan, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Kolej Universiti Sunway.

"Saya sangat meminati mata pelajaran Matematik dan untuk itu, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya melanjutkan pelajaran untuk bergelar akauntan.

"Tetapi sayang, saya tidak dapat meneruskan cita-cita itu kerana keluarga memerlukan seseorang untuk mengusahakan perniagaan.

"Tanpa latar belakang dalam bidang perniagaan, saya memikul tanggungjawab itu pada usia yang begitu muda," ujarnya.

Bagi memastikan potensi komestik halal berkembang di Malaysia, Ili Zawani terlebih dulu melakukan kajian pasaran dan ternyata industri kosmetik tetap berkembang tidak kira bagaimana keadaan ekonomi sekali pun.

"Walaupun ekonomi merudum, wanita masih memerlukan barangan kosmetik bagi penjagaan diri sepanjang masa tetapi mereka kini lebih gemar memilih kosmetik yang dijual pada harga berpatutan.

"Untuk itu, saya memperkenalkan kosmetik halal, Farmasi Colour Cosmetics (FCC) dari Istanbul, Turki pada harga yang berpatutan dan alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Produk ini memenuhi tiga elemen yang wanita secara amnya cari dalam sesuatu produk iaitu memenuhi keperluan, berkualiti dan harga yang berpatutan.

"Teksturnya yang ringan pula membolehkan pengguna berasa selesa dan yakin," jelas pemenang Anugerah Gadis Ikon 2011/2012 ini.

Timba pengalaman

Sebanyak 185 jenis produk FCC boleh didapati di 17 kaunter pasar raya seperti Parkson dan Aeon Big selain di enam cawangan online utama seperti Zalora dan FashionValet.

Menurut Ili Zawani, peluang menyertai Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati) membolehkannya menimba pengalaman dan bertukar-tukar idea berkaitan perniagaan selain mewujudkan jaringan antara usahawan wanita.

"Sebagai perancangan, saya berhasrat menjadikan FCC sebagai satu produk halal yang sudah tidak asing lagi di Malaysia dari segi kualiti, harga dan imej.

"Selain itu, saya juga ingin membawa produk ini ke Indonesia, Brunei dan Singapura secara lebih meluas," jelasnya mengakhiri bicara.

Kembar beza tahun

Posted:

Kembar beza tahun

Kembar beza tahun


ANAK sulung kepada pasangan Begazo ini dilahirkan secara normal.


SAAT jarum jam berdetik tepat pukul 12 tengah malam, Lindsay Salgueiro selamat melahirkan bayi kembar perempuan di Hospital Trillium Health Partners-Credit Valley, Mississauga, Kanada.

Uniknya, kelahiran saudara kembar itu bukan sahaja disambut pada masa berlainan malah mereka tidak akan berkongsi tahun dan tarikh lahir yang sama.

Manakan tidak, Gabriella Salgueiro sebagai kakak lahir pada 31 Disember 2013 manakala adiknya, Sophia Salgueiro dilahirkan pukul 12 tengah malam 1 Januari 2014.

Gabriella yang lahir lapan minit lebih awal iaitu pada pukul 11.52 malam memiliki berat 2.7 kilogram (kg) manakala Sophia 2.4kg.

Pasangan kembar unik itu mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai antara bayi terakhir yang dilahirkan pada tahun lepas dan paling awal lahir tahun ini.

Lindsay menerusi portal berita ABCNews.com dipetik berkata, pada peringkat awal, doktor menjangkakan kandungannya itu bakal dilahirkan pada 19 Januari depan.

Namun, dia terpaksa dimasukkan ke wad bersalin lebih cepat iaitu pada malam tahun baharu selepas mengalami rasa sakit di bahagian pelvik.

"Sebagai ibu, saya bersyukur kerana kedua-dua bayi perempuan ini dilahirkan dalam keadaan normal serta sihat.

"Saya percaya kehadiran mereka pasti menambah seri kepada keluarga kami," katanya yang turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Christian Rodriguez.

Sementara itu, suasana tenang di Hospital MedStar Washington, Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) turut dikejutkan dengan berita gembira mengenai kelahiran bayi kembar berlainan tahun.

Ibu kepada bayi tersebut, Yaleni Santos Tohalina memberitahu, anak yang dilahirkannya pada malam tahun baharu lalu itu merupakan pasangan kembar lelaki dan perempuan.


GABRIELLA lahir pada 31 Disember 2013 manakala adiknya, Sophia pada 1 Januari 2014.


Anak sulung

Menurut wanita berumur 39 tahun itu, bayi perempuan yang dinamakan Lorraine Yaleni Begazo dilahirkan pada pukul 11.58 malam manakala saudara kembarnya, Brandon Ferdinando Begazo disambut pada pukul 12.01 tengah malam.

Lorraine yang lahir tiga minit lebih awal memiliki berat badan 2.8kg manakala Brandon lebih ringan iaitu sekitar 2.5kg.

Menurut portal The Washington Post, anak sulung kepada pasangan Begazo ini pada awalnya dijangka lahir pada 21 Januari depan.

"Meskipun demikian, proses bersalin berjalan lancar dan keadaan kesihatan isteri serta anak saya berada pada tahap baik.

"Saya berasa sangat bahagia. Kembar ini anak pertama kami dan mereka benar-benar sempurna," jelas suami Yaleni, Warren Begazo.

Pasangan yang berasal dari Arequipa, Peru itu merasakan kedatangan tahun baru kali ini lebih bermakna dengan kehadiran dua cahaya mata itu.

"Pada mulanya kami berasa agak sedih kerana tidak dapat meraikan malam tahun baharu bersama keluarga dan kawan-kawan.

"Namun, kelahiran bayi ini memberikan kami kegembiraan yang tidak boleh ditandingi sesiapa pun," katanya.

Warren yang turut memiliki seorang anak lelaki berusia 18 tahun menerusi perkahwinan terdahulu memberitahu, pasangan kembar itu pasti melengkapi antara satu sama lain.

"Buat masa ini, Lorraine kelihatan lebih aktif manakala adiknya lebih banyak diam.

"Saya yakin, anak lelaki saya juga pasti gembira dan tidak lagi berasa sunyi di rumah dengan kehadiran saudara baharu dalam keluarga kami," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati bogel bersama wanita lain

Posted:

Mati bogel bersama wanita lain

Mati bogel bersama wanita lain

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
dan MOHD. FIRDAUS HASSAN
berita@kosmo.com.my

Anggota polis membawa keluar mayat Loke Yoke Kim yang ditemui mati di premisnya di Bandar Cyber, Ipoh semalam.


IPOH - Kerisauan seorang isteri terhadap suaminya yang tidak pulang-pulang ke rumah sejak kelmarin berakhir dengan kedukaan apabila lelaki itu ditemui mati bersama seorang wanita di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Lebih tragis, mayat suami wanita itu, Loke Yoke Kim, 58, yang merupakan tauke kedai perkakasan logam ditemui mati di tempat duduk pemandu manakala di sebelahnya merupakan wanita yang juga dipercayai kekasihnya, Yan Wai Leng, 51.

Kedua-duanya mati dalam keadaan berbogel di dalam kereta Proton Wira berwarna biru yang diletakkan di garaj premis perniagaan milik lelaki itu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam menjelaskan, isteri mangsa yang risau mengenai suaminya itu yang tidak pulang sejak keluar dari rumah pada Khamis lalu telah membuat laporan polis pada pukul 7.55 petang kelmarin.

Beliau berkata, selepas membuat laporan polis, wanita berkenaan terus mencari suaminya itu di sekitar bandar raya ini dan di premis perniagaan suaminya itu yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Banday Cyber.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, isteri mangsa melihat kepulan asap yang keluar dari premis berkenaan sebelum dia bertindak mengumpil pintu.

"Dia kemudian terkejut kerana menemui mayat suaminya bersama seorang wanita dalam keadaan bogel dalam kereta jenis Proton Wira dengan enjin dan pendingin hawa masih terpasang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua pengawal keselamatan rumah Wan Junaidi ditahan

Posted:

Dua pengawal keselamatan rumah Wan Junaidi ditahan

Dua pengawal keselamatan rumah Wan Junaidi ditahan

KUCHING – Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) merupakan antara tiga suspek yang ditahan polis petang semalam berhubung kes cubaan memecah masuk rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Deputi Superintendan Amihizam Abd. Shukor berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun itu diberkas kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk diambil keterangan sementara menunggu proses permohonan perintah tahanan reman.

"Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 34 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua memiliki dua rekod jenayah.

"Kedua-dua suspek ini juga merupakan anggota Rela yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kediaman tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo Ahad! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dapat 5 menantu serentak pada tahun baru

Posted:

Dapat 5 menantu serentak pada tahun baru

Dapat 5 menantu serentak pada tahun baru

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my


CHE ARIFFIN dan isteri, Sharifah Fatimah menunjukkan tanda bagus serta simbol lima jari bergambar bersama lima anak dan menantu mereka yang bernikah serentak di Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Tahun baru 2014 yang memulakan tirai beberapa hari lalu ternyata amat bermakna kepada sepasang suami isteri dari Seri Aman, Jalan Langgar di sini apabila menyambut bukan sahaja seorang, tetapi lima menantu serentak.

Peniaga daging di Pasar Besar Alor Setar, Che Ariffin Abd. Manaf, 54, dan isteri, Sharifah Fatimah Syed Hussain, 52, mengambil keputusan untuk mengadakan majlis pernikahan serentak kelima-lima anak mereka, empat lelaki dan seorang perempuan di kediaman mereka di sini semalam.

Farhana, 28; Mohd. Farhan, 26; Mohd. Syafiq, 25; Mohd. Anis, 22 dan Mohd. Anas, 20, bersanding bersama pasangan masing-masing iaitu Mohd. Shafarin Mansor, 29; Fatin Fadlilah Mohd. Salleh, 26; Syazwani Ghazali, 25; Siti Aishah Mohd. Noor, 21, dan Nadjua Izda Mohd. Izham, 19, dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 6,000 tetamu.

Che Ariffin ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang dalam tempoh hanya beberapa bulan itu akhirnya berlangsung seperti yang diharapkan.

Katanya, persandingan serentak itu merupakan idea anak keempatnya, Mohd. Syafiq dan turut dipersetujui oleh ahli keluargan lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


TPM: Bola sepak tiada sempadan

Posted:

TPM: Bola sepak tiada sempadan

TPM: Bola sepak tiada sempadan

MUHYIDDIN (dua dari kanan) melancarkan penjelajahan Trofi Piala Dunia FIFA 2014 di PWTC di ibu negara semalam.


BOLA sepak merupakan sukan yang mempunyai banyak nilai sosial serta mampu menyatukan masyarakat, termasuk rakyat Malaysia.

Demikian jelas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ketika menganjurkan agar nilai berkenaan sentiasa dihayati, Muhyiddin berkata beliau yakin bola sepak serta sukan lain, boleh memainkan peranan penting, bukan sahaja untuk memajukan diri seseorang, tetapi juga mempunyai kesan berganda dalam membentuk dan menyatupadukan sesebuah negara.

"Apabila kita berbicara tentang bola sepak atau menontonnya, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus kepada perkara yang kita sama-sama minati. Seperti sukan lain, bola sepak juga tidak mengenal warna.

"Bersukan bersama rakan-rakan daripada kaum lain boleh membantu menyatupadukan manusia daripada keturunan dan warna kulit berbeza.

"Sebab itulah, menyokong sesebuah pasukan negara, tanpa mengira bangsa pemainnya, boleh mengukuhkan perpaduan nasional," kata beliau ketika merasmikan penjelajahan Trofi Piala Dunia FIFA 2014 ke Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Simbol paling ikonik dunia bola sepak, Trofi Piala Dunia FIFA, tiba di negara ini kelmarin sebagai sebahagian daripada siri penjelajahannya selama sembilan bulan ke 88 buah negara.

Piala yang dibawa ke Malaysia dengan kerjasama Coca Cola ini akan dipamer kepada orang ramai di Dewan Tun Hussein Onn 1, PWTC hari ini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Mengulas tentang Piala Dunia, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia daripada semua kaum amat meminati bola sepak.

"Ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, lebih 15 juta rakyat negara ini menontonnya melalui televisyen dan angka ini meletakkan Malaysia dalam kalangan pasaran tertinggi di Asia yang mempunyai akses kepada liputan kejohanan itu," katanya.

Muhyiddin berkata beliau berharap kehadiran Trofi Piala Dunia di Malaysia akan memberi ilham kepada rakyat negara ini untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan dan mendorong mereka berusaha untuk mencapai kejayaan lebih besar.

Menurut beliau, bukan menjadi rahsia lagi bahawa kebanyakan peminat bola sepak di negara ini kecewa apabila pasukan kebangsaan gagal meraih kejayaan dalam kejohanan antarabangsa dan berikutan itu, memilih pasukan lain sebagai pasukan kegemaran mereka.

"Marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kecemerlangan kita agar kita juga berpeluang memenangi trofi. "Saya yakin trofi ini boleh dimenangi dan ia mestilah dimenangi untuk Malaysia oleh rakyat Malaysia sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin menggesa bakat baharu dan pasukan Harimau Malaya supaya bercita-cita tinggi agar Malaysia mampu menjadi kuasa bola sepak yang hebat.

"Mana tahu, daripada kalangan kita yang melihat trofi ini hujung minggu ini, terdapat seorang anak muda yang mendapat ilham daripada acara bersejarah ini untuk menerajui pasukan kebangsaan kita melayakkan diri bermain dalam Piala Dunia FIFA untuk julung kalinya nanti," kata beliau.

Muhyiddin berkata untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak di Malaysia, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020 akan dikemukakan kepada Kabinet tidak lama lagi.

Pelan berkenaan, kata beliau, akan memberi fokus terhadap aspek kemajuan bola sepak di negara ini dan bertujuan mengasuh pemain berusia tujuh hingga 17 tahun.

"Sesuatu yang amat membanggakan ialah pelan ini akan memberi fokus terhadap usaha memupuk DNA bola sepak kita, termasuk pembinaan jati diri dan kekuatan mental pemain sejak muda lagi," katanya.

Muhyiddin juga berharap lebih banyak entiti swasta tampil untuk menjayakan agenda pembangunan bola sepak serta menjadikannya sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.

"Sebagai contoh, mereka boleh memainkan peranan penting dalam membantu menyediakan atau menambah baik kemudahan permainan bola sepak di kawasan paling tertinggal di negara ini," katanya.

Pahang uji kekuatan di Hong Kong

Posted:

Pahang uji kekuatan di Hong Kong

Pahang uji kekuatan di Hong Kong

Oleh M.RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my


SKUAD Pahang akan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Hong Kong dalam usaha memantapkan skuad menjelang saingan liga musim ini.


JUARA Piala Malaysia 2013, Pahang kini 'berkampung' di Hong Kong untuk menguji pemainnya sebagai persiapan untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang akan bermula 17 Januari ini.

Skuad kendalian Ronald Smith itu bertolak semalam untuk mengharungi beberapa perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Hong Kong iaitu Citizen FC, Kitchee FC dan Rangers FC sebelum pulang ke tanah air Selasa depan.

Pemain paling senior dalam skuad Tok Gajah, Jalaluddin Jaafar berkata, semua pemain akan menggunakan peluang yang diberikan untuk meningkatkan prestasi masing-masing ketika mengharungi tiga perlawanan di sana nanti.

"Ini adalah peluang terbaik bagi skuad ini mempamerkan prestasi terbaik sebagai persiapan berdepan Lions XII untuk merebut Piala Sumbangsih pada 17 Januari nanti di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

"Tahun lepas kita turut mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Hong Kong dengan hanya satu kemenangan dan dua kekalahan. Jadi kami datang lagi untuk memastikan Pahang menang ketiga-tiga perlawanan pada kali ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam

Menurutnya, semua pemain kini berusaha untuk mencapai prestasi terbaik sebelum bermulanya saingan Liga M kerana masih ada pemain yang dibelenggu kecederaan namun tidak serius.

Beliau yang masih lagi diberi kepercayaan menjadi ketua pasukan berkata, kehadiran penyerang dari Nigeria yang juga bekas pemain Kelantan musim lalu, Dickson Nwakaeme dan pemain pertahanan dari Pakistan, Zeshan Rehman akan memperkuatkan lagi skuad Tok Gajah musim ini bersama dua lagi pemain import sedia ada iaitu Matias Conti dan Damion Stewart.

"Sebelum ini kita telah mengharungi dua perlawanan persahatan menentang PKNS FC namun kami kalah 1-2 sebelum membelasah UiTM FC 6-1," ujarnya.

Jalaluddin berkata, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selepas dua perlawanan persahabatan itu dan semua pemain perlu memperbaikinya di Hong Kong.

"Kedatangan kami ke Hong Kong juga bagi membentuk keserasian di setiap posisi serta meningkatkan tahap kecergasan dalam usaha membentuk satu kerjasama mantap dalam pasukan yang menjadi pemangkin kepada kejayaan Pahang muncul juara Piala Malaysia tahun lepas," jelasnya.

Sukar buat Kedah pintas Felda United

Posted:

Sukar buat Kedah pintas Felda United

Sukar buat Kedah pintas Felda United


PEMAIN Perak, Muhammad Faizul Azuan (kiri) berjaya melepasi kawalan pemian Kedah, Asriman Syah Tahir pada aksi yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.


KEMENANGAN 3-1 yang dicatat Kedah ke atas Perak semalam, membolehkan pasukan dari utara tanah air itu kekal dalam perebutan tempat kedua Liga Futsal Kebangsaan FELDA/FAM.

Dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk diharungi, agak mustahil untuk pasukan lain memintas Felda United daripada menjuarai liga apabila mereka kini mengumpul 66 mata, sekali gus menyaksikan pasukan lain hanya bersaing untuk memburu tempat kedua bagi kategori lelaki.

Perebutan tempat kedua kini membabitkan lima pasukan iaitu PKNS FC (51 mata), MPSJ (50), Kedah (47), Pahang (45) dan Quilmes (44).

"Mustahil untuk mana-mana pasukan menjuarai liga kecuali Felda United. Satu-satunya cabaran yang masih tinggal untuk kami ialah memburu tempat kedua," kata jurulatih Kedah, Mohd. Saiful Mohd. Noor semalam.

"Persaingan masih terbuka, tetapi saya beranggapan bahawa peluang adalah 50-50, dan saya yakin setiap perlawanan selepas ini pasti sukar.

Pada aksi di Stadium Malawati Shah Alam semalam, Asriman Syah menghadiahkan gol pertama Kedah pada minit ketiga sebelum Mohd. Fazwan Che Halim menggandakan kedudukan 10 minit kemudian.

Perak hampir menafikan kemenangan Kedah apabila tampil dengan aksi lebih mantap pada babak kedua, sebelum mereka merapatkan defisit gol pada minit ke-31 menerusi jaringan Muhammad Faizul Azuan.

Kedah bagaimanapun bangkit mengesahkan tiga mata milik mereka, apabila Mohd. Shafirul Ikhwan meledakkan gol ketiga pada minit ke-39.

Dalam kategori wanita, Selangor MPSJ bangkit daripada keputusan mengecewakan 2-2 ketika menentang Selangor kelmarin, apabila membelasah PDRM 8-1 semalam.

Kemenangan itu meletakkan mereka selesa dengan kelebihan tujuh mata mengatasi pencabar terdekat, Felda United.

Fatin Shahida Azmi menjadi wira MPSJ apabila meledakkan lima gol ketika Steffi Sarge Kaur, Nor Asyikin dan Nor Azura Ibrahim masing-masing menyumbang satu gol.

Gol sagu hati PDRM disumbangkan Puteri Umi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam tahanan terakhir ISA dibebaskan esok - Ahmad Zahid

Posted:

Enam tahanan terakhir ISA dibebaskan esok - Ahmad Zahid

Enam tahanan terakhir ISA dibebaskan esok - Ahmad Zahid

04/01/2014 10:35pm

KUALA LUMPUR - Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak akan dibebaskan esok, umum Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011.

"Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," katanya dalam kenyataan dua perenggan di sini.

Rakyat Malaysia yang akan dibebaskan terdiri daripada Adzmi Pindatun, Mohd. Nazri Dollah dan Bakar Baba.

Warganegara Indonesia terdiri daripada Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, sementara warganegara Filipina ialah Muadz Hakim.

Pembebasan tahanan ISA ini berikutan pemansuhan akta tersebut dan digantikan dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012. - Bernama

Mayat kontraktor, mangsa lemas ditemui

Posted:

Mayat kontraktor, mangsa lemas ditemui

Mayat kontraktor, mangsa lemas ditemui

04/01/2014 10:05pm

MARANG - Mayat seorang kontraktor yang lemas ketika mencari remis di pantai Kampung Pasir Putih, di sini, semalam, berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Pegawai pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdullah Zawawi Mohamad berkata, mayat mangsa, Abidin Ahmad, 39, dari Bandar Chenerh Baru, Kemaman, ditemui terapung kira-kira pukul 3.40 petang tadi.

Katanya, mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

"Selepas usaha mencari dan menyelamat dilakukan hampir 12 jam, pasukan penyelamat berjaya mengesan mayat mangsa yang timbul berhampiran tempat kejadian" katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Semalam, kegembiraan mangsa bersama dua lagi pekerjanya bermandi-manda sambil mencari remis bertukar tragedi setelah mangsa hilang dipukul ombak dalam kejadian pukul 4 petang. - Bernama

Guru sekolah swasta miliki tujuh pistol tiruan ditahan

Posted:

Guru sekolah swasta miliki tujuh pistol tiruan ditahan

Guru sekolah swasta miliki tujuh pistol tiruan ditahan

04/01/2014 7:44pm

KOTA BHARU - Polis semalam menahan seorang guru sekolah swasta bersama tujuh pistol tiruan yang dibelinya dari negara jiran dan dipercayai mahu dijual menerusi laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt. Idris Abd Rafar berkata, lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor kira-kira pukul 1.30 petang.

"Kita menemui tujuh buah kotak yang bertulis G.29 AIRSOFT GUN. Setiap satunya mengandungi sepucuk pistol bersama kelopak, yang disembunyikan di dalam bonet kereta," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata, pistol tersebut dibeli dengan harga RM60 setiap satu dan suspek dipercayai mahu menjualnya di laman sosial Facebook.

"Kami mendapati pistol itu dibeli di Sungai Golok, Thailand dan suspek menggunakan orang tengah yang dipercayai warga negara Thailand untuk mendapatkannya pistol tersebut," tambahnya.

Idris berkata suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh di penjara selama setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


1,058 calon dipilih misi hidup di Marikh

Posted:

1,058 calon dipilih misi hidup di Marikh

1,058 calon dipilih misi hidup di Marikh

GAMBAR fail menunjukkan penempatan yang akan dibina di planet Marikh oleh calon-calon yang berjaya tiba ke planet tersebut pada tahun 2024.


THE HAGUE - Sebanyak 1,058 calon telah dipilih daripada 200,000 orang yang memohon untuk dilatih dalam misi untuk hidup di planet Marikh, menurut pihak penganjur, Mars One kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur di bawah 24 tahun dari 140 buah negara akan berlepas ke planet tersebut pada tahun 2024.

Sebanyak enam pelancaran roket akan membawa mereka ke planet tersebut.

Sebahagian dana yang digunakan untuk membawa mereka ke Marikh adalah dibiayai sebuah program realiti televisyen.

Kesemua mereka akan mengharungi penerbangan sejauh 55 juta kilometer selama enam bulan sebelum tiba di Marikh.

Para peserta itu tidak lagi akan pulang ke Bumi kerana kos untuk penghantaran pulang terlalu tinggi.

Menurut Mars One yang beribu pejabat di Belanda, semua calon itu telah diberitahu tentang pemilihan mereka ke Marikh pada 30 Disember lalu.

Pihak Mars One itu menyatakan, calon itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat pada diri mereka.

Antara kriteria itu ialah bijak membuat keputusan, bebas dadah dan boleh berbahasa Inggeris.

"Malah, terdapat permohonan satu pasangan yang dibuat menerusi rakaman video yang menunjukkan mereka berada dalam keadaan bogel," kata pengasas bersama Mars One, Bas Landsdorp.

Menurut ketua perubatan Mars One, Norbert Kraft, calon-calon itu akan menjalani ujian fisikal dan emosi dalam tempoh lebih dua tahun. - AFP

Putin lawat lokasi Sukan Olimpik musim sejuk

Posted:

Putin lawat lokasi Sukan Olimpik musim sejuk

Putin lawat lokasi Sukan Olimpik musim sejuk


PUTIN bermain ski di resort Krasnaya Polyana dekat Sochi semalam.


MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam melawat Sochi yang merupakan lokasi Sukan Olimpik musim sejuk di Rusia.

Sochi yang terletak di pinggir Laut Hitam akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim Sejuk dari 7 hingga 23 Februari depan.

Stesen televisyen Rusia menunjukkan Putin, 61, dan Perdana Menteri, Dmitry Medvedev bermain ski di Krasnaya Polyana yang merupakan lokasi semua sukan di luar stadium semasa Sukan Olimpik itu berlangsung.

Putin membuat lawatan itu selepas beliau mengunjungi bandar Volgograd yang digegarkan dengan dua letupan bom sehingga mengakibatkan 34 orang terbunuh. - AP

Imej kuda gergasi di bandar Jepun

Posted:

Imej kuda gergasi di bandar Jepun

Imej kuda gergasi di bandar Jepun


BENTUK imej kuda yang dihasilkan dengan menggunakan kon pain di bandar Hitachinaka semalam.


HITACHINAKA, Jepun - Kira-kira 30,000 kon pain digunakan untuk menghasilkan imej kuda setinggi 20 meter (m) dan selebar 30m di sini semalam.

Kon pain itu merupakan organ yang mengeluarkan debunga pokok pain.

Imej itu dihasilkan bagi meraikan kedatangan Tahun Kuda.

Orang ramai boleh menyaksikan imej tersebut dengan menaiki roda Ferris setinggi 65m. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pemburuan Jourdan, Marvin, Cory, Chris, Renee

Posted:

Pemburuan Jourdan, Marvin, Cory, Chris, Renee

Pemburuan Jourdan, Marvin, Cory, Chris, Renee

PERCATURAN karier yang diatur oleh kelima-lima model ini ternyata tidak pernah silap. Peluang yang datang bersama minat digunakan begitu telus dalam menyemai cita-cita untuk bergelar peragawati dan peragawan terkenal di dalam dunia fesyen antarabangsa.

Menyingkap kisah silam dan mengangkat pengalaman ketika bertanding sebagai peniup semangat untuk terus berjaya, finalis pertandingan pencarian model terkenal milik supermodel Tyra Banks, America's Next Top Model Cycle 20 (ANTM 20) Jourdan Miller, Marvin Cortes, Cory Hindorff, Chris Hernandez dan Renee Bhagwandeen berkongsi cerita tentang impian dan kisah perjalanan kerjaya masing-masing.

Mereka hadir ke Malaysia kerana menjayakan program Random Act of Kidness anjuran Red FM. Program tersebut dianjurkan sebagai satu aktiviti bagi mendekatkan diri mereka dengan budaya masyarakat sesebuah negara yang dilawati.

Peluang di Asia

Juara ANTM 20, Jourdan Miller sememangnya mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar sebagai seorang model. Baru mencecah usia 20 tahun, gadis yang berasal dari Bend, Oregan, Amerika Syarikat (AS) ini begitu kental dalam mengharungi cabaran ketika sedang bertanding menerusi rancangan realiti pujaan ramai itu.

Ketika ditanya mengenai cabaran paling berat yang terpaksa diharunginya ketika menyertai program realiti tersebut, Jourdan memberitahu, sewaktu berlangsungnya cabaran pentas peragaan di Style Fashion Week, dia langsung tidak menerima sebarang tempahan pada sesi cabaran minggu kesembilan itu.

"Itu merupakan pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan. Kami dikehendaki untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua tempahan bagi salah satu pertunjukan fesyen yang diadakan.

LIMA finalis ini mahu mencuba nasib untuk menembusi pasaran peragaan Asia.


"Malangnya, saya dan Marvin gagal mendapat sebarang tempahan. Tetapi, itu tidak bermakna saya harus berputus asa dengan dunia peragaan. Secara positif, jika hanya seorang enggan menempah saya, tidak bermakna yang lain pun tidak berminat. Apa yang penting, usaha yang berterusan," ujarnya ketika ditemui pada program amal Random Act of Kindness baru-baru ini.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, gadis dengan ketinggian 183 sentimeter ini begitu kagum dengan keramahan penduduk di Kuala Lumpur serta tertarik dengan keenakan buah-buahan tempatan.

"Saya suka buah rambutan," ujar Jourdan sambil tersenyum. Menurutnya, dia sangat sukakan keadaan bumi dan memasang angan-angan untuk tinggal lebih lama di sini.

"Saya suka Malaysia dan orang-orangnya begitu peramah dan sungguh baik. Saya mungkin akan datang semula dan tinggal di Malaysia selama satu atau dua tahun untuk melebarkan kerjaya sebagai seorang model.

"Peluang saya di sini mungkin lebih besar kerana model berambut perang yang tinggi dan kurus begitu diperlukan dalam pasaran Asia. Di samping itu, saya ingin mencuba nasib di negara-negara yang terkenal dengan elemen fesyen seperti di Paris dan Milan," ujarnya.

Kerjaya bantu keluarga

Bagi Marvin Cortes, 21, dipilih sebagai pemenang tempat kedua dalam musim yang pertama melibatkan peserta daripada dua kumpulan jantina ini sebagai satu peluang yang besar untuknya melihat dunia luar.

Katanya: "ANTM 20 banyak mengubah hidup saya sebagai seorang individu. Dahulu, saya tidak berpeluang untuk menjelajah dunia. Selepas menyertai ANTM 20, saya diberi kesempatan untuk ke Bali, Indonesia dan sekarang bertemu peminat di Kuala Lumpur.

"Sebagai anak seorang pencuci bangunan, saya cukup gembira kerana mampu membuat ayah saya bangga dengan pencapaian saya. Tambahan pula, saya kini mampu untuk memberikan sedikit kesenangan kepada adik-beradik yang lain," ujar Marvin yang kini sedang menjalinkan hubungan dengan salah seorang finalis ANTM 20, Renee Bhagwandeen.


TURUN tanda tangan. Finalis ANTM 20 menurunkan tanda tangan sebagai tanda sokongan terhadap kempen amal Random Act of Kindness yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.


Cory elak drama

Finalis tempat ketiga, Cory Hindorff, 23, turut berkongsi, penyertaannya dalam ANTM 20 merupakan satu pengalaman bermakna dalam hidupnya yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.

"Saya belajar banyak tentang diri saya melalui rancangan ini. Sepanjang pertandingan itu berlangsung, saya turut berkongsi pengalaman dengan pelbagai jenis individu serta berkenalan dengan rakan-rakan baharu. Ia merupakan satu pengalaman yang begitu mengujakan," ujarnya.

Model yang membawa peranan androgini (mampu melakukan pose lelaki dan wanita) turut berkongsi, walaupun disuakan dengan pelbagai drama dan kekecohan sepanjang berlangsungnya pertandingan, dia sedikit pun tidak terkisah dengan perkelahian yang berlaku antara para peserta.

"Saya menyertai program ini bukan untuk bergaduh. Matlamat utama saya hanya untuk menjadi juara. Bagi saya, pergaduhan yang berlaku antara peserta langsung tidak membawa apa-apa kebaikan," ujar jejaka kelahiran Philadelphia, Pennsylvania, AS ini.

Chris bersyukur

Walaupun dilabel sebagai peserta paling menjengkelkan dalam pertandingan tersebut, Chris Hernandez, 26, tetap bersyukur dengan apa yang dikecapinya walaupun kecundang pada minggu ke-14.

"Selepas tamat ANTM 20, saya berasa bersyukur kerana orang telah mula mengenali siapa itu Chris Hernandez. Setiap kali bangun tidur, saya masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku setakat ini.

"Saya begitu gembira kerana orang ramai telah mula nampak potensi yang ada pada diri saya. Secara jujurnya, saya sangat terhutang budi kepada Tyra serta para peminat yang begitu setia memberikan sokongan," katanya yang dipilih sendiri oleh Tyra ketika bertemu dengannya di California, AS.

Chris turut menambah, ANTM 20 merupakan sebuah platform yang baik untuk dirinya menjadi diri sendiri dan berfikir dengan lebih matang.

MAWRVIN, Renee dan Chris mempunyai cerita tersendiri sepanjang terbabit dalam program realiti ANTM 20.


Perkahwinan Taj Mahal Renee

Renee Bhagwandeen, 25, yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Trinidad and Tabago Universe dan International begitu teruja ketika sampai ke Malaysia. Katanya, dia begitu terharu dan berasa sangat teruja dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di sini.

"Ketika menyertai pertandingan Miss International, saya berkenalan dengan peserta daripada Malaysia. Rupa parasnya begitu cantik dan jelita. Jadi, sesampainya saya di sini, baru saya sedar tentang keunikan tiga bangsa yang ada di Malaysia," ujar Renee yang menyifatkan keadaan di Malaysia sama seperti kampung halamannya di Trinidad.

Ketika ditanya tentang perancangan masa hadapan, Renee berkata, dia mahu melawat negara-negara lain di rantau Asia terutamanya, India.

"Nama keluarga saya Bhagwandeen dan saya mewarisi darah India daripada moyang ibu. Ia membuatkan saya begitu teringin untuk melihat negara tempat asal keluarga saya dan menyaksikan keindahan Taj Mahal," katanya yang memasang impian untuk berkahwin di sana.

Fizo puas dua perkara

Posted:

Fizo puas dua perkara

Fizo puas dua perkara

Oleh TOREK SULONG

PASANGAN pengantin Fizo dan Mawar terus meraikan cinta mereka dengan mengadakan majlis resepsi dalam usaha mendekatkan hubungan sesama keluarga, selain bertemu dan beramah mesra dengan peminat mereka.


TERPANCAR kegembiraan pada raut wajah Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo, 28, sepanjang berlangsungnya majlis resepsi perkahwinannya dengan Mawar Abdul Karim, 24, yang diadakan di kediaman keluarga Fizo di Taman Sri Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, minggu lalu.

Majlis itu meriah apabila dihadiri lebih 15,000 jemputan yang sebahagian besarnya adalah peminat setia pelakon drama bersiri Cinderella itu.

Dalam persalinan merah jambu rona lembut, kedua-dua mempelai yang sama cantik sama padan itu mesra melayani para peminat.

Setelah melalui resepsi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta menikmati bulan madu di Eropah sejak diijabkabulkan 10 November lalu, majlis kesyukuran di Kelantan ini bagai dedikasi buat para peminat Fizo, apatah lagi peminat yang datang dari kampung halamannya sendiri di bumi Cik Siti Wan Kembang.

Fizo dan Mawar dirai dengan adat seni budaya Kelantan iaitu acara membangkitkan semangat kepahlawanan menerusi persembahan seni silat selain mereka kemudiannya disajikan dengan muzik gamelan Orkestra Seni Warisan Pauh Lima, Bachok dan dendangan lagu dikir kontemporari yang dipersembahkan oleh pendikir terkenal, Halim Yazid.

"Dua kepuasan yang terpahat di hati saya. Pertama, Mawar dan anggota keluarga berkesempatan berkongsi gembira dan berinteraksi bersama peminat selama dalam tempoh lima jam berlangsungnya kenduri di kampung kelahiran saya sendiri.

"Kedua, hasil titik peluh saya dalam industri lakonan juga berjaya dikongsikan bersama peminat Kelantan khususnya penduduk di Pasir Puteh dengan juadah kuih-muih termasuk memberi peluang jemputan menikmati keenakan Hot Burger yang diusahakan saya selama ini.


ERAT SILATURAHIM. Fizo berpuas hati kerana dapat memperkenalkan keluarga Mawar yang berasal dari Pulau Pinang dan Melaka dengan budaya masyarakat Kelantan sewaktu resepsi di kediaman keluarganya di Taman Sri Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.


"Selain itu, tetamu juga dapat menikmati jamuan nasi yang membabitkan 30 kawah gulai resipi Sri Jawa, Kelantan," katanya ketika ditemui selepas kenduri kesyukurannya yang diadakan bermula pukul 12 hingga pukul 5 petang.

Fizo berkata, dia berasa lebih gembira apabila berlakunya jalinan muhibah antara anggota keluarga isterinya dari Bukit Mertajam Pulau Pinang dan Melaka yang saling bertanya khabar dengan keluarganya di Kelantan sepanjang majlis yang berkonsepkan seni taman itu.

Dalam tempoh kira-kira satu jam di pelamin juga Fizo dan Mawar bukan sahaja meluangkan masa bergambar di hadapan lensa kamera media, sebaliknya turut memberi peluang kepada sanak saudara dan peminat untuk merakamkan gambar kenangan.

"Kenduri kesyukuran ini adalah sebahagian simbolik rasa kasih dan penghormatan saya kepada peminat yang banyak memberi sokongan khususnya penduduk setempat di seluruh pelosok kampung di Pasir Puteh.

"Ia membangkitkan kembali kenangan lampau apabila rakan sepermainan dalam pasukan bola sepak di Pekan Selising, rakan sekelas zaman persekolahan, guru dan pemimpin setempat turut diundang memeriahkan majlis ini.

"Sepanjang berlangsungnya majlis ini semua sudut dirakamkan menerusi rakaman kandid dan video sebagai koleksi kenangan yang paling bernilai dalam hidup saya. Kesemuanya adalah rakaman peristiwa yang perlu disimpan," katanya.

Fizo turut menjelaskan, persiapan awal mengindahkan persekitaran tanah lapang dan persekitaran kediaman ibunya, Hasnah Jidin dengan persiapan landskap menarik serta penyediaan 10 ekor lembu untuk dikorbankan bagi menjayakan majlis itu dapat disempurnakan hanya dalam tempoh dua minggu sebelum menjelangnya tanggal indah yang menjadi nostalgia sepanjang perkongsian hidupnya dengan Mawar.

Ditanya mengenai tawaran terbaharu untuk berlakon dalam The Red Warrior The Movie, ujar Fizo, pada dasarnya dia memang berminat untuk menjayakan filem berkenaan kerana bola sepak adalah sebahagian acara sukan yang pernah diceburinya pada suatu ketika dahulu.


FIZO dan Mawar saling memahami karier dan kesibukan masing-masing selepas bergelar suami isteri.


"Apa pun, segala keputusan akan dibuat selepas selesainya pengurusan kenduri kesyukuran ini. Setakat ini saya berpuas hati dengan pencapaian lakonan yang saya anggap terbaik menerusi lakonan menerusi naskhah Cinderella sepanjang terbabit dalam industri lakonan," katanya.

Mengenai bidang perniagaan yang membabitkan mereka, Fizo berkata, ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana masing-masing saling memahami termasuk Mawar yang memang memahami kariernya sebagai pelakon.

Pada masa yang sama, dia juga aktif mengusahakan perniagaan Hot Burger yang kini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan remaja untuk menjalankan perniagaan secara francais.

"Sekali lagi saya rakamkan jutaan terima kasih kepada peminat yang bukan sahaja meminati drama lakonan saya, tetapi turut menjadi penyokong setia terhadap Hot Burger dan fesyen tudung Fareeda yang membabitkan isteri saya," katanya.

Fizo bahkan berkata, seandainya dilimpahkan rezeki dengan ruang dan peluang untuk bersama peminat, majlis kegembiraan dan kesyukuran seumpamanya wajar diadakan lagi dengan resepsi yang berlainan demi niat ikhlas untuk meluangkan masa bersama peminat setia.

Konsert Ambang 2014 meriah

Posted:

Konsert Ambang 2014 meriah

Konsert Ambang 2014 meriah


PENUTUP Konsert Ambang 2014 di Putrajaya ditutup dengan persembahan oleh grup legenda Sweet Charity bersama dengan tetamu kehormat dan barisan artis yang menjayakan konsert tahunan tersebut.


TANPA sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang konsert berdurasi dua jam 30 minit di Dataran Putrajaya pada malam 31 Disember lalu, secara keseluruhannya konsert anjuran AmBank itu berlangsung meriah.

Jika ingin dibandingkan dengan empat konsert lain yang berlaku serentak pada malam sambutan tahun baru 2014, konsert yang berlangsung di Dataran Putrajaya paling meriah kerana kebanyakan nama besar menakluki lokasi ini pada malam itu.

Amy Search, Sweet Charity, Datuk M.Nasir, Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah dan Ella antara barisan artis yang sudah cukup kuat untuk memberikan momentum luar biasa sempena kedatangan tahun baharu.

Membuka pentas bermula pukul 10.30 malam, Datuk Jamal Abdillah memulakan langkah. Unik menyarung set pakaian seperti pahlawan Parsi berwarna putih, Jamal mempersembahkan lagu pembukaan Azura dan Penghujung Rindu.

Lebih 10,000 penonton yang membanjiri Dataran Putrajaya seawal pukul 7.30 petang lagi untuk mendapatkan lokasi terbaik menyaksikan artis pujaan mereka.

Mengimbau kenangan silam menerusi lagu yang dipopularkan sekitar tahun 1997, M.Nasir tampil ke pentas berpadu tenaga bersama Jamal menerusi lagu Ghazal Untuk Rabiah.

Tidak terlepas untuk menghiburkan peminat yang sanggup berasak-asak pada malam tahun baharu, M.Nasir turut mempersembahkan dua buah lagu hitnya berjudul Tinggalkan Satu Peluru dan Sesat di Kuala Lumpur.

Ibarat tidak lengkap konsert tanpa liuk lentok Ratu Rock Ella yang tampil penuh ranggi mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Kesal dan Permata Biru sebelum menyeru seisi Dataran Putrajaya melaungkan kiraan penutup tahun 2013.

SOO WINCCI mendendangkan tiga buah lagu pada konsert tersebut.


Sambil diiringi percikan bunga api selama 10 minit tanpa henti, Ella menyanyikan lagu pembakar semangat, Standing In The Eyes Of The World dan meneruskan konsert itu dengan rangkaian lagu medley Tinggal Tanda Tanya, Simbiosis dan Retak.

Tidak dilupakan persembahan penyanyi baharu yang turut mencuri hati pengunjung konsert itu, Hujan, Soo Wincci, Mark Adam dan Rabbit Mac & Mista G tampil unik dan tersendiri.

Tidak lengkap konsert ke-12 tahun anjuran AmBank tanpa Hujan. Pada malam itu, Hujan mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Mencari Konklusi, Empayarmu dan Dugaan.

Soo Wincci mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Musim Asmara, I'll Be Alright dan cover version Bukan Cinta Biasa (Datuk Siti Nurhaliza), sementara Mark Adam menghiburkan pengunjung dengan lagu popularnya Pencuri.

Membuka pentas konsert tahun baru 2014 di Dataran Merdeka terdahulu sebelum berkejar ke Dataran Putrajaya pada malam yang sama, tidak mematahkan semangat Amy Search untuk memberikan persembahan terbaik dan bertenaga.

Amy menyanyikan rangkaian lagu medley Aku Dah Bosan dan Kerja Gila sambil berinteraksi dengan ribuan peminat yang menanti di luar pentas.

Paling dinanti-nantikan, medley Gadisku, Fantasia Bulan Madu dan Isabella yang diiringi nyanyian bersama pengunjung konsert.

Menutup tirai Konsert Ambang 2014 kali ini, penghormatan diberikan kepada band legenda tanah air, Sweet Charity yang dikepalai oleh Datuk Ramli Sarip. Mereka mempersembahkan lima buah lagu iaitu Sejuta Wajah, Musibah, Zakiah, Teratai dan Kamelia.

Hadir sama pada malam itu, Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim serta mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved