Khamis, 1 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Inflasi Thailand cecah paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan

Posted:

Inflasi Thailand cecah paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan

Inflasi Thailand cecah paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan

01/05/2014 10:40pm

BANGKOK - Indeks Harga Pengguna (IHP) Thailand pada April meningkat sebanyak 2.45 peratus tahun ke tahun, paras paling tinggi sejak Mac tahun lepas dan diunjur meningkat perlahan-lahan pada masa depan.

Kementerian Perdagangan Thailand berkata, kenaikan pada April itu adalah disebabkan peningkatan harga makanan dan bahan api.

Harga makanan dan minuman naik 4.61 peratus, manakala harga bukan makanan meningkat sebanyak 1.33 peratus tahun ke tahun.

Inflasi teras tidak termasuk harga makanan dan bahan api yang tidak menentu naik 1.66 peratus tahun ke tahun.

Kementerian itu mengunjurkan inflasi pada suku kedua tahun ini pada 2.4 peratus dan separuh pertama pada purata 2.2 peratus.

Ia menjangkakan sasaran separuh tahun itu membantu menjadikan kadar bagi tahun ini pada paras boleh diurus iaitu 2.0-2.8 peratus.

IHP diunjurkan meningkat perlahan-lahan pada tempoh selebihnya tahun ini berikutan faktor-faktor seperti kemarau yang akan mengehadkan bekalan makanan segar dan haiwan ternakan serta peningkatan kos bahan api dan elektrik berikutan penurunan nilai baht. - Bernama

Seorang maut, seorang kritikal dilanggar kereta api di Kuala Krai

Posted:

Seorang maut, seorang kritikal dilanggar kereta api di Kuala Krai

Seorang maut, seorang kritikal dilanggar kereta api di Kuala Krai

01/05/2014 10:29pm

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas dilanggar kereta api ketika melintas landasan di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, Kelantan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa yang maut, Mohamad Aiman Mat Husin, 17, dan mangsa yang cedera parah, Che Nik Che Awang, 55, dikatakan ingin melintas landasan kereta api tersebut dari arah Ladang Lepan Kabu ke Kampung Baru Pahi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, kedua-dua mangsa itu dilanggar kereta api yang datang dari Kuala Lipis, Pahang menuju ke Tumpat, Kelantan.

"Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan jalan kecil di sebelah pagar landasan kereta api itu untuk melintas setelah laluan untuk pengguna jalan raya melintas ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api itu.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke tepi landasan kereta api berkenaan sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan namun Mohamad Aiman meninggal dunia di hospital itu pada pukul 5.05 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Tiada peserta perhimpunan bantah GST cedera ditikam seperti didakwa - Polis

Posted:

Tiada peserta perhimpunan bantah GST cedera ditikam seperti didakwa - Polis

Tiada peserta perhimpunan bantah GST cedera ditikam seperti didakwa - Polis

01/05/2014 10:43pm

KUALA LUMPUR - "Tiada peserta perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Tambahnya, gambar yang didakwa dihantar oleh laman Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.

Katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

"Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

"Perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan GST, manakala pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal.

"Polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat dan semua peserta perhimpunan dinasihatkan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu ketenteraman awam," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved